Categories
Malaysia Travel Guide

16 Hotel Murah Di Muar | Bilik Selesa Bawah RM250 Semalam

Tak tahu nak ke mana dengan keluarga untuk cuti akan datang? Apa kata kalau anda jadikan Muar sebagai destinasi cuti nanti? Salah satu sebab penting anda kena pilih Muar sebagai pilihan adalah kerana ia telah dinobatkan sebagai salah satu bandar yang terbersih dalam anugerah Asean Clean Tourist City Standard Award 2017 pada Februari 2018 baru-baru ni.

Dari tarikan alam semula jadi Gunung Ledang dan Sungai Muar hinggalah kepada kewujudan kedai-kedai makan yang best, macam-macam untuk diteroka di sekitar Muar ni sebenarnya. Disebabkan banyak tarikan tersimpan di sini, maka banyak jugalah penginapan yang ditawarkan untuk memudahkan ‘pengembara’ Muar berehat.

Namun tak semua penginapan dapat memberikan nikmat rehat yang sebenar, lebih-lebih lagi dalam harga yang murah. Untuk menyelesaikan masalah ni, kami senaraikan kesemua hotel murah di Muar yang pasti membantu anda tidur lena dalam harga yang sangat berpatutan. Nak tahu di mana? Teruskan membaca.

16. Bei Boutique Hotel

Bei Boutique Hotel Muar - Main Image

Kalau anda berjalan di sekitar Jalan Abdul Rahman di Muar ini, pandangan mata anda pasti akan tertarik dengan sebuah bangunan moden yang terdapat di sini, dan berkemungkinan besar bangunan yang menarik perhatian anda ini adalah Bei Boutique Hotel.

Bukan setakat cantik, kalau anda menginap di sini juga anda dapat menggunakan salah satu kemudahan menarik yang disediakan di sini iaitu ruang bacaan atau perpustakaannya yang padat dengan pelbagai jenis buku yang menarik untuk dibaca. Sambil bersantai membaca, anda boleh menikmati kopi atau minuman lain yang disediakan secara percuma!

Bei Boutique Hotel Muar - Room Image

Nak lagi sebab kenapa anda perlu pilih hotel butik ini? Sebabnya adalah kerana hotel ini turut memiliki pusat kecergasannya sendiri. Mungkin anda dah makan macam-macam semasa bercuti ni, inilah peluangnya untuk anda kembalikan bentuk badan asal.

Harga: Dari RM185+ Semalaman

Alamat: 8-3, Jalan Abdul Rahman, Johor, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Muar

15. Muo Villa

Muo Villa Muar - Main Image

Nak feel macam orang kaya? Inilah peluangnya! Menginaplah di Muo Villa. Hiasan dalaman yang tak ubah seperti hotel, dilengkapkan lagi dengan kolam renang, Muo Villa adalah rumah idaman sesiapa sahaja! Memang bestlah dapat menginap dekat rumah  idaman masa waktu cuti kan?

Muo Villa Muar - Room Image

Bilik-bilik yang ditawarkan cukup luas dan lengkap dengan semua kemudahan seperti di rumah sendiri. Sesetengah bilik di villa ini juga turut memiliki ruang balkoni yang boleh dijadikan lokasi bersantai anda di waktu petang sambil menikmati pemandangan indah dan udara yang segar.

Lokasinya, terletak hanyalah 8 minit daripada kawasan bandar dan 10 minit daripada Tanjung Emas.

Harga: Dari RM150+ Semalaman

Alamat: 233-2, Jalan Meriam, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com

14. Tropicana Boutique Hotel

Tropicana Boutique Hotel Muar - Main Image

Tropicana Boutique Hotel adalah sebuah penginapan bertaraf 3 bintang yang sangat sempurna untuk diinapi sekiranya anda suka berjalan-jalan cari makan. Kerana di sini terdapat banyak kedai-kedai dan kafe menarik di sekitarnya seperti Papparich yang berada di tingkat bawah hotel, Pizza Hut, Chatime, McD dan Starbucks! Kalau anda memang kaki makanan western, anda patut booking hotel ni!

Bukan itu je, pihak Tropicana Boutique Hotel turut memberikan voucher untuk anda menikmati sarapan pagi di Papparich. Breakfast anda pasti tidak mengecewakan.

Tropicana Boutique Hotel Muar - Room Image

Mengenai penginapan ini sendiri, Tropicana Boutique Hotel menyediakan 29 buah bilik yang selesa dan juga 4 buah homestay. Mana satu yang menjadi pilihan anda? Fasiliti yang disediakan hotel butik ini juga sangat memuaskan hati yang mana mereka menyediakan water dispenser di setiap tingkat, kemudahan karaoke, Far Infrared (FIR) Sauna dan juga Business Centre. Tak macam hotel bajet kan?

Harga: Dari RM103+ Semalaman

Alamat: 82-54, Tkt 2, Jalan Bakri 2 Kg Kenangan Tun Dr. Ismail, Johor, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com

13. Sabak Awor Resort

Sabak Awor Resort Muar - Main Image

Bagi anda yang mendambakan suasana damai dan kekampungan, Sabak Awor Resort adalah penginapan yang anda cari. Terletak di tepi Sungai Muar, anda sekeluarga dapat menikmati pemandangan indah ini sambil menjamu selera makanan laut yang dihidangkan di restoran milik resort.

Disebabkan lokasinya ini juga, banyak aktiviti yang boleh anda sekeluarga rancang untuk lakukan seperti menikmati pemandangan matahari terbenam daripada jeti, river cruise dan memancing. Pilihan yang tepat untuk percutian bukan?

Sabak Awor Resort Muar - Room Image

Mengenai penginapan di resort ini, Sabak Awor Resort menawarkan 45 buah bilik yang dihias dengan simple. Dari bilik-bilik yang selesa ini juga anda dapat menikmati pemandangan sama ada taman yang tenang, laman ataupun sungai Muar. Keselesaan dan kebersihan bilik ini juga sangat memuaskan hati.

Mengenai kemudahan yang disediakan, Sabak Awor Resort turut menyediakan kemudahan barbeku dan khidmat sewaan basikal sekiranya anda ingin makan angin di sekitar kawasan.

Harga: Dari RM95+ Semalaman

Alamat: Lot 9094 Sabak Awor,Batu 3 Jalan Bakariah Batu ,Tepi Sungai, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com

12. Muar Traders Hotel

Muar Traders Hotel - Main Image

Walaupun menawarkan harga yang bermula bawah daripada RM130, Muar Traders Hotel bukanlah sebuah hotel murah yang biasa.

Sekiranya anda melihat dekorasi dalaman hotel ini, dapat dirasakan aura mewah seperti mana layaknya sebuah hotel penginapan. Antara penginapan yang ditawarkan adalah apartment dengan 1 atau 2 buah bilik, bilik deluxe dan early bird room.

Muar Traders Hotel - Room Image

Pemandangan yang dapat dinikmati daripada bilik-bilik yang dihias dengan warna neutral ini juga sungguh mengujakan iaitu pemandangan Sungai Muar yang mengalir dengan tenang, jangan melepaskan peluang untuk melihat keindahan matahari terbenam.

Sekiranya perut berbunyi sewaktu sedang bersantai di dalam bilik, anda boleh turun ke tingkat bawah untuk mengisi kelaparan dengan makanan-makanan enak dari kedai donut, Secret Recipe ataupun Domino.

Lokasinya, terletak dekat dengan masjid dan di tengah-tengah pekan Muar. Sangat strategik!

Harga: Dari RM129+ Semalaman

Alamat: 16, Jalan Petrie, Muar, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com

11. The Grace Hotel

The Grace Hotel Muar - Main Image

The Grace Hotel adalah sebuah penginapan selesa yang sangat menarik untuk dijadikan pilihan penginapan. Ini kerana bilik-biliknya dihias dengan begitu menarik menggabungkan warna-warna neutral seperti coklat dan putih yang sedap dipandang mata. Kalau anda seorang yang berjiwa klasik, inilah aura yang dipancarkan The Grace Hotel.

The Grace Hotel Muar - Room Image

Mengenai lokasinya, cukup menarik kerana di tingkat bawah hotel ini, anda boleh membeli bermacam jenis roti dari kedai roti. Kalau tak rasa nak makan roti, anda boleh berjalan kaki menuju ke banyak lagi kedai lain seperti Secret Recipe, Starbucks dan macam-macam lagi. Sekiranya anda ingin membeli kudapan untuk dimakan sambil makan angin di Muar, 7/11 juga hanyalah di sekitar hotel.

Mengenai kemudahan yang terdapat di hotel ini, The Grace Hotel menyediakan wifi percuma dan mesin kopi dengan minuman seperti teh tarik dan white coffee.

Harga: Dari RM78+ Semalaman

Alamat: No.73 Jalan Pesta 1/3 No.73 Jalan Pesta 1/3, Jalan Bakri 84000 Muar, Johor

Selanjutnya Di Booking.com

10. 52 The Grace Hotel

52 The Grace Hotel - Main Image

52 The Grace Hotel adalah hotel yang berbeza dengan The Grace Hotel. Diberikan nama 52 The Grace Hotel kerana alamatnya yang bernombor 52. Bukan sahaja perbezaan lokasi, rekaan dalamannya juga luar biasa berbeza.

Bila anda melangkah masuk ke dalam bilik, mata anda akan tertarik dengan dekorasi dalamannya yang memang superb ditambah lagi dengan kesempurnaan wallpaper yang diletakkan pada dinding. Terasa seperti menginap di dalam bilik yang mewah.

52 The Grace Hotel Muar - Room Image

Lokasinya, di kawasan yang lengang daripada sebarang gangguan, membolehkan anda menikmati tidur malam yang lena. Ia juga terletak dekat dengan stesen minyak Petronas yang hanyalah 3 minit pemanduan dari sini. Lapar? 7/11, McD dan Secret Recipe semuanya tidak jauh dari hotel ini.

Harga: Dari RM88+ Semalaman

Alamat: Nombor 52 Sialin Commercial Centre, Jalan Bakri, Muar, 84000 Johor

Selanjutnya Di Booking.com

9. Elite Hotel

Elite Hotel Muar - Main Image

Kalau anda nak semuanya ada di sekitar, Elite Hotel adalah penginapannya. Hotel ini terletak betul-betul di atas Old Town White Coffee sekiranya anda ingin menikmati makanan yang mengenyangkan setelah kepenatan berjalan-jalan.

Kalau ingin mencari kudapan atau barangan keperluan yang lain, 99 Speedmart juga terdapat di sini. Sekiranya anda tidak kisah untuk berjalan kaki dalam sekitar 10 ke 15 minit, terdapat banyak pilihan kedai makan yang lain. Untuk beraktiviti, taman Tanjung Emas tidak jauh dari hotel.

Elite Hotel Muar Room - Main Image

Elite Hotel adalah sebuah hotel 2 tingkat yang menawarkan 46 buah bilik untuk dipilih. Bilik-bilik ini dihias dengan moden dan berlantaikan jubin. Hotel ini juga sesuai untuk diinapi bersama keluarga kerana keluasan bilik-bilik yang ditawarkannya.

Kemudahan lain yang disediakan adalah akses wifi yang mantap kelajuannya!

Harga: Dari RM95+ Semalaman

Alamat: 5-20, Jalan Ibrahim, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com

8. MUO Resort

MUO Resort Muar - Main Image

Sebaik anda menjejakkan kaki di kawasan MUO Resort ini, mesti terasa macam tak percaya yang resort ini terletak di tengah-tengah bandar namun begitu, hiruk-pikuk kota langsung tidak mengganggu resort. Pemandangan penuh kehijauan yang menyegarkan mata dapat dinikmati di sekitar hotel sambil duduk bersantai di kerusi-kerusi rehat yang tersedia di sini.

Anda sekeluarga juga boleh menggunakan kemudahan yang disediakan untuk memeriahkan lagi percutian anda di Muar seperti menaiki basikal percuma yang dah ready menanti anda di resort, berkaraoke yang juga percuma atau membawa anak-anak anda bermain di taman permainan yang disediakan. Kemudahan lain yang ada adalah tempat meletak kereta dan wifi percuma.

MUO Resort Muar - Room Image

Bilik-bilik yang ditawarkan resort ini luas dan selesa untuk diinapi bersama keluarga. Dekorasi dalamannya juga mampu membuat anda rasa jatuh cinta pada pandangan pertama. Cukup menyegarkan mata.

Lokasinya, terletak dekat dengan 7E yang hanyalah di seberang jalan dan juga kawasan bandar.

Harga: Dari RM136+ Semalaman

Alamat: 8-2, Jalan Abdul Rahman, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com

7. Homestay Muar

Homestay Muar - Main Image

Tak pasti nak duduk homestay atau hotel? Anda boleh booking Homestay Muar sebab penginapan ini menawarkan fasiliti yang lengkap seperti di rumah sendiri dan dalam masa yang sama menawarkan penginapan bilik yang tidak ubah seperti menginap di hotel!

Segalanya tentang penginapan ini sangat sempurna. Bukan itu sahaja, bilik-biliknya juga sangat luas ditambah lagi dengan tahap kebersihan yang hebat!

Homestay Muar - Room Image

Namun begitu, anda perlu tahu bahawa homestay ini menawarkan penginapan berdasarkan harga bilik dan bukannya satu rumah.

Antara bilik yang boleh dipilih adalah bilik double/twin, bilik deluxe, suite, bilik keluarga dan beberapa jenis penginapan apartment.

Tapi kalau ada bajet lebih dan datang dengan keluarga yang besar, anda boleh menyewa keseluruhan homestay ini. Berkaitan dengan kemudahan yang disediakan, Homestay Muar memiliki ruang dapur kongsi dan wifi yang pantas!

Harga: Dari RM49+ Semalaman

Alamat: 25-26, Jalan Tanjung 4/1 Taman Tanjung Baru, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com

6. Raeishah Homestay Muar

Raeishah Homestay Muar - Main Image

Raeishah Homestay Muar adalah sebuah penginapan yang selesa dan sangat strategik kerana terletak hanyalah dalam sekitar 3 km dari pusat membeli-belah Wetex Parade Muar. Lokasi seperti restoran-restoran, masjid dan pasaraya Speedmart 99 pula hanyalah dalam 1 ke 2 km dari homestay ini.

Raeishah Homestay Muar - Room Image

Mengenai penginapan ini sendiri, ianya dihias dnegan minimal dan moden. Rumah ini juga cukup luas menjadikan ia sesuai untuk dijadikan penginapan sekiranya datang ke Muar bersama keluarga.

Kemudahan lain seperti ruang dapurnya pula lengkap dengan tempat memasak, jadi kalau anda rasa ingin jimat masa bercuti, apa kata kalau masak sahaja di homestay? Duit yang selebihnya boleh digunakan untuk beraktiviti atau bershopping di sini.

Harga: Dari RM220+ Semalaman

Alamat: Jalan Paip Taman Sri Temenggung, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com

5. Muo Boutique Hotel

Muo Boutique Hotel - Main Image

Tiada apa yang lebih ‘real’ pengalaman Muarnya daripada menginap di Muo Boutique Hotel.

Melangkah masuk bangunan dengan reka bentuk kolonial ini, anda akan disambut dengan dunia penuh nostalgia bandaraya Muar yang mana ruang lobinya mempamerkan pelbagai hasil karya yang bertemakan Muar dan barang-barang antik seperti radio, lampu-lampu lama, tv klasik dan banyak lagi.

Muo Boutique Hotel - Room Image

Ruang biliknya juga tak mengecewakan, diberikan sentuhan vintage/retro dan moden, konsep yang diketengahkan ini menambahkan atmosfera ‘cosy’ penginapan.

Bukan sekadar nampak selesa pada pandangan mata, tapi sememangnya katil dan bantalnya empuk semacam! Yang bestnya, kalau anda suka dengan mana-mana produk hotel ini, anda boleh membelinya dekat Muo Concept Store.

Setelah puas bersantai di dalam bilik, anda boleh bergerak menuju ke ruangan atas bumbung hotel ini yang dihias dengan begitu menarik untuk menikmati pemandangan yang mendamaikan Sungai Muar.

Harga: Dari RM126+ Semalaman

Alamat: 11A, Jalan Petrie, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com

4. Tanjung Villa

Tanjung Villa Muar - Main Image

Kalau anda ada ‘taste’ yang tinggi, Tanjung Villa pasti akan menjadi penginapan yang anda akan ingin berulang-kali pilih sebagai tempat bermalam setiap kali ke Muar. Mana tidaknya, di sinilah anda dapat merasakan nikmat percutian yang sebenar, penuh dengan privasi.

Tanjung Villa Muar - Room Image

Biliknya juga sangat luas dan bersih! Hiasan dalaman villa ini juga sungguh elegan, mungkin boleh dijadikan inspirasi untuk menghias rumah sendiri? Untuk beraktiviti, anda sekeluarga boleh terjun ke kolam renang yang sudah tersedia di villa ini.

Harga: Dari RM175+ Semalaman

Alamat: No. 222-5, Jalan Meriam, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com

3. WakaLily Hostel (Backpackers)

WakaLily Hostel Muar - Main Image

Rasanya, sekiranya pada awal booking anda hanya ingin bermalam untuk 2 malam, bila dah melihat keindahan penginapan WakaLily Hostel ini di depan mata, anda mungkin ingin memanjangkan lagi tempoh penginapan. Simple, bersih tahap wow dan ‘homey’ inilah 3 adjektif untuk menjelaskan WakaLily Hostel.

WakaLily Hostel Muar - Room Image

Setiap sudut hostel ini dihias dengan penuh kreativiti, inilah yang menambahkan keseronokan para penginap. Bukan itu sahaja, bayaran untuk penginapan satu malamnya juga tak membuatkan anda rasa bersalah nak duduk lama-lama.

Harga: Dari RM23+ Semalaman

Alamat: No. 13 up, Jalan Bunga Permai, Taman Bunga Permai Batu 2, Parit Bunga, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com

2. Cempaka Homestay Muar 29

Cempaka Homestay Muar 29 - Main Image

Cempaka Homestay Muar 29 adalah sebuah lagi penginapan buat anda yang inginkan keselesaan seperti di rumah sendiri sewaktu tengah bercuti. Di dalam homestay ini, semua ahli keluarga dapat menikmati keselesaan bermalam dalam bilik masing-masing macam dekat rumah.

Cempaka Homestay Muar 29 - Room Image

Sebagai info tambahan, Cempaka Homestay Muar 29 adalah sebuah penginapan rumah teres 1 tingkat yang lengkap dengan 3 buah bilik tidur. Antara kemudahan yang tersedia adalah mesin basuh, microwave, pinggan mangkuk, tv dengan siaran Astro dan banyak lagi. Memang tak ubah macam di rumah!

Harga: Dari RM180+ Semalaman

Alamat: 29 Jalan Seri Temenggung 26, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com

1. Muarar 99 Hotel

Muarar 99 Hotel Muar - Main Image

Inginkan pemandangan yang menyegarkan mata? Anda boleh memilih Muarar 99 Hotel sebagai penginapan di Muar nanti. Di sini, anda dapat menikmati pemandangan yang mendamaikan jiwa Sungai Muar dan juga sekitar bandar Muar.

Untuk pengetahuan anda, bilik-biliknya dihias dengan ringkas menggunakan warna-warna neutral yang sedap dipandang. Sambil bersantai di dalam bilik yang selesa ini anda boleh menggunakan akses wifi percuma yang disediakan.

Muarar 99 Hotel Muar - Room Image

Kalau anda menginap di sini, jangan lupa untuk mencuba masakan di restoran hotel ini yang enak dan harganya juga berpatutan. Kemudahan lain yang disediakan adalah tempat letak kereta di bahagian basement hotel.

Harga: Dari RM108+ Semalaman

Alamat: No 173 Jalan Abdullah, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com

Ada yang berjaya menggoda jiwa anda? Banyak sekali tawaran hotel murah di Muar yang menarik ni kan? Tapi kalau pilihan penginapan yang disenaraikan ni masih tak cukup, anda boleh mendapatkan lebih banyak pilihan dengan harga yang terbaru dari Booking.com. Kalau dah jumpa, cepat-cepat booking sebelum pilihan anda dirampas orang!

Sebelum bergerak ke Muar, jangan lupa untuk membaca artikel kami berkaitan Tempat Menarik di Muar untuk membantu anda membuat perancangan perjalanan setibanya di sana nanti. Selamat bercuti ke Muar!

Categories
Malaysia Travel Guide

18 Hotel Murah Di Taiping | Bilik Bawah RM250 Semalam Khas Untuk Bajet Traveller

Penuh dengan nostalgia, Taiping cukup sesuai memegang reputasi sebagai bandar yang paling ‘antik’ di negara ini. Mana tidaknya, di sinilah terletaknya dalam sekitar 40 perkara pertama yang wujud di Tanah Malaysia.

Sebagai contoh, muzium, tasik, zoo, penjara, keretapi dan banyak lagi! Sekiranya jiwa anda meronta-ronta ingin melihat cebisan peninggalan zaman yang telah lama berlalu, jadikanlah Taiping sebagai destinasi percutian yang akan datang.

Sebelum anda memulakan langkah ke bandar ini, jangan lupa untuk membuat tempahan penginapan terlebih dahulu. Untuk tujuan ini, kami nak memudahkan anda membuat pilihan dengan menyenaraikan kesemua hotel dalam harga bajet yang menarik untuk diinapi namun dalam masa yang sama dapat memberikan keselesaan yang dicari. Teruskan membaca senarai hotel murah di Taiping untuk mencari penginapan pilihan hati anda.

18. Panorama Hotel

Panorama Hotel Taiping - Main Image

Terletak di bandar Taiping, Panorama Hotel adalah sebuah penginapan yang sangat strategik untuk anda meneroka pelbagai tarikan yang ditawarkan di sekitar.

Sekiranya anda menginap di sini, cukup mudah untuk anda mengakses tempat-tempat seperti Jejak Warisan Taiping, kedai-kedai makan, pusat-pusat membeli-belah seperti Taiping Mall dan banyak lagi tarikan lain seperti Zoo Night Safari serta Bukit Larut yang hanyalah dalam 2.5 km dari hotel.

Panorama Hotel Taiping - Room Image

Mengenai penginapannya, hotel ini menawarkan 80 buah bilik yang terdiri daripada penginapan jenis Standard, Deluxe, Family dan bilik Suite. Bilik-bilik yang ditawarkan cukup luas dan selesa, lengkap dengan katil yang empuk untuk tidur yang lena sebelum memulakan eksplorasi pada esok hari.

Kemudahan yang disediakan pula adalah tempat meletak kereta yang diberikan pengawasan, surat khabar percuma dan akses wifi. Pihak Panorama Hotel turut menyediakan khidmat sewaan basikal dan kemudahan dobi.

Harga: Dari RM98+ Semalaman

Alamat: 61-79, Jalan Kota, 34000 Taiping

Selanjutnya Di Booking.com

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Taiping

17. Novotel Taiping

Novotel Taiping Main Image

Untuk yang datang dengan niat nak bershopping tu, apa kata kalau menginap di Novotel Taiping? Kalau anda nak tahu, hotel ini bergabung dengan Taiping Mall! Dengan lokasi yang begini hebat, macam-macam kemudahan ada di sekitar hotel, nak makan? Nak beli barang keperluan? Tak perlu berjalan kaki bawah panahan matahari.

Mengenai penginapannya pula, anda dapat menikmati pemandangan yang menyegarkan bukit-bukau dari bilik tidur. Bilik-biliknya juga agak luas untuk keselesaan penginapan bersama keluarga.

Novotel Taiping Room Image

Selain selesa, hotel ini juga tak kedekut dengan penginapnya, sebab bagi anak-anak yang berusia kurang daripada 16 tahun, boleh mendapat sarapan percuma di hotel.

Tak cukup dengan itu, fasiliti hotel ini juga tak ubah macam hotel mewah, lengkap dengan kolam renang yang luas untuk menyegarkan badan setelah puas makan angin serta pusat kecergasan untuk anda kekal menawan walaupun dah makan macam-macam kat Taiping ni.

Lokasinya? Cukup strategik, terletak di tengah-tengah bandaraya Taiping, ini membolehkan anda melawat banyak tarikan yang terdapat di daerah ini dengan hanya berjalan kaki.

Dengan hanya dalam sekitar 15 minit berjalan kaki, anda boleh sampai ke Zoo Taiping, Taiping Lake Garden, Muzium Perak dan Taiping Night Safari. Bagi anda yang menaiki bas, Terminal Bas hanyalah 5 minit perjalanan kaki dari hotel.

Segalanya tentang hotel ni TERBAIK!

Harga: Dari RM158+ Semalaman

Alamat: No.1, Jalan Tupai, 34000 Taiping

Selanjutnya Di Booking.com

16. Tune Hotel Taiping

Tune Hotel Taiping - Main Image

Siapa tak kenal dengan rangkaian Tune Hotel? Ada sahaja di mana-mana bandar besarkan? Tapi yang menariknya, harga yang ditawarkan hotel ini sangat berpatutan tanpa mengabaikan keselesaan penginap.

Lokasi? Tip-top! Tune Hotel Taiping ini terletak di lokasi yang strategik kerana betul-betul berhadapan dengan Taiping Mall, dan di sebelahnya pula terdapat Tesco Taiping.

Bukan itu sahaja, hotel ini juga terletak dalam hanya 3 km dari tarikan-tarikan seperti Zoo Taiping dan Taiping Night Safari.

Tune Hotel Taiping - Room Image

Penginapannya pula memiliki susun atur yang cukup kemas dengan kebersihan yang sangat memuaskan. Di samping itu, sistem keselamatan hotel ini juga sangat canggih. Kedengaran sempurna sebagai pilihan penginapan bersama keluarga bukan? Daripada bilik juga, anda dapat menikmati pemandangan yang menarik di sekitar Taiping.

Harga: Dari RM97+ Semalaman

Alamat: No. 67, Taiping Centre Point, Susur Larut, (Jalan Istana Larut), 34000 Taiping

Selanjutnya Di Booking.com

15. Beverly Hotel Taiping

Beverly Hotel Taiping - Main Image

Beverly Hotel Taiping adalah sebuah penginapan yang juga berada di lokasi yang sangat strategik kerana berdekatan dengan pusat-pusat membeli-belah iaitu Tesco Taiping dan juga Taiping Sentral Mall.

Dari hotel ini juga anda boleh menuju ke banyak kawasan kedai makan dengan hanya berjalan kaki dalam masa 5 minit. Tarikan-tarikan yang terletak berdekatan adalah Zoo Taiping dan Maxwell Hill yang hanyalah dalam sekitar 5 km dari hotel.

Beverly Hotel Taiping - Room Image

Melihat reka bentuk hotel ini dari luar, anda sudah dapat membayangkan bagaimana keadaan di dalamnya yang juga sangat moden. Menggabungkan warna-warna neutral dalam rekaan dalamannya, segalanya sangat sejuk dipandang mata. Bilik-biliknya juga agak luas untuk keselesaan penginapan bersama keluarga. Yang penting, kebersihannya sangat memuaskan hati.

Harga: Dari RM118+ Semalaman

Alamat: Lot 1421, Jalan Istana Larut, 34000 Taiping

Selanjutnya Di Booking.com

14. Legend Inn Hotel

Legend Inn Hotel Taiping - Main Image

Legend Inn Hotel yang terletak di tengah-tengah bandaraya Taiping ini menawarkan 89 buah bilik yang masing-masing luas untuk keselesaan bagi anda yang datang bersama keluarga.

Bilik yang dihias dengan moden ini juga sangat bersih! Yang bestnya, sambil bersantai di dalam bilik yang terasa ‘mahal’ ni, anda boleh menikmati pemandangan yang disajikan di sekitar bandar atau alam semula jadi Bukit Larut di kejauhan.

Legend Inn Hotel Taiping - Room Image

Lokasinya, terletak dekat dengan masjid dan kedai-kedai makan sekiranya perut berbunyi kelaparan setelah puas berjalan. Tarikan seperti Lake Garden dan juga pusat-pusat membeli-belah cukup mudah untuk diakses dari hotel.

Harga: Dari RM117+ Semalaman

Alamat: No. 2, Jalan Long Jaafar, 34000 Taiping

Selanjutnya Di Booking.com

13. SSL Traders Hotel

SSL Traders Hotel - Main Image

SSL Traders Hotel adalah sebuah hotel yang terletak di Jalan Kamunting lama iaitu di antara bandar warisan Taiping dan juga zon industri.

Dengan harga yang bermula dari RM92+ anda dapat menginap di sebuah hotel yang cukup sempurna lokasinya. Anda boleh menuju ke Larut Matang Perak dalam hanya 5 minit pemanduan, manakala tarikan-tarikan seperti Muzium Perak dan Tasik Taiping pula hanyalah 3 km dari penginapan ini.

SSL Traders Ipoh Hotel - Room Image

Dari kawasan di sekitar hotel ini juga, cukup mudah untuk anda mencari makanan dan tempat membeli barangan keperluan.

Berkaitan penginapannya pula, biliknya diberikan sentuhan moden kontemporari dengan gabungan warna-warna yang neutral menambahkan lagi rasa ‘comfy’ semasa merehatkan badan.

Nak tahu apa lagi sebab untuk memilih penginapan ini di Taiping? Sebabnya adalah kerana sarapan pagi yang disediakan di hotel ini sungguh enak!

Harga: Dari RM92+ Semalaman

Alamat: No.43, Jalan Medan Perwira Satu, Medan Perwira, 34600 Kamunting, Taiping

Selanjutnya Di Booking.com

12. Hotel Taiping Perdana

Hotel Taiping Perdana - Main Image

Bertaraf 3 bintang, namun Hotel Taiping Perdana ini sebenarnya menyediakan keselesaan yang melepasi tarafnya, tak ubah macam hotel 4 bintang! Antara kemudahan mewah yang disediakan di sini adalah kolam renang indoor untuk bermandi-manda dan spa untuk memanjakan badan.

Hotel yang terletak di pusat bandar Taiping ini cukup strategik untuk anda yang datang untuk menerokai bandar klasik ni.

Hotel Taiping Perdana - Room Image

Antara tarikan yang terletak berdekatan adalah Muzium Perak Taiping dan Taiping Lake Gardens yang hanyalah 5 minit pemanduan dari hotel. Manakala Pusat Perlindungan Burung dan Taiping Night Safari pula hanyalah dalam 20 minit pemanduan.

Mengenai bilik penginapannya pula, sungguh selesa dan lengkap dengan pelbagai kemudahan penting. Kalau anda menginap di bilik yang berbalkoni, pemandangan yang dapat dinikmati sangat mengujakan.

Harga: Dari RM129+ Semalaman

Alamat: 1, Medan Koperasi, Lorong Koperasi, 34000 Taiping

Selanjutnya Di Booking.com

11. Kimal Hotel Taiping

Kimal Hotel Taiping - Main Image

Kimal Hotel Taiping adalah sebuah penginapan yang sempurna untuk anda yang susah nak kenyang, sebab anda hanya perlu berjalan kaki je untuk menuju ke gerai-gerai makanan dan kedai makan 24 jam yang termasuklah KFC. Untuk beraktiviti pula, tarikan yang terletak berdekatan adalah Zoo Taiping dan Taiping Park.

Kimal Hotel Taiping - Room Image

Walaupun di dalam harga bajet, penginapan yang ditawarkan sangat sejuk dipandang mata, dengan konsep moden yang menambahkan lagi keselesaan. Antara kemudahan yang disediakan adalah akses wifi dan tempat meletak kereta di depan hotel.

Harga: Dari RM88+ Semalaman

Alamat: Jalan Taming Sari, 34000 Taiping

Selanjutnya Di Booking.com

10. Louis Hotel

Louis Hotel Taiping - Main Image

Louis Hotel adalah sebuah penginapan yang elegan dan tampak mewah walaupun dengan tawaran harga yang murah iaitu dari RM124 semalaman.

Hotel butik ini terletak di lokasi yang sangat strategik yang memudahkan anda untuk menuju ke pusat-pusat membeli-belah dan kedai-kedai makan. Stesen keretapi juga hanyalah berberapa minit dari hotel ini. Tarikan seperti Zoo Taiping dan taman tasik pula hanyalah dalam 1 ke 2 km dari hotel.

Louis Hotel Taiping - Room Image

Bukan sekadar memiliki lokasi yang sempurna, hotel yang elegan ini turut menawarkan kemudahan wifi yang pantas, Unifi untuk anda gunakan sebagai hiburan pada waktu lapang. Di samping itu, pihak hotel turut menyediakan tempat letak kereta percuma yang diawasi oleh pengawal keselamatan.

Harga: Dari RM124+ Semalaman

Alamat: No. 129-131, Jalan Pasar, 34000 Taiping

Selanjutnya Di Booking.com

9. The Regency Seri Wawasan

The Regency Seri Wawasan Taiping - Main Image

Tidak seperti yang disangkakan bila melihat harga yang ditawarkan, The Regency Seri Wawasan  turut menawarkan kemudahan spa untuk memanjakan badan dan akses wifi yang berkelajuan tinggi.

Bukan itu sahaja, hotel ini juga dikatakan sangat mesra Muslim. Kalau ini yang menjadi perkara paling penting untuk anda, tak perlu cari tempat lain lagi, booking sahaja The Regency Seri Wawasan.

The Regency Seri Wawasan Taiping - Room Image

Bagi anda yang datang bersama keluarga, anda boleh menginap dengan rasa tenang kerana hotel ini melakukan pemantauan keselamatan selama 24 jam! Di samping itu, untuk anda yang datang dengan membawa kenderaan sendiri pula, tempat meletak kereta pun sudah tersedia.

Lokasinya, hanyalah 10 minit pemanduan untuk ke Zoo Taiping, Taiping Night Safari dan Muzium. Jarak hotel ini dari tarikan alam semula jadi Bukit Larut pula hanyalah 10 km. Kedai makan? Sangat mudah untuk dicari di sekitar hotel.

Harga: Dari RM146+ Semalaman

Alamat: 2453, Jalan Convent, 34000 Taiping

Selanjutnya Di Booking.com

8. Sojourn Beds Café (Backpackers)

Nak save bajet tapi tak nak penginapan yang terlalu terserlah sangat ‘kemurahannya’? Anda boleh memilih untuk menginap di Sojourn Beds Café. Dengar namanya je dah dapat rasa yang ini bukanlah tempat tidur bajet yang biasa.

Jiwa hipster dan klasik anda pasti bersorak gembira sebaik melihat suasana di sekitar tempat penginapan untuk backpackers ni. Dihiasi dengan barangan antik, namun jangan tak tahu, bangunan ini juga agak antik!

Sojourn Beds Café sebenarnya terletak dalam bangunan rumah kedai yang telah wujud sejak tahun 1930-an lagi, namun ianya telah dibaikpulih untuk menambahkan keselesaan para penginap. Bukan itu sahaja, jangan tertipu dengan pemandangan ‘klasiknya’ kerana ia juga lengkap dengan kemudahan moden seperti penyejuk udara dan juga wifi percuma.

Nak tahu apa lagi yang best kat sini? Bagi anda yang suka membaca, penginapan ini turut menyediakan rak-rak yang padat dengan buku! Kalau cuaca tak sesuai untuk berjalan, adalah sesuatu untuk dibuat selain online kan?

Harga: Dari RM35+ Semalaman

Alamat: No. 54, Jalan Kota, 34000 Taiping

Selanjutnya Di Booking.com

7. Golden Roof Hotel Taiping

Golden Roof Hotel Taiping - Main Image

Golden Roof Hotel Taiping adalah sebuah hotel 3 bintang yang menawarkan 25 buah bilik yang terdiri daripada bilik jenis Superior Twin, Deluxe King, Premier King Double King, Deluxe Suite, dan Family Suite.

Lokasinya terletak di tengah-tengah bandaraya Taiping dan dekat dengan banyak kedai-kedai makan termasuklah kedai yang buka sehingga lewat pagi. Pusat membeli-belah juga terletak tidak jauh dari hotel ini.

Golden Roof Hotel Taiping - Room Image

Berkaitan dengan bilik-biliknya pula, hotel ini memiliki reka bentuk dalaman yang moden lengkap dengan katil yang empuk untuk merehatkan badan yang penat setelah berjalan. Di samping itu, walaupun terletak di kawasan yang sibuk, keadaan di dalam penginapan tetap tenang daripada sebarang gangguan bunyi.

Harga: Dari RM93+ Semalaman

Alamat: 3A, Jalan Taiping 1, Off Jalan Tupai, Taiping Business Centre, 34000 Taiping

Selanjutnya Di Booking.com

6. ArRayyan Guesthouse Homestay

ArRayyan Guesthouse Homestay - Main Image

Anda nakkan penginapan yang luar biasa best? Apa kata kalau menginap di ArRayyan Guesthouse Homestay?

Rumah penginapan ini memang lain daripada yang lain! Lengkap dengan gazebo untuk bersantai menikmati angin segar di luar. Yang bestnya, dekat dalam pondok ni juga siap ada hammock untuk anda berbaring dan menyegarkan fikiran.

ArRayyan Guesthouse Homestay - Room Image

Bagi anda yang membawa anak-anak kecil pula, kolam renang kanak-kanak turut disediakan di luar. Satu pengalaman penginapan yang sangat menarik bukan? Lebih privasi berbanding dengan hotel dan tiada kekurangan dari segi fasilitinya.

Selain itu, anda juga boleh merancang untuk berbbq di rumah penginapan ini kerana kemudahan bbq turut disediakan.

Lokasinya, terletak hanyalah 1.7 km dari Taiping Mall.

Harga: Dari RM200+ Semalaman

Alamat: Jalan Medan Taiping 7 2 Lorong 1 Kampung Boyan, 34000 Taiping

Selanjutnya Di Booking.com

5. Raintown Inn

Raintown Inn Taiping - Main Image

Jika kebersihan dan privasi adalah apa yang anda cari, pilihlah penginapan Raintown Inn yang terletak di Jalan Simpang kerana anda pasti akan berpuas hati.  Tidak seperti hotel-hotel besar yang lain, Raintown Inn hanyalah sebuah penginapan kecil yang menawarkan 10 buah bilik.

Kesemua bilik ini dihias dengan  minimal menambahkan lagi keselesaan anda yang menginap, mungkin anda bawa barang yang banyak? Tak adalah serabut kan? Walaupun agak minimal sentuhan dalamannya, ianya tetap lengkap dengan pelbagai kemudahan yang penting.

Sambil bersantai di dalam bilik hotel ini, anda boleh berhibur menggunakan akses wifi dengan kelajuan memuaskan hati yang disediakan.

Lokasinya, hanyalah 10 minit pemanduan untuk ke kawasan pekan Taiping dan bank HSBC.

Harga: Dari RM88+ Semalaman

Alamat: 199 Jalan Simpang,Taiping, Perak, 34000 Taiping

Selanjutnya Di Booking.com

4. Hermitage Boutique House

Hermitage Boutique House Taiping - Main Image

Inginkan penginapan dengan suasana mewah tapi masih dalam harga bajet? Menginaplah di Hermitage Boutique House, anda pasti terkejut melihat suasana dan kualiti hotel ini yang tidak kelihatan seperti hotel bermula dari bawah RM200 langsung!

Hermitage Boutique House Taiping - Room Image

Setiap sudut rumah butik ini dihias dengan penuh elegan, pendek kata, di mana saja mata anda pandang, pasti akan tertarik. Sudah puas bersantai di dalam bilik, anda boleh menikmati udara segar di luar sambil bermandi-manda di kolam renangnya yang agak luas atau sekadar berjalan di kawasan halaman yang dikelilingi oleh pokok-pokok menghijau.

Bagi anda yang datang bersama keluarga, penginapan ini adalah pilihan yang tepat!

Harga: Dari RM198+ Semalaman

Alamat: 1196 1197, Lorong Merdeka 1, 34000 Taiping

Selanjutnya Di Booking.com

3. Hotel Grand Baron

Hotel Grand Baron - Main Image

Sesuai untuk anda yang keliru sama ada untuk menginap di kawasan yang mendamaikan jiwa ataupun di sekitar kota yang lebih strategik kerana Hotel Grand Baron dapat memberikan anda kedua-duanya sekali. Kedudukannya tidak begitu jauh dari kawasan bandar namun dari hotel ini, anda dapat menikmati udara yang menyegarkan dari Bukit Larut.

Bukan itu sahaja, di dalam penginapan ini sendiri sebenarnya sudah cukup untuk melahirkan rasa nyaman. Atmosfera di dalamnya terasa sungguh mendamaikan ditambah lagi dengan hiasan dalamannya yang sejuk dipandang.

Hotel Grand Baron Room Image

Setelah puas merehatkan diri di dalam bilik, anda boleh meneruskan aktiviti di Taiping ini dengan bermandi-manda di kolam renang yang terletak di ground floor hotel ini. Kalau anda nak tahu, hotel ini menyediakan 2 buah kolam renang, iaitu kolam untuk orang dewasa dan juga untuk kanak-kanak (kedalaman 2 kaki).

Lokasinya, sangat menarik kerana tarikan-tarikan seperti Zoo Taiping dan Taiping Lake Garden terletak hanyalah dalam 1 km dari hotel. Manakala Muzium Perak pula hanyalah 1.5 km dari penginapan ini.

Harga: Dari RM130+ Semalaman

Alamat: Hotel Grand Baron 8, PT 7861, Jalan Bukit Larut, Perak, 34000 Taiping

Selanjutnya Di Booking.com

2. Hotel Seri Malaysia Taiping

Hotel Seri Malaysia Taiping - Main Image

Bagi anda yang tak boleh lepas daripada berjogging setiap pagi dan inginkan sarapan yang best untuk tenaga sepanjang hari, penginapan yang paling sesuai untuk anda adalah Hotel Seri Malaysia Taiping.

Hotel ini sangatlah strategik untuk anda yang sukakan suasana yang tenang dikelilingi oleh kehijauan. Sekiranya anda menginap di sini, anda boleh menuju ke Lake Garden yang hanyalah 5 minit berjalan kaki dari hotel, manakala Bukit Larut pula hanyalah 5 minit pemanduan.

Hotel Seri Malaysia Taiping - Room Image

Berkaitan dengan sarapan yang disediakan, anda dapat menikmati aneka hidangan yang best-best dan secukup rasa seperti kuew teow goreng, nasi goreng dan macam-macam lagi! Anda pasti puas hati!

Kemudahan lain yang disediakan hotel ini adalah kolam renang untuk anda menyegarkan badan setelah penat beraktiviti.

Harga: Dari RM159+ Semalaman

Alamat: No 4 Jalan Sultan Mansor Taiping Perak, 34000 Taiping

Selanjutnya Di Booking.com

1. Teratak Opah Kamunting

Teratak Opah Kamunting - Main Image

Kalau boleh, mestilah nak merasa suasana ‘asli’ sesebuah kawasan yang dilawatikan? Kalau inilah yang anda inginkan, menginaplah di Teratak Opah Kamunting. Anda dapat merasa nikmat menginap di dalam rumah tradisional.

Bukan sahaja indah di pandangan mata, tapi dari segi keselesaannya, tiada apa untuk dikomenkan. Fasilitinya cukup lengkap dan ini termasuklah ruang dapur kecil yang membuatkan anda rasa seperti berada di rumah sendiri.

Teratak Opah Kamunting - Room Image

Rumah kampung Teratak Opah Kamunting ini juga memiliki tahap kebersihan yang sangat memuaskan hati! Senang cerita, segalanya sempurna dan kesempurnaan ini dapat dinikmati dengan harga permulaan yang sangat rendah iaitu dari RM150!

Harga: Dari RM150+ Semalaman

Alamat: 128, Jalan Kempas Kampung Jana Sambungan, Kamunting, 34600 Taiping

Selanjutnya Di Booking.com

Agak banyak hotel murah di Taiping yang memberikan keselesaan melampaui harganya kan? Tapi sebenarnya banyak lagi pilihan hotel lain yang mungkin anda ingin lihat selain daripada yang disenaraikan di sini. Untuk itu, anda boleh melayari booking.com untuk melihat pilihan yang tidak berkesudahan dengan tawaran harga yang terbaru.

Sekiranya anda merancang untuk meneroka Perak dengan lebih meluas lagi, anda boleh melihat penginapan yang ditawarkan di sekitar Ipoh.

Nak tahu hotel apa yang murah dan best dekat Ipoh? Baca sahaja artikel kami tentang Hotel Menarik di Ipoh. Mesti ada yang menarik hati punyalah!

Walau di mana pun anda memilih untuk menginap, diharapkan anda dapat menikmati percutian yang terindah sewaktu di Taiping.

Bandar ini bukanlah sebuah destinasi yang ‘biasa-biasa’ kerana ia dapat memberikan anda sekeluarga pengalaman percutian yang unik di mana anda dapat kembali ke era lama, tidak seperti tarikan-tarikan di banyak destinasi percutian lain. Tunggu apa lagi? Mari rasakan pengalaman merentas masa dengan melawat bandar Taiping!

Baca: 25 Hotel Bajet Di Ipoh Yang Selesa Bawah RM200 Semalam

10 Pantai Di Melaka Yang Menarik Untuk Pencinta Pasir Putih & Bayu Laut

Kalau anda belum pernah menjejakkan kaki ke Melaka, apa kata kalau anda ke sini untuk percutian yang akan datang? Kedudukannya dari KL hanyalah 2 jam pemanduan. Negeri ini bukanlah sebuah negeri yang biasa-biasa, sungguh banyak tarikan yang ditawarkannya untuk memuaskan jiwa kembara anda sekeluarga dan untuk memberikan pengalaman percutian yang terhebat dalam hidup.

Buy bodybuilding steroids dianabol 10mg – fundacja dotknij pomocy altamofen female culturism: 11/30/11.Bandaraya yang terkenal dengan peninggalan sejarahnya ini turut tidak ketinggalan dari segi pembangunan, pendek kata, tak kira muda atau tua, semua golongan dapat mencari tarikan yang sesuai dengan jiwa masing-masing.

Dalam masa yang sama, negeri ini turut kaya dengan tarikan yang ‘universal’ yang mampu menggoda sesiapa sahaja iaitu alam semula jadinya yang mendamaikan jiwa. Di manakah lokasi keindahan yang memukau ini? Teruskan membaca senarai 10 pantai di melaka yang menarik ini.

10. Pantai Klebang

Pantai Klebang Melaka - Main Image
Sumber: @vandyyap

Lokasi Pantai Klebang ni adalah dalam sekitar 5 ke 6 km dari Bandar Hilir Melaka, dalam beberapa minit memandu dari bandar, anda dah boleh sampai ke pantai ni.

Sebelum menjejakkan kaki di atas pasir pantai ini, anda boleh singgah untuk beli coconut shake yang banyak apowerrecover dijual di sepanjang pantai, tapi dalam banyak-banyak coconut shake ni yang paling ‘viral’ adalah Coconut Shake Original Klebang yang hanyalah 2 km dari kawasan pantai.

Pantai Klebang ni, untuk pengetahuan anda, pernah terkenal dengan kewujudan sebuah penginapan unik yang dipanggil ‘bustel’ yang kini telah pun ditutup dan yang tinggal hanyalah bas-bas kosong sebagai bukti ianya pernah memeriahkan kawasan ini suatu ketika dahulu. Marilah kita berharap agar penginapan menarik ini akan kembali ditawarkan di masa hadapan.

Bercerita tentang aktiviti yang boleh dibuat di sini pula, kawasan pasir pantainya agak luas untuk anda berseronok bersama keluarga sambil bermain layang-layang. Anak-anak juga boleh bermain di taman permainan yang disediakan. Tapi kalau anda nak buat lagi banyak aktiviti, anda boleh datang ke sini pada musim cuti atau hujung minggu, sebab aktiviti seperti ATV, kereta kuda, dan banyak lagi akan ditawarkan.

Alamat: Jalan Klebang Besar, Melaka 75200

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Melaka

9. Pantai Puteri Melaka

Pantai Puteri - Melaka Image
Sumber: @fazriani

Pantai Puteri ataupun nama klasiknya Pantai Kundor adalah salah sebuah pantai terkenal yang terdapat di Melaka. Pantai yang terletak di antara Tanjung Keling dan Tangga Batu ini menawarkan pemandangan yang sungguh mendamaikan jiwa, anda dapat menikmati pemandangan matahari terbenam dan terbit dari pantai yang berkepanjangan 2.5 km ini sambil melihat pantulan cahayanya pada laut Selat Melaka.

Di samping menikmati pemandangan pantai, anda juga dapat melihat suasana harmoni para nelayan mencari rezeki. Jualan hasil lautnya pula boleh didapati di kawasan berdekatan, anda boleh membeli hasil seperti sotong, ikan dan ketam dalam harga yang sangat murah.

Selain itu, fasiliti yang disediakannya juga agak sempurna. Kemudahan yang disediakan untuk pelawat adalah seperti masjid, kedai-kedai makan, chalet, hotel dan tandas awam.

Alamat: Tanjung Kling, Central Melaka, Melaka

8. Pantai Pengkalan Balak

Pantai Pengkalan Balak - Main Image
Sumber: @geng_masjidtanah

Terletak di sebuah pekan lama di Melaka, Pantai Pengkalan Balak adalah lokasi perkelahan yang cukup terkenal di negeri ini. Kalau dah terkenal tu mestilah ada sebabnyakan? Salah satu puncanya adalah kerana kemeriahan kawasan di sekitar toolkit pantai ini dengan restoran dan juga kedai-kedai yang menjual banyak barangan lain seperti mainan dan pakaian.

Di samping itu, kawasan di sekitar pantai ini juga diperindahkan lagi dengan perkampungan nelayan yang unik pada pandangan mata warga kota. Kesemua kriteria istimewa ini menjadikan Pantai Pengkalan Balak agak penuh dengan pelancong pada musim cuti sekolah.

Mengenai tarikan yang terletak berdekatan dengan pantai ini pula, anda boleh melawat kawasan seperti  Pusat Konservasi dan Penetasan Penyu Karah di Pantai Kamunting dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi.

Alamat: Masjid Tanah, Melaka

7. Pantai Padang Kemunting

Pantai Padang Kemunting - Main Image
Sumber: @azulijoy

Pantai  Padang Kemunting ini juga tak kurang meriahnya dengan pantai yang lain. Kat sini anda boleh menemui banyak kedai-kedai makan yang sentiasa hidup dari pagi hinggalah waktu malam. Kalau terasa mengidam makanan laut, inilah salah satu lokasi yang boleh anda lawati untuk memuaskan keinginan tu.

Setelah puas menikmati masakan enak di mana-mana gerai yang terdapat di sini, anda boleh merehatkan badan dengan berkelah di tepi pantai, tapi, dinasihatkan untuk pergi ke kawasan yang sedikit jauh dari gerai-gerai ataupun di hujung pantai sekiranya anda ingin menikmati keindahan yang sebenar tanpa gangguan.

Alamat: Jalan Persisiran Pantai, Kampung Padang Kemunting 78300 Masjid Tanah, Masjid Tanah, Melaka 78300

6. Pulau Besar

Pulau Besar Melaka - Main Image
Sumber: nazatul-nashya.blogspot.com

Untuk menuju ke pulau ini ada dua cara, pertama, anda boleh menaiki feri dari Jeti Anjung Batu, ataupun yang kedua, anda boleh memilih untuk menaiki bot laju yang terdapat di Jeti Umbai. Sekiranya anda memilih bot laju, perjalanan anda untuk ke pulau ini adalah bergantung kepada pasang dan surut air laut.

Pulau Besar ini sebenarnya adalah sebuah pulau yang agak berbeza daripada pulau yang lain. Ia bukanlah sebuah pulau biasa yang padat dengan pelancong sepertimana yang terdapat di perairan Thailand atau Johor, sebab pulau ini menyimpan 1001 misteri yang tersendiri. Rasa excited nak tahu?

Mengikut cerita, Pulau Besar ini dahulunya merupakan tempat pendaratan sekumpulan ahli agama yang mana salah seorang daripadanya adalah Sheikh Ismail Abdul Qadir yang berketurunan Rasulullah s.a.w. daripada nasab keturunan Saidina Hassan. Dekat pulau inilah mulanya perkembangan ilmu agama Islam. Nak tahu lagi detail tentang pulau ini? Anda boleh google. Semakin banyak anda cari, makin menarik kisahnya.

Bagi anda yang ingin ke sini, antara tarikan yang boleh dilawati adalah Gua Yunus, Kubur Tok Putih Tok Janggut, Muzium Pulau Besar dan banyak lagi. Cumanya, dinasihatkan sekiranya ingin ke sini, anda perlu menjaga tatatertib sebagai muslim dan datang dengan niat yang baik.

Alamat: Pulau Besar, Melaka

Baca: 25 Homestay Di Melaka Yang Sesuai Untuk Bajet Traveller

5. Pulau Upeh

Pulau Upeh - Main Image
Sumber: @hafiizhalias

Pulau Upeh adalah sebuah pulau yang terletak dekat dengan Pantai Klebang. Pulau yang berkeluasan 2.6 hektar ini memiliki kisah yang sangat penting berkait dengan sejarah negeri Melaka.

Mesti anda pernah dengar tentang Kota A Famosa kan? Kalau anda nak tahu, di sinilah asalnya batuan yang digunakan untuk membina Kota A Famosa diambil. Batu untuk membina A Famosa ini bukanlah batu yang biasa, tapi adalah batu jenis laterit yang dikatakan sangat kukuh, ini dibuktikan dengan kewujudan peninggalan kota ini walaupun telah berdekad-dekad berlalu. Sekiranya anda ke sini, anda dapat melihat banyak kesan-kesan batu yang telah dipahat.

Pulau Upeh atau nama yang diberikan oleh orang Portugis kepadanya Liha De Pedras ini dikatakan akan dibaik pulih oleh kerajaan dengan cadangan seperti menaiktaraf hampir 40 buah chalet yang terdapat di sini serta untuk menerapkan  pengaruh seni bina masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia seperti ukiran kayu, pagoda dan sebagainya.

Alamat: Pulau Upeh, Melaka

4. Pantai Teluk Gong

Pantai Teluk Gong - Melaka Image
Sumber: @adekyahaya

Pantai Teluk Gong ini adalah sebuah keindahan alam semula jadi yang terletak dekat dengan Pelabuhan Klang, Selangor.  Walaupun terletak tidak jauh daripada lokasi yang sibuk dengan aktiviti perdagangannya, kawasan di sekitar Pantai Teluk Gong ini tetap damai, penuh dengan perkampungan-perkampungan tradisional seperti  Teluk Gong sendiri, Kampung Baru Batu Lima, Teluk Panglima Garang dan perkampungan Sijangkang.

Seperti namanya, Pantai Teluk Gong, kawasan perkampungan yang terdekat adalah Teluk Gong yang juga merupakan sebuah perkampungan nelayan. Di sini, anda dapat merehatkan fikiran dengan memerhatikan kehidupan penuh harmoni penduduk yang sibuk dengan aktiviti menangkap ikan menggunakan jaring.

Bagi anda yang duduk tidak jauh dari Klang, jangan lupa untuk singgah ke pantai indah ini untuk melegakan fikiran.

Alamat: Pantai Teluk Gong, Melaka

3. Tanjung Kling

Pantai Tanjung Kling Melaka - Main Image
Sumber: @shun2u

Terletak hanyalah dalam 20 minit daripada pusat bandar Melaka, Tanjung Kling adalah sebuah destinasi di Melaka yang sangat terkenal dalam kalangan pelancong. Walau bagaimana pun, sekiranya anda ingin menikmati suasana sebenar keindahan di Tanjung Kling, satu-satunya penginapan yang menawarkan ‘spot’ yang terbaik untuk anda merasakan kenyamanan kawasan ini adalah di Everly Resort Hotel. Hotel ini memiliki sebahagian daripada pantai ini sebagai pantai peribadinya.

Selain pantai indah yang dapat dinikmati dengan penuh privasi daripada hotel ini, anda juga dapat merancang pelbagai aktiviti menarik seperti menaiki banana-boat, menyelam skuba, berkayak, island hopping dan sebagainya.

Alamat: Tanjung Kling, Melaka

2. Pantai Sungai Tuang

Pantai Sungai Tuang Melaka - Main Image
Sumber: @Sugunarani Mahadevan

Pantai Sungai Tuang adalah sebagaimana pantai yang lain, menawarkan keindahan pemandangan yang terbentang luas di hadapan mata. Namun yang menambahkan lagi seri pantai ini adalah kawasan pesisirnya  yang ditumbuhi dengan pokok-pokok yang berbunga.

Untuk pengetahuan anda, pihak berkuasa turut membina konkrit di sekitar pantai ini untuk mengurangkan hakisan daripada air laut.

Alamat: Pantai Sungai Tuang, Masjid Tanah, Melaka

1. Pantai Tanjung Bidara

Pantai Tanjung Bidara - Main Image
Sumber: @shud_shu07

Pantai Tanjung Bidara adalah sebuah pantai indah yang terletak hanyalah 2 km dari Kem Terendak dan 10 km dari bandar Masjid Tanah. Pantai yang landai berpasir putih ini merupakan destinasi yang sesuai untuk anda sekeluarga berseronok menikmati waktu cuti untuk berkelah sambil menikmati angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa dan pemandangan yang memukau jiwa.  Pantai ini juga sesuai untuk anda jadikan sebagai lokasi bermandi-manda bagi menyegarkan badan setelah puas meneroka kawasan sekitar.

Anda juga tak perlu terlalu risau untuk membawa anak berseronok dengan air pantai di sini kerana Menara Kawalan Pantai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terdapat di tepi pantai dan bersedia membantu sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Kemudahan lain yang terdapat di sini adalah padang permainan kanak-kanak, kedai makan, surau, tandas awam dan bilik mandi. Semuanya lengkap tersedia.

Alamat: Pantai Tanjung Bidara, Terendak, 78300 Masjid Tanah, Malaka

Baca: 12 Resort Di Melaka Yang Menarik Untuk Percutian Keluarga Istimewa

Inilah antaranya tarikan alam semula jadi yang ditawarkan di sekitar Melaka. Walaupun bilangannya agak kecil, keindahan destinasi-destinasi ini tidak kurang hebatnya dengan tarikan pantai dan pulau indah di negeri yang lain. Tambahan pula, sejarah penting yang menyentuh sebahagian daripada kawasan tarikan ini, membuatkan pantai dan pulau yang ada di Melaka ini memiliki daya tarikannya yang tersendiri.

Tak sabar untuk melawat Bandaraya Bersejarah ini? Sebelum itu, jangan lupa untuk survey penginapan yang terbaik terlebih dahulu supaya keseronokan anda bercuti tidak dicemari oleh masalah tempat tinggal sewaktu di Melaka. Untuk membantu anda membuat pilihan, anda boleh membaca artikel kami yang bertajuk Hotel Murah di Melaka untuk percutian yang tidak mengeringkan poket anda.

Tapi sekiranya anda inginkan percutian yang sempurna bersama keluarga dalam segala aspek, anda boleh memilih salah satu daripada penginapan yang  disenaraikan dalam artikel kami bertajuk Hotel Menarik di Melaka.

Bagi percutian yang padat dengan aktiviti menarik untuk dilakukan sewaktu di Melaka, anda boleh memilih untuk menginap di salah satu daripada resort yang ditawarkan di negeri ini. Anda dijemput untuk membaca artikel kami yang bertajuk Resort di Melaka yang Menarik untuk membantu anda membuat pilihan terbaik.

Anda juga boleh melayari booking.com untuk pilihan penginapan dalam harga berpatutan yang tiada penghujungnya.

Semoga percutian anda sekeluarga di Melaka dapat memberikan kepuasan kembara yang tak terhingga, di mana anda dapat merasakan aura era yang telah berlalu serta belaian keindahan alam semula jadinya yang cukup mendamaikan. Selamat bercuti ke negeri Hang Tuah!

Categories
Malaysia Travel Guide

34 Hotel Murah Di Krabi | Penginapan Selesa Untuk Bajet Traveller Bawah RM200

Tertanya-tanya di manakah lokasi percutian yang paling relaks berdekatan dengan Malaysia? Krabi di Thailand adalah destinasinya. Dikelilingi oleh lebih daripada 200 pulau, daerah Krabi ini menawarkan keindahan pantai dan pulau yang berjela-jela untuk diterokai.

Pemandangan yang mempesonakan dan udara yang menyegarkan dapat dinikmati sepuasnya di daerah ini. Bagi anda yang berjiwa adventure pula, aktiviti dan penerokaan yang boleh dilakukan di sini hampir tiada hadnya.

Disebabkan betapa hebatnya penangan alam semula jadi dan kedamaian yang ditawarkan, wujudlah beratus-ratus hotel yang terdiri daripada pelbagai jenis penginapan yang berbeza iaitu daripada yang mewah hinggalah kepada yang murah, hampir kesemuanya memiliki keistimewaan tersendiri untuk merebut hati pengunjung yang ramai.

Nak tahu di mana hotel murah yang hebat di Krabi ni? Teruskan membaca senarai hotel murah di Krabi yang kami bahagikan mengikut kawasan pelancongan popular di Krabi.

34. River Front Krabi Hotel | Krabi Town

River Front Krabi Hotel - Main Image

Hotel yang masih baru ini, River Front Krabi Hotel menawarkan penginapan yang mempunyai dekorasi yang sempurna di pandangan mata. Kebersihannya juga sangat memuaskan hati.

Jika anda bercadang untuk bercuti sehingga puas di Krabi, anda boleh memilih River Front Krabi Hotel sebab ianya juga lengkap dengan kemudahan dobi dan mesin pengering, tak payahlah anda pening kepala macam mana nak buat kalau dah tak cukup baju. Fasiliti lain yang disediakan adalah kolam renang yang juga termasuklah kolam kanak-kanak.

River Front Krabi Hotel - Room Image

Lokasinya, walaupun tidaklah berada di tengah bandar Krabi, pihak hotel ada menyediakan tuk-tuk percuma untuk menuju ke sana dan banyak lagi lokasi lain. Tapi, sebenarnya anda boleh berjalan kaki di sepanjang sungai dalam hanya 10 minit sahaja untuk ke bandar.

Harga: Dari RM145+ Semalaman

Alamat: 299 Thanon Utarakit, 81000 Krabi town, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Krabi

33. Le Anda Boutique Hotel | Krabi Town

Le Anda Boutique Hotel - Main Image

Nak hotel yang hipster atau rasa macam country house sikit? Anda boleh booking hotel 3 bintang, Le Anda Boutique Hotel yang lengkap dengan taman dan ruang lepak. Anda juga boleh mengisi waktu lapang di hotel ini dengan bermain dart ataupun ping-pong.

Bagi anda yang bercuti bersama keluarga, Le Anda Boutique Hotel adalah salah satu pilihan penginapan yang sesuai kerana keluasan biliknya dan tahap kebersihannya yang sangat memuaskan hati.

Le Anda Boutique Hotel - Room Image

Dari segi kemudahannya pula, pihak hotel turut menyediakan khidmat penghantaran percuma ke kawasan bandar. Tapi nak lagi senang, anda boleh sewa motor untuk dibawa sendiri dalam harga yang sangat murah.

Harga: Dari RM82+ Semalaman

Alamat: 26/8 Watchara road Krabi, 81000 Krabi town, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

32. The Nice Krabi Hotel | Krabi Town

The Nice Krabi Hotel - Main Image

The Nice Krabi Hotel adalah sebuah hotel selesa yang terletak di tengah-tengah kota Krabi dan berhadapan dengan pasar segar Maharaj.  Hotel ini menawarkan 21 buah bilik penginapan yang memang ‘nice’ sentuhannya, sangat moden dan didekorasi dengan pilihan warna yang sejuk dipandang.

The Nice Krabi Hotel - Room Image

Keselesaan hotel dalam harga bajet ini juga agak melampaui batas, cukup bersih dan nyaman dari sebarang gangguan bunyi bising. Selain itu, anda juga boleh memilih penginapan yang berbalkoni untuk dijadikan tempat bersantai di waktu petang sambil menikmati minuman panas.

Harga: Dari RM183+ Semalaman

Alamat: 23 Chaokhun Road, 81000 Krabi town, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

31. The Sasi House | Krabi Town

The Sasi House Krabi - Main Image

The Sasi House adalah sebuah penginapan yang penuh dengan keselesaan walaupun bermula dengan harga di bawah daripada RM90. Bilik-biliknya cukup luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai. Dihias dengan simple namun ini semua menambahkan lagi rasa santai anda sewaktu berehat-rehat di dalam bilik.

Sambil menonton tv dalam bilik tu, anda boleh tapau sikit makanan yang disediakan secara PERCUMA di kaunter hotel yang tersedia sepanjang masa seperti air kopi, air coklat, biskut dan macam-macam jenis buah. Macam dekat rumah sendiri pula rasanyakan sebab boleh korek dapur setiap kali terasa nak mengunyah?

The Sasi House Krabi - Room Image

Berkaitan dengan lokasi hotel ini, ianya terletak dekat dengan pasar malam dan gerai-gerai makanan. Tidak jauh dari hotel ini juga terdapat kedai 7-E kalau anda teringin nak minum air Slurpee selepas kehausan berjalan di sekitar Krabi.

Harga: Dari RM88+ Semalaman

Alamat: 249/5 Thanon Utarakit, Tambon Pak Nam, Krabi, 81000 Krabi town, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

30. Nap Krabi Hotel | Krabi Town

Nap Krabi Hotel - Main Image

Nakkan penginapan yang terasa lebih eksklusif daripada biasa? Jangan terkejut, anda dapat merasakan atmosfera ini di Krabi dengan harga yang bermula kurang daripada RM150. Nap Krabi Hotel ini memiliki sentuhan dalaman berkonsep moden yang cukup menarik mata dan membuatkan anda terasa seperti menginap di hotel mahal.

Nap Krabi Hotel - Room Image

Bukan itu sahaja, di restoran milik hotel ini juga anda dapat mencuba pelbagai jenis pilihan makanan untuk sarapan pagi yang terdiri daripada aneka pilihan cereals, buah-buahan, kek, nasi bubur dan banyak lagi. Jangan terlebih kenyang sudahlah ya, nanti tak larat pula nak teroka Krabi.

Tapi, kalau memang tak larat nak berjalan jauh, jangan risau, sebab anda boleh mendapatkan perkhidmatan shuttle percuma yang disediakan pihak hotel untuk ke kawasan bandar.

Harga: Dari RM148+ Semalaman

Alamat: 575 Moo.11 Petchakasame Rd. Krabinoi Maung, 81000 Krabi town, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

29. Krabi Golden Hill Hotel | Krabi Town

Krabi Golden Hill Hotel - Main Image

Krabi Golden Hill Hotel adalah sebuah penginapan yang terletak di dalam sebuah bangunan bereka bentuk kolonial di tengah-tengah taman tropika yang penuh dengan kehijauan.

Hotel ini menyediakan bilik yang luas dan cukup mantap kebersihannya walaupun menawarkan bilik di dalam harga bajet. Selain itu, dari bilik-bilik di resort butik yang bertaraf 3 bintang ini anda dapat melihat pemandangan menarik sama ada lautan yang membiru ataupun sekitar bandar. Yang mana menjadi pilihan anda?

Krabi Golden Hill Hotel - Room Image

Dari hotel ini, anda boleh menuju ke kawasan bandar dengan menggunakan perkhidmatan shuttle percuma yang disediakan pihak hotel. Untuk pulang ke hotel, anda boleh call sahaja mereka untuk ambil anda dari bandar tadi. Tak payah bersusah-payah mencari kemudahan awam yang lain, kan senang?

Setelah penat berjalan di sekitar Krabi anda boleh terjun ke dalam kolam renang atau sekadar bersantai di kerusi malas yang menanti di tepi kolam sambil mendengar bunyi kicauan burung.

Harga: Dari RM98+ Semalaman

Alamat: 18 Soi Chamaianouson Parknum, 81000 Krabi town, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

28. The Chill at Krabi Hotel | Krabi Town

The Chill at Krabi Hotel - Main Image

Terletak di dalam bangunan yang kelihatan macam gudang adalah The Chill at Krabi Hotel. Hotel yang berwarna kelabu ini sememangnya memiliki aura ‘chill’ yang sangat ketara. Sentuhan dalaman hotel ini dapat menghadirkan rasa santai sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki ke dalamnya. Hilang segala kepenatan setelah melihat suasana di dalam hotel ini.

Nak lagi santai? Anda boleh melepak di tepian kolam renang hotel sambil mengambil udara segar dan membaca novel cinta kegemaran anda.

The Chill at Krabi Hotel - Room Image

Hotel 3 bintang ini menyediakan bilik-bilik yang dihias dengan sungguh stylish dan moden, semestinya melipat gandakan lagi kesempurnaan percutian anda di Krabi. Rating? Boleh bagi 11/10, tak percaya? Cuba dulu!

Harga: Dari RM94+ Semalaman

Alamat: 121 Vatchara Rd, Pak Nam, Mueang Krabi, 81000 Krabi town, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

27. Lada Krabi Express | Krabi Town

Lada Krabi Express - Main Image

Terletak di tengah-tengah pekan Krabi, Lada Krabi Express seperti mana namanya, memudahkan anda untuk mengakses secara ‘express’ banyak lokasi menarik dan kemudahan di Krabi, dari pasar malam untuk anda bershopping hinggalah ke tarikan-tarikan alam semula jadi untuk anda menyejukkan mata.

Hotel yang agak baru ini cukup terasa kesegarannya, segalanya boleh dikatakan bersih ‘berkilauan,’ jadi, bagi anda yang perfectionist dari segi kebersihan, inilah salah satu penginapan yang boleh dipertimbangkan di Krabi.

Lada Krabi Express - Room Image

Di samping itu, walaupun lokasinya terletak di tengah-tengah kota, hotel ini sangat sunyi daripada sebarang gangguan, jadi tak perlulah anda risau kerana anda masih dapat menikmati mimpi indah sebaik melelapkan mata.

Harga: Dari RM81+ Semalaman

Alamat: 90/17 Maharach Rd.,Paknam,Muang, Krabi, 81000 Krabi town, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

26. Krabi SeaBass Hotel | Krabi Town

Krabi SeaBass Hotel - Main Image

Kalau anda seorang yang suka melawat akuarium dan mudah terpesona dengan hidupan marin, menginap di Krabi SeaBass Hotel adalah satu pilihan yang wajib dibuat sekiranya berada di Krabi. Di dalam bilik penginapan, anda dapat melihat gantungan bentuk-bentuk ikan yang berwarna-warni pada satu sudut dinding. Gabungan warna yang digunakan di dalam dekorasinya agak funky dan moden.

Anda boleh memilih untuk menginap di bilik yang berbalkoni ataupun yang memberikan akses terus ke kolam renang. Yang penting, walau mana satupun bilik yang anda inapi, anda sekeluarga dapat menikmati penginapan yang luas dan lengkap dengan katil yang teramatlah selesa.

Krabi SeaBass Hotel - Room Image

Kemudahan lain yang disediakan hotel ini iaitu siaran tvnya juga agak menarik, banyak pilihan movie untuk ditonton sewaktu bersantai.

Lokasinya pula tidak mengecewakan, terletak di tengah-tengah pekan Krabi, anda boleh menuju ke 2 buah pasar malam dalam hanya 10 minit berjalan kaki. 1 daripada pasar ini dibuka pada hari Isnin – Rabu dan sebuah pasar lagi dibuka daripada hari Jumaat – Ahad. Macam-macam makanan segar boleh didapati di sini dalam harga murah.

Harga: Dari RM161+ Semalaman

Alamat: 273/55 Uttarakit Rd., Paknam Muang, 81000 Krabi town, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

25. Arawan Krabi Beach Resort  | Ao Nam Noa

Arawan Krabi Beach Resort - Main Image

Sekali menginap di sini, macam tak nak balik pula rasanya. Jika hotel lain ada sebuah kolam renang untuk memberikan anda kepuasan berenang, Arawan Krabi Beach Resort pula menyediakan 3 buah kolam renang yang bukan main besar lagi saiznya.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh melepak di kolam ini sambil menikmati pemandangan indah terutama sekali di kolam infinitinya. Di kolam ini, anda dapat melihat keindahan matahari terbenam tanpa perlu menuju ke kawasan pantai. Yang bestnya, kolam renang ini dibuka 24 jam.

Arawan Krabi Beach Resort - Room Image

Dari bilik-biliknya juga anda dapat menyegarkan mata dengan pemandangan yang mempesonakan sama ada bukit-bukau ataupun air laut.

Untuk anda yang ingin melawat banyak kawasan di sekitar Krabi ini, anda boleh menuju ke kawasan bandar ataupun ke jeti dengan menggunakan khidmat shuttle percuma yang disediakan pihak hotel.

Harga: Dari RM171+ Semalaman

Alamat: 107/6 Moo 5, Tambon Ao Nam Mao Sai Thai, Muang District, Krabi, 81000 Ao Nam Mao, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

24. Timber House Aonang | Ao Nang

Timber House Aonang - Main Image

Timber House Aonang menawarkan 51 buah bilik tetamu yang terdiri daripada superior rooms, superior family, one-bedroom deluxe family rooms dan  two-bedroom deluxe family room. Yang mana satu yang sesuai dengan bilangan geng percutian anda?

Menginap di sini, anda dapat menikmati keselesaan di dalam bilik-bilik yang luas lengkap dengan balkoni peribadi yang menawarkan pemandangan sama ada taman tropika ataupun kolam renang.

Timber House Aonang - Room Image

Anda juga boleh merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti memancing ataupun berendam skuba dengan mengatur semua aktiviti ini di meja tempahan lawatan hotel. Lokasinya, terletak dekat dengan pantai Ao Nang yang hanyalah 10 minit berjalan kaki dari hotel.

Harga: Dari RM110+ Semalaman

Alamat: 157 Moo 2, Muang, Krabi, 81000 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

23. De Loft Hotel | Ao Nang

De Loft Hotel - Main Image

Alang-alang bercuti untuk mendapat ‘udara segar’ apa kata kalau menginap di hotel yang ‘segar’ juga. De Loft Hotel adalah sebuah penginapan yang baru sahaja dibuka pada tahun ini, bayangkanlah betapa freshnya aura yang disebarkan hotel ini sebaik memasuki ruang lobinya yang menggunakan warna-warna neutral secara keseluruhannya.

De Loft Hotel - Room Image

Ruang biliknya juga sangat menyegarkan pandangan, setiap pelusuk penginapan ini cukup bersih. Bilik-bilik yang diberi sentuhan moden ini juga luas dan lengkap dengan katil yang super empuk.

Gabungan semua ini membolehkan anda sekeluarga menikmati rehat dan tidur yang berkualiti untuk kesegaran di keesokan hari. Untuk pengetahuan anda, sesetengah bilik di hotel ini turut lengkap dengan ruang balkoni.

Harga: Dari RM146+ Semalaman

Alamat: 6 Moo 2 Ao Nang Road, Ao Nang, Amphur Muang, Krabi, 81180 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

22. Baan Ban Dalay | Ao Nang

Baan Ban Dalay Krabi - Main Image

Kalau anda bukan setakat ingin berjalan di Krabi tapi juga bercadang untuk memanjakan diri, apa kata sekiranya anda menginap di Baan Ban Dalay? Kalau anda nak tahu, hotel ini terletak hanyalah beberapa tapak daripada pusat rawatan spa yang dikatakan yang terbaik di sekitar Ao Nang. Macam rugi je tak cuba kalau dah sampai ke Thailand, tak gitu?

Baan Ban Dalay Krabi - Room Image

Bila badan dah segar, anda boleh masuk ke dalam bilik yang dihias dengan indah untuk beradu.  Warna-warna neutral  serta lampu malap yang digunakan dalam dekorasi dalaman bilik ini membuatkan anda terasa relaks serta membantu anda mendapatkan tidur yang lena. Sesetengah bilik yang ditawarkan turut memiliki ruang balkoni untuk anda menghirup udara segar sambil menikmati pemandangan.

Harga: Dari RM76+ Semalaman

Alamat: 126/2 Moo3 T. Ao Nang A. Muang Krabi, 81000 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

21. The Nine Hotel @ Ao Nang | Ao Nang

The Nine Hotel @ Ao Nang - Main Image

The Nine Hotel @ Ao Nang adalah sebuah penginapan yang pasti dapat menggembirakan hati anda yang rindukan keindahan alam semula jadi. Kenapa? Sebabnya sesetengah bilik di hotel ini menyajikan pemandangan bukit yang cukup menyejukkan mata.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menginap di bilik yang lengkap dengan balkoni untuk menikmati pemandangan menyegarkan ini sambil menghirup kopi panas.  Jangan lupa, bila nak booking nanti cari yang lengkap dengan kriteria yang anda inginkan ya? Keywordnya adalah pemandangan gunung dan ruang balkoni.

