MALAYSIA WORLD HERITAGE TRAVEL SITE Rotating Header Image

May 9th, 2018:

26 Tempat Menarik Di Janda Baik Untuk Percutian Singkat Yang Luarbiasa

Janda Baik sememangnya sebuah destinasi yang luar biasa ‘baik’ untuk mendapatkan udara yang nyaman, suasana yang tenang dengan deruan air sungai mengalir yang menyegarkan segenap deria. Pemandangannya juga persis sebuah lukisan yang indah.

Bukan itu sahaja, kedinginan suhu di Janda Baik ini juga membuatkan ia menjadi destinasi pilihan untuk lari dari kepanasan kota. Yang menariknya, semua ini dapat dinikmati kurang 1 jam berjalanan dari Kuala Lumpur, lokasi yang sempurna bagi anda yang sudah tidak sabar-sabar ingin menyelamatkan diri dari genggaman hidup di ibu negara.

Di sinilah anda dapat melupakan dan melepaskan segala tekanan dan beban yang tersimpan. Menarik bukan gambaran kepuasan yang dapat anda nikmati di kawasan perkampungan Melayu yang terletak di dataran tinggi ini? Ingin mengekalkan perasaan ini dengan lebih lama? Anda boleh menginap di banyak resort dan rumah percutian yang terdapat di sini.

Teruskan membaca senarai tempat menarik di Janda Baik untuk mengetahui di manakah lokasi penginapan yang dapat memberikan anda ketenangan yang tiada bandingnya ini.

26. Sailor’s Rest Resort

Sailors Rest Janda Baik - Main Image

Rumah percutian yang terletak pada ketinggian 600 meter di Banjaran Titiwangsa ini menawarkan atmosfera yang cukup menyegarkan dalam lanskap yang megujakan pandangan mata.

Sailor’s Rest menawarkan pelbagai pilihan penginapan dengan suasana yang berbeza mengikut citarasa anda. Jika anda inginkan penginapan yang simple, anda boleh memilih On-room Annex ataupun Chalet Moden, jika anda inginkan penginapan dalam suasana kampung dengan ruang balkoni yang menyajikan pemandangan taman hijau, Kampung Chalet adalah pilihannya.

Sailors Rest Janda Baik - Room Image

Sekiranya anda ingin berumah di atas bot yang dikelilingi air yang tenang, bookinglah Boathouse yang ditawarkan Sailor’s Rest, dapatlah anda merasai pengalaman yang lain daripada biasa. Tak berani berumah di atas air? Anda juga boleh mendapatkan percutian unik di sini dengan cara berglamping ataupun  berglamorous camping.

Memang coollah! Tapi kalau anda ingin terus terjun ke dalam air tanpa perlu berjalan jauh dari penginapan, anda boleh memilih banglo yang ditawarkan kerana sungai terletak betul-betul bersebelahan dengannya.

Harga: Hubungi Pihak Resort Untuk Harga

Alamat: Lorong Dato’ Panglima, Kuala Lurah, 28750 Kampung Janda Baik

Selanjutnya Di Booking.com


Baca: 10 Destinasi Terbaik Di Bukit Tinggi

25. D’Villa Janda Baik

Menginap di D’Villa Janda Baik dapat memberikan anda sekeluarga sebuah suasana percutian dengan keindahan yang tak dapat diungkapkan. Dikelilingi oleh alam semula jadi hutan hujan yang dapat memperbaharui segenap tubuh anda dengan oksigen yang bersih lagi menyegarkan. Melihat reka bentuk penginapan di sini juga, cukup menarik mata.

Dekorasi dalaman penginapan-penginapannya tidak kurang hebatnya, masing-masing diberikan sentuhan berbeza mengikut jenis bilik seperti Rainforest Rooms, European Premier Room, Modern Premier Room, Modern Family Room dan yang paling istimewa sekali adalah Balinese Executive Room.

Seperti namanya, Balinese Executive Room, diberikan sentuhan yang menggabungkan budaya dan tradisi Bali, sebuah atmosfera yang cukup sesuai untuk dinikmati di dalam ketenangan alam semula jadi.

Harga: Dari RM200+ Semalaman

Alamat: A319, Jalan Tanarimba Pine, Kampung Janda Baik, Bentong

Selanjutnya Di Booking.com


24. Seri Pengantin Resort

Seri Pengantin Resort - Main Image

Resort butik, Seri Pengantin Resort yang terletak di kaki bukit, Kampung Janda Baik ini dapat membawa anda sekeluarga ke dalam sebuah dunia penuh keindahan yang memukau, dengan lanskap taman tropika yang indah, dan air kolam yang tenang, di samping bunyi burung berkicauan, hilang segala beban di fikiran.

Resort ini menawarkan penginapan yang direka dengan sentuhan kekampungan untuk menambahkan sensasi kepuasan bersama alam. Sesetengah bilik di hotel ini turut memiliki ruang balkoni sebagai tempat bersantai untuk menikmati udara dan pemandangan yang menyegarkan.

Seri Pengantin Resort - Room Image

Antara bilik-bilik yang terdapat di sini adalah Standard Economy Garden View Room yang memiliki pemandangan tasik dan taman tropika dari ruang balkoni, Deluxe Lake View Room dengan pemandangan kolam ikan dan tasik dari balkoni, Lavender (Open Plan Room) dengan pemandangan kolam renang serta kemudahan akses ke sungai, Cempaka Sari dan Garden Villa (Open Plan Room with Living Area), dan akhir sekali adalah Mayang Melati Room.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah bermandi-manda di kolam renang yang menggunakan air segar dari bukit, anda juga boleh memilih untuk berseronok di sungai yang terletak di sini. Selain itu, aktiviti menaiki ATV juga tidak patut dilepaskan, antara pakej yang disediakan adalah perjalanan selama 3 jam di sekitar Kampung Janda Baik, berjalanlah anda sepuas hati ya?

Harga: Dari RM170+ Semalaman

Alamat: Lot 686, Kg.Sum-Sum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong

Selanjutnya Di Booking.com


23. Aman Rimba Private Estate

Aman Rimba Private Estate - Main Image

Ketenangan dan kesegaran, inilah yang dapat anda sekeluarga rasai di Aman Rimba Private Estate di suatu pelusuk Janda Baik, sesuai dengan lokasinya yang terletak di Jalan ‘Damai’. Sememangnya menginap di sini dapat memberikan kedamaian yang didambakan setelah berhari-hari melalui kesibukan hidup di bandar.

Penginapan dengan reka bentuk kampung Melayu tradisional ini terletak di tepian Sungai Benus yang sentiasa mengalirkan air yang jernih. Terletak pada ketinggian 415 meter dari aras laut, anda sekeluarga dapat menikmati kesegaran udara dan suhu yang selesa sambil ditemani bisikan pohon-pohon yang ditiup angin.

Aman Rimba Private Estate - Room Image

Alangkah indahnya percutian di sini sekiranya anda melengkapkannya lagi dengan menempah makanan yang disediakan pihak katering penginapan, makanan-makanannya dihasilkan dari bahan-bahan yang cukup segar sehingga dapat dikesan oleh deria rasa.

Sudah puas menikmati menu yang disediakan, anda boleh mencuci mulut dengan memetik buah-buahan segar yang terdapat di dusun tanah Aman Rimba ini. Antara buah yang terdapat di sini adalah manggis, langsat, durian, mata kucing, rambutan, cempedak dan banyak lagi.

FB/Website: Aman Rimba Private Estate

Harga: Pakej Bermula Dari RM4000 2D 1N

Alamat: Lot 5487 Jalan Damai, Bentong 28750


22. Chalet Mamapapa

Chalet Mamapapa Janda Baik - Main Image

Ingin merasa perasaan menginap di rumah yang dikelilingi dengan pokok-pokok buah yang boleh dipetik dan terus dinikmati? Bukan itu sahaja, keluar sahaja dari bilik, terhidang keindahan air sungai yang bersih di depan mata.

Anda yang menginap di sini tidak perlu risau dengan lokasi sungai yang terlalu dekat walaupun travel bersama anak-anak kerana air sungainya tidak terlalu dalam. Menarik sekali suasana di sekitar Chalet Mamapapa ini bukan?

Chalet Mamapapa Janda Baik - Room Image

Bukan itu sahaja, Chalet Mamapapa juga menyediakan fasiliti yang lengkap seperti surau, padang untuk beraktiviti dan khidmat katering yang menyediakan makanan yang pergh! Cukup menyelerakan!

FB/Website: Chalet Mama Papa

Harga: Hubungi Pihak Resort Untuk Harga

Alamat: Lorong Kuala Lurau, Hulu Chemperoh, Bentong


21. Ena’s Place

Ena’s Place adalah sebuah penginapan yang terletak berhadapan dengan air sungai yang mengalir tenang. Suasana kampung di Ena’s Place ini ditambahkan lagi dengan kehadiran pokok-pokok buah yang tumbuh di sekitar yang termasuklah pokok durian. Jadi, rancanglah percutian anda ke sini pada musim durian ya?

Halaman rumah penginapan ini juga cukup luas untuk anda sekeluarga beraktiviti dengan sepuas hati. Jika anda menginap di sini, anda boleh juga menggunakan ruang dapur yang memiliki perkakasan yang lengkap dengan sedikit caj tambahan.

Caj yang dikenakan tak mahal sama sekali, bolehlah anda bawa bahan-bahan mentah untuk dimasak dan seterusnya dinikmati panas-panas sambil ditemani deruan air sungai. Dengar macam best kan? Apatah lagi jika menikmatinya secara real.

FB/Website:  Ena’s Place

Harga: Dari RM200+ Semalaman

Alamat: Lot 8533 Kuala Lurah, Chemperoh, Bentong


20. D’Hut At Janda Baik

Walaupun tidaklah terletak betul-betul berhadapan dengan sungai, dari D’Hut At Janda Baik ini untuk menuju ke destinasi bermandi-manda hanyalah memakan masa 2 minit pemanduan.

Jika anda ingin berseronok menikmati pemandangan di sekitar Janda Baik dengan lebih dekat, anda juga boleh menyewa basikal di tempat sewaan basikal yang terletak hanyalah 5 minit pemanduan dari tempat penginapan.

Bagaimana pula dengan penginapan ini sendiri? D’Hut At Janda Baik adalah sebuah penginapan bergaya kampung yang terletak di dalam dusun buah-buahan. Anda boleh bersantai pada hammock yang disediakan ataupun berseronok di halamannya yang cukup luas.

Di sini juga terdapat kolam ikan yang bukan sekadar untuk dipandang, sebab anda juga boleh mendekati ikan-ikan ini dengan berenang di dalamnya. Cool!

FB/Website: D’Hut At Janda Baik

Harga: Dari RM298+ Semalaman

Alamat: Hubungi Pihak Resort Untuk Lokasi


19. Saujana Janda Baik Homestay

Saujana Janda Baik Homestay - Main Image

Jika anda mengidam-idamkan suasana kampung klasik ala-ala tahun 70-an, Saujana Janda Baik Homestay adalah destinasinya. Terletak bersebelahan dengan air sungai jernih yang mengalir sejuk dengan air yang cetek, membuatkan ia sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.

Saujana Janda Baik Homestay - Room Image

Setelah puas menikmati kesegaran air ini, anda boleh bersantai di beranda rumah yang menyajikan keindahan air sungai untuk menenangkan fikiran sambil menikmati minuman panas. Anak-anak pula boleh berseronok di  rumah pokok yang diperbuat daripada kayu Chengal yang terdapat di sini. Jangan risau, kalau anda nak tahu, kayu Chengal adalah jenis kayu mahal yang cukup kukuh. Biarkanlah anak-anak berseronok dengan sepuasnya sepanjang percutian ini.

FB/Website: Saujana Janda Baik Homestay

Harga: Dari RM500+ Semalaman

Alamat: Lot 6989, Kampung Janda Baik, Janda Baik, Bentong 28760


18. Al Sakinah Eco Resort

Al Sakinah Eco Resort - Main Image

Al Sakinah Eco Resort, seperti nama yang diberikan, ‘eco resort,’ adalah penginapan yang dapat membawa anda bersatu dengan alam semula jadi yang tidak terucap keindahannya.

Resort ini dikelilingi oleh taman yang ditumbuhi dengan tumbuhan berbunga serta berhadapan dengan kolam yang luas. Anda boleh memancing di kolam ini sambil menikmati pemandangan yang disajikan di depan mata, sedar tak sedar, sudah berapa ekor ikan berjaya ditangkap.

Al Sakinah Eco Resort - Room Image

Kalau tak dapat makan ikan yang ditangkap sendiri, janganlah bersedih, kerana pihak resort ini turut menyediakan pakej makanan yang bukan kepalang keenakannya.

FB/Website: Al Sakinah Eco Resort

Harga: Dari RM400+ Semalaman

Alamat: Lot 5300 Lorong Lampin 1, Janda Baik, Bentong 28750


17. Saufiville Boutique Resort

Saufiville Boutique Resort - Main Image

Resort butik, Saufiville Boutique Resort yang terletak pada ketinggian 1800 kaki dari aras laut ini menawarkan pemandangan yang menggegarkan jiwa keindahannya. Tanah yang berkeluasan 12 ekar ini dikelilingi oleh flora dan fauna yang tidak ternoda sama sekali. Kedengaran macam sebuah lokasi yang jauh dari ibu kota bukan?

Saufiville Boutique Resort - Room Image

Sebenarnya lokasi resort ini hanyalah memakan masa 45 minit pemanduan dari Kuala Lumpur. Siapa sangka sebuah destinasi seindah ini terletak begitu dekat dengan bandaraya metropolitan. Sekiranya anda menginap di sini, anda akan ditemani dengan suhu yang selesa dari 23 ke 30 darjah Celsius sambil menikmati pemandangan air sungai.

Mengenai penginapan di sini pula, resort ini menawarkan 6 buah penginapan jenis bilik dan 13 buah dorm untuk anda yang datang beramai-ramai.

FB/Website: Saufiville Boutique Resort

Harga: Dari RM280+ Semalaman

Alamat:  Lot 1223, Kg Chempuruh, Janda Baik


16. Danau Daun Chalet

Daun Daun Chalet - Main Image

Teringin mengetahui bagaimana rasanya menginap di dalam rumah kampung yang elegan? Maka menginaplah di Danau Daun Chalet.

Terdapat beberapa jenis penginapan yang ditawarkan di sini, antaranya adalah Teratak Air yang lengkap dengan kolam renang peribadi di kaki bukit, Hillside Cottage dengan kolam renang peribadi berlatar belakangkan pemandangan hutan hijau, Danau Daun I II yang terletak di tepi kolam ikan dan Danau Daun III yang memiliki kolam peribadi dan terletak di sebalik kafe. Yang mana yang menjadi pilihan hati anda?

Daun Daun Chalet - Room Image

Bukan itu sahaja, di setiap chalet ini terdapat bbq pit masing-masing. Namun begitu, anda perlu membawa peralatan bbq yang lain seperti arang dan perkakasan sendiri.

FB/Website: Danau Daun Chalet

Harga: Dari RM260+ Semalaman

Alamat: Kampung Sum-Sum Hilir | Lot 5347, Janda Baik, Bentong 28750


15. Suria Hills Country House

Suria Hills Country House - Main Image

Menggabungkan reka bentuk moden dan elegan dengan sentuhan rumah kampung Melayu, Suria Hills Country House yang terletak di tanah berkeluasan 3 ekar ini dapat memberikan anda pengalaman percutian yang membawa ketenangan.

Suria Hills Country House - Room Image

Dikelilingi oleh taman berlanskap indah, air sungai yang mengalir jernih dan pohon-pohon yang berbuah segar, Suria Hills Country House adalah sebuah penginapan yang tepat bagi anda yang termimpi-mimpi akan suasana sebegini.

Harga: Dari RM170+ Semalaman

Alamat: Lot 8567 Kampung Janda Baik, 28700 Mukim Bentong, Bentong


Baca: 12 Resort Di Melaka Untuk Percutian Keluarga Luarbiasa

14. Le’ Manah Retreat

Le Manah Retreat - Main Image

Le Manah Retreat yang terletak di Kampung Chemperoh, Janda Baik ini menawarkan penginapan yang penuh dengan keselesaan dan padat dengan fasiliti menarik untuk anda sekeluarga beraktiviti.

Le Manah Retreat - Room Image

Antara yang terdapat di sini adalah kolam renang, gelanggang badminton, gelanggang tenis dan lain-lain lagi. Anda juga boleh merancang aktiviti ATV melalui pihak penginapan dengan caj sekitar RM35 untuk trek 3 kali pusingan di sekitar kesegaran flora dan fauna Janda Baik.

Sebenarnya banyak lagi aktiviti lain yang boleh dirancang sekiranya anda menginap di sini, nak tahu lebih lanjut? Anda boleh melayari laman web Le’ Manah Retreat.

FB/Website: Le’ Manah Retreat

Harga: Dari RM249+ Semalaman

Alamat: Lorong Belia 1, Kg Chemperoh, Janda Baik, 28750


13. Teratak Malaya

Teratak Malaya Guest House - Main Image

Resort yang menyediakan banyak ruang santai, Teratak Malaya adalah sebuah penginapan yang mesti diinapi walau sekali di dalam hidup. Keindahannya mendamaikan jiwa, suasana kampungnya mampu menggamit nostalgia.

Menginap di sini, anda dapat menikmati mandian air sungai jernih yang mengalir dengan sejuk dari bukit yang mampu melupuskan kepenatan setelah puas bersiar-siar di sekitar kawasan kampung.

Teratak Malaya Guest House - Room Image

Merancang untuk berbbq? Apa kata kalau anda memancing ikan di sungai ini? Kalau dapat ikan sungai yang selalunya bersaiz besar ini, memang puaslah!

Sebab lain kenapa anda perlu menginap di sini? Keindahan reka bentuk penginapan dan lanskap Teratak Malaya yang cukup mengujakan ini turut membuatkan ia menjadi pilihan banyak penggambaran drama. Memang rugilah kalau tak cuba!

FB/Website: Teratak Malaya

Harga: Hubungi Pihak Resort Untuk Harga

Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong


12. D’ark Resort

D’ark Resort yang terletak di Pulau Santap ini akan menyambut anda sekeluarga dengan sebuah pemandangan kampung yang elegan. Lanskapnya juga cukup menyejukkan pandangan mata, ditumbuhi dengan tumbuhan-tumbuhan hijau untuk oksigen yang menyegarkan setiap kali anda menarik nafas.

Resort yang indah ini juga menawarkan bermacam aktiviti untuk mengisi waktu-waktu percutian sama ada outdoor mahupun indoor. Aktiviti indoor adalah seperti ping-pong, karom, congkak dan bermacam jenis permainan papan. Aktiviti outdoor yang boleh dilakukan di sini pula adalah seperti badminton, sepak takraw, bola jaring dan lain-lain.

Sekiranya anda inginkan sesuatu yang lebih mencabar, anda boleh merancang untuk berjungle trekking, berkhemah, memancing dan sebagainya. Antara kemudahan yang disediakan resort ini adalah perpustakaan, surau, kafe, kemudahan bbq, tanah perkhemahan, kemudahan karaoke dan banyak lagi. Macam-macam boleh dilakukan di sini.

FB/Website: D’ark Resort

Harga: Hubungi Pihak Resort Untuk Harga

Alamat: D’ark Training Resort Sdn Bhd AshidaVilla, Lot 5303 Pulau Santap, Janda Baik, Bentong


11. Hawa Resort

Hawa Resort Janda Baik - Main Image

Seperti kebanyakan penginapan lain di Janda Baik ini, Hawa Resort dikelilingi oleh kehijauan hutan dan kejernihan air sungai.

Resort yang terletak hanya 30 minit dari Kuala Lumpur melalui lebuhraya Gombak-Karak ini menawarkan atmosfera yang menyegarkan tubuh dengan suhu sekitar 23 ke 28 darjah Celsius.

Hawa Resort Janda Baik - Room Image

Antara kemudahan yang disediakan resort ini adalah bilik permainan indoor (karom, ping-pong dan foosball), team building park yang luas, gelanggang serbaguna, kantin, bbq pit dan surau.

FB/Website: Hawa Resort

Harga: Dari RM160+ Semalaman

Alamat: Kampung Orang Asli Hulu Chemperuh, Bentong


10. Fifty4Ferns

Fifty4Ferns Janda Baik - Main Image

Chalet dengan sentuhan moden dan kontemporari, Fifty4Ferns ini berdiri di atas tanah berkeluasan 10 ekar yang dikelilingi oleh lanskap yang mengujakan pandangan sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki.

Fasiliti yang disediakan juga cukup menarik untuk sebuah percutian yang penuh makna seperti kolam renang, jakuzi outdoor, kolam ikan, kafe, pondok rehat, trek jogging, petting zoo, gelanggang serbaguna dan banyak lagi.

Fifty4Ferns Janda Baik - Room Image

Untuk pengetahuan anda, terdapat 12 buah chalet yang disediakan di sini yang memiliki luaran inspirasi daripada rumah Melayu klasik dengan sentuhan dalaman berkonsep moden kontemporari.

Chalet yang terletak 700 meter dari aras laut ini menawarkan udara yang kesegarannya menghilangkan lara hati dan melapangkan dada. Fifty4Ferns cukup sempurna bagi anda yang mendambakan percutian yang penuh kuasa terapeutik.

FB/Website: Fifty4Ferns

Harga: Dari RM400+ Semalaman

Alamat: Lot 12188, Lorong Cheringin, Janda Baik, Janda Baik, Bentong


9. Suunah Koruss Resort

Suunah Koruss Resort Janda Baik Pahang - Main Image

Penginapan dalam suasana kampung namun lengkap dengan kemudahan moden, Suunah Koruss Resort pasti dapat memberikan anda sekeluarga pengalaman percutian yang mustahil dapat dilupakan.

Dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi dan berhadapan dengan sungai jernih, Suunah Koruss Resort menawarkan beberapa jenis penginapan untuk dipilih seperti Villa Irama, Getaran Jiwa, Horee-horee, Villa Jalan Ampas, Villa Panggung, Retro House dan macam-macam lagi yang termasuklah khemah.

Suunah Koruss Resort Janda Baik Pahang - Room Image

Macam pernah dengar je nama-nama penginapan yang tersedia kan? Ya, sebenarnya resort ini dinamakan ala-ala P.Ramlee kerana suasananya yang persis zaman kehidupan lagenda sepanjang zaman, P.Ramlee. Menarik bukan?

