Categories
Malaysia Travel Guide

21 Hotel Murah Di Georgetown Yang Menarik & Selesa Untuk Percutian Bajet Sempurna

 

Bila bercakap tentang street food dan street art, negeri mana di Malaysia yang akan terlintas di fikiran anda? Kalau tak Ipoh, Pulau Pinanglah tempatnya bukan? Semua tarikan ini cukup meriah di ibu negeri Pulau Pinang, Georgetown, sebuah bandar yang sangat popular dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara.

Di mana sahaja anda pandang, mesti ada sahaja tarikan yang menarik dan cun untuk bergambar, sebuah bandar yang ternyata cukup kreatif dan penuh warna-warni. Teringin ke Georgetown untuk merasai semua ini tapi tak nak keluar bajet yang banyak untuk penginapan? Dalam artikel ini kami senaraikan lebih daripada 20 buah hotel murah di Georgetown yang unik dan menarik, jangan buang masa lagi, teruskan membaca.

21. Time Capsule Hotel

Time Capsule Hotel Georgetown

Anda suka sains fiksyen? Time Capsule Hotel ini memang sesuai sangatlah untuk anda! Ruang tidur yang kelihatan futuristik di hotel ini cukup selesa, pencahayaannya melenakan mata, katil dan bantalnya sangat empuk, semuanya sempurna untuk merehatkan badan yang penat setelah seharian berjalan.

Time Capsule Hotel Georgetown - Room Image

Setiap ruangan tidur ataupun ‘pod’nya agak luas dan lengkap dengan penyejuk udaranya sendiri. Bagi wanita, ruang tidur sebegini mungkin kurang selesa kalau bercampur dengan lelaki kan? Jangan risau, pihak hotel mengkhaskan tingkat 1 hotel ini hanya untuk ruang tidur wanita.

Harga: Dari RM132+ Semalaman

Alamat: 420,Chulia Street,10200,Georgetown Malaysia, 10200 George Town

Selanjutnya Di Booking.com


20. The Campbell Times

The Campbell Times Hotel Georgetown Penang

The Campbell Times adalah sebuah penginapan yang berkonsep unik dan simple. Dengan harga yang murah, anda dapat menikmati pelbagai kemudahan seperti penyejuk udara yang menyegarkan, kemudahan seterika dan TV berskrin rata.

The Campbell Times Hotel Georgetown Penang - Room Image

Bukan itu sahaja, lokasinya juga sangat strategik, berdekatan dengan gerai-gerai makanan seperti Roti Canai Transfer Road, Nasi Kandar Line Clear, kedai Jeruk Pak Ali dan banyak lagi. Nak lagi syok, sewa sahaja basikal yang disediakan hotel barulah senang nak lawati banyak tempat menarik sekitar Georgetown ni!

Harga: Dari RM108+ Semalaman

Alamat: No.112,Campbell Street, 10100 George Town

Selanjutnya Di Booking.com


19. Wassup Youth Hostel

Wassup Youth Hotel Georgetown

Penginapan di Wassup Youth Hotel ini terdiri daripada dua jenis iaitu penginapan jenis dorm dan juga bilik. Untuk penginapan dorm, kemudahan yang disediakan adalah loker yang besar untuk menyimpan barangan, lampu bacaan dan plug. Untuk penginapan bilik pula lengkap dengan TV, peti keselamatan untuk menyimpan barangan berharga, cerek elektrik dan banyak lagi.

Wassup Youth Hotel Georgetown - Room Image

Hostel ini turut menyediakan kemudahan dapur kongsi, ruangan lepak untuk menonton TV, dan tempat bersantai dengan kemudahan komputer dan meja biliard. Kalau cuaca buruk di luar, tak ada sebablah untuk anda merasa bosan di hostel sini. Jangan terkejut, dengan harga serendah ini, anda juga boleh bermandi-manda di kolam renang yang disediakan. Bawah RM200 untuk semua ni? Berbaloi-baloi baq hang.

