Categories
Travel to Melaka

THE ORCHARD WELLNESS & HEALTH RESORT MALAYSIA

VISIT HISTORIC MELAKA MEANS VISIT MALAYSIA : MELAKA WORLD HERITAGE CITY UNESCO

Categories
Travel to Melaka

THE ORCHARD WELLNESS & HEALTH RESORT MALAYSIA

VISIT HISTORIC MELAKA MEANS VISIT MALAYSIA : MELAKA WORLD HERITAGE CITY UNESCO

Categories
Travel to Melaka

LIVE ART SHOWCASE IN MELAKA

This blogspot is being created to compliment our main Tourism Melaka website at www.tourism-melaka.com.

We hope to write our comments and views on the development of the tourism sector in Melaka so that old cultural jewels can be retained and new ones generated to attract more visitors to our Melakan shores.

For us to continue our journey, we like to invite visitors to pen their comments and views so that we can create a sustainable and vibrant tourism sector in Melaka.

Enjoy.

TW Kang

Categories
Travel to Melaka

IMPRESSION MELAKA SHOW IN FEBRUARY 2018

This blogspot is being created to compliment our main Tourism Melaka website at www.tourism-melaka.com.

We hope to write our comments and views on the development of the tourism sector in Melaka so that old cultural jewels can be retained and new ones generated to attract more visitors to our Melakan shores.

For us to continue our journey, we like to invite visitors to pen their comments and views so that we can create a sustainable and vibrant tourism sector in Melaka.

Enjoy.

TW Kang

Categories
Malaysia Travel Guide

23 Hotel Menarik Di Melaka | Penginapan Terbaik Di Bandar Bersejarah

 

Siapa tak kenal kota Melaka, salah satu negeri yang terkenal dalam kalangan pelancong kerana kekayaan peninggalan bersejarahnya sehingga diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO. Struktur-struktur kebanyakan bangunan di Melaka dipengaruhi oleh gaya seni bina Portugis, Belanda dan British.

Ada sesetengah bangunan lama di sini dijadikan sebagai tempat penginapan yang membawa anda ke masa lalu. Nak tahu hotel mana yang telah dipercantikkan bangunan klasiknya untuk dijadikan tempat penginapan yang penuh dengan karakter tersendiri? Teruskan membaca senarai 25 hotel menarik di Melaka.

23. Mahkota Hotel Melaka

Mahkota-Hotel-Melaka-Main-Image

Mahkota Hotel Melaka ini merupakan sebuah penginapan yang berlokasi sangat strategik. Terletak berdekatan dengan Jonker Street, pusat membeli-belah Mahkota Parade, Hard Rock Cafe, Menara Taming Sari dan banyak lagilah. Memang sesuai untuk anda yang tak boleh duduk diam dan tak sabar nak terokai bandar bersejarah ni.

Mahkota Hotel Melaka Inside

Di samping lokasi yang best, dekat sini juga anda dan keluarga boleh merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik, manalah tahu, kalau cuaca buruk kan, sekurang-kurangnya masih terisi hari anda sekeluarga walaupun hanya di hotel. Anda boleh berseronok bersama keluarga dengan bermain squasy, ping pong, golf, tenis ataupun bersenam di gym. Semua fasiliti ini disediakan hotel. Untuk anak-anak kecil pula, di sini turut terdapat taman permainan.

Harga: Dari RM166 Semalaman

Alamat: No. 16 Jalan Syed Abdul Aziz, 75000 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


Baca: 12 Resort Di Melaka Yang Menarik Untuk Percutian Keluarga Istimewa

22. The Majestic Malacca Hotel

The-Majestic-Malacca-Hotel-Main-Image

The Majestic Malacca Hotel sesuai dengan namanya, dari jauh lagi apabila dilihat seni binanya, kelihatan agak unik dan elegan berbeza dari bangunan di sekeliling. Sebaik anda memasuki pintu masuk hotel ini, anda akan dapat melihat pokok bonsai yang ditrim dengan sempurna menyambut kedatangan anda. Di bahagian lobinya pula didekorasi dengan lantai Victorian beserta perabot-perabot berasaskan rotan dan hiasan lain dengan sentuhan Peranakan.

The Majestic Malacca - Room Image

Bangunan yang berusia 90 tahun ini pada asalnya dimiliki oleh seorang saudagar kaya pada tahun 1920-an, yang mana dia telah menghiasinya dengan lantai Victorian dan perabot-perabot mewah, namun, dua tahun kemudian, saudagar ini meninggal dunia dan rumah agam ini dijual kepada seorang ahli perniagaan yang menjadikannya sebuah hotel yang kukuh mempertahankan ciri-ciri sentimentalnya sehingga kini. Walaupun begitu, hotel in turut dilengkapi dengan kemudahan moden seperti kolam renang, spa dan gym untuk menghilangkan kebosanan anda sepanjang penginapan.

Bonus untuk anda yang menginap di sini adalah anda dapat bersantai di lobi sambil makan makanan-makanan ringan yang disediakan secara percuma. Dah puas mengudap makanan di sini, anda boleh menuju ke ruang bacaan yang menawarkan atmosfera yang penuh ketenangan untuk anda membaca buku kegemaran anda.

Lagi satu, jangan lepaskan peluang untuk mencuba rawatan spa di Spa Village Malacca, satu-satunya spa yang menggabungkan terapi warisan Cina dan Melayu ataupun Baba Nyonya.

Harga: Dari RM392 Semalaman

Alamat: The Majestic Malacca, 188 Jalan Bunga Raya, 75100 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


21. Casa Del Rio Melaka

Casa Del Rio - Main Image

Casa Del Rio adalah perkataan dalam bahasa Sepanyol yang membawa maksud “rumah di atas sungai,” sesuai dengan bangunan hotel ini yang terletak bersebelahan dengan sungai. Hotel mewah ini menggabungkan gaya Mediterranean dan Peranakan dalam rekaan dalamannya.

Bukan sekadar cantik dipandang, hotel ini cukup lengkap dengan pelbagai fasiliti menarik untuk para penginap seperti gym yang memiliki pelbagai peralatan senaman moden. Di samping itu, ia juga menawarkan kolam renang infiniti yang turut terdapat ruangan untuk kanak-kanak. Dari kolam ini, anda akan disajikan dengan pemandangan langit membiru yang begitu menenangkan jiwa dan juga pemandangan laut Sungai Melaka di bahagian bawahnya.

Casa Del Rio Melaka - Room Image

Kalau dah bosan bersantai di hotel, anda boleh menyewa basikal yang disediakan pihak hotel untuk bersiar-siar di sekitar bandar bersejarah ini. Hotel ini turut menawarkan rawatan spa di Satkara Spa dengan beberapa jenis rawatan yang berbeza seperti Satkara Signature Massage, Traditional Malay Massage, Deep Tissue Massage beserta Add on-Herbal Body Compress. Rugi kalau tak cuba!

Yang menjadikan hotel ini lebih unik lagi adalah khidmat kapal cruise yang ditawarkan hotel ini. Anda boleh menaiki feri daripada jeti milik hotel untuk menyelusuri Sungai Melaka yang indah dan bersih daripada sebarang pencemaran. Ini pasti akan menjadi pengalaman indah anda sekeluarga.

Harga: Dari RM655 Semalaman

Alamat: 88, Jalan Kota Laksamana 75200, Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


20. Hotel Equatorial Melaka

Hotel Equatorial Melaka

Sebaik anda melangkah masuk ke Hotel Equatorial Melaka, di bahagian lobi hotel ini anda dapat menghidu aroma kopi yang datang dari The Etc Coffee Corner yang memanggil-manggil anda untuk menjamu selera di sini dengan makanan-makanan yang menyelerakan seperti air jus dan pastri yang mengenyangkan selepas perjalanan yang jauh.

Selepas menjamu selera di cafe, tibalah masanya untuk anda menikmati tidur yang lena di dalam hotel ini yang cukup moden dan elegan. Dari dalam bilik ini juga, anda dapat menikmati pemandangan indah kawasan bandar Melaka dan juga kolam renang.

Hotel Equatorial Melaka - Room Image

Hotel ini sebenarnya bukan hanya ada satu tempat untuk anda bermandi-manda, malahan disediakan juga kolam khas untuk wanita dan jakuzi luaran di sekitar kolam renang. Seronoklah keluarga anda kalau menginap di sini.

Antara kemudahan lain yang disediakan di Hotel Equatorial Melaka ini adalah gelanggang tenis, pusat kecergasan yang serba lengkap, sauna dan khidmat urutan. Tak perlu untuk anda mencari tempat lain untuk memenuhkan agenda harian anda sekeluarga.

Harga: Dari RM222 Semalaman

Alamat: Bandar Hilir, 75000 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


19. Ramada Plaza Melaka

Ramada Plaza Melaka - Main Image

Hotel yang menawarkan 294 buah bilik ini, Ramada Plaza Melaka memberikan anda penginapan yang pasti akan dikenang-kenang. Pemandangan indah matahari terbenam dan naik dari lautan Selat Melaka yang membiru apabila anda bersantai bersama keluarga di kolam renang dapat memukau jiwa.

Ramada Plaza Melaka - Hotel Images

Bukan itu sahaja, hotel ini turut memiliki gelanggang squasy dan pusat kecergasan yang lengkap untuk anda memacu adrenalin di waktu-waktu lapang anda semasa di hotel. Pilihan lain untuk anda membakar kalori selain daripada aktiviti-aktiviti sukan yang mungkin agak memenatkan, apa kata kalau anda menggunakan bilik sauna hotel ini? Semuanya ada untuk anda sekeluarga beraktiviti.

Pengalaman penginapan di bilik hotel ini juga tak kurang hebatnya, lain dari hotel yang lain kerana untuk hiburan sewaktu anda di dalam bilik, siaran TV bukanlah yang cliche seperti di hotel lain, anda sekeluarga boleh memilih dari pilihan filem-filem yang ada untuk ditonton. Kan best?

Harga: Dari RM240 Semalaman

Alamat: Jalan Bendahara, 75100 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


18. Ibis Melaka

Ibis Melaka - Main Image

Rasanya kalau anda masuk sahaja ke lobi hotel ini, boleh ternganga mulut melihat dekorasi dalamannya yang cukup unik dan menarik dipandang. Kombinasi perabot kayu dan warna-warna terang adalah sesuatu yang agak berbeza dan kreatif, tapi inilah hotel Ibis Melaka, berani membawa kelainan yang tenyata menjadi!

Ibis Melaka - Room Image

Masuk pula ke ruangan bilik hotel ini, anda dapat melihat gabungan warna-warna natural dan merah yang cukup sempurna dan kelihatan moden. Bukan itu sahaja, bilik-biliknya juga agak luas dan selesa untuk penginapan bersama keluarga. Di tandasnya pula terdapat sentuhan futuristik dan semula jadi dengan kombinasi warnanya dan pencahayaan dari cermin yang begitu menarik dipandang. Hotel yang cukup kreatif dalam rekaan dalamannya.

Harga: Dari RM133 Semalaman

Alamat: 249 Jalan Bendahara, 75100 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


17. Swiss Garden Hotel Melaka

Swiss Garden Hotel Melaka - Main Image

Siapa tak suka bermandi-manda, kalau sesebuah hotel ada kolam, satu keluarga excited bukan? Bagaimana pula kalau tempat penginapan itu memiliki bukan satu tapi dua kolam bersaiz olimpik? Bukan kolam biasa, tapi kolam infiniti. Inilah tarikan utama kalau anda sekeluarga menginap di Swiss Garden Hotel Melaka.

Di samping kolam renang yang hebat ini, hotel ini juga sebenarnya dibina di atas pusat membeli-belah The Shore. Buat anda yang kaki shopping, tak perlu lihat tempat penginapan lain lagi, inilah jodoh penginapan anda kalau di Melaka nanti. Bukan setakat membeli-belah, di sini juga anda dapat memilih kedai makan tanpa perlu berjalan jauh dari hotel.

