Sarawak Expo 2015 – Pontianak | Ayo Liburan Ke Sarawak

Tarikh: 28-29 November 2015
Lokasi: Sarawak Expo – Ayani Megamal (for Consumer)

AyoLiburan-PontianakNewsAdsSARAWAK EXPO 2015 di Pontianak, Indonesia adalah sebuah inisiatif perdagangan dan pengguna (Trade and Consumer) menyasarkan pasaran Indonesia, khususnya Kalimantan Barat.

Acara Expo ini tergaris dalam kalendar acara pemasaran Lembaga Pelancongan Sarawak (STB – Sarawak Tourism Board; Dinas Pariwisata Sarawak) dan diadakan setiap tahun, menyasarkan untuk mengembangkan pasaran pelancongan dari Indonesia untuk tujuan shopping, perubatan dan pendidikan.

Sarawak Expo dikendalikan secara bebas oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (Sarawak Tourism Board; Dinas Pariwisata Sarawak) yang akan membawa seramai 18 organisasi terdiri daripada Operator Pelancongan (Travel Agency), Hospital Pakar (Medical Specialist Hospitals), Institusi Pendidikan (Universiti dan Kolej Swasta) dan perusahaan penerbangan.

Terdapat 18 buah booth pameran akan disediakan di Ayani Megamal sempena acara ini. Ia akan diadakan dari 28-29 November, jam 9 pagi hingga 9 malam.

Sarawak Expo pada 28-29 November adalah satu platform yang unik yang akan menampilkan keperluan perjalanan komprehensif dengan tawaran perjalanan yang luar biasa.

Pengunjung acara ekspo yang berminat untuk mendapatkan maklumat tentang pelancongan di Sarawak, Hotel, Perubatan atau Pendidikan digalakkan datang ke Ayani Megamal untuk mendapatkan tawaran-tawaran istimewa. Pengunjung juga boleh tampil meskipun sekadar untuk mendapatkan maklumat.

Pihak Lembaga Pelancongan Sarawak turut ingin menghulurkan ucapan terima kasih kepada ASITA Kalimantan Barat – Association of the Indonesian Tours Travel Agencies dari Pontianak yang diterajui oleh Ketua ASITA Kalbar, Bapak Hefni AS kerana memberi dukungan yang penuh kepada Lembaga Pelancongan Sarawak.

Senarai Rakan Industri dari Sarawak:

Hotel dan Penginapan

  1. Merdeka Palace Hotel Suites
  2. FELDA Investment Corporation (Owner of Merdeka Palace)
  3. Citadines Uplands Kuching
  4. SEDC – Riverside Majestic and Grand Margherita Hotel
  5. Inter-Continental Hotel Kuching

Travel Agent

  1. Ooo Haa Tours Kuching
  2. Strait Central Travel Tours

Institusi Pendidikan Swasta

  1. SEGI College Sarawak
  2. Yahos School of Skills
  3. International College of Advance Technology (ICATS)
  4. University College of Technology Sarawak (UCTS)
  5. FAME International College

Hospital Swasta / Rumah Sakit Pakar

  1. Borneo Medical Centre
  2. Kuching Medical Specialist Hospital (KPJ)
  3. Normah Medical Specialist Hospital
  4. Timberland Medical Specialist
  5. Pristine Skin Asthetic Services Clinic

Airlines /Perusahaan Penerbangan

  • Xpress Air

Tourism Office

  • Sarawak Tourism Board (STB)
  • Malaysia Tourism Promotional Board (Tourism Malaysia)

Aturcara:

Jika ada yang masih kurang pasti, boleh datang ke booth Sarawak Tourism Board untuk mendapatkan konsultasi daripada pegawai-pegawai yang bertugas.

Marketing Division:             (1) Gustino Basuan (Marketing Manager – ASEAN)
Communications Unit:        (2) Kevin Nila (Assistant Communications Manager)

Article source: http://sarawaktourism.com/blog/feed/

Post Author: melakatour

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *