Categories
Malaysia Travel Guide

25 Homestay Di Port Dickson Yang Menarik Untuk Percutian Istimewa

 

Terkenal dengan kawasan pantainya yang indah berpasir putih, bandar pantai Port Dickson adalah sebuah destinasi yang sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga. Tarikan alam semula jadinya ini menjadikan ia secara tidak langsung kaya dengan pelbagai aktiviti menarik seperti menaiki bot laju, snorkeling, bermandi-manda, menunggang kuda dan banyak lagi.

Bandar yang terletak di dalam Negeri Sembilan ini juga tidak kurang dengan tarikan menarik yang lain seperti peninggalan-peninggalan bersejarah, akuarium, kampung nelayan dan hutan simpan yang mendamaikan jiwa. Inilah antara penangan Port Dickson yang patut dirasai sesiapa sahaja walau sekali dalam seumur hidup.

Berlokasi tidak jauh dari KL, menjadikan ia pilihan warga kota untuk mendapatkan ketenangan di hujung minggu. Ingin menikmati ketenangan yang maksima sewaktu bercuti bersama keluarga di Port Dickson? Solusinya ada di sini. Kami telah menyenaraikan 25 homestay di Port Dickson yang menarik dan selesa yang terdapat di Port Dickson. Teruskan membaca untuk mencari pilihan hati anda.

25. Relaxing Retreats at Cocobay Apartments

Relaxing Retreats at Cocobay Apartments Port Dickson - Main Image

Strategik, serba lengkap dan kebersihan yang tip-top, kedengaran seperti rumah sendiri? Sebenarnya Relaxing Retreats at Cocobay Apartments memberikan anda sekeluarga lebih daripada yang disangka.

Dengan harga yang bermula dari bawah RM150, anda dapat menikmati penginapan yang lengkap dengan balkoni untuk mendapatkan udara segar dan pemandangan luar, ruang tamu  yang cukup selesa dan dapur yang lengkap dengan kemudahan memasak.

Relaxing Retreats at Cocobay Apartments - Room Image

Anda rasa hanya ini yang anda layak nikmati dengan semurah yang ditawarkan? Kalau anda nak tahu, kemudahan lain yang dapat anda gunakan adalah kolam renang yang termasuklah kolam kanak-kanak, gelanggang tenis dan gelanggang badminton. Anda juga boleh menyewa basikal yang disediakan homestay ini untuk makan angin di sekitar Port Dickson.

Lokasinya? Hanyalah dalam 3 ke 6 minit berjalan kaki, anda boleh sampai ke Pantai Sri Purnama dan banyak kedai-kedai makan untuk mengisi perut yang lapar. Tarikan lain seperti Rumah Api yang telah berusia berabad lamanya dan Pantai Telok Kemang juga tidak begitu jauh dari homestay.

Harga: Dari RM145+ Semalaman

Alamat: C1-1-02, Cocobay Resort Jalan Pantai, , 71500 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com


Lihat Tawaran Terbaru Hotel Terbaik Di Port Dickson

24. Villa Lot 1638

Villa Lot 1638 - Main Image

Rasanya jika anda menginap di Villa Lot 1638, anda mungkin terasa seperti ingin membatalkan rancangan untuk bergerak ke mana-mana. Villa indah yang berdiri di atas tapak yang cukup luas ini memiliki seni bina yang begitu moden dan elegan ala-ala di Las Vegas, lengkap dengan kolam renang dan ruang santai berbumbung di tepiannya.

Untuk penginapannya, Villa Lot 1638 menawarkan 9 unit Semi Detached 2 Room Villa, 1 unit 1 Room Garden Villa dan 3 Private Suite Rooms. Kesemua bilik di dalam villa ini dihias dengan begitu teliti dengan konsep yang pelbagai, dari elegan, moden hinggalah ke hipster.

