Categories
Malaysia Travel Guide

25 Homestay Di Kundasang Yang Menarik Untuk Percutian Nyaman

Terasa lemas dalam kehidupan yang  bergerak terlalu pantas untuk mengejar keinginan materialistik yang tiada penghujungnya? Cuba berhenti seketika, tarik nafas dan relaks. Bayangkan sebuah dunia tanpa tekanan, dikelilingi oleh alam semula jadi yang penuh kesegaran, di sinilah di mana jiwa anda akan mendapat kebahagiaan yang sebenar.

Namun begitu, imaginasi bukanlah solusinya, jadikan ketenangan ini satu realiti dengan merancang sebuah percutian di dalam keindahan asli yang memukau. Di mana? Salah satunya terdapat di sebuah pekan kecil di Sabah iaitu Kundasang.

Di sini, anda dapat menikmati penginapan di antara gunung dalam suhu yang dingin, dikelilingi oleh pohon-pohon yang berbuah segar dan bunga-bungaan yang penuh warna-warni. Sejuk mata, sejuk hati, percutian di Kundasang adalah terapi yang dicari.

Kuasa kedamaiannya yang luar biasa menjadikan Kundasang cukup terkenal dalam kalangan warga kota yang mencari ketenangan. Di sini kami telah senaraikan 25 homestay di Kundasang untuk dijadikan tempat penginapan sewaktu anda bercuti ke sana nanti. Kami telah membahagikan penginapan ini kepada 2 bahagian iaitu Kundasang dan Ranau kerana kedudukan kedua-duanya yang tidak begitu jauh dari satu sama lain iaitu hanya dalam 20 minit pemanduan.

Kami telah menyenaraikan homestay yang sesuai untuk diinapi beramai-ramai hinggalah kepada yang menawarkan keselesaan yang luar biasa, teruskan membaca untuk mencari pilihan hati anda.

Homestay Di Kundasang

25. Mile 36 Lodge

Mile 36 Lodge Kundasang - Main Image

Terletak di dalam pinggiran kawasan Taman Negara Gunung Kinabalu, Mile 36 Lodge merupakan sebuah penginapan yang cukup nyaman yang berada pada ketinggian 1500 meter dari paras laut. Di ketinggian yang sebegini, walau dimana sahaja anda bersiar-siar di perkarangan lodge, mata anda akan disajikan dengan keindahan lanskap yang cukup menawan persis sebuah lukisan.

Mile 36 Lodge menawarkan beberapa jenis penginapan dengan konsep yang berbeza iaitu tradisional, kontemporari dan Eropah. Antara penginapan yang disediakan adalah Easy Valley (gaya English Cottage), Chin’s Bungalow (gaya kampung), Begonia (kontemporari), Old Long House (tradisional tempatan) dan banyak lagi.

Mile 36 Lodge Kundasang - Room Image

Tapi sekiranya anda ingin melakukan banyak aktiviti bersama keluarga seperti bbq dan macam-macam lagi perkara happening, Chin’s Bungalow adalah salah satu pilihan yang terbaik kerana terdapat ruang special dan berbumbung yang disediakan.

Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah kemudahan wifi di kawasan awam, dan bilik-bilik yang selesa dengan ruang balkoni untuk menikmati pemandangan kawasan sekitar.

Harga: Dari RM70+ Semalaman

Alamat: Kg Kalanggaan, Mile 36, Kundasang, 89300 Kampong Kundassan

Selanjutnya Di Booking.com


24. Oppa 28

Oppa 28 Homestay Kundasang - Main Image

Berkonsepkan kontena secara luarannya, memasuki ruang dalam penginapan Oppa 28 pula terasa seperti sebuah hotel yang normal. Rumah kontena? Tak panas ke? Kalau sudah berada di Kundasang, kepanasan pasti tidak akan menyentuh kulit.

Jangan lupa untuk membawa jaket lebih untuk lebih comfy dikala kesejukan terutama pada waktu malam.  Ketika mencelikkan mata dari tidur pula, anda dapat melihat pemandangan berkabus di sekitar penginapan, macam di luar negara pula rasanya.