Swiss Garden Hotel Melaka - Room Image

Selain itu, di hotel yang tertinggi di Melaka ini, anda boleh menggunakan kemudahan gym yang terletak di dalam ‘kiub kaca’ yang dapat dilihat bertempat di atas kolam renang hotel. Seni bina yang agak unik, dan bagi anda yang bersenam di sini, dalam masa yang sama dapat menikmati pemandangan air kolam yang menyegarkan.

Untuk hari-hari lain penginapan anda, anda boleh menggunakan masa yang ada untuk ke sauna hotel. Bukan mudah nak jumpa hotel yang menawarkan kemudahan-kemudahan best macam ni.

Harga: Dari RM198 Semalaman

Alamat: T2-4, The Shore @ Melaka River, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75300 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


16. Hotel Puri

Hotel Puri Melaka - Main Image

Hotel ini memiliki sentuhan Baba Nyonya dan kesenian Cina di dalam rekaan dalamannya. Gabungan kedua-duanya ini menampakkan hotel ini elegan dan terasa seperti tinggal di dalam hotel mewah walaupun hanyalah sebuah hotel kecil yang terletak berdekatan dengan Jonker Street.

Hotel Puri - Room Image

Apabila anda memasuki ruang lobi hotel ini, anda dapat melihat perabot-perabot kayu dan barangan seramik yang klasik menghiasi setiap ruangan.

Hotel Puri - Living Room

Hotel ini turut memiliki atmosfera tropika dengan taman indah yang terletak di dalamnya, di sini juga anda boleh menjamu selera sambil menikmati kehijauan pokok-pokok di sekeliling. Ni baru syok, makan-makan di dalam taman. Jangan lupa untuk mencuba roti bakar yang digrill dengan arang sebagai sarapan di sini. Klasik!

Harga: Dari RM161 Semalaman

Alamat: Hotel Puri Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka 75200

Laman Web: Hotel Puri


15. The Pines Melaka

The Pines Melaka - Main Image

Bagi pencinta seni, jom menginap di The Pines Melaka, di sini anda dapat melihat karya-karya seni yang dihasilkan oleh pengkarya-pengkarya dari Melaka sendiri. Semua hasil karya ini dipamerkan di tingkat eksekutif hotel.

Untuk pengalaman penginapan, sebaik anda memasuki bilik di hotel ini, anda dapat menghidu bau yang cukup menyegarkan yang pasti membuatkan tidur anda sekeluarga lena. Di samping itu, anda juga dapat menikmati pemandangan indah bandar Melaka ataupun Sungai Melaka dari bilik, apa lagi, jangan lupa ambil gambar!

Pines-Hotel Melaka - Room Image

Kalau dah puas bersantai di bilik, naik pula ke tingkat 7 hotel ini anda boleh terjun ke dalam kolam renang yang berair masin seperti air laut ini. Pejam mata, boleh bayangkan seperti berada di laut, cuma jauh lagi best sebab dalam masa yang sama dapat menikmati pemandangan yang agak menarik di sekeliling.

Bagi anda yang datang bersama keluarga, pilihlah bilik jenis Executive Suite kerana bilik jenis ini menawarkan dua bilik tidur dengan dua tandas dan lengkap dengan ruang tamu serta dapur mini. Kalau nak best lagi, pilih Pool Side Suite yang mana anda boleh terus ke kolam renang dari bilik. Nak yang mana?

Harga: Dari RM222 Semalaman

Alamat: 33, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


Baca: 25 Hotel Menarik Di Kuala Lumpur

14. Bayou Lagoon Resort

Bayou Lagoon Resort - Main Image

Penginapan dengan taman tema? Tak ke syok kalau dapat tempat macam ni sebagai tempat tinggal? Kalau anda ingin memberikan sesuatu yang sukar anak-anak lupakan, bawalah keluarga anda ke Bayou Lagoon Resort.

