Categories
Malaysia Travel Guide

57 Tempat Menarik di Penang | Senarai Destinasi Terbaik di Pulau Pinang

Jika anda mencari destinasi percutian yang mempunyai pantai pasir putih berserta laut yang nyaman tetapi tidak mahu meninggalkan segala kemudahan bandar yang moden, anda tidak akan kecewa memilih Pulau Pinang sebagai destinasi percutian seterusnya.

Sebelum anda datang ke Pulau indah ini, kami telah menyenarai 57 tempat menarik di Penang untuk memudahkan anda merancang percutian anda ke sana nanti.

57. Pantai Tanjung Bungah

Pantai Tanjung Bungah
Sumber: Jan / CC BY 2.0

Pantai yang indah ini boleh dijumpai di Tanjung Bungah yang terletak di antara Gurney dan Batu Ferringhi dan hanya 30 minit saja jika anda memandu dari Georgetown. Pantai ini merupakan destinasi popular di Pulau Pinang dan menjadi meriah dengan pelancong pada musim cuti sekolah. Ini kerana disini terdapat banyak aktiviti sukan air sesuai untuk seisi keluarga seperti Jet Ski, Banana Boat dan Parasailing.

Lokasi: Tanjung Bungah, Pulau Pinang.


56. Countryside Stables Penang

Country Side Stables
Sumber: Country Side Stables

Terletak di Sungai Burong, Countryside Stables Penang ini merupakan tempat diamana anda dapat belajar menunggang kuda sambil menikmati persekitaran alam semulajadi yang indah.

Dibuka pada tahun 2012 tempat ini mempunyai sebanyak 30 ekor kuda yang terdiri daripada baka berbeza seperti Pure Bred Arabian Horse, Pony, Kuda Thai, Myanmar dan Kuda Malaysia.

Jika anda belum bersedia untuk menunggang kuda tidak perlu risau kerana anda juga dapat memberi makan sambil melihat gelagat kuda yang menarik

Bayaran Menunggang Kuda/ Belajar Menunggang Kuda: 30 Minit RM80 | 60 Minit RM120

Waktu Operasi: Setiap Hari (2.00 pm – 7.00 pm)

Lokasi: Lot 603 Jalan Hilir Sungai Burung, Kampong Jalan Baru, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.


Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Pulau Pinang

55. Muzium Pinan Peranakan

Muzium Pinan Peranakan
Sumber: Susan Wall

Kalau anda ingin tahu tentang budaya dan cara hidup kaum Peranakan anda boleh ke muzium Pinan Peranakan di George Town. Di sini terdapat beberapa pameran yang menunjuk kehidupan harian kaum peranakan seperti baju tradisional dan jenis perabut yang diguanakan untuk menghias rumah mereka. Reka bentuk dan susunan perabot yang dilihat didalam bangunan ini berjaya membuat anda rasa seperti kembali ke zaman peranakan dahulu.

Bayaran Masuk: Dewasa RM20

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30am – 5.00pm)

Lokasi: 29 Church St, George Town, 10200 Pulau Pinang.


54. Tropical Spice Garden

Tropical Spice Garden
Sumber: Tropical Spice Garden

Asalnya Tropical Spice Garden merupakan sebuah ladang getah yang terbiar dan pengasasnya David dan Rebecca Wilkison bersama beberapa rakan mereka menukar tempat ini menjadi satu destinasi eco-pelancongan yang bertaraf antarabangsa.

Taman dengan keluasan 8 ekar ini menjadi rumah kepada 500 jenis flora dan fauna pelbagai rupa. Jika anda teliti, logo tempat ini adalah bunga kantan sebuah rempah tempatan yang digunakan didalam masakan tempatan popular seperti laksa.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah Garden Tour, Children Tour dan Nigh walks. Selain daripada itu mereka juga membuka tempat ini untuk acara team-building dan acara korporat.

Bayaran:

Audio Tours: Dewasa RM29 | Kanak-Kanak RM17 | Warga Emas RM23

Guided Tours:  Dewasa RM45 | Kanak-Kanak RM20 | Warga Emas RM35

Night Walks: Dewasa RM100 | Kanak-Kanak RM60 | Warga Emas RM60

(Dapat Diskaun Sekiranya Tiket Dibeli Secara Online)

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9:00am – 6:00pm)

Lokasi: Lot 595 Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang.


53. Escape Theme Park

Escape Theme Park
Sumber: Escape

Kepada mereka yang lebih gemar aktiviti lasak jangan lepaskan peluang untuk ke Escape Theme Park Pulau Pinang. Terletak berhampiran dengan kawasan Batu Ferringhi Ia merupakan tempat dimana anda dapat membuat aktiviti lasak diatas pokok seperti, Monkey Busines (memanjat), Flying Lemur (ZipLining), Atan Leap (Bungie Jumping), dan untuk mereka yang gayat, belajar memanjat pokok kelapa.

Bayaran Masuk: 4 – 12 Tahun RM84.90 | 13 – 60 Tahun RM128.30 | 61 – 100+ Tahun RM84.90 (Harga Tiket Lebih Murah Dibeli Online Lebih Awal)

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10:00am – 6:00pm)

Lokasi: 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.


52. Penang Street Art

Penang Street Art
Sumber: Phalinn Ooi / CC BY 2.0

Sempena festival Georgetown, beberapa bangunan lama di bandar itu dihiasi dengan lukisan artist jalanan Ernest Zacharevic. Lukisan yang berbagai konsep ini dapat dilihat bukan di beberapa tempat sekitar Bandar Georgetown. Hasil karya beliau unik kerana ia menceritakan kisah hidup harian penghuni pulau tersebut.

Lokasi: Bandar George Town, Pulau Pinang.


51. Tropical Fruit Farm

Tropical Fruit Farm Pulau Penang
Sumber: Mohd Zaidi

Tahukah anda terdapat 370 jenis buah –buahan yang boleh di makan di Malaysia? Kalau anda nak merasa buah-buahan tempatan yang aneka jenis datanglah ke Tropical Fruit Farm Penang.

Destinasi Agro Tourism ini terletak di Teluk Bahang ini mempunyai keluasan 25 ekar dan dibuka untuk memelihara baka buahan-buhanan exotic yang terdapat di negara kita.

Bayaran Guided Farm Tour: Dewasa RM40 | Kanak-Kanak (5 – 12 Tahun) RM30

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)

Lokasi: Batu 18, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.


50. Muzium Perang

Muzium Perang
Sumber: Zamri

Kerana kedudukannya yang strategik Pulau Pinang ini antara tempar terawal yang jatuh ke tangan penjajah British. Tempar terbaik untuk anda belajar sedikit mengenai zaman gelap ini adalah di Muzium Perang Pulau Pinang.

Sebelum ia di ubah suai menjadi muzium, asalnya tempat ini berfungsi sebagai kubu dan kem kerajaan British semasa perang dunia kedua. Didalam muzium ini anda dapat bersiar sambil melihat pelbagai pameran dan bangunan peningalan tentera british seperti bilik yang digunakan untuk menyiksa tahanan perang dan tempat mereka menyimpan senjata.

Bayaran Masuk: Dewasa RM21.20 | Kanak-Kanak RM10.60

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)

Lokasi: Lot 1350 Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung, 11960 Pulau Pinang


49. Rumah P. Ramlee

Rumah P Ramlee
Sumber: Hijrah Syahputra

Tahukah anda Seniman Negara yang terkenal P. Ramlee telah berasal dari negeri Pulau Pinang? Rumah P. Ramlee dipelihara hingga ke hari ini dan jika anda mahu mengenali seniman kesayangan negara kita jangan lupa untuk singgah sebentar.

Masuk kedalam anda dapat mendengar lagu beliau di mainkan tanpa henti dan di setiap pelusuk rumah tersebut dipamerkan kisah hidup, pencapaian dan jasa beliau untuk industri filem dan musik tanah air.

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.30)

Lokasi: Lot 2180, Jalan P Ramlee, Taman Kampar, George Town, 10460 Pulau Pinang.


48. Saanen Dairy Goat Farm

Saanen Dairy Goat Farm
Sumber: Saanen Dairy Goat Farm

Saanen Dairy Goat Farm ini percuma untuk dilawati dan pengunjung diberi peluang untuk memberi makanan kepada kambing-kambing di sini. Ladang ini terletak berhampiran dengan Jalan Sungai Pinang dan ia mengeluarkan berbagai produk yang di hasilkan oleh susu kambing seperti susu, yogurt dan jelly kambing.

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10:00am – 5:00pm)

Lokasi: 298 MK 1, Sungai Pinang, Balik Pulau, 11010 Pulau Pinang.


47. Toy Museum Heritage Park

Toy Museum Heritage Park
Sumber: Toy Museum Penang

Muzium tak seharusnya boring, di Toy Muzium Heritage Park anda dapat melihat koleksi peribadi seorang penggemar permainan yang dikumpul selama 40 tahun. Di heritage garden ini anda berpeluang untuk melihat sebanyak 120,000 permainan dan patung baru dan antic watak kartun terkenal bertema filem Hollywood, computer game dan komik.

Bayaran Masuk: Dewasa RM26 | Kanak-Kanak RM19

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)

Lokasi: Toy Museum Heritage Garden, 1370, MK2, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.


46. Masjid Kapitan Keling

Masjid Kapitan Keling
Sumber: Visit Penang

Masjid Kapitan Keling ini bina pada tahun 1801 oleh tentera East India Company yang beraga islam. Ia merupakan antara masjid terawal yang didirikan di Georgetown dan meminjam namanya dari ketua komuniti askar india muslim bernama Cauder Mydin Merican. Masjid ini merupakan masjid utama di negeri ini sebelum masjid negeri Pulau Pinang dibina.

Lokasi: 14, Jalan Buckingham, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang.


45. Made in Penang Interactive Museum

Made in Penang Interactive Museum
Sumber: Made in Penang

Antara tarikan moden yang baru sahaja di buka di penang adalah Made in Penang Interactive Museum.Tempat ini dibahagkan kepada 5 tarikan yang popluar iaitu Wall Painting, Handmade Jetty Water Front, Interactive 3D Trick Art, Interactive Kiosks dan Coffee time. Tempat ini berjaya mempamerkan sejarah pulau ini dengan cara yang moden dan interaktif.

Bayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-Kanak RM15

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 6.30 pm)

Lokasi: Pengkalan Weld, George Town, George Town, 10300 Pulau Pinang.


44. Feri Pulau Pinang

Feri Pulau Penang
Sumber: Nor Azri Black

Selain daripada menaiki jambatan untuk merentas laut untuk ke pulau ini, anda juga boleh menaiki feri. Feri Pulau Pinang ini merupakan perkhidmatan yang paling lama beroperasi di negara kita. Ferry yang mula membawa penumpang pada tahun 1920 ini berkhidmat dari terminal Sultan Abdul Halim di Butterworth ke terminal ferry Raja Tun Uda di George Town Penang.

Bayaran: Dewasa RM1.20 | Kanak-Kanak (5 – 12 Tahun) RM0.60

Waktu Operasi:

Feri Pertama Butterworth – Georgetown: 5.20 am

Fer Terakhir Ke Penang: 12.10 am

Feri Pertama Penang – Butterworth: 5.40 am

Feri Terakhir Ke Butterworth: 12.40 am

Lokasi: Pengkalan Weld, George Town, 10300 Pulau Pinang.


43. Penang 3D Trick Art Museum

Penang 3D Art Muzium
Sumber: Penang Trick Art

Mungkin anda sudah melihat gambar 3D Trick Art Musem Pulau Pinang ini di kongsi di media sosial. Didalam rumah 3D ini anda dapat melihat berbagai lukisan yang dapat mengelirukan mata yang memandan. Sesiapa yang suka bergambar pastikan anda singgah ke rumah ini.

Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-Kanak RM10

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)

Lokasi: 10 Lebuh Penang, Georgetown, 10200 Pulau Pinang.


42. Taman Rama-Rama Penang

Taman Rama-Rama Penang
Sumber: Entopia

Taman Rama-rama Pulau Pinang ini telah lama menjadi destinasi sasaran pelancong yang datang melawat pulau tersebut. Pada tahun 2016, taman ini telah dinaiktarafakan, menjadikan ia lebih moden dan luas. Disini anda melihat pelbagai jenis rama-rama yang berterbangan secara bebas sambil bersiar di taman yang dihias bunga berbagai warna. Tarikan yang mesra kanak-kanak sesuai untuk seisi keluarga bersantai sambil memupuk sikap cinta alam semulajadi.

Bayaran Masuk: Dewasa RM40.50 | Kanak-Kanak  Warga Emas RM22.50

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)

Lokasi: No 830, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang


41. Adventure Zone

Adventure Zone
Sumber: Adventure Zone

Adventure Zone merupakan tempat hiburan keluarga yang terletak didalam bangunan Shangri-la Rasa Sayang Resort Spa. Kawasan permainan modular ini berhawa dingin dan mempunyai tiga jenis gelongsor yang berbeza dan banyak permainan yang menguji kebolehan anak anda mengatasi rintangan. Selain daripada itu, di sini terdapat tempat makan, toddle zone, kids club dan banyak kemudahan yang lain.

Bayaran Masuk: Kanak-Kanak RM35

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10:00am-7:00pm)

Lokasi: Golden Sands Resort, Jalan Batu Ferringhi, Kampung Tanjung Huma, George Town, 11100 Pulau Pinang.


40. Muzium Kamera

Muzium Camera Pulau Pinang
Sumber: The Camera Museum

Boleh dikatakan setiap orang suka bergambar, apatah lagi orang yang bercuti, tapi tahukah anda sejarah disebalik kamera?. Kamera juga berubah mengikut zaman dan di Muzium Kamera Pulau Pinang anda berpeluang untuk melihat jauh mana beza kamera zaman dulu dengan sekarang. Jangan lupa bawa kamera!

Bayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-Kanak RM15 | Warga Emas RM15

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30am – 6.30pm)

Lokasi: 49, Jalan Muntri, George Town, 10200 Pulau Pinang.


39. Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut

Pusat Konservasi Penyu Penang
Sumber: Pacific West Malaysia

Pusat konservasi Penyu atau lebih dikenali dengan nama Penang Turtle Sanctuary ini terletak di Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang dan dimulakan dengan tujuan untuk memelihara penyu supaya tidak lupus dari muka bumi. Pantai Kerachut ini adalah salah satu tempat dimana penyu Agar datang bertelur.

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10:00am – 4.30pm)

Lokasi: Pantai Kerachut, Teluk Bahang, Tanjung Bungah, Pulau Pinang


38. Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Pulau Pinang
Sumber: Sobri Yaacob

Taman Negara Pulau Pinang adalah taman Negara yang paling kecil di Negara ini dan ia diberi nama hutan simpan Aceh oleh penduduk tempatan. Kalau anda kaki mengembara dalam hutan pastikan anda melawat tempat ini. Kerana ia terletak berhampiran dengan pantai Kerachut, ia juga sebuah tempat popular untuk memancing.

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-Kanak RM3

Lokasi: Pejabat Taman Negara P. Pinang, Jalan Hassan Abbas, Balik Pulau, 11050 Pulau Pinang.


37. Penang Time Tunnel

Penang Time Tunnel
Sumber: Penang Time Tunnel

Penang Time Tunnel Muzium ini memberi anda peluang melihat setiap fasa penting dalam pembangunan negeri penang dan bagaimana ini telah berubah mengikut zaman. Selain daripada itu anda juga dapat belajar sedikit tentang zaman penjajahan tentera jepun dan bagaimana pulau ini dibom kapal perang mereka.

Bayaran Masuk: Dewasa RM16 | Kanak- Kanak RM8

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.15 am – 7.00 pm) | Sabtu, Ahad Cuti Umum (9.15 am – 7.30 pm)

Lokasi: 39, Jalan Green Hall, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang.


36. Amazing World Studio

Amazing World Studios Penang
Sumber: Amazing World Studio

Lagi satu studio foto inetraktive di penang yang mempamerkan lukisan 3d menarik adalah Amazing World Studio. Jika anda gemar menangkap gambar dan mencari satu tarikan mesra kanak-kanak, tempat ini sesuai untuk anda.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.30 pm)

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am-6.00pm)

Lokasi: 4 Weld Quay, George Town, 10300 Pulau Pinang.


35. Taman Burung Penang

Taman Burung Pualu Pinang
Sumber: Vynni Sylvanas

Taman Burung Pulau Pinang merupakan Taman Burung yang pertama dan terbesar dibuka di negara kita. Kawasan sebesar 5 ekar ini menjadi rumah kepada 300 spesis burung yang berlainan.

Burung di sini terbang bebas kerana tempat ini tertutup dengan jaring yang besar. Tempat ini direka untuk menyerupai habitat semulajadi burung-burung tersebut. Terdapat air terjun buatan manusia dan kolam yang luas dimana anda dapat melihat burung pelican dan flamingo.

Selain daripada burung anda juga berpeluang untuk melihat haiwan liar seperti sang kancil, ikan arapaima gergasi, ular sawa, buaya dan kura-kura.

Bayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-Kanak RM15 | OKU Percuma

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 7.00 pm)

Lokasi: Jalan Todak, Perai, 13700 Pulau Pinang.


34. Padang Kota Lama

Padang Kota Lama
Sumber: Virgin Mojito

Padang Kota lama merupakan padang yang dibina oleh kerajaan British untuk tempat berkumpul dan berarak. Terletak dalam kawasan the Espelande, Padang Kota Lama tempat terawal di tubuhkan di George Town. Kerana ia berhampiran dengan laut anda dapat merasa tiupan angin laut yang nyaman sambil berjalan di padang ini.

Lokasi: Padang Kota Lama, George Town, 10450 Pulau Pinang.


33. Kilang Batik Penang

Kilang Batik Penang
Sumber: Vander Goods

Dibuka pada tahun 1973 di Teluk Bahang, Kilang Batik Penang sudah lama menghasilkan pelbagai jenis produk batik yang menarik. Free tour disediakan setiap hari di kilang ini dimana anda dapat melihat bagaimana batik dihasilkan. Disini juga terdapat kedai dimana anda boleh membeli produk batik yang beraneka jenis. Jika anda mahu mereka batik anda sendiri anda boleh menyertai bengkel batik yang diadakan khas buat pelawat yang berminat.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.30pm)

Lokasi: Mk2, 651, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.


32. Masjid Terapung Tanjung Bungah

Masjid Terapung Tanjung Bungah
Sumber: Faazawaanz

Masjid Terapung Tanjung Bungah  ini merupakan masjid terapung yang pertama di bina di negara kita. Kerana masjid ini terletak di pertenghan diantara Georgetown dan Batu Ferringhi, ia menjadi tempat bagus untuk anda singgah sebentar untuk beribadat sambil merehatkan diri.

Lokasi: Jalan Batu Ferringhi, Taman Tanjung Bunga, Tanjung Bungah, 11200 Pulau Penang.


31. Little India

Little India Pulau Pinang
Sumber: Cherry Chenli

Anda boleh menjumpai Little India Penang di Queen Street, George Town. Semasa berjalan di sini anda seolah-olah berjalan di Delhi ataupun Chennai, memang suata pengalaman yang unik. Di sini juga terdapat banyak kedai yang menjual kain dan baju dengan harga yang berpatutan.

Lokasi: Lebuh Pasar, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang


Baca: 42 Destinasi Menarik Di Langkawi Untuk Percutian Pulau Istimewa

30. Pasar Malam Batu Ferringhi

Pasar Malam Batu Ferringhi
Sumber: RSE Homestay

Jika anda berada di Batu Ferringhi, pastikan anda luangkan masa pada waktu malam untuk melawat Pasar Malam Batu Ferringhi. Pasar ini dibuka setiap hari dari petang hingga ke lewat malam dan di sini anda dapat membeli cendera mata atau menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan yang dijual di situ.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (7:00pm -12:00am)

Lokasi: Jalan Batu Ferringhi, Ayer Itam, 11100 Pulau Pinang.


29. Taman Botani Penang

Taman Botani Penang
Sumber: Chiew Hwa Seng

Taman Botani Penang ini mempunyai keluasan 29 hektar dan amat sesuai untuk bersantai atau berpiknik bersama kerluarga. Taman ini terletak di jalan kebun bunga daerah Pantai Barat. Ramai penduduk tempatan datang sini untuk bersenam.

Tambahan pula, ia juga merupakan sebuah institusi botani penting di Malaysia. Antara tumbuhan unik yang dapat dilihat disini adalah teratai amazon, dan pokok berusia 100 tahun. Tahukah anda nama pulau pinang mengambil inspirasi dari pokok Palem Pinang? Tidak kurang menarik haiwan yang berkeliaran di sini seperti kera dan monyet .

Waktu Operasi: Isin – Ahad (5:00am – 10:00pm)

Lokasi: 673A, Jalan Kebun Bunga, Pulau Tikus, George Town, 10350 Pulau Pinang.


28. Bukit Bendera

Bukit Bendera
Sumber: KP Song

Antara destinasi paling ikonik di Pulau Pinang yang harus anda lawati jika diizinkan adalah Bukit Bendera. Ia merupakan stesyen bukit british yang tertua di Asia Tenggara dan diatas terdapat 52 lot bungalow yang dibina 100 tahun dahulu.

Untuk ke puncak anda tidak perlu berjalan kerana anda boleh menaiki funicular train service. Banyak aktivit menarik menanti anda di puncak nanti seperti melihat pemandangan Pulau Pinang yang mengkagumkan di Skydeck, melihat gelagat lucu burung hantu di owl museum dan bermacam-macam lagi.

Lokasi: 422, Jalan Bukit Bendera, Ayer Itam, 11500 Pulau Pinang.


27. Fort Cornwallis

Fort Cornwallis
Sumber: Shankar S / CC BY 2.0

Jika anda masih ingat kelas sejarah zaman sekolah dahulu anda mesti tahu bahawa Fort Cornwallis ini merupakan tempat pertama Sir Francis Light menjejak kakinya ke bumi Malaysia pada 1876.

Banyak dari infrastucktur asalnya masih berdiri kukuh dan anda berpeluang untuk melihat beberapa bangunan bersejarah yang pada zaman itu memainkan peranan seperti sebagai tempat menyimpan senjata dan kelengkapan perang.

Bayaran Masuk: Dewasa RM10 | Kanak-Kanak RM5

Waktu Operasi: 9.00 am – 10.00 pm


26. Gurney Drive

Gurney Drive
Sumber: Sevena Networks

Jika anda mencari tempat makan paling menarik di Pulau Pinang jangan lupa singgah ke Gurney Drive. Tempat ini menjadi meriah pada waktu malam dengan setiap warung menyediakan hidangan yang berbeza anda tidak kurang pilihan makanan untuk dipilih.

Kerana laut hanya beberapa minit sahaja dari tempat ini jika anda pilih untuk kesana pada waktu malam anda boleh makan dalam keadaan rileks sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman. Disebabkan populariti Gurney Drive ini semakin meningkat, terdapat banyak apartment dan hotel baru didirikan di sini dan tempat ini telah menjadikan kawasan perdaganan kedua paling sibuk di pulau tersebut.

Lokasi: Gurney Dr, George Town, 10250 Pulau Pinang.


25. Pulau Jerejak

Pulau-Jerejak-Penang-Image
Sumber: Penang Kini

Pulau Jerejak adalah sebuah pulau yang bukan sahaja kaya dengan tarikan flora dan fauna yang mendamaikan jiwa kerana ia juga menyimpan banyak sejarah yang menarik untuk diketahui.

Untuk pengetahuan anda, suatu ketika dahulu, Pulau Jerejak pernah dijadikan sebagai tempat   pesakit-pesakit berjangkit ditempatkan iaitu dari tahun 1871 hinggalah 1969. Dan daripada tahun 1948 hingga 1993 pula, Pulau Jerejak  digunakan sebagai lokasi untuk pembuangan banduan. Pulau ini juga dipercayai pernah digunakan oleh pihak Jerman sebagai markas kapal selam ketika peperangan dunia kedua. Banyak sekali ‘memori’ yang disimpan pulau ini.

Bermula daripada tahun 2000, pulau ini telah dibangunkan sebagai pusat eko-pelancongan yang menarik untuk diterokai.

Alamat: Pulau Jerejak


24. Penang Avatar Secret Garden

Penang-Avatar-Secret-Garden-Image
Sumber: Thipparat Chompoonak

Bawalah keluarga anda menikmati pengalaman penuh magikal di Penang Avatar Secret Garden! Di sini anda sekeluarga akan tenggelam di dalam dunia ‘avatar’ di mana pokok-pokok di sekitar diterangi dengan cahaya yang penuh warna-warni yang sangat memukau pandangan. Betapa memukaunya ‘dunia’ di sekitar sampaikan mustahil untuk anda  berhenti bergambar di mana sahaja anda menapak. Nak tahu lagi sebab kenapa anda wajib ke sini? Di samping dapat merasai dunia yang berbeza, kemasukan ke dalam Secret Garden ini juga adalah percuma.

Walaupun boleh juga dilawati di siang hari, tapi pada waktu malamlah keidahannya akan mula terpancar.

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang


23. Ghost Museum

Ghost-Museum-Penang-Image
Sumber: SantaiSini.Asia

Anda jenis yang suka menakutkan diri sendiri? Jom ke Ghost Museum yang terletak di George Town ni! Di dalam muzium ni terdapat banyak bilik-bilik yang telah dijadikan lokasi ‘berhantu’  dengan patung-patung yang nampak sangat real dan dipenuhi dengan darah.

Jangan lupa juga untuk bergambar sewaktu berjumpa dengan hantu-hantu yang terdapat di sini, boleh meremang bulu roma kalau dilihat sekali lagi.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 7.00 pm)

Alamat: 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang


22. Jurassic Research Centre

Jurassic Research Centre Penang
Sumber: Adeline Ong

Ingin merasai macam mana keadaannya ketika zaman dinosaur dulu? Anda boleh melawat Jurassic Research Centre bersama dengan keluarga. Di sini terdapat lebih daripada 200 dinosaur yang ‘dihidupkan kembali’ dengan menggunakan teknologi animatronik. Anda sekeluarga dapat menikmati kehidupan di dalam zaman dinosaur sambil melakukan pelbagai aktiviti interaktif menarik yang ditawarkan.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.00 am – 8.00 pm) | Sabtu Ahad (11.00 am – 9.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM48 | Kanak-Kanak, OKU Warga Emas RM38

Alamat: THE TOP Penang 1, Jalan Penang, 10000 George Town Penang


21. Pasar Chowrasta @ Chowrasta Bazaar

Pasar Chowrasta Penang Image
Sumber: Bernama Radio

Pasar Chowrasta @ Chowrasta Bazaar adalah salah satu daripada 2 pasar komuniti yang terletak di George Town.  Macam mana boleh dapat nama Chowrasta ni? Perkataan Chowrasta sebenarnya berasal dari bahasa Hindi ‘chauk raasta’ yang membawa maksud ‘dataran,’ perkataan ‘chowk’ seringkali digunakan untuk pasar-pasar di negara India.

Apa yang ada dekat pasar ni? Antara yang boleh anda sekeluarga shopping di sini adalah seperti minyak urut, pakaian, dodol, belacan dan macam-macam lagi, termasuklah kedai-kedai buku terpakai.

Waktu Operasi: Setiap Hari (6.30 am – 6.00 pm)

Alamat: Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang


20. Taman Rimba Teluk Bahang

Taman Rimba Teluk Bahang
Sumber: Last Friday, Saturday, Sunday of the Month

Sudah puas berlanggar bahu dengan orang ramai, apa kata sekiranya anda sekeluarga menenangkan fikiran dengan melawat Taman Rimba Teluk Bahang. Taman Rimba ini merupakan sebahagian daripada Taman Rekreasi Teluk Bahang yang berkeluasan 873 hektar secara keseluruhannya. Taman Rimba yang berkeluasan 32 hektar ini ditubuhkan pada tahun 1974 untuk dijadikan lokasi bagi orang ramai mendekati flora dan faunanya.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah meredah hutan melalui laluan yang telah dipetakan, bermandi-manda di dalam kolam-kolam di dalam hutan, berkelah  di kawasan yang disediakan, ataupun berkhemah untuk menikmati kesegaran udara hutan sepuas hati.

Untuk menuju ke Taman Rimba Teluk Bahang, hanyalah 15 minit atau 2.2 km daripada roundabout Teluk Bahang.

Alamat: Lorong Rimba, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang


19. The Habitat, Bukit Bendera

The Habitat Bukit Bendera Penang
Sumber: The Habitat Penang Hill

The Habitat yang terletak di Bukit Bendera adalah lokasi di mana anda dapat tenggelam di dalam keindahan flora hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun. Penerokaan anda bermula dari lantai hutan melalui Natural Trail untuk mendekati pelbagai tumbuhan, reptilia, mamalia dan banyak lagi yang terdapat di dalam rimba ini.

Setelah itu, anda boleh berjalan melalui Langur Way Canopy Walk yang menawarkan pemandangan sehingga ke kawasan lembah hutan dan kebiruan lautan Andaman. Sekiranya  Langur Way Canopy Walk masih tidak dapat memuaskan pandangan mata anda di sekitar hutan ni, anda boleh berjalan melalui Curtis Crest Treetop Walk yang terletak pada ketinggian 13 meter dari tanah yang merupakan platform tertinggi di sini. Anda dapat menikmati pemandangan 360 darjah di sekitar Penang dan ini termasuklah sekitar George Town.

Untuk pengetahuan anda juga, di The Habitat terdapat beberapa buah taman bunga yang bertema seperti Fragrant Garden, Ginger Garden, Fern Garden, Butterfly Bank dan Palm Grove. Anda boleh memuaskan semua deria sentuh, rasa, hidu dan pendengaran sewaktu berada di sini.

Waktu Operasi: Dibuka Setiap Hari Termasuk Hujung Minggu Dan Cuti Umum

Standard Walk: 9.00 am – 5.30 pm (Keluar Sebelum 7.00 pm)

Sunset Night Walk: Selepas 5.30 pm (Kemasukan Terakhir Pada Pukul 7.00 pm (Keluar Pada/Sebelum 8.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM47.15 | Kanak-Kanak Warga Emas RM28.30

Alamat: The Habitat Penang Hill, Bukit Bendera, 11300 Penang


18. Audi Dream Farm

Audi Dream Farm Penang Image
Sumber: Breastfeeding Friendly Places in Penang

Terletak di Sungai Rusa, Balik Pulau, Audi Dream Farm adalah sebuah kebun di mana anda sekeluarga dapat melihat penanaman pelbagai jenis sayur-sayuran dan pokok bunga yang ditanam secara semula jadi. Antara tanaman yang terdapat di sini adalah petola, pokok betik, bunga matahari dan banyak lagi.

Sambil melihat kehijauan di kawasan sekitar, anda sekeluarga boleh juga melihat pelbagai jenis burung yang diletakkan di dalam sangkar.  Anak-anak pasti seronok dapat melihat kerenah burung-burung yang ada.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 6.00 pm)

Alamat: Audi dreamfarm 145, MK B, Sg.Rusa, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang


17. PG Gold Museum

PG Gold Museum Penang Image
Sumber: PG Gold Museum

Teringin melihat di depan mata tongkol emas yang bernilai ratusan ribu ringgit? Anda boleh melawat PG Gold Museum! Inilah satu-satunya muzium emas yang terdapat di negara Malaysia dan juga di Asia Tenggara.

Di muzium ini anda bukan sekadar boleh melihat pameran, tapi juga dapat melihat  demonstrasi tentang bagaimana emas dan perak diproses dibentuk menjadi bongkah.

Tidak cukup dengan demonstrasi yang menarik ini, para pelawat juga boleh mencuba pelbagai aktiviti interaktif yang ditawarkan seperti mencari emas dan bergambar dengan mural-mural yang ada.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)

Alamat: 95 Bishop Street,10200 George Town, Penang


16. Batik Painting Museum

Batik Painting Museum Image
Sumber: Penang Global Tourism

Batik Painting Museum adalah sebuah muzium yang terletak di Armenian Street di George Town. Muzium ini terletak di dalam sebuah rumah kedai tiga tingkat yang memiliki seni bina gaya unik selat. Di dalamnya dipamerkan pelbagai karya seni menarik daripada pereka yang memiliki kepakaran dalam teknik seni batik. Di dalamnya terdapat dalam sekitar 70 karya batik untuk anda amati kehalusan seninya.

Salah satu karya batik yang terdapat di sini adalah daripada hasil tangan Dato’ Chuah Thean Teng yang dinamakan Woman with Fruit Basket iaitu sebuah karya yang disiapkan pada tahun 1950.

Waktu Operasi: Setiap Hari Termasuk Cuti Umum (10.00 am – 6.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM10 | Kanak-Kanak RM5

Alamat: 19 Armenian Street, 10200 George Town, Penang


15. The Gravityz

The Gravityz Pulau Pinang Image
Sumber: The Gravityz

The Gravityz, dengar sahaja namanya terbayang bagaimana ianya berkait dengan graviti dan ketinggian. Di sinilah anda dapat menguji keberanian diri yang sebenar atau berhadapan dengan perasaan takut yang ada dalam diri.

Walaupun anda perlu melalui saat-saat yang penuh dengan debaran, dalam waktu yang sama pemandangan yang mengujakan dapat dinikmati. Kalau anda nak tahu, The Gravityz merupakan salah satu daripada lokasi untuk aktiviti altitud tinggi yang terbaik di Asia. Terdapat 6 buah cabaran  yang ditawarkan di sini iaitu Confidence Path, High Bench, A Great Bridge, X-Point, Z-wire dan G-Rocky.

Bayaran Masuk: Dari RM90

Alamat: 65th floor THETOP@KOMTAR, 1, Jalan Penang, 10000 George Town Penang


14. Suffolk House

Suffolk House Penang Image
Sumber: Teongei The

Ingin merasai pengalaman berada di masa lampau? Tak perlu bersusah-payah mencari mesin merentas masa, anda sekeluarga boleh membuka langkah kaki untuk ke Suffolk House. Suffolk House adalah sebuah rumah agam dengan gaya lama Inggeris ataupun secara spesifiknya era Gerorgian pada sekitar awal 1800-an.

Rumah yang pada awalnya merupakan rumah penginapan pegawai British ini telah menerima Awards for Cultural Heritage Conservation pada tahun 2008. Setiap pelusuk rumah ini terjaga dengan baik dan dipenuhi dengan perabot-perabot yang berciri antik Anglo-Indian.

Setelah puas mencuci mata melihat keindahan segenap inci rumah lama ini, anda boleh menghilangkan lapar dan dahaga dengan menikmati makanan yang disediakan di restoran yang terletak di rumah agam yang telah pun berusia 200 tahun ini.

Waktu Operasi Rumah: 11.00 am – 11.00 pm

Alamat: 250, Jalan Air Hitam Georgetown 10460 Pulau Pinang


13. Wonderfood Museum

Wonderfood Museum Penang Image
Sumber: Joyee Ng

Wonderfood Museum adalah sebuah tarikan yang unik di Penang ni. Macam mana muzium makanan boleh unik pula kan? Sebagai ‘wonder’ food museum, sudah semestinya ada keistimewaan pamerannya.

Terletak di dalam bangunan berekabentuk kolonial 1940-an, muzium ini terbahagi kepada 3 bahagian galeri yang digelar sebagai Info Zone, Wow Zone dan Educational Zone. Di dalam seksyen pertama, dipamerkan 100 jenis street food dan makanan tradisional yang terkenal dalam kalangan komuniti Melayu, India, Cina dan Peranakan yang kesemuanya diletakkan di dalam gelas kaca. Untuk Zon Info, anda dapat melihat pameran bersaiz mini tentang bagaimana rakyat tempatan menikmati makanan di gerai-gerai di tepi jalan, gerai mamak dan macam-macam lagi.

Daripada kesemua bahagian ini, zon yang paling HOT adalah Wow Zone dimana anda dapat berposing di samping model-model makanan terkenal di Penang yang berbentuk luar biasa besar seerti cendol, char kuey teow, rojak dan lain-lain lagi!

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-Kanak RM10

Alamat: 49, Lebuh Pantai Georgetown 10300 Penang (Sebelah CIMB bank)


12. Dark Mansion – 3D Glow In The Dark Museum

Dark Mansion 3D Glow In The Dark Museum
Sumber: Kong Chih Sang

Kalau di Avatar Secret Garden anda dapat melihat cahaya lampu magikal pada pokok-pokok, dekat Dark Mansion – 3D Glow In The Dark Museum ini pula anda akan dikelilingi oleh cahaya daripada lukisan-lukisan yang berubah daripada 2D kepada ilusi optik 3D.

Antara dunia 3D Glow yang dapat anda nikmati di sini adalah tema-tema seperti misteri hutan tropika, jambatan bercahaya, berjalan di dalam laluan yang dikelilingi cahaya bintang dan banyak lagi! Jangan lupa untuk penuhkan bateri kamera anda sebelum ke sini!

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 6.30 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-Kanak Warga Emas RM15

Alamat: 45, Lebuh Kimberley, 10100 Georgetown, Penang


11. Clan Jetties Floating Village

Clan Jetties Floating Village Image
Sumber: Ramesh Raja

Clan Jetties Floating Village adalah sebuah kawasan perkampungan Cina yang terletak di atas air ataupun sebuah perkampungan terapung yang sangat menarik untuk dilihat. Di sini terdapat 6 buah kampung berbeza yang mana setiap kampung memiliki kelompok dan tokong mereka sendiri.

Untuk pengetahuan anda, rumah-rumah yang terapung di atas air ini dibina menggunakan sejenis kayu yang istimewa yang mempunyai ketahanan yang tinggi.

Sekiranya anda merancang untuk ke sini, waktu yang terbaik adalah pada awal pagi dalam sekitar pukul 7, kerana pada waktu ini anda dapat melihat bagaimana komuniti di sini memulakan hari mereka yang kebiasaannya menyediakan makanan atau pun ke tokong.

Lokasinya, hanyalah 10  minit berjalan kaki dari Komtar.

Alamat: Weld Quay, 10300 George Town, Penang


10. Teluk Duyung (Monkey Beach)

Teluk Duyung Penang Image
Sumber: Holiday Inn Resort Penang

Teluk Duyung sebenarnya amat dikenali ramai sebagai Monkey Beach kerana kehadiran monyet di sekitar kawasan ini. Walaupun memiliki memiliki kehadiran si monyet, teluk dengan pemandangan yang indah ni tetap menjadi pilihan ramai kaki camping terutamanya bagi para pendaki kerana kawasannya yang terletak di kaki bukit yang menempatkan Rumah Api Muka Head.

Untuk pengetahuan anda, Teluk Duyung (Monkey Beach) adalah sebahagian daripada Taman Negara Penang.

Alamat: Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang


9. Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge

Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge Image
Sumber: livingnomads.com

Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge ataupun nama lainnya Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah jambatan yang terpanjang di Malaysia dan juga di Asia Tenggara! Berapa kepanjangannya yang luar biasa ni? Jambatan ini memiliki kepanjangan sejauh 15 batu ataupun 24 km yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung.

Jambatan ini telah dinamakan sempena Sultan Kedah ke-28, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Alamat: Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Penang


8. Teluk Kampi

Teluk Kampi Penang Image
Sumber: Gerry Ooi

Sekiranya anda ingin menikmati ketenangan yang sebenar setelah puas menempuhi hiruk-pikuk di kawasan lain di Penang ni, anda boleh menuju ke Teluk Kampi.

Untuk menuju ke sini, tidaklah semudah tarikan alam semula jadi lain di negeri ini, kerana anda perlu menaiki bot dari jeti Teluk Bahang ataupun mendaki yang mengambil masa dalam 1 jam untuk sampai.

Anda boleh juga menggunakan laluan yang lebih panjang yang mana anda akan ditemukan dengan laluan kanopi yang akan membawa ke arah kawasan bukit yang bertentangan.

Setelah menggunakan laluan ini, anda akan ditemukan dengan laluan di penghujung pantai yang akan membawa ke arah Teluk Kampi, hati-hati, kerana  laluan ini sebenarnya agak mencabar. Jangan lupa untuk memakai pakaian yang sesuai seperti kasut yang memiliki cengkaman yang kuat.

Alamat: Teluk Kampi


7. Rumah Api Muka Head

Rumah Api Muka Head Pulau Pinang
Sumber: Francis Phuah

Jika anda memiliki jiwa yang lasak, jangan sesekali melepaskan peluang untuk ke Rumah Api Muka Head alang-alang sudah sampai ke Pulau Pinang. Kenapa kena lasak? Sebabnya, untuk menuju ke sini dari pintu masuk mengambil masa dalam sekitar 2 jam atau 4.7 km.

Apa yang menariknya tentang rumah api ini adalah kerana dari sini anda dapat menikmati panorama 360 darjah di sekitarnya. Sekiranya cuaca baik, anda dapat melihat pemandangan yang menjangkau sehingga ke Pulau Langkawi dan Sumatra, Indonesia!

Sebagai info tambahan, Rumah Api Muka Head ini dibina pada tahun 1883 dan terletak pada ketinggian 242 meter dari paras laut. Tinggi bukan? Dah sampai ke Penang nanti, jangan lupa untuk ke sini! Rugi kalau tak pergi!

Bayaran Masuk Taman Negara Pulau Pinang: Dewasa RM5 | Kanak-Kanak RM3

Alamat: Taman Negara Pulau Pinang, Jalan Hassan Abbas, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang


6. Khoo Kongsi

Khoo Kongsi Penang Image
Sumber: Beauty Harmony Life

Terletak di Jalan Acheh, Khoo Kongsi boleh dikatakan sebagai salah satu tarikan yang paling bersejarah dekat bandaraya George Town ni.

Dibina sekitar 650 tahun yang lalu, Khoo Kongsi atau nama lainnya Dragon Mountain Hall telah dibina oleh orang tukangan yang didatangkan daripada negara China. Di dalam rumah ini terdapat mural-mural yang menggambarkan tarikh-tarikh kelahiran, patung-patung dewa dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)

Alamat: 18 Cannon Square, Georgetown


5. Penang Sky Walk @ The Top (Menara Komtar)

Penang Sky Walk Image
Sumber: Travela

Ingin melihat Penang dari sudut pandangan seperti seekor burung yang terbang tinggi? Anda boleh menuju ke menara Komtar untuk ke The Top atau Penang Sky Walk yang terletak di tingkat 65 dan 68 bangunan ini. Bukan tempat menikmati pemandangan yang biasa! Sebab di sini anda dapat berasa seperti terapung di udara kerana berjalan di atas gelas kaca dari ketinggian 249 meter sekiranya berada di tingkat 68.

Kalau anda nak melihat pemandangan sambil dalam aircond pula,  adalah boleh menuju ke tingkat 65 yang juga berlantai kaca.

Apa pemandangan yang paling anda ingin lihat dari tingkat yang setinggi ini? Pemandangan Penang di waktu malam atau siang? Rancanglah masa lawatan anda berdasarkan apa yang anda ingin lihat. Jangan lupa untuk membawa kamera HD!

Waktu Operasi:

Level 65 Observatory Deck: Ahad – Khamis (11.00 am – 8.00 pm) | Jumaat -Sabtu (11.00 am – 9.00 pm) | Cuti Sekolah/ Cuti Umum (10.00 am – 10.00 pm)

Level 68 Cococabana: Ahad – Khamis (11.00 am – 10.00 pm) | Jumaat – Sabtu (11.00 am – 11.00 pm) | Cuti Sekolah/ Cuti Umum (10.00 am – 11.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM45 | Kanak-Kanak RM26

Alamat: THE TOP Penang 1, Jalan Penang, 10000 George Town, Penang


4. Penang Bridge

Penang Bridge Image
Sumber: Seasia

Tahukah anda apa jambatan kedua yang terpanjang di Malaysia? Jawapannya adalah jambatan yang dinamakan Penang Bridge/ Jambatan Pulau Pinang. Jambatan yang berkepanjangan 13.5 km ini menghubungkan Bayan Lepas dan daerah di tanah besar semenanjung, Seberang Perai. Kalau anda nak tahu, setiap tahun, Larian Jambatan Pulau Pinang diadakan di sini.

Alamat: Jambatan Pulau Pinang


3. Pulau Aman

Pulau Aman Penang Image
Sumber: peluangtercipta.blogspot.com

Ya, di Penang bukan hanya ada Pulau Pinang, tapi juga Pulau Aman yang sebenarnya masih ramai tak tahu kewujudannya. Pulau ini adalah salah satu daripada pulau kecil yang dijadikan tempat penempatan di negeri ini.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan sekiranya anda ke pulau ini adalah menikmati pemandangan dan suasana kampung yang ‘pekat’ yang kaya dengan rumah-rumah kayu dan penduduk yang rancak melakukan aktiviti perikanan, menyalai ikan, udang dan lain-lain lagi, anda juga boleh mencuba nasib memancing di pulau ini. Tarikan lain yang boleh dilihat di sini adalah Telaga Emas, melihat ternakan rusa dan kambing, menikmati makanan laut yang segar, stargazing dan banyak lagi!

Untuk menuju ke sini, anda boleh ke Jeti Batu Musang yang beroperasi setiap hari dari 8.00 pagi ke 8.00 malam. Masa yang diambil untuk sampai ke Jeti Pulau Aman dengan menaiki bot dari sini hanyalah 10 minit.

Alamat: Pulau Aman


2. Chulia Street, George Town

Chulia Street, George Town Penang Image
Sumber: I Love Penang

Chulia Street adalah lokasi di mana terletaknya banyak sekali penginapan-penginapan bajet bagi anda yang ingin meneroka Penang tanpa berbelanja besar untuk penginapan.

Bukan sahaja kaya dengan tempat penginapan, ia juga menjadi lokasi bagi banyak kafe, restoran, kafe siber, dobi, agensi pelancongan dan banyak lagi yang memberikan kemudahan kepada para pelancong.

Untuk pengetahuan anda, Chulia Street adalah salah satu daripada jalan yang tertua di George Town. Dianggarkan nama Chulia Street (atau asalnya Chulier Street) telah wujud sejak tahun 1798 lagi! Wow! Sangat klasik!

Alamat: Chulia St, Georgetown, 10450 George Town


1. Pantai Batu Ferringhi

Pantai Batu Ferringi
Sumber: Phalinn Ooi / CC BY 2.0

Kami telah memilih Pantai Batu Ferringhi sebagai destinasi terakhir untuk entri ini.  Kepada meraka yang selalu datang ke Pulau Pinang anda pasti setuju bahawa Pantai Batu Ferringgi ini merupakan pantai yang paling popular di Pulau Pinang.

Di sini anda dapat berjalan di atas pantai pasir yang luas sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman. Selain daripada itu anda juga boleh melakukan dengan aktiviti sukan air seperti jetski dan parasailing.

Lokasi: Pantai Batu Ferringhi, Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Berakhir sudah senarai tempat menarik di Pulau Pinang dan kami harap anda telah mendapat inspirasi untuk merancang percutian anda ke sana kelak. Tidak kira destinasi mana anda pilih untuk dilawati kami harap anda pulang membawa banyak kenangan manis.


Penginapan di Pulau Pinang

Sekarang anda sudah tahu tempat-tempat yang harus dilawati semasa berada di sana nanti, sampai masa pula untuk anda melihat pilihan tempat menginap pula. Tidak jauh berbeza dari jumlah tarikan, pilihan hotel juga banyak di Pulau Pinang menjadikanya agak sukar untuk memilih hotel yang akan memberikan kita kepuasan yang secukupnya semasa bercuti nanti. Di bawah kami sertakan beberapa pilihan yang memberi keselesaan maksima dengan harga yang berbaloi.

Museum Hotel

Museum Hotel Pulau Pinang Hotel - Main Image

Anda seorang yang berjiwa klasik? Tak perlu pilih tempat penginapan lain lagi, sebab Museum Hotel pasti akan memuaskan hati anda! Sebaik sampai ke lokasi hotel ini, anda pasti teruja melihat senibinanya yang tidak langsung berubah sejak zaman sebelum kemerdekaan gaya kolonialnya.

Aura klasik yang sama turut dapat dilihat sebaik melangkah masuk ke dalam ruang hotel yang dipenuhi dengan perabot-perabot dan dekorasi antik yang lain. Bilik-bilik yang ditawarkannya juga agak luas, selesa dan sunyi daripada sebarang bunyi bising untuk tidur malam yang lena.

Museum Hotel Pulau Pinang Hotel - Room Image

Dari tingkat tiga hotel ini ataupun daripada bahagian atas bumbung hotel, anda boleh mengambil udara luar sambil menenangkan fikiran.

Lokasinya, hanyalah 10 minit dari tempat makan nasi kandar yang terkenal, dan banyak lagi kedai makan masakan Nyonya dan Melayu yang lain.

Segalanya tentang hotel ini dari lokasi, dekorasi hinggalah kepada privasinya cukup memuaskan hati!

Harga: Dari RM165+ Semalaman

Alamat: No. 74 Jalan A.S.Mansor, 10050 George Town

Selanjutnya Di Booking.com


Container Hotel Penang (Backpackers)

Container Hotel Pulau Pinang - Main Image

Anda inginkan penginapan yang bajet, unik dan selesa? Jawapannya kalau di sekitar Penang ini adalah Container Hotel Penang. Anda boleh memilih sama ada untuk menginap di dalam pod individu atau bilik-bilik yang lengkap dengan penghawa dingin. Walau yang mana pun dipilih, anda pasti akan berpuas hati dengan tahap keselesaan yang ditawarkan.

Container Hotel Pulau Pinang - Room Image

Apa yang menariknya tentang penginapan ini adalah ruangan lepak atau perpustakaannnya serta penyediaan air botol yang percuma. Di samping itu, tahap keselamatannya juga sangat tip-top untuk sebuah penginapan bajet.

Lokasinya, terletak berhadapan dengan street art yang terkenal di Penang iaitu lukisan adik beradik lelaki dan perempuan di atas buaian.

Harga: Dari RM49+ Semalaman

Alamat: 4, Gat Lebuh Chulia, 10300, Georgetown, Penang

Selanjutnya Di Booking.com


Hotel Sentral Georgetown

Hotel Sentral Georgetown Pulau Pinang - Hotel Image

Hotel Sentral Georgetown adalah sebuah penginapan dalam harga bajet yang memiliki hiasan dalaman yang sangat menyejukkan pandangan mata. Mengetengahkan konsep moden kontemporari dan menggunakan lantai kayu dalam bilik-bilik yang ditawarkannya, harga permulaan untuk menginap di hotel ini ternyata cukup murah untuk kualiti yang tidak ubah seperti sebuah hotel mewah.

Hotel Sentral Georgetown Pulau Pinang - Room Image

Tidak cukup dengan keselesaan penginapan, lokasi hotel ini juga cukup strategik! Terletak hanyalah 10 minit berjalan kaki dari Komtar dan 1st Avenue Shopping Mall, hotel ini juga hanyalah 15 minit pemanduan untuk ke Gurney Drive yang kaya dengan street food.

Harga: Dari RM130+ Semalaman

Alamat: No.12, Lorong Kinta, Georgetown, 10400 George Town

Selanjutnya Di Booking.com


The Bayview Beach Resort

The Bayview Beach Resort - Main Image

Ingin bersatu dengan alam semula jadi? Anda boleh memilih untuk menginap di The Bayview Beach Resort. Dikelilingi oleh taman tropika yang menghijau, dan menghidangkan pemandangan Pantai Baru Ferringhi yang hanyalah beberapa tapak dari hotel, The Bayview Beach Resort adalah lokasinya untuk anda mendapatkan ketenangan fikiran setelah berhari-hari menempuh kesibukan hidup di kota.

The Bayview Beach Resort - Room Image

Anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan di sini seperti spa, mandian di jakuzi, pusat kecergasan, tennis court, tempat bermain bola keranjang dan banyak lagi.

Pasar Malam Batu Ferringhi yang meriah juga tersangatlah dekat dari tempat penginapan. Di sinilah anda dapat mencuba pelbagai makanan ataupun membeli-belah kraftangan dan cenderamata dari Penang.

Harga: Dari RM196+ Semalaman

Alamat: Batu Ferringhi Beach, 11100 Batu Ferringhi

Selanjutnya Di Booking.com


Holiday Inn Resort Penang

Holiday Inn Resort Pulau Pinang - Main Image

Holiday Inn Resort Penang adalah sebuah lagi tempat penginapan yang dapat memberikan anda sekeluarga nikmat percutian yang sebenar kerana lokasinya yang hanyalah 4 minit berjalan kaki dari pantai.

Dari bilik-bilik penginapan yang ditawarkan, anda sekeluarga dapat menikmati pemandangan yang mendamaikan jiwa. Setelah puas beristirahat di dalam bilik yang dihias dengan warna yang menyejukkan mata ini, anda boleh menuju ke bilik permainan hotel yang lengkap dengan  pelbagai jenis arcade games, meja snooker dan  lain-lain lagi.

Holiday Inn Resort Pulau Pinang - Room Image

Kemudahan lain yang disediakan adalah kolam renang,  spa dan banyak lagi! Kalau cuaca tak elok semasa berada di Penang ni, lepak di hotel ni pun dah rasa seronok habis!

Harga: Dari RM216+ Semalaman

Alamat: 72, Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi

Selanjutnya Di Booking.com


Chulia Heritage Hotel

Chulia Heritage Hotel Pulau Pinang Hotel Image

Ingin penginapan yang menyejukkan mata, apa kata kalau anda menginap di Chulia Heritage Hotel. Sejuk sangat ke mata kalau menginap kat sini? Memang sejuk! Sebab hampir segenap pelusuk hotel ini menggunakan warna putih! Kalau dah warnanya pun begini, tak perlulah anda risau dengan kebersihan hotel. Cukup terpancar keserian dan kebersihannya.

Chulia Heritage Hotel Pulau Pinang - Room Image

Lokasinya, terletak hanyalah 10 minit dari tempat-tempat makan yang best di Gurney Drive dan 5 minit dari Penang Museum dan Chulia Street.

Harga: Dari RM85+ Semalaman

Alamat: No. 380, Chulia Street, 10200 George Town

Selanjutnya Di Booking.com


Sebenarnya banyak lagi tempat penginapan yang terdapat di sekitar Penang ni. Kalau anda ingin menikmati penginapan yang best semasa berada di Penang sambil meneroka semua tarikan yang ditawarkannya anda boleh membuat pilihan berdasarkan daripada artikel kami yang bertajuk 27 Hotel Menarik di Penang.

Sekiranya anda menginginkan penginapan yang terletak berdekatan dengan pantai yang meriah di Penang iaitu Pantai Baru Ferringhi, anda boleh memilih mana-mana penginapan di dalam artikel kami bertajuk 21 Hotel Murah di Batu Ferringhi.

Kalau anda nak merasai segala yang ditawarkan di kawasan bandar yang terkenal di Penang, George Town tanpa perlu berbelanja lebih, anda boleh membuat pilihan penginapan berpandukan artikel kami yang bertajuk 21 Hotel Murah di Georgetown.

Untuk memudahkan anda membuat perancangan percutian bajet ke Pulau Pinang pula, kami telah menyediakan senarai 19 hotel murah di Penang yang menawarkan nilai paling bagus untuk wang. Kami harap ia dapat memberi anda sedikit gambaran tetang jenis bilik, kemudahan dan harga yang ditawarkan oleh hotel di pulau tersebut.

Banyak bukan pilihan-pilihan penginapan yang dah kami senaraikan? Jangan tak tahu, sebenarnya banyak lagi penginapan lain yang terdapat di Pulau Pinang. Anda boleh melihat pilihan yang teramatlah banyak dengan melayari booking.com.

Jangan buang masa lagi! Nasi Kandar asli Penang dah memanggil-manggil untuk anda nikmati sebaik tiba di sana nanti! Jangan lupa juga untuk membawa semua kamera yang ada di rumah ke sini! Selamat bercuti ke Penang!

Categories
Malaysia Travel Guide

28 Tempat Menarik di Cameron Highland | Percutian Dingin & Nyaman

 

Jika anda jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota, larilah sebentar ke Cameron Highland, destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan.