Oppa 28 Homestay Kundasang - Room Image

Sekiranya menginap di sini, anda juga boleh merancang untuk membuat steamboat sendiri kerana segala peralatan telah disediakan. Selain memasak sendiri, anda boleh juga memilih pelbagai juadah berbeza yang disediakan di foodcourt yang hanyalah terletak di sebelah hotel.

Lokasinya, Oppa 28 terletak dalam sekitar 6 ke 7 km dari Pekan Kundasang dan berdekatan dengan jalan utama untuk ke Taman Negara Gunung Kinabalu yang hanyalah 400 meter dari penginapan. Wow, berumah berlatar belakangkan Kinabalu? Macam dalam mimpi pula.

Harga: Dari RM140+ Semalaman

Alamat: Batu 38 Bundu Tuhan Bundu Tuhan, 89300 Ranau

Selanjutnya Di Booking.com


Lihat Tawaran Hotel Terbaik Di Kundasang Ranau

23. Ceaser’s Place

Ceaser's Place Kundasang - Main Image

Segarkan fikiran anda dengan menikmati penginapan berpemandangan indah gunung tertinggi di Malaysia di Ceaser’s Place. Dari bilik penginapan yang berbalkoni ini anda dapat melihat segalanya terbentang di depan mata.

Ceaser's Place Kundasang - Room Image

Ia bukan sahaja berada di lokasi yang strategik untuk sebuah pemandangan yang mengasyikkan, keselesaan bilik-bilik di sini juga turut mendatangkan kepuasan dengan bantal-bantal yang empuk dan kebersihan yang tip-top.

Untuk pengetahuan anda, Ceaser’s Place terletak kurang 10 km dari Gunung Kinabalu.

Harga: Dari RM80+ Semalaman

Alamat: Mile 36, Kundasang, 89300 Ranau

Selanjutnya Di Booking.com


22. Skyville Zen Resort, Kundasang

Skyville Zen Resort Kundasang - Main Image

Dengar sahaja perkataan ‘zen’, anda tak perlu risau tentang kenyamanan atmosfera yang ditawarkannya. Kalau anda nak tahu, ‘zen’ yang berasal daripada bahasa Jepun ini membawa maksud ‘meditasi di tahap tertinggi.’ Inginkan fikiran yang setenang ini? Menginaplah di Skyville Zen Resort, Kundasang.

Dikelilingi oleh ketenangan alam semulajadi yang menyegarkan dalam suasana yang  dingin Skyville Zen Resort, Kundasang, menginap di sini dapat membawa anda sekeluarga bersatu dengan alam.

Skyville Zen Resort Kundasang - Room Image

Lanskap indah ini ditambah lagi dengan tahap kebersihan resort yang sangat memuaskan. Ketenangan yang sebenar sememangnya dapat dirasai di sini.

Setelah puas menikmati keindahannya, anda boleh mengisi kelaparan dengan memasak sendiri di ruang dapur yang disediakan atau berbbq bersama keluarga. Untuk pengetahuan anda, di sekitar kawasan penginapan ini terdapat banyak pondok yang masing-masing tersedia dengan kemudahan bbq.

Harga: Dari RM149+ Semalaman

Alamat: Jalan Kinasaraban, Kundasang, Ranau, 89308 Kampong Kundassan

Selanjutnya Di Booking.com


21. Kinabalu Valley Homestay

Kinabalu Valley Homestay - Main Image

Nak makan ayam goreng hari-hari? Apa kata kalau anda menginap di Kinabalu Valley Homestay, kerana homestay ini terletak hanyalah dalam 1 km dari KFC. Sebelum mendaki Gunung Kinabalu atau makan angin sekitar Kundasang, jangan lupa untuk singgah dulu ya?

Selain KFC, kedai makan halal yang lain juga terletak tidak jauh dari homestay. Mengenai destinasi tarikan pula, Ladang Strawberi terletak hanyalah 500 meter dari homestay.

Kinabalu Valley Homestay - Room Image

Lokasi yang cukup strategik bukan? Homestay ini sendiri pula, cukup selesa dan lengkap kemudahan yang disediakan. Dengan harga yang bermula dari RM40, anda akan mendapat sebuah penginapan yang lengkap dengan water heater, hiburan TV  bersaluran satelit, kemudahan seterika dan lain-lain. Bagi anda yang merancang untuk menginap dengan lama pula, kemudahan dobi terletak tidak jauh dari sini.

Pendek kata, strategik, lengkap dan cukup selesa kerana tahap kebersihannya juga cukup memuaskan. Semuanya dapat dinikmati dengan harga di bawah RM50, hebat bukan?

Harga: Dari RM40+ Semalaman

Alamat: Kampung Kinasaraban, Kundasang, 89308 Ranau sabah Malaysia, 89308 Ranau

Selanjutnya Di Booking.com


20. B-Inspired Abode Mountain Home

B Inspired Abode Mountain Home - Main Image

Ingin menginap di dalam rumah yang comel?  Homestay berwarna baby pink ini terletak hanya 12 km dari Gunung Kinabalu.

B-Inspired Abode Mountain Home menawarkan penginapan yang luas dengan 3 buah bilik tidur dan sebuah ruang tamu berkerusi sofa untuk keselesaan tempat tidur bagi 6 orang penginap.

B Inspired Abode Mountain Home - Room Image

Homestay ini turut mempunyai ruang dapur  yang lengkap dengan segala fasiliti memasak yang penting. Apa lagi? Sayur-sayuran fresh yang dah dibeli bolehlah dimasak secukup rasa dengan air tangan sendiri di dapur yang lengkap ini.

Selesai memasak, anda boleh menikmati makanan yang panas tadi sambil melihat pemandangan mempesonakan dari tingkap dan balkoni homestay.

Harga: Dari RM320+ Semalaman

Alamat: Jalan Sinisian Kundasang, 89308 Ranau

Selanjutnya Di Booking.com


19. Amazing Grace Lodge

Amazing Grace Lodge - Main Image

Ingin bangun tidur dengan pemandangan yang sempurna persis lukisan, menginaplah di Amazing Grace Lodge.

Penginapan indah ini lengkap dengan bbq pit, dan dapur yang sempurna dengan segala kemudahan memasak. Dah selesai memasak, juadah boleh dinikmati di ruang makan terbuka sambil menghirup udara segar dan melihat pemandangan yang memukau jiwa.

Amazing Grace Lodge - Room Image

Lokasinya, terletak kurang 10 km dari Desa Cattle Farm. Kedai makan pula, KFC dan Puteri Nabalu Cafe hanyalah 500 meter dari lodge. Bagi anda yang merancang untuk memasak sendiri di sini dan ingin membeli bahan mentah, Mini Market 88 dan pasar juga kurang 1 km dari penginapan ini.

Harga: Dari RM160+ Semalaman

Alamat: Kampung Sinisian, Kundasang, 89308 Ranau

Selanjutnya Di Booking.com


18. Nabalu Kundasang

Nabalu Kundasang - Main Image

Menyajikan pemandangan Gunung Kinabalu, lembah dan Pekan Kundasang, Nabalu Kundasang adalah sebuah penginapan yang sempurna untuk anda yang inginkan ketenangan yang sebenar.

Nabalu Kundasang - Room Image

Keseronokan menginap di sini ditambah lagi dengan keenakan makanan yang dihidangkan di restoran penginapan ini sendiri, kata orang, “Perut kenyang, senang hati,” apatah lagi kalau makanannya enak sehingga menjilat jarikan? Jangan lupa untuk merasa cheesecakenya!

Lokasinya? Terletak di tengah Pekan Kundasang dan bersebelahan dengan stesen bas. Tarikan yang terletak berdekatan pula adalah Desa Dairy Farm.