Selain itu, resort ini turut menyediakan banyak fasiliti menarik yang menjadikan ia wajib dipilih sebagai penginapan pada musim cuti nanti seperti tempat berbbq, kolam renang, gelanggang badminton, tempat duduk di tepian sungai dan bermacam-macam lagi.

FB/Website: Suunah Koruss Resort

Harga: Hubungi Pihak Resort Untuk Harga

Alamat: 13, Kg. Pulau Santap, Janda Baik, Bentong


8. Enderong Resort

Enderong Resort Janda Baik - Main Image

Resort yang terletak pada ketinggian 2000 kaki dari aras laut ini sememangnya mampu mengujakan sesiapa sahaja yang memandang.

Enderong Resort  menawarkan beberapa jenis penginapan dan salah satunya adalah Enderong House yang merupakan sebuah rumah 3 tingkat yang diperbuat daripada kayu-kayan yang bersatu dengan cermin yang luas, rumah ini membolehkan anda yang menginap menikmati keindahan flora setiap kali mencelikkan mata.

Untuk pengetahuan anda, Enderong House yang dibina pada tahun 2001 ini pernah memenangi anugerah seni bina daripada Malaysia Institue of Architects (PAM) pada tahun 2004.

Enderong Resort Janda Baik - Room Image

Penginapan lain pula adalah Annexe Rooms sekiranya anda datang berseorangan ataupun dalam kumpulan yang kecil dan seterusnya adalah The Cottage yang merupakan rumah kayu dengan seni bina tradisional Melayu.

Keindahan seni bina penginapan ini ditambah lagi dengan fasiliti yang menghiasi lanskap resort seperti kolam ikan, kolam renang, pondok santai, trek berjalan kaki dan lain-lain.

FB/Website: Enderong Resort

Harga: Dari RM530+ Semalaman

Alamat: Lot C21, Persiaran Enderong, Jalan Tanarimba Pine, Tanarimba, Janda Baik, Bukit Tinggi, 28750 Bentong


7. Pondok Impian

Pondok Impian Janda Baik - Main Image

Penginapan impian penduduk kota, Pondok Impian ini terletak hanyalah 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Pondok Impian menawarkan beberapa jenis penginapan yang terdiri daripada chalet keluarga, chalet VIP, exclusive honeymoon chalet-style Minang dan bilik dorm yang boleh menampung 15 orang penginap pada satu-satu masa. Mana satu yang kedengaran sesuai dengan keperluan penginapan anda?

Pondok Impian Janda Baik - Room Image

Bukan sahaja memiliki pilihan penginapan yang pelbagai, fasiliti yang disediakan juga amatlah lengkap dengan kolam memancing, kolam renang yang menggunakan air terjun yang menyegarkan, kemudahan karaoke, mini cinema, set bbq, dan banyak lagi.

FB/Website: Pondok Impian

Harga: Dari RM150+ Semalaman

Alamat: Hubungi Pihak Resort Untuk Lokasi


Baca: 12 Destinasi Menarik Di Bukit Fraser

6. 101 Resort Spa

101 Resort  Spa - Main Image

101 Resort Spa adalah sebuah penginapan bertaraf 3 bintang yang menghidangkan alam flora dan fauna sebaik melangkah keluar dari pintu bilik.

Dikelilingi hutan dan juga menjadi laluan sebatang air sungai yang jernih bak kristal, menginap di resort ini menjadikan anda seorang yang lain dari biasa, mungkin jauh lebih tenang dengan wajah yang lebih ceria ditambah pula dengan udara segar yang sentiasa menyapa.

101 Resort  Spa - Room Image

Di sinilah anda dapat mengembalikan kesihatan tubuh yang telah lama dicemari udara di kota. Tidak cukup dengan itu, anda boleh memaksimakan nikmat pecutian dengan mendapatkan rawatan spa resort ini yang sangat melegakan badan.

Harga: Dari RM260+ Semalaman

Alamat: Ashida Villa, Lot 5303 Pulau Santap, Kampung Janda Baik, Bentong, 28750 Kampung Janda Baik

Selanjutnya Di Booking.com


5. Serene Retreat

Serene Retreat Janda Baik - Main Image

Serene Retreat adalah sebuah penginapan yang berkonsepkan Bali. Lokasinya adalah di sekitar Arena of Stars dan juga tokong Gua Chin Swee. Serene Retreat menawarkan 7 buah bilik yang masing-masing lengkap dengan ruang balkoni untuk anda menikmati udara segar dan pemandangan mendamaikan tanpa mengira masa.

Serene Retreat Janda Baik - Room Image

Kemudahan lain yang disediakan di sini adalah kolam renang, spa, dan khidmat sewaan basikal sekiranya anda ingin bersiar-siar sambil menikmati dengan sepuasnya sentuhan angin di sekitar Janda Baik.

FB/Website: Serene Retreat

Harga: Hubungi Pihak Resort Untuk Harga

Alamat: Lot 5358 Lorong Cherengin 2 Kg Janda Baik, Janda Baik


4. Bidaisari Resort

Bidaisari Resort Janda Baik - Main Image

Bidaisari Resort yang terletak di Kampong Sum Sum ini menghidangkan para penginap dengan pemandangan air sungai dan kolam renang. Resort yang dihiasi dengan keindahan alam ini dapat membantu anda relaks dan melupakan masalah yang ada.

Pemandangan di sekitar penginapan yang termasuklah tasik dan pokok yang berbuah mekar, di samping penginapan yang dihias dengan konsep yang cukup eksklusif dan penuh dengan keselesaan membuatkan wang yang dikeluarkan terasa sangat berbaloi.

Bidaisari Resort Janda Baik - Room Image

Bukan itu sahaja, Bidaisari turut memiliki kandang kudanya sendiri yang terletak bersebelahan dengan resort. Anda boleh mendapatkan pakej penginapan dan menunggang kuda jika ini adalah salah satu aktiviti yang ingin anda lakukan.

Harga: Dari RM400+ Semalaman

Alamat: Lorong Cheringin Satu, Kampung Cheringin Janda Baik, 28750 Kampong Sum Sum

Selanjutnya Di Booking.com


3. Kanopi Villa

Kanopi Villa Janda Baik - Main Image

Ingin mencuba sesuatu yang baru? Apa kata kalau anda cuba menginap di Kanopi Villa? Seperti nama yang diberi, Kanopi Villa menawarkan tempat penginapan yang berbumbungkan kanopi yang lengkap dengan kemudahan seperti katil yang selesa. Pendek kata, di Kanopi Villa ini anda dapat mencuba berglamping bersama yang tersayang.

Kanopi Villa Janda Baik - Room Image

Di samping itu, Kanopi Villa turut memiliki pusat aktiviti yang terbahagi kepada banyak bahagian untuk memberikan anda privasi sewaktu bersantai. Di pusat aktiviti ini, anda boleh bermain bermacam permainan papan, menonton TV atau sekadar menikmati minum petang sambil melihat pemandangan hutan hujan yang terbentang luas di hadapan mata.

Harga: Dari RM204+ Semalaman

Alamat: Plot 25929, Kg Janda Baik,  (Di Hadapan Balai Bomba) Bentong

Selanjutnya Di Booking.com


2. Happy Paradise

Happy Paradise Janda Baik - Main Image

Terletak di Kampung Cherenging, Janda Baik, Happy Paradise sememangnya adalah syurga bagi keluarga yang datang menginap. Rasanya, dah datang sekali, memorinya pasti akan sentiasa terngiang-ngiang di ingatan.

Happy Paradise - Room Image

Penginapan indah ini memiliki pohon-pohon berbuah mekar yang boleh dipetik untuk dinikmati dengan segar, zoo mini, taman permainan, kolam renang, kandang kuda, kawasan bbq dan banyak lagi. Anda dapat meluangkan masa berkualiti yang penuh santai sepanjang penginapan. Percayalah, seminit pun tak akan berlalu tanpa keseronokan.

Harga: Dari RM150+ Semalaman

Alamat: Lot 5596, Kg Cherenging Pahang, 28750 Kampung Janda Baik

Selanjutnya Di Booking.com


1. NHZ Country House

NHZ Country House Janda Baik - Main Image

NHZ Country House yang berdiri di atas tanah berkeluasan 1 ekar ini menawarkan penginapan dengan atmosfera penuh keselesaan seperti di rumah sendiri, lengkap dengan katil empuk yang sentiasa memanggil untuk membuai anda dengan mimpi indah.

NHZ Country House Janda Baik - Room Image

Bangun sahaja dari tidur lena, anda boleh keluar untuk menikmati keindahan taman hijau sambil menghirup udara segar. Sekiranya anda menginap di sini, antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah berbasikal, berbbq dan sebagainya.

Harga: Dari RM280+ Semalaman

Alamat: 7, Kampung Chemperoh, Janda Baik, 28750 Kampung Janda Baik

Selanjutnya Di Booking.com


Tudia penangan Janda Baik! Tak lekang dengan chalet dan resort yang diselubungi keindahan alam semula jadi. Tanpa menara pencakar langit, tiada kepulan asap yang mencemar pernafasan dan yang ada hanyalah kewujudan alam semula jadi yang mendamaikan jiwa, bunyi burung berkicauan, air yang mengalir segar, dusun yang tidak mekar dengan buah-buahan, semua ini dapat dinikmati kurang 1 jam perjalanan dari kota besar, Kuala Lumpur.

Bagi anda yang bukanlah warga ibu negara Malaysia ini, dan merancang untuk menikmati percutian bukan sahaja di Janda Baik tapi juga di Kuala Lumpur, anda boleh membaca artikel kami berkaitan Tempat Menarik di Kuala Lumpur.

Senarai tempat menarik di Janda Baik ini masih tidak dapat memuaskan rasa cinta anda kepada alam semula jadi? Apa kata kalau anda baca artikel kami tentang Tempat Glamping Menarik di Malaysia untuk sebuah pengalaman percutian yang lebih mesra alam dan adventurous.

Banyak sekali tarikan yang ada di Malaysia ini bukan? Hentikan angan-angan untuk menikmati semua ini dengan mula membuat tempahan penginapan secepat mungkin sebelum penginapan ini penuh kerana terlambat.

Janda Baik sememangnya dapat memberikan pengalaman yang terbaik pada pengunjungnya, namun, perkara yang sama tidak boleh dikatakan tentang kesediaan penginapannya yang begitu cepat penuh setiap kali tiba musim cuti. Jangan buang masa lagi! Bawalah keluarga anda menyelami alam semula jadi di Janda Baik untuk percutian akan datang. Semoga berseronok di Janda Baik!

19 Tempat Menarik Di Sandakan | Panduan Bercuti Ke Bandaraya Alam Semulajadi

Bandar kedua yang terbesar di Sabah, Sandakan menawarkan banyak tarikan menarik yang mampu membuatkan jiwa travel anda bergetar. Disinilah anda dapat melihat kekayaan flora dan fauna yang eksotik di bumi Borneo yang pastinya akan meninggalkan memori indah buat anda sekeluarga.

Bukan itu sahaja, kota yang pernah mengalami kemusnahan yang dahsyat akibat Perang Dunia Kedua ini juga memiliki banyak peninggalan sejarah yang menarik untuk diselami dan diamati. Dimanakah lokasi-lokasi tempat menarik ini?

Teruskan membaca senarai tempat menarik di Sandakan ini, percayalah tiada satu pun yang boleh anda abaikan, kerana masing-masing memiliki aura yang hebat menggoda anda untuk datang.