Villa Lot 1638 - Room Image

Villa ini turut menyediakan ruang dapur dengan stok snek dan minuman percuma untuk dinikmati sambil menyelami keindahan kawasan sekitar villa. Kemudahan lain yang terdapat di sini adalah pit bbq, dapur memasak, buaian dan taman yang indah.

Lokasinya pula terletak tidak jauh dari pantai yang boleh diakses hanya dalam 12 minit berjalan kaki dari villa.

Harga: Dari RM249+ Semalaman

Alamat: Lot1638, Jalan Esso,Batu 1, 71000 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com


23. Wonderland Private Chalet at Port Dickson

Wonderland Private Chalet at Port Dickson - Main Image

Penginapan yang terletak di Jalan Seremban Taman Tanjung ini, Wonderland Private Chalet at Port Dickson merupakan penginapan 4 bintang yang menyajikan pemandangan air laut biru yang sangat memuaskan pandangan.

Setelah puas menyajikan mata dengan pemandangan air laut, badan yang tiba-tiba menginginkan kesegaran berendam di dalam air boleh terus berseronok di kolam renang yang tersedia di chalet ini. Jika malas untuk keluar bilik, di dalam chalet anda sendiri terdapat kemudahan tab mandian yang besar untuk menyegarkan badan dalam keadaan penuh privasi.

Wonderland Private Chalet at Port Dickson - Room Image

Mengenai biliknya pula, cukup luas dan selesa untuk diinapi bersama keluarga. Tidur malam? Sudah semestinya lena dengan bunyi pukulan ombak menemani sepanjang malam. Kemudahan lain yang disediakan chalet ini adalah taman permainan kanak-kanak. Segalanya sempurna di Wonderland Private Chalet at Port Dickson.

Lokasinya pula, bagi anda yang ingin menikmati juadah makanan laut, Medan Ikan Bakar terletak kurang 10 minit perjalanan dari chalet.

Harga: Dari RM280+ Semalaman

Alamat: Batu 2, Jalan Seremban Taman Tanjung, 71000 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com


22. RC Cape Nautica Villas

RC Cape Nautica Villas - Main Image

Menawarkan pemandangan air laut ataupun kolam renang, RC Cape Nautica Villas sememangnya sebuah penginapan yang cukup mendamaikan.

Menawarkan apartment dengan 2 buah bilik tidur, 3 buah bilik tidur dan apartment dengan 4 buah bilik tidur. Sekiranya anda datang dengan keluarga yang ramai, apartment 4 bilik tidur ataupun apartment keluarga ini mampu menampung dalam 10 orang penginap.

RC Cape Nautica Villas - Room Image

Ruang tamu dan bilik-bilik di apartment ini juga cukup luas untuk keselesaan penginapan anda. Kemudahan lain yang turut disediakan di dalam kesemua apartment ini adalah ruang dapur yang lengkap dengan pelbagai fasiliti memasak.

Untuk beraktiviti bersama keluarga, anda boleh merancang untuk berbbq di ruang bbq yang disediakan sambil menikmati udara luar. Lokasinya pula, terletak tidak jauh dari kedai makan dan pasaraya yang masing-masing kurang 1 km dari villa.

Harga: Dari RM280+ Semalaman

Alamat: Cape Nautica Villas, Jalan Pantai Batu 5 1/2, 71050 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com


21. PD Bintang Private Apartment

PD Bintang Private Apartment - Main Image

PD Bintang Private Apartment menawarkan penginapan yang terdiri daripada apartment 3 bilik tidur yang mampu menampung 6 orang penginap dan juga apartment deluxe dengan 2 buah bilik tidur untuk 5 orang penginap.

Apartment-apartment ini dihias dengan ringkas dan ini memaksimakan lagi keluasan ruang penginapan, menjadikan penginapan anda bersama keluaraga yang ramai penuh dengan keselesaan.

PD Bintang Private Apartment - Room Image

Bukan sahaja selesa, dari penginapan PD Bintang Private Apartment ini anda dapat menikmati pemandangan yang menyejukkan mata lautan yang membiru. Untuk aktivti pula, anda boleh bermandi-manda di kolam renang yang cukup luas di apartment ini.

Mengenai lokasinya, terletak tidak jauh dari kedai-kedai runcit untuk membeli barangan keperluan dan kudapan sepanjang penginapan.

Harga: Dari RM260+ Semalaman

Alamat: C-1-8, Straits View Villas, Bt5, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com


20. Holiday PD Marina Resort

Holiday Pd Marina Resort - Main Image

Diberikan sentuhan dalaman yang  ringkas namun memiliki aura homie ini, Holiday PD Marina Resort menawarkan beberapa jenis penginapan iaitu apartment 1 bilik tidur, apartment 2 bilik tidur, dan apartment 3 bilik tidur yang boleh menampung dari 2 ke 6 orang penginap.

Bagi anda yang bercuti bersama keluarga, sudah semestinya menginginkan sebuah penginapan yang luas bukan? Tak perlu pandang tempat lain lagi, Holiday PD Marina Resort menawarkan apa yang anda tercari-carikan di Port Dickson ini. Cukup luas, dari ruang tamu hinggalah ke bilik-bilik tidurnya, menjadikan penginapan anda penuh dengan keselesaan.

Holiday PD Marina Resort - Room Image

Dari apartment juga anda dapat menikmati pemandangan yang menyejukkan mata yang dibentangkan dari ruang balkoninya. Untuk beraktiviti, anda boleh terjun ke kolam renang yang terdapat di resort ini.

Mengenai lokasinya, terletak tidak jauh dari kedai-kedai makan untuk anda sekeluarga menjamu selera.

Harga: Dari RM80+ Semalaman

Alamat: A1-2, Marina View Villas, Bt 5, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com


19. Maya Apartment Bay View Villas

Maya Apartment Bay View Villas - Main Image

Bajet dan selesa, Maya Apartment Bay View Villas yang terletak di Jalan Pantai ini adalah sebuah pilihan yang cukup berbaloi bagi anda yang inginkan penginapan dalam harga bajet tanpa menggadaikan keselesaan percutian.

Menyediakan beberapa jenis penginapan yang selesa seperti apartment 1 bilik tidur, apartment 2 bilik tidur dan apartment 3 bilik tidur yang mana kesemuanya dihias dengan ringkas. Namun begitu, segala kemudahan asas yang diperlukan untuk keselesaan penginapan sepanjang bercuti di Port Dickson tersedia dengan sempurna.

Maya Apartment Bay View Villas - Room Image

Untuk hiburan, anda boleh menikmati siaran-siaran Astro ataupun bermandi-manda di kolam renang resort ini yang cukup luas. Anak-anak pula boleh berseronok di taman permainan kanak-kanak. Bagi anda dengan stamina yang tinggi, boleh beradu tenaga di gelanggang tenis yang terdapat di sini.

Harga: Dari RM100+ Semalaman

Alamat: PD World Marina Resort , Bayview Block C, Batu 7, Jalan Pantai, 71560 Port Dickson.

Selanjutnya Di Booking.com


18. Erween Condo Homestay

Erween Condo Homestay - Main Image

Terletak hanyalah 2 minit berjalan kaki dari pantai, Erween Condo Homestay adalah salah satu penginapan yang paling sesuai untuk anda yang ingin menikmati keindahan pantai tanpa perlu berjalan jauh, pastinya ini menjadi tujuan utama kalau bercuti di Port Dickson bukan?

Terdapat beberapa penginapan yang ditawarkan di sini tapi yang paling best sekali adalah apartment dengan pemandangan lautnya. Apartment ini memiliki 2 buah bilik tidur yang luas untuk anda yang datang menginap bersama keluarga.

Erween Condo Homestay - Room Image

Bilik mandinya pula lengkap dengan tab mandian. Sudah puas menyegarkan badan, anda boleh bersantai di ruang balkoni apartment untuk mengambil udara segar dan melihat pemandangan air laut sambil menikmati minum petang.

Kemudahan lain yang terdapat di homestay ini adalah kolam renangnya yang cukup luas untuk anda bermandi-manda sepuas hati.

Lokasinya pula, selain berdekatan dengan pantai, ia juga terletak tidak jauh dari tarikan seperti Upside Down House dan Haunted House.

Harga: Dari RM220+ Semalaman

Alamat: Block D-3-9 Ocean View Resort Btu 9 Jalan Pantai Port Dickson, 71050 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com


17. Sunshine Bay Resort Port Dickson

Sunshine Bay Resort Port Dickson - Main Image

Ingin bercuti tapi tak mahu mengeluarkan bajet yang banyak? Murahnya harga penginapan yang ditawarkan Sunshine Bay Resort Port Dickson ini bukan kepalang.

Dengan kemudahan yang lengkap seperti di rumah sendiri dan lokasi yang cukup strategik hanyalah beberapa tapak dari pantai, harga yang bermula dari RM75 terasa macam tak sukar dipercayai.

Sunshine Bay Resort Port Dickson - Room Image

Memandangkan lokasinya yang terletak tidak jauh dari pantai, pemandangan dari apartment ini sudah semestinya tidak mengecewakan, cukup menyegarkan mata untuk dinikmati dari ruang balkoni yang berhadapan dengan pantai berpasir putih ini.

Setelah puas menikmati pemandangan, anda boleh menyegarkan badan di kolam renang yang disediakan di sini. Harga bajet, pemandangan hebat, lengkap dengan kolam renang, apa lagi yang anda inginkan?

Harga: Dari RM75+ Semalaman

Alamat: Jalan Pantai batu 2.5, 71000 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com


16. Seri Bulan Condo

Seri Bulan Condo Port Dickson - Main Image

Penginapan strategik, menginap di Seri Bulan Condo ini membolehkan anda melawati banyak lokasi menarik di sekitar Port Dickson tanpa perlu bergerak jauh.

Mana tidaknya, hanyalah 2 minit berjalan kaki dari homestay anda sudah boleh sampai ke tarikan alam semula jadi yang indah Pantai Teluk Kemang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang cukup memukau.

Seri Bulan Condo Port Dickson - Room Image

Bukan itu sahaja, tarikan seperti Port Dickson Ostrich Farm hanyalah 5 minit dari homestay dan Rumah Api Port Dickson pula hanyalah 10 minit pemanduan.

Mengenai penginapannya pula, cukup luas untuk percutian bersama keluarga. Setiap sudut rumah ini dihias dengan ringkas, ruang tamunya pula selesa untuk anda bersantai menikmati minum petang sambil menonton TV. Tidak mahu sesaat pun berlalu tanpa keseronokan? Anda boleh beramai-ramai berseronok di kolam renang luas yang disediakan di sini.

Harga: Dari RM280+ Semalaman

Alamat: Lot 745, Batu 8, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com


15. Apartment Bajet Marina

Apartment Bajet Marina - Main Image

Apartment Bajet Marina seperti namanya, harga yang ditawarkan cukup murah untuk sebuah penginapan yang luas dan selesa bersama keluarga.

Dari RM75 anda bukan sahaja dapat menikmati penginapan yang selesa seperti di rumah sendiri, tapi juga dapat menggunakan fasiliti kolam renang yang terdapat di sini. Fasiliti yang lain adalah taman permainan kanak-kanak dan gelanggang tenis.

Apartment Bajet Marina - Room Image

Lokasinya juga cukup strategik, terletak berdekatan dengan pantai yang hanyalah 5 minit berjalan kaki dari apartment. Tempat-tempat lain seperti dobi membasuh baju 24 jam, kedai runcit dan restoran-restoran juga terletak tidak jauh dari apartment.

Harga: Dari RM75+ Semalaman

Alamat: B1-1, Marina View Villas,Batu 5 Jalan Pantai, 71050 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com


14. Paradise Lagoon Apartment

Paradise Lagoon Apartment - Main Image

Pemandangan seperti di syurga dapat anda nikmati di Paradise Lagoon Apartment. Apartment-apartment yang disediakan di sini menyajikan pemandangan laut yang cukup mendamaikan jiwa untuk dinikmati dari ruang balkoni.

Paradise Lagoon Apartment - Room Image

Pemandangan memukau terutama sekali dapat dinikmati ketika mentari terbenam. Sudah puas menyajikan mata dengan keindahan alam, anda boleh menikmati mandian menyegarkan di kolam renang apartment sambil menghirup udara segar.

Lokasinya pula, terletak tidak jauh dari Muzium Tentera yang hanyalah 5 minit pemanduan dari apartment. Tarikan lain seperti Port Dickson Ostrich Farm dan Kubu Lukut hanyalah dalam 15 minit pemanduan.

Harga: Dari RM94+ Semalaman

Alamat: Block-D-L1-6, Batu 2, Jalan Pantas, 71000 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com


13. Port Dickson Seaview Private Apartments

Port Dickson Seaview Private Apartments - Main Image

Port Dickson Seaview Private Apartments menawarkan penginapan dari apartment 1 bilik, 2 bilik hinggalah ke 3 bilik. Pilihlah yang sesuai dengan bilangan geng percutian anda ya?

Yang penting, kesemua penginapan ini lengkap dengan ruang balkoni untuk anda menikmati pemandangan dan udara segar Port Dickson. Kesemua unit yang ditawarkan juga memiliki ruang tamu yang selesa untuk anda bersantai sambil menonton TV.

Port Dickson Seaview Private Apartments - Room Image

Mengenai lokasinya,  Port Dickson Seaview Private Apartments terletak hanyalah 2 minit dari pantai yang mengasyikkan keindahannya.  Pusat membeli-belah, KFC, Starbucks dan bank pula hanyalah dalam 10 minit perjalanan dari apartment ini.

Harga: Dari RM100+ Semalaman

Alamat: Paradise Lagoon Apartment, Unit AG-3, Batu 2, Jalan Pantai, Bagan Pinang, 71000 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com


12. Kapitan Lodge

Kapitan Lodge - Main Image

Kampung yang ceria penuh warna-warni, inilah suasana yang dapat anda nikmati di Kapitan Lodge. Penginapan dengan sentuhan dalaman yang unik ini turut mengetengahkan konsep “Kembali ke Alam Semula Jadi,” yang cukup jelas terpancar dari kedudukannya yang dikelilingi oleh pokok-pokok hijau dan halaman dengan rumput hijau yang terbentang luas untuk anda sekeluarga beraktiviti.

Kapitan Lodge - Room Image

Suasana kampung Kapitan Lodge ini ditambah lagi dengan kewujudan reban-reban ayam di halamannya, memang seronoklah anak-anak anda mengejar ayam cuti nanti. Bukan itu sahaja, anda juga akan dibangunkan dengan bunyi kokokan ayam yang persis di kampung halaman. Terubat rindu dengan kawasan kampung, tak gitu?

Bukan hanya cantik di mata dengan pemandangan yang mendamaikan jiwa, rumah kampung ini juga  tetap lengkap dengan pelbagai kemudahan moden seperti TV, pemain DVD, peti ais, microwave dan banyak lagi. Se’kampung’ mana pun konsepnya, kemudahan moden tetap tersedia untuk keselesaan anda.

Harga: Dari RM600+ Semalaman

Alamat: 2671, Kg segenting Bt 11 Port Dickson, 71250 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com


11. Yaacob Cocobay Apartment

Yaacob Cocobay Apartment - Main Image

Yaacob Cocobay Apartment adalah sebuah penginapan dengan sebuah bilik tidur yang mampu menampung 3 orang penginap. Apartment ini turut memiliki ruang tamu yang lengkap dengan banyak tempat duduk untuk anda bersantai sambil menonton TV ataupun berhibur menggunakan kemudahan wifi yang disediakan.

Yaacob Cocobay Apartment - Room Image

Ruang dapurnya pula lengkap dengan pelbagai kemudahan penting. Yang bestnya, apartment ini turut menyediakan kemudahan mesin basuh yang pastinya dapat memudahkan anda yang berniat untuk bercuti panjang di Port Dickson ini.

Bukan itu sahaja, homestay ini turut memiliki ruang balkoni yang menyajikan pemandangan kolam renang untuk dilihat sambil menikmati minum petang. Dari RM11O untuk semua ini? Tunggu apa lagi? Jom booking!

Harga: Dari RM110+ Semalaman

Alamat: Cocobay Condo Resort, Batu 9, Jalan Pantai, Teluk Kemang, 71250 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com


10. PD Perdana Homestay Pool Side

PD Perdana Homestay Pool Side - Main Image

Mampu memuatkan bilangan ahli keluarga dari 5 ke 7 orang dalam apartment-apartment yang ditawarkannya, PD Perdana Homestay Pool Side adalah salah satu penginapan yang boleh anda pertimbangkan jika bercuti beramai-ramai.

PD Perdana Homestay Pool Side - Room Image

Penginapan-penginapan yang tersedia dihias dengan ringkas namun dalam masa yang sama lengkap dengan kemudahan yang menambahkan keselesaan penginapan.

Harga: Dari RM250+ Semalaman

Alamat: PD Perdana, Batu 5, Jalan Pantai, 71050, Port Dickson, Negeri Sembilan, 71050 Port, 71050 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com


9. Private Apartment at Glory Beach Resort

Private Apartment at Glory Beach Resort - Main Image

Dua pilihan penginapan yang disediakan Private Apartment at Glory Beach Resort adalah apartment dengan 2 buah bilik tidur dan apartment 3 buah bilik tidur. Apartment-apartment ini dihias dengan ringkas dan dalam masa yang sama memiliki suasana homie yang menjadikan penginapan terasa cukup santai.

Kebersihan penginapan ini juga sangat terjaga, bagi anda yang cerewet tentang kebersihan itu, inilah salah satu homestay yang pasti akan memuaskan hati anda.

Private Apartment at Glory Beach Resort - Room Image

Kemudahan lain yang terdapat di sini adalah kolam renang dan taman untuk anda bersantai menikmati udara segar. Selain itu, apartment ini turut memiliki kawasan pantai peribadinya sendiri yang membolehkan anda berseronok bersama keluarga untuk menikmati pemandangan matahari terbenam atau menaik dalam penuh privasi.

Harga: Dari RM355+ Semalaman

Alamat: Jalan Tun Sambanthan Batu 2,tanjung gemok,glory beach resort, 71000 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com


8. Akar Beach Resort

Akar Beach Resort - Main Image

Teringin untuk berumah di tepi pantai? Apa kata kalau untuk cuti kali ini, anda jadikan impian ini sebagai realiti dengan menginap di Akar Beach Resort. Lokasinya, hanyalah 1 minit berjalan kaki untuk ke kawasan pesisir pantai.

Resort 3 bintang ini juga terletak di lokasi yang jauh dari keriuhan kota, menjadikan Akar Beach Resort sebuah pilihan penginapan yang tepat bagi anda yang mendambakan ketenangan yang sebenar.

Akar Beach Resort - Room Image

Disebabkan lokasinya yang begitu dekat dengan pantai, bunyi pukulan ombak yang menyegarkan deria dapat dinikmati tanpa mengira masa. Untuk beraktiviti, jika berseronok dengan air pantai masih tidak mencukupi, anda boleh bermandi-manda di kolam renang resort yang cukup luas.

Harga: Dari RM149+ Semalaman

Alamat: Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com


7. Paradise Lagoon Apartments (Ombak Escapes)

Paradise Lagoon Apartments (Ombak Escapes) - Main Image

Apartment dengan pemandangan laut yang mendamaikan hati, Paradise Lagoon Apartments (Ombak Escapes) adalah sebuah penginapan dengan 2 buah bilik yang mampu menampung 5 orang penginap.

Menjejakkan kaki di dalam bilik ini, anda dapat merasakan suasana nyaman yang disebabkan oleh gabungan warna-warna lembut dalam perhiasan dalamannya. Perabot-perabot rotan yang digunakan dalam apartment ini juga melahirkan aura semula jadi yang membuatkan jiwa terasa relaks. Tidak cukup dengan itu, pemandangan indah dari tingkap dan ruang balkoninya juga menjadikan penginapan ini cukup istimewa.

Paradise Lagoon Apartments (Ombak Escapes) - Room Image

Berkaitan dengan kemudahan lain, ruang dapurnya lengkap dengan kemudahan penting untuk kegunaan anda sepanjang penginapan.

Harga: Dari RM320+ Semalaman

Alamat: Block F-L3-2, Corus Paradise Resort, Batu 2, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson.

Selanjutnya Di Booking.com


6. Tasik Villa International Resort

Tasik Villa International Resort - Main Image

Tasik Villa International Resort adalah sebuah penginapan bertaraf 4 bintang yang cukup sempurna fasilitinya dari kolam renang, pusat kecergasan, bilik sauna hinggalah khidmat urutan. Bukan itu sahaja, sesetengah penginapan yang ditawarkan seperti Family Villa dan 2 Rooms Villa resort ini memiliki kolam renang peribadi untuk anda terjun pada bila-bila masa.

Tasik Villa International Resort - Room Image

Setelah puas berendam di dalam air kolam, anda boleh bersantai di ruang balkoni villa untuk menikmati pemandangan lanskap indah di sekitar resort sambil menghirup teh panas. Inilah percutian yang sempurna.

Harga: Dari RM352+ Semalaman

Alamat: Jalan Tasik Villa, Pusat Pelancongan Antarabangsa Kota Lukut, Port Dickson, 71010 Port Dickson.

Selanjutnya Di Booking.com


5. RADJA OceanView Resort

RADJA OceanView Resort - Main Image

RADJA OceanView Resort yang terletak di Telok Kemang ini menawarkan penginapan dari bawah RM200 yang dihias dengan ringkas namun lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti di rumah sendiri yang temasuklah ruangan dapur dengan segala perkakasan asasnya.

RADJA OceanView Resort - Room Image

Sesetengah penginapan yang ditawarkan turut lengkap dengan ruang balkoni untuk anda menikmati udara segar di luar. Kemudahan lain yang disediakan adalah taman permainan kanak-kanak.

Harga: Dari RM180+ Semalaman

Alamat: Batu 9, Jalan Pantai, Telok Kemang Port Dickson, 71050 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com


4. Marina Crescent Villa Port Dickson

Marina Crescent Villa Port Dickson - Main Image

Melangkah masuk ke kawasan villa ini, anda dapat merasakan atmosfera eksklusif yang terpancar dari bangunan berwarna putih, Marina Crescent Villa Port Dickson.

Penginapan yang disediakan adalah sebuah apartment 2 bilik yang mampu menampung 6 orang penginap. Dari apartment ini juga anda dapat menikmati pemandangan kolam renang yang agak sejuk dipandang mata.

Yang menariknya lagi, apartment ini turut memiliki ruang taman peribadi yang boleh digunakan untuk aktiviti bbq. Berenang? Bbq? Bersantai di balkoni? Apa yang anda ingin lakukan dulu sebaik tiba di villa ini?

Harga: Dari RM599+ Semalaman

Alamat: 5 1/2 Mile, Jalan Pantai, Si Rusa, Tanjung Lembah, Negeri Sembilan, 71050 Port Dickson.

Selanjutnya Di Booking.com


3. Private Seaview Penthouse Bajet

Private Seaview Penthouse Bajet - Main Image

Siapa tak suka penginapan yang menyajikan pemandangan memukau jiwa bukan? Dari Private Seaview Penthouse Bajet ini, anda dapat menikmati hamparan air laut biru di hadapan balkoni.

Private Seaview Penthouse Bajet - Room Image

Kerana lokasinya yang tidak jauh dari pantai, udara yang dapat dihirup  dari apartment ini terasa cukup segar.

Harga: Dari RM250+ Semalaman

Alamat: Block-D-2-5 Batu 2,Jalan Pantai,71000 Port Dickson.

Selanjutnya Di Booking.com


2. Cocobay Resort Condo

Cocobay Resort Condo - Main Image

Cocobay Resort Condo adalah sebuah apartment 3 bilik yang mampu memuatkan 6 orang penginap dengan ruang yang cukup luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai. Pemandangan yang dihidangkan dari ruang balkoni juga dapat merelakskan minda yang telah kepenatan.

Selain itu, penginapan ini turut lengkap dengan pelbagai fasiliti menarik menjadikan bajet yang dikeluarkan terasa cukup berbaloi seperti 2 buah kolam renang, pit bbq, gelanggang badminton dan tenis.

Cocobay Resort Condo - Room Image

Lokasinya pula, terletak hanyalah 6 minit perjalanan untuk ke Pantai Sri Purnama. Tarikan lain seperti Upside Down House hanyalah 6 minit dari homestay. Macam-macam aktiviti yang boleh dirancang bukan?

Harga: Dari RM220+ Semalaman

Alamat: Jalan Pantai, Tanjung Tanah Merah Batu 9, 71050 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com


1. Port Dickson Myra’s Home

Port Dickson Myra's Home - Main Image

Terletak 15 minit berjalan kaki dari kawasan pantai, Port Dickson Myra’s Home adalah sebuah penginapan apartment yang cukup santai dan penuh dengan keselesaan. Apartment dengan 2 buah bilik tidur ini turut memiliki ruang tamu yang dihias comel dengan perabot-perabot berwarna putih.

Port Dickson Myra's Home - Room Image

Selain itu, ruang dapurnya juga lengkap dengan kemudahan memasak untuk memudahkan anda membuat masakan panas bila-bila sahaja terasa lapar tanpa perlu bersusah-payah mencari kedai makan.

Kemudahan lain yang disediakan apartment ini adalah kolam renang yang luas untuk anda menikmati mandian menyegarkan sambil berseronok.

Harga: Dari RM350+ Semalaman

Alamat: Block E, PD Perdana Condo Resort Port Dickson, 71050 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com


Banyak sekali homestay di Port Dickson yang menarik dan selesa? Ada yang berjaya menarik hati anda? Jika harga yang ditawarkan agak terkeluar dari bajet percutian dan anda merancang untuk bercuti dalam kumpulan yang kecil, apa kata kalau anda baca artikel kami bertajuk 25 hotel murah di Port Dickson.

Namun, sekiranya anda inginkan percutian yang menyeronokkan dengan pengalaman sempurna yang tidak dapat dilupakan selamanya, carilah salah satu penginapan yang terdapat di dalam artikel kami bertajuk hotel terbaik di Port Dickson.

Anda rasa pilihan penginapan di Port Dickson terhad kepada yang tersenarai di dalam artikel sahaja? Tidak sama sekali, kerana tempat-tempat menginap di Port Dickson ini terlampau banyak, tak percaya? Anda boleh layari booking.com untuk melihat semua pilihan yang ada dalam harga yang berpatutan.

Tunggu apa lagi? Bila penginapan sudah dibooking, anda boleh terus hidupkan enjin kereta untuk menuju ke destinasi menawan, pantai berpasir putih Port Dickson yang tidaklah sejauh mana dari KL ini. Semoga berseronok di Port Dickson!