Tambahan pula terdapat banyak tempat menarik di Cameron Highland, menjadikan ia destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Jika anda sedang merancang percutian ke Cameron Highland, dibawah saya telah himpunkan 28 tempat yang paling menarik untuk anda lawati semasa berada disini nanti.

28. Taman Rama-Rama Kea Farm

Taman Rama-Rama Kea Farm
Sumber: Ichinohe / CC BY 2.0

Taman Rama–Rama Kea Farm adalah salah satu destinasi popular di Cameron yang bertapak di Kea Farm, Brinchang. Kalau anda ingin belajar sedikit tentang kehidupan semulajadi rama-rama atau melihat spesis rama-rama beraneka jenis.

Di taman yang tertutup ini rama-rama terbang secara bebas dan jangan terkejut jika ada yang hinggap di baju anda semasa anda berada di sana nanti.

Selain dari rama-rama anda juga dapat menyaksikan gelagat haiwan liar lain seperti ular, biawak dan serangga yang menakjubkan.

Bayaran Masuk: Dewasa RM7 | Kanak-kanak RM4

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat  (9.00 am – 6.00 pm) | Sabtu – Ahad (9.00 am – 7.00 pm)

Lokasi: Batu 43, Kea Farm, 39100, Cameron Highland


Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Cameron Highland

27. MARDI Agrotechnology Park

Mardi Agrotechnology Park
Sumber: Zaimah

Mardi Agrotechnology Park Tanah Rata merupakan salah satu tarikan utama di Cameron Highland yang berjaya menarik sebanyak 100,000 pengunjung setiap tahun dan merupakan pusat penyelidikan MARDI yang tertua di Malaysia.

Di sini terdapat 40 jenis bunga rose berlainan, 10 jenis strawberry, dan pelbagai pokok buah-buahan yang beraneka jenis.

Agrotechnology park terbahagi kepada 6 bahagian utama iaitu Rose Garden, Herb Garden, Orchid Garden, English Garden, Research Centre and kedai cenderamata.

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (8.00 am – 5.00 pm) | Selasa Tutup | Cuti Umum Cuti Sekolah (Tutup Pada Aidilfitri Aidiladha) (8.00 am – 5.00pm)

Lokasi:  JKR266, Jln Persiaran Endah, Tanah Rata, 39000, Cameron Highlands.


26. Muzium Time Tunnel

Muzium Time Tunnel
Sumber: Ipohworld.com

Muzium ini dibuka oleh seorang penduduk tempatan bernama See Kok Shan dan merupakan koleksi peribadinya. Di dalam terdapat sebenyak 1740 barang bersejarah yang dipameran.

Muzium Time Tunnel ini dijadikan tempat menyimpan memori dan sejarah Cameron Highland dari zaman perintahan British hinggalah ke zaman sekarang. Antara pameran yang menarik di sini adalah barang ketinggalan kerajaan British, baju kaum peranakan, dapur antik yang penuh dengan hiasan lama, barang koleksi antik seperti kotak rokok dan tin minuman lama.

Muzium ini boleh di jumpai di Brinchang dan ia berkonsi tempat dengan Kok lim Strawberry Farm.

Bayaran Masuk: Dewasa RM6 | Kanak-kanak RM4

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)

Lokasi: UT/MR/F-255, Jalan Sungai Burong, Brinchang, 39100 Cameron Highlands.


25. 5D Art Muzium

5D Muzium Cameron Highland
Sumber: Cameron Square

Baru-baru ini terdapat sebuah kompleks membeli belah baru sahaja dibuka bernama Cameron Square. Apabila dibandingkan dengan shopping kompleks yang lain ia unik sedikit kerana didalam bangunan ini terkandung sebuah muzium yang luar biasa.

5D Art Muzium ini terletak di tingkat 2,  dan ia merupakan pameran lukisan 5D beraneka tema. Jika anda seorang peminat setia selfie pastikan anda datang ke sini untuk bergambar sebentar.

Bayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-kanak RM20

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 6.00 pm)

Lokasi: The Square, Jalan Aranda Nova, Greencow, Brinchang, 39100 Cameron Highland


24. Cactus Valley

Cactus Valley Cameron Highland
Sumber: Subuttra Farm

Bukan selalu kita dapat melihat sebuah taman penuh dengan pokok kaktus betul? tapi di Cactus Valley anda dapat berjalan di taman yang dihias penuh dengan beraneka jenis pokok kaktus.

Jika anda berada di pekan Brinchang anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk sampai ke Cactus Valley. Selain daripada melihat pokok kaktus, jika anda berminat, anda juga boleh membeli satu pokok kaktus untuk dibawa pulang sebagai kenangan.

Bayaran Masuk: Dewasa RM4 | Kanak-kanak RM2

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 6.00pm)

Lokasi: Cactus Valley, Pekan lama, Brinchang, 39100, Cameron Highlands.


23. Lata Iskandar

Lata Iskandar
Sumber: Yasmine Aliza

Dalam perjalanan ke Cameron Highland, 25 kilometer sebelum sampai ke pekan Ringlet, terdapat sebuah air terjun bernama Lata Iskandar.

Air terjun ini mempunyai ketinggian 25 meter dan amat sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk menyejukkan badan pada hari yang panas.

Pada hari cuti sekolah atau hujung minggu tempat ini dibanjiri dengan pelancong yang datang untuk menikmati keindahan air terjun tersebut.


22. Pasar Malam Pekan Brinchang

Pasar Malam Pekan Brinchang
Sumber: OhMyMedia

Pasar Malam Pekan Brinchang merupakan pasar malam paling popular di Cameron Highland dan ia teretak tidak jauh dari kawasan Kea Farm.

Apa yang membezakan Pasar Malam ini dari pasar malam yang lain dinegara ini adalah di sini anda dapat membeli hasil keluaran penduduk tempatan Cameron Highland seperti teh, sayur dan buah-buahan segar.

Tambahan pula, terdapat banyak gerai yang menjual beraneka jenis makanan yang pasti dapat memikat selera anda.

Waktu Operasi: Jumaat – Sabtu (6.00pm – 11.00pm)

Lokasi: Pekan Brinchang, 39100, Cameron Highland


21. Lavender Garden

Kebun Pokok Lavendar
Sumber: Mei Li

Lavender Garden merupakan salah satu tarikan baru di Cameron Highland dan sesuai dengan namanya, ia adalah Kebun Bunga Lavendar yang pertama dibuka kepada khalayak ramai.

Walaupun kawasanya tidak besar apabila dibandingkan dengan tarikan lain di Cameron Highland, tetapi ia sungguh berbaloi untuk mereka yang suka bergambar.

Selain daripada melihat bunga anda juga bepeluang untuk menikmati Ice Cream perisa lavender.

Bayaran Masuk: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM7

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00am – 6.00am) | Jumaat – Ahad (9.00am – 7.00pm)

Lokasi: Cameron Lavender Garden, Tringkap, 39100 Cameron Highlands.


20. Fragrance Nursery

Fragrance Nursery Cameron Highland
Sumber: Azlan Syazani

Fragrance Nursery merupakan destinasi yang sesuai untuk penggemar bunga sejati. Mereka sudah lama menjadi bembekal tumbuhan pasu terkenal di Cameron Highland yang telah beroperasi selama 25 tahun.

Antara bunga yang dipamerkan disini adalah Lavender, Rosemary, Orkid, Ros, Kekwa dan 100 jenis tumbuhan flora yang lain. Baru-baru ini mereka juga telah mula menanam anggur.

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 6.00pm)

Lokasi: Batu 41, Jalan Kea Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highlands.


19. Air Terjun Robinson

Air Terjun Robinson
Sumber: Servus / CC BY 2.0

Jika anda lebih cenderung kepada aktiviti luaran dan ingin melihat keindahan alam yang ditawarkan oleh Cameron Highland singgah sebentar di air terjun Robinson.

Air Terjun Robinson merupakan satu daripada tiga air terjun popular di Cameron Highland. Untuk ke air terjun ini anda perlu berjalan sebentar di dalam hutan, bagus jika anda penggemar aktiviti jungle trekking.

Lokasi: Tanah Rata, 39000 Cameron Highland.


18. Rose Centre

Rose Centre Cameron
Sumber: Wen Chee

Rose Centre Kea Farm terletak 3.5km dari pekan Brinchang. Tempat ini dihias dengan bunga ros yang beraneka jenis. Selain daripada bunga ros, pengunjung juga dapat membeli bunga pasu dan pokok kaktus.

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 6.00am)

Lokasi: Rose Centre, Brinchang, 39000 Cameron Highland


17. Mossy Forest

Mossy Forest
Sumber: Andy Enero / CC BY 2.0

Mossy Forest merupakan destinasi khas buat mereka yang datang untuk menikmati kecantikan alam semulajadi yang ditawarkan oleh Cameron Highland.

Mossy Forest unik apabila dibezakan dengan hutan lain kerana ia terletak di kawasan yang tinggi. Gabungan udara yang sejuk dan lembab, menjadikan atmosfera di dalam hutan sesuai untuk tumbuhan seperti fern, moss, lichen dan bunga orkid.

Kalau anda bertuah anda juga dapat melihat haiwan liar seperti ular, burung dan katak. Daripada Mossy Forest ini anda juga boleh meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Brinchang jika anda berani.

Lokasi: Mossy Forest, Brinchang, 39000 Cameron Highland


16. Ladang Lebah Ee Feng Gu

Ladang Lebah Ee Feng Gu
Sumber: Ee Feng Gu Apiary

Ladang Lebah Eu Feng Gu boleh dijumpai 3.5km dari pekan Brinchang berhampiran dengan Equatorial Resort. Di sini anda dapat belajar sedikit sebanyak tentang proses menghasilkan madu dan cara betul menjaga lebah.

Selain daripada itu disini juga terdapat galeri membeli-belah yang besar dan tempat permainan kanak-kanak, muzium mini dan café.

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 7.00pm)

Lokasi: 75, Batu 43, Green Cow, Kea Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highlands


15. Observation Tower

Observation Tower
Sumber: Strawberry Park Resort

Jika anda merancang untuk ke Mossy Forest dan berniat untuk meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Brinchang jangan lepaskan peluang untuk melihat pemandangan dari atas Observation Tower.

Di puncak nanti anda berada 2032 meter dari paras laut dan dari sini anda dikelilingi pemandangan menakjubkan yang terbentang luas dihadapan mata.

Lokasi: Gunung Brinchang, Cameron Highlands


14. Air Terjun Parit

Air Terjun Parit
Sumber: YK Chia

Air Terjun Parit ini tersembunyi didalam taman rekreasi Kampung Sedia tidak jauh jika anda berjalan kaki dari tanah rata 800 meter dari Hotel Pines Century.

Selain daripada bermandi di air terjun pelawat juga dapat menikmati keindahan hutan hijau yang mengelilingi air terjun tersebut. Terdapat jalan-jalan kecil jika anda minat jungle trekking.

Jika anda merancang untuk memandu kesini anda boleh parking di tempat letak kereta percuma yang disediakan. Di sini juga terdapat kelengkapan lain seperti tempat permainan kanak-kanak dan tandas.

Lokasi:  Tanah Rata, Cameron Highland, 39000


13. Gunung Irau

Gunung Irau
Sumber: Suhaila Shila

Gunung Irau adalah gunung yang tertinggi di Cameron Highland dan puncaknya terletak 2110 meter diatas paras laut. Jika anda mencari tempat menarik untuk mendaki gunung semasa berada di Cameron Highland mungkin Gunung Irau jawapannya.


12. Big Red Strawberry Farm

Big Red Strawberry Farm
Sumber: Linus Mak / CC BY 2.0

Mengidam makan Strawberry segar baru sahaja dipetik? di Big Red Strawberry Farm anda dapat merasa nikmat makan Strawberry segar.

Kebanyakkan stawberry yang dijumpai di Malaysia datang dari Cameron Highland dan di sini anda dapat melihat bagaimana process menjaga pokok strawberry. Dengan bayaran yang kecil anda juga dapat memetik strawberry anda sendiri.

Selain dari strawberry, di sini juga terdapat Café, kedai cenderamata dan kedai sayur organik segar.

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.30am – 6.00pm)

Lokasi: Big Red Strawberry Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highland.


11. Cameron Adventurous

Cameron Adventurous Cameron Highlands
Sumber: Cameron Adventurous

Cameron Highlands bukan sekadar tempat untuk memetik buah strawberi dan makan sayur-sayuran yang ditanam segar di sini, tapi juga boleh dijadikan tempat untuk anda melakukan aktiviti lasak!

Aktiviti lasaknya pun sesuai untuk sesiapa sahaja. Namun begitu, untuk aktiviti ATV, hanya mereka yang berumur lebih daripada 16 tahun. Manakala untuk aktiviti Safari 4×4 pula boleh disertai sesiapa sahaja.

Terletak di ladang teh Cameron, Kuala Terla, dan hanyalah 22 km dari Tanah Rata, dengan menyertai Cameron Adventurous, anda sekeluarga dapat menghirup udara segar Cameron dan pemandangan sekitar ladang dengan cara yang pasti menyeronokkan.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)

Bayaran: 4×4 Safari RM10 | ATV Safari RM50 | Extreme ATV RM65

Alamat: Cameron Valley, Kuala Terla, 39000 Cameron Highlands


10. Avant Chocolate Cameron Highlands

Avant Chocolate Factory Cameron Highlands
Sumber: Avant Chocolate Cameron Highland

Suka makan yang manis-manis? Ini adalah syurga untuk deria rasa anda. Dengar namanya, Avant Chocolate, mesti anda ingat ianya hanyalah sebuah kafe kan?

Sebenarnya Avant Chocolate ini menawarkan 2 tarikan yang best, iaitu seperti yang disangka tempat menjamu selera Strawberry Moment Dessert Cafe dan tempat menikmati pemandangan yang mengujakan, Green Garden View.

Sebaik sampai di sini, anda boleh menikmati pemandangan alam flora di sekitar yang termasuklah tanaman buah strawberi sambil menarik nafas segar udara yang bersih. Tarikan lain yang ada di sini adalah laluan Make A Wish dan House of Lavender. Ini pasti menjadi satu kerinduan sebaik pulang ke kota nanti.

Setelah puas menyegarkan mata, anda boleh menuju ke kafenya untuk menikmati pelbagai makanan yang berasaskan coklat, strawberi dan juga ais-krim, semuanya mengiurkan! Antara makanan yang dihidangkan adalah strawberry puff dan kek ais krim strawberry.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.30 pm)

Alamat: 11, Taman Matahari Cerah, Kampung Raja, 39010, Cameron Highlands


9. 200 Seeds Café

Sumber: 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry

Tak kenyang lagi makan di Avant Chocolate? Anda boleh meneruskan misi jalan-jalan cari makan di Cameron Highlands dengan melawat 200 Seeds Café.

Macam-macam menu yang tersedia dekat sini, dan seperti biasa, kalau lokasi kafenya dekat Cameron Highlands, sudah semestinya banyak menu yang disediakan memiliki ‘elemen’ strawberi. Selain menu makanan yang boleh terus dimakan di kedai, 200 Seeds Café turut menjual banyak lagi produk berasaskan strawberi yang lain yang boleh anda beli untuk dijadikan buah tangan.

Kalau anda nak tahu, 200 Seeds Café agak terkenal dengan produk-produk seperti Sambal Strawberry Ikan Masin, Kordial Strawberry dan Jem Strawberry. Untuk makanan yang boleh terus dinikmati di sini pula adalah menu nasi lemak sambal strawberrynya. Memang pergh!

Kalau boleh, anda datanglah ke sini selain daripada hujung minggu atau hari cuti sekolah atau cuti umum untuk mengelakkan kesesakan orang ramai, sebab kedai ni memang hot!

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Rabu (8.00 am – 8.00 pm) | Rabu (8.00 am – 5.00 pm)

Alamat: No 27, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands


8. Blue Valley Flowers

Blue Valley Flowers Cameron Highlands
Sumber: Extremesh

Terletak tidak jauh dari pekan Tringkap, Blue Valley Flowers adalah tempat di mana anda dapat menikmati kesegaran haruman bunga-bungaan yang pelbagai jenis.

Setelah puas menghidu bauan yang harum pokok-pokok bunga yang pelbagai warna di sini, anda boleh melawat kebun strawberinya dan melihat bagaimana persekitaran yang sesuai untuk penanamannya sambil memilih buah strawberi untuk dipetik dan dibawa pulang. Seperti biasa, jangan petik sampai terlupa yang buah-buah ini akan ditimbang untuk dibayar pula.

Selain tarikan flora, pemilik kebun ini turut memiliki hobi yang lain iaitu mengumpulkan spesies burung-burung yang menarik. Anda boleh melihat burung-burungnya yang diletakkan di dalam sangkar dan kalau ada yang menarik hati, anda boleh membeli burung tersebut.

Alamat: Blue Valley Flower Farm, Blue Valley, 39000 Cameron Highlands


7. KC Kwang Sons Grape Farm

Kwang Sons Grapes Tomato Farms Cameron Highlands
Sumber: Sallehudin Ahmad

KC Kwang Sons adalah sebuah ladang tomato dan anggur yang terletak di Kampung Raja. Berkeluasan 60 hektar, penghasilan buah anggur dan tomato yang  terdapat di sini cukup banyak sehinggakan sebahagiannya dieksportkan ke luar negara.

Untuk pengetahuan anda, buah anggur yang ditanam di sini adalah daripada jenis ‘Kyoho’ yang merupakan jenis anggur yang besar dan manis. Kalau anda nak makan buah anggur puas-puas, datanglah pada ketika musim menuai tiba iaitu pada bulan Jun dan Disember setiap tahun.  Rancang perjalanan anda betul-betul ya?

Selain melihat kawasan ladang, anda sekeluarga juga boleh meneroka kawasan kilang ladang ini sendiri untuk melihat bagaimana hasil tuaian diproses dan dipekkan.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 6.00 pm)

Alamat: No. 33 Main Road, Kg Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang


6. Tan’s Camellia Garden

Sumber: Tan’s Camellia Garden

Tan’s Camellia Garden adalah sebuah ‘taman rahsia’ ataupun ‘secret garden’ yang merupakan hasil tangan pemilik rumah banglo bereka bentuk Inggeris yang terletak di sini, Puan Tan dan suaminya yang memiliki kelulusan dalam bidang botani.

Dikatakan terdapat lebih daripada 200 spesies tumbuhan yang telah ditanam di sekitar taman yang tidak ubah macam dalam dunia fantasi ni.

Antara tumbuhan yang ada di sini adalah bunga lili, azalea, gardenia, magnolia, orkid liar dan pelbagai jenis tanaman lagi yang termasuklah pokok-pokok herba. Bukan sekadar untuk dilihat, sebab anda juga boleh membeli anak-anak pokok yang dijual di sini dengan harga yang sangat berpatutan (jangan lupa untuk cuba tawar-menawar).

Bagi anda yang suka melakukan aktiviti memerhati burung, ini juga adalah salah satu lokasi yang menarik.

Lokasinya, hanyalah dalam sekitar 20 minit jika berjalan kaki dari jalan utama di pejabat pos Tanah Rata.

Bayaran: Percuma

Alamat: Tan’s Camellia Garden, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands


5. Raju Hill Strawberry Farm

Raju Hill Strawberry Farm Cameron Highland Image
Sumber: Atyplanet Travel-Event‎

Raju Hill Strawberry Farm adalah sebuah tarikan yang terletak hanya 3 km dari pekan Brinchang. Sepertimana Avant Chocolate, Raju Hill Strawberry Farm juga menawarkan 2 tarikan dalam satu tempat yang sama.

Tarikan yang pertama di sini adalah kebun strawberi yang mana anda dapat melihat pemandangan sekitar ladang dan juga tempat pemprosesannya. Kat sinilah anda patut beli buah strawberi banyak-banyak kerana harganya sangat murah.

Tarikan yang kedua pula adalah kafenya yang menghidangkan pelbagai jenis makanan seperti ais krim, waffles, kek, pastri dan banyak lagi!

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30 am – 6.00 pm)

Alamat: Raju’s Hill Strawberry Farm 42nd miles, Kea Farm, 39100 Cameron Highlands


4. Mah Meri Art Gallery

Mah Meri Art Gallery Cameron Highlands
Sumber: Mah Meri Art Gallery

Anda rasa betul-betul dah tahu segalanya tentang negara yang menjadi tempat tinggal? Pernah dengar tentang masyarakat orang asli di Malaysia iaitu Mah Meri? Inilah salah satu perkara menarik untuk diterokai di Cameron Highlands. Di Mah Meri Art Gallery, anda dapat belajar pelbagai perkara tentang budaya mereka dan ini termasuklah seni arca yang dihasilkan.

Untuk pengetahuan anda, masyarakat Orang Asli Mah Meri gemar menggunakan arca kayu untuk mengekspresikan kepercayaan dan budaya mereka. Kebiasaannnya, untuk tujuan pembuatan arca, mereka menggunakan kayu jenis nyireh batu. Selain arca, hasil tangan kayu lain yang terdapat di sini adalah topeng muka dan juga ukiran.

Waktu Operasi: 10.30 am – 7.30 pm

Bayaran: Dewasa RM35 | Kanak-kanak RM20

Alamat: Mah Meri Art Gallery, No 29 30, 1st Floor, Main Road, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands


3. Rose Valley

Rose Valley Cameron Highland Image
Sumber: dangdiren.com.my

Sekiranya anda tercari-cari di mana agaknya lokasi yang best nak bergambar dekat Cameron Highlands ni, Rose Valley adalah salah satunya.

Betapa luasnya ladang bunga ros ini yang boleh anda terokai, sampaikan 2 jam pun tak cukup! Jangan terkejut kalau sebaik masuk sahaja ke dalam kawasan ladang, anda mungkin akan dikejutkan dengan kehadiran burung merak yang diletakkan dalam sangkarnya. Di sekitar taman yang indah ini juga, disediakan prop-prop yang menarik untuk anda jadikan tempat bergambar.

Selain bunga ros yang terdapat lebih daripada 450 jenis, anda juga boleh melawat kedainya yang menjual pelbagai jenis sayuran, bunga, buah-buahan.

Waktu Operasi: 8.00 am – 6.00 pm

Bayaran: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2

Alamat: Rose Valley, 148 Tringkap, Cameron Highlands


2. Green View Garden

Green View Garden Cameron Highlands Image
Sumber: Aylwin Lim

Green View Garden adalah sebuah tarikan yang terletak di Kampung Raja. Sekiranya anda melawat taman indah ini, anda dapat melihat sayur-sayuran yang ditanam melalui kaedah hyroponik, ladang strawberi dan banyak lagi.

Bagi anda yang membawa anak kecil pula, mereka pasti seronok dapat melihat kehadiran pelbagai jenis haiwan seperti burung, kura-kura dan arnab di dalam zoo mininya. Anda sekeluarga boleh memberi makan haiwan-haiwan yang terdapat di sini dengan sedikit caj yang tidaklah mahal mana.

Sebelum pulang, anda boleh membeli sedikit buah tangan atau cenderamata yang terdiri daripada pokok-pokok bunga, produk lavendar dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.30 pm)

Alamat: 11, Taman Matahari Cerah, 39010, Kampung Raja, 39000 Tanah Rata


1. Ladang Teh Boh

Ladang Teh Boh Cameron
Sumber: Nurul

Apabila di sebut sahaja nama Cameron Highland pasti anda terbayang ladang teh hijau yang luas, ini kerana Cameron Highland memang dikenali oleh pengeluaran tehnya.

Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia dan mereka memiliki 3 ladang teh terkenal di Cameron Highland yang terletak di kawasan Ringlet dan Brinchang.

Ladang teh yang terletak di sungai palas ini mempunyai keluasan 8 ribu ekar dan merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara.

Di sini anda dapat melawat kilang teh sambil mempelajari sedikit tentang process membuat sebuah uncang Teh Boh. Anda juga boleh berehat sambil menghirup satu cawan teh Boh panas di kafe yang disediakan.

Jika anda hanya sempat melawati satu tempat sahaja semasa berada di Cameron Highland nanti, pastikan anda datang kesini kerana pemandanganya memang luar biasa.

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00am – 4.30pm)

Lokasi: Ladang Teh Boh, Ringlet, 39200, Cameron Highlands


Tamat sudah senarai tempat menarik di Cameron Highland dan saya harap ia dapat memudahkan anda merancang percutian ke sana nanti.

Penginapan di Cameron Highland

the-balas-holiday-chalet-cameron-highlands-picture-2

Memilih penginapan yang betul dapat melengkapkan pengalaman bercuti dan menambah kepada kepuasan semasa bercuti. Kebanyakkan penginapan di Cameron Highland terletak di dua pekan yang popular iaitu Pekan Brinchang dan Pekan Tanah Rata.

Tidak kira jika anda mencari hotel romantik untuk percutian bersama orang yang tersayang ataupun apartment jika anda bercuti secara berkumpulan, pasti ada penginapan yang padan dengan apa yang dicari. Di bawah kami sertakan beberapa pilihan penginapan untuk rujukan anda.

Avillion Cameron Highland

Avillion Hotel Cameron Highland - Main Image

Avillion Cameron Highland adalah sebuah penginapan indah di kawasan tanah tinggi ini. Hotel ini menawarkan 100 buah bilik yang dihias dengan moden menggunakan warna-warna monokrom hitam dan putih secara keseluruhannya. Penggunaan warna yang tidak banyak ini turut menjadikan biliknya kelihatan lebih luas daripada biasa. Antara jenis penginapan yang ditawarkan adalah bilik studio dan juga suite family 2+1.

Avillion Hotel Cameron Highland - Room Image

Bukan itu sahaja, sarapan pagi yang disediakan penginapan ini turut menyelerakan. Kalau anda jenis yang suka minum kopi, mesti cuba kopi yang dihidangkan di restoran hotel ni, memang kaw!

Kemudahan lain yang disediakan Avillion Cameron Highland adalah wifi yang pantas dan tempat meletak kereta. Lokasinya, cukup strategik, terletak dekat dengan banyak kedai makan, dan kedai-kedai lain di sekitar Tanah Rata.

Harga: Dari RM210+ Semalaman

Alamat: C-3, Jalan Camelia, 39000 Cameron Highlands

Selanjutnya Di Booking.com


Century Pines Resort Cameron Highlands

Century Pines Resort Hotel Cameron Highlands - Main Image

Tidak jauh dari Stesen Bas Tanah Rata, Century Pines Resort Cameron Highlands adalah sebuah penginapan yang cukup sempurna dalam segala aspek selain lokasinya yang strategik. Mengetengahkan gaya mewah klasik dalam rekaan dalamannya, Century Pines Resort Cameron Highlands adalah sebuah penginapan yang cukup sesuai untuk anda yang mendambakan kesempurnaan sewaktu percutian.

Century Pines Resort Hotel Cameron Highlands - Room Image

Percayalah, segala masalah yang selama ini terbeban hilang serta-merta sebaik terpandang keindahan yang ditawarkan di sekitar resort ini. Sambil bersantai-santai di sekitar resort, anda dapat menikmati keindahan flora dan fauna serta udaranya yang menyegarkan. Setelah puas makan angin, anda boleh menggunakan banyak kemudahan mewah yang ditawarkan hotel ini seperti rawatan spa yang melegakan badan, sauna, jakuzi dan pusat kecergasan. Semua kemudahan yang diidamkan di sebuah pusat penginapan tersedia di resort.

Bukan itu sahaja, bagi anda yang ingin bersantai, boleh menggunakan kemudahan wifi yang super duper laju yang disediakan pihak hotel. Kesemua yang disediakan hotel ini memang terbaik!

Harga: Dari RM219+ Semalaman

Alamat: Lot 42 Jalan Masjid , 39000 Tanah Rata

Selanjutnya Di Booking.com


Heritage Hotel Cameron Highland

Heritage Hotel Cameron Highland - Main Image

Heritage Hotel Cameron Highland adalah sebuah penginapan butik dengan gaya Tudor ataupun Inggeris klasik. Sebaik terpandang bangunan hotel ini dari jauh ditambah lagi dengan udara segar kawasan tanah tinggi Cameron Highlands ini, pasti membuatkan anda terasa seperti berada di luar negara.

Terletak pada ketinggian 1300 dari paras laut, Heritage Hotel Cameron Highland adalah sebuah pilihan yang tepat untuk anda jadikan tempat penginapan sekiranya anda inginkan sebuah percutian dengan suasana yang relaks dan mendamaikan jiwa.  Untuk menikmati keindahan flora dan udara segar hotel ini, anda boleh bersantai bersama keluarga di dalam taman berlanskap indah yang disediakan.

Heritage Hotel Cameron Highlands - Room Image

Kemudahan lain yang boleh anda gunakan di hotel ini adalah perpustakaan, restoran hotel, gym yang lengkap dengan pelbagai peralatan, tempat permainan kanak-kanak, game room dan banyak lagi!

Lokasinya, hanyalah dalam sekitar 8 ke 10 minit perjalanan untuk ke Tanah Rata termasuklah kawasan-kawasan yang terdapat banyak gerai buah-buahan dan kedai makan. Tarikan-tarikan seperti Lembah Kaktus dan Ladang Strawberi pula terletak kurang 4 km dari hotel.

Harga: Dari RM182+ Semalaman

Alamat: Jalan Gereja, 39000 Tanah Rata

Selanjutnya Di Booking.com


Hillview Inn Cameron Highland

Hillview Inn Cameron Highland - Main Image

Hillview Inn Cameron Highland adalah sebuah hotel yang terletak di dalam lokasi yang sungguh nyaman dikelilingi oleh alam flora penuh kehijauan yang menyejukkan mata walau di mana sahaja anda pandang. Pendek kata, kalau anda inginkan suasana yang betul-betul natural, inilah penginapannya.

Bilik-bilik di hotel ini dihias dengan ringkas dan lengkap dengan tingkap yang besar untuk anda menikmati pemandangan di luar dengan sepuas hati.  Sesetengah bilik di hotel ini turut menawarkan ruang balkoni. Kalau ada bajet lebih, apa salahnya ambil bilik berbalkoni kan?

Hillview Inn Cameron Highland - Room Image

Dapatlah anda menikmati udara segar di luar tanpa mengira masa sambil duduk bersantai. Antara jenis penginapan yang disediakan adalah bilik hotel biasa, apartment 3 bilik yang luas dan juga homestay dengan 4 buah bilik. Pilihlah yang mana yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.

Lokasinya, terletak hanyalah beberapa minit berjalan kaki untuk ke banyak kedai-kedai makan dan termasuklah kedai 7E sekiranya anda ingin membeli snek. Terminal Bas Tanah Rata pula hanyalah 450 meter atau 5 minit berjalan kaki dari penginapan.

Tarikan-tarikan seperti Cactus Valley, Time Tunnel Museum dan ladang strawberi terletak hanyalah dalam 4 km dari Hillview Inn Cameron Highland, manakala kampung orang asli pula hanyalah 700 meter dari hotel.

Harga: Dari RM179+ Semalaman

Alamat: 17 Jalan Mentigi, Tanah rata, 39000 Tanah Rata

Selanjutnya Di Booking.com


Wan Alyasa Hotel

Wan Alyasa Hotel Cameron Highland - Main Image

Wan Alyasa Hotel adalah sebuah penginapan yang sangat Muslim-friendly untuk anda yang inginkan keselesaan bercuti secara halal, di mana anda tidak perlu risau tentang tahap kebersihan tempat penginapan dan kesesuaian kemudahan yang disediakan untuk tetamu muslim. Bilik-biliknya dihias dengan menggunakan warna-warna natural yang sejuk dipandang mata.

Kemudahan lain yang disediakan adalah tempat meletak kereta bawah tanah, jadi anda tak perlulah risau tentang tempat parking sekiranya membawa kenderaan sendiri.

Wan Alyasa Hotel Cameron Highland - Room Image

Terletak tidak jauh dari pekan Brincang, sekiranya anda menginap di sini, anda tidak perlu risau tentang kedai-kedai makan yang hanyalah beberapa beberapa tapak dari hotel dan ini termasuklah kedai makan tempatan yang dibuka selama 24 jam!

Kalau rasa ingin mengudap sesuatu semasa bersantai di dalam bilik, 7E juga sangat dekat dengan hotel. Tarikan seperti Cactus Valley, Time Tunnel Museum dan ladang stawberi kesemuanya terletak kurang 1 km dari Wan Alyasa Hotel.

Harga: Dari RM99+ Semalaman

Alamat: No. 8 9 Brinchangs Square Brinchangs, 39100 Cameron Highlands

Selanjutnya Di Booking.com


Untuk memudahkan anda membuat pilihan penginapan kami telah menulis 3 entri yang menceritakan sedikit tentang jenis penginapan yang ada di Cameron Highland.

Jika anda merancang percutian bajet ke Cameron Highland kami telah menulis entri tentang hotel bajet di Cameron Highland. Di sini kami telah menyenaraikan 15 hotel paling selasa dengan harga yang bebaloi.

Untuk mereka yang mengidamkan pengalaman penginapan yang istimewa pula, kami telah menyediakan senarai 14 hotel paling menarik di Cameron Highland. Didalam entri ini kami telah menulis tentang 14 hotel yang paling mewah dan istimewa, sesuai untuk mereka yang menghargai keselesaan atau sesiapa yang merancang honeymoon romantik di Cameron Highland.

Sekiranya anda inginkan sebuah penginapan yang luas dan selesa serta lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti di rumah sendiri, anda boleh baca artikel kami bertajuk 35 Homestay di Cameron Highlands.

Apa-apa pun yang jadi pilihan anda saya harap anda selamat bercuti dan pulang membawa memori manis bersama orang yang tersayang.

Categories
Malaysia Travel Guide

19 Tempat Menarik Di Kuching | Terokai Keindahan Bandaraya Perpaduan

Anda rasa kehidupan di kota dah cukup kompleks dengan pelbagai kaum berbeza? Mai singgah ke Sarawak untuk satu ‘kejutan’ budaya yang jauh lebih luar biasa. Bukan hanya didiami pelbagai kaum, tapi juga etnik-etnik berbeza yang cukup menarik untuk dikenali.

Ibu negerinya, Kuching, adalah antara destinasi penting untuk anda lawati bagi mengisi dada dengan pelbagai informasi sebelum membuka langkah kaki ke kawasan sebenar yang menjadi penempatan mereka.

Itu sahajakah sebabnya untuk ke Kuching? Jangan disalah anggap pula, statusnya sebagai ibu negeri juga tidak menjadikan ia ketandusan flora dan fauna, kerana kalau anda nak tahu, di sini jugalah pintu masuk untuk ke pelbagai tarikan alam semula jadi yang terdapat di Sarawak.

Dengan hanya melawat sebahagian daripada kesemua tarikan ini, anda dapat merasakan betapa istimewa dan indahnya ibu negeri Sarawak ini. Nak tahu di mana tersembunyi tempat-tempat menarik di Kuching? Teruskan scrolling sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui lebih mendalam tentang tempat-tempat hebat di ibu negeri Bumi Kenyalang ini.

19. Muzium Sarawak

Muzium Sarawak Kuching - Main Image
Sumber: mysutra

Muzium yang tertua di Borneo, Muzium Sarawak adalah sebuah bangunan dengan seni bina Perancis yang telah dibina oleh Charles Brooke pada tahun 1891. Lawatan ke muzium ini akan membuka mata anda tentang bukan sahaja sejarah negeri Sarawak tetapi juga tentang budaya dan kehidupan masyarakat di negeri ini.

Antara koleksi yang dipamerkan di sini adalah senjata-senjata yang digunakan masyarakat Sarawak, bot perang orang Iban, seramik asli yang tertua dari Gua Niah, serta banyak lagi barangan dan kepingan seramik yang diperoleh negeri ini hasil perdagangan dari abad ke-11 hingga ke-13 AD.

Bila dah ‘penuh’ ilmu di dada, anda boleh menuju ke tingkat bawah yang menempatkan Muzium Shoppe untuk membeli tanda ingatan sama ada buku, T-shirt dan sebagainya.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30am – 4.30pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Jalan Tun Abang Haji Openg, Taman Budaya, 93400 Kuching


Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Kuching

18. Taman Negara Bako

Taman Negara Bako Image
Sumber: Suara Borneo

Taman Negara Bako adalah taman negara yang terkecil di Asia Tenggara, walaupun kecil, sebenarnya ia adalah taman negara yang tertua yang terdapat di Sarawak. Disebabkan usianya ini, hampir semua spesies tumbuhan di sekitar Borneo terdapat di dalamnya, kecil-kecil cili padi gamaknya.

Bukan sahaja kaya dengan tarikan flora, ia juga menjadi habitat bagi banyak lagi hidupan liar yang lain seperti 150 spesies burung, monyet Belanda (proboscis) dan banyak lagi!

Tak cukup dengan itu, di dalam taman negara yang sama, anda dapat menikmati banyak lagi tarikan alam semula jadi yang lain seperti bukit-bukau, air terjun, paya bakau dan pantai. Secara totalnya, terdapat 16 buah denai yang disediakan untuk anda tempuhi. Pilihan ada di dalam tangan anda, nak yang penuh dengan cabaran atau jalan shortcut? Apa-apa pun, pakailah pakaian yang sesuai untuk berjungle trekking dan hiking ya?

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00am – 5.00pm) | Sabtu Ahad Tutup

Bayaran: Tambang Bot RM30 | Tiket Masuk RM10

Alamat: Taman Negara Bako, Kuching


17. Taman Negara Kubah

Taman Negara Kubah Image
Sumber: Aiman Zhafransyah

Anda sukakan warna-warni? Jangan lepaskan peluang untuk melawat Taman Negara Kubah. Kalau anda nak tahu, taman negara ini menempatkan bermacam spesies tumbuhan hutan yang termasuklah pelbagai jenis bunga orkid yang sukar untuk ditemui di tempat lain.