19. Kampung Nelayan Sandakan

Kampung Nelayan Sandakan
Sumber: Carole Ferris

Kampung Nelayan yang terletak di Sandakan ini bukanlah perkampungan biasa kerana kedudukannya yang unik iaitu di atas air laut. Anda boleh sampai ke sini dengan menaiki bot yang tak lain tak bukan adalah cara yang paling menarik untuk melihat dengan dekat perkampungan terapung ini. Dikatakan, penduduk di sini berasal dari negara Brunei, menarik juga untuk dikaji sebab kedatangan mereka ke sinikan?

Seperti kampung nelayan yang lain, disinilah anda dapat melihat kehidupan sebenar masyarakat yang menjadikan hasil laut sebagai mata pencarian utama dengan kewujudan bot yang begitu banyak disekitar jeti.

Di sekitar kawasan ini juga anda dapat melihat banyak makanan laut yang dijual murah dan segar. Sesetengah rumah di kawasan perkampungan ini turut mempamerkan produk hasil laut untuk dijual.

Alamat: Kampung Pukat, Sandakan


Baca: 45 Destinasi Terbaik Di Sabah

18. Agnes Newton Keith

Agnes Newton Keith Sandakan
Sumber: Agnes Keith House

Melihat rumah Agnes Newton Keith ini macam tak sangka bahawa ini pada suatu ketika dahulu adalah rumah pasangan mat saleh,  Mr Harry Keith dan isterinya Agnes Newton Keith. Mana tidaknya, reka bentuknya cukup klasik seperti rumah di kampung-kampung Melayu. Rumah yang dicat putih ini telah dibina semula oleh Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1946 setelah dimusnahkan semasa Perang Dunia Ke-2.

Rumah ini kini menyimpan pelbagai artifak peperangan, barangan antik termasuklah info tentang kehidupan Agnes Keith. Siapakah Agnes Keith ini? Beliau adalah seorang penulis yang telah menghasilkan tiga buah buku yang diinspirasikan dari kehidupan di Sabah, salah satunya adalah buku yang bertajuk “Land Below The Wind” yang menjadikan negeri Sabah terkenal sehingga ke peringkat dunia.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)

Harga: Warganegara Dewasa RM2 | Warganegara Atas 55 Tahun Kanak-kanak Bawah 12 Tahun Percuma | Pelancong RM15

Alamat: Agnes Keith House, Jalan Istana, 90709 Sandakan


17. Deramakot Forest Reserve

Deramakot Forest Reserve Sandakan
Sumber: Christian Loader Photography

Deramakot Forest Reserve adalah hutan simpan yang berkeluasan 55,507 hektar. Apa yang istimewanya tentang hutan ini adalah kerana ianya adalah hutan pertama di dunia yang diakui oleh  Forest Stewardship Council sebagai hutan yang dijaga dengan baik.

Ini kerana, aktiviti pembalakan di sekitar hutan ini sentiasa dijalankan mengikut konsep “Reduced Impact Logging” ataupun Pembalakan Kurang Impak (RIL) yang mana, aktiviti pembalakan hanya boleh dilakukan ke atas pokok-pokok yang hanya memberikan kesan minimal kepada tanah dan hutan di sekitar apabila ditebang.

Barulah flora dan fauna terasa disayangi, kan bagus kalau semua hutan diberikan layanan istimewa sebegini.

Harga: Masuk RM15 | Kenderaan RM100 | Kamera RM10

Alamat: Deramakot Forest Reserve, Telupid, Beluran


16. Rainforest Discovery Centre

Rainforest Discovery Centre Sandakan
Sumber: Amazing Borneo

Rainforest Discovery Centre yang terletak di Hutan Simpan Sipilok-Kabili ini adalah habitat kepada haiwan yang disayangi ramai, yang tak lain tak bukan di Borneo ini, Orang Utan.

Anda akan berjalan melalui canopy walk yang disediakan untuk menyelami flora dan fauna yang terbentang luas di kiri dan kanan sambil ditemani bunyi kicauan burung yang terbang penuh keriangan di sekitar hutan.

Jangan lupa untuk bawa teropong, mana tahu, kalau-kalau terlihat haiwan eksotik di kejauhan. Alang-alang sudah ke sini, rancanglah untuk melawat Santuari Orang Utan Sepilok yang terletak hanyalah bersebelahan dengan Rainforest Discovery Centre ini.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 5.00pm)

Harga: Dewasa MyKad: RM7, Pelancong: RM15 | Kanak-kanak MyKad: RM3, Pelancong: RM7 | Bawah 5 Tahun Percuma

Alamat: Sepilok, 90715 Sandakan


15. Gua Gomantong

Gua Gomatong Sandakan
Sumber: Xcalibrephoto

Tak sah rasanya kalau tak melawat apa sahaja yang memiliki status sebagai yang ‘paling’ bila melawat sesebuah destinasi kan? Kalau anda nak tahu, Gua Gomantong ini adalah gua batu kapur yang paling besar di negeri Sabah. Gua batu kapur ini memiliki bukan satu tapi 27 buah gua kecil yang telah beratus tahun menjadi tempat persarangan burung layang-layang.

Kalau sudah namanya gua, anda juga boleh menjangkakan kehadiran banyak burung kelawar yang pelbagai jenis seperti Fawn Leaf-Nose dan Philippine Forest Horseshoe, maka bersedialah dengan topeng muka untuk menapis bau najis kelawar yang agak menusuk hidung ya? Sekiranya anda merancang untuk ke sini, waktu yang terbaik adalah antara bulan Februari ke bulan Ogos untuk melihat sarang burung layang-layang.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 6.00pm)

Harga: Dewasa MyKad: RM5, Pelancong: RM30 | 18 Tahun Kebawah MyKad: RM2, Pelancong: RM15

Alamat: Gua Gomantong, 90000 Kinabatangan


14. Borneo Sun Bear Conservation Centre

Borneo Sun Bear Conservation Centre Sandakan
Sumber: Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC)

Lokasi Borneo Sun Bear Conservation Centre ini hanyalah beberapa minit sahaja dari Santuari Orang Utan.

Seperti namanya, di sini anda dapat melihat di depan mata spesies beruang yang terkecil di dunia yang terancam kewujudannya akibat pemburuan dan pembalakan haram, Sun Bear ataupun Beruang Madu.

Disebabkan betapa terancamnya spesies ini, pusat pemuliharaan ini ditubuhkan, bayangkanlah jika haiwan secomel ini dibiarkan pupus, sedih bukan?

Untuk melihat beruang ini, anda sekeluarga perlu berjalan di atas dek pemerhatian yang disediakan. Janganlah terlalu excited sangat semasa berada di sini kerana beruang madu ini teramatlah sensitif dengan bunyi bising. Kalau dah bising, apa pun tak dapat dilihat.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 3.30pm)

Harga: Dewasa MyKad: RM15, Pelancong: RM30 | 12 – 17 Tahun MyKad: RM2, Pelancong: RM5 | Bawah 12 Tahun Percuma

Alamat: Bornean Sun Bear Conservation Centre, PPM 219, Elopura, 90000 Sandakan


13. Sandakan Memorial Park

Sandakan Memorial Park Sandakan
Sumber: HockSong Lim

Pada tahun 1945, tapak Sandakan Memorial Park ataupun Taman Peringatan Sandakan ini pernah menjadi saksi kepada kekejaman tentera Jepun yang telah menjadikan sebilangan besar askar Australia dan British sebagai tawanan perang.

Bukan seorang dua yang terbunuh sewaktu menjadi tawanan, tetapi lebih daripada 2400 orang terkorban dan yang terselamat hanyalah 6 orang tawanan yang berjaya melarikan diri. Bayangkanlah situasi di Sandakan pada waktu itu.

Kini, untuk memperingati mereka yang telah terbunuh, memorial ini ditubuhkan. Anda juga dapat melawat sebuah muzium kecil yang ada di sini untuk mendalami lebih banyak lagi tentang sejarah Sandakan yang penuh dengan peristiwa hitam.

Alamat: Sandakan Memorial Park, Mile 8, Jalan Labuk Utara, Taman Rimba, 90702 Sandakan, Sabah


Lihat Tawaran Hotel Terbaik Di Sandakan

12. Labuk Bay Proboscis Monkey Santuary

Labuk Bay Proboscia Monkey Santuary
Sumber: Alina Thien

Apa pula Proboscis Monkey ini? Kalau anda nak tahu, nama lain bagi monyet ini adalah Monyet Belanda iaitu spesies monyet yang berhidung besar dan panjang.

Untuk melihat keletah monyet unik yang hanya wujud di sekitar Borneo ini, mai singgah ke Labuk Bay Proboscis Monkey Santuary. Santuari ini terletak tidak jauh dari Kampung Semawang, di tengah-tengah kawasan hutan bakau di Labuk Bay, Sandakan.

Sampai sahaja ke sini, anda perlu menaiki platform pemerhatian yang disediakan untuk mendekati haiwan eksotik ini, jangan risau, monyet ini bukanlah daripada spesies yang agresif. Jangan lupa untuk bawa kamera!

Waktu Operasi (Jadual Waktu Pemerhatian): Platform A (9.30am – 2.00pm) | Platform B (11.30am – 4.30pm)

Harga: Dewasa MyKad: RM15, Pelancong: RM60 | Kanak-kanak MyKad: RM5, Pelancong: RM30 | Kamera RM10

Alamat: Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary, Yet Hing Oil Palm Estate, Off Jalan Labuk, Sandakan


11. Pasar Umum Sandakan

Pasar Umum Sandakan
Sumber: Siang Siang

Tak akanlah tak shopping barangan yang terkenal di negeri yang sudah penat dilawati dari jauhkan? Bila dengar Sabah sahaja, pastinya bercahaya mata para wanita yang mengidamkan barangan kemas diperbuat daripada mutiara. Bukan hanya mutiara, lain-lain yang terkenal di negeri ini juga adalah seperti produk kristal dan sudah semestinya hasil laut yang segar.

Di manakah lokasinya untuk melihat dan membeli-belah semua ini? Jawapannya adalah di Pasar Umum Sandakan. Pasar ini bukanlah seperti pasar biasa yang terletak di tepian jalan, tapi merupakan pasar di dalam bangunan 3 tingkat.

Macam-macam boleh dijumpai di sini contohnya sayur-sayuran, hasil laut dan buah-buahan yang segar di tingkat 1, dan barangan yang merambangkan mata wanita di tingkat 2. Kalau anda nak merasa makanan tradisi orang Sabah, pasar inilah salah satu lokasi yang pasti tidak akan mengecewakan anda.

Waktu Operasi: Setiap Hari (3.00am – 7.30pm)

Alamat: Jalan Pryer, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan


10. Sandakan Crocodile Farm

Sandakan Crocodile Farm
Sumber: Yahya Padis Mapag

Sandakan Crocodile Farm ini terletak sekitar satu setengah jam dari bandar Sandakan. Jauh juga ya? Tapi percayalah, lawatan anda ke taman buaya ini terasa amat berbaloi kerana ia merupakan taman buaya yang terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 3000 ekor buaya di dalamnya.

Selain buaya, di sini juga terdapat taman kanak dan sebuah zoo mini yang menempatkan ikan Amazon bersaiz besar. Apa lagi yang menarik? Kalau anda datang pada hari Ahad ataupun cuti umum, anda bukan sahaja dapat melihat pertunjukan buaya, tapi juga pertunjukan haiwan menggerunkan yang lain iaitu ular. Barulah thrill!

Waktu Pertunjukan di Sandakan Crocodile Farm: 

Pertunjukan Buaya: Isnin – Jumaat (11:45am 4.00pm)

Pertunjukan Buaya Ular: Ahad Cuti Umum (11.00am, 2.00pm 4.00pm)

Waktu Diberi Makan: 9.00am – 4.30pm

Alamat: Sandakan Crocodile Farm, Batu 8, Jalan Labuk, Sandakan


9. Pulau Berhala

Pulau Berhala Sandakan
Sumber: Faisal Jamil

Pulau yang terletak berhadapn dengan perkampungan Sim-Sim, Pulau Berhala ini memiliki dua buah bukit batu pasir yang bercantum dengan satu sama lain pada ketinggian 600 kaki dari aras laut.

Disebabkan kehadiran batu kapur ini, anda boleh menemui gua yang memukau dan unik untuk diterokai. Jika anda naik ke puncak bukit ini pula, terdapat rumah api, manakala, sudut curam bukit ini diselubungi oleh hutan simpan dengan tumbuhan pinggir laut yang menjadi tarikan para pengkaji botani.

Jangan menganggap anda seorang sahaja yang berada di pulau ini seperti di dalam filem Cast Away, kerana di sebelah barat pulau ini terdapat sebuah kampung di tepian pantai indah yang sering dijadikan tempat perkelahan.

Anda rasa pulau ini senaif yang didengari? Sebenarnya disebalik keindahannya Pulau Berhala menyimpan misteri dan sejarah yang menarik untuk didengar. Nak tahu? On kan mood Sherlock Holmes anda.

Alamat: Pulau Bahala, Sabah


Baca: 23 Destinasi Istimewa Di Sarawak

8. Sungai Kinabatangan

Sungai Kinabatangan Sandakan
Sumber: Mohd Fazlin Effendy Ooi

Sungai Kinabatangan ini agak luar biasa panjangnya, berukuran 560 km, menjadikan ia sungai yang terpanjang di negeri Sabah. Anda sekeluarga dapat menikmati pelayaran yang seluas pemandangan, dan membuka mata anda tentang geografi sekitar Sabah yang menarik untuk diamati.

Rasanya, menyelusuri Sungai Kinabatangan ini adalah satu aktiviti yang wajib dilakukan untuk sebuah kepuasan percutian yang sebenar.

Di sepanjang perjalanan, anda akan disajikan dengan pemandangan ladang kelapa sawit, kawasan perkampungan dan bandar-bandar kecil sekitar Sabah. Bukan itu sahaja, pada waktu inilah anda boleh melihat kekayaan fauna yang ditawarkan muka bumi Borneo seperti orang utan, ungka, monyet, dan banyak lagi.

Kalau bernasib baik, mungkin juga gajah-gajah besar yang digelar Borneo Pygmy Elephants akan menunjukkan diri.

Alamat: Sungai Kinabatangan, Sabah


7. Pulau Lankayan

Pulau-Lankayan-Sandakan
Sumber: GMC Travel Tours Sdn Bhd

Pulau Lankayan adalah sebuah pulau yang cukup istimewa, istimewanya luar biasa kerana ia menawarkan lebih daripada 30 lokasi yang best untuk aktiviti menyelam yang kebanyakannya boleh diakses dengan menaiki bot beberapa minit dari jeti pulau.

Yang menariknya, ada juga kawasan menyelam yang memiliki bangkai kapal untuk diterokai. Memang menarik, tapi anda dah ada skills menyelam? Kalau tak ada lagi, apa kata kalau mula belajar dari sekarang, barulah dapat menikmati travel dengan keseronokan yang maksimum.

Sebab lain kenapa anda mesti menyelam skuba di sini adalah kerana kekayaan faunanya yang memang wow! Antara hidupan laut yang dapat dilihat adalah ikan anemone, ikan kerapu, blue ribbon eel, juvenile cat fish dan bermacam-macam lagi. Semua ini dapat dinikmati secara HD di dalam air yang cukup jernih.

Alamat: Pulau Lankayan, Sabah


6. Pulau Selingan

Pulau Selingan Sandakan
Sumber: Vestpounds Tours

Juga sebahagian daripada Taman Laut Pulau Penyu, Pulau Selingan menempatkan sebuah pusat penjagaan dan penetasaan telur penyu yang pertama dibina di Malaysia iaitu pada 1 Ogos 1996.

Jenis penyu yang mendarat di sini adalah Penyu Karah dan Penyu Hijau yang selalunya datang mendarat ketika malam menjelma untuk bertelur.

Namun begitu, anda tidak dibenarkan berada di kawasan pantai ketika ini untuk mengelakkan penyu daripada berasa terganggu, namun sebenarnya renjer atau pihak pengurusan tetap bagi peluang untuk anda melihat penyu pada waktu ini dengan pengawasan mereka.

Harga: Dewasa MyKad: RM30, Pelancong: RM60 | Kanak-kanak MyKad: RM20, Pelancong: RM30 | Kamera (Tanpa Flash) RM10

Alamat: Pulau Selingan, Sabah


5. Masjid Jamek Sandakan

Masjid Jamek Sandakan
Sumber: Uwe Aranas / CC By 3.0

Masjid Jamek Sandakan ataupun Masjid Jamek As-Sheikh Hasabollah At-Tohiri adalah sebuah masjid yang sudah pun berusia lebih daripada 130 tahun. Masjid tua yang dibina sekitar tahun 1880-an ini merupakan masjid yang memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu agama Islam ketika zaman pemerintahan British di Borneo Utara.

Masjid yang terletak di lereng bukit ini dikatakan telah diasaskan oleh pedagang dan pendakwah yang datang dari Yemen menggunakan hasil sumbangan penduduk setempat, namun ada juga yang mengatakan ianya telah dibina oleh seorang penduduk Sandakan berketurunan India Muslim.

Disebabkan usia masjid ini yang telah terlalu tua, sudah semestinya ia pernah melalui peristiwa yang menarik. Salah satunya adalah kerana ia pernah dijadikan tempat perlindungan beberapa tentera Jepun dan penduduk ketika Perang Dunia Kedua.

Alamat: Lebuh Empat, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan


4. Sandakan Liberation Monument

Sandakan Liberation Monument
Sumber: Traces Of War

Terletak di hadapan High Court Sandakan, Sandakan Liberation Monument adalah sebuah monumen unik yang dibina untuk memperingati tentera bersekutu yang terkorban di Borneo Utara sewaktu menentang askar Jepun, sebuah pengorbanan yang membawa kepada pengakhiran Perang Dunia Kedua.

Tugu yang berbentuk senapang rifle dengan topi di hujungnya ini menunjukkan tradisi yang diamalkan tentera bagi melambangkan tempat dimana pejuang telah gugur.

Alamat: Sandakan Liberation Monument (Hadapan High Court Sandakan)


3. Scout Nature Park

scout nature park sandakan
Sumber: CEphoto, Uwe Aranas / CC By 3.0

Scout Nature Park adalah sebuah taman ahli pengakap yang mempunyai lanskap alam semula jadi indah untuk dinikmati. Jangan risau, anda yang tidak berpakaian pengakap pun boleh menjadikan taman ini sebagai tempat bersantai bersama keluarga. Selain melihat pemandangan hijau di sekitar, anda juga dapat mempelajari banyak tentang Persatuan Pengakap di Daerah Sandakan.

Alamat: Jalan Borehole 4, 90000 Sandakan


Baca: 25 Destinasi Luarbiasa Di Brunei

2. Bulatan Buaya

Bulatan Buaya Sandakan
Sumber: Car Rental Tawau

Secara keseluruhannya, Sabah sebenarnya banyak memiliki tugu yang unik yang sememangnya menarik untuk dijadikan latar belakang foto percutian. Salah satu tugu ini adalah yang terletak di Jalan Lubuk di mana terdapat sebuah bulatan yang ditengahnya berdiri dengan tegak tugu seekor buaya.

Muncung buaya ini dikatakan menghala ke arah Sandakan Crocodile Farm yang terletak tidak jauh dari sini. Apa lagi? Nampak sahaja Bulatan Buaya ini, teruslah singgah ke taman buaya yang terbesar di Malaysia ini ya. Sebelum itu jangan lupa untuk berselfie di depan tugu buaya berdiri ini.

Alamat : Bandar Labuk Jaya, Batu 7, Sandakan


1. Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre Sandakan
Sumber: Razvan Negoita

Haiwan terpelihara Orang Utan ataupun nama lainnya Wild Red Apes dapat dilihat dalam habitat semula jadinya sekiranya anda sekeluarga melawat Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre.

Saat tiba di sini, anda akan melalui laluan kayu yang akan membawa kaki anda menuju ke arah galeri dan platform tempat memberi Orang Utan makanan. Disarankan untuk anda datang sekitar 30 minit awal sebelum waktu haiwan ini diberi makan kerana sekiranya anda terlewat, kemungkinan pekerja di pusat ini tidak akan membenarkan anda masuk, kan dah sedih?

Info lain yang perlu anda tahu adalah Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre turut menyediakan tempat solat, kedai cenderamata, pusat informasi yang memaparkan video 6 kali sehari, kafe dan tandas yang bersih.

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9.00am – 12.00pm 2.00pm – 4.00pm) | Jumaat (9.00am – 11.00am 2.00pm – 4.00pm) | Waktu Orang Utan Diberi Makanan (10.00am – 3.00pm)

Harga: Dewasa MyKad: RM5, Pelancong: RM30 | 18 Tahun Kebawah MyKad: RM2, Pelancong: RM15 | Kamera RM10

Alamat: Sabah Wildlife Department, W.D.T. 200, Sandakan, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan


Inilah dia antaranya tempat menarik di Sandakan yang anda boleh lawati, sebuah daerah dalam negeri Sabah yang kaya dengan fauna dan flora yang terjaga indah serta peristiwa sejarah yang mustahil dilupakan. Ingin lebih sebab untuk melawat Negeri Bawah Bayu ini?

Apa kata kalau anda menjenguk sejenak artikel kami berkaitan tempat menarik di Sabah untuk melihat senarai destinasi hebat yang tak terkira banyaknya. Namun, sekiranya anda inginkan percutian dalam kedinginan setelah berhari-hari melalui kepanasan kota, jom baca artikel kami tentang tempat menarik di Kundasang.

Sudah merancang ke mana nak pergi? Jangan lupa untuk melayari booking.com untuk mencari penginapan hebat dalam harga yang menceriakan minda bajet anda.

Selamat bercuti ke Sandakan Sabah!

Article source: http://www.maisinggah.com/feed/

27 Hotel Murah Di Miri | Bilik Selesa Harga Bawah RM250 Semalam

Miri adalah bandar kedua yang terbesar di negeri terbesar di Malaysia, Sarawak. Di sinilah lahirnya industri yang menjadikan negara kaya-raya, petroleum dan tarikan-tarikan ekopelancongan yang membuka mata dunia kepada negara Malaysia.

Dengan tarikan alam semula jadi seperti antara lokasi biodiversiti yang terbesar di dunia di Taman Negara Lambir, tasik semula jadi terbesar Sarawak di Taman Negara Loagan Bunut hingalah ke gua yang terbesar di dunia di Taman Negara Gunung Mulu, semua ini mampu memberikan sesiapa sahaja pengalaman percutian yang mustahil dapat dilupakan.

Bukan itu sahaja, sepertimana di kepulauan Borneo yang lain, tarikan hidupan marin dan batu karang di lautannya juga menjadi impian ramai para penyelam di seluruh dunia. Tiada sebab untuk tidak memilih Miri sebagai destinasi percutian yang akan datang untuk mencipta memori indah bersama keluarga.

Namun, alangkah indahnya jika dapat bercuti tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak bukan? Tak kisahlah sekaya mana pun, mesti nak cuba  berbajet punyalah! Di sini kami senaraikan hotel murah di Miri. Teruskan membaca untuk mencari penginapan pilihan hati.

27. Imperial Hotel Miri

Imperial Hotel Miri - Main Image

Menginap di Imperial Hotel Miri, anda akan dapat menikmati keseronokan bermandi-manda di kolam renang di atas bumbung hotel yang memaparkan pemandangan mengasyikkan terutama pada waktu matahari terbenam di sebalik bandar Miri

Bukan itu sahaja, bagi anda yang kaki shopping, hotel ini menyediakan jambatan yang memberikan anda akses secara terus ke pusat membeli-belah Permasuri Imperial City Mall yang meriah dengan lebih daripada 140 buah kedai di dalam bangunan 4 tingkat.

Imperial Hotel Miri - Room Image

Bab makan, tak payah cerita, macam-macam ada. Berkaitan dengan bilik yang ditawarkan di sini pula, semuanya dihias dengan penuh elegan menggunakan perabot kayu.

Berlokasi strategik dengan hanya 15 minit  perjalanan dari Lapangan Terbang Miri, di sekitar hotel ini juga mudah untuk anda mengakses kedai-kedai makan, dan hotspot pelancongan di Miri seperti Miri Waterfront dan Taman Rekreasi yang masing-masing kurang 0.7 km dari hotel.

Harga: Dari RM207+ Semalaman

Alamat: Ground Floor, Jalan Pos, 98000 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


Lihat Tawaran Terbaik Hotel Di Miri

26. Pullman Miri Waterfront

Pullman Miri Waterfront - Main Image

Hotel bertaraf antarabangsa yang menawarkan harga dalam bajet? Macam tak percaya, namun di Miri, hotel Pullman Miri Waterfront adalah salah satu penginapan yang boleh dipilih sekiranya anda inginkan pengalaman bermalam di dalam atmosfera yang mewah dan penuh dengan keselesaan sebagai sebuah hotel bertaraf 5 bintang.

Antara fasiliti yang disediakan hotel ini adalah pusat kecergasan yang lengkap dengan peralatan senaman angkat berat dan kardio yang terbaru. Di samping itu, hotel ini turut menyediakan jakuzi wanita, bilik aerobik, bilik stim, bilik sauna, kolam renang dan khidmat spa. Sudah puas beraktiviti di hotel? Anda boleh mengatur pelbagai aktiviti luar di kaunter hotel seperti mendaki, berbasikal dan bermain golf.

Pullman Miri Waterfront - Room Image

Yang penting sekali, di mana sahaja anda berada di sekitar hotel ini, anda akan disajikan dengan pemandangan dan dekorasi yang penuh gaya dan mantap kebesihannya. Keselesaan yang ditawarkan dalam bilik hotel juga cukup memuaskan hati.

Harga: Dari RM182+ Semalaman

Alamat: Lot 1347 Miri Waterfront Commercial Centre Sarawak, 98000 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


25. Meritz Hotel

Meritz Hotel Miri - Main Image

Meritz Hotel adalah sebuah penginapan 4 bintang yang mengetengahkan konsep elegan dan kontemporari sebagai sentuhan dalaman. Bagi anda yang datang bersama keluarga, anda boleh memilih untuk menginap di dalam Family Roomnya yang didatangkan dengan 2 buah bilik tidur berasingan dan sebuah ruang tamu.

Wah, macam rumah sendiri pula kan, barulah selesa nak menginap lama. Sebenarnya, tak kisahlah bilik mana pun menjadi pilihan, semuanya cukup luas dan selesa.

Meritz Hotel Miri - Room Image

Setelah puas bersantai di dalam bilik yang elegan ini, anda sekeluarga boleh berenang di kolam renang yang terletak di tingkat 8 hotel sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang cukup memukau. Selain itu, kemudahan lain yang disediakan adalah pusat kecergasan yang luas dan lengkap dengan pelbagai peralatan senaman yang moden di tingkat bawah hotel.

Lokasinya pula, hanyalah 2 minit berjalan kaki dari hotel anda boleh sampai ke Bintang Megamall yang menempatkan lebih daripada 200 kedai termasuklah Parkson dan tempat berhibur seperti wayang, bowling dan lain-lain.

Harga: Dari RM165+ Semalaman

Alamat: Bintang Megamall, Jalan Miri-Pujut, 98000 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


24. Mega Hotel

Mega Hotel Miri - Main Image

Hotel yang elegan sesuai dengan namanya, Mega Hotel, adalah sebuah penginapan 3 bintang yang padat dengan fasiliti menarik sepertimana hotel mahal yang lain seperti pusat kecergasan, kolam renang, sauna dan khidmat spa.

Fasiliti lain seperti wifinya pula agak pantas untuk anda menonton video viral. Anda juga boleh mendapatkan set permainan kanak-kanak untuk diletakkan di dalam bilik bagi anda yang datang bersama keluarga.

Mega Hotel Miri - Room Image

Tak adalah mereka bosan sementara anda bersantai menikmati pemandangan dari tingkap bilik yang cukup mengasyikkan. Nak pemandangan lagi best? Cuba dapatkan bilik di tingkat yang lebih tinggi.

Selain itu, lokasi hotel ini juga cukup strategik iaitu di tengah bandaraya Miri  dengan pusat membeli-belah Bintang Megamall dan restoran-restoran yang kesemuanya boleh diakses dengan hanya berjalan kaki dari hotel. Namun begitu, suasana di dalam hotel cukup tenang tanpa sebarang gangguan bunyi untuk anda mendapatkan tidur malam yang lena.

Harga: Dari RM145+ Semalaman

Alamat: Lot 907 Jalan Merbau, 98000 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


23. Jinhold Hotel Serviced Apartment

Jinhold Hotel  Serviced Apartment - Main Image

Jinhold Hotel Serviced Apartment menawarkan penginapan yang pelbagai jenis, daripada bilik biasa sehinggalah ke apartment  dengan 3 buah bilik, mana satu yang sesuai dengan keperluan penginapan anda?

Selain penginapan yang pelbagai, hotel ini turut dilengkapi dengan fasiliti menarik seperti kolam renang infiniti, kolam renang kanak-kanak dan pusat kecergasan yang kesemuanya dibuka selama 24 jam.

Jinhold Hotel  Serviced Apartment - Room Image

Bagi anda yang burung hantu dan ingin menikmati pemandangan sekitar Miri pada waktu malam, inilah salah satu hotel yang tepat untuk anda. Kemudahan lain yang disediakan adalah bilik sauna dan stim.

Bukan itu sahaja, Jinhold Hotel turut menyediakan perpustakaan yang lengkap dengan mesin ‘gedegang’ (vending machine) untuk snek, minuman panas dan banyak lagi produk lain. Anda juga boleh bersantai di sini sementara menunggu baju yang sedang dibasuh di dobi 24 jam yang terletak di sebelah perpustakaan cool ini.

Harga: Dari RM160+ Semalaman

Alamat: Lot 14735 Airport Commercial Centre, Jalan Airport, 98000 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


22. Kingwood Boutique Hotel

Kingwood Boutique Hotel - Main Image

Hotel yang indah bukan sahaja di luar tapi juga dalamannya, Kingwood Boutique Hotel, adalah sebuah penginapan yang diberikan sentuhan yang luar biasa, memuaskan pandangan mata. Hotel yang mula bernafas pada tahun 1986 ini telah diperbaharui  dekorasinya di setiap pelusuk sehingga terasa aura seperti sebuah hotel 5 bintang.

Kingwood Boutique Hotel Miri - Room Image

Nilai estetik hotel ini cukup jelas sebaik anda melangkah masuk ke dalam ruang lobi hotel yang menggabungkan warna-warna natural dan dihias dengan elegan. Atmosfera di dalam hotel ini terasa cukup relaks, boleh hilang segala kepenatan yang dirasai setelah puas bereksplorasi.

Sebenarnya, hotel butik ini layak mendapat status sebagai hotel 5 bintang, kerana ia bukan sahaja  menawarkan penginapan yang kelihatan eksklusif, selesa dan luas, tetapi dari segi khidmat pelanggannya juga cukup profesional. Macam tiada sebab untuk tidak menjadikan hotel ini sebagai pilihan di Miri nanti.

Harga: Dari RM149+ Semalaman

Alamat: Lot 826, Jalan Yu Seng Utara, 98000 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


21. Grand Palace Hotel

Grand Palace Hotel Miri - Main Image

Melihat dari reka bentuk bangunan Grand Palace Hotel, sah! Ia bukanlah seperti hotel bajet yang lain kerana hotel ini adalah sebuah hotel 4 bintang yang menawarkan pelbagai jenis penginapan dengan harga yang bermula kurang dari RM150.

Ingin menikmati keselesaan yang mewah dalam harga yang wow, bookinglah Grand Palace Hotel, tak perlu bersekang mata mencari hotel lain lagi.

Grand Palace Hotel Miri - Room Image

Hotel yang grand ini lengkap dengan kolam renang yang dikelilingi dengan lanskap taman yang cukup indah untuk menyejukkan pandangan mata sambil berenang.

Kemudahan lain adalahs seperti spa, bilik stim, sauna dan juga pusat kecergasan bagi anda yang ingin memacu adrenalin. Bila sudah mengaktifkan segala otot di badan, barulah terasa bertenaga untuk memulakan langkah menerokai sekitar Miri.

Berlokasi strategik, di sekitar hotel ini terdapat banyak tempat untuk anda menipiskan poket dan memuaskan deria rasa. Walaupun begitu, suasana di dalam hotel sunyi daripada sebarang gangguan. Kedengaran sempurna bukan?

Harga: Dari RM135+ Semalaman

Alamat: 2 KM, Jalan Miri-Pujut, Pelita Commercial Centre, P.O.Box 1525, 98008 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


20. Ano Hotel

Ano Hotel Miri - Main Image

Jiwa urban anda masih tak boleh ditinggalkan? Jom menginap di Ano Hotel. Hotel bajet yang terletak di tengah bandaraya Miri ini memiliki rekaan dalaman yang kelihatan cukup sofistikated dan moden dengan penggunaan warna putih dan kelabu, gabungan warna yang ringkas ini turut menyerlahkan kebersihan hotel yang cukup memuaskan.

Ano Hotel Miri - Room Image

Lokasinya pula, agak strategik. Pusat membeli-belah Permaisuri Imperial City Mall dan Bintang Megamall  masing-masing kurang 0.7 km dari hotel. Untuk makan-makan pula, Miri Container City juga terletak tidak jauh dari hotel. Jangan tak tahu, di Container City ini anda dapat mencuba pelbagai makanan yang dijual dari dalam kontena. Hipster habis!

