Categories
Malaysia Travel Guide

15 Hotel Murah Di Labuan | Bilik Bajet & Selesa Di Bandar Permata Borneo


Terletak di antara destinasi percutian hebat di Malaysia, Sabah dan Sarawak, Labuan juga tidak kurang kehebatannya. Tidaklah sebesar negeri-negeri ini namun statusnya sebagai salah satu daripada Wilayah Persekutuan di Malaysia dan pusat kewangan luar pantai menjadikan ia sebuah pulau yang tidak boleh dipandang dengan sebelah mata.

Hanyalah dua setengah jam perjalanan kapal terbang dari Kuala Lumpur dan 10 km dari Sabah, Labuan adalah salah satu destinasi yang wajib dilawati sekali dalam seumur hidup.

Di sinilah anda sekeluarga dapat menjejaki peninggalan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Setelah itu, anda juga boleh merancang untuk menyelam skuba di banyak kawasan laut sekitar Labuan ini.

Yang menariknya, bahagian dasar laut ini turut memiliki tarikannya tersendiri yang memiliki bangkai-bangkai kapal laut yang cukup menarik untuk didekati. Inilah antara tarikan yang dapat dinikmati sesiapa yang menjejakkan kaki ke tanah indah penuh ketenangan Labuan ini. Agak banyak bukan?

Tak cukup dengan itu,  bagi anda yang suka membeli-belah, di sinilah syurganya sebagai pulau yang telah sekian lama menjadi tempat shopping bebas cukai sejak tahun 1956 lagi. Dalam keadaan ekonomi yang berbolak-balik ini, siapa tak suka bershopping tanpa perlu membayar cukaikan?

Bukan sahaja dapat berjimat sewaktu bershopping, dalam artikel ini, kami ingin membantu anda mendapatkan penjimatan yang hebat dari banyak tempat penginapan di Labuan. Jadi tunggu apa lagi? Teruskan membaca senarai hotel murah di Labuan ini untuk mencari penginapan yang sesuai dengan keperluan percutian anda.

15. Hotel Labuan Point

Hotel Labuan Point - Main Image

Hotel Labuan Point ini boleh dikatakan antara salah satu penginapan murah yang paling best di Labuan ini. Mana tidaknya, alang-alang sudah bercuti mesti anda ingin menikmati pemandangan dengan sepuas hati bukan?

Di hotel ini anda dapat menikmatinya di ruang santai atas bumbung dalam suasana yang cukup relaks sambil menikmati hidangan. Bertambah-tambah selera jadinya.

Hotel yang menawarkan 128 buah bilik penginapan terdiri daripada penginapan jenis bilik Suites, Superior Twin Room dan  Superior Kings Rooms. Kesemua bilik ini memiliki dekorasi dalaman yang cukup moden berlantaikan vinyl. Bilik-biliknya juga dilengkapi dengan perabot kayu berwarna cerah yang yang menjadikan ia sejuk dipandang.

Hotel Labuan Point - Room Image

Bukan itu sahaja, sebab lain untuk anda memilih hotel murah ini juga adalah kerana  lokasinya yang cukup strategik. Dalam masa yang sama, suasana di sekitar Hotel Labuan Point ini  sendiri begitu tenang dan bersih. Kedengaran cukup sempurna untuk keselesaan anda yang bercuti bersama keluarga. Tiada alasan untuk tidak booking Hotel Labuan Point bukan?

Harga: Dari RM140+ Semalaman

Alamat: Lot 207508183, Jalan Okk Abdullah, W.P.Labuan, 87000, Malaysia, 87000 Labuan

Selanjutnya Di Booking.com


Dapatkan Tawaran Terbaik Hotel Di Labuan

14. Premierz Hotel

Premierz Hotel Labuan - Main Image

Terletak di tengah-tengah bandar Labuan, Premierz Hotel memiliki lokasi yang begitu strategik dengan pelbagai kemudahan seperti ATM, kedai 24 jam dan kedai makan yang kesemuanya hanyalah beberapa tapak dari hotel. Hotel ini juga terletak tidak jauh dari terminal Feri Labuan. Lokasi hotspot pelancongan seperti muzium dan zoo juga cukup dekat dengan hotel bajet ini. Lokasi? Memang tip-top!

Premierz Hotel Labuan - Room Image

Berkaitan penginapannya pula, Premierz Hotel menawarkan bilik-bilik yang cukup selesa dengan kebersihan yang  pasti akan memuaskan hati anda sekeluarga. Paling penting sekali, katilnya sungguh empuk untuk anda mendapatkan tidur malam yang lena setelah kepenatan berjalan-jalan di Labuan.

Di samping itu, tarikan lain hotel bajet ini adalah kemudahan wifinya yang agak pantas, barulah boleh update status bercuti sepuas hati!

Harga: Dari RM89+ Semalaman

Alamat: U0373 Jalan Bunga Anggerik 87000 W.P. Labuan, 87000 Labuan

Selanjutnya Di Booking.com


13. Labuan Fortune Hotel

Labuan Fortune Hotel - Main Image

Hotel yang berwarna menyerlah putih dan merah ini, Labuan Fortune Hotel, mengetengahkan konsep Jepun di dalam rekaan dalaman penginapannya. Bila difikirkan penginapan dengan gaya Jepun, pasti anda terbayangkan bilik yang dihias dengan minimal dengan kebersihan yang berada di tahap negara Jepun bukan? Inilah yang boleh anda jangkakan dari Labuan Fortune Hotel.

Labuan Fortune Hotel - Room Image

Hotel ini juga cukup sesuai bagi anda yang datang bercuti bersama keluarga kerana saiznya yang begitu luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai. Sebab lain untuk anda memilih hotel ini adalah kerana kemudahan akses wifinya yang dikatakan agak superb, tidaklah anda kebosanan sewaktu bermalas-malasan di dalam bilik kerana dapat melayari internet seperti di rumah sendiri.

Lokasinya? Terletak dekat dengan pelbagai pilihan restoran dan kedai jualan barangan-barangan bebas cukai. Apa lagi? Pulunlah bershopping di sini ya?

Harga: Dari RM98+ Semalaman

Alamat: Jalan Tanjung Bendera, 87000 Labuan

Selanjutnya Di Booking.com


12. Fratini’s Inn Labuan

Fratini's Inn Labuan - Main Image

Fratini’s Inn Labuan adalah sebuah penginapan yang menawarkan penginapan dengan dekorasi dalaman yang minimal namun dalam masa yang sama beraura elegan. Biliknya juga lengkap denga pelbagai kemudahan seperti pemanas air, bar mini dan lain-lain.

Fratini's Inn Labuan - Room Image

Hotel yang selesa ini terletak hanyalah 12 minit perjalanan kaki untuk ke pantai. Tarikan lain seperti Muzium Labuan dan Financial Park juga hanyalah beberapa minit perjalan kaki dari hotel.

Sememangnya sesuai bagi anda yang datang dengan tujuan untuk cross banyak lokasi menarik di Labuan dari checklist anda. Tempat makan juga cukup mudah untuk ditemui, salah satunya adalah restoran Marrybrown yang terletak begitu dekat dengan hotel.

Harga: Dari RM100+ Semalaman

Alamat: U0361C, Jalan Bunga Kesuma 87007 W.P labuan  P.O Box 81988, 87029 W.P Labuan, 87007 Labuan

Selanjutnya Di Booking.com


11. SkyGlobal Hotel

Sky Global Hotel Labuan - Main Image

SkyGlobal Hotel yang terletak di Jalan Bunga Seroja ini adalah sebuah hotel bajet 1 bintang yang menawarkan penginapan yang dihias dengan ringkas namun lengkap dengan kemudahan yang memberikan keselesaan sepanjang penginapan anda di sini yang termasuklah TV bersaluran satelit sebagai hiburan sewaktu berehat-rehat di dalam bilik.

Sky Global Hotel Labuan - Room Image

Lokasinya pula, terletak dekat dengan pusat membeli-belah, kedai-kedai makan, dan tarikan-tarikan yang menarik di Labuan, cukup strategik. Bukan itu sahaja, hotel ini juga terletak tidak jauh dari Jeti Labuan. Mudahlah untuk anda mengakses banyak lagi pulau-pulau kecil lain yang terletak di sekitarnya untuk berskuba diving.

Harga: Dari RM88+ Semalaman

Alamat: U0438/0439/0440, Jalan Bunga Seroja, 87008 Labuan

Selanjutnya Di Booking.com


10. Expo Hotel

Expo Hotel Labuan - Main Image

Expo Hotel ini bukan sahaja sedap dipandang tetapi juga memiliki tahap keselamatan yang boleh dipuji, kerana di sini, para penginap yang ingin memasuki ruang hotel selepas selepas pukul 11 malam, perlu menggunakan kad hotel yang perlu diimbas.

Di samping itu, walaupun hanyalah sebuah hotel dengan 3 tingkat, hotel ini tetap memiliki kemudahan lif. Ini memudahkan anda yang bertravel dengan mereka yang berusia ataupun kurang upaya. Hotel bajet mana lagi yang sebagus ini?

Expo Hotel Labuan - Room Image

Penginapannya pula, hotel bajet berdekorasi dalaman moden ini menawarkan bilik-bilik yang lengkap dengan katil dan bantal yang empuk untuk membantu anda sekeluarga tenggelam dalam dunia mimpi setelah puas berjalan di sekitar bandar.

Lokasi? Cukup strategik, tapi yang paling menarik sekali adalah kerana ianya terletak bersebelahan dengan panggung wayang, Perdana Cineplex. Jadi, kalau anda sudah bosan bersantai di dalam bilik tu, apa kata kalau pergi menonton filem Hollywood terbaru di sini. Tengok movie atas pulau? Ciptalah pengalaman yang unik sikit kan?

Harga: Dari RM98+ Semalaman

Alamat:  U0309 Jati Shophouse Phase I Jalan Tun Mustapha, 87030 Labuan

Selanjutnya Di Booking.com


9. Global Hotel Labuan

Global Hotel Labuan - Main Image

Global Hotel Labuan adalah penginapan bertaraf 2 bintang dengan pemandangan yang cukup mengasyikkan kawasan sekitar ketenangan kampung dan aliran sungai. Keindahannya bertambah memukau sewaktu matahari naik di pagi hari.

Mengenai hotel ini pula, rekaan dalamannya cukup ringkas dan selesa dengan kemudahan seperti TV bersaluran satelit sebagai hiburan. Suasana di sekitar hotel juga cukup nyaman dan sunyi dari gangguan bunyi untuk anda bersantai dengan tenang.

Global Hotel Labuan - Room Image

Lokasinya? Anda boleh berjalan kaki untuk menuju ke terminal feri. Tempat lain seperti kedai makan dan pusat membeli-belah juga hanyalah beberapa tapak dari terminal feri ini.

Harga: Dari RM108+ Semalaman

Alamat: U0017, Jalan O.K.K. Awang Besar, 87014 Labuan

Selanjutnya Di Booking.com


8. Hotel Apartment Ambassador 3

Hotel  Apartment Ambassador 3. - Main Imagejpg

Hotel berbangunan merah ini, Hotel Apartment Ambassador 3 adalah sebuah penginapan yang diberikan sentuhan elegan dengan perabot-perabot kayu berwarna coklat gelap. Seri bilik ini ditambah lagi dengan cahaya lampu yang terang serta katil dan dinding yang berwarna putih.

Hotel  Apartment Ambassador 3 - Room Image

Bukan sahaja memiliki rekaan dalaman yang sedap dipandang, hotel ini turut menyediakan ruang santai di dalam bilik-biliknya dimana anda boleh melepak sambil menggunakan akses wifi yang disediakan untuk melihat perkembangan dunia luar pulau kecil ini.

Lokasinya pula, hotel ini terletak hanyalah 10 minit pemanduan dari Muzium Labuan. Lapangan Terbang Labuan dan terminal feri pula dalam 6 minit pemanduan dari hotel.

Harga: Dari RM159+ Semalaman

Alamat: Lot 1,2,3 4, Jalan Jati, 87000 Labuan

Selanjutnya Di Booking.com


7. Perdana Hotel

Perdana Hotel adalah penginapan yang terletak berdekatan dengan boleh dikatakan hampir segalanya seperti tempat mencari juadah makanan, bank hinggalah ke pusat membeli-belah. Terminal bas juga terletak tidak jauh dari hotel ini.

Perdana Hotel Labuan - Room Image

Bukan sahaja strategik, Perdana Hotel juga sesuai untuk anda yang bercuti beramai-ramai kerana mempunyai keluasan bilik yang sangat memuaskan. Kemudahan lain yang disediakan adalah akses wifi percuma untuk anda melayari internet.

Harga: Dari RM95+ Semalaman

Alamat: Lot U0300, Jati Shophouse Phase 1, Jalan Tun Mustapha, P.O.Box 80951, 87018 Labuan

Selanjutnya Di Booking.com


6. Micasa Hotel Labuan

Micasa Hotel Labuan - Main Image

Penginapan yang strategik, Micasa Hotel Labuan terletak dekat dengan perhentian bas, terminal feri dan pelbagai kedai menarik di Labuan yang kesemuanya boleh anda sampai dengan hanya berjalan kaki dari hotel.

Bilik-biliknya pula dihias dengan ringkas dan cukup bersih, lengkap dengan katil dan bantal yang empuk untuk tidur yang nyenyak.

Micasa Hotel Labuan - Room Image

Yang penting sekali, layanan yang diberikan oleh pekerja-pekerja di hotel ini memang terbaiklah! Bertambah-tambah keselesaan anda yang menginap di sini kerana khidmat pelanggannya yang hebat. Kemudahan lain yang disediakan adalah akses wifi, siapa yang tak suka?

Harga: Dari RM117+ Semalaman

Alamat: Lot 447/448, Jalan Bunga Seroja, Labuan FT., 87000 Labuan

Selanjutnya Di Booking.com


5. Transit Hotel

Transit Hotel Labuan - Main Image

Penginapan dengan bilik-bilik yang berwarna cerah, Transit Hotel  yang terletak di Jalan Tun Mustapha ini memberikan anda penginapan dengan tahap kebersihan yang cukup terserlah, tiada apa yang dapat dikomenkan. Bilik-bilik yang dihias dengan ringkas ini dilengkapi dengan katil yang selesa dan pelbagai lagi kemudahan lain yang menambahkan keselesaan penginapan anda sepanjang di Labuan.

Transit Hotel Labuan - Room Image

Lokasinya pula, terletak dekat dengan terminal feri yang hanya 7 minit berjalan kaki dari hotel. Kedai-kedai makan yang termasuklah restoran 24 jam dan pusat membeli-belah juga hanyalah di sekitar hotel. Dari RM80 untuk kebersihan yang tip-top dan lokasi yang strategik, apa lagi yang anda inginkan?

Harga: Dari RM80+ Semalaman

Alamat: Lot 35 36, Lazenda Commercial Centre Phase II, Jalan Tun Mustapha, 87007 Labuan

Selanjutnya Di Booking.com


4. Pilly Homestay

Pilly Homestay Labuan - Main Image

Inginkan penginapan yang comel di luar dan terasa homie di dalamnya, Pilly Homestaylah jawapannya. Sebaik sampai ke kawasan homestay, anda akan terasa kedamaian kawasan sekitarnya yang tidak dicemari oleh sebarang bunyi bising. Mana tidaknya, homestay yang comel sebagaimana namanya ini juga terletak tidak jauh dari kawasan pantai yang hanyalah sekitar 18 minit perjalanan kaki dari homestay.

Jenis penginapan lain yang terdapat di sini adalah penginapan yang mampu menampung 5 ke 6 orang, iaitu Rumah Kayu dan Family Villa. Untuk penginapan yang simple pula adalah seperti bilik Superior Deluxe, Double Deluxe dan  Superior Double Room.

Pilly Homestay - Room Image

Untuk penginapan Family Villanya, sepertimana kebanyakan homestay, anda boleh menikmati keselesaan seperti di rumah sendiri dengan kemudahan  seperti dapur memasak dan peti ais, dapatlah anda berjimat dari segi makanan, tak gitu? Bukan itu sahaja, kemudahan mesin basuh juga disediakan, menjadikan ia penginapan yang sesuai untuk anda yang bercadang bercuti lama di Labuan.

Bilik-biliknya pula cukup luas untuk keselesaan menginap bersama keluarga. Dari segi kebersihannya pula, segalanya boleh dikatakan berkilau-kilau bersihnya.

Harga: Dari RM118+ Semalaman

Alamat: No.1 13-5034, Jalan OKK Daud Kg. Layang-Layang, 87000 Labuan

Selanjutnya Di Booking.com


3. Summer Beach Lodge

Summer Beach Lodge - Main Image

Summer Beach Lodge yang terletak di Kampung Nagalang ini menyediakan pemandangan yang sungguh mengasyikkan sekitar pantai. Bayangkanlah, keluar sahaja dari pintu bilik dan hanya beberapa tapak dari penginapan anda dapat menikmati pemandangan yang memukau cahaya matahari naik dan tenggelam secara live sambil menikmati udara yang menyegarkan.

Anda juga boleh mendapatkan meja dan kerusi daripada pihak homestay untuk digunakan sewaktu bersantai di tepi pantai. Anak-anak pula boleh berseronok di taman permainan yang terletak berdekatan.

Summer Beach Lodge - Room Image

Penginapan yang terletak di persekitaran yang nyaman ini juga pasti memuaskan anda yang tidak pernah kenyang perut kerana kedudukan yang terletak betul-betul bersebelahan dengan restoran yang menyediakan masakan laut yang menyegarkan.

Berkaitan biliknya pula, dihias dengan cukup ringkas dan ini menambahkan lagi keluasan bilik yang sudah sedia luas,  menjadikan ia selesa untuk diinapi beramai-ramai. Persekitaran yang penuh privasi, pemandangan yang mendamaikan, dan terletak dekat dengan kedai masakan laut yang enak. Harganya juga bermula dari RM100, kedengaran sempurna bukan?

Harga: Dari RM100+ Semalaman

Alamat: Jalan Kerupang 1, Kg. Nagalang, 87000 Labuan

Selanjutnya Di Booking.com


2. KL Hotel

KL Hotel Labuan - Main Image

Ya, anda tak salah lihat, KL Hotel ini bukanlah terletak di KL tapi di Jalan Jati, Labuan. Hotel dengan aura eksklusif ini dihias dengan moden menggunakan warna-warna natural, coklat, hitam, putih dan kelabu. Sentuhan yang diberikan dalam rekaan dalamannya dan keselesaan yang jelas terpancar membuatkan anda tertanya-tanya betul ke harganya hanya bermula dari RM79? Namun inilah realitinya, kita enjoy je!

KL Hotel Labuan - Room Image

Hotel ini menyediakan kemudahan wifi percuma yang superb dan lengkap dengan tv sebagai hiburan sambil berbaring di katil empuk setelah puas menikmati tarikan di sekitar Labuan.

Lokasinya pula, terletak dekat dengan pelbagai kemduahan seperti bank, dobi untuk membasuh baju, kedai jualan barangan bebas cukai, feri terminal dan macam-macam lagi.

Harga: Dari RM79+ Semalaman

Alamat: Jalan Jati Jati Shophouse Development, 87000 Labuan

Selanjutnya Di Booking.com


1. Avida Hotel

Avida Hotel Labuan - Main Image

Hotel yang ringkas, Avida Hotel adalah penginapan yang cukup selesa dengan kebersihan yang sangat terjaga. Bilik-biliknya lengkap dengan katil yang dapat memberikan tidur yang nyenyak ditambah lagi dengan suasana perkitaran yang tidak diganggu bunyi bising. Atmosferanya cukup menenangkan dan penuh dengan privasi.

Avida Hotel Labuan - Room Image

Bilik-bilik yang disediakan di sini adalah Standard Double Room dan Deluxe Double Room yang memiliki tingkap untuk anda menikmati pemandangan luar. Lokasinya pula, kurang 5 km dari Lapangan Terbang Labuan.

Harga: Dari RM118+ Semalaman

Alamat: Lot 0511 0512 Lazenda Commercial Centre Phase II, Jln Tun Mustapha, 87007 Labuan

Selanjutnya Di Booking.com


Inilah antara penginapan murah yang dapat boleh anda jadikan pilihan sekiranya bercadang untuk bercuti di Labuan. Dari hotel yang simple di tengah-tengah kota hinggalah ke penginapan seperti di rumah sendiri di tepian pantai, yang mana satu menjadi pilihan anda?

Jika senarai hotel murah di Labuan ini masih lagi tidak cukup, anda boleh melayari booking.com untuk pilihan penginapan dengan harga murah di Labuan yang lebih banyak.

Sudah booking? Jangan tunggu-tunggu lagi, pantai-pantai dengan air laut yang jernih ini tidak henti-henti memukul ombaknya memanggil anda untuk datang. Tidak cukup dengan keindahan alam, untuk anda yang kaki shopping, inilah masanya untuk membeli-belah sepuas hati di pulau yang bebas cukai ini. Hotel bajet, shopping pun dapat berbajet. Sememangnya percutian yang sempurna sedang menunggu anda di Labuan.

Semoga anda sekeluarga berseronok bercuti di Labuan!