MALAYSIA WORLD HERITAGE TRAVEL SITE Rotating Header Image

40 Tempat Menarik Di Surabaya | Destinasi Terbaik Di Kota Pahlawan

Menarikkah Surabaya? Kenapa tidak ke Jakarta atau ke Bali sahaja alang-alang sudah ke Indonesia? Jangan dipandang sebelah mata kota Surabaya ini ya, jika dilihat secara lebih dekat kotaraya kedua yang terbesar di Indonesia ini, tarikan-tarikannya tidak kurang hebatnya daripada destinasi lain yang terkenal di Indonesia.

Untuk pengetahuan anda, Surabaya adalah Kota Terbersih di Indonesia buat 7 tahun berturut-turut. Di samping itu, Surabaya yang terkenal sebagai Kota Pahlawan ini juga merupakan kota yang menyaksikan banyak peristiwa bersejarah di mana semangat rakyat Indonesia menentang penjajahan Belanda pada suatu ketika dahulu telah bersemarak.

Terbukti, ia bukanlah sekadar sebuah kota yang meriah dengan pusat membeli-belah dan tarikan taman-taman tema, Surabaya sememangnya cukup unik dan menawarkan begitu banyak tarikan yang tidak mungkin habis diterokai dalam masa seminggu. Nak tahu apa yang ada di Kota Pahlawan ini? Teruskan membaca senarai 40 Tempat Menarik di Surabaya.

40. Hutan Bambu dan Taman Sakura

Hutan Bambu dan Taman Sakura
Sumber: Ardi Syah

Hutan Bambu dan Taman Sakura mengetengahkan konsep taman bandar dan hutan bandar. Sekiranya anda tercari-cari lokasi untuk merakam video inspirasi Bollywood, inilah salah satu lokasi yang terbaik di Surabaya.

Di Taman Sakuranya anda akan disajikan dengan pelbagai jenis bunga-bungaan yang tersusun rapi mengikut warna seperti putih, jingga, merah, ungu, merah jambu dan kuning. Sebuah taman yang sangat menyejukkan mata.

Walau bagaimanapun pastikan anda datang pada waktu peralihan musim iaitu antara musim hujan dan panas ya, barulah dapat anda nikmati pemandangan bunga-bungaan yang tumbuh dengan mekar.

Waktu Operasi: Setiap Hari 24 Jam

Bayaran: Percuma

Alamat: Jl. Raya Marina Asri, Keputih, Sukolilo

Baca: 38 Destinasi Menarik Di Lombok

39. Museum House of Sampoerna

Museum House of Sampoerna
Sumber