Harga: Dari RM184+ Semalaman

Alamat: Kundasang Town, 89300 Ranau

Selanjutnya Di Booking.com


17. Azrien Homestay Kundasang

Azrien Homestay Kundasang - Main Image

Homestay kayu yang berwarna kelabu, Azrien Homestay Kundasang ini kelihatan sungguh nyaman. Warna homestay yang lembut dengan latar belakang alam semula jadi penuh kehijauan, dari luar lagi sudah terasa aura kedamaiannya.

Homestay ini menawarkan 3 buah bilik tidur yang kesemuanya lengkap dengan sebuah katil double untuk keselesaan 6 orang penginap. Ruang tamunya pula lengkap dengan TV bersaluran satelit sebagai hiburan dikala bersantai. Kemudahan wifi turut disediakan bagi anda yang tidak mahu terlepas daripada kisah-kisah trending di Twitter.

Azrien Homestay Kundasang - Room Image

Anda juga boleh menggunakan kemudahan yang lengkap di ruang dapurnya untuk memasak masakan panas. Masakan yang panas ini terasa lebih enak bila dinikmati di ruang balkoni yang menyajikan pemandangan yang memukau mata.

Tidak terasa untuk memasak? Kedai dan restoran mudah didapati dalam sekitar 5 minit perjalanan ataupun 1 km dari penginapan.

Harga: Dari RM350+ Semalaman

Alamat: 762 Kampung Sinisian Kundasang, 89308 Ranau

Selanjutnya Di Booking.com


16. Crystal Hill R

Crystal Hill R - Main Image

Tak perlu penyaman udara, udara yang dingin dan berangin di Crystal Hill R adalah satu kepastian yang dapat dinikmati 24/7. Pemandangan indah yang terhidang dari tempat anda sekeluarga beradu juga membuatkan anda tertanya-tanya sama ada sedang bercuti di Malaysia atau di Switzerland.

Crystal Hill R - Room Image

Bilik-biliknya juga cukup luas untuk penginapan yang selesa bersama keluarga. Katil yang disediakan sungguh empuk untuk tidur yang nyenyak sebelum memulakan langkah penerokaan kawasan sekitar.

Harga: Dari RM160+ Semalaman

Alamat: Kundasang 212-89-308, Ranau,Sabah, 89308 Ranau

Selanjutnya Di Booking.com


15. B-Inspired Abode Family Room

B Inspired Abode Family Room - Main Image

B-Inspired Abode Family Room menawarkan bilik keluarga yang lengkap dengan sebuah katil extra large dan sebuah katil double bed untuk keselesaan bagi 4 orang penginap. Semua bilik yang ditawarkan B-Inspired Abode Family Room menyajikan pemandangan mengasyikkan Gunung Kinabalu.

B Inspired Abode Family - Room Image

Kemudahan lain yang disediakan di sini adalah TV sebagai hiburan sewaktu berehat-rehat sambil menikmati minuman panas dalam cuaca dingin Kundasang.

Anda juga boleh memilih untuk bersantai di kawasan taman yang terdapat di penginapan ini untuk menghirup udara yang menyegarkan.

Harga: Dari RM180+ Semalaman

Alamat: Jalan Sinisian Kundasang, 89308 Ranau

Selanjutnya Di Booking.com


14. B-Inspired Abode Standard A-Cabin

B Inspired Abode Standard A Cabin

Terletak di Jalan Sinisian, B-Inspired Abode Standard A-Cabin adalah sebuah penginapan yang cukup ceria, penuh dengan warna-warni. Barulah naik semangat bercuti, ye tak?

B Inspired Abode Standard A Cabin - Room Image

Kabin-kabin ini walaupun kecil, cukup selesa untuk dijadikan tempat bermalam. Anda juga boleh menggunakan dapur kongsi yang disediakan untuk membuat minuman panas dan memasak maggi untuk dinikmati sambil melihat pemandangan dari tingkap bilik yang memang wow! Keindahan pemandangan dari tingkap bilik ini terasa seperti dek pemerhatian.

Harga: Dari RM70+ Semalaman

Alamat: Jalan Sinisian Kundasang, 89308 Ranau

Selanjutnya Di Booking.com


13. Celyn Resort Kinabalu

Celyn Resort Kinabalu - Main Image

Perjalanan untuk menuju ke Celyn Resort Kinabalu ini sebenarnya agak mencabar, namun kata orang, “Bersusah-sudah dahulu,  bersenang-senang kemudian,”  memang sangat sesuai dengan resort ini. Sebaik sampai ke Celyn Resort Kinabalu, anda akan tergoda dengan keindahan kawasannya ditambah lagi dengan penjagaannya yang cukup sempurna, boleh hilang segala masalah dari minda.

Celyn Resort Kinabalu - Room Image

Anda juga boleh menikmati pemandangan dari bilik penginapan yang penuh dengan keselesaan. Setelah menikmati pemandangan sepuas hati, anda boleh merancang untuk berbbq bersama keluarga kerana peralatan ini turut disediakan. Lokasinya, terletak berdekatan dengan tarikan seperti Hot Spring dan Memorial Peperangan.

Harga: Dari RM196+ Semalaman

Alamat: Kampung Samuruh, Jalan Samuruh Kinoundusan,Kundasang, 89300 Ranau

Selanjutnya Di Booking.com


12. Nulu Nuluw Farmstay

Nulu Nuluw Farmstay - Main Image

Terletak di tengah-tengah lembah, Nulu Nuluw Farmstay adalah sebuah penginapan yang dikelilingi oleh alam yang penuh kehijauan termasuklah ladang sayur-sayuran. Nak makan sayuran segar? Di sinilah lokasinya, segalanya ‘terbaik dari ladang’.

Mengenai penginapan ini sendiri, terasa sungguh selesa dengan kemudahan yang lengkap seperti water dispenser, tempat bbq dan lain-lain lagi.

Nulu Nuluw Farmstay - Room Image

Ingin merasa pengalaman berumah di tengah-tengah kawasan lembah? Cepat-cepatlah booking Nulu Nuluw Farmstay ya? Kerana bilangan bilik yang ditawarkan hanyalah 8 buah kesemuanya. Siapa cepat dia dapat.

Harga: Dari RM150+ Semalaman

Alamat: Jalan Kauluan Kampung Cinta Mata, 89300 Kampong Kundassan

Selanjutnya Di Booking.com


11. Mesilau Mountain Retreats

Mesilau Mountain Retreats - Main Image

Dikelilingi oleh keindahan bunga-bungaan yang berwarna-warni, Mesilau Mountain Retreats, salah sebuah homestay yang terletak di Kampung Kundassan ini menawarkan 2 jenis penginapan iaitu Morning Glory House dan Strawberry House yang kedua-duanya boleh memberikan keselesaan kepada 6 orang penginap.

Dengan harga yang bermula dari RM720 semalaman, Mesilau Mountain Retreats adalah definisi kepada kesempurnaan dan keselesaan di tahap yang tak terungkap. Suasana yang cukup privasi dan tenang dapat dinikmati di homestay yang disediakan.

Mesilau Mountain Retreats - Room Image

Selain itu, jangan melepaskan peluang untuk menikmati pemandangan matahari menaik dari penginapan ini yang sungguh mengujakan. Rekaan dalamannya juga cukup  homey,  terubat rindu di hati kepada rumah sendiri. Mengenai lokasinya pula, kedudukannya dari Gunung Kinabalu hanyalah dalam sekitar 11 km.

Harga: Dari RM720+ Semalaman

Alamat: 4th floor, Wisma Sabah, Jalan Tun Raza sabah, 88817 Kampong Kundassan

Selanjutnya Di Booking.com


10. Wind Valley Farmstay

Wind Valley Farmstay - Main Image

Wind Valley Farmstay adalah sebuah penginapan yang dihias ringkas namun cukup selesa dimana setiap bilik lengkap dengan ruang balkoni sebagai tempat untuk anda menenangkan fikiran dan menikmati pemandangan. Harga yang ditawarkannya juga menceriakan poket anda kerana bermula kurang daripada RM100.