Sekiranya anda bercadang untuk meneroka taman negara ini, terdapat 5 buah laluan yang disediakan iaitu Laluan Palmetum, Laluan Air Terjun, Laluan Rayu, Laluan Selang dan Laluan Belian.

Selain aneka bunga orkidnya, bonus point kenapa anda perlu melawati taman negara ini adalah kerana ia pernah menjadi lokasi penggambaran bukan 1 tapi 2 buah filem Hollywood iaitu The Sleeping Dictionary lakonan Jessica Alba dan Farewell to the King lakonan Nick Norte.

Di samping itu, untuk pengetahuan anda, taman negara ini juga pernah disebut di dalam buku hasil penulisan ahli botani terkenal, Odoardo Beccari yang bertajuk The Great Forest of Borneo sebagai taman negara yang memiliki tanaman palma yang terbaik di dunia. Bukan main hebat lagi Taman Negara Kubah ni kan?

Alamat: Jalan Lundu-Sampadi, Kuching


16. Masjid Bandaraya Kuching (Masjid Negeri Lama)

Masjid Kuching Main Image
Sumber: Yarn‎

Sudah berjalan kesana-kemari, nak menambahkan berkat perjalanan, jangan lupa untuk singgah ke Masjid Bandaraya Kuching ataupun masjid lama negeri ini. Lamanya bukan kepalang sebab ia merupakan masjid yang pertama di Bandar Kuching yang dibina oleh pemimpin yang dihormati di Sarawak  pada ketika itu, Datu Patinggi Ali pada tahun 1847.

Masjid klasik ini pada asalnya dibina menggunakan kayu dimana atapnya terdiri daripada kayu bulian dan dindingnya pula daripada papan. Bangunan lama ini kemudiannya diperbaharui pada tahun 1968 menjadi struktur yang lebih kukuh yang lengkap dengan kubah yang bewarna keemasan.

Untuk pengetahuan anda, masjid ini mampu menampung sehingga 4000 orang jemaah pada satu-satu masa.

Alamat: 332, Jalan Datuk Ajibah Abol, Kampung No3, 93400 Kuching


15. Tugu Kuching

Tugu Kuching Image
Sumber: D’Sha Bridal

Tak sah kalau tak bergambar dengan lambang yang terpenting di Kuching kalau dah melancong ke sini. Mercu tanda ini tak lain tak bukan adalah Tugu Kuching yang megah berdiri di hadapan hotel-hotel dan pusat membeli-belah bandaraya ini.

Tugu yang berada di dalam roundabout ini dijaga dengan baik oleh pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara yang sentiasa memastikan agar warna tugu ini tidak pudar. Maka, bagi anda yang nak bergambar di sini tak perlulah risau ya? Warnanya tetap vibrant bila-bila masa sahaja anda bercadang untuk berposing di sini.

Alamat: Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching


14. Muzium Kucing

Muzium Kucing Main Image
Sumber: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Ke mana nak pergi tanpa perlu keluarkan bajet di Kuching ni tapi dalam masa yang sama best bukan main? Jawapannya adalah Muzium Kucing! Jangan main-main, muzium yang juga terletak di ‘Kuching’ ini adalah muzium kucing yang pertama yang terdapat di dunia.

Muzium yang terletak di dalam bangunan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di atas Bukit Siol ini menempatkan lebih daripada 3000 pameran yang menarik hati. Berkeluasan lebih daripada 1000 meter persegi, muzium ini memiliki 4 buah galeri yang didalamnya terdapat lebih daripada 50 pameran berbeza seperti jenis-jenis kucing, kucing pada zaman pertengahan, koleksi Garfield, koleksi buku kucing, koleksi Hello Kitty, info tentang kucing pada zaman purba Mesir dan banyak lagi.

Tak ada apa lagi yang perlu anda Google tentang kucing sebaik melawat muzium ini. Nak jadi pakar kucing? Jom ke sini!

Waktu Operasi:  Setiap Hari Kecuali Cuti Umum (9.00am – 5.00pm)

Alamat: Bangunan DBKU, Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching


13. Taman Sahabat Kuching Sarawak

Taman Sahabat Bandar Kuching
Sumber: Wahbi Wahbi

Taman Sahabat Kuching Sarawak adalah sebuah taman rekreasi yang dibina pada tahun 2005 hasil kerjasama antara kerajaan Malaysia dan China untuk memperingati hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang telah pun mencapai ulang tahun ke-30.

Taman indah yang terletak di atas tanah berkeluasan 2.8 hektar ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu taman Malaysia dan taman China. Di dalam kawasan Malaysia, anda sekeluarga dapat melihat Sarawak Fountain yang mana berdirinya sebuah monumen yang menjadi simbol kepada kepelbagaian etnik di Sarawak, di hadapannya pula terdapat Malaysia Murals yang memaparkan 14 buah dinding  (14 buah negeri di Malaysia).

Di dalam taman China pula, terdapat jambatan zig-zag, perigi permintaan (wishing well), pondok rehat berinspirasikan Kunming dan Beijing, sebuah tugu yang berketinggian 20 kaki Laksamana Cheng Ho dan banyak lagi. Berjalan-jalan di sini, anda sekeluarga juga dapat menyejukkan mata melihat kelibat-kelibat ikan koi yang berenang dengan penuh keseronokan di dalam kolam-kolam yang ada di sini.

Nak tenangkan fikiran dari kacau-bilau di bandar? Tariklah nafas lega sebentar di dalam taman yang mendamaikan ini.

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Tabuan Heights, 93350 Kuching


12. Taman Negara Gunung Gading

Taman Negara Gunung Gading Image
Sumber: Lundu Homestay

Dah selalu melihat bunga Rafflesia dalam brochure pelancongan atau National Geographic, bila lagi nak melihatnya di depan mata? Anda boleh merasai pengalaman ini sendiri dengan menjejakkan kaki di Taman Negara Gunung Gading.

Kalau anda nak tahu, taman negara ini adalah tempat di mana pemuliharaan bunga terbesar di dunia ini dilakukan.  Pada mulanya, projek ini dilaksanakan secara tertutup oleh Jabatan Taman Negara, namun kemudiannya ia dibuka supaya orang ramai dapat melihat khazanah alam ini dengan lebih dekat. Pihak berkuasa masih memantau aktiviti ini untuk memastikan tiada sebarang kerosakan berlaku sewaktu lawatan orang ramai.

Macam mana? Excited tak nak tengok bunga Rafflesia ni? Sebelum anda ke sini, anda perlu tahu bahawa bunga ini mengambil masa dalam 8 ke 9 bulan untuk mencapai kematangan dan hanyalah berbunga penuh untuk 4 ke 5 hari sebelum mati, jadi anda perlulah bertanya dengan pihak taman negara ini terlebih dahulu tentang waktu yang terbaik untuk melawat bagi mengelakkan kekecewaan ya?

Waktu Operasi:  8.00am – 5.00pm

Bayaran Masuk: RM20

Alamat: Taman Negara Gunung Gading, 94500 Lundu


11. Hutan Simpan Semenggoh

Hutan Simpan Semenggoh Image
Sumber: Sally Rodrick

Sudah melihat orkid, rafflesia dan monyet Belanda, apa lagi yang belum dibuat di tanah Borneo ini? Apa lagi kalau bukan melihat haiwan terkenal di Borneo ini iaitu orang utan!

Terletak hanyalah 30 minit pemanduan dari pusat bandar Kuching, Hutan Simpan Semenggoh merupakan tempat di mana orang-orang utan dididik oleh renjer-renjer hutan supaya pandai ‘membawa diri’ apabila dilepaskan di dalam hutan.

Pusat Hidupan Liar Semenggoh yang dibina pada tahun 1920 ini bukan sahaja menjadi tempat rawatan untuk orang utan, tapi juga kepada lebih daripada 1,000 ekor haiwan liar yang lain.

Waktu yang paling menarik untuk ke sini adalah sewaktu orang-orang utan diberi makan iaitu pada sekitar pukul 9.00am ke 10.00am dan 3.00pm ke 3.30pm. Jangan terkejut pula kalau anda terdengar penjaga-penjaga di sini memanggil nama manusia seperti Salina untuk turun dari pokok yang tinggi bila waktu makan tiba. Sebabnya, orang utan di sini diberikan nama seperti manusia. Specialkan layanan untuk haiwan dekat sini?

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00am – 4.45pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum Tutup

Bayaran Masuk: Dewasa RM10

Alamat: Jalan Puncak Borneo, 93250 Kuching


Baca: 28 Destinasi Terbaik Di Miri Untuk Percutian Yang Luarbiasa

10. Kuching Wetlands National Park

Kuching Wetlands National Park Main Image
Sumber: Ezrin Nazan

Terletak hanyalah dalam 5 km dari Pantai Damai, Kuching Wetlands National Park merupakan sebuah taman negara yang berkeluasan 6610 hektar yang hampir keseluruhannya terdiri daripada hutan paya air masin.

Cara yang paling best untuk menerokai taman negara ini adalah dengan menyelusuri sungai menggunakan bot sewa yang disediakan. Anda dapat melihat pemandangan kawasan perkampungan Melayu serta banyak hidupan fauna lain yang selalu dilihat di dalam kaca tv secara live.

Alamat: Petra Jaya, 93050 Kuching


9. Kuching Civic Centre

Kuching Civic Centre Image
Sumber: Chipmunk 1 / CC By 2.0

Tak sempat untuk melawati semua tarikan yang ada di negeri ini? Nak pendekkan jalan cerita, anda bolehlah melawat Kuching Civic Centre.

Walaupun tak dapat melawat kesemua tempat best di sini, sekurang-kurangnya dapatlah anda melihat dari jauh tempat-tempat seperti Gunung Santubung, Gunung Serapi dan banyak lagi di sekitar Kuching ini secara 360 darjah.

Kalau cuaca baik dan pandangan mata 20/20, pemandangan anda boleh menjangkau sehingga ke kawasan pergunungan Kalimantan. Yang menariknya lagi, million dollar view ini boleh anda nikmati dalam harga hanya RM2. Macam tak ada sebab untuk tak pergi bukan?

Bayaran Masuk: RM2

Alamat: Jalan Taman Budaya, Kuching


8. Pantai Damai

Pantai Damai Main Image
Sumber: Kuching Family Homestay

Bercadang untuk berkelah sewaktu berada di Kuching? Anda boleh memilih Pantai Damai sebagai lokasi untuk anda menebarkan tikar berkelah. Sambil menikmati juadah yang dibawa, anda dapat menyejukkan mata dengan pemandangan indah pantai ini yang cukup terjaga kebersihannya serta hutan hujan tropika yang mengelilingi Gunung Santubong.

Setelah puas melegakan paru-paru dengan udara yang segar, anda boleh meneruskan langkah ke Kampung Kebudayaan Sarawak yang terletak hanyalah 10 minit perjalanan dari sini.

Alamat: Teluk Bandung Santubong, 93756 Kuching


7. Kampung Kebudayaan Sarawak (Muzium Kebudayaan Sarawak)

Muzium Kebudayaan Sarawak Kuching Image
Sumber: Sarawak Cultural Village

Kampung Kebudayaan Sarawak ataupun Muzium Kebudayaan Sarawak adalah antara sebuah tarikan yang wajib dilawati di negeri ini. Terletak di dalam kawasan berkeluasan 17 ekar di kaki Gunung Santubong, muzium ini bukanlah sebuah muzium biasa. Kenapa? Kerana ia merupakan muzium hidup, sesuai dengan namanya, tidak ubah seperti kawasan kampung yang sebenar.

Di sini anda dapat melihat secara realistik rumah-rumah unik etnik-etnik dan masyarakat yang terdapat di Sarawak seperti rumah tinggi Melanau, rumah menyuarat kaum Bidayuh, tempat simpan senjata dan banyak lagi. Kalau bernasib baik, anda juga dapat melihat perlangsungan perkahwinan sebenar orang Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan masyarakat Melayu sendiri.

Di dalam rumah-rumah ini juga terdapat kakitangan yang menunjukkan aktiviti seharian mereka sebagai etnik tertentu, lengkap dengan pakaian tradisional.

Waktu Operasi: Setiap Hari (11.30am – 4.00pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM50 | Kanak-kanak RM25

Alamat: Kampung Budaya Sarawak, 93010 Kuching


6. Taman Buaya Jong

Taman Buaya Jong Kuching Image
Sumber: Jong’s Crocodile Farm Zoo Sdn Bhd

Anda seorang yang berjiwa berani? Jangan lupa untuk singgah ke taman buaya yang terbesar di Malaysia iaitu Taman Buaya Jong. Taman buaya ini menempatkan lebih daripada seribu ekor buaya yang mana kesemuanya setia menanti kedatangan anda di sebalik sangkar yang menjadi habitat mereka.

Anda juga boleh melihat aksi buaya-buaya ini menyambar bangkai ayam yang digantungkan pada tali rentang pada waktu makan mereka iaitu setiap pukul 11.00am dan 3.00pm.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh melawat Muzium Buaya yang turut menempatkan tulang buaya bernama Bujang Senang yang merupakan antara buaya paling kejam di Sarawak.

Andai kata sebaik membayar tiket tiba-tiba terasa meremang bulu roma dan tak jadi nak tengok buaya, anda boleh melihat banyak lagi haiwan lain yang turut terdapat di sini seperti biawak monitor, monyet, musang, beruang madu, burung merak dan lain-lain lagi. Taman buaya yang bukanlah sekadar buaya.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm) | Waktu Buaya Diberi Makan (11.00am – 3.00pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM24 | Kanak-kanak RM12

Alamat: Siburan, 29Km Kuching-Serian Road, 93250 Kuching


5. Taman Orkid Kuching

Taman Orkid Kuching Main Image
Sumber: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Suka bunga orkid tapi tidak memiliki stamina yang tinggi untuk berjungle trekking di Taman Negara Kubah yang dikatakan kaya dengan pelbagai spesies orkid? Jalan mudahnya adalah dengan melawati Taman Orkid Kuching.

Bukan sikit variasi orkid yang ada dalam taman ini, kerana kalau dikira, terdapat lebih daripada 80,000 orkid kesemuanya di atas tanah yang berkeluasan 15 ekar ini.

Walaupun tidak perlu menerokai hutan, untuk sampai ke taman orkid ini anda perlu menyeberangi Sungai Sarawak menuju ke Jeti Pangkalan Sapi. Dari jeti ini, anda perlu berjalan kaki hanya 5 minit untuk sampai ke pintu masuk Taman Orkid.

Sebagai peringatan, orkid adalah sejenis tumbuhan yang berbunga mengikut musim, maka kajilah terlebih dahulu musim-musimnya sebelum ke sini ya? Di samping itu, kawasan taman ini kurang teduhan dari panahan mentari, kalau tak nak mekap cair atau muka berpeluh semasa berposing untuk gambar, datanglah ke sini seawal yang mungkin.

Waktu Operasi: Isnin Tutup | Selasa – Ahad (9.30am – 6.00pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Taman Orchid, 96000 Kuching


4. Muzium Sejarah Cina Sarawak

Muzium Sejarah Cina Sarawak Main Image
Sumber: Kuching Family Homestay

Dirasmikan pada tahun 1993 sebagai Muzium Sejarah Cina Sarawak, bangunan muzium ini sebenarnya meyimpan memori yang jauh lebih lama daripada itu. Struktur muzium ini  telah dibina pada tahun 1912, sejak dari itu sehinggalah tahun 1921, bangunan ini digunakan sebagai mahkamah oleh masyarakat Cina.

Kini, muzium ini meyimpan pelbagai bukti berkaitan sejarah masyarakat Cina sejak zaman pemerintahan Raja Putih. Barangan pameran yang dapat dilihat di sini adalah seperti peralatan muzik, barangan seramik, dan banyak lagi. Di samping itu, anda juga dapat mengetahui lebih mendalam berkenaan kepelbagaian etnik Cina yang wujud serta info-info berkaitan yang lain.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00am – 4.45pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum (10.00am – 4.00pm) | Hari Pertama Cuti Umum, Ulang Tahun T.Y.T, Hari Pekerja Hari Malaysia Tutup

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Jalan Main Bazar, 93100 Kuching


3. Muzium Tekstil

Muzium Tekstil Bandar Kuching Image
Sumber: Kuching Family Homestay

Bangunan dengan seni bina Renaissance Inggeris ini pada asalnya merupakan  Pusat Perubatan sebaik selesai pembinaannya pada tahun 1907. Kemudiannya, bangunan ini diambil alih untuk dijadikan Jabatan Pendidikan.

Namun sejak Ogos 2000, bangunan ini telah dijadikan sebagai Muzium Tekstil yang mempamerkan kepelbagaian busana tradisional dan tekstil hasil tenunan etnik-etnik yang terdapat di Sarawak. Bukan sekadar pameran yang biasa, anda juga dapat melihat bagaimana tekstil ini dihasilkan dari benang hinggalah ia siap sebagai sehelai kain.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00am – 4.45pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum (10.00am – 4.00pm) | Hari Pertama Cuti Umum, Ulang Tahun T.Y.T, Hari Pekerja Hari Malaysia Tutup

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching


2. Islamic Heritage Museum

Islamic Heritage Museum Bandar Kuching
Sumber: Yeo Jiun Tzen / CC By 4.0

Islamic Heritage Museum merupakan sebuah tempat menarik di Kuching yang memaparkan kekayaan khazanah sejarah dan budaya masyarakat Islam di Nusantara. Muzium ini turut menyampaikan info tentang hubungan antara perkembangan Islam di pelusuk ini dengan kawasan lain di dunia.

Bermacam informasi yang dapat anda ketahui dengan melihat 7 seksyen pamerannya antaranya adalah tentang sejarah Islam di Sarawak, senibina Islam, perkembangan ilmu pengetahuan dalam dunia Islam, kostum muzik, senjata dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00am – 4.45pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum (10.00am – 4.00pm) | Hari Pertama Cuti Umum, Ulang Tahun T.Y.T, Hari Pekerja Hari Malaysia Tutup

Alamat: Jalan P. Ramlee, 93400 Kuching


1. Kuching Waterfront

Kuching Waterfront Main Image
Sumber: Kuching Today

Nak tahu di mana tempat paling happening di Kuching? Lokasinya adalah di Kuching Waterfront. Terletak pada sepanjang 1 km di tepian Sungai Sarawak, pelbagai tarikan yang menarik untuk dilawati di Kuching terletak di sini, antaranya adalah tokong Cina yang tertua iaitu Tokong Tua Pek Kong serta monumen Charles Brooke.

Apa lagi istimewanya di Kuching Waterfront ini? Sekiranya anda ke sini pada waktu siang, anda dapat menikmati pemandangan yang memukau jiwa Kubu Margherita, Astana dan perkampungan Melayu yang terletak di seberang sungai.

Untuk menikmati pemandangan di sekitar dengan lebih ‘dramatik’ lagi, anda boleh menaiki bot Penambang dari jeti ke jeti. Sebelum pulang, jangan lupa untuk membeli cenderamata yang banyak dijual di sekitar Waterfront.

Alamat: Main Bazaar, 93000 Kuching


Baca: 23 Hotel Murah Di Kuching Yang Sesuai Untuk Bajet Traveller

Taman-taman negara yang mendamaikan, muzium yang padat dengan informasi dan tugu-tugu yang unik, ini hanyalah sedikit cebisan daripada semua tarikan yang ditawarkan oleh bandaraya ini. Percayalah, semakin banyak anda teroka, semakin mendalam rasa cinta anda kepada negeri yang dinamakan sempena nama haiwan comel ini.

Bagi anda yang ingin mengembara lebih luas di tanah Borneo ini, anda boleh membaca artikel kami bertajuk 23 Tempat Menarik Di Sarawak.

Sudah kenyang merasai masakan pelbagai etnik di Sarawak? Jom cuci mata dengan keindahan satu lagi negeri dalam Malaysia yang terletak di Kepulauan Borneo iaitu Sabah, nak tahu di mana tempat-tempat menarik dalam negeri ini? Mai singgah baca artikel kami bertajuk 45 Tempat Menarik di Sabah.

Puaskanlah jiwa kembara anda dengan menuju ke Kepulauan Borneo, percayalah, tiada tempat permulaan yang lebih menyeronokkan daripada di kotaraya yang happening ini sebelum ke destinasi lain. Semoga berseronok di bandaraya Kuching!

Categories
Malaysia Travel Guide

35 Tempat Menarik Di Negeri Sembilan | Panduan Lengkap Bercuti Ke Negeri Beradat

Kalau makanan pedas menjadi pilihan anda, tak perlu pertimbangkan lagi nak pergi atau tidak ke Negeri Sembilan ni, di sinilah anda dapat makan masakan Minang yang memang terkenal dengan kepedasannya ni. Jika makanan tak cukup untuk membuat anda sekeluarga datang ke sini, anda pasti tertarik dengan pemandangan bangunan-bangunan yang unik yang terdapat di sekitar dengan pengaruh Minangkabaunya.

Bukan itu sahaja, lokasinya cukup strategik berdekatan dengan KL dan Selangor. Untuk anda yang datang dari jauh, Seremban, KL dan Selangor semuanya perlu dijadikan destinasi percutian anda, masing-masing menawarkan kepelbagaian yang memeriahkan percutian anda sekeluarga.

Tak cukup menarik lagi? Atau masih tak percaya yang Negeri Sembilan ni hebat setaraf dengan destinasi pelancongan yang lain? Baca dulu senarai tempat menarik di Negeri Sembilan ni, jangan terkejut, banyak sebenarnya!

35. Pulau Burung

Pulau Burung Seremban
Sumber: Red GuestHouse

Berdekatan dengan Pantai Cahaya Negeri, Pulau Burung ini sangat menarik untuk anda menikmati alam semula jadi hutan dengan pokok-pokok paya bakau yang tumbuh di sekitar pulau kecil ini. Untuk ke sini, anda boleh menggunakan platform jalan kaki yang disediakan dari pesisir pantai PD hingga ke Pulau Burung. Jangan lupa bawa peralatan memancing sekali sebab pulau ini juga tempat yang sesuai untuk aktiviti ini.

Alamat: Pulau Burong, 71000, Negeri Sembilan


Baca: 32 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

34. Kompleks Muzium Negeri

Kompleks Muzium Negeri Sembilan
Sumber: Jeritan Minda

Tak tahu nak mulakan perjalanan anda ke mana kalau dah sampai ke Negeri Sembilan? Apa kata kalau ambil tahu tentang latar belakang negeri ini dulu? Baru sempurna rasanya bila dah tahu perkara penting tentang negeri yang dilawati, jadi jom ke Kompleks Muzium Negeri!

Kompleks Muzium ini memiliki reka bentuk tradisional Minangkabau yang pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melalui kawasan ini. Kompleks ini terdiri daripada 3 bahagian berbeza dan salah satunya adalah bahagian Istana Ampang Tinggi yang telah berusia lebih daripada sedekad.

Bahagian lain yang terletak di Kompleks Muzium Negeri ini adalah Teratak Perpatih yang mempamerkan banyak artifak dan info sejarah. Bahagian yang terakhir adalah Rumah Negeri Sembilan yang memiliki informasi berkaitan senibina bangunan serta budaya masyarakat Negeri Sembilan pada masa silam. Satu lawatan yang sangat informatif untuk anda sekeluarga.

Waktu Operasi: Selasa, Rabu, Sabtu Ahad (10.00am – 6.00pm) | Khamis (8.15am – 1.00pm) | Jumaat (10.00am – 12.15pm 2.45pm – 6.00pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Muzium Negeri, Jln Sungai Ujong, Seremban


33. Pantai Saujana

Pantai Saujana Negeri Sembilan
Sumber: Sebghin Travels

Dekat sahaja dengan Bandar Tentera Darat. Pantai Saujana merupakan pantai yang berkepanjangan 1 km, dari pantai ini anda sekeluarga boleh berjalan kaki terus ke Pantai Cahaya Negeri, syok berjalan-jalan menghirup udara segar sekitar pantai sambil bersembang bersama keluarga mengenai rancangan percutian akan datang.

Apa lagi yang menarik di Pantai Saujana ni? Kalau anda datang pada malam Ahad, bolehlah anda membeli-belah di pasar malam yang agak meriah di sini. Nak makan pula? Kedai makan memang banyak berdekatan pantai ini, dari masakan Melayu hinggalah Western, tepuk dada, tanya selera.

Alamat: Pantai Saujana, 71050, Negeri Sembilan


32. Muzium Diraja Seri Menanti

Muzium Diraja Seri Menanti
Sumber: Negeri Sembilan – Negeri Beradat

Unik dan klasik, bangunan Muzium Diraja Seri Menanti ini adalah  pada asalnya sebuah istana yang mula dibina pada tahun 1902, sebelum merdeka lagi tu, bila anda sekeluarga melangkah kaki ke dalam Muzium Diraja ni, anda akan rasa seperti benar-benar tinggal di zaman itu. Mana taknya, setiap sudut ruangan di dalam muzium ini tidak diubah sama sekali kedudukan barangan di dalamnya, semuanya di dalam posisi sebagaimana semasa ia sebuah istana pada dahulukala.

Terbahagi kepada empat bahagian berbeza iaitu Balai Rong Seri iaitu tempat takhta dan mengadap raja, Balai Raja Muda, Bilik Beradu dan akhir sekali Ruang Santapan. Pada ruangan-ruangan ini anda dapat melihat juga pameran gambar-gambar yang berkaitan dengan kawasan tersebut. Selalu tengok di dalam cerita klasik je kan, kali ni, depan mata sendiri.

Waktu Operasi: Ditutup Sementara | Setiap Hari (8.00am – 6.00pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Muzium Diraja Seri Menanti, 71550 Seri Menanti, Kuala Pilah


31. Jeram Toi

Jeram Toi
Sumber: Ain D’Casa Homestay

Jeram Toi telah diterokai oleh British pada tahun 1895 dan sejak itu ia menjadi sebuah lokasi tarikan ramai untuk berkelah dan bermandi-manda. Air jernih yang mengalir di sungai ini dan kawasan sekitarnya yang terjaga dengan baik menjadikan ia pilihan ramai orang pada hari cuti.

Selain itu, Jeram Toi turut memiliki dua buah kolam semula jadi, oleh itu, banyaklah pilihan untuk anda sekeluarga berseronok. Bukan itu je, keseronokan bermandian di sini berganda-ganda jadinya kerana terdapat beberapa gelongsor air yang diletakkan di kolam. Di samping ini semua, kemudahan BBQ turut disediakan. Cukup sempurna untuk dijadikan tempat bersantai bersama keluarga.

Alamat: Jeram Toi, Kampung Jelebu


30. Muzium Tentera

Muzium Tentera Negeri Sembilan
Sumber: Juleswings Militaria

Kalau anda nak tahu, Port Dickson sebenarnya turut dikenali sebagai Bandar Tentera Darat kerana di sinilah ramai tentera darat telah dilantik dan dilatih di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, dekat sahaja dengan kawasan ini terletaknya Muzium Tentera yang memanggil-manggil untuk dilawati. Muzium ini pernah memenangi banyak anugerah, salah satunya adalah Anugerah Merit Pelancongan Malaysia pada tahun 2007 dan 2008.

Mesti ada sebab kenapa ia menerima anugerah kan? Muzium tentara ni bukan setakat menempatkan kereta kebal atau jet ya, sekali masuk sedar tak sedar, dah lebih dua jam. Yang menariknya tentang Muzium Tentera ni adalah pamerannya yang agak realistik dan meluas berkenaan ketenteraan, antaranya adalah segmen Kampung Ikhtiar Hidup yang menempatkan replika kawasan kampung yang ditanami banyak tumbuhan yang digunakan semasa dalam keadaan peperangan.

Seterusnya adalah segmen Terowong PKM yang menempatkan replika terowong yang memberikan anda dan keluarga pengalaman melihat dan merasai bagaimana peperangan antara askar Melayu dan komunis berlaku dan banyak lagi. Menarik kan?

Waktu Operasi: Rabu – Ahad (10.00am – 5.00pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Muzium Tentera Darat, Kem Si Rusa, Persiaran Pahlawan, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan


29. Kota dan Muzium Lukut

Muzium Lukut
Sumber: Muzium Negara

Kota Lukut merupakan sebuah kota pertahanan yang telah dibina pada tahun 1847 oleh Raja Jumaat dengan saiz sekitar 4 buah padang bola sepak. Sebuah kota yang maju dengan penghasilan bijih timah sehinggakan ia menjadi kota perusahaan bijih timah terkaya di Selangor pada masa itu.

Kalau anda nak tahu lebih banyak lagi info menarik berkenaan Kota Lukut ini, jangan lupa lawati Muzium Lukut yang menempatkan bermacam artifak yang telah ditemui di Kota Lukut. Bukan itu sahaja, anda dan keluarga juga akan mendapat pelbagai info menarik berkenaan tokoh-tokoh Lukut pada zaman silam. Sebuah tamadun yang bukan main hebat lagi.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Lot 730, Kota Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus


28. Muzium Adat Jelebu

Muzium Adat Jelebu
Sumber: Negeri Sembilan My Home Town

Malaysia adalah sebuah negeri yang kaya dengan budaya, tak sah rasanya kalau keunikan ini tidak diraikan melalui pameran bukan? Untuk menyelami kehidupan masyarakat Malaysia yang pelbagai budaya ni, apa kata kalau anda beramai-ramai bersama keluarga melawat Muzium Adat Jelebu.

Terbahagi kepada empat buah galeri berbeza iaitu, Pengenalan Adat di Malaysia, Kitar Hidup yang mempamerkan adat berkaitan kelahiran, kematian, perkahwinan dan lain-lain, seterusnya, Galeri Tradisi Intelektual/ Kerajaan serta akhir sekali adalah Galeri Adat Perpatih iaitu adat yang hanya wujud di Negeri Sembilan kalau di Malaysia.  Tak cukup dengan pameran, pusat sumber dengan koleksi buku tentang adat pun ada di muzium ni!

Satu lawatan yang sangat bermanfaat terutama bagi anak-anak yang masih bersekolah untuk memperkenalkan mereka dengan budaya masyarakat yang pelbagai di Malaysia, soalan macam ni banyak keluar dalam karangan sekolah ya, jadi tak perlulah anda fikir panjang, jom beramai-ramai ke sini, sangat bermanfaat.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm) | Cuti Hari Raya Aidilfitri Aidiladha (Tutup)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Muzium Adat Jabatan Muzium Malaysia 196, Jalan Dato’ Umbi, 71600 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan


27. Teratak Za’Ba

Teratak Za'ba
Sumber: Teratak Za’ba

Lagi bangunan dengan reka bentuk klasik yang terdapat di Negeri Sembilan adalah Teratak Za’ba yang dibina dengan menggunakan kayu Cengal. Walaupun dibina pada zaman moden dan dirasmikan pada tahun 2001, tapi memang betul-betul nampak klasik, tambahan lagi dengan hasil-hasil pertukangan Melayu yang dinampakkan pada sekitar bangunan ini.

Bercakap tentang Teratak Za’ba ni pula, kalau anda nak tahu, Za’ba juga digelar sebagai Pendeta Za’ba, seorang yang dihormati dalam bidang kesusasteraan. Begitu banyak yang telah disumbangkan oleh tokoh ini membuatkan beliau seorang yang penting untuk dikenali oleh generasi muda. Kalau anda melawat Teratak Za’ba ini, anda dapat melihat pameran Bibliografi, Peribadi dan Pakaian beliau.

Selain itu, terdapat juga Sudut Umum yang menempatkan barangan klasik yang wujud waktu kehidupan Za’ba. Jangan buang masa lagi, jom ambil tahu tentang cendekiawan negara! Penuh inspirasi yang diperlukan untuk menjadi seorang yang berilmu seperti beliau.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am -5.30pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Teratak Za’ba, Kg. Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol


26. Pengkalan Kempas

Pengkalan Kempas
Sumber: NS Art Society

Terletak dekat sekali dengan sempadan negeri Melaka, sebelum ke Melaka tu jangan lupa singgah ke Pengkalan Kempas. Masuk-masuk sahaja ke Pengkalan Kempas ini anda akan dapat melihat deretan rumah kedai yang dikatakan telah berusia lebih daripada 100 tahun!

Bukan itu sahaja yang menarik di sini, di pekan kecil ini juga menempatkan beberapa tarikan yang mesti disaksikan sendiri seperti makam Sheikh Ahmed Majnun (nak tahu kisah tentang sheikh ini, anda boleh google, banyak sangat versinya), sebuah batu putih yang boleh mengesan penipuan dan batu megalith hidup yang dikatakan semakin membesar dari masa ke masa. Selain itu, bagi anda yang suka memancing, jangan lupa untuk ke Jeti Pengkalan Kempas, dapat udang galah beberapa ekor boleh kenyang perut!

Alamat: Pengkalan Kempas, 71150 Linggi, Negeri Sembilan


25. Pantai Teluk Kemang

Pantai Teluk Kemang
Sumber: Tourism Malaysia

Pantai Teluk Kemang merupakan pantai yang paling terkenal di Port Dickson, ia juga merupakan pantai yang terbesar di sini. Banyak aktiviti air yang menarik yang boleh dibuat di sini seperti jetski, banana ride, parasail dan buggy. Pantai ini juga lengkap dengan kemudahan-kemudahan seperti laluan pejalan kaki, tandas, gazebo, kedai cenderamata dan gerai-gerai makanan.

Alamat: Jalan Pantai Teluk Kemang, Taman Orkid, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan


24. Pantai Cahaya Negeri

Pantai Cahaya Negeri
Sumber: Nik Hasrawati Nik Hassan

Air laut yang jernih bak kristal, dan berpasir putih yang terasa agak lembut di tapak kaki. Dapat bayangkan? Pantai Cahaya Negeri ini boleh dikatakan sebagai yang tercantik di PD, walaupun tidaklah semahsyur Pantai Teluk Kemang. Selain itu, di sekitar pantai ini terdapat banyak tempat penginapan yang menarik, bolehlah anda menikmati pemandangan Pantai Cahaya Negeri dari bilik!

Alamat: Pantai Cahaya Negeri, 5, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan


23. Blue Lagoon

Blue Lagoon Seremban
Sumber: Arif Waliyuddin

Blue Lagoon ini tidaklah selengkap pantai yang lain, tapi masih seronok untuk bersantai di sini sebab ada sahaja beberapa buah pondok yang disediakan untuk anda berteduh sambil makan-makan bersama keluarga. Jangan lupa bawa makanan sendiri ya. Disebabkan ia tidak selengkap pantai yang lain, anda boleh menikmati pemandangan laut yang menenangkan dengan penuh privasi. Di sinilah nak sembang hati ke hati dengan keluarga tercinta.

Alamat: Tanjung Biru, Port Dickson 71050


22. Pusat Penetasan Penyu

Pusat Penetasan Penyu Glory Beach Resort
Sumber: Glory Beach Resort

Sekiranya anda ingin membawa keluarga anda merasai pengalaman indah melihat penyu menetas, bawalah mereka ke Pusat Penetasan Penyu Glory Beach Resort Port Dickson. Jenis penyu yang terdapat di sini adalah penyu karah. Bila dapat tengok puas-puas proses penetasan ni?

Kebiasaannya penyu jenis ini akan menetas dengan banyak dari bulan April ke September, telur yang dihasilkan kebiasaannya dalam 130 biji. Pada sekitar pukul 11 malam setiap hari Sabtu dan Ahad anda akan dapat melihat kecomelan anak-anak penyu yang dilepaskan ke dalam laut untuk mula hidup berdikari. Walau bagaimanapun, waktu anak-anak penyu ini dilepaskan sebenarnya bergantung kepada pihak resort juga, apa-apapun, dapatkan info daripada pihak resort terlebih dahulu.

Alamat: Glory Beach Resort, Batu 2, Jalan Seremban Tanjung Gemok 71000 Port Dickson


21. Pantai Bagan Pinang

Pantai Bagan Pinang Seremban
Sumber: Yoon Loy Yap

Pantai Bagan Pinang ini agak meriah sebab ia adalah sebuah pantai yang lapang dan berpasir bersih. Memang bestlah nak jadikan tempat berkelah. Selain daripada berkelah, anda boleh berseronok bersama keluarga sambil bermain layang-layang sebab ada beberapa gerai yang menjual layang-layang penuh warna-warni di sekitar pantai. Kalau dah penat berseronok di sini, singgah sahaja ke gerai-gerai dan trak makanan yang dibuka untuk anda mengisi perut yang lapar.

Di samping itu, sekiranya anda bernasib baik, anda dapat menyaksikan nelayan-nelayan pulang membawa hasil tangkapan mereka ke pesisir pantai, cepat-cepat keluarkan kamera sebab masa inilah nak ambil gambar suasana di sekitar pantai yang indah!

Alamat: Batu 3, Jalan Pantai, Kampung Bagan Pinang, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan


Baca: 37 Tempat Menarik Di Selangor

20. Pantai Tanjung Gemok

Pantai Tanjung Gemok Seremban
Sumber: Marita Ibrahim

Sebuah pantai yang tenang, bersih dan selamat untuk bermandi-manda. Kalau anda datang ke sini untuk berkelah, tempat paling best adalah di bawah pokok besar yang terdapat di sini. Dapatlah anda bumbung semula jadi melindungi anda daripada panahan matahari.

Kalau dah puas berkelah itu, aktiviti lain yang boleh dibuat di sini adalah menaiki tour boat. Di samping itu, untuk pengetahuan anda, Tanjung Gemuk juga merupakan tempat penetasan penyu, bukan Terengganu je yang ada. Kalau anda bernasib baik, dapatlah anda tengok penyu-penyu menetas telur di sini.

Alamat: Pantai Tanung Gemok, Jalan Seremban, Batu 1, Port Dickson 71000


19. Pulau Arang

Pulau Arang Seremban
Sumber: paepy2864

Pulau yang terletak di hadapan PD Waterfront ini kecil sahaja. Belum lagi dikomersialkan, namun  begitu, dijangka pada tahun 2020 akan disediakan kereta kabel untuk anda yang ingin ke Pulau Arang sambil menikmati pemandangan indah merentasi air laut dari PD Waterfront. Jangan lupa, tahun 2020 nanti datanglah ke sini ya!

Alamat: Pulau Arang, 71000, Negeri Sembilan


18. PD Ostrich Show Farm

PD Ostrich Show Farm Seremban
Sumber: Yen Yen

Jom naik burung unta di PD Ostrich Farm! Itupun kalau anda bawah 40kglah. Nampaknya, anak-anak jelah yang boleh naik burung unta ni. Tak apa, jangan sedih, banyak lagi aktiviti lain yang sesuai untuk anda, contohnya menunggang kuda, ataupun naik ATV, hebat juga kan?

Bagi anak-anak kecil yang comel, mereka bukan sahaja boleh mendekati dan memberi makan kepada burung-burung unta yang terdapat di sini, sebab ada banyak lagi binatang lain sebenarnya, seperti arnab, keldai dan kambing. Dah puas berseronok, jangan lupa beli barangan yang dibuat daripada burung unta di kedai cenderahati yang terdapat di sini.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30am – 6.00pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-kanak Atas 3 Tahun RM15

Alamat: Lot 1419 Jalan Kemang 13 | Batu 9, Jalan Pantai, Port Dickson 73000


17. Jelita Ostrich Farm

Jelita Ostrich Farm Seremban
Sumber: Tadika APC

Teringin nak tahu bagaimana rasanya makan telur burung unta yang sedap ni? Anda boleh dapatkannya di sini dengan harga RM80. Bukan setakat makanan, di sini juga anda boleh mendekati burung-burung unta ini untuk bergambar, memberi makan, tengok burung unta berlumba dan nak naik burung unta pun boleh.

Memang sepuas hatilah anda dapat kenal-mengenali burung-burung unta di sini. Tapi anda jangan anggap ladang ini hanya menempatkan burung unta je, sebab ada juga binatang lain seperti itik, kambing, kuda dan bangau.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30am – 5.00pm)

Bayaran Masuk: RM10

Alamat: Lot 1504, Batu 6, Mukim Pantai, Jalan Jelebu, 71770 Seremban


16. Sungai Timun Fireflies

Sungai Timun Fireflies
Sumber: hajahlijahandco

Anak-anak anda pasti seronok dapat melihat cahaya-cahaya kecil berterbangan di udara ibarat di dalam dunia magika tapi sebenarnya datang daripada kunang-kunang yang terbang bebas di Sungai Timun. Sungai Timun Fireflies ini dikatakan antara kawasan melihat kunang-kunang yang terbesar di Malaysia.

Bukan itu sahaja yang menjadi tarikan Sungai Timun ni, sebab di sini juga anda boleh memancing udang galah. Kalau malas nak memancing, singgah je kedai-kedai makanan laut yang banyak di sekitar Sungai Timun, banyak makanan laut yang sedap dihidangkan sebagai contoh ikan bakar, lobster dan kupang. Bila waktu dah gelap dan perut dah kenyang barulah anda mula mencari kunang-kunang ni!

Alamat: Sungai Timun Fire Flies, Rembau


15. Taman Tema Air PRIMALAND

Primaland-Port-Dickson-Seremban
Sumber: Jom Bercuti

Taman Tema Air PRIMALAND ini terletak di dalam PRIMALAND Port Dickson Resort Convention Centre. Taman Tema ini tidaklah segempak di Sunway Lagoon tapi tetap menyeronokkan untuk menghabiskan masa cuti bersama keluarga. Lengkap dengan gelongsor dan tiub spiral, ini pun sebenarnya sudah cukup menggandakan keseronokan anda yang bermandi-manda di sini, turun naik gelongsor terus ke dalam kolam, mana tak bestnya kan? Lagi best kalau tunggu bawah tong air yang besar di sini, sekali air disimbah, memang nikmatlah!

Waktu Operasi: Sesi Pagi (8.00am – 12.00pm) | Sesi Petang (12.30pm – 7.00pm)

Bayaran Masu (Hujung Minggu): Dewasa 1 Sesi: RM30, 2 Sesi: RM50 | Kanak-kanak (3 – 12 Tahun) 1 Sesi: RM20, 2 Sesi: RM30 | Kanak-kanak (2 Tahun Dan Ke Bawah) 1 Sesi: RM10, 2 Sesi: RM15

Alamat: Taman Tema Air PRIMALAND, Batu 12, Port Dickson


14. Pusat Borong Nilai 3

Pusat Borong Nilai 3
Sumber: Tourism Malaysia Central

Mari, mari, mari! Shopping sakan di Pusat Borong Nilai 3. Di sinilah anda boleh membeli banyak barangan dengan harga borong. Kakak-kakak, mak cik-mak cik, mesti kena datang ke Nilai 3 ni, ada banyak gerai-gerai pakaian borong.

Boleh rambang mata melihat pilihan pakaian yang melimpah ruah dan murah di sini. Bukan setakat pakaian, kalau anda mencari barangan perkahwinan, perabot, hiasan rumah, kraftangan, lampu-lampu hiasan, aksesori kereta dan bermacam lagilah, semuanya ada di sini.

Alamat: Nilai 3, Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, 71800


13. Rembau Crystal

Rembau Crystal Seremban
Sumber: Rembau Crystal

Bukan di Nilai 3 sahaja yang ada barangan hiasan rumah, Rembau Crystal yang terletak di Perkampungan Kristal ini menawarkan pelbagai kraftangan yang diperbuat daripada kristal oleh rakyat Malaysia sendiri. Anda nakkan apa? Lampu meja? Kelengkapan dapur? Semuanya ada. Memang sukar nak buat pilihan kalau dah dikelilingi dengan kilauan kristal ni. Bukan setakat tempat membeli-belah, di sini juga anda dan keluarga boleh melihat sendiri bagaimana barangan kristal ini dibuat.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00am – 5.30pm) | Sabtu (9.00am – 5.00pm)

Alamat: Lot 1432, Perkampungan Crystal, Jalan Kampung Mulia, 71300 Rembau, Negeri Sembilan


12. Pusat Rekreasi Ulu Bendul

Pusat Rekreasi Ulu Bendul
Sumber: Negeri Sembilan

Pusat Rekreasi Ulu Bendul yang terletak di kaki Gunung Angsi ini dapat memberikan anda sekeluarga ketenangan yang tidak akan dapat dilupakan, dengan pepohon rendang yang tumbuh di sekitar pusat rekreasi ini, anda boleh berkelah sambil mendengar bunyi air sungai yang mengalir jernih.

Di samping keindahan yang menenangkan jiwa, anda juga boleh bermandi-manda di kolam besar yang turut dialirkan oleh air sungai, cukup menyegarkan. Sudah puas bersantai di sini, anda boleh mendaki sedikit ke atas bukit dan di sini anda akan menemui Snake Garden yang menempatkan beberapa ekor ular dan unggas. Yang paling best sekali, di sinilah anda dapat lihat di depan mata sendiri seekor ANACONDA! Agak besar juga. Jangan risau, semuanya diletakkan di dalam tempat yang selamat untuk anda lihat bersama keluarga.

Alamat: Pusat Rekreasi Ulu Bendul, Tanjong Ipoh, Kuala Pilah


11. Jeram Gading

Jeram Gading
Sumber: Jeram Gading

Yang menjadikan Jeram Gading ini sebuah lokasi yang unik adalah kerana terdapat dua buah jambatan gantung yang menyambung dua tebing sungai, tapi, hanya satu sahaja yang selamat digunakan.

Dinamakan Jeram Gading kerana alkisahnya pada dahulu kala gajah banyak ditemui di sekitar kawasan ini. Jangan risau, kerana itu berlaku pada zaman dahulu, sekarang ia selamat sahaja untuk dijadikan tempat berekreasi bersama keluarga. Nak berkelah di sini memang sangat menenangkan, dengan kehijauan kawasan hutan di sekitar sungai, menyejukkan mata yang memandang. Kalau anda nak menikmati keindahan Jeram Gading lebih lama lagi, anda sekeluarga boleh menginap di resort yang terdapat di sini.

Alamat: Jeram Gading, Jalan Kampung Chennah, Negeri Sembilan, 71150


10. Taman Tasik Seremban

Taman Tasik Seremban
Sumber: Hamidi Izwan

Salah satu daripada tasik yang paling tua di Malaysia, Taman Tasik Seremban ini dihiasi dengan pohon-pohon tropika yang menghijau dan bunga-bungaan yang tumbuh mekar. Di samping itu, di sini juga terdapat dua buah tasik indah dan wakaf untuk anda bersantai bersama keluarga sambil menikmati pemandangan.

Kalau anda inginkan aktiviti yang mengeluarkan peluh, trek jogging dan taman permainan turut tersedia di taman tasik ini. Tak cukup dengan itu, tarikan unik yang terdapat di sini adalah sebuah pentas terapung yang mana pada setiap minggu kedua dan keempat hari Sabtu akan diadakan Program Hiburan Sekeluarga “Serembang di Seremban”. Datanglah ke sini pada hari-hari itu ya!

Alamat: Taman Tasik Seremban, Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan


9. Taman Orkid Seremban

Taman Orkid Seremban
Sumber: mpsns

Taman yang berkeluasan 1.62 hektar, Taman Orkid Seremban ini memang tempat menarik untuk meluangkan masa bersama keluarga sambil melihat pelbagai jenis pokok orkid yang berwarna-warni. Antara orkid yang ditanam di taman ini adalah Black Orchid, Tiger Orchid, Eria Rulchella, Eria Ornata dan banyak lagi, nak tahu apa yang ada, mai datang ramai-ramai.

Selain daripada orkid-orkid yang meriah dengan warnanya ini, anda juga boleh menyejukkan mata dengan menikmati pemandangan pokok yang menghijau yang terdapat di sekeliling taman dan air terjun buatannya.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 7.00pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Taman Orkid Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan


8. Rantau Eco Park

Rantau Eco Park Seremban
Sumber: Faiz Kemas Seremban

Rantau Eco Park merupakan taman yang menawarkan pemandangan alam semula jadi yang indah untuk anda dan keluarga menjalankan aktiviti rekreasi. Antara tarikan utama yang terdapat di sini adalah kolam air yang agak luas dan seronok untuk bermandi-manda yang tersedia untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat zoo mini yang menempatkan pelbagai jenis binatang seperti rusa, ayam, kuda dan banyak lagi. Anda boleh membeli makanan untuk diberikan kepada haiwan-haiwan di sini. Dah puas melihat haiwan-haiwan comel ni, aktiviti lasak turut disediakan untuk anda lakukan seperti berkayak. Semuanya ada di dalam satu taman.

Alamat: Rantau Eco Park, Kampung Kuala Sawah Pasir, 70300 Rantau, Negeri Sembilan


7. Gunung Angsi

Gunung Angsi Seremban
Sumber: Soo Thang

Ada dua jalan yang boleh digunakan untuk menakluki Gunung Angsi ini, yang pertama adalah melalu trek Hutan Lipur Ulu Bendul dan yang kedua adalah melalui trek Bukit Putus. Kalau anda nak yang lebih mencabar kerana perjalanan lebih jauh, anda boleh menggunakan trek Ulu Bendul, sekiranya anda menggunakan trek Bukit Putus pula, kurang 1 – 1.5 km perjalanan kalau dibezakan dengan Ulu Bendul.

Apa-apa pun, tujuannya sama sahaja, untuk sampai ke punca Gunung Angsi yang menyajikan anda dengan panorama indah banjaran-banjaran gunung yang menyejukkan pandangan mata.

Alamat: Gunung Angsi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan


6. Batu Maloi Cave

Gua Batu Maloi
Sumber: Gua Batu Maloi Cave

Batu Maloi Cave ini merupakan sebuah gua yang agak mencabar untuk diterokai.  Boleh dikatakan 90% waktu anda berada di dalam gua ini, badan anda ditenggelami air sebab ini adalah gua bersungai. Ada yang mencecah paras pinggang dan ada juga hingga ke paras dada.

Kalau anda dan keluarga ingin melakukan aktiviti lasak ini, pastikan anda memiliki kelengkapan yang lengkap seperti headlamp yang kalis air, sarung tangan kerana anda perlu banyak menolak badan dan merangkak di dalam air, stokin, makanan yang dapat memberikan tenaga (energy bar) dan lain-lain lagi yang penting.

Sebelum anda masuk ke Batu Maloi Cave ini, anda perlu mendapatkan tour guide terlebih dahulu, ini bukan gua biasa, ia memberikan anda sekeluarga pengalaman luar biasa. Tak percaya? Cuba dulu.

Alamat: Batu Maloi Cave, Tampin,Negeri Sembilan


5. Port Dickson

Port Dickson Seremban
Sumber: Skywalker Aerial Studio

Hanyalah 1 jam sahaja dari Kuala Lumpur, kawasan ini dahulunya merupakan tempat penghasilan arang sehingga pernah diberikan nama Arang sebelum ditukarkan kepada Port Dickson. Port Dickson rasanya lebih sesuai untuk sebuah kawasan yang dikelilingi dengan pantai-pantai yang indah ni.

Memang rugi kalau tak pernah datang ke sini, sangat banyak aktiviti air yang boleh dilakukan seperti snorkeling, wind surfing, berkayak, ski air dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, rasa nak makan makanan laut fresh? Apa kata kalau anda memancing di sini. Malahan, sekiranya anda suka berlayar, anda boleh mendapatkan keahlian sementara daripada Yacht Club di sini.

Bagi anda yang datang dari Kuala Lumpur, datang sahaja ke Port Dickson kalau anda sekeluarga inginkan percutian yang meriah dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di dalam alam semula jadi.

Alamat: Port Dickson, Negeri Sembilan


Baca: 10 Hotel Terbaik Di Port Dickson

4. Hutan Simpan Sungai Menyala

Hutan-Simpan-Sungai-Menyala
Sumber: Rakan Alam Sekitar Uniten

Dengan keluasan 1,305 hektar, Hutan Simpan Sungai Menyala merupakan Hutan Dipterokarp Tanah Pamah yang terbesar di Asia Tenggara. Hutan Simpan Sungai Menyala ini bukan hutan biasa, tapi ia adalah sebuah hutan dara kerana tak pernah sama sekali dinodai dengan pembalakan, penerokaan atau lain-lain lagi. Maknanya, hutan simpan ini memang seronok untuk diredahi, kekayaan flora dan faunanya bakal mengasyikkan jiwa anda sekeluarga.

Lokasinya pula hanyalah 12 km sahaja dari Bandar Port Dickson, sampai sahaja ke Port Dickson tu, jangan lupa untuk menjadikan meredah Hutan Simpan Sungai Menyala sebagai salah satu aktiviti percutian anda!

Alamat: Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson


3. Gunung Datuk

Gunung Datuk Seremban
Sumber: Razer Mj

Gunung yang berketinggian 2900 kaki ini iaitu Gunung Datuk adalah gunung yang ke-220 tertinggi daripada 300 buah gunung yang terdapat di Malaysia. Gunung Datuk juga lebih tinggi daripada gunung lain yang terletak di Negeri Sembilan ini iaitu Gunung Angsi.

Bayangkanlah pemandangan yang dapat dinikmati sebaik sampai ke puncak Gunung Datuk, mesti lagi memukau, dengan udara yang lebih segar, di puncak yang lebih tinggi. Alang-alang dah penat mendaki jauh ke puncak Gunung Datuk, pastikan anda turut membawa peralatan berkhemah. Dapatlah melihat pemandangan matahari naik pula bangun tidur nanti.

Alamat: Gunung Datuk, Rembau


2. Lorong Seni Seremban

Lorong Seni Negeri Sembilan
Sumber: Tourism Malaysia Central

Bagaimana lagi cara yang lebih best untuk mempamerkan keunikan negara Malaysia yang pelbagai kaum ini kalau bukan melalui karya seni kreatif kan? Di Lorong Seni Seremban ini anda dapat mencuci mata melihat hasil-hasil lukisan yang melambangkan budaya kaum-kaum yang penuh warna-warni di Malaysia.

Bukan sekadar lukisan biasa, 3D pula tu! Suasana Bandar Seremban yang masih agak klasik ini menambahkan lagi aura hipster di Lorong Seni ini. Bawa kamera, selfie stick, dan apa lagi, berklik-klik non-stop lah di sini dengn pose terhebat anda sekeluarga!

Alamat: Lorong Seni Seremban, 155C, Jalan Dato Bandar Tunggal, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan


1. Masjid Negeri Sembilan

Masjid Negeri Sembilan
Sumber: Masjid Negeri Negeri Sembilan

Kalau anda bersiar-siar makan angin di sekitar Negeri Sembilan dan ternampak sebuah bangunan yang kelihatan seperti stadium ini, kemungkinan besar itu adalah Masjid Negeri Sembilan yang dibina pada tahun 1966. Unikkan? Binaan bangunan ini juga agak simbolik dengan sembilan buah tiang, sembilan anjung tambahan, dan sembilan ruang yang mencerminkan sembilan daerah pentadbiran yang dimiliki Negeri Sembilan. Masjid yang memiliki reka bentuk Minangkabau ini memiliki 3 tingkat dengan ruangan solatnya yang menawarkan pemandangan indah Taman Tasik Seremban.

Alamat: Jalan Dato’ Hamzah, Negeri Sembilan


Banyak juga tempat menarik di Negeri Sembilan ni kan? Ini baru sahaja dengar cerita keseronokan melawati kawasan-kawasan ni, belum pergi lagi. Kalau dah pergi mesti nak datang lagi punyalah! Tak cukup sehari kalau nak ke semua tempat menarik di Seremban ni, jadi apa kata kalau bawa keluarga anda semua menginap di hotel-hotel tepi pantai yang ada di Seremban. Tak payah pening kepala nak cari di mana hotel-hotel yang best dan murah ni, pergi je ke booking.com dan di sini anda boleh pilih di hujung jari sahaja penginapan pilihan hati anda.

Dah tahu semua tempat yang best-best untuk dilawati kan? Jom kita berhenti bercerita, mula bergerak menuju ke destinasi percutian idaman hati. Semoga anda sekeluarga berseronok di Seremban!