HAMPER PRODUK MELAKA

By | March 4, 2011

Ramai pelancong yang melawat Melaka akan mencari produk-produk makanan untuk dibawa balik sebagai hadiah untuk ahli keluarga dan kegunaan sendiri. Melaka amat terkenal dengan produk makanan yang unik seperti belacan, cencalok, dodol, gula Melaka dan lain-lain. Walaupun jenis makanan ini boleh didapati di pasaraya di seluruh Malaysia, namum demikian para pelancong masih gemar membeli barang-barang ini di Melaka kerana di sinilah tempat asalnya. Jadi, kalau hendak mencari gula Melaka yang terbaik, yang paling  asli dan yang paling sedap, belilah di Melaka. Sama dengan produk lain seperti belacan dan cencalok. Untuk pengetahun umum, belacan dan cencalok dibuat dari udang geragau iaitu udang halus. Udang ini biasanya di tangkap di laut semasa air surut oleh para nelayan dengan menggunakan pukat yang khas.

Untuk para pelancong yang mempunyai masa yang terhad untuk membeli-belah atau ingin mencari hadiah yang sudah siap dibungkus dengan cantik, kami menyediakan Hamper Produk Melaka. Hamper ini mengandungi produk seperti belacan, dodol, gula Melaka, kuih inang dan cencalok. Kami member jaminan yang produk-produk ini adalah yang terbaik kerana kami telah berusaha mencari di seluruh negeri Melaka. Misal kata, untuk gula Melaka, boleh didapati dengan mudah di mana-mana tetapi gula Melaka yang asli dan tidak dicampur dengan gula merah atau gula putih agak susah didapati. Gula Melaka yang kami perolehi dikeluarkan di Bukit Tembakau, Umbai dan akan menghasilkan kuih tradisional seperti onde-onde, sago gula Melaka dan kuih bongkong yang amat enak dan wangi.

Kami juga menyediakan buku mini resepi pilihan di dalam hamper kami yang memberi cadangan untuk menggunakan belacan, cencalok dan gula Melaka. Sebagai contoh, belacan digunakan dalam menyediakan masakan Asam Pedas iaitu masakan tradisional Melaka. Cencalok juga boleh digunakan untuk masakan Peranakan Cina iaitu Ayam Cencalok dan Telur Dadar Cencalok.

Hamper kami yang dibungkus dalam bakul rotan tradisional dengan reben yang menarik sesuai untuk dijadikan hadiah dengan harga berpatutan iaitu RM50-00 sahaja. Sila hubungi kami (Cik Siti Aisyah) melalui emel ([email protected]) atau telefon (06-232 3308/06-2323653) untuk tempahan.

.

Article source: http://penangtraveltips.com/feed/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *