Tidak sudah-sudah terbayangkan enaknya nasi dagang dan nasi kerabu? Itu tandanya anda perlu ke Kuala Terengganu untuk percutian yang akan datang. Di Terengganu, anda bukan sahaja dapat menikmati makanan yang enak tetapi juga tarikan lain yang terdapat di sini seperti pantainya yang sememangnya indah, laluan street art yang realistik, masjid-masjid yang unik, hinggalah ke pasar yang dipenuhi dengan pelbagai hasil tangan yang berkualiti, sememangnya Terengganu merupakan destinasi pelancongan yang menawarkan keseronokan penerokaan yang tidak berkesudahan.
Ingin ke sana? Sekiranya anda membayangkan percutian yang sempurna, sangatlah penting untuk anda membuat pilihan yang terbaik untuk penginapan anda di sana nanti. Untuk membantu anda membuat pilihan, kami telah menyenaraikan 25 hotel murah di Kuala Terengganu. Siapa kata semua hotel murah tidak selesa dan membosankan? Tak percaya, teruskan membaca senarai ini.
24. J Suites Hotel
Memasuki ruang lobi J Suites Hotel yang terletak di Jalan Kota Lama ini membuatkan anda terpesona dengan dekorasi dalamannya yang kelihatan begitu eksklusif. Walaupun menawarkan harga yang cukup murah, sentuhan yang diberikan kepada dekorasinya tidak ubah seperti di sebuah hotel yang lebih mahal.
Bukan hanya memiliki rekaan dalaman yang kelihatan eksklusif, fasilitinya juga tidak megecewakan, cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan penginapan anda sekeluarga.
Di samping itu, lokasi hotel ini juga sangat strategik dengan pelbagai tarikan terkenal di Terengganu terletak berdekatan dengan hotel seperti Chinatown, Pasar Payang dan Terengganu Waterfront.
Harga: Dari RM96+ Semalaman
Alamat: Lot 3762-3763 Lot 3766-3769, Jalan Kota Lama, 20300 Kuala Terengganu
23. Hotel Ming Star
Anda memiliki anak yang masih aktif bergerak ke sana-sini? Hotel Ming Star adalah hotel yang paling sesuai untuk percutian anda, nak tahu kenapa? Jangan dianggap hotel yang kelihatan kecil dari luar ini sama kecil juga di dalamnya, setiap bilik yang ditawarkan di Hotel Ming Star ini cukup luas untuk anak-anak anda beraktiviti. Bukan hanya itu, biliknya juga yang dihias moden cukup sedap mata memandang, lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Jangan terkejut, mungkin juga bilik anda lengkap dengan kemudahan komputer. Dari bawah RM100 untuk kesemua ini? Hotel yang lebih mahal pun tidak semestinya menyediakan ruang kerja yang lengkap bukan? Tiada sebab untuk anda tidak menjadikan hotel ini sebagai salah satu pilihan.
Selain itu, tidak jauh dari hotel ini juga terdapat restoran-restoran yang menarik dan juga 7-11, jadi, tak perlu risau jika perut anda tiba-tiba menggerodak kelaparan. Tak cukup lagi sebab untuk memilih hotel ini? Hanyalah 5 minit berjalan kaki dari hotel anda akan dapat menikmati pemandangan dan bayu laut yang cukup menenangkan jiwa.
Harga: Dari RM92+ Semalaman
Alamat: 217 Wisma Cermerlang, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu
22. Hotel Yt Midtown Kuala Terengganu
Berlokasi strategik di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu, Hotel Yt Midtown Kuala Terengganu terletak tidak jauh dari banyak tarikan menarik seperti Pasar Payang, Dataran Syahbandar, Chinatown dan banyak lagi. Hampir kesemuanya boleh diakses dengan hanya berjalan kaki dari hotel.
Di samping itu, berkenaan bilik-biliknya pula, dihias dengan simple menggunakan warna maroon dan putih sebagai tema keseluruhan bilik. Yang bestnya, setiap bilik terdapat banyak plug untuk kegunaan anda yang menginap beramai-ramai, tidak perlu berebut plug lagi ya?
Harga: Dari RM97+ Semalaman
Alamat: No. 30, Jalan Tok Lam, 20100 Kuala Terengganu
21. The Rise Room
Inginkan penginapan dengan konsep yang serius cool dan design yang hipster? The Rise Room adalah jawapannya. Bukan senang nak jumpa hotel murah yang cukup ‘kena’ dengan trend semasa. Terletak tidak jauh dari Chinatown, The Rise Room adalah hotel yang beroperasi tanpa staff di kaunter.
Macam pelik je kan? Ya, ini adalah perkara sebenar, untuk check-in anda akan menerima mesej teks mengenai kod pas masuk dan kata kunci kepada peti surat yang diisi dengan kunci bilik anda.
Segalanya adalah self-service di sini. Masuk di biliknya pula, anda akan melihat sebuah bilik yang cukup hipster dekorasinya, dengan konsep industrial, sememangnya menarik untuk instagram. Pihak hotel juga menyediakan USB yang diisi dengan banyak filem-filem menarik yang boleh ditonton di tv bilik. Cool kan?
Harga: Dari RM90+ Semalaman
Alamat: 16-G Jalan Air Jernih, 20300 Kuala Terengganu
20. Permai Hotel Kuala Terengganu
Inginkan hotel yang dekat dengan Pantai Batu Buruk? Permai Hotel Kuala Terengganu hanyalah 1 km sahaja dari pantai yang indah ini. Jika tidak puas bermain air pantai, hotel ini turut memiliki kolam renangnya sendiri yang juga sesuai untuk kanak-kanak. Hotel murah dengan kolam renang? Terbaiklah!
Bukan itu sahaja yang disediakan di hotel ini, jika anda adalah seorang kaki gym, hotel ini turut memiliki pusat kecergasan yang lengkap dengan pelbagai peralatan. Waktu cutilah badan perlu dijaga dengan lebihkan?
Harga: Dari RM140+ Semalaman
Alamat: Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu
19. Hotel Tanjong Vista
Terletak tidak jauh dari Istana Maziah dan juga Muzium Negeri Terengganu yang kedua-duanya kurang 10 minit pemanduan dari Hotel Tanjong Vista. Sememangnya lokasi hotel ini cukup tepat bagi anda yang datang untuk menerokai Kuala Terengganu.
Walaupun jatuh di dalam kategori hotel yang menawarkan harga yang rendah, hotel ini turut menyediakan kemudahan 5 bintang iaitu kolam renang dan juga pemandangan dari bilik yang cukup memukau sama ada sekitar bandar ataupun lautan yang biru kerana lokasinya yang terletak tidak jauh dari Pantai Batu Buruk.
Harga: Dari RM127+ Semalaman
Alamat: Lot 4708, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu
18. Rimba Hotel
Rimba Hotel merupakan sebuah penginapan selesa yang dihias dengan simple namun lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk hiburan anda sewaktu berehat di dalam bilik seperti wifi yang pantas dan tv.
Hotel ini berlokasi strategik dengan tarikan-tarikan menarik kesemuanya kurang 4 km dari hotel seperti Chinatown, Masjid Kristal dan Muzium Negeri Terengganu, untuk membeli-belah pula anda boleh ke Giant yang hanya 300 meter dari hotel.
Harga: Dari RM98+ Semalaman
Alamat: Lot PT 37818, Blok G, Jalan Gong Pak Damat, Taman Desa Jaya,Terengganu, 21300 Kuala Terengganu
17. The Regency Waterfront Hotel
The Regency Waterfront Hotel adalah seperti yang anda bayangkan, terletak di tepi laut. Pemandangan yang ditawarkan dari bilik hotel ini tidak disangkal lagi, sangat memukau jiwa dan menenangkan fikiran yang telah kepenatan menempuhi hidup di kota.
Terletak hanya 10 minit pemanduan dari Mydin dan juga Giant, walaupun berdekatan dengan pusat membeli-belah yang sentiasa dikerumuni manusia, hotel ini sebenarnya terlindung dari sebarang pencemaran bunyi yang mengganggu tidur malam anda. The Regency Waterfront Hotel adalah sebuah penginapan dengan atmosfera yang mendamaikan jiwa.
Harga: Dari RM130+ Semalaman
Alamat: Terengganu Equestarian Resort (TER) , Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibaimark, 20400 Kuala Terengganu
16. Uptown Eco Hotel
Jika anda inginkan akses yang paling mudah ke Chinatown yang penuh warna-warni dan cukup meriah di waktu malam ini, apa kata sekiranya anda sekeluarga menginap di Uptown Eco Hotel.
Tidak cukup dengan lokasi yang strategik? Hotel ini sendiri memiliki daya tarikannya, yang mana di dalam Uptown Eco Hotel ini anda dapat melihat sentuhan tradisional Melayu yang terpancar dari perabot-perabot kayu yang menguasai sebahagian besar ruang. Di samping itu, bilik-bilik di hotel ini juga luas serta lengkap dengan pelbagai kemudahan, cukup sesuai untuk penginapan beramai-ramai.
Harga: Dari RM200+ Semalaman
Alamat: LOT 60105 60106 Paya Keladi , Jalan Banggol, 20100 Kuala Terengganu
15. Ming Paragon Hotel
Terletak berdekatan dengan banyak restoran, kedai 24 jam 7-11 dan juga kedai dobi, segala kemudahan terdapat di sekitar Ming Paragon Hotel. Bilik keluarga yang ditawarkan hotel ini cukup luas lengkap dengan dua buah penghawa dingin dan dua buah bilik mandi.
Tak perlulah anda sekeluarga berebut menunggu giliran mandi jika menginap di sini. Lokasinya? Bagi anda yang datang bercuti sudah pasti anda inginkan penginapan yang berdekatan dengan banyak tarikan bukan? Ming Paragon Hotel terletak hanya beberapa minit pemanduan dari Istana Maziah, Pasar Payang dan banyak lagi tarikan yang lain.
Harga: Dari RM66+ Semalaman
Alamat: 219, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu
14. Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu
Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu adalah sebuah hotel 3 bintang yang dilengkapi dengan taman yang indah. Terletak bersebelahan dengan Chinatown dan hanya 2 km dari Masjid Kristal, Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu adalah sebuah penginapan yang sempurna bagi anda yang ingin makan angin di Terengganu.
Di samping lokasi yang mantap, dari hotel ini juga anda dapat menikmati pemandangan matahari naik dan tenggelam yang sungguh mengasyikkan. Bukan itu sahaja, anda juga mungkin dapat melihat sungai yang dipenuhi dengan bot-bot nelayan yang berwarna-warni dari tingkap bilik. Cukup menarik pemandangan yang disajikan di sekitar Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu ini, apa lagi yang difikirkan?
Harga: Dari RM170+ Semalaman
Alamat: Lot 1640, Jalan Hiliran, (Balik Bukit), 20100 Kuala Terengganu
13. TH Hotel Convention Centre Terengganu
Sebuah hotel yang cukup selesa untuk diinapi oleh keluarga muslim. TH Hotel Convention Centre Terengganu menawarkan bilik yang luas dan kebersihannya memang tip-top!
Yang menariknya lagi tentang hotel ini adalah makanan yang dihidangkan di restorannya, menu yang tersedia sungguh mengiurkan yang mesti dicuba jika anda menginap di sini terutamanya nasi dagang, memang mmph!
Fasiliti yang menarik di hotel ini pula adalah kolam renangnya yang bukan satu tapi dua, iaitu kolam outdoor dan kolam indoor. Bagaimana pula dengan lokasinya? Hotel ini terletak tidak jauh dari Pantai Teluk Ketapang.
Harga: Dari RM241+ Semalaman
Alamat: Jalan Lapangan Terbang, Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu
12. Hotel Grand Continental Kuala Terengganu
Hotel Grand Continental Kuala Terengganu menawarkan penginapan dengan pemandangan yang indah Laut Cina Selatan, bayangkan bangun dari tidur dengan pemandangan air laut yang tenang, hilang segala beban di jiwa. Setelah puas menikmati pemandangan, anda boleh menyegarkan badan dengan bermandi-manda di dalam kolam renang yang disediakan hotel.
Berkenaan lokasinya pula, Hotel Grand Continental Kuala Terengganu terletak berdekatan dengan banyak kedai runcit, sebuah kedai dobi dan juga pasar malam, sangat memudahkan bagi anda yang menginap untuk jangka masa panjang.
Harga: Dari RM188+ Semalaman
Alamat: Lot 004023, Jalan Sultan Zainal Abidin, Daerah 8, 20000 Kuala Terengganu
11. Felda Residence Kuala Terengganu
Menghidangkan pemandangan air sungai serta bukit-bukau yang menhijau, Felda Residence Kuala Terengganu adalah sebuah penginapan yang cukup mendamaikan jiwa. Dari tingkap bilik, anda mungkin dapat melihat pemandangan matahari terbenam dan menaik serta bot-bot yang berlalu-lalang.
Bukan sahaja memiliki panorama yang menarik untuk dilihat, nilai tambah lain bagi hotel ini adalah kerana lokasinya yang strategik di mana anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke banyak tarikan hebat di sekitar Kuala Terengganu. Tempat makan pula, tak perlulah anda risau, cukup banyak untuk dipilih, tak ada ‘can’ untuk perut anda berbunyi.
Harga: Dari RM130+ Semalaman
Alamat: Jalan Hiliran, 20300 Kuala Terengganu
10. Hotel Sentral Kuala Terengganu
Begitu funky sekali gaya bangunan Hotel Sentral Kuala Terengganu jika dilihat dari luar. Ruangan lobinya juga cukup ceria dengan dinding yang berwarna-warni, memang berbeza dengan kebanyakkan hotel lain yang lebih cenderung menjadikan ruang lobi kelihatan eksklusif.
Memasuki bilik hotel ini pula, senyuman melihat ruang lobi tadi pasti akan kekal diwajah sebaik melihat tahap kebersihan dan keselesaan yang ditawarkan hotel ini, sangat memuaskan hati walaupun dengan harga yang hanya bermula dari bawah RM90.
Selain itu, berkaitan lokasinya pula, hotel ini terletak berdekatan dengan masjid, Jeti Shahbandar, Pasar Payang, Chinatown dan banyak lagi destinasi tarikan yang lain yang kesemuanya kurang 1 km dari hotel.
Harga: Dari RM86+ Semalaman
Alamat: No 28-28A, Jalan Tok Lam, 20100 Kuala Terengganu
9. DJ Citi Inn Premier
Hanyalah 2.7 km dari Masjid Kristal dan 1.9 km dari Pantai Batu Buruk, DJ Citi Inn Premier terletak di lokasi yang menarik untuk penginapan bagi percutian anda. Di kawasan sekitar hotel ini juga terdapat banyak restoran menarik untuk dicuba daripada masakan Melayu, Thai hinggalah India, tepuk dada, tanya selera. Tidak jauh dari hotel ini, terletaknya Pasar Payang untuk anda ingin membeli hasil tangan yang asli dari Terengganu. Lokasi? Memang terbaik.
Bagaimana pula dengan hotel ini sendiri? Walaupun terletak berdekatan dengan banyak kedai makan, suasana di dalam hotel ini cukup sunyi membuatkan waktu-waktu anda di hotel ini terasa sungguh menyenangkan. Katilnya yang empuk, membuatkan tidur malam anda sekeluarga cukup lena. Lokasi yang strategik dan penginapan yang selesa, apa lagi yang anda inginkan dari sebuah hotel dengan harga yang begitu murah?
Harga: Dari RM120+ Semalaman
Alamat: No 67 A Jalan Tok Lam, 20100 Kuala Terengganu
8. Hotel Pelangi Marang
Ingin menikmati pemandangan yang tidak terdapat di bandar? Melihat nelayan sibuk mencari rezeki di atas bot, air sungai yang mengalir tenang dengan sebuah jeti di tepian, inilah yang dapat anda lihat dari Hotel Pelangi Marang.
Hotel Pelangi Marang adalah sebuah hotel dengan dekorasi dalaman yang simple namun selesa dengan keluasan bilik yang pasti memuaskan anda yang menginap beramai-ramai. Lokasinya pula, terletak begitu dekat dengan Pasar Marang, 7E dan Mr.DIY.
Harga: Dari RM115+ Semalaman
Alamat: 3 1, 21600 Kuala Terengganu
7. Asia Premium Hotel
Hotel yang dibina pada tahun 1995, Asia Premium Hotel ini memiliki lokasi yang gempak, yang mana anda hanya perlu berjalan kaki dari hotel untuk ke jeti dan juga Chinatown. Di samping itu, bagi anda yang tidak boleh memisahkan diri dari dunia internet, jangan risau, kerana akses wifi yang disediakan hotel ini cukup power! Jangan tak keluar bilik sudahlah ya.
Bilik Asia Premium Hotel yang dihias dengan elegan ini juga sangat luas yang pastinya menambahkan keselesaan anda yang menginap bersama keluarga. Jika terasa lapar, kedai makan hanyalah beberapa tapak dari hotel, bersebelahan dengan hotel ini sendiri terdapat sebuah kedai roti.
Harga: Dari RM105+ Semalaman
Alamat: 134, 2nd Floor, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu
6. Anjung Pantai Seberang
Inginkan penginapan dalam suasana kampung bersebelahan dengan pantai yang indah? Anjung Pantai Seberang adalah penginapan yang dapat memberikan anda pengalaman ini.
Hanyalah 1 minit berjalan kaki untuk ke pantai, sepanjang penginapan di chalet ini, anda akan sentiasa disapa oleh bayu laut yang menyegarkan serta bunyi ombak yang memukul, menjadikan jiwa lebih tenang.
Ketenangan bersantai di chalet ini pasti memberatkan hati anda untuk ke tempat lain. Ditambah pula dengan lanskap taman yang indah di sekitar chalet kayu ini, atmosferanya pasti membuatkan anda sekeluarga terasa seperti orang kampung sebenar.
Harga: Dari RM150+ Semalaman
Alamat: Jalan Fikri, Kampung Baru, Seberang Takir, 20000 Kuala Terengganu
5. Come Inn Premium
Come Inn Premium adalah sebuah penginapan yang terletak di kawasan perumahan. Lengkap dengan ruang taman untuk anda bersantai, untuk hiburan pula anda boleh menggunakan akses wifi percuma yang cukup pantas di sini. Rumah yang diubah menjadi hotel ini juga turut menyediakan snek percuma untuk kanak-kanak, siapa tak happy dapat makanan free?
Berkaitan bilik-bilik yang ditawarkannya pula, cukup luas dan selesa untuk diinapi beramai-ramai. Lokasi? Hotel ini terletak hanyalah 10 minit perjalanan untuk ke kawasan bandar, masjid yang terdekat pula hanyalah 1 km dari hotel.
Harga: Dari RM80+ Semalaman
Alamat: Lot PT 1650, Taman KP Perdana, Kubang Parit, 20050, Kuala Terengganu
4. Suite 18 Boutique Hotel
Hotel dengan logo yang kelihatan seperti transformers ini, Suite 18 Boutique Hotel, memiliki dekorasi dalaman yang cukup simple dengan sentuhan industrial di mana sebahagian ruang hotel ini berdindingkan batu-bata.
Yang menariknya lagi, hotel ini turut memiliki ruang taman dan pondok untuk anda sekeluarga bersantai sambil menikmati pemandangan pokok ru dan langit biru yang menenangkan fikiran.
Di taman ini turut disediakan beanbag untuk anda merelakskan badan sambil membaca novel kegemaran. Sebuah hotel berkonsep cool dan lengkap dengan taman untuk bersantai dengan harga yang bermula dari RM108, sangat berbaloi bukan?
Harga: Dari RM108+ Semalaman
Alamat: 1046, Kampung Cina, (next to 7-eleven), Jalan Bandar, , 20100 Kuala Terengganu
3. Jen Homestay
Hanyalah beberapa tapak sahaja dari Chinatown dan juga stesen bas, Jen Homestay adalah sebuah penginapan yang strategik. Pemandangan dari homestay ini juga tidak kurang hebatnya yang mana anda dapat melihat kawasan sekitar homestay yang termasuklah Chinatown yang penuh warna-warni dan kelihatan begitu hidup dengan cahaya-cahaya lampu pada waktu malam.
Di samping itu, kemudahan yang disediakan hotel ini pasti membuatkan anda tidak perlu berfikir dua kali sama ada untuk memilih hotel ini atau tidak kerana ianya begitu lengkap dengan fasiliti seperti mesin basuh, pemanas air, penghawa dingin yang menyegarkan dan wifi yang superb. Terasa seperti di rumah sendiri pula.
Harga: Dari RM115+ Semalaman
Alamat: Kompleks Kampung Tiong, Jalan Kampung Tiong, 20100 Kuala Terengganu, 20100 Kuala Terengganu
2. Sumai Hotel Apartment
Menawarkan penginapan jenis apartment dan juga bilik, Sumai Hotel Apartment memberikan anda fleksibiliti yang lebih di dalam pemilihan penginapan bergantung kepada bilangan ‘kontinjen’ yang dibawa kerana bilik dan apartment ini mampu menampung dari 2 ke 7 orang.
Pilihlah yang mana yang sesuai untuk keselesaan anda. Penginapan yang dihias moden ini lengkap dengan pelbagai kemudahan asas yang termasuklah akses wifi yang pantas, manakala apartmentnya pula memiliki ruang dapur yang sempurna dengan pelbagai fasiliti.
Kemudahan lain yang disediakan hotel ini yang pasti akan membuat anda excited adalah kolam renang indoornya yang tidak kira hujan atau panas, ianya sentiasa tersedia untuk anda.
Selain itu, jika anda terasa lenguh setelah puas berenang sehingga terlupakan dunia, anda boleh menggunakan kemudahan kerusi urutnya yang tersangatlah melegakan. Dari RM135 untuk kesemua kemudahan ini? Datang sendiri jika tidak percaya.
Berkaitan lokasinya, pantai terdekat terletak hanyalah 10 minit berjalan kaki dari hotel. Apa kata kalau anda berjoging di pagi hari bersama keluarga untuk ke pantai dari hotel ini?
Harga: Dari RM135+ Semalaman
Alamat: Jalan Persinggahan Batu Burok, 20400 Kuala Terengganu
1. Grand Puteri Hotel
Terletak tidak jauh dari Terminal Bas Kuala Terengganu yang hanya 5 minit dari hotel, Grand Puteri Hotel menawarkan penginapan yang cukup selesa lengkap dengan kolam renang untuk anda sekeluarga bermandi-manda setelah puas berjalan-jalan di sekitar bandar ini. Kalau anda nak tahu, nasi dagang yang dihidangkan di hotel ini cukup enak! Jangan lupa untuk mencubanya ya?
Bagi yang beragama Islam, masjid klasik yang juga digelar masjid putih di Terengganu, Masjid Zainal Abidin hanyalah 5 minit perjalanan kaki dari hotel. Pasar Payang pula hanyalah 10 minit berjalan kaki.
Harga: Dari RM115+ Semalaman
Alamat: PT 3981, Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu
Ada yang menarik hati? Jika senarai ini masih tidak cukup untuk anda, jangan hentikan pencarian penginapan anda di sini, kerana sebenarnya banyak lagi pilihan penginapan yang menarik dan murah yang boleh anda jumpai di booking.com. Boleh rambang mata anda melihat pilihan-pilihan hotel murah di Kuala Terengganu yang ditawarkan di sini.
Apa lagi yang ditunggu? Tidak kiralah mana satu pun pilihan penginapan anda, diharapkan percutian ke Kuala Terengganu membuatkan anda sekeluarga tersenyum sokmo! Moh kita ke Kuala Terengganu!