Harga: Dari RM115+ Semalaman

Alamat: Lot 1755, Blok 9, Off Jalan Permaisuri Miri Concession Land District, 98000 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


19. The Roosevelt Studio

The Roosevelt Studio - Main Image

Mengidamkan penginapan yang luas, design yang tak ubah seperti di dalam katalog IKEA, lengkap dengan pemandangan mengujakan lautan biru, The Roosevelt Studio dapat merealisasikannya.

The Roosevelt Studio - Room Image

Sentuhan moden dan minimal yang diberikan dalam dekorasi apartmentnya ini cukup sedap dipandang mata, tambahan lagi dengan keluasan ruangnya, dapat melegakan fikiran yang telah penat setelah seharian mengembara.

Lapar? Kedai makan ada di merata tempat di sekitar hotel ini. Nak cuba kedai mana satu? Baling dadu.

Harga: Dari RM138+ Semalaman

Alamat: Lot 2068, Marina square phase 1, Marina Parkcity, Sarawak, 98000 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


18. Hotel Nur Miri

Hotel Nur Miri - Main Image

Risau untuk menduduki hotel yang tak pasti tahap kebersihannya? Halal dan haramnya? Apa kata kalau anda menginap di Hotel Nur Miri, jiwa pasti tenang, hilang gundah-gulana. Hotel bajet ini adalah sebuah hotel patuh syariah yang cukup bersih dengan kualiti penginapan bilik yang terbaik!

Dekorasi dalaman Hotel Nur Miri ini terasa sangat ‘homie’ dan bilik-biliknya juga amat luas. Kriteria yang sudah semestinya memuaskan bagi anda yang bercuti bersama keluarga bukan?

Hotel Nur Miri - Room Image

Bukan itu sahaja, jika anda menginap di sini, jangan lepaskan peluang untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan, cukup enak!

Lokasinya pula, dalam kawasan yang tenang dan selamat untuk penginapan bersama keluarga tercinta. Sudah puas bersantai di dalam bilik, anda boleh keluar hotel untuk ke pusat membeli-belah dan restoran-restoran yang terletak berdekatan.

Harga: Dari RM100+ Semalaman

Alamat: Lot 1271-1274, Block 9, MCLD, Jalan Bendahara, 98000 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


17. Nova Hotel Miri

Nova Hotel Miri - Main Image

Nova Hotel Miri menawarkan penginapan dengan rekaan dalaman yang elegan. Bilik-bilik di dalam hotel 3 bintang ini menyediakan katil empuk yang membantu anda untuk tidur lena dibuai mimpi yang indah.

Nova Hotel Miri - Room Image

Ditambah pula dengan suasana bilik yang terasa mewah kerana gabungan warna perabot-perabotnya yang juga baru diperbaharui. Segalanya berkaitan dengan hotel ini adalah definisi kesempurnaan lebih-lebih lagi dengan harga yang ditawarkan.

Berkaitan lokasinya pula, Nova Hotel Miri terletak hanyalah 3.5 km dari Boulevard Shopping Complex dan Lapangan Terbang Miri pula kurang 8 km dari hotel.

Harga: Dari RM115+ Semalaman

Alamat: Lot 1016, Block 9, Jalan Brooke Miri Concession Land District, Miri 98000

Selanjutnya Di Booking.com


Baca: 25 Hotel Istimewa Di Bali Bawah RM250 Semalam

16. Eastwood Valley Golf Country Club

Eastwood Valley Golf  Country Club - Main Image

Sudah lama termimpi-mimpikan percutian yang bukan sahaja mewah namun  menyajikan anda dengan keindahan alam semula jadi? Eastwood Valley Golf Country Club adalah sebuah penginapan gah yang terletak di dalam sebuah taman berlanskap indah yang turut menempatkan sebuah tasik buatan.

Bukan itu sahaja, salah satu penginapan yang disediakan di sini juga lain daripada yang lain, kerana anda dapat merasai pengalaman bermalam di dalam rumah panjang ataupun Longhouse yang terdapat di sini.

Eastwood Valley Golf  Country Club - Room Image

Penginapan yang direka berinspirasikan daripada rumah panjang Sarawak ini lengkap dengan segala kemudahan moden dan agak luas untuk keselesaan anda yang menginap bersama keluarga.

Bilik-bilik biasa yang ditawarkan juga tak kurang hebatnya, bersiling tinggi, dengan ruang beranda yang luas, pendek kata, apa sahaja jenis penginapan yang dipilih, anda sekeluarga dapat menikmati sebuah penginapan yang sempurna.

Di samping itu, resort ini turut lengkap dengan pelbagai fasiliti lain seperti kolam renang yang luas, jakuzi dan pusat kecergasan yang lengkap peralatan senamannya. Tak ada alasan untuk  meninggalkan gym walaupun bercuti ya!

Harga: Dari RM200+ Semalaman

Alamat: Lot 1379, Bock 17, Kuala Borom Lond District (KBLD), 98000 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


15. One Times One Inn

One Times One Inn - Main Image

One Times One Inn ini  adalah sebuah penginapan yang strategik, yang mana sebaik anda melangkah kaki keluar hotel, anda dipersembahkan dengan pilihan tempat-tempat menjamu selera  yang pelbagai dan juga kedai 24 jam, 7E. Untuk melangkah lebih jauh pula, anda boleh ke stesen bas Pujut yang hanyalah 15 minit perjalanan kaki dari hotel.

One Times One Inn - Room Image

Berkaitan dengan hotel ini pula, anda pasti akan berpuas hati dengan tahap kebersihannya dan kualiti perabot-perabotnya yang begitu terserlah. Mana tidaknya, hotel ini sebenarnya agak baru dibuka, jadi sekiranya anda seorang yang mementingkan kebersihan, kualiti dan yang penting, dalam harga bajet, One Times One Inn adalah salah satu hotel yang patut dipertimbangkan.

Harga: Dari RM75+ Semalaman

Alamat: 3533 FLR 1, Jalan Miri Pujut 101 Commercial Centre, 98000 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


14. MCITI Suites

MCITI Suites Miri - Main Image

Aparthotel, MCITI Suites menawarkan penginapan jenis apartment 2 buah bilik dan studio dengan dekorasi dalaman yang memukau jiwa. Sentuhan moden yang diberikan dengan menggabungkan perabot-perabot yang berwarna lembut, seperti hijau dan aqua mewujudkan rasa santai sebaik anda melangkah masuk ke dalam penginapan.

MCITI Suites Miri - Room Image

Keselesaan yang ditawarkannya boleh dikatakan mencecah angkasa kerana bukan sahaja mendamaikan di dalam penginapannya, tapi juga di kawasan sekitarnya yang jauh dari kekacauan kota.

Lokasinya walaupun bukanlah di tengah-tengah bandar Miri, tetap menarik dengan pusat membeli-belah Boulevard Mall yang hanya 2 minit pemanduan dari penginapan. Jika teringinkan kudapan sewaktu bersantai di dalam bilik, 7E juga hanyalah beberapa tapak dari hotel.

Moden, bersih, selesa, nyaman, luas dan dalam bajet, adalah perkataan yang menggambarkan penginapan ini. Kedengaran seperti ianya sememangnya tercipta untuk anda? Mai booking cepat-cepat sebelum dirampas orang.

Harga: Dari RM135+ Semalaman

Alamat: Lot 2645-2646, Piasau Business Park, Jalan Bulatan Park, 98000 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


13. Walk Inn

Walk Inn Hotel Miri - Main Image

Hotel bajet, Walk Inn ini bukan main hebat lagi lokasinya. Terletak bersebelahan dengan Bintang Megamall dan hanyalah 1 km dari The Grand Old Lady yang merupakan salah satu tarikan pelancongan di Sarawak.

Untuk ke pantai terdekat pula, hanyalah 14 minit berjalan kaki dari hotel. Shopping? Santai? Tarikan unik di Miri? Semuanya tidak jauh dari hotel bajet ini.

Walk Inn Hotel Miri - Room Image

Siapa kata hotel bajet terlalu simple? Di Walk Inn anda akan mendapati kemudahan yang disediakan dengan sempurna, dengan kemudahan menyeterika di dalam bilik, dan stok air mineral yang agak banyak, kadangkala, di hotel berbintang-bintang pun tak semestinya ada kan?

Di samping itu, bilik-biliknya juga sangat bersih, ditambah lagi dengan katil yang empuk, tiada apa yang boleh dikomenkan.

Harga: Dari RM100+ Semalaman

Alamat: Lot 1819 Merbau Road, 98000 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


12. 101 Hotel

101 Hotel Miri - Main Image

101 Hotel adalah sebuah hotel yang menyediakan bilik-bilik penginapan yang dihias ringkas, namun lengkap dengan segala kemudahan penting untuk keselesaan sepanjang masa anda sekeluarga bermalam di sini.

Bilik-biliknya juga cukup luas untuk sebuah hotel bajet dengan harga yang bermula dari bawah RM100. Bukan itu sahaja, hotel yang simple ini tetap lengkap dengan kemudahan seperti water dispenser yang terletak di sebelah lif hotel sekiranya anda ingin mendapatkan minuman panas atau sejuk.

101 Hotel Miri - Room Image

Lokasinya? Terletak dekat dengan pusat membeli-belah Bintang Megamall, Imperial Shopping Mall dan Boulevard Shopping Mall yang masing-masing kurang 2 km dari hotel. Namun begitu, kawasan sekitar 101 Hotel ini, agak sunyi dan tenang dari bunyi bising. Strategik dan selesa, bukan senang nak jumpa hotel sebegini bukan?

Harga: Dari RM98+ Semalaman

Alamat: Lot 1608, Miri Concession Land, Hokkien Road, 98000 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


11. Residence 21 Boutique Inn

Residence 21 Boutique Inn - Main Image

Hotel bajet, Residence 21 Boutique Inn seperti yang dapat dibayangkan, sebagai sebuah hotel butik, anda dapat menikmati sebuah penginapan yang diberikan sentuhan menarik dan hotel ini berjaya melakukannya dengan keselesaan pada tahap yang maksimum.

Katil yang empuk, tandas yang cukup power pancuran airnya, bilik yang luas, apa lagi yang anda inginkan daripada sebuah hotel bajet?

Residence 21 Boutique Inn - Room Image

Lokasinya juga tidak menjadi isu, cukup strategik di tengah-tengah bandar Miri, di mana anda boleh mengakses banyak lokasi menarik tidak jauh dari hotel. Sudah puas berjalan-jalan, sewaktu bersantai di dalam bilik, anda boleh menggunakan kemudahan wifinya yang superb!

Harga: Dari RM76+ Semalaman

Alamat: 2141, Lee Tak Street, 98000 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


10. Ajang Hotel

Ajang Hotel Miri - Main Image

Bangunan yang diwarnai pelbagai tona kelabu ini, Ajang Hotel terletak di dalam lokasi yang damai dari sebarang gangguan, namun begitu, ia tetap stategik kerana mudah untuk anda mencari restoran menarik dengan hanya berjalan kaki dari hotel, daripada makanan Korea hinggalah Itali.

Dari hotel ini juga dengan hanya berjalan kaki anda boleh ke pusat membeli-belah, tapi sekiranya anda ingin meneroka lebih jauh, perhentian teksi hanyalah beberapa tapak dari hotel.

Ajang Hotel Miri - Room Image

Bilik-biliknya pula dihias dengan moden dan cukup luas untuk keselesaan bersama keluarga. Bukan hanya sedap dipandang mata, kerana sebaik melangkah masuk ke dalam bilik, anda akan disambut dengan aroma harum yang membuatkan anda terasa relaks dan bersedia untuk tidur yang nyenyak.

Harga: Dari RM109+ Semalaman

Alamat: Ground Floor 1671 Block 9, Miri Waterfront Commercial Center, 98000 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


9. Eco Park Serviced Apartment

Eco Park Serviced Apartment Miri - Main Image

Eco Park Serviced Apartment menyediakan penginapan jenis apartment dengan 1 katil ekstra besar, apartment dengan 3 bilik dan apartment 4 bilik, yang mana yang sesuai dengan bilangan kontinjen dibawa sewaktu bercuti? Ruang di dalam kesemua apartment yang dihias moden ini juga cukup luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai.

Eco Park Serviced Apartment Miri - Room Image

Bukan itu sahaja, apartment ini juga lengkap dengan ruang dapur yang sempurna fasilitinya. Setelah puas bersantai di dalam bilik, anda sekeluarga boleh memenuhkan aktiviti seharian dengan bermandi-manda sepuas hati di kolam renang ataupun mengeluarkan peluh di pusat kecergasan yang disediakan.

Keselesaan yang optimum dengan kemudahan seperti di rumah sendiri, Eco Park Serviced Apartment adalah salah satu penginapan yang dapat memberikan anda semua ini. Apa lagi? Mai booking!

Harga: Dari RM140+ Semalaman

Alamat: Lot 8000, Eco Park, Jalan Sze Chuan 1, Off Jalan Airport, 98000 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


8. Airport Avenue Serviced Apartments

Airport Avenue Serviced Apartments - Main Image

Tak hairanlah jika lokasi Airport Avenue Serviced Apartments ini teramatlah dekat dengan lapangan terbang yang hanyalah 1 minit pemanduan dari apartment. Penginapan yang sesuai bagi anda yang ingin bercuti namun dalam masa yang sama tidak mahu terkejar-kejar setelah tiba hari untuk berangkat pulang.

Selain lokasi yang sesuai untuk para traveler, Airport Avenue Serviced Apartments turut memiliki sebab yang lain kenapa ia patut dipilih sebagai tempat penginapan sebaik anda menjejakkan kaki ke tanah Miri.

Airport Avenue Serviced Apartments - Room Image

Ini kerana kehijauan pemandangan yang dibentangkan dari apartment, cukup menyejukkan mata. Setelah puas menikmati pemandangan dari bilik, anda boleh menyegarkan badan dengan berenang di kolam renang yang tersedia.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis apartment yang boleh dipilih iaitu apartment 1 bilik, apartment 3 bilik dan apartment dengan 4 bilik yang boleh menampung 8 orang penginap.

Harga: Dari RM140+ Semalaman

Alamat: Lot 14168, Airport Avenue, Jalan Homelite, Off Jalan Airport, 98000 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


7. Somerset Hotel

Somerset Hotel Miri - Main Image

Hotel yang klasik dan ringkas dekorasi dalamannya, Somerset Hotel, adalah sebuah penginapan yang cukup selesa dan bersih untuk keselesaan sepanjang penginapan anda sekeluarga di sini. Hotel yang terletak di Kwangtung Road ini turut memiliki restorannya sendiri yang menyediakan masakan tradisional Melayu untuk dicuba.

Somerset Hotel Miri - Room Image

Lokasinya pula, terletak berdekatan dengan Bintang Megamall, Boulevard Shopping Mall dan kedai-kedai makan untuk anda mengisi perut yang menggerodak kelaparan.

Harga: Dari RM120+ Semalaman

Alamat: Lot 213-215 Kwangtung Road PO Box 1476, 98008 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


6. Dynasty Hotel Miri

Dynasty Hotel Miri - Main Image

Inginkan hotel yang lengkap dengan pelbagai fasiliti dalam harga bajet yang tidak jauh daripada RM100? Dynasty Hotel Miri adalah salah satu hotelnya.

Dengan harga yang bermula dari RM107, anda sekeluarga boleh menggunakan kemudahan seperti pusat kecergasan, bilik stim dan sauna. Dah makan bermacam-macam di Miri itu, inilah salah satu caranya untuk maintainkan body, tak gitu?

Dynasty Hotel Miri - Room Image

Bukan sahaja menyediakan fasiliti menarik, penginapan-penginapan yang ditawarkannya juga cukup selesa dan menarik dipandang. Menggabungkan warna-warna yang lembut dengan cahaya lampu yang malap, dapat membuai jiwa anda sekeluarga untuk mencampakkan diri ke katil dan tenggelam ke dalam dunia mimpi.

Harga: Dari RM107+ Semalaman

Alamat: Lot 683, Block 9, Jalan Miri-Pujut, 98000 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


5. Miri Marriott Resort Spa

Miri Marriott Resort  Spa - Main Image

Miri Marriott Resort Spa, bukan sahaja gah pada namanya, melihat dari bangunan dan ruang lobinya sahaja anda sudah dapat membayangkan pengalaman keseluruhan yang dapat dinikmati sepanjang penginapan di resort ini.

Resort yang menawarkan 220 buah bilik ini terletak di dalam tanah berkeluasan 20 ekar yang dihias dengan lanskap indah berlatar belakangkan Laut China Selatan.

Bukan itu sahaja, anda dapat memanjakan badan yang kepenatan setelah menerokai Miri dengan mendapatkan rawatan spa dari pengurut yang profesional yang menggabungkan teknik urutan berbeza-beza, seperti Shiatsu, Hawaiian Lomi Lomi, Thai, Sweden dan Bali.

Miri Marriott Resort  Spa - Room Image

Wow! Siapa sangka banyak juga teknik urutan ya? Nak tahu bagaimana nikmatnya, jom menginap di Miri Marriott Resort Spa.

Fasiliti lain yang disediakan pihak resort adalah kolam renang yang terbesar di Sarawak, pusat kecergasan, gelanggang tenis, sauna, studio aerobik dan macam-macam lagi. Untuk anak-anak pula, resort ini turut memiliki Kids Club yang menyediakan permainan X-box, permainan papan, tayangan movie dan banyak lagi. Macam tak perlu keluar hotel pulakan?

Harga: Dari RM250+ Semalaman

Alamat:  Jalan Temenggong Datuk Oyong Lawai, Sarawak, 98000 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


4. The Garden Inn

The Garden Inn - Main Image

Berlokasi strategik, The Garden Inn terletak tidak jauh dari pusat membeli-belah yang besar di Miri,  Boulevard Shopping Complex yang boleh diakses dengan hanya berjalan kaki dari hotel. Hotel bajet ini menawarkan bilik yang sesetengahnya lengkap dengan ruang balkoni untuk anda bersantai menikmati udara luar.

The Garden Inn - Room Image

Di samping itu, setiap bilik juga lengkap dengan katil yang empuk yang dapat memberikan badan anda kelegaan yang sangat memuaskan setelah kepenatan berjalan-jalan. Dari RM68 untuk lokasi yang strategik dan bilik yang selesa? Tak perlu fikir dua kali.

Harga: Dari RM68+ Semalaman

Alamat: Lot 290B Teo Chew Road, 98000 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


3. Merdeka Suites Hotel

Merdeka Suites Hotel Miri - Main Image

Merdeka Suites Hotel adalah sebuah lagi hotel yang terletak tidak jauh dari lapangan terbang dengan hanya 5 minit pemanduan. Tarikan alam semula jadi seperti Tanjong Lobang dan Esplanet pula kurang 5 km dari hotel. Lokasi? Pass.

Untuk pengetahuan anda, Merdeka Suites Hotel menyediakan beberapa jenis penginapan berbeza seperti Studio Suite dengan sebuah bilik tidur, Deluxe Executive dengan 2 bilik, Superior Suites dengan 3 bilik dan Superior Executive dengan 3 bilik. Banyak pilihan untuk anda yang datang dengan keperluan penginapan yang berbeza.

Merdeka Suites Hotel Miri - Room Image

Apartment ini juga lengkap dengan ruang balkoni dan dapur yang sempurna fasilitinya. Kemudahan lain yang boleh dinikmati sekiranya anda memilih Merdeka Suites Hotel sebagai tempat penginapan di Miri adalah pusat kecergasan yang lengkap dengan treadmill.

Harga: Dari RM188+ Semalaman

Alamat: Lot 6920, Miri-Bintulu, 98000 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


2. 91 Street Boutique Inn

91 Street Boutique Inn Miri - Main Image

Tiada apa yang lagi best daripada sebuah hotel bajet dengan rekaan dalaman yang penuh gaya, sepertimana yang dapat dinikmati di hotel butik, 91 Street Boutique Inn. Bilik-bilik di hotel ini dihias dengan warna-warna natural yang bertona lembut dan dicahayai dengan lampu malap untuk melahirkan rasa nyaman dan santai.

91 Street Boutique Inn Miri - Room Image

Sambil menikmati keindahan dekorasi bilik, anda dapat menikmati keselesaan berbaring badan di atas katil yang begitu empuk. Harap-harap, rancangan anda untuk berjalan di sekitar Miri tak terbengkalailah ya oleh kerana tidur yang terlalu lena.

Harga: Dari RM84+ Semalaman

Alamat: Lot 2016-2018, Jalan Ms1/1 Marina Square 1, Marina Parkcity, 98000 Miri

Selanjutnya Di Booking.com


1. ParkCity Everly Hotel Miri

ParkCity Everly Hotel Miri - Main Image

Bagi anda yang ingin melawat tarikan-tarikan alam semula jadi yang terdapat di Miri, ParkCity Everly Hotel Miri adalah salah satu penginapan yang patut dijadikan pilihan. Lokasinya dekat dengan tarikan seperti Taman Negara Bukit Lambir, Taman Negara Niah dan Pantai Tanjong Lobang.

Dengan lokasi yang sebegini, anda boleh menjangkakan sebuah pemandangan yang indah dari tingkap bilik yang menghidangkan panorama kehijauan bukit-bukau dan lautan yang biru.

ParkCity Everly Hotel Miri - Room Image

Hotel yang terletak di atas tanah berkeluasan 20 ekar ini juga memiliki lanskap indah yang boleh anda nikmati sambil menikmati makanan di restoran milik hotel. Antara kemudahan lain yang disediakan adalah pusat kecergasan, kolam renang dan banyak lagi.

Harga: Dari RM118+ Semalaman

Alamat: Jalan Temenggong Datuk Oyong Lawai, 98000  Miri

Selanjutnya Di Booking.com


Banyak sekali pilihan hotel murah di Miri ini, sesuailah dengan reputasinya sebagai Bandaraya Peranginan dengan pelbagai tarikan eko-pelancongan dari tasik yang terbesar di Sarawak hinggalah ke gua yang terbesar di dunia.

Bukan itu sahaja, restoran-restoran dan kafe  dengan menu yang mampu membuat anda terliur juga ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Macam mana? Anda setuju Miri wajib dilawat secepat mungkin? Apa-apa pun, sebelum anda ke sana, buat pilihan penginapan anda terlebih dahulu, lagi cepat anda booking, lagi best harga yang anda dapat. Namun jika senarai ini masih tidak cukup, anda boleh melihat pilihan penginapan yang boleh dikatakan ‘endless’ dengan harga yang memukau dari booking.com.

Jangan tunggu lama-lama, Laksa Sarawak sedang menanti kehadiran anda sekeluarga, selamat bercuti ke Miri!

Article source: http://www.maisinggah.com/feed/