The Nine Hotel @ Ao Nang - Room Image

Lokasinya, terletak tidak jauh daripada kawasan pantai yang hanyalah 8 minit berjalan kaki dari hotel. Teringin kudapan di tengah malam? 7-E hanyalah beberapa langkah dari hotel.

Hotel yang terletak di jalan utama ini juga turut memudahkan anda mencari kedai makan dalam harga yang berpatutan. Makanan halal memang banyak di sini memandangkan lokasinya yang juga terletak tidak jauh dari masjid bandar.

Harga: Dari RM134+ Semalaman

Alamat: 348 moo 2 Tambon Aonang, Muang, Krabi,, 81000 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

20. Kokotel Krabi Ao Nang | Ao Nang

Kokotel Krabi Ao Nang - Main Image

Inginkan  hotel yang dekat dengan pantai? Kalau macam tu, anda boleh memilih untuk menginap di Kokotel Krabi Ao Nang. Sebab hotel ini hanyalah 5 minit berjalan kaki dari pantai. Habis dengar satu lagu je dah sampai.

Di samping lokasi yang menarik, anda yang menginap di Kokotel Krabi Ao Nang juga turut dapat menikmati penginapan dengan pemandangan menarik sama ada laut biru ataupun bukit-bukau sambil bersantai di ruang balkoni. Biliknya pula, memiliki dekorasi yang cukup unik dan sedap dipandang.

Kokotel Krabi Ao Nang - Room Image

Dah puas bersantai, jangan lepaskan peluang untuk bermandi-manda di kolam renang yang terletak di atas bumbung hotel ini. Bagi anda yang membawa anak kecil pula, ruang yang khas untuk anak-anak berseronok juga turut disediakan. Senang cerita, satu keluarga pasti seronok kalau menginap di sini.

Harga: Dari RM143+ Semalaman

Alamat: 143 Moo 2, Tambol Ao Nang, Ampure Muang, Krabi, 81000 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

19. The Ri Hotel | Ao Nang

The Ri Hotel - Main Image

Jangan salah faham pula, The Ri Hotel tak ada kaitan dengan ‘badgalriri’ atau Rihanna ya? Hotel dalam harga bajet di Krabi ini merupakan sebuah hotel 2 bintang yang tersangatlah comfy. Lengkap dengan semua kemudahan penting untuk keselesaan penginapan anda sekeluarga.

Dekorasi hotel ini agak minimal menggunakan warna-warna neutral yang mewujudkan atmosfera santai. Dari harga yang bermula bawah RM80, anda dapat menikmati penginapan yang sangat terjaga kebersihannya dan selesa. Di samping itu, sesetengah bilik di hotel ini turut lengkap dengan ruang balkoni untuk anda melepak sambil melihat pemandangan di luar dan menikmati udara segar.

The Ri Hotel - Room Image

Dah bosan bersantai di dalam bilik, anda sekeluarga boleh bersuka-ria di kolam renangnya yang dibuka 24 jam pada bila-bila masa.

Lokasinya, cukup menarik untuk orang muslim kerana terletak dekat dengan pasar muslim dan juga masjid yang hanyalah 5 minit berjalan kaki dari hotel. Pantai yang terdekat pula hanyalah 15 minit perjalanan. Macam jauh je 15 minit tu? Anda boleh mendapatkan perkhidmatan shuttle percuma daripada pihak penginapan.

Harga: Dari RM78+ Semalaman

Alamat: 824 Soi Aonang 2/1 Moo.2  Aonang, Thailand, 81180 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

18. LaRio Hotel Krabi | Ao Nang

LaRio Hotel Krabi - Main Image

LaRio Hotel Krabi menawarkan 25 buah pilihan penginapan yang dihias dengan selesa menggabungkan warna-warna yang neutral untuk aura santai serta sentuhan warna yang ceria untuk menghidupkan suasana bilik.

Biliknya juga luas dan lengkap dengan segala kemudahan untuk keselesaan penginapan seberapa lama sekali pun anda bercadang untuk berada di sini. Bukan itu sahaja, setiap bilik yang ditawarkannya juga lengkap dengan ruang balkoni yang menghidangkan pemandangan bukit-bukau yang menyegarkan mata.

LaRio Hotel Krabi - Room Image

Mengenai kemudahan yang disediakan hotel ini pula, anda boleh melegakan badan yang penat dengan beredam di dalam kolam renang hotel ini. Bagi anda yang tak pandai berenang, boleh sahaja berehat di ruang santai yang disediakan di tepi kolam sambil mengakses wifi hotel ini yang tak kurang hebat kelajuannya. Perut berbunyi? Kedai makanan halal ada di mana sahaja anda berjalan di sekitar hotel ini.

Harga: Dari RM183+ Semalaman

Alamat: 849 Moo 2, Ao Nang Soi 2/1, Ao Nang, Krabi, 81000 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

17. Aonang Sea Valley Resort | Ao Nang

Aonang Sea Valley Resort - Main Image

Teringin menginap di hotel bajet yang elegan pula? Aonang Sea Valley Resort adalah jawapannya. Bilik-biliknya juga cukup luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai.

Nak melihat sukan Muay Thai dengan lebih dekat? Gym untuk aktiviti ini terletak hanya 200 meter dari hotel. Dah puas melihat atau mencuba sendiri sukan ini, balik sahaja ke hotel anda boleh bermandi-manda di kolam renang hotel yang sangat indah.

Aonang Sea Valley Resort -Room Image

Lokasinya, terletak dekat dengan jalan utama namun, tak perlu risau, resort ini cukup tenang daripada sebarang gangguan bunyi. Sebelum tidur, anda boleh melegakan dada dengan menghirup udara segar dari ruang balkoni bilik.

Harga: Dari RM121+ Semalaman

Alamat: 939 Moo2 Aonang Muang, 81180 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

16. Ibis Styles Krabi Ao Nang | Ao Nang

ibis Styles Krabi Ao Nang - Main Image

Sekiranya masih tidak puas menyegarkan mata dengan keindahan alam semula jadi, anda boleh memilih penginapan Ibis Styles Krabi Ao Nang untuk sebuah pengalaman penginapan yang juga menyejukkan mata. Hotel ini menggabungkan warna-warna yang cerah termasuklah warna hijau dalam dekorasi dalamannya.

Walaupun terletak hanya dalam 50 meter dari jalan utama, suasana di dalam hotel ini tenang daripada sebarang gangguan bunyi, membolehkan anda menikmati rehat yang sebenar setelah kepenatan.

ibis Styles Krabi Ao Nang - Room Image

Jarak hotel ini dari pantai terdekat hanyalah 10 minit berjalan kaki, anda juga boleh menggunakan khidmat shuttle percuma yang disediakan pihak hotel kalau nak simpan tenaga beraktiviti di sana. Kemudahan lain yang disediakan pihak hotel adalah wifi percuma dan juga kolam renang yang menyajikan pemandangan tebing bukit batu kapur.

Harga: Dari RM137+ Semalaman

Alamat: 725 Moo2 Ao-nang, Nopparat Road Muang Krabi, 81000 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

15. S2 Residence | Ao Nang

S2 Residence Krabi - Main Image

Penginapan yang moden dan selesa, S2 Residence juga memiliki tahap kebersihan yang melampau untuk harga bajet yang ditawarkannya. Untuk menyegarkan badan yang kepenatan, anda boleh berendam di dalam kolam renang hotel yang sangat sedap dipandang mata kerana dikelilingi oleh lanskap semula jadi tumbuhan dan kayu-kayu buluh.

S2 Residence Krabi - Room Image

Di tepian kolam ini turut terdapat kerusi malas untuk anda bermalas-malasan sambil menonton YouTube menggunakan kemudahan wifi berkelajuan superb yang disediakan.  Pihak hotel turut memberikan tuala untuk digunakan di kolam renang. Kesempurnaan hotel bajet ini boleh meletakkan ia setaraf dengan hotel 4 bintang yang ada.

Bagi anda yang bercadang untuk menikmati pemandangan indah di pantai, pantai yang terdekat boleh diakses dalam hanya 5 minit perjalanan menaiki tuk-tuk.

Harga: Dari RM117+ Semalaman

Alamat: 338 Moo.5 Tamboon.Aonang,Muang, 81180 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

14. BlueSotel Krabi AoNang Beach | Ao Nang

BlueSotel Krabi AoNang Beach - Main Image

Bilik-bilik penginapan di BlueSotel Krabi AoNang Beach membentangkan pemandangan bukit batu kapur untuk dinikmati dari tingkap ataupun balkoni. Wang yang dikeluarkan terasa sangat berbaloi kerana dapat bangun setiap hari dengan pemandangan alam semula jadi yang memukau jiwa. Tiada apa yang lebih memuaskan hati traveler daripada dapat menginap di sebuah hotel yang menyatukan anda dengan keindahan alam bukan?

BlueSotel Krabi AoNang Beach - Room Image

Bilik-biliknya juga agak luas dengan sesetengahnya membolehkan akses terus ke kolam renang untuk anda ber‘chill out’  sambil  menikmati pemandangan. Dah puas melepak, anda boleh menghempaskan badan ke atas katil dan terus terlena di atas tilamnya yang selembut awan. Memang selesa!

Bangun dari tidur yang lena, anda boleh menuju ke kawasan pantai yang hanyalah 5 minit berjalan kaki dari hotel.

Harga: Dari RM207+ Semalaman

Alamat: 778 Moo 2, Muang, Krabi, 81180 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

13. The Verandah | Ao Nang

The Verandah Hotel Krabi - Main Image

Nak merasa penginapan dengan dekorasi seperti di rumah jutawan? Anda boleh mencuba penginapan menarik dalam harga bajet ini, iaitu The Verandah. Menggunakan warna-warna yang sejuk dan cerah di dalam rekaan dalamannya, The Verandah dapat memberikan anda pengalaman percutian ‘mewah’ tanpa perlu keluar bajet lebih.

Dengan harga yang bermula dari RM160 dan ke atas anda dapat menikmati penginapan yang diinspirasikan daripada negara Morocco, walau dimana sahaja pandangan mata dihalakan, anda akan terpesona melihat betapa cantiknya segenap pelusuk hotel ini.

The Verandah Hotel Krabi - Room Image

Sekiranya anda menginap di hotel ini, anda dapat menggunakan akses wifinya yang memiliki kelajuan yang sempurna. Untuk kolam renang pula, hotel ini tidak memiliki kolamnya sendiri, tapi anda boleh menggunakan kolam renang daripada hotel berdekatan, Peace Laguna untuk bermandi-manda.

Yang menariknya lagi,  lokasi hotel ini cukup strategik kerana terletak dekat dengan banyak kedai dan syarikat-syarikat traveling lain untuk memudahkan anda mengatur aktiviti di sini. Untuk ke pantai Ao Nang pula, hanyalah 3 minit berjalan kaki dari hotel.

Harga: Dari RM161+ Semalaman

Alamat: 191 M.2 Muang, Krabi, 81000 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

12. 8Icon by I Galleria Krabi | Ao Nang

8Icon by I Galleria Krabi - Main Image

8Icon by I Galleria Krabi adalah sebuah penginapan  yang diberikan sentuhan Selatan Thailand dan dalam masa yang sama moden. Jika anda ingin menyelami Thailand, tak perlu pandang tempat penginapan lain lagi, hotel ini adalah antara yang terbaik dalam harga yang ditawarkan.

Kedudukan hotel ini juga strategik, terletak hanya dalam 10 minit berjalan kaki untuk ke Pantai Ao Nang serta jeti yang dapat membawa anda ke Pantai Railay. Anda juga boleh menyewa skuter di kedai yang terletak berhadapan dengan hotel ini dalam harga yang berpatutan, lagi puas anda dapat meneroka Krabi dengan cara ni.

8Icon by I Galleria Krabi - Room Image

Yang bestnya, hotel ini turut menyediakan kemudahan ekstra seperti tuala untuk digunakan di pantai, selipar, beg pantai dan banyak lagi. Tak payahlah anda membazir wang untuk membeli barangan yang akan digunakan mungkin hanya sekali sewaktu bercuti di sini.

Harga: Dari RM187+ Semalaman

Alamat: 208 Moo 3, Aonang Soi 8, Aonang, Muang, Krabi, 81180 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

11. Wake Up Aonang Hotel | Ao Nang

Wake Up Aonang Hotel - Main Image

Kalau anda perlukan ‘push’ untuk mood anda setiap hari,  Wake Up Aonang Hotel dapat memberikannya setiap kali anda terjaga dari tidur. Dekorasi dalamannya yang cukup stylish dan funky ini boleh menaikkan mood sesiapa sahaja yang memilih untuk menginap di sini.

Bukan itu sahaja, kalau anda rasa nak bermandi-manda, penginap di hotel ini boleh menggunakan kolam renang di resort yang terletak di sebelah. Di dalam resort yang menjadi jiran Wake Up Aonang Hotel ini juga anda boleh mendapatkan urutan yang menyegarkan sendi-sendi badan.

Wake Up Aonang Hotel - Room Image

Tak cukup lagi? Wake Up Aonang Hotel turut menyediakan sesuatu yang penting untuk menjadi energetic sepanjang percutian di Krabi ni, iaitu kopi, air coklat dan aneka snek secara percuma tanpa mengira masa. Lokasinya, terletak dekat dengan masjid dan kedai-kedai yang menjual makanan halal. Segalanya tip-top!

Harga: Dari RM55+ Semalaman

Alamat: 121/2 Moo. 2 Ao-Nang, Muang, Krabi, 81180 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

10. Green View Village Resort | Ao Nang

Green View Village Resort - Main Image

Melihat dari rekabentuk bangunan Green View Village Resort ini, anda pasti tak sabar nak merasa atmosfera di dalamnya. Resort yang terletak hanya 13 minit perjalanan kaki dari pantai ini adalah sebuah penginapan di dalam banglo-banglo yang dikelilingi oleh lanskap tropika.

Suasana nyaman di resort ini dapat melenyapkan segala beban dan tekanan yang ada. Yang menariknya, kesemua bilik di resort ini lengkap dengan ruang balkoni sebagai tempat anda bersantai, kecuali bilik yang membolehkan akses terus ke kolam renang.

Green View Village Resort - Room Image

Mana-mana pun ok je kan? Dari kolam renang ini juga anda dapat menikmati pemandangan bukit-bukau batu kapur yang indah bak lukisan.

Dengar macam penginapan yang mahalkan? Jangan terkejut, anda boleh menginap di Green View Village Resort dengan harga yang bermula dari hanya RM79. Macam tak percaya!

Harga: Dari RM79+ Semalaman

Alamat: 279 Moo 2, Muang, Krabi, 81000 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

9. Kokotel Krabi Oasis | Ao Nang

Kokotel Krabi Oasis - Main Image

Sebenarnya, Kokotel memiliki empat lagi cawangan yang lain di sekitar Thailand, dan di Krabi pula terdapat dua cawangan iaitu Kokotel Krabi Oasis dan Kokotel Krabi Ao Nang.

Hotel ini sebenarnya membawa tema yang sama untuk kesemua cawangannya. Dengan kambing biri-biri berwarna biru sebagai ‘duta’, anda dapat melihat lukisannya di serata hotel termasuklah di dalam bilik tidur yang dihias dengan moden dan agak ‘hipster’ ini.

Kokotel Krabi Oasis - Room Image

Hotel murah ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan penting termasuklah soket yang banyak di dalam bilik. Bagi anda yang menginap bersama keluarga, tak perlulah berebut nak caj bateri lagi.

Biliknya juga luas untuk keselesaan anda sekeluarga. Lokasinya, cukup strategik di mana anda hanya perlu berjalan kaki dalam sekitar 10 minit untuk sampai ke kawasan yang happening di bandar ini.

Ratingnya? Boleh bagi perfect 10!

Harga: Dari RM135+ Semalaman

Alamat: 230/4-7 Moo 3, Aonang, Krabi, 81180 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

8. Marina Express-Fisherman Aonang | Ao Nang

Marina Express Fisherman Aonang - Main Image

Tercari-cari penginapan yang lengkap dengan gym? Marina Express-Fisherman Aonang adalah salah satu hotel bajet yang lengkap dengan fasiliti ini. Selain itu, anda juga boleh terjun ke dalam air kolamnya bila dah penat makan angin.

Mengenai penginapan biliknya, kesemua bilik yang ditawarkan di hotel ini lengkap dengan balkoni untuk anda menikmati pemandangan yang memukau sambil menarik nafas yang menyegarkan peparu. Bilik-bilik ini juga lengkap dengan katil yang super duper comfy sampaikan terasa macam nak melekat sepanjang hari pada katil.

Marina Express Fisherman Aonang - Room Image

Dekorasinya pula sangat kreatif dan menyegarkan mata. Penggunaan warna-warna yang lembut serta gabungan perabot kayu dan moden menampakkan aura eksklusif hotel ini.

Harga: Dari RM136+ Semalaman

Alamat: 20/1 Moo 2, Ao Nang, Muang Krabi, 81000 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

7. Sugar Marina Resort CLIFFHANGER | Ao Nang

Sugar Marina Resort CLIFFHANGER Aonang - Main Image

Sugar Marina Resort CLIFFHANGER Aonang menawarkan bilik-bilik yang sangat stylish yang mampu menggoda sesiapa sahaja yang melihat. Penginapan ini memaparkan dekorasi dalaman yang melibatkan kayu dan batu-bata untuk elemen klasik.

Sugar Marina Resort CLIFFHANGER Aonang - Room Image

Pihak hotel turut menyediakan beg dan selipar untuk kegunaan sewaktu ke pantai. Dari sesetengah bilik di hotel ini juga, anda dapat menikmati pemandangan bukit batu kapur.

Lokasinya, terletak dekat dengan banyak restoran halal yang berpatutan harganya. Dah penat berjalan, anda boleh mendapatkan urutan yang terbaik di kedai bersebelahan dengan hotel ini.

Harga: Dari RM178+ Semalaman

Alamat: 873 Moo 2, Ao Nang, Muang Krabi, Thailand, 81000 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

6. The Small Hotel Krabi | Ao Nang

The Small Hotel Krabi - Main Image

The Small Hotel Krabi adalah sebuah hotel yang terletak di dalam bangunan berwarna oren yang sekali terpandang terasa macam dilaser oleh keterangan warnanya. Bangunan dengan rekabentuk moden ini menawarkan 6 jenis bilik yang boleh dipilih mengikut keperluan anda. Kesemua bilik ini dihias dengan moden dengan sentuhan Thailand yang elegan dan simple.

The Small Hotel Krabi - Room Image

Dalam banyak-banyak jenis penginapan yang ditawarkan, antara yang best adalah Pool Access Mini Suitenya yang memberi akses terus ke kolam renang dan jakuzi peribadi. Seterusnya, Moon Deck Suite pula lengkap dengan balkoni peribadi yang dihias dengan menarik untuk anda bersantai menikmati pemandangan indah kawasan sekitar.

Harga: Dari RM165+ Semalaman

Alamat: 167 Moo 3, T. Ao Nang , A.Muang, 81000 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

5. Lanta Residence Boutique | Ko Lanta Island

Lanta Residence Boutique - Main Image

Mesti anda tak percaya yang walaupun harga untuk menginap hotel ini bermula daripada bawah RM50, Lanta Residence Boutique adalah sebuah penginapan yang lengkap dengan bermacam kemudahan, antaranya adalah pusat kecergasan, kolam renang dan khidmat shuttle.

Lanta Residence Boutique - Room Image

Yang menariknya, kolam renang hotel ini yang terletak di bumbung menghidangkan pemandangan yang menggoda di sekitar bandar dan bukit-bukau. Bukan itu sahaja, bagi anda yang ingin sekadar melepak di sini, anda boleh menggunakan akses wifi yang cukup power yang disediakan pihak hotel.

Anda power bermain ping-pong? Boleh compete dengan ahli keluarga yang lain kalau ada waktu lapang di sini kerana kemudahan meja ping-pong turut disediakan.

Harga: Dari RM43+ Semalaman

Alamat: 248 Moo 1, Saladan, 81150 Ko Lanta, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

4. Lanta Miami Resort | Ko Lanta Island

Lanta Miami Resort - Main Image

Tak payah ke Miami, anda boleh merasa pengalaman konon-konon di US kalau menginap di Lanta Miami Resort. Suasana tropika di sekitar hotel ini cukup mendamaikan jiwa anda yang ingin lari dari kesibukan kota.

Lanta Miami Resort - Room Image

Menyediakan bilik-bilik di dalam rumah banglo dengan gaya Thailand, penginapan ini juga lengkap dengan balkoni sebagai tempat untuk anda bersantai menikmati pemandangan lautan membiru, pantai ataupun taman yang kehijauan.

Selain itu, Lanta Miami Resort turut menyediakan khidmat urutan Thailand untuk anda yang ingin memanjakan badan.

Harga: Dari RM176+ Semalaman

Alamat: 13 Moo 6, Klong Nin Beach, Krabi, 81150 Ko Lanta, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

3. Riviera Boutique House | Ko Lanta Island

Riviera Boutique House - Main Image

Riviera Boutique House adalah sebuah penginapan yang strategik untuk anda yang bercadang melawati banyak pantai yang menarik. Untuk pengetahuan anda, hotel butik ini hanyalah beberapa minit pemanduan daripada Pantai Klong Toab, Pantai Klong Nin dan Pantai Klong Khong. Dalam 2 minit berjalan kaki juga anda boleh sampai ke pantai yang terdekat. Lokasi? Terbaiklah!

Riviera Boutique House - Room Image

Bilik-biliknya pula dihias dengan moden dan lengkap dengan segala fasiliti penting untuk keselesaan penginapan berapa lama sekali pun. Anda boleh juga bersantai di ruang balkoni untuk menenangkan fikiran.

Sekiranya anda menginap di sini, anda boleh menggunakan segala fasiliti yang terdapat di Lanta Riviera Resort yang terletak hanyalah 3 minit sahaja dari hotel ini. Di sini terdapat kolam renang yang menarik untuk anda berenang sepuas hati.

Harga: Dari RM98+ Semalaman

Alamat: 65 Moo 2, Klong Khong, Sala-Dan, T.Koh Lanta, Krabi, 81150 Ko Lanta, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

2. Hatzanda Lanta Resort | Ko Lanta Island

Hatzanda Lanta Resort - Main Image

Terletak hanyalah 3 minit berjalan kaki dari Pantai Klong Khong, Hatzanda Lanta Resort adalah sebuah penginapan di dalam rumah banglo yang dikelilingi oleh taman berlanskap indah.

Bilik-bilik yang ditawarkannya cukup luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai. Anda juga boleh memilih penginapan yang memiliki ruang balkoni luas untuk anda menyelesaikan kerja-kerja yang dibawa sambil merasai nikmati percutian dalam udara yag segar.

Hatzanda Lanta Resort - Room Image

Dah penat bertungkus-lumus, anda boleh terjun ke kolam renangnya untuk melegakan badan yang lenguh. Anda juga boleh bersandar di kerusi-kerusi malas yang disediakan untuk mendapatkan ketenangan fikiran.

Harga: Dari RM60+ Semalaman

Alamat: 90 Moo 2, Klong-Khong, T.Koh Lanta Krabi, 81150 Ko Lanta, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

1. Lanta Fevrier Resort | Ko Lanta Island

Lanta Fevrier Resort - Main Image

Terletak hanya 2 minit dari pantai, kalau anda nak menghabiskan banyak waktu menikmati bayu laut, Lanta Fevrier Resort adalah penginapan yang boleh dipertimbangkan. Di bahagian  utara hotel ini pula adalah kawasan bandar sekiranya anda ingin merasakan suasana yang happening di Krabi.

Teringinkan kudapan? Hanyalah beberapa tapak dari hotel ini terdapat banyak kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai jenis snek dan minuman. Kedai makan juga tak susah untuk dicari.

Lanta Fevrier Resort - Room Image

Mengenai hotel ini sendiri, penginapannya cukup luas dan dihias dengan minimal untuk memaksimumkan keselesaan anda yang menginap di sini beramai-ramai. Anda boleh memilih sama ada untuk mendapatkan bilik dengan pemandangan bukit-bukau, kolam renang ataupun yang memberi akses terus ke kolam.

Harga: Dari RM73+ Semalaman

Alamat: 213 Moo.6 , Koh Lan Ta Yai, Krabi, 81150 Ko Lanta, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com

Dah tahu di mana nak menginap selepas membaca senarai hotel murah di Krabi penginapan yang terbaik dalam kategori harga murah ini? Ataupun masih lagi tak puas hati dengan pilihan yang diberikan? Kalau macam tu, anda boleh layari booking.com untuk pilihan yang tak akan larat untuk dilihat kesemuanya.

Sudah jumpa hotel pilihan, jangan lupa untuk merancang perjalanan anda sebelum ke sini supaya tak terlepas pandang lokasi yang wajib dilawati. Nak tahu di mana? Anda boleh membaca artikel kami yang bertajuk 30 Tempat Menarik di Krabi.

Bila semuanya dah set, jangan tunggu lama-lama, cepat-cepatlah lari ke Krabi sebelum badan mula sakit setelah berhari-hari menghidu udara tercemar di kawasan bandar. Semoga berseronok menyelami keindahan alam semula jadi di Krabi!