Bayou Lagoon Resort - Room Image

Di taman tema ini anda seisi keluarga boleh berseronok dengan pelbagai jenis tarikan seperti Dragon Coaster, Magic Trick Art Museum, 9D Theater, bumper car dan banyak lagi. Bukan ini sahaja yang ada ya, nak bermandi-manda, di taman tema ini juga terdapat waterpark yang menyediakan banyak gelongsor air yang cukup menyeronokkan. Bangun tidur sahaja anda boleh terus memulakan hari dengan pelbagai aktiviti menarik, tak perlu nak berjalan jauh.

Harga: Dari RM137 Semalaman

Alamat: Amari Villa, Jalan Wakaf Utama, 75450 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


13. The Settlement Hotel

The Settlement Hotel

The Settlement Hotel dimiliki oleh pencinta seni halus dan barangan antik. Kalau pemiliknya memiliki minat sebegini, sudah pasti hotelnya mencerminkan karakter yang sama. Melangkah masuk ke hotel ini, anda akan disajikan dengan koleksi-koleksi barangan antik dengan kesenian halus yang didatangkan dari pelbagai negara umpamanya katil Sultan dari Palembang yang telah berusia 350 tahun.

Memang mengujakan melihat koleksi yang ada di sini. Dah puas melihat sekeliling, jangan dilupakan lantai yang dipijak, kerana jubin ini juga merupakan hasil tangan zaman silam yang didatangkan dari masjid Palembang di Sumatera. Setiap sudut memiliki nilai antik yang tersendiri. Koleksi-koleksi yang unik ini bukan terhenti di situ, anda juga dapat melihat koleksi lukisan-lukisan Picasso yang asli di The Cool Room hotel ini.

The Settlement Hotel - Room Image

Sekiranya anda tak kisah untuk mengeluarkan bajet yang lebih untuk penginapan, anda mesti cuba menginap di vila kampung milik hotel ini yang berdinding kayu dan berbumbung mengkuang untuk pengalaman penginapan desa yang mewah dan selesa. Rugi tak cuba.

Untuk bersantai, jangan lepaskan peluang ke taman atas bumbung hotel ini, anda dapat menikmati pemandangan indah kawasan sekeliling. Banyak sebenarnya tarikan lain di hotel klasik ini, kalau nak tahu lebih lagi, apa kata kalau anda booking dari sekarang?

Harga: Dari RM196 Semalaman

Alamat: No. 63, Jalan Ujong Pasir, World UNESCO Heritage City Melaka, 75050 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


12. The Sterling Boutique Melaka

The Sterling Boutique Melaka - Main Image

Bangunan yang memiliki reka bentuk kolonial ini, The Sterling Boutique Melaka, adalah sebuah hotel yang sangat stylish dekorasi dalamannya. Klasik di luar, moden dan elegan di dalam, elemen yang bercanggah tapi cukup kreatif! Yang menarik perhatian sebaik memasuki lobi hotel ini adalah lampu chandelier yang tergantung di atas, ini menyumbang kepada elemen klasik seni binaan hotel ini.

The Sterling Boutique Melaka - Room Image

Bilik-bilik di hotel ini pula dihias moden dengan  menggabungkan warna-warna natural seperti putih, hitam dan mocha beserta sedikit warna metalik  ataupun warna-warni untuk menghidupkan lagi suasana. Anda yang inginkan penginapan yang lebih mewah, boleh menginap di bilik yang menawarkan kemudahan jakuzi. Apa-apa pun bilik yang anda duduki di sini, semuanya terasa ekslusif!

Dah puas lepak di bilik, anda boleh ke restoran atas bumbung hotel ini untuk bukan sahaja menjamu selera, tapi juga menjamu mata anda dengan pemandangan mengujakan sekitar Melaka.

Harga: Dari RM166 Semalaman

Alamat: No. 43, Jalan Temenggong , 75100 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


11. Bayview Hotel Melaka

Bayview Hotel Melaka - Main Image

Bayview Hotel Melaka memberikan anda pengalaman penginapan yang lengkap dengan kemudahan moden seperti berada di rumah sendiri, malahan, lebih hebat dari rumah sendiri dengan kemudahan gym, bilik steam, sauna dan kolam renangnya, apa lagi yang anda inginkan?

Bayview Hotel Melaka - Room Image

Kalau anda idamkan sebuah penginapan yang mewah, apa kata kalau anda booking Deluxe Room ataupun Studio Suite. Di sini anda dapat menikmati mandian menyegarkan di dalam jakuzi anda sendiri. Tapi mungkin giliran anda untuk mandi menjadi lambat sebab anak-anak dah berseronok dulu dalam jakuzi ni nanti.

Harga: Dari RM113 Semalaman

Alamat: Jalan Bendahara, 75100 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


10. Holiday Inn Melaka

Holiday Inn Melaka - Main Image

Holiday Inn Melaka terletak berdekatan dengan dua buah pusat membeli-belah dan agak dekat dengan pusat tarikan di Melaka yang lain seperti Gereja Belanda dan Jonker Street. Malas nak berjalan? Anda boleh menggunakan shuttle percuma yang disediakan hotel untuk ke lokasi-lokasi tersebut.

Di samping lokasi yang menarik, hotel ini juga menawarkan kolam renang infiniti dengan pemandangan panorama indah di sekeliling. Dah puas bermandi-manda di kolam ini, jangan lepaskan peluang untuk memanjakan diri anda di Tea Tree Spa hotel ini yang menyediakan bermacam rawatan yang diinspirasikan dari spa di Bali.

Holiday Inn Melaka - Room Image

Untuk pengalaman penginapan yang mewah untuk anda sekeluarga, anda boleh menginap di Executive Club Level ataupun Suites yang turut menghidangkan anda dengan pemandangan indah sekitar Melaka dan laut Selat Melaka.

Harga: Dari RM216 Semalaman

Alamat: Jalan Syed Abdul Aziz, 75000 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


9. Rosa Malacca

Rosa Malacca - Main Image

Rosa Malacca menjadikan seni bina Eropah dengan elemen industrial dan minimal sebagai sentuhan hiasan dalamannya. Dari luar lagi apabila anda melihat bangunannya anda sudah dapat merasakan aura industrial ini. Penggunaan batu bata merah mendominasi hampir keseluruhan bangunan hotel.

Rosa Malacca - Room Image

Memasuki bilik hotel pula, anda dapat melihat lantai kayu dan keadaan sekelilingnya yang terdedah dengan komponen-komponen bangunan seperti beam bumbung, semuanya menambahkan keunikan hotel. Boleh dikatakan setiap sudut hotel ini memiliki karakter yang tersendiri.

Harga: Dari RM193 Semalaman

Alamat: 212 Jalan Parameswara, 75000 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


8. Imperial Heritage Melaka

Imperial Heritage - Main Image

Imperial Heritage Melaka ini merupakan salah satu daripada hotel yang terbaru di Melaka. Jadi, kalau anda inginkan sebuah penginapan yang terasa segar dan moden, inilah hotelnya.

Bilik-bilik dari Imperial Heritage Melaka ini menawarkan pemandangan sekitar bandar Melaka, jadi dapatlah anda sekeluarga berehat di dalam bilik tapi dalam masa yang sama membebaskan fikiran anda dengan pemandangannya.

Imperial Heritage - Room Image

Kemudahan lain yang disediakan hotel ini adalah gym, kolam renang, jakuzi dan spa. Sekiranya anda ke ruang santai hotel ini, anda juga boleh menggunakan iPad yang disediakan secara percuma.

Bukan sahaja lengkap dengan pelbagai kemudahan menarik, lokasi hotel ini juga memang tip-top bagi anda yang suka membeli-belah kerana terdapat banyak mall yang terletak berdekatan dengannya.

Harga: Dari RM113 Semalaman

Alamat: 1 Jalan Merdeka 1, Melaka, 75000 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


7. Hatten Hotel Melaka

Hatten Hotel Melaka

Dari lobi Hatten Hotel Melaka anda dapat merasakan aura elegan dan ekslusif yang diketengahkan melalui rekaan dalamannya. Apabila sampai ke bilik pula anda dapat melihat pemandangan yang indah bandaraya bersejarah Melaka berlatarbelakangkan laut Selat Melaka. Anda boleh menikmati pemandangan matahari naik dan tenggelam dari bilik yang dihias dengan mewah. Dekorasi dalaman hotel ini yang menggunakan tona kayu melahirkan suasana tenang dan selesa untuk anda sekeluarga berehat sebelum memulakan penjelajahan di sekitar Melaka.

Hatten Hotel Melaka - Room Image

Tarikan lain yang terdapat di hotel ini adalah kolam infiniti yang menawarkan panorama mempesonakan untuk dilihat sambil menikmati jus buah yang terdapat di pool bar hotel. Sekiranya anda naik tangga bersebelahan dengan kolam renang pula, anda akan sampai ke gym yang lengkap dengan bermacam peralatan di mana anda boleh membakar kalori sambil melihat pemandangan langit yang membiru. Dah penat beriadah, jangan lupa untuk mencuba latte dan kek keju blueberry dari Coffeevine, kafe hotel ini.

Sebenarnya, bukan itu sahaja yang ada di hotel ini, kemudahan lain yang turut disediakan adalah spa dan salon rambut.

Harga: Dari RM217 Semalaman

Alamat: Hatten Square, Jalan Merdeka, Bandar Hilir,, 75000 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


6. Courtyard @ Heeren Boutique Hotel

Courtyard @ Hereen - Main Image

Terletak di tengah-tengah bandaraya bersejarah Melaka, Courtyard @ Heeren Boutique Hotel ini turut dikelilingi oleh banyak kafe. Dari luar lagi anda dapat melihat ciri-ciri Baba Nyonya tempat penginapan ini yang juga merupakan sebuah rumah kedai lama. Apabila anda melangkah masuk, anda dapat melihat dekorasi vintaj di setiap pelusuk ruangan membuatkan anda terasa seperti hidup di masa silam.

Courtyard @ Hereen - Room Image

Setiap bilik di hotel ini pula dihias dengan berbeza antara satu sama lain namun tetap mengekalkan sentuhan Peranakan, oleh itu setiap penginap akan dapat merasakan pengalaman penginapan yang berbeza.

Kalau anda ingin menyegarkan tekak yang kering, air lemon sejuk disediakan secara percuma untuk diminum sepanjang penginapan anda di sini.

Harga: Dari RM175 Semalaman

Alamat: 91 Jalan Tun Tan Cheng Lock (Heeren St.), Melaka 75200

Laman Web: Courtyard @ Hereen


5. 1825 Gallery Hotel

1825 Hotel Melaka - Main Image

Hotel elegan berwarna putih, 1825 Gallery Hotel ini menggabungkan pengaruh Cina dan juga British di dalam dekorasi dalamannya. Memasuki ruang lobi hotel ini anda dapat melihat keindahan dalamannya, dengan dinding batu bata, lantai kayu, dan kolam-kolam kecil. Satu suasana yang cukup natural dan menenangkan.

1825 Hotel - Room Image

Sekiranya anda dan keluarga menginap di River Suite Room, anda dapat bersantai di ruang balkoni bilik sambil melihat panorama indah Sungai Melaka. Bukan itu sahaja, tandasnya juga lengkap dengan tab mandian, dan dari sini juga terdapat tingkap sekiranya anda ingin melihat Sungai Melaka sambil merelakskan badan.

Harga: Dari RM157 Semalaman

Alamat: 27, Jalan Bunga Raya, 75100 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


4. The Straits Hotel

The Straits Hotel - Main Image

The Straits Hotel terletak di tengah-tengah bandar Melaka menjadikan ia hotel yang tepat untuk anda yang ingin betul-betul menyelami kehidupan di bandar bersejarah ini tanpa perlu mencari pengangkutan, nak jalan kaki? Berbasikal? Semuanya boleh diakses dengan mudah dan cepat dari hotel.

The Straits Hotel - Room Image

Antara kemudahan yang terdapat di hotel ini adalah gym, bilik sauna, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan untuk bbq. Sekiranya anda ke tingkat paling atas hotel ini, anda boleh berendam di dalam kolam renang untuk bermandi-manda sambil menikmati pemandangan indah sekitar Melaka dan Laut Selat Melaka.

Harga: Dari RM118 Semalaman

Alamat: No 1-B, Jalan Melaka Raya 2, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


3. RC Hotel Melaka

RC Hotel Melaka - Main Image

Hotel ini terletak betul-betul bersebelahan dengan Sungai Melaka, disebabkan itu, anda boleh menikmati pemandangan yang indah dari kafe hotel ini, The Moon River Sky Deck yang menghidangkan panorama kawasan sungai selain makanan lazat tempatan dan antarabangsa.

Memasuki bilik RC Hotel Melaka, anda akan terpesona dengan dekorasi dalamannya yang begitu mewah dan elegan menggabungkan kedua-dua elemen moden dan klasik, penginapan di sini pasti akan membuatkan anda terasa seperti golongan aristokrat.

RC Hotel Melaka - Room Image

Untuk menambahkan lagi pengalaman unik anda sewaktu menginap di sini, RC Hotel turut menyediakan ruang meletak kereta yang terletak di Jeti Taman Rempah yang mana anda dapat menaiki bot milik hotel ini untuk ke hotel.

Harga: Dari RM199 Semalaman

Alamat: No.36, Jalan Kampung Pantai, 75200 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


2. Gingerflower Boutique Hotel

GingerFlower Boutique Melaka - Main Image

Gingerflower Boutique Hotel terletak bersebelahan sahaja dengan Sungai Melaka. Bangunan hotel ini merupakan bangunan lama namun ruangan dalamannya telah disegarkan dengan kemudahan-kemudahan minimal bergaya Eropah beserta lantai berjubin marmar.

GingerFlower Boutique Melaka

Hotel ini turut menyediakan khidmat sewa kereta, basikal dan limousine untuk memudahkan anda sekeluarga meneroka bandar Melaka. Di hotel ini juga anda boleh menyewa buku dan permainan papan untuk mengisi masa lapang sepanjang penginapan.

Harga: Dari RM220 Semalaman

Alamat: No. 13, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


1. Novotel Melaka

Novotel Melaka

Sebaik memasuki lobi hotel Novotel Melaka, anda dapat melihat ruangan lobi yang agak luas berkonsep moden kontemporari. Di sini juga disediakan banyak sofa-sofa dan ruang santai untuk anda relaks dengan penuh keselesaan bersama keluarga. Anak-anak kecil pula boleh bermain di kids’ corner yang terletak bersebelahan dengan Mac Centre di lobi hotel.

Novotel Melaka - Room Image

Penginapan di sini menawarkan pemandangan yang menarik hati bandaraya Melaka dan langit biru. Kalau sudah puas bersantai, anda boleh menuju ke gym hotel ataupun kolam renang yang terletak hanya bersebelahan satu sama lain. Anak-anak anda pasti seronok kerana di bahagian kolam renang kanak-kanak juga terdapat ruang bermain yang lengkap dengan gelongsor.

Jarang juga untuk jumpa hotel yang mesra kanak-kanak seperti ini, jadi, kalau anda memiliki anak kecil dan ingin memberikan mereka keseronokan sepanjang penginapan, pilihlah Novotel Melaka.

Harga: Dari RM174 Semalaman

Alamat: Jalan Melaka Raya 2, 75000 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


Ada tempat penginapan yang menjadi pilihan hati anda? Kalau ada jangan buang masa lagi, rancang perjalanan anda dan booking hotel cepat-cepat untuk mendapatkan harga yang best. Walau bagaimanapun, kalau anda nak tahu lebih banyak lagi hotel menarik di Melaka, jom baca artikel 12 Resort di Melaka ataupun sekiranya anda inginkan penginapan yang tidak melicinkan poket anda, bacalah artikel kami tentang 21 Hotel Murah di Melaka.

Akhir kata, terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel kami sehingga ke penghujung. Semoga anda sekeluarga dapat berseronok di bandar bersejarah yang cukup indah negeri Melaka!