Harga: Dari RM86+ Semalaman

Alamat: 495E, Jalan Penang, Georgetown, Penang, 10000 George Town

Selanjutnya Di Booking.com


18. Chulia Mansion

Hotel Chulia Mansion Georgetown

Bagi anda yang datang ke Penang dengan kenderaan sendiri, Chulia Mansion adalah salah satu hotel yang sesuai untuk anda kerana lengkap dengan kawasan parking percuma.  Yang menariknya lagi tentang hotel ini adalah anda dapat menikmati minuman ringan percuma setiap hari pada pukul 5.30pm – 7.30pm, ais krim percuma dari pukul 2.00pm – 12.00am, di samping minuman percuma seperti teh, kopi serta biskut selama 24/7!

Hotel Chulia Mansion Georgetown Penang - Room Image

Di bahagian bumbung hotel ini juga terdapat jakuzi dengan 8 ruang duduk. Macam mana? Hebat juga untuk hotel dengan harga yang semurah ini kan? Di samping itu, lokasi hotel ini juga agak strategik, berdekatan dengan tarikan pelancongan Little India dan banyak lagi.

Harga: Dari RM170+ Semalaman

Alamat: 413 Lebuh Chulia, 10200 George Town

Selanjutnya Di Booking.com


17. Kimberley Hotel Georgetown

Kimberly Hotel Georgetown

Kimberley Hotel Georgetown terletak di lokasi yang sangat strategik yang mana di sebelah kanannya terdapat 2 buah pusat membeli-belah serta stesen bas Komtar, manakala sebelah kiri hotel pula terdapat banyak gerai-gerai makanan. Sesuai sangatlah untuk anda yang tak suka duduk diam. Kalau anda dah penat berjalan ke sana sini di kawasan sekitar, jangan lepaskan peluang untuk bersantai di Sky Bar hotel ini, pemandangan dari sini cukup menarik.

Kimberly Hotel George Town - Room Image

Selain itu, yang membezakan hotel ini dengan hotel murah yang lain adalah tahap sekuritinya yang memuaskan kerana untuk naik ke tingkat atas menggunakan lif, anda perlu menggunakan kad hotel. Nak lagi selamat? Anda boleh letak barang-barang berharga anda di dalam peti keselamatan yang disediakan di dalam bilik, barulah boleh anda menjelajah sekitar Georgetown dengan senang hati!

Harga: Dari RM188+ Semalaman

Alamat: No.36, G-02, Jalan Sungai Ujong No.36, G-02, 10100 George Town

Selanjutnya Di Booking.com


16. Apollo Inn

Apollo Inn Georgetown

Untuk sebuah penginapan dengan lokasi yang sempurna, tempat tidur yang selesa, bersih dan sunyi dari sebarang bunyi, anda boleh jadikan Apollo Inn sebagai pilihan penginapan. Fasiliti lain yang memudahkan anda yang menginap selepas seharian berjalan di sekitar Georgetown adalah ‘water dispenser’nya, tak payah bersusah-payah nak beli air mineral di kedai bila dah haus kepenatan berjalan.

Apollo Inn Georgetown - Room Image

Di samping itu, Apollo Inn turut menyediakan ruang santai di atas bumbung yang menyajikan panorama indah di sekitar bandar. Tak cukup lagi? Setiap waktu tengahari, hotel ini menyediakan minuman kopi dan teh serta biskut sebagai kudapan secara percuma. Sudahlah penginapannya murah, makanan percuma lagi, memang heaven!

Harga: Dari RM102+ Semalaman

Alamat: 7 ,Jalan Sungai Ujong, 10100 George Town

Selanjutnya Di Booking.com


15. Ryokan Muntri Boutique Hostel

Ryokan-Muntri Boutique Hotel Georgetown

Majoriti penginapan yang disediakan di Ryokan Muntri Boutique Hostel adalah berkonsepkan bilik dorm dengan katil dua tingkat dalam 13 buah bilik yang berbeza, untuk penginapan di bilik dorm tandasnya bukan di dalam bilik ya.  Kalau anda inginkan lebih privasi dengan tandas sendiri, terdapat 3 buah bilik yang lengkap dengan TV bersaluran kabel dan katil bersaiz king.

Ryokan Muntri Boutique Hotel Georgetown - Room Image

Yang menjadikan hotel ini terkenal dalam kalangan pelancong selain daripada harganya yang sangat berpatutan adalah lokasinya yang berdekatan dengan gerai-gerai makanan jalanan, Chinatown, pasar malam, Penang Street Art dan Little India. Dari sini juga, mudah untuk anda mendapatkan bas 101 yang menuju ke Taman Negara dan Batu Ferringhi.

Harga: Dari RM68+ Semalaman

Alamat: 62 Muntri St, George Town, 10200 George Town

Selanjutnya Di Booking.com


14. Hotel Mingood

Hotel Mingood Georgetown

Sekiranya anda memilih Hotel Mingood sebagai lokasi penginapan sepanjang percutian di Pulau Pinang anda akan dapat menikmati keindahan pemandangan dari taman atas bumbung hotel ataupun balkoni bilik, ruang santai yang sempurna untuk menghirup udara malam yang menyegarkan.

Hotel Mindgood Georgetown - Room Image

Anda juga boleh menikmati sarapan pagi seperti jus buah, kopi, bijirin dan roti bakar sambil melihat pemandangan sekitar dari ruang makan atas bumbung hotel. Yang menariknya lagi, hotel in turut menyediakan ruang bacaan dan permainan biliard untuk anda mengisi masa lapang sewaktu menginap di hotel.  Agak menarik untuk sebuah penginapan yang cukup murah.

Harga: Dari RM126+ Semalaman

Alamat: 164 Argyll Road, 10050 Georgetown

Selanjutnya Di Booking.com


13. Armenian Street Heritage Hotel

Armenian Street Heritage Hotel Georgetown

Lihat sahaja reka bentuk luaran Armenian Street Heritage Hotel, nampak agak klasik, namun lain pula ceritanya dengan suasana bilik-bilik penginapan di hotel ini yang memiliki dekorasi yang simple dan moden. Lantai kayu yang digunakan hotel ini menimbulkan aura tenang dan selesa.

Armenian Street Heritage Hotel Georgetown Room Image

Dengan harga yang cukup murah, anda dapat menginap di hotel yang sangat strategik berdekatan dengan pelbagai tarikan terkenal termasuklah muzium, street art, Kimberly Street, Chulia Street dan macam-macam lagi yang wajib anda lawati semasa di Georgetown.

Harga: Dari RM171+ Semalaman

Alamat: 139, Lebuh Carnarvon, 10200 George Town

Selanjutnya Di Booking.com


12. Hotel Malaysia

Hotel Malaysia Georgetown

Terletak di Penang Road yang meriah dengan gerai-gerai makanan barat, tempatan dan Jepun, Hotel Malaysia adalah sebuah penginapan yang tepat untuk pencinta street food. Selain daripada banyak tempat makan yang best, tidak jauh daripada hotel ini iaitu kurang daripada 1 km dari sini anda boleh melawat Muzium Penang Peranakan, Komtar dan Prangin Mall. Lokasi Hotel Malaysia memang mantaplah!

Hotel Malaysia Georgetown - Room Image

Bercakap tentang bilik tidur di hotel ini pula, setiap bilik lengkap dengan penyejuk udara, bar mini, TV bersaluran satelit, bilik mandi yang lengkap dengan tab mandi ataupun mandian hujan dan banyak lagi. Lokasi hebat, bilik yang cukup lengkap, harga pun sangat murah, apa lagi yang anda fikirkan?

Harga: Dari RM149+ Semalaman

Alamat: 7, Penang Road, 10000 George Town

Selanjutnya Di Booking.com


11. Cititel Express Penang

Cititel Express Georgetown Penang

Dekorasi dalaman bilik di Cititel Express Penang ini adalah berkonsepkan moden dan minimal dengan tona warna natural coklat, putih dan hitam. Rekaan dalaman bilik ini menimbulkan suasana yang cukup selesa dan menenangkan untuk anda sekeluarga mendapatkan tidur yang lena dan rehat yang sempurna. Sekiranya anda inginkan pemandangan yang cantik, anda boleh mendapatkan bilik di tingkat yang lebih tinggi.

Cititel Express Penang - Room Image

Kalau dah datang bercuti, mesti anda inginkan penginapan dengan lokasi yang best bukan? Cititel Express Penang juga seperti kebanyakan hotel yang lain di Georgetown, anda tidak perlu mengambil teksi untuk ke kawasan tarikan seperti Penang Street Art, Prangin Mall, Komtar, 1st Avenue dan banyak lagi.

Harga: Dari RM148+ Semalaman

Alamat: No. 123, Nordin Street, 10300 George Town

Selanjutnya Di Booking.com


10. Hotel Royal Penang

Hotel Royal Georgetown Penang

Bagi anda yang datang tanpa membawa kenderaan sendiri, Hotel Royal Penang terletak berdekatan dengan stesen bas termasuklah bas CAT ataupun bas percuma untuk anda melawat banyak lokasi menarik di sekitar Pulau Pinang.

Hotel Royal Georgetown Penang - Room Image

Selain lokasi yang mudah untuk anda mendapatkan kenderaan awam, hotel ini turut lengkap dengan kemudahan persis tinggal di hotel yang mewah seperti pusat kecergasan dan juga kolam renang.

Harga: Dari RM199+ Semalaman

Alamat: 3 Jalan Larut, 10500 George Town

Selanjutnya Di Booking.com


9. T+ Hotel Macallum Georgetown

T+ Plus Hotel Georgetown

Rekaan dalaman T+ Hotel Macallum Georgetown ini sangat simple dengan penggunaan warna putih pada sebahagian besar ruangannya, sangat menyejukkan pandangan mata. Walaupun keluasan bilik tidur tidaklah begitu besar, namun siling yang tinggi membuatkan bilik kelihatan luas.

T+ Plus Hotel Georgetown - Room Image

Hotel ini turut memiliki ruang letak kereta pecuma bagi anda yang datang dengan kenderaan sendiri. Bukan senang nak dapat hotel bajet dengan ruang parking percuma.

Harga: Dari RM165+ Semalaman

Alamat: No. 171, Jalan C.Y. Choy,, 10300 George Town

Selanjutnya Di Booking.com


8. 1926 Heritage Hotel

1926 Heritage Hotel Georgetown

Nak tahu satu fakta menarik tentang 1926 Heritage Hotel? Seperti nama yang diberikan, hotel ini dibina pada tahun 1926, pada masa itu, ia digunakan sebagai tempat tinggal penjajah British dan pentadbir tempatan. Terletak di Jalan Burma, bangunan klasik ini memiliki seni bina pengaruh Inggeris, Melayu dan India sepertimana kebanyakan bangunan klasik di Malaysia.

Kini, bangunan yang sudah berusia hampir satu dekad ini digunakan sebagai tempat penginapan yang menawarkan 96 buah bilik yang dihias elegan lengkap dengan penyejuk udara. Sesetengah bilik di hotel ini memiliki ruang balkoni untuk anda bersantai sambil menikmati pemandangan dan udara segar.

1926 Heritage Hotel Georgetown - Room Image

Hotel ini turut menyediakan kolam renang untuk anda menyejukkan badan setelah puas menikmati segala yang ditawarkan di bandaraya terkenal ini.

Klasik, elegan, lengkap dengan kolam renang, apa lagi yang menarik? Kalau anda nak tahu, dari hotel ini juga anda boleh menuju ke pantai dalam hanya 9 minit berjalan kaki. Memang berbaloilah!

Harga: Dari RM168+ Semalaman

Alamat: 227 Jalan Burma, 10050 George Town

Selanjutnya Di Booking.com


7. Hotel Sentral Georgetown

Hotel Sentral Georgetown

Hotel Sentral Georgetown terletak berdekatan dengan stesen bas untuk memudahkan anda menuju ke lokasi-lokasi menarik sekitar Pulau Pinang seperti Bukit Bendera, Gurney Plaza dan banyak lagi. Selain lokasi yang strategik, dengan harga yang berpatutan ini juga anda dapat menikmati sebuah penginapan dengan kemudahan yang lengkap, bilik yang luas dengan kebersihan yang sangat memuaskan.

Hotel Sentral Georgetown - Room Image

Setelah puas meneroka bandar ini, anda boleh bersantai di dalam bilik sambil menikmati pemandangan indah kawasan bandar Georgetown dan juga bukit-bukau.

Harga: Dari RM203+ Semalaman

Alamat: No.12, Lorong Kinta, Georgetown, 10400 George Town

Selanjutnya Di Booking.com


6. G Inn

G Inn Georgetown

Untuk sebuah hotel dengan harga yang murah, G Inn memberikan lebih nilai daripada wang yang anda keluarkan untuk menginap di sini. Antara kemudahan yang ditawarkan adalah kemudahan akses internet dan ruang parking yang diawasi pengawal.

G Inn Georgetown - Room Image

Selain itu, lokasinya yang terletak berdekatan dengan pelbagai tarikan popular seperti Rainbow Skywalk, Komtar, Prangin Mall dan banyak lagi menjadikan ia penginapan yang sangat sesuai untuk anda yang datang untuk makan angin di bandar penuh warna-warni ini.

Bilik-bilik yang ditawarkan di hotel ini pula lengkap dengan cerek elektrik, TV bersaluran satelit, peti keselamatan dan bar mini. Sempurna untuk sebuah penginapan yang semurah ini.

Harga: Dari RM132+ Semalaman

Alamat: 133 Macalister, George Town, Penang Island 10400

Selanjutnya Di Booking.com


5. Goodhope Hotel Kelawei, Penang

Good Hope Hotel Kelawei Georgetown

Goodhope Hotel Kelawei terletak berdekatan dengan pusat membeli-belah, kedai-kedai makan, tarikan pelancongan seperti Bukit Bendera, Kek Lok Si dan banyak lagi. Untuk menuju ke pantai juga, anda hanya perlu berjalan kaki sahaja dari hotel.

Good Hope Hotel Kelawei Georgetown - Room Image

Lokasi dah sempurna,  bagaimana pula dengan hotel ini sendiri? Setiap bilik di Goodhope Hotel Kelawei yang dihias moden dilengkapi dengan penyejuk udara dan TV sebagai hiburan. Sekiranya anda bernasib baik, mungkin anda mendapat sebuah bilik dengan pemandangan air laut. Kalau anda sudah bosan lepak di dalam bilik, turun sahaja ke taman hotel untuk menikmati udara segar sambil berbual dengan orang tersayang.

Harga: Dari RM123+ Semalaman

Alamat: No. 22 Jalan Kelawei, George Town, Penang Island 10250

Selanjutnya Di Booking.com


4. Victoria Inn, Penang

Victoria Inn Penang Georgetown

Tidak jauh dari Terminal Bas dan Jeti Pulau Pinang yang hanya 5 minit perjalanan kaki adalah sebuah hotel berkonsep moden, Victoria Inn. Menginap di sini bukan sahaja memudahkan anda untuk mengakses kenderaan awam, malahan ia juga dekat dengan pelbagai tarikan pelancongan yang lain seperti Khoo Kongsi, Fort Cornwallis dan Muzium Pulau Pinang dengan hanya berjalan kaki.

Victoria Inn Penang Georgetown - Room Image

Bilik-bilik di sini pula dihias dengan moden menggunakan warna yang menarik hati. Setiap bilik di sini berlantaikan kayu, berpenghawa dingin serta lengkap dengan TV berskrin rata.

Harga: Dari RM132+ Semalaman

Alamat: 278 Victoria Street, George Town, Penang Island 10030

Selanjutnya Di Booking.com


3. Tune Hotel Georgetown Penang

Tune Hotel Georgetown

Tune Hotel Georgetown Penang terletak di lokasi yang sangat strategik berdekatan dengan banyak gerai-gerai makan yang menarik. Nak beli makanan ringan untuk melapik perut sebelum memulakan penjajahan sekitar Georgetown, atau tiba-tiba sahaja perut menggerodak di waktu malam? Singgah sahaja ke 7E yang terletak di tingkat bawah hotel ini, macam-macam makanan dan minuman ringan terdapat di sini.

Tune Hotel Georgetown - Room Image

Setiap bilik di hotel ini lengkap dengan dengan penyejuk udara, kipas dan pengering rambut, mandian air panasnya pula sangat memuaskan.  Walau bagaimanapun, sekiranya anda datang bercuti bersama keluarga, hotel ini kurang sesuai kerana ruang biliknya agak kecil kerana konsep yang digunakan oleh Tune Hotel adalah ‘ruang penginapan yang efisien.

Harga: Dari RM137+ Semalaman

Alamat: 100, Jalan Burmah, Section 15, George Town, 10050 Penang, Malaysia, 10050 George Town

Selanjutnya Di Booking.com


2. Cintra Heritage House

Cintra Heritage House Georgetown

Cintra Heritage House adalah sebuah rumah kedai yang diubahsuai dan dibaikpulih menjadi sebuah penginapan dengan atmosfera tradisional. Dari luar lagi anda sudah terasa aura klasik hotel ini. Masuk sahaja ke ruangan dalam bangunan ini anda akan disambut dengan bau perabot kayu yang digunakan dalam dekorasi. Suasana di sekeliling hotel dihidupkan dengan tumbuhan hijau, satu pemandangan yang sangat menyegarkan.

Cintra Heritage House - Room Image

Bilik-bilik di hotel ini juga mengeluarkan aura klasik dengan rekaan dalaman seperti tinggal di rumah kampung namun tetap lengkap dengan keselesaan moden penghawa dingin dan lain-lain lagi. Ia juga adalah sebuah penginapan yang sesuai untuk percutian bersama keluarga kerana biliknya agak luas.

Harga: Dari RM155+ Semalaman

Alamat: Lot 1,3,5,7 Lebuh Cintra, 10100 George Town

Selanjutnya Di Booking.com


1. Berjaya Penang Hotel

Berjaya Penang Hotel Georgetown

Berjaya Penang Hotel ataupun nama asalnya Georgetown City Hotel terletak kurang 1 km dari Gurney Drive untuk pilihan makanan yang banyak, untuk ke Gurney Plaza pula hanyalah 500 m dari hotel.

Dengan harga di bawah RM200, anda sekeluarga dapat menikmati pelbagai kemudahan menarik yang disediakan hotel seperti kolam renang, pusat kecergasan dan khidmat sewa kereta.

Berjaya Penang Hotel Georgetown - Room Image

Bilik-bilik yang disediakan hotel ini juga menawarkan pemandangan yang menarik sekitar bandar Georgetown. Nama pun bercuti, memang bonuslah kalau dapat bilik dengan pemandangan indahkan?

Harga: Dari RM172+ Semalaman

Alamat: 1-Stop Midlands Park, Jalan Burmah, 10350 George Town

Selanjutnya Di Booking.com


Bagaimana? Macam tak percaya je hotel bajet pun banyak yang hebat-hebat di Georgetown ni. Dari yang moden hinggalah yang klasik, siap ada yang berkolam renang lagi. Memang rugi kalau tak ke Georgetown! Jangan anda ingat ini sahaja hotel murah yang ada di sini, sebenarnya banyak lagi hotel murah di Georgetown ini, nak tahu? Layari booking.com, macam-macam ada di sini.

Bagi anda yang inginkan penginapan yang lebih istimewa dengan keluarga tercinta, mai baca artikel kami 27 Hotel Menarik Di Penang.  Tapi, apa-apa pun, sebelum datang ke Penang, apa kata kalau anda luangkan masa untuk baca artikel kami tentang 33 Tempat Menarik di Penang. Bila cukup ilmu pasal Penang, baru syok nak berjalan!

Jangan buang masa lagi! Banyak gerai makanan best-best yang mesti anda cuba di Georgetown ni, jangan biaq diri terlioq! Booking hotel sekarang untuk kepuasan perut yang tak terhingga di Georgetown!