Categories
Malaysia Travel Guide

49 Bangunan Bersejarah Di Malaysia Yang Menarik | Jom Pulang Ke Masa Lampau

Malaysia, walaupun kecil jika dilihat pada peta dunia, kekayaan negara ini dalam aspek yang lain tidak boleh dibilang dengan jari. Salah satunya adalah kewujudan tempat-tempat bersejarah untuk diteroka bagi yang ingin kembali ke masa lampau dan lari dari dunia moden buat seketika.

Di dalam artikel ini kami telah senaraikan 50 buah bangunan bersejarah di Malaysia yang cukup menarik untuk dilawati dan diselami kisahnya. Senarai ini telah dibahagikan mengikut negeri. Teruskan membaca.

Bodybuilding jokes teen clips anazole buy bodybuilding steroids stanol 10mg – edisn.

Kuala Lumpur

49. Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur
Sumber: Mad Mughal Memes

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah ibarat ‘icing on the cake’ untuk bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan ini tersergam indah di hadapan Dataran Merdeka, anda boleh bersantai untuk menikmati pemandangannya yang lebih-lebih lagi memukau jiwa pada waktu malam sambil menikmati angin bandar.

Dibina pada abad yang ke-19 iaitu pada tahun 1893, bangunan ini memiliki reka bentuk Moghul dan Moorish dengan pengaruh Islam berdasarkan 3 buah kubah yang terdapat padanya.

Pada awalnya bangunan ini dikenali sebagai Pejabat Baru Kerajaan, namun, pada tahun 1948, setelah Persekutuan Tanah Melayu terbentuk, Bangunan Sultan Abdul Samad dinamakan sebagai Sekretariat Persekutuan.

Pada tahun 1974 pula, pejabat-pejabat Kerajaan Negeri Selangor telah dipindahkan ke

Shah Alam, dan sejak dari itu, bangunan ini telah diberikan nama yang baru bersempena dengan nama Sultan Selangor yang memerintah dari tahun 1857 ke 1898, Sultan Abdul Samad.

Alamat: Jalan Raja, City Centre, 50050 Kuala Lumpur

48. Masjid Jamek Kuala Lumpur

Masjid Jamek Kuala Lumpur Main Image
Similar: MK Premier Travel Tours

Siapa sangka di KL ini masih ada lagi sesuatu yang telah berusia lebih daripada seabad dalam keadaan pembangunan yang rancak ni kan? Inilah usia Masjid Jamek Kuala virtual dj Lumpur yang dibina pada tahun 1907, menjadikan ia sebuah masjid yang tertua di KL.

Seni binanya adalah berdasarkan reka bentuk Moghul daripada utara India. Ianya telah direka bentuk oleh seorang pembantu arkitek, Arthur Benison Hubbock.

Setelah menikmati ketenangan berada di sekitar masjid, anda boleh melawat banyak lagi tarikan lain di sekitar contohnya China Town, Jalan Tar dan Little India yang semuanya boleh dilawati dengan hanya berjalan kaki dari sini.

Alamat: Jalan Tun Perak, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

47. Muzium Telekom

Muzium Telekom Malaysia Kuala Lumpur
Sumber: Koh Seok Ann

Berjalan-jalan di KL tiba-tiba anda terlihat sebuah bangunan yang tak ubah macam di luar negara, cukup unik reka bentuknya. Untuk pengetahuan anda, muzium ini memiliki 2 rupa yang berbeza. Macam mana tu? Bahagian bangunan yang menghadap Jalan Gereja memiliki pengaruh seni bina Roman dengan 8 buah tiang yang tinggi. Manakala bahagian bangunan yang menghadap Jalan Raja Chulan pula memiliki gaya Eropah.

Muzium Telekom ataupun Muzium Telekomunikasi Negara adalah lokasi di mana anda sekeluarga dapat melihat perkembangan dunia telekomunikasi Malaysia dari tahun 1870-an sehinggalah ke dunia moden.

Jangan tak tahu, orang zaman dulu tak guna wayar atau satelit untuk berhubung, tapi menggunakan peralatan seperti buluh, kayu yang dipanggil ketok-ketok dan sebagainya. Di wifi muzium ini, anda dapat melihat bagaimana sistem kod Morse wujud di Tanah Melayu yang bermula daripada sambungan kabel ke Hindia Timur Belanda  yang kemudiannya berkembang ke London dari Melaka dan Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm) | Cuti Umum Tutup

Bayaran Masuk: RM5

Alamat: Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur

46. Muzium Diraja Negara

Muzium Diraja Negara Main Image
Sumber: Eve Jess

Terletak di Jalan Istana, Muzium Diraja Negara telah berdiri di sini sejak dari tahun 1928 lagi. Bangunan yang bersejarah ini pada asalnya merupakan rumah agam milik seorang jutawan Cina, Chan Wing. Bangunan muzium ini telah direka bentuk oleh sebuah firma seni bina Swan MacLaren yang terkenal dari Singapura.

Muzium yang dahulunya sebuah rumah kediaman ini memiliki keluasan 11.34 hektar. Rumah dengan gaya seni bina Palladian ini pada ketika itu merupakan rumah agam dengan saiz yang tidak dapat ditandingi oleh rumah lain di sekitar Tanah Melayu.

Bangunan ini kemudiannya telah diubahsuai dengan penambahan bilangan bilik daripada 13 kepada 20 buah, balai mengadap, dapur untuk memuatkan 100 orang, satu dewan santapan, empat bilik tetamu dan dua balai kemasukan.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2 | Warga Emas RM3

Alamat: Jalan Istana, Kuala Lumpur

Baca: 32 Destinasi Menarik Di Kuala Lumpur

Selangor

45. Istana Bandar (Alaeddin)

Istana Bandar Main Image
Sumber: Istana Bandar

Dibina pada penghujung abad ke-19 dan siap pada tahun 1905, Istana Bandar (Alaeddin) adalah sebuah peninggalan antik yang memiliki seni binaan yang unik. Sewaktu pembinaan istana, tukang-tukang Cina yang mahir turut terlibat dimana mereka menghasilkan ragam hiasan serta ukiran dengan pengaruh Cina sendiri. Secara keseluruhannya, istana ini memiliki pengaruh Islam dari Timur Tengah dan juga India.

Sekiranya anda ke sini, anda dapat melihat keindahan lanskapnya yang dipercantikkan dengan kehadiran kolam-kolam di hadapan istana.

Untuk pengetahuan anda, istana ini pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah dan permaisuri baginda sehingga baginda mangkat pada 1889. Bangunan ini kemudiannya menjadi tempat pertabalan sultan Selangor ke-7. Selepas kemerdekaan, iaitu pada tahun 1957, istana ini telah tidak digunakan lagi kerana pusat pemerintahan mula dipindahkan ke KL.

Alamat: Kampung Sungai Ingat, 42700 Banting

44. Rumah Banglo (Hatter’s Castle) – Ladang Pulau Carey

Rumah Banglo Ladang Pulau Carey
Sumber: selangor.gov.my

Kalau anda Google Hatter’s Castle ini, anda akan terlihat senarai list yang tak ada kaitan dengan istana di Pulau Carey ni, tapi adalah senarai tentang filem klasik British tahun 1940-an yang diadaptasikan daripada novel hasil penulisan A.J. Cronin. Rumah banglo di Pulau Carey ini pula, dinamakan dengan nama yang sama mungkin kerana ini novel kegemaran pemiliknya.

Rumah indah ini memiliki reka bentuk Britain dan Perancis yang diilhamkan oleh pengasas Pulau Carey iaitu Edward Valentine Carey pada tahun 1923. Jurutera yang terlibat dalam pembinaannya didatangkan dari Denmark iaitu C.L Gjorup.

Keadaan di sekitar rumah ini sungguh tenang dan penuh dengan kehijauan, tidak jauh dari rumah ini terdapat sebatang pokok ketapang dan pokok ara yang sangat besar. Walaupun sudah berdekad lamanya, rumah ini masih dalam keadaan yang baik kerana dijaga oleh pemilik ladang, Golden Hope Plantation.

Alamat: Sime Darby West Estate, Heritage Island, Pulau Carey, 42960

43. Masjid Bandar

Sultan Alaeddin Mosque Selangor
Sumber: Victor Loo

Masjid Bandar yang klasik ini  telah dibina sebaik selesainya pembinaan Istana Bandar (Alaeddin) iaitu pada tahun 1905. Jarak antara masjid ini dengan istana hanyalah dalam 200 meter. Masjid yang dirasmikan pada 18 Jun 1924 ini pernah menjadi Masjid Negeri di Selangor. Untuk pengetahuan anda, masjid ini mampu menampung 500 jemaah pada satu-satu masa.

Mengenai reka bentuknya, Masjid Bandar memiliki reka bentuk yang diinspirasikan dari seni bina pemerintahan Deli di Medan, Sumatera Utara serta campuran antara seni bina Islam di Timur Tengah dan India.

Alamat: Jalan Istana Kampung Bandar, 42700 Jugra, Selangor

42. Kota Raja Mahadi

Kota Raja Mahadi - Main Image
Sumber: Kamarul Effendi Arifin

Terletak tidak jauh dari bangunan Majlis Perbandaran Klang, Kota Raja Mahadi ini telah dibina oleh Raja Mahadi bin Raja Sulaiman ketika kemuncaknya peperangan Klang iaitu pada tahun 1866. Peperangan Klang berlaku akibat perebutan kuasa untuk memerintah daerah Klang antara Raja Mahadi dan Raja Abdullah.

Kubu yang terletak di Bukit Kota ini tidak lagi digunakan sebaik dua buah peperangan saudara berakhir.

Alamat: 60, Jalan Raya Barat, Kawasan 1, 41100 Klang

41. Bangunan Sultan Suleiman Shah

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Sumber: Peter CB Yap

Bangunan Sultan Suleiman Shah adalah sebuah bangunan warisan kebangsaan  yang dibina pada tahun 1909 dengan reka bentuk kolonial, dibina oleh arkitek bernama A.B. Hubback.

Pada asalnya, bangunan ini digunakan oleh British dan kemudiannya bertukar tangan dengan pihak Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Selepas peperangan berakhir, bangunan ini telah digunakan oleh beberapa pihak berkuasa tempatan sehinggalah ianya dijadikan sebagai Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz pada tahun 2005.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10.00am – 5.00pm) | Isnin Cuti Umum Tutup

Alamat: Bangunan Sultan Suleiman, 41000 Klang, Selangor Darul Ehsan

Baca: 37 Destinasi Menarik Di Selangor Untuk Sesisi Keluarga

Perak

40. Galeri Sultan Azlan Shah

Galeri Sultan Azlan Shah 1898 - Main Image
Sumber: Mohd Fairul Hatim

Galeri Sultan Azlan Shah bertempat di dalam sebuah istana lama yang dinamai Istana Ulu atau nama-nama lainnya Istana Kota, Istana Cempaka Sari dan Istana Cinta Berahi, banyaknya nama untuk satu istanakan?

Istana ini mula dibina pada tahun 1898 dan segalanya selesai pada tahun 1903. Bahan-bahan untuk membuat istana ini didatangkan daripada negara-negara seperti India, Itali, Perancis dan dari Tanah Melayu sendiri. Sewaktu pembinaannya, bahan-bahan binaan dari luar negara telah didatangkan dengan menggunakan kapal-kapal dagangan yang menggunakan Sungai Perak, manakala bahan tempatan pula diangkut menggunakan gajah. Bayangkanlah suasana ketika itu. Pasti meriahkan?

Di dalam Galeri Sultan Azlan Shah ini anda dapat melihat pameran pelbagai barangan peninggalan Sultan Perak yang termasuklah pemberian-pemberian daripada luar negara, foto-foto salasilah kerabat Diraja dan banyak lagi.

Alamat: Galeri Sultan Azlan Shah, 33000 Kuala Kangsar, Perak

39. Kellie’s Castle

Sumber: Nova Octavani

Beraura misteri, Kellie’s Castle adalah sebuah bangunan bersejarah yang dibina oleh seorang pengusaha ladang dari Scotland, William Kellie Smith pada tahun 1915 untuk dijadikan sebagai lambang cinta kepada isterinya serta untuk mengembalikan kenangan kepada rumah yang jauh di Scotland.

Namun, sedihnya, pembinaan istana ini terpaksa dihentikan secara serta-merta kerana Kellie telah mati secara mengejut pada tahun 1926. Walaupun tidak 100% siap, istana ini dikatakan memiliki banyak ruang rahsia yang termasuklah terowong-terowong bawah tanah.

Alamat: Kellie’s Castle, 31000 Batu Gajah

38. Masjid Ubudiah

Masjid Ubudiah 1917 - Main Image
Sumber: AERIAL SKY STUDIO

Kalau anda nak tahu, Masjid Ubudiah ini juga dikatakan sebagai salah satu masjid yang terindah di Malaysia. Datang dulu ke sini, baru anda tahu betapa cantiknya masjid ini. Asalnya, masjid ini telah dibangunkan kerana nazar Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28 yang menjalankan pemerintahan dari 1887 ke 1916.

Masjid yang didirikan di Bukit Chandan ini mula dibina pada tahun 1913 dengan kos sebanyak RM220,000 (pada ketika itu) dengan bantuan seorang arkitek, A.B. Hubback dan kerja pelaksanaan pula oleh ketua jurutera negeri Perak, Caufield.

Dapat dilihat masjid ini memiliki pengaruh seni bina Islam-India serta bentuk segi lapan yang unik.

Alamat: Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar

37. Kompleks Sejarah Pasir Salak

Kompleks Sejarah Pasir Salak - Main Image
Sumber: Khair Azhar

Kalau anda suka melihat suasana rumah yang klasik, anda boleh melawat Kompleks Sejarah Pasir Salak. Antara tarikan yang boleh dilihat di sekitar kompleks ini adalah dua buah Rumah Kutai iaitu rumah tradisi Perak, monumen J.W.W. Birch, meriam Lela Rentaka, kubu Datuk Maharaja Lela dan kubur Sipuntum.

Mengikut sejarah, kawasan ini adalah tempat dimana residen Inggeris pada ketika itu, J.W.W. Birch mati dibunuh oleh orang Perak, dan disebabkan ini, Sultan Perak telah dibuang jauh ke Pulau Seychelles.

Alamat: Kompleks Sejarah Pasir Salak, Kampung Gajah, Perak

36. Muzium Perak

Muzium Perak - Main Image
Sumber: Muzium Perak Taiping Rasmi

Terletak di Taiping, Muzium Perak ini merupakan sebuah muzium yang tertua di Malaysia. Muzium dengan reka bentuk neo-klasikal Inggeris ini telah dibina pada tahun 1883  oleh residen-residen Inggeris yang berada di Perak pada ketika itu.

Antara barangan yang terdapat di sini adalah artifak-artifak peninggalan Melayu di Perak, namun yang paling banyak terdapat di sini adalah koleksi-koleksi botani dan zoologi yang melibatkan spesimen-spesimen haiwan bersaiz kecil hinggalah kepada gajah.

Bayaran Masuk: Dewasa RM2 | Kanak-kanak RM1

Alamat: Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak

Baca: 72 Tarikan Pelancong Paling Popular Di Perak

Melaka

35. Kota A Famosa

Kota A Famosa - Main Image
Sumber: Vinnity Malaysia

Memang banyak bangunan bersejarah di Malaysia tetapi Kota A Famosa boleh dikatakan yang selalu menjadi sebutan ramai. Kota A Famosa adalah sebuah kota yang telah dibina pada tahun 1511 menggunakan buruh-buruh paksaan sewaktu dibawah taklukan Portugis.

Namun begitu, kini, bukan keseluruhan kota ini dalam keadaan yang sempurna, kerana satu-satunya struktur yang masih dalam bentuk asal hanyalah pintu gerbang kota ini iaitu Pintu Gerbang Santiago. Dikatakan bahawa pintu gerbang ini adalah struktur Eropah yang tertua di rantau Asia.

Bangunan yang telah pun berusia lebih daripada 500 tahun ini masih teguh berdiri kerana menggunakan antara jenis batuan yang paling kukuh iaitu Batu Lada ataupun Batu Letrik yang agak sukar untuk dicari.

Waktu Operasi: Sepanjang Hari

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka

34. Baba Nyonya Heritage Museum

Baba  Nyonya Heritage Museum - Melaka Image
Sumber: Asia-Europe Museum Network

Nak tahu lebih banyak tentang komuniti yang unik Baba Nyonya? Jangan lepaskan peluang untuk melawat Baba Nyonya Heritage Museum sekiranya ke Melaka. Muzium ini pada asalnya merupakan tempat tinggal bagi keluarga Cina, iaitu keluarga Chan yang datang untuk berniaga dari tahun 1865 ke 1919.

Pada tahun 1985 pula ia mula dibuka sebagai muzium yang diuruskan sendiri oleh generasi ke-4 keluarga ini. Dipamerkan di dalamnya adalah perabot-perabot asal yang dipelihara dengan baik, yang masing-masing memiliki ciri Baba Nyonya yang sangat cantik untuk diamati.

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (10.00am – 5.00pm) | Jumaat, Sabtu Ahad (10.00am – 6.00pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-kanak (5 – 12 Tahun) RM10

Alamat: 48-50, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka

33. The Stadthuys

The Stadthuys Melaka - Main Image
Sumber: Mohammed Ishmael

The Stadthuys  adalah antara tarikan di Melaka yang tak patut anda lupa untuk singgahi sebab kat sinilah anda dapat bergambar dengan menarik bukan sahaja oleh kerana reka bentuk dan warna bangunan ini, tapi juga disebabkan oleh barisan beca yang penuh warna-warni dan berbunga-bunga yang beratur panjang di dinding luar bangunan.

Dibina pada tahun 1650, The Stadthuys pada asalnya adalah penempatan rasmi untuk Gabenor Belanda. Jangan terkejut, sebenarnya ketika zaman Belanda, bangunan ini berwarna putih, namun pada tahun 1911, iaitu sewaktu zaman penjajahan British, bangunan ini telah dicatkan dengan warna merah seperti yang dilihat sekarang.

Alamat: Persimpangan bulatan Jalan Quayside, Admiral Street, dan Jalan Chan Koon Cheng, Bandar Hilir Melaka

32. Independence Monument Museum (Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan)

Independence Monument Museum Melaka Image
Sumber: Uwe Aranas / CC BY 3.0

Bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan pada asalnya digunakan sebagai tempat orang-orang atasan dan pegawai kerajaan bersosial, namun selepas kemerdekaan, ianya dibuka kepada orang ramai sebelum dijadikan bangunan memorial pada tahun 1985.

Bangunan yang dibina pada tahun 1911 ini kini menjadi tempat penyimpanan pelbagai dokumen-dokumen, artifak, majalah, keratan akhbar dan lain-lain lagi yang penting kepada negara dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Alamat: Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Jalan Parameswara, Melaka, Bandar Hilir, 75000

Baca: 32 Destinasi Menarik Di Melaka

Negeri Sembilan

31. Istana Lama Seri Menanti

Istana Lama Seri Menanti Image
Sumber: Negeri Sembilan – Negeri Beradat

Pernah tak anda tertanya-tanya, apa maksud ‘Seri Menanti’ tu sebenarnya? Untuk pengetahuan anda, Seri Menanti adalah nama 3 batang padi yang tumbuh di kawasan sekitar yang dinamakan sebagai Padi Menanti ataupun ‘semangat padi yang menanti’. ‘Seri’ pula bermaksud ‘padi’ di dalam bahasa Jawa. Baru tahu kan?

Istana Lama Seri Menanti ini adalah sebuah istana 4 tingkat yang dibina untuk menggantikan Istana Pulih yang telah terbakar sewaktu Perang Bukit Putus. Istana ini telah direka oleh dua orang tukang iaitu Taib dan Kahar dengan arahan Yang di-Pertuan Besar yang mahu istana ini dibina dengan reka bentuk alam Minangkabau.

Yang menariknya, istana indah ini telah dibina tanpa menggunakan walaupun satu batang paku besi! Macam mana tu? Untuk menyambung dari satu bahagian dengan bahagian yang lain, mereka menggunakan sambungan kayu yang dinamakan pasak.

Alamat: Istana Lama Seri Menanti, Seri Menanti, Kuala Pilah

30. Rumah Putih

Rumah Putih Negeri Sembilan
Sumber: orangnogori.com

Rumah Putih adalah sebuah bangunan bersejarah yang dibina pada tahun 1912 oleh B.P. Habbach.  Bahan asas yang digunakan dalam pembinaan bangunan berwarna putih ini adalah batu-bata yang kemudiannya dikemaskan dengan simen.

Bangunan dengan reka bentuk British ini, pada awalnya digunakan sebagai pusat pentadbiran British sebelum dijadikan sebagai pejabat kerajaan negeri yang kini telah pun dipindahkan ke bangunan baru.

Sekiranya anda ke sini, anda juga dapat melihat tugu peringatan yang berdiri di hadapannya. Di samping itu, di dalam kawasan yang sama juga, iaitu di hadapan bangunan ini, adalah kawasan di mana Hari Memperingati Pahlawan diadakan setiap tahun.

Alamat: Berhampiran Wisma Negeri

29. Masjid Jamek di Jalan Dato’ Bandar Tunggal

Masjid Jamek Seremban - Main Image
Sumber: Masjid Jamek Bandar Seremban

Masjid Jamek yang terletak di Jalan Dato’ Bandar Tunggal merupakan sebuah masjid dengan reka bentuk unik yang tertua di Negeri Sembilan. Masjid yang dibina pada tahun 1924 ini berdiri di atas tanah yang telah diwakafkan oleh Dato Bandar Haji Ahmad Ali dan keluarga Sheikh Abdul Kadir yang merupakan pendakwah Islam yang terkenal pada zaman itu.

Jika dilihat dengan terperinci, reka bentuk Masjid Jamek ini kelihatan agak sama dengan yang terdapat di negeri Melaka.

Alamat: Jalan Dato Bandar Tunggal, Bandar Seremban, Seremban

28. Istana Lama Ampang Tinggi

Istana Lama Ampang Tinggi - Main Image
Sumber: orangnogori.com

Istana Lama Ampang Tinggi merupakan istana yang siap dibina pada tahun 1865. Sebaik pembinaannya selesai, istana ini diduduki oleh Yamtuan Ulin sebelum dihadiahkan kepada puteri baginda, Tunku Cindai yang berkahwin dengan Tunku Muda Chik.

Selepas itu, istana ini diturunkan pula kepada anaknya yang bernama Tunku Halijah. Bermula daripada itu, rumah ini dijadikan tempat tinggal keluarga Tunku Muda Chik dari masa ke masa dan diabaikan sepenuhnya bermula dari tahun 1930.

Pada tahun 1953, bangunan lama ini telah dibuka dan diangkut ke Seremban untuk dibina semula dan siap setahun kemudian. Pada tahun 1980 pula, istana ini sekali lagi dipindahkan untuk dibawa ke dalam Kompleks Budaya Negeri Sembilan iaitu di dalam tapak Muzium Negeri Sembilan. Kini, anda boleh masuk ke dalamnya untuk melihat pelbagai barangan antik dan khazanah Negeri Sembilan.

Alamat: Kompleks JKKN Negeri Sembilan, Sungai Ujong, Negeri Sembilan, 70200 Seremban

Baca: 35 Tempat Menarik Di Negeri Sembilan

Johor

27. Muzium Diraja Abu Bakar

Muzium Diraja Abu Bakar Johor Image
Sumber: Muzium diraja Sultan Abu Bakar

Muzium Diraja Abu Bakar terletak di dalam sebuah bangunan yang dahulunya adalah Istana Besar Johor. Istana yang siap dibina pada tahun 1866 ini telah dibina dengan pengaruh reka bentuk Resaissance di bawah seliaan arkitek Eropah. Perabot-perabot yang terdapat di dalam istana ini telah ditempah oleh Almarhum Sultan Abu Bakar dari negara England.

Bangunan ini kemudiannya telah dibaikpulih untuk dijadikan muzium pada tahun 1982. Di dalam muzium ini anda dapat melihat pameran barangan yang diperbuat daripada perak, cenderahati dan barang-barang kemas. Di samping itu, turut dapat dilihat adalah foto-foto keluarga Diraja sejak pemerintahan Sultan Abu Bakar.

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9.00am – 5.00pm)

Alamat: Grand Palace, 80500 Johor Bahru, Johor

26. Bangunan Sultan Ibrahim

Sultan Ibrahim Building Johor Bahru - Main Image
Sumber: Fxchua / CC By 4.0

Bangunan Sultan Ibrahim yang terletak di atas Bukit Timbalan ini adalah lokasi dimana terletaknya jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Johor. Mula dibina pada tahun 1938, bangunan dengan ketinggian 11 tingkat ini siap sepenuhnya pada tahun 1942 dengan perbelanjaan sebanyak RM2 juta.

Reka bentuk bangunan ini agak unik dengan gabungan seni bina Kolonial, Islam dan Melayu Johor. Di hadapan istana ini terdapat lukisan 8 bintang yang menjadi simbol kepada 8 buah daerah yang terdapat di dalam negeri Johor.  Pada bahagian pintu masuknya pula terdapat ukiran dengan motif flora yang termasuklah lada hitam serta bunga cengkih yang merupakan hasil utama Johor.

Alamat: Jalan Abdullah Ibrahim, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru

25. Stesen Keretapi Lama Johor Bahru

Johor Bahru Old Railway Station - Main Image
Sumber: Tim Tan

Stesen Keretapi Lama Johor Bahru pada suatu ketika dulu pernah menjadi stesen yang penting menghubungkan Johor Bahru dengan kawasan bandar yang lain. Bangunan yang dirasmikan pada tahun 1932 ini memiliki reka bentuk barat yang cukup unik.

Namun begitu, bangunan ini telah ditutup pada tahun 2010 setelah stesen keretapi terbaru siap dibina bersebelahan dengan stesen ini.

Alamat:  Jalan Tun Abdul Razak, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

24. Masjid Sultan Abu Bakar

Masjid Sultan Abu Bakar - Main Image
Sumber: My Kampong Kampong

Berada di Jalan Skudai, Johor Bahru, masjid yang mula dibina pada tahun 1892 dan siap pada tahun 1900 ini telah direka bentuk oleh arkitek Melayu, Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak yang mendapatkan inspirasi daripada bangunan-bangunan zaman Victoria Inggeris memandangkan Sultan Johor pada ketika itu, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar agak cenderung kepada budaya dan gaya Inggeris.

Masjid ini juga telah dibina dengan sedikit sentuhan elemen Melayu dan Moorish. Masjid yang dinamakan sempena nama ayahanda kepada Sultan Ibrahim, Sultan Abu Bakar ini dapat memuatkan dalam 2000 jemaah pada satu-satu masa.

Alamat: Jalan Abu Bakar, 80100, Johor Bahru, Johor

23. Galeri Seni Johor

Galeri Seni Johor Image
Sumber: Chongkian / CC By 4.0

Bagi pencinta seni, lawatan ke Galeri Seni Johor pasti dapat menjadi satu highlight yang terindah anda ketika di Johor. Di samping pameran lukisan yang menarik untuk dilihat, reka bentuk bangunan ini sendiri dapat membuatkan jiwa seni anda bahagia.

Bangunan yang terletak di Jalan Petrie ini telah dibina pada tahun 1910 dan digunakan sebagai kediaman Dato’ Abdullah Jaafar yang merupakan Menteri Besar Johor ketiga. Bangunan ini kemudiannya dijadikan sebagai markas tentera Jepun dan seterusnya dibiarkan terabai dalam waktu yang lama.

Selepas itu, bangunan ini digunakan oleh Jabatan Pendidikan sebelum dipilih untuk menjadi lokasi Galeri Seni Johor kerana seni binanya yang sangat mengujakan.

Waktu Operasi:  Setiap Hari Kecuali Jumaat (9.00am – 4.30pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: JKR 144, Jalan Petrie, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru

Baca: 50 Tempat Menarik Di Johor

Pahang

22. Masjid Negeri (Madrasatul Firdaus)

Masjid Negeri (Madrasathul Firdaus) Image
Sumber: Norazam Mamat Nor

Masjid yang comel berwarna terang ini, Masjid Negeri ataupun Madrasathul Firdaus adalah sebuah bangunan yang tertua yang terletak di bandar Kuala Lipis. Berapa tua? Bayangkanlah, bagaimana sebuah masjid yang tidaklah segah bangunan-bangunan kolonial lain ini mampu berdiri dengan teguh sejak tahun 1888 lagi.

Sangat menakjubkan bukan? Lagi satu sebab kenapa masjid ini sangat istimewa adalah kerana ia tidak pernah ditenggelami banjir walaupun ketika banjir besar melanda pada tahun 1971, yang peliknya, masjid ini terletak di tebing Sungai Jelai. Wow!

Untuk pengetahuan anda, masjid ini telah dibina pada abad ke-19 oleh seorang saudagar Arab dari Yemen yang bernama Habib Hassan. Jangan lepaskan peluang untuk bersolat di sini ya?

Alamat: Masjid Negeri Lama (Madrasatul Firdaus), Kuala Lipis, Pahang

21. Bangunan Bekas Suk Pahang

Bangunan Bekas Suk Pahang Image
Sumber: Saiful F Ramli

Teringin melihat di mana tempat kelahiran bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak? Inilah lokasinya. Rumah yang siap dibina pada tahun 1920 ini pernah menjadi tempat tinggal Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, bapa beliau, ketika menjadi setiausaha Kerajaan Pahang.

Alamat: Terletak di atas Bukit Bius

20. Pahang Club

Pahang Club Kuala Lipis Image
Sumber: Abdullah Hadi Jr.‎

Pahang Club adalah sebuah bangunan lama hasil binaan penjajah British yang terawal dibina di negeri Pahang iaitu pada tahun 1907.

Pada asalnya, ia dibina untuk dijadikan sebagai kediaman Superintenden Ulu Pahang pada ketika itu iaitu Hugh Clifford, kemudiannya, mulai tahun 1922 ke 1926 rumah ini menjadi tempat kediaman Inspektor Polis British.

Bermula daripada pertengahan tahun 1926, bangunan ini dijadikan sebagai kelab khas untuk pegawai-pegawai tinggi British. Namun selepas negara mencapai kemerdekaan, ianya dibuka kepada semua rakyat tempatan.  Kini, bangunan ini tidak lagi digunakan.

Alamat: Pahang Club, 27200 Kuala Lipis, Pahang

19. Muzium Sultan Abu Bakar

Muzium Sultan Abu Bakar Pekan Perak Image
Sumber: Siang Siang

Dibina pada tahun 1888, bangunan ini telah digunakan sebagai tempat penginapan residen-residen Inggeris pada tahun 1898. Struktur asal bangunan ini adalah daripada kayu namun pada tahun 1929, ianya telah digantikan sebagai bangunan batu 2 tingkat. Ketika waktu pencerobohan Jepun, bangunan ini pernah digunakan sebagai markas tentera Jepun.

Mulai tahun 1976 pula, ianya telah dijadikan sebagai Muzium Sultan Abu Bakar. Dalam muzium ini terdapat banyak pameran barangan bersejarah untuk dilihat seperti barangan tembikar dan kaca antik daripada China, dan banyak lagi artifak-artifak yang lain.

Alamat: Muzium Negeri Pahang, Jalan Sultan Ahmad, 26600 Pekan

Baca: 20 Destinasi Terbaik Di Kuantan Pahang

Kelantan

18. Masjid Kampung Laut

Masjid Kampung Laut Image
Sumber: Melayu

Nak lihat masjid yang tersangatlah tua usianya di Malaysia ni? Datanglah ke Masjid Kampung Laut.  Jangan terkejut jika dikatakan bahawa masjid ini telah berusia sekitar 300 ke 400 tahun kerana dibina pada tahun 1730. Tua ya amat bukan?

Masjid ini telah dibina oleh para mubaligh yang sewaktu pelayaran meraka di sepanjang Kepulauan Melayu mengalami nasib yang malang di mana kapal mereka bocor. Namun begitu, mereka berjaya mendarat dengan selamat di kawasan pantai yang terdekat. Masjid ini kemudiannya dibina untuk memperingati peristiwa tersebut.

Sekiranya anda ke sini, anda dapat melihat ciri reka bentuk Jawa dan teknik binaan klasiknya yang tidak langsung menggunakan paku. Lokasinya, hanyalah dalam 10 km dari bandar Kota Bharu.

Namanya, Masjid Kampung Laut adalah bersempena dengan nama lokasi asal masjid ini yang terletak di kawasan Jajahan Tumpat iaitu Kampung Laut. Kini, ianya terletak di dalam kawasan Pusat Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri.

Alamat: Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu

17. Istana Balai Besar

Istana Balai Besar Kelantan Image
Sumber: Muhamad Fadhli Ahmad

Istana Balai Besar ataupun Istana Susmana Besar adalah sebuah bangunan lama yang telah dibina pada tahun 1840 oleh Sultan Muhammad II sebagai menggantikan pusat pentadbiran dari Kota Saba ke Kota Bharu.

Istana ini telah menjadi tempat bersemayam Sultan-sultan Pahang yang lalu. Sehingga kini, bangunan ini masih kekal digunakan untuk menjalankan sebarang upacara rasmi negeri.

Alamat: Jalan Tengku Seri Akar, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu

16. Istana Jahar (Muzium Diraja Negeri Kelantan)

Istana Jahar Kelantan Image
Sumber: Istana Jahar

Bangunan yang kelihatan sungguh menarik di pandangan mata dengan warna hitam dan kuning ini, merupakan pada asalnya dibina oleh Sultan Muhammad II pada tahun 1887 untuk cucuandanya yang bernama Long Kundur Bendahara. Pembinaannya disambung oleh Sultan Ahmad selepas Sultan Muhammad II mangkat.

Pada tahun 1889, Long Kundur telah menjadi Sultan Muhammad III dan menjadikan Istana Jahar sebagai Balai Besar dan tempat bersemayam baginda dan Sultan-sultan yang kemudian iaitu Sultan Muhammad IV dan Sultan Ismail. Bangunan ini kini digunakan sebagai  Muzium Diraja Negeri Kelantan.

Alamat: Jalan Sultan, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu

15. Muzium Perang Kelantan (Bank Kerapu)

Muzium Perang Kelantan (Bank Kerapu) Image
Sumber: Zafrani Arifin

Dibina pada tahun 1912, sebaik siap dibina, bangunan ini telah digunakan sebagai bank oleh The Mercatile Bank of India Ltd. Ianya dipanggil sebagai Bank Kerapu kerana permukaan bangunan ini yang agak menggerutu disebabkan oleh penggunaan simen berbatu-batu kecil. Kalau anda nak tahu, bangunan ini merupakan bangunan batu yang pertama di Kelantan.

Ketika Perang Dunia Ke-2, bangunan ini telah digunakan oleh polis Jepun sebagai ibu pejabat, penjara, bilik siasatan serta tempat untuk mendera tahanan perang. Setelah kejatuhan Jepun, ia digunakan semula sebagai bank sehingga tahun 1981 sebelum dijadikan Balai Seni Lukis Kraftangan Kelantan.

Mulai tahun 1992, fungsinya telah diubah kepada Muzium Memorial Perang Dunia Ke-2 yang mempamerkan banyak barangan berkaitan dengan peperangan yang terdiri daripada artifak, foto dan artikel.

Bayaran Masuk: Dewasa RM2 | Kanak-kanak RM1

Alamat: Hilir Padang Merdeka, Kota Bharu, Kelantan

Baca: 19 Destinasi Pelancongan Popular Di Kelantan

Terengganu

14. China Town

China Town Kuala Terengganu Image
Sumber: Low Boon Chew

China Town bukan sahaja ada di KL, malahan hampir di seluruh negeri dan juga di seluruh dunia. Memang hebat penangan masyarakat Cina ni! Untuk China Town yang terletak di Terengganu ini, tidak ubah seperti di kawasan China Town yang lain, penuh dengan warna-warni yang terang.

Berjalan dekat sini, anda dapat melihat deretan-deretan kedai yang antik, ada juga yang memiliki ukiran yang tersendiri. Ada bangunan yang dibuat daripada simen dan ada juga yang diperbuat daripada kayu.

Sebagai info, China Town di Terengganu merupakan tempat penempatan masyarakat Cina yang datang dari tanah besar China dalam abad ke-19. Terdapat banyak lorong yang menarik untuk dilihat di sini dengan tema-tema tertentu seperti Lorong Warisan Dunia yang menunjukkan info tentang tarikan menarik di dunia, Lorong Mesra Alam yang dihiasi dengan keindahan flora dan banyak lagi.

Alamat: Kampung Cina, Jalan Bandar, Kuala Terengganu

13. Kota Lama Duyung

Kota Lama Duyung Image
Sumber: Edmund Ssik

Terletak hanyalah 7 km dari bandaraya Kuala Terengganu di Pulau Duyung, Kota Lama Duyung telah dibina pada tahun 1919 oleh pegawai kanan Pentadbiran Negeri Terengganu,  Dato’ Biji Sura.

Rumah ini digelar sebagai Kota Lama kerana ia turut dikelilingi oleh tembok batu. Yang menariknya tentang rumah ini, ia merupakan rumah yang dibina menggunakan batu-bata yang satu-satunya terdapat di daerah ini pada ketika itu. Reka bentuknya diinspirasikan daripada seni bina Melayu Terengganu pada zaman 1920-an.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 6.00pm) | Jumaat Tutup

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Pulau Duyung Kecil, 20100 Kuala Terengganu

12. Masjid Putih

Masjid Putih Main Image
Sumber: orangnogori.com

Masjid Putih ataupun juga dikenali sebagai Masjid Besar dan Masjid Abidin adalah sebuah masjid yang dibina antara tahun 1783 ke 1808 oleh Sultan Zainal Abidin II. Masjid unik ini pada awal binaannya langsung tidak menggunakan tiang. Ketika zaman pemerintahan Sultan Umar, bangunan masjid ini telah digantikan dengan batu bata.

Kemudiannya ditambah dengan 3 buah kubah dan 3 tiang bulat oleh Tengku Panglima Besar. Masjid ini telah mengalami banyak pengubahsuaian sehingga dapat memuatkan dalam 2,500 orang jemaah pada satu-satu masa.

Alamat: Jalan Masjid Abidin, 20000 Kuala Terengganu

Baca: 35 Tempat Percutian Menarik Di Kuala Terengganu

Kedah

11. Rumah kelahiran Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad

Rumah kelahiran Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad Image
Sumber: Kedah Darul Aman

Alor Setar Kedah adalah daerah dimana Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah dilahirkan iaitu pada 20 Disember, 1925.

Daripada seorang rakyat biasa yang dibesarkan di dalam rumah papan yang hanyalah berbumbungkan daun nipah, beliau telah membesar menjadi seorang doktor dan seterusnya sebagai pemimpin negara.

Rumah satu bilik ini telah dipulihara oleh Arkib Negara pada tahun 1992.

Waktu Operasi: Selasa – Khamis (10.00am – 5.30pm) | Jumaat 10.00am – 12.00pm 3.00pm – 5.30pm | Isnin Kecuali Cuti Umum Cuti Sekolah Tutup

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Nombor 18, Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah

10. Balai Seni

Balai Seni Negeri Kedah Image
Sumber: Balai Seni Negeri Kedah

Bangunan dengan gabungan reka bentuk barat dan timur ini adalah hasil rekaan seorang arkitek bernama Muhammad bin Lebai Tambi. Pembinaannya dimulakan pada 21 Januari 1893 untuk digunakan sebagai Mahkamah Tinggi yang dirasmikan oleh Sultan Abdul Hamid Shah.

Bangunan ini kemudiannya bertukar fungsi beberapa kali sehinggalah pada tahun 1983 dimana ia telah dijadikan sebagai Balai Seni Negeri yang dirasmikan oleh sultan pada 25 Julai 1983.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm) | Jumaat Tutup Sementara Pada 12.30pm – 2.30pm

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Balai Seni Negeri Kedah, Medan Bandar, Jalan Raja, 05100 Alor Setar

9. Masjid Zahir (Zahir Mosque)

Masjid Zahir Kedah Image
Sumber: Mazrullizam Mahadzir

Masjid Zahir (Zahir Mosque) adalah sebuah masjid lama yang dibina pada tahun 1912. Tapak dimana masjid ini didirikan adalah kawasan perkuburan pahlawan-pahlawan Kedah yang telah terkorban sewaktu mempertahankan Kedah daripada serangan Siam pada tahun 1821.

Setelah pembinaannya siap, masjid ini dirasmikan oleh Sultan Abdul Hamid Shah pada hari yang mulia iaitu Jumaat, 15 Oktober 1915.

Masjid ini memiliki 5 buah kubah yang besar melambangkan 5 rukun Islam. Masjid Zahir didirikan di atas tanah yang berkeluasan 124,412 kaki persegi. Dewan solatnya berkeluasan 62 X 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh ruang beranda yang berkelebaran 4 kaki.

Alamat: Jalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar

8. Istana Pelamin

The Pelamin Palace - Main Image
Sumber: Safuwan Fauzi

Istana Pelamin telah dibina pada tahun 1736 oleh Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778) dan dijadikan sebagai tempat bersemayam Sultan-sultan yang kemudian di Kedah serta tempat berjalannya pelbagai majlis Diraja.

Istana ini telah melalui banyak ‘dugaan’ seperti kemusnahan sewaktu kedatangan Bugis pada tahun 1771 dan diabaikan ketika dibawah taklukan Siam dari tahun 1821 ke 1842. Namun, pada tahun 1851, ia telah dibaikpulih oleh Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah dan kembali meriah dengan pelbagai majlis termasuklah majlis-majlis perkahwinan.

Istana ini dinamakan sebagai Istana Pelamin selepas berlangsungnya sebuah majlis perkahwinan yang dikatakan paling meriah pernah diadakan iaitu pada tahun 1904. Mulai tahun 1983, bangunan ini telah ditukarkan fungsinya sebagai Muzium Diraja Kedah sehingga kini.

Alamat: Kedah Royal Museum, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar

Baca: 50 Tempat Menarik Di Kedah

Perlis

7. Muzium Negeri Kangar / Muzium Kota Kayang (Rumah Tetamu Kangar)

Muzium Kota Kayang Image
Sumber: Azizi Bin Anas

Muzium Negeri Kangar berdiri di atas tanah berkeluasan 4.84 ekar yang suatu ketika dahulunya diberikan Raja Syed Alwi kepada adik lelaki baginda Syed Salim yang menjadi ketua menteri kepada Raja.

Pada sekitar kurun ke-19, Syed Salim telah mendirikan rumahnya di atas tanah yang luas ini untuk didiami bersama keluarganya sebelum dijual kepada Kerajaan Negeri selepas Perjanjian Bangkok ditandatangani.

Bangunan ini telah dijadikan kediaman rasmi Penasihat British yang pertama, Meadow Frost serta pewarisnya sehinggalah Perang Dunia Kedua (1941) yang memperlihatkan rumah ini diambil alih oleh tentera Jepun. Dari tahun 1943 ke 1945 pula ia digunakan oleh tentera Thai.

Setelah negara mencapai kemerdekaan, bangunan ini dijadikan sebagai kediaman rasmi Ketua Menteri Perlis. Sedihnya, bangunan asal di atas tanah ini dirobohkan pada tahun 1991 dan digantikan dengan replika bangunan yang sama yang berfungsi sebagai Muzium Negeri.

Alamat: Muzium Kota Kayang, 02000 Kuala Perlis

Baca: 29 Tempat Menarik Di Perlis

Sarawak

6. Kubu Margherita

Kubu Margherita - Main Image
Sumber: The Brook Gallery

Kalau dilihat reka bentuk Kubu Margherita ni terasa macam melancong ke negara Eropah. Kubu yang berwarna putih ini telah siap dibina dengan reka bentuk istana lama Inggeris pada tahun 1879 oleh Sir Charles Brooke dan diberikan nama sempena nama isterinya, Margaret Brooke.

Terletak di atas bukit, kubu ini menyajikan pemandangan yang seluas pandangan mata ke semua arah di kawasan sekitarnya. Kubu ini dibina untuk menjadi lambang kestabilan kerajaan dan kekuatannya.

Alamat: Fort Margherita, Petra Jaya, 93050 Kuching

5. Kubu Alice

Kubu Alice - Main Image
Sumber: Ho Ho Luho Lembang

Satu-satunya peninggalan sejarah yang terdapat di Sri Aman Sarawak, keseluruhan bajet pembinaan kubu ini telah dibiayai oleh Charles Brooke. Kubu ini telah dibina dalam hanya 12 bulan dengan bahan-bahan binaan yang terdiri daripada kayu belian derma. Dikatakan, peralatan-peralatan binaan kubu ini telah dibawa dari muara Sungai Skrang.

Sekiranya anda ke sini, anda berpeluang untuk menikmati pemandangan di sekitar Kubu Alice ini yang cukup indah oleh kerana lokasinya yang amatlah strategik. Kawasan di sekitar kubu ini turut dikelilingi dengan meriam yang sering digunakan untuk menyerang musuh tempatan pada ketika itu.

Alamat: Jalan Kuching/Serian 95000 Pantau, Sri Aman Sarawak, Jalan Sri Aman, Pekan Sri Aman

4. The Old Courthouse

The Old Courthouse Image
Sumber: Shk Denny

The Old Courthouse adalah sebuah bangunan bersejarah dibina pada tahun 1883 oleh Charles Brooke yang boleh di temua di bandar Kuching. Pada asalnya ianya digunakan sebagai pejabat kerajaan dan tempat majlis upacara negeri dijalankan.

Di bahagian hadapan bangunan ini, terdapat monumen Charles Brooke yang berketinggian 6 meter. Pada monumen yang dibina dalam tahun 1924 ini, terdapat panel dengan 4 angka yang melambangkan kepelbagaian masyarakat di Sarawak iaitu Melayu, Kayan, Dayak dan Cina.

Alamat: Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching

Baca: 23 Destinasi Percutian Menarik Di Sarawak

Sabah

3. Agnes Keith House

Agnes Keith House - Main Image
Sumber: Agnes Keith House

Siapa sangka rumah kayu yang kelihatan begitu terpancar ciri tradisional tempatan ini sebenarnya merupakan milik keluarga mat saleh daripada Amerika, Agnes Keith. Kalau anda gemar membaca  sastera lama, mungkin anda pernah dengar nama ini, kerana Agnes Keith telah membukukan pengalamannya-pengalamannya sewaktu menetap di Sabah.

Rumahnya sebelum ini pernah menjadi kuarters kerajaan Inggeris yang dipanggil sebagai Newlands. Agnes dan keluarganya tinggal di sini sehingga tahun 1942 dan kembali lagi selepas Perang Dunia Ke-2. Namun, sekembalinya ke sini, rumah ini dilihat telah musnah terbakar dek kerana perang. Oleh itu, mereka telah membina rumah ini sekali lagi dengan reka bentuk yang sama. Mereka tinggal di sini sehinggalah tahun 1952.

Bangunan ini dibaikpulih 50 tahun kemudian dan dibuka kepada orang awam mulai tahun 2004. Di dalamnya terdapat perabot-perabot dengan ciri-ciri kolonial dan barangan antik yang lain.

Waktu Operasi:  Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM2 | Warga Emas Atas 55 Tahun Kanak-kanak Bawah 12 Tahun Percuma

Alamat:  Agnes Keith House, 90000 Sandakan, Sabah

2. Bangunan Pelancongan Sabah (Sabah Tourism Board/ Jesselton Post Office)

Bangunan Pelancongan Sabah Image
Sumber: Ronnie Rayner Gampaih

Bangunan yang meletakkan pejabat Pelancongan Sabah ini merupakan bangunan yang tertua di dalam bandaraya Kota Kinabalu. Sebelum Perang Dunia Ke-2, bangunan ini dikenali sebagai Jesselton Post Office yang dirasmikan pada tahun 1918 oleh Mr. Pearson.

Alamat: Sabah Tourism Board, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu

1. Menara Jam Atkinson (Atkinson Clock Tower)

Menara Jam Atkinson Image
Sumber: Tuan Jaya Holidays

Menara Jam Atkinson  pada asalnya telah dibina untuk memperingati Pegawai Daerah pertama Jesselton iaitu Francis George Atkinson yang telah menemui kematian setelah diserang malaria ketika berusia hanya 28 tahun.

Ibunya, Mary Edith, telah memberikan jam talam dua muka untuk bangunan ini. Namun begitu, bangunan asal yang telah siap dibina pada tahun 1905 ini digantikan dengan bangunan yang baru pada tahun 1964.

Pada asalnya, menara ini dibina dengan hanya menggunakan kayu Merbau ataupun Mirabau dengan ketinggian 48 kaki. Namun reka bentuknya telah banyak berubah sebaik diperbaharui.

Alamat: Atkinson Clock Tower, Kota Kinabalu, 88400

Baca: 45 Tempat Menarik Di Sabah Yang Istimewa

Inilah antaranya tarikan-tarikan bangunan klasik yang telah berusia beratus tahun yang terdapat di negara Malaysia. Siapa sangka negara sekecil ini memiliki terlalu banyak peninggalan bersejarah dengan aura misteri dan reka bentuk unik yang sangat menarik untuk diteroka dan dilihat di depan mata sendiri.

Sebenarnya masih banyak lagi bangunan bersejarah di Malaysia sehingga boleh dijadikan koleksi buku yang berjilid-jilid jika ingin disenaraikan kesemuanya.

Diharapkan senarai ini dapat membantu anda dan keluarga merancang percutian dengan tema ‘kembali ke masa lampau’ pada musim cuti yang akan datang. Selamat bercuti!

Baca: 43 Destinasi Percutian Paling Popular Di Malaysia

Categories
Malaysia Travel Guide

24 Tempat Menarik Di Taiping | Jom Bercuti Ke Bandar Warisan

Jika sesebuah kawasan boleh digelar sebagai harta karun di negara ini, Taiping adalah tempatnya. Di sinilah tersimpannya pelbagai tempat-tempat menarik yang ‘pertama’ wujud di Tanah Melayu aka Malaysia.

Seperti yang telah direkodkan oleh Majlis Perbandaran Taiping sendiri, secara totalnya, terdapat sekitar 40 perkara yang pertama terdapat di Tanah Melayu di dalam daerah ini.

Dari stesen keretapi, zoo, penjara, muzium hinggalah ke taman tasik dan banyak lagi menjadikan Taiping destinasi percutian yang penuh dengan nostalgia. Nak tahu dimanakah lokasi-lokasi menarik di bandar klasik ini? Teruskan membaca senarai tempat menarik di Taiping ini.

24. Taman Tasik Taiping

Taiping Lake Gardens Image
Sumber: Destination Perak

Dibuka pada tahun 1880, Taman Tasik Taiping merupakan taman awam yang pertama di Malaysia. Taman tasik yang pada asalnya kawasan perlombongan bijih timah ketika zaman penjajahan British ini juga adalah taman yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 64 hektar.

Di dalam tarikan alam semula jadi ini bukan hanya terdapat sebuah tasik tapi 10 buah tasik indah yang di sekitarnya berdiri pohon-pohon angsana yang membekalkan oksigen yang menyegarkan kepada sesiapa yang bersantai di sini.

Untuk pengetahuan anda, lanskap taman ini merupakan hasil rekaan seorang warga British bernama Charles Compton. Antara fasiliti yang terdapat di taman ini adalah kolam teratai, taman Jepun, jambatan zig-zag, laluan rollerskate, trek berjogging, ruang refleksologi, bot pedal dan lain-lain lagi.

Alamat: Taiping Lake Garden, 12, Medan Istana 2, Bandar Ipoh Raya, 30000, Ipoh, Perak

Lihat Tawaran Terbaik Hotel Di Taiping

23. Zoo Taiping

Zoo Taiping Image
Sumber: Mazzlina Linn

Jika Taman Tasik Taiping adalah taman yang pertama di Malaysia, Zoo Taiping pula adalah zoo yang pertama yang wujud ni negara ini. Banyak juga yang bermula di Taiping ya? Tak ke legendary tu?

Taman yang berkeluasan 30 ekar ini memuatkan sekitar 1300 ekor haiwan yang dibiarkan bergerak bebas di dalam habitat semula jadi mereka.  Bagi pencinta haiwan, di sinilah anda dapat mendekati dan mempelajari banyak tentang sifat dan suasana persekitaran sebenar mereka.

Selain itu, Zoo Taiping juga merupakan pelopor Night Safari di Malaysia. Ketika waktu malamlah anda dapat melihat aktiviti-aktiviti haiwan yang kebiasaannya bersifat lebih aktif. Lebih aktif haiwan-haiwan ini, lagi menarik ragam yang dapat disaksikan.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30am – 6.00pm) | Waktu Haiwan Diberi Makan (9.00am – 12.00pm)

Bayaran: Dewasa RM17 | Kanak-kanak RM8.50

Alamat: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping

22. Muzium Perak

Perak Museum Taiping
Sumber: Taiping The Guide

Bangunan yang bereka bentuk neo-klasik Inggeris ini, Muzium Perak, merupakan sebuah muzium yang mengumpulkan lebih daripada 8000 koleksi yang terdiri daripada koleksi barangan kebudayaan, arkeologi dan alam semula jadi.

Sesetengah daripada bahan yang dipamerkan di sini telah diklasifikasikan sebagai koleksi yang rare yang berusia lebih daripada seratus tahun dan sukar ditemui ataupun semakin pupus. Antara yang dapat dilihat di muzium ini adalah spesimen haiwan, artifak kraftangan, tembikar dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.00pm) | Hari Raya Puasa Raya Haji Tutup

Bayaran: Dewasa RM2 | Kanak-kanak Bawah 12 Tahun Berpakaian Sekolah Percuma

Alamat: Jalan Taming Sari, Taiping, 34000

21. Spritzer EcoPark

Spritzer EcoPark Taiping
Sumber: Spritzer EcoPark

Jangan tak tahu, air mineral Spritzer yang sering diminum ini juga ada tamannya sendiri yang diberikan nama sebagai Spritzer EcoPark. Taman yang dibuka secara rasmi pada tahun 2015 ini menempatkan lapangan golf mini berbayar untuk anda berseronok bersama keluarga sambil menikmati udara nyaman.

Anda juga boleh memasuki ruang yang diberi nama The Discovery Tunnel untuk melihat info berkaitan pemprosesan air mineralnya. Sudah puas mengisi sedikit sebanyak ilmu di sini, anda boleh mencuba aktiviti lain yang disediakan seperti Tree Tag Walkabout dan Kidz Zone yang mana anak-anak anda akan diajar untuk menghasilkan sesuatu menggunakan barangan kitar semula.

Bagi yang sekadar ingin bersantai, anda boleh menikmati kopi yang kaw dari sebuah kafe yang agak eksklusif yang terdapat di sini.

Waktu Operasi:

  1. i) Lapangan Golf: Setiap Hari (9.00am – 9.00pm)
  2. ii) Waktu Lawatan ke Kilang: Isnin – Jumaat (11.00am – 3.00pm) | Sabtu (11.00am)

Alamat: Lot 898, Jalan Reservoir, Off Jalan Air Kuning, 34000 Taiping

20. Ansari Famous Cendol

Ansari Famous Cendol Taiping
Sumber: JH Seng

Cendol, makanan yang manis dan sejuk ini cukup enak untuk dinikmati setelah kepenatan meninjau-ninjau sekitar Taiping. Di mana lokasinya cendol enak ini? Gerainya adalah di Ansari Famous Cendol.

Di sini terdapat dua jenis cendol yang terkenal, iaitu cendol kacang merah dan cendol pulut beras, lapar pula tiba-tibakan? Selain cendol, kalau masih tidak kenyang, anda boleh mencuba rojak India dan pasembornya. Senang cerita, try je semua sekali, bukan selalu dapat datang ke kedai istimewa ini.

Kenapa istimewa? Kalau anda nak tahu, Ansari Famous Cendol ini telah mula beroperasi berdekad lamanya iaitu sejak sebelum merdeka lagi, pada tahun 1940. Di mana lagi tempat terbaik untuk menikmati makanan klasik ini kalau bukan di kedai yang seklasik ini, tak gitu?

Alamat: Ansari Famous Cendol, 92, Jalan Barrack, Taiping 34000

Baca: 13 Destinasi Menarik Di Lumut

19. 5D Art Paradise Taiping

5D Art Paradise Taiping
Sumber: 5D Art Paradise Taiping

Banyak juga pameran multidimensi di Malaysia ini dan Taiping juga tak terlepas daripada mengikuti trend ini. Berlokasi di Jalan Maharajalela berhadapan dengan Gate Kafe, 5D Art Paradise Taiping dipenuhi dengan lukisan-lukisan yang membuatkan anda tertanya-tanya sama ada semua ini realiti atau sekadar ilusi.

Anda boleh berposing pada lukisan-lukisan dan props yang terdapat di sini untuk bergambar dan seterusnya memeningkan kepala followers Instagram anda dengan efek ilusi kreatifnya.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 7.30pm)

Bayaran: 131 cm Keatas RM25 | 91 cm – 130 cm RM20

Alamat: No 25, Jalan Maharajalela, 34000 Taiping

18. Old House Museum

Old House Museum Taiping - Main Image
Sumber: Taiping Forum

Daripada namanya sahaja sudah dapat dibayangkan tahap klasik muzium ini. Old House Museum adalah sebuah rumah kedai lama yang telah dibina pada sekitar tahun 1880 oleh seorang ahli perniagaan Cina, Lim Zi You.

Rumah kedai dengan pintu dan tingkap kayu ini terletak berhadapan dengan Market Square Taiping. Nampak sahaja kecil, namun sebaik anda melangkah masuk ke dalam muzium ini, rumah kedai ini sebenarnya agak panjang ke belakang, lengkap dengan taman indoor.

Bangunan 3 tingkat ini juga turut dipenuhi dengan pelbagai barangan antik yang terdiri daripada perabot, tembikar China, koleksi radio-radio klasik dan banyak lagi. Banyak juga barangan yang dipamerkan boleh dibeli menjadikan Old House Museum ini bukanlah sekadar muzium tetapi juga kedai barangan antik.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00am – 6.00pm) | Sabtu Ahad (9.30am – 6.00pm)

Bayaran: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3 | Bawah 6 Tahun Percuma

Alamat: 2A, Market Square, 34000 Taiping

17. Kota Ngah Ibrahim (Muzium Matang)

Kota Ngah Ibrahim Taiping
Sumber: Kamaruddin Jaffar

Dibina oleh pembesar Perak yang terlibat dalam penentangan terhadap campur tangan British, Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin Jaafar. Kota Ngah Ibrahim yang terletak di Matang, Taiping ini telah dibina pada tahun 1854 dan dikelilingi oleh tembok batu berkepanjangan 131 meter. Di dalam kota ini  pula, Ngah Ibrahim telah membina kediaman rasminya serta sebuah stor untuk menyimpan bijih timah.

Malangnya, pihak British telah menjatuhkan hukuman buang negeri kepada Ngah Ibrahim yang kemudiannya menjadikan rumah ini sebagai kediaman rasmi Penolong Residen, Kapten Tristam Speedy.

Kota ini kini digelar sebagai Muzium Matang yang menyalurkan informasi berkaitan Perang Larut, pameran barangan yang digunakan dalam pelombongan bijih timah dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)

Bayaran: Percuma

Alamat: Kompleks Sejarah Matang, Jabatan Muzium Antikuiti Kota Ngah Ibrahim, 34750 Matang, Taiping

16. Dataran Warisan Taiping

Dataran Warisan Taiping
Sumber: Majlis Perbandaran Taiping

Sudah kehabisan idea nak kemana pada waktu malam di Taiping? Apa kata kalau anda bawa keluarga anda makan angin di Dataran Warisan Taiping. Bermacam-macam aktiviti yang dijalankan di sini, ada yang bermain kasut roda, basikal, skuter, kereta kawalan berwarna-warni dan macam-macam lagi.

Yang menariknya lagi, bersebelahan dengan Dataran Warisan Taiping ini juga terdapat pasar meriah ala-ala uptown yang diberi nama Bazaar Cross Street. Pilihan barangan dan makanan yang ada di sini boleh membuatkan sesiapa sahaja rambang mata.

Sudah memilih makanan yang diingini, anda boleh melepak di dataran sambil melihat keseronokan anak bermain dengan permainan yang boleh disewa di sini.

Alamat: 1897, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping

15. Taiping Equine Park

Taiping Equine Park Image
Sumber: Taiping Lake Garden Equine Park

Ingin ‘feeling’ seperti keluarga diraja? Jom menunggang kuda di Taiping Equine Park. Pelbagai pakej yang disediakan di sini seperti Joy Ride 2 Laps in Arena, Horse Therapy Single Class, 1 Lap Camping Site, dan banyak lagi termasuklah kelas-kelas menunggang kuda. Satu pengalaman yang pastinya tidak dapat dilupakan.

Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (8.30am – 11.00am 3.30pm – 7.00pm) | Sabtu Ahad (8.30am – 7.00pm) | Isnin Tutup

Alamat: Taiping Equine Recreation,Jalan Bukit Larut, 34000 Taiping

14. Bukit Larut (Maxwell Hill)

Bukit Larut Taiping Image
Sumber: Shahir Aman

Bukit Larut atau nama lamanya, Maxwell Hill ini merupakan kawasan percutian tanah tinggi yang popular kerana udara segar dan pemandangan alam semula jadi yang disajikannya, mampu memberikan ketenangan yang sukar diungkapkan.

Untuk menikmati pemandangan di sini, anda boleh menaiki menara tinjau yang disediakan. Dari bukit ini, sekiranya cuaca mengizinkan, anda dapat menikmati pemandangan sejauh Selat Melaka dan kadangkala sehingga ke Pulau Pangkor di bahagian selatan ataupun Pulau Pinang di bahagian utara.

Bukit yang berketinggian 1250 meter dari paras laut ini boleh diakses dengan 2 cara iaitu sama ada dengan menyewa Jeep yang disediakan pihak Bukit Larut (tempahan perlu dibuat dengan awal) ataupun jika anda berstamina tinggi, anda boleh mendaki melalui jalan tar yang disediakan. Masa yang diambil untuk sampai ke puncak adalah kira-kira 3 jam bergantung kepada individu.

Alamat: Maxwell Hill, Pegawai Penjaga Bukit Larut, Taiping, Perak, 34000 Taiping

13. ATV Adventure Park Larut

ATV Adventure Park Larut Image
Sumber: ATV – Adventure Park Larut

Ingin melakukan aktiviti yang bukan sahaja mencabar dan menyeronokkan, tapi juga dalam masa yang sama dapat menikmati keindahan alam sekitar yang memukau? Jawapannya adalah dengan menaiki ATV di ATV Adventure Park Larut. Anda bukan sahaja akan meredah hutan tetapi juga kawasan air terjun yang penuh dengan cabaran.

Wow! Macam susah je? Jangan risau, kerana di sini anda akan diberikan tunjuk ajar tentang bagaimana untuk mengawal ATV ini sehinggalah segalanya terasa natural sebelum memulakan aktiviti lasak ini.

Keadaan jalan yang perlu ditempuhi memberikan cabaran yang berbeza-beza, penuh dengan thrill, tapi yang penting,  tahap keseronokan yang dinikmati sentiasa pada level yang maksimum!

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (9.00am – 6.00pm) | Selasa Tutup

Alamat: Lot 3644 Pejabat Rekreasi, Jalan Bukit Larut, Taiping, Perak 34000

12. New Clock Tower (Old Market)

New Clock Tower Taiping Image
Sumber: Taiping Lang

Sebenarnya, di Taiping ini terdapat 2 buah menara jam, dan ini adalah salah satunya, New Clock Tower. New Clock Tower yang terletak berdekatan dengan pasar ini memiliki reka bentuk yang sangat unik dengan kaca berwarna-warni yang agak menarik untuk dilihat.

Namun sedihnya jam pada menara ini sudah tidak lagi berfungsi. Boleh dilihat tertulis pada badan menara ini adalah “Pasar Lamar, 1885.”

Alamat: Jalan Taming Sari, Taiping 34000

Baca: 14 Hotel Istimewa Di Ipoh Untuk Pengalaman Menginap Luar Biasa

11. Stesen Keretapi Taiping

Taiping Railway Station
Sumber: Mohamad Yunus

Stesen Keretapi Taiping adalah stesen keretapi yang pertama di Tanah Melayu. Stesen yang dibina pada tahun 1882 ini dibuka pada tahun 1885 oleh Sir Hugh Low iaitu Residen British Perak yang pertama. Landasan keretapi ini dibina untuk menghubungkan Taiping ke Port Weld atau Kuala Sepetang untuk mengangkut bijih timah.

Stesen ini walaupun tidak lagi digunakan, masih dikekalkan supaya generasi baru dapat melihat bagaimana keadaan sebuah stesen keretapi yang telah beroperasi lebih daripada 100 tahun ini. Landasannya pula telah dibuang pada sekitar pertengahan tahun 1980-an.

Alamat: Stesen Keretapi Taiping, 34000 Taiping

10. Menara Jam Besar Taiping

New Clock Tower (Old Market)
Sumber: Taiping The Guide

Clock Tower yang terletak di Jalan Kota ini adalah sebuah menara jam yang dibina pada tahun 1881 menggunakan kayu. Pada tahun 1891, menara ini diperbaharui menggunakan batu-bata. Kalau anda nak tahu, bangunan sebenar menara ini berbentuk kubu empat segi yang telah pun dibuang.

Info menarik yang lain berkaitan menara jam ini adalah ia pernah dijadikan sebagai stesen polis dari tahun 1908 hingga 1950, kemudian, ia ditukar fungsi sebagai balai bomba. Kini, Clock Tower ini dijadikan sebagai Pusat Informasi Pelancong Taiping di mana anda boleh mendapatkan peta perjalanan dan info tentang 33 tempat pertama di Taiping.

Informasi-informasi lain berkaitan pelancongan juga boleh didapati di sini yang termasuklah mengenai tempat penginapan. Selain itu, anda juga boleh membeli cenderamata yang dijual di sini sebagai tanda peringatan.

Alamat: 55, Jalan Kota, 34000 Taiping

9. Rumah Rehat Bandar

Rumah Rehat Taiping
Sumber: zailan arashid

Rumah Rehat Bandar pada mulanya adalah sebuah bangunan satu tingkat yang dibina dengan menggunakan kayu untuk dijadikan rumah kediaman gabenor Perak. Rumah yang dibina pada tahun 1887 oleh pihak British ini kemudiannya dinaik taraf menjadi bangunan batu dua tingkat pada tahun 1894.

Turut ditulis pada pedimen rumah peninggalan klasik ini adalah ‘Rest House 1894,’ menjadikan ia rumah rehat yang pertama di Tanah Melayu.

Alamat: Rest House, Station Road, Taiping

8. Bandar Taiping

Bandar Taiping Image
Sumber: Taiping Zone

Jika bercuti ke Taiping, tak lengkap rasanya tanpa mengetahui latar belakang bandarnya ini. Bandar Taiping atau nama lamanya, Klian Pauh merupakan ibu kota kepada daerah Matang, Larut dan Selama.

Di bandar inilah, jiwa klasikal dan fotografi anda sekeluarga dapat bersorak kegembiraan melihatkan peninggalan-peninggalan bangunan yang sudah tua  dengan reka bentuk yang jelas sekali mendapat pengaruh Inggeris.

Sebagai tempat pengeluaran bijih timah, bandar Taiping mendapat perhatian daripada para penjajah untuk dibangunkan dan oleh sebab itulah, terdapat banyak lokasi menarik di sini yang merupakan yang pertama sekali wujud di Tanah Melayu.

Alamat: Taiping, Perak

7. Kuala Sepetang

Kuala Sepetang Taiping
Sumber: Yaman Ibrahim‎

Kuala Sepetang atau nama ‘British’nya Port Weld merupakan destinasi yang dapat membahagiakan deria rasa anda yang sentiasa mengimpikan juadah yang enak. Betapa banyaknya pilihan kedai-kedai makan di kawasan perkampungan nelayan ini sehingga berpinar mata. Dalam banyak-banyak makanan yang terdapat di sini, yang paling wajib dicuba dan menjadi kegilaan ramai adalah mee udangnya. Memang terbaik!

Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah memancing di atas bot bersama nelayan, melihat kelip-kelip, melawat kilang pemprosesan arang tradisional, memerhati burung dan banyak lagi yang melibatkan alam semula jadi.

Alamat: Kuala Sepetang, Perak

6. Burmese Pool Taiping (Kolam Renang Batu Besar)

Burmese Pool Taiping
Sumber: Jennifer Lai

Terletak di kaki Bukit Larut, Burmese Pool Taiping atau nama lainnya, Kolam Renang Batu Besar ini cukup terkenal dalam kalangan penduduk tempatan untuk menyegarkan badan dan fikiran. Memang puas bermandi-manda di kolam ini kerana keluasannya dan juga airnya yang begitu sejuk memberikan badan kelegaan yang tak terhingga.

Sambil menikmati mandian di kolam semula jadi ini, anda dapat menyajikan mata dengan pemandangan penuh kehijauan di sekitar yang cukup mengasyikkan.

Alamat: Burmese Pool, Taiping 34000

5. Air Terjun Pecah Batu

Air Terjun Pecah Batu Taiping
Sumber: Anazil Bin Nordin

Jika anda tidak kisah untuk meneroka lebih jauh sekitar Taiping ini, datanglah beramai-ramai ke kawasan Air Terjun Pecah Batu yang terletak agak jauh dari kawasan bandar ini. Lagi jauh dari bandar, lagi segarlah udaranya, tak gitu?

Ianya bukan sahaja cantik tapi juga cukup luas untuk anda bermandi-manda sepuas hati sambil menikmati keindahan flora di sekitar.

Namun begitu, anda perlulah berhati-hati juga sebelum bermandi-manda di sungai, terutama sekali sekiranya terlihat langit gelap atau hari hujan untuk mengelakkan fenomena kepala air.

Alamat: Jalan Kuala Trong, 34800 Terong

Baca: 22 Destinasi Terbaik Di Ipoh

4. Bukit Merah Laketown Resort

Bukit Merah Laketown Resort Image
Sumber: SMK Junjung

Siapa tak kenal Bukit Merah Laketown Resort? Resort ini dikelilingi oleh keindahan alam hijau dan berhadapan dengan air tasik yang terbesar di Malaysia yang berkeluasan 7000 ekar. Bukan sekadar tempat penginapan, keistimewaan resort ini sebagai pusat ekopelancongan juga adalah kerana ia turut menempatkan Ecopark, taman tema air dan Pusat Pemuliharaan Orang Utan.

Di dalam Ecopark resort ini, anda sekeluarga dapat bermesra dengan pelbagai jenis haiwan yang diletakkan di dalam habitat semula jadi mereka. Di samping itu, terdapat banyak juga aktiviti lain yang boleh dilakukan di dalam Ecopark ini seperti Skycycle, Nature Trail dan Tropical Trail. Bahagian-bahagian taman yang terdapat di sini pula adalah seperti Reptile Park dan Pets Parks.

Tarikan yang terdapat di Waterparknya pula adalah Body Slides, Water Speed Slides, Activity Pool, Lazy River, Kids Adventure River, Jumbo Shower, Water Pillar dan banyak lagi. Apa lagi? Kedengaran seperti tempat penginapan yang sempurna bukan?

Harga: Dari RM109+ Semalaman

Alamat: Jalan Bukit Merah Semanggol , 34400 Simpang Ampat Semanggol

3. Masjid Lama Bandar Taiping

Masjid Lama Bandar Taiping
Sumber: Garmin

Apa lagi yang memegang rekod paling antik di Taiping ya? Kali ini adalah tempat beribadah Muslim sendiri iaitu Masjid Lama Bandar Taiping. Masjid yang tertua di Taiping ini telah dibina oleh keluarga Ngah Ibrahim pada tahun 1893 untuk menggantikan bangunan madrasah yang diperbuat daripada kayu. Jika diperhati dengan terperinci, dapat dilihat pengaruh reka bentuk Belanda pada masjid ini.

Disebabkan nilai klasiknya sebagai masjid yang telah berdiri lebih daripada 100 tahun, Masjid Lama Bandar Taiping telah digazetkan sebagai bangunan warisan di bandar ini.

Selain itu, untuk pengetahuan anda, masjid ini turut menempatkan makam tokoh-tokoh yang dihormati di ruang belakangnya seperti makam kerabat dan keturunan Long Jaafar.

Alamat: Jalan Kota, 34000 Taiping

2. Matang Mangrove Forest Reserve

Matang Mangrove Forest Reserve
Sumber: Pusat Eko Matang Mangrove Forest Reserve

Hutan paya bakau yang terbesar di Malaysia, Matang Mangrove Forest Reserve ini berkeluasan lebih daripada 40,000 hektar.  Walaupun teramatlah luas kawasan paya bakau ini, ia juga sebenarnya merupakan antara kawasan paya bakau yang diberikan penjagaan yang terbaik di dunia.

Matang Mangrove Forest Reserve yang telah digazetkan sebagai hutan simpan sejak tahun 1906 ini merupakan yang tertua di negara ini.

Bayangkanlah, setelah sebegitu lama terpelihara, sudah semestinya anda dapat menyaksikan sebuah persekitaran alam semula jadi yang cukup indah dan kaya dengan flora dan faunanya yang tersendiri. Disinilah anda dapat melihat spesies-spesies haiwan kawasan paya seperti udang, ketam, udang karang, pelbagai jenis ikan dan banyak lagi.

Alamat: Kampung Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang

1. Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang dan Selama

Pejabat Daerah Tanah Larut Matang  Selama
Sumber: M Fitri M Shukri

Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang dan Selama adalah antara bangunan yang paling klasik yang terletak di bandar Taiping ini. Bangunan yang mula dibina pada tahun 1883 oleh pihak British ini siap pada tahun 1897-8 dan berfungsi sebagai New Government Office ketika Taiping dijadikan sebagai ibu negeri Perak. Bangunan ini dapat dilihat berdiri dengan megah di bahagian pintu masuk Taman Tasik Taiping.

Alamat: Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang dan Selama, 34000 Taiping

Inilah antaranya tarikan-tarikan hebat untuk dilawati di Taiping, dari muzium yang tertua hinggalah ke paya bakau yang terbesar, inilah destinasi percutian yang wajib ada dalam bucket list anda.

Mungkin tidak sehebat negeri-negeri lain dari segi kemodenannya, namun tarikan yang telah wujud berdekad lama yang banyak terdapat di sini memiliki auranya yang tersendiri, penuh dengan nostalgia dan keindahan yang asli yang sukar didapati di tempat lain.

Sudah puas meneroka bandar ini, apa kata jika anda meluaskan lagi langkah di sekitar Perak dengan melawat bandaraya Ipoh yang tidak kurang hebat aura klasiknya dan tarikan hipsternya, nak tahu di mana? Anda boleh membaca artikel kami tentang 22 Tempat Menarik Di Ipoh.

Apa lagi yang ditunggu? Sediakan baju hujan untuk ke kawasan yang paling banyak hujan di Malaysia ini, jangan lupa juga kamera dan pakaian yang cun untuk bergambar di tempat-tempat menarik di Taiping. Apa-apa pun sebelum bergerak ke sini, layari terlebih dahulu booking.com untuk menempah tempat penginapan yang best dan berpatutan di Taiping ya?

Selamat bercuti ke Taiping!

Untuk pengetahuan anda, lanskap taman ini merupakan hasil rekaan seorang warga British bernama Charles Compton. Antara fasiliti yang terdapat di taman ini adalah kolam teratai, taman Jepun, jambatan zig-zag, laluan rollerskate, trek berjogging, ruang aact refleksologi, bot pedal dan lain-lain lagi.

Alamat: Taiping Lake Garden, 12, Medan Istana 2, Bandar Ipoh Raya, 30000, Ipoh, Perak

Lihat Tawaran Terbaik Hotel Di Taiping

23. Zoo Taiping

Zoo Taiping Image
Sumber: Mazzlina Linn

Jika Taman Tasik Taiping adalah taman yang pertama di Malaysia, Zoo Taiping pula adalah zoo yang pertama yang wujud ni negara ini. Banyak juga yang bermula di Taiping ya? Tak ke legendary tu?

Taman yang berkeluasan 30 ekar ini memuatkan sekitar 1300 ekor haiwan yang dibiarkan bergerak bebas di dalam habitat semula jadi mereka.  Bagi pencinta haiwan, di sinilah anda dapat mendekati dan mempelajari banyak tentang sifat dan suasana persekitaran sebenar mereka.

Selain itu, Zoo Taiping juga merupakan pelopor Night Safari di Malaysia. Ketika waktu malamlah anda dapat melihat aktiviti-aktiviti haiwan yang kebiasaannya bersifat lebih aktif. Lebih aktif haiwan-haiwan ini, lagi menarik ragam yang dapat disaksikan.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30am – 6.00pm) | Waktu Haiwan Diberi Makan (9.00am – 12.00pm)

Bayaran: Dewasa RM17 | Kanak-kanak RM8.50

Alamat: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping

22. Muzium Perak

Perak Museum Taiping
Sumber: Taiping The Guide

Bangunan yang bereka bentuk neo-klasik Inggeris ini, Muzium Perak, merupakan sebuah muzium yang mengumpulkan lebih daripada 8000 koleksi yang terdiri daripada koleksi barangan kebudayaan, arkeologi dan alam semula jadi.

Sesetengah daripada bahan yang dipamerkan di sini telah diklasifikasikan sebagai koleksi yang rare yang berusia lebih daripada seratus tahun dan sukar ditemui ataupun semakin pupus. Antara yang dapat dilihat di muzium ini adalah spesimen haiwan, artifak kraftangan, tembikar dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.00pm) | Hari Raya Puasa Raya Haji Tutup

Bayaran: Dewasa RM2 | Kanak-kanak Bawah 12 Tahun Berpakaian Sekolah Percuma

Alamat: Jalan Taming Sari, Taiping, 34000

21. Spritzer EcoPark

Spritzer EcoPark Taiping
Sumber: Spritzer EcoPark

Jangan tak tahu, air mineral Spritzer yang sering diminum ini juga ada tamannya sendiri yang diberikan nama sebagai Spritzer EcoPark. Taman yang dibuka secara rasmi pada tahun 2015 ini storyline menempatkan lapangan golf mini berbayar untuk anda berseronok bersama keluarga sambil menikmati udara nyaman.