Wind Valley Farmstay - Room Image

Lokasinya? Terletak tidak jauh dari Desa Cattle Dairy Farm yang kurang 8 km dari farmstay dan Kundasang War Memorial pula hanyalah 11.6 km.

Harga: Dari RM90+ Semalaman

Alamat: Jalan Cinta Mata Mesilou HSE NO MSLU 107, 89308 Ranau

Selanjutnya Di Booking.com


9. Blossom Hut

Blossom Hut Kundasang - Main Image

Dilihat dari luar, reka bentuk rumah Blossom Hut ini tidak ubah seperti rumah-rumah di Jepun, sesuai sekali dengan cuaca dingin di sekitar yang terasa seperti di negara matahari terbit itu.

Blossom Hut - Room Image

Namun begitu, rekaan dalamannya tidaklah berkonsep Jepun, dihias dengan ringkas seperti di rumah sendiri. Blossom Hut menawarkan sebuah bilik tidur yang lengkap dengan sebuah katil double dan 3 buah katil futon, manakala ruang tamunya pula dilengkapi dengan sebuah katil sofa, homestay ini menyediakan tempat tidur yang selesa untuk 6 orang penginap.

Harga: Dari RM300+ Semalaman

Alamat:  Jalan Cinta Mata Mesilou Kundasang, 89308 Ranau

Selanjutnya Di Booking.com


8. Ren – Hana Kampungstay Kundasang

Ren Hana Kampungstay Kundasang - Main Image

Ren – Hana Kampungstay Kundasang menawarkan pelbagai jenis penginapan dari yang sesuai untuk pelancong solo sehinggalah kepada bilik keluarga.

Ren Hana Kampungstay Kundasang - Room Image

Sekiranya anda menginap di sini, anda dapat menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti dapur memasak yang lengkap dengan segala fasiliti penting dan peralatan bbq.  Sudah selesai memasak, anda boleh menikmati makanan sambil berhibur dengan kemudahan TV bersaluran kabel ataupun wifi yang disediakan.

Harga: Dari RM80+ Semalaman

Alamat: Kg Cinta Mata Jalan Kauluan, Kundasang, 89308 Ranau

Selanjutnya Di Booking.com


Homestay di Ranau

7. Saujana Homestay

Saujana Homestay - Main Image

Homestay dengan dekorasi simple, Saujana Homestay yang terletak di Taman Saujana Kinabalu ini  menawarkan penginapan yang lengkap dengan 3 buah bilik untuk keselesaan 5 orang penginap.

Ruang dapurnya pula datang lengkap dengan kemudahan penting untuk memasak. Kemudahan lain yang tersedia di sini adalah alat menyeterika dan mesin basuh. Tidak perlulah anda bersusah-payah mencari dobi sekiranya merancang untuk bercuti lama di Sabah.

Saujana Homestay - Room Image

Bukan sahaja lengkap fasilitinya seperti di rumah sendiri, ia juga menyajikan pemandangan yang indah Gunung Kinabalu. Pakej yang lengkap untuk penginapan yang sempurna bersama keluarga bukan? Semuanya hanyalah dari RM200 semalaman.

Harga: Dari RM200+ Semalaman

Alamat: Taman Saujana Kinabalu, C197, Lorong 11, 89308 Ranau

Selanjutnya Di Booking.com


6. Twin’s Cottage Campsite

Twin's Cottage  Campsite - Main Image

Twin’s Cottage Campsite adalah sebuah rumah percutian yang indah diperbuat daripada kayu dengan rekaan dalaman yang berkonsep ringkas dan agak minimal. Yang penting, segala keperluan untuk tidur malam yang lena telah tersedia.

Menyediakan 5 buah bilik tidur yang  mana 4 daripadanya lengkap dengan sebuah katil double besar dan sebuah lagi bilik pula dilengkapi dengan 6 buah katil futon, penginapan ini dapat menampung 14 orang penginap pada satu-satu masa.

Twin's Cottage  Campsite - Room Image

Bukan sahaja dapat menampung bilangan penginap yang ramai, cottage ini turut menyediakan dapur yang lengkap serta ruang tamu yang selesa untuk anda bersantai di bean beg yang disediakan sambil membaca novel kegemaran.

Di samping itu, anda juga boleh  merancang untuk berbbq di ruang terbuka yang tersedia di sekitar cottage.

Harga: Dari RM550+ Semalaman

Alamat: Jalan Ranau – Sandakan Jalan Tanah Merah, 89308 Ranau

Selanjutnya Di Booking.com


5. Slagon Homestay

Slagon Homestay - Main Image

Slagon Homestay adalah sebuah penginapan yang menawarkan bilik-bilik berharga bajet yang bermula dari RM90 semalaman. Walaupun murah, homestay ini sebenarnya memiliki karakternya yang tersendiri, di mana anda dapat menikmati sarapan yang disediakan sambil melihat keindahan air sungai yang mengalir di bawah.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan minuman teh percuma yang sentiasa tersedia di kaunter penginapan. Tidak kira siang atau malam, anda boleh menikmati teh panas ini sambil mendengar aliran air sungai yang menyegarkan deria.

Slagon Homestay - Room Image

Di kawasan sekitar homestay ini juga terdapat banyak pokok-pokok yang berbuah lebat dan bunga-bungaan yang tumbuh mekar. Atmosfera yang sungguh kedesaan dapat dialami di Slagon Homestay.

Harga: Dari RM90+ Semalaman

Alamat: Kg Kituntul Baru, 89308 Ranau

Selanjutnya Di Booking.com


4. Sabah Tea Garden

Sabah Tea Garden - Main Image

Kuasa terapi jiwa yang efektif dapat anda rasakan di Sabah Tea Garden. Suasana tenang dan penuh privasi menjadikankan ia sebuah penginapan yang istimewa. Dari sini, anda dapat melihat keanggunan pemandangan sekitar ladang teh dan Gunung Kinabalu yang terbentang luas di hadapan mata.

Setelah puas berjalan di kawasan sekitar, anda boleh menikmati makanan yang dihidangkan di restoran Sabah Tea Garden sambil menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang mempesonakan. Jangan lupa juga untuk mencuba pelbagai jenis teh yang disediakan di restoran ini.

Sabah Tea Garden - Room Image

Untuk pengetahuan anda, setiap sudut di Sabah Tea Garden ini cukup fotogenik untuk diabadikan di dalam Instagram anda.  Kalau ada dslr, jangan lupa untuk full kan baterinya dahulu ya?

Selain itu, anda juga tidak patut melepaskan peluang untuk mengikuti lawatan yang menunjukkan bagaimana Sabah Tea dihasilkan.

Harga: Dari RM140+ Semalaman

Alamat: KM 17, Jalan Ranau/ Sandakan, Kampong Nalapak, Ranau, Sabah, Malaysia, 88450 Ranau

Selanjutnya Di Booking.com


3. Mesilau Mountain Retreats | Luxury Edition

Mesilau Mountain Retreats - Main Image

Apa salahnya sekali-sekala menikmati percutian mewah dalam keindahan alam semula jadikan? Bukan mudah untuk mendapatkan waktu yang boleh diluangkan untuk diri sendiri, dan apabila peluang tiba, inilah waktunya untuk mendapatkan sebuah percutian yang diimpikan. Jika tercari sebuah penginapan yang sempurna di Sabah, Mesilau Mountain Retreats | Luxury Edition adalah jawapannya.

Mesilau Mountain Retreats - Room Image

Mesilau Mountain Retreats | Luxury Edition adalah sebuah penginapan yang sempurna dalam segala aspek. Dihias dengan elegan, setiap sudut rumah ini diberikan perhatian yang cukup terperinci membuatkan segalanya sedap dipandang sewaktu anda berehat-rehat di sofa yang selesa.

Menawarkan 3 buah bilik tidur, homestay mewah ini selesa untuk diinapi 6 orang dewasa. Kemudahan lain yang disediakan di sini adalah dapur yang lengkap, ruang balkoni dengan tempat duduk yang selesa dan lain-lain lagi.

Harga: Dari RM1300+ Semalaman

Alamat: Unnamed Road, 89308, Kundasang, 89308 Ranau

Selanjutnya Di Booking.com


2. Yayaki Homestay

Yayaki Homestay Kundasang - Main Image

Terletak kurang 10 minit dari Pekan Ranau, Yayaki Homestay adalah sebuah penginapan yang ringkas dengan 3 buah bilik tidur yang mampu menampung 5 orang penginap. Rumah ini turut memiliki dapur yang lengkap, kemudahan bbq dan TV sebagai hiburan sewaktu berehat.

Yayaki Homestay Kundasang - Room Image

Mengenai lokasinya pula, ia terletak berhampiran dengan banyak tarikan di Kundasang seperti Sabah Tea, Tagal Luanti Fish Massage, Tamu Ranau, Desa Dairy Farm Kundasang dan Taman Negara Kinabalu. Sebuah penginapan yang cukup strategik sekiranya anda merancang untuk melawat banyak tarikan yang terdapat di sini.

Harga: Dari RM183+ Semalaman

Alamat: Taman Saujana Kinabalu Lot C32-28, Lorong 4, 89300 Ranau

Selanjutnya Di Booking.com


1. T Paradise

T Paradise Kundasang - Main Image

Bercuti bersama keluarga yang ramai atau dengan semua sahabat yang sekepala dengan anda? Salah satu pilihan yang tepat di Ranau adalah T Paradise. Homestay kayu berwarna kelabu ini cukup luas untuk penginapan sekitar 8 orang dewasa. Menyediakan 3 buah bilik tidur dan sebuah ruang tamu yang lengkap dengan 4 katil sofa, pilih sahaja dimana anda mahu tidur.

Di dalam bilik atau di luar bilik, segenap pelusuk T Paradise ini cukup sedap dipandang mata. Dekorasi dalamannya yang menggunakan warna-warna natural dan perabot-perabot kayu berwarna cerah, menyerlahkan aura santai penginapan ini.

T Paradise Kundasang - Room Image

Bukan itu sahaja, ia juga lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti peralatan bbq dan dapur yang sempurna untuk anda memasak masakan panas. Untuk berhibur pula, TV bersiaran satelit dan pemain DVD turut disediakan.

Namun apa gunanya jika waktu bercuti dihabiskan di depan skrin kaca bukan? Apa kata jika anda menikmati sepuasnya pemandangan dari ruang balkoni homestay ini. Pada waktu malam, anda mungkin dapat melihat pendaki-pendaki Gunung Kinabalu yang dikatakan kelihatan seperti kelip-kelip dari jauh.

Penuh dengan privasi, udara yang segar dan pemandangan yang menyejukkan mata, T Paradise dapat memberikan anda syurga percutian yang diimpikan.

Harga: Dari RM531+ Semalaman

Alamat: Kampung Mesilau, 89308 Ranau

Selanjutnya Di Booking.com


Yang mana yang berjaya mengetuk pintu hati anda? Sekiranya pilihan yang disenaraikan ini masih tidak cukup, anda boleh melayari booking.com untuk melihat lebih banyak pilihan penginapan yang terdapat di Sabah dengan tawaran harga yang sangat berpatutan.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu stabil ini, mesti ramai antara anda yang ingin menyimpan bajet tapi termimpi-mimpikan percutian di Kundasang bukan? Tak perlu risau, penginapan dalam harga murah cukup banyak sebenarnya di Kota Kinabalu ini, nak tahu di mana? Anda boleh membaca artikel kami tentang 22 Hotel Murah di Kota Kinabalu.

Sudah temui penginapan idaman anda? Jangan lagi menyeksa jiwa yang merindukan kedamaian dalam keindahan alam flora dan fauna. Deria yang telah lama dicemari boleh disegarkan kembali di pekan kecil ini di mana kemodenan dan material boleh ditinggalkan di belakang buat seketika. Pack beg anda dan terbanglah ke Sabah untuk percutian yang pasti membuatkan jiwa tenang tak terkata. Selamat bercuti ke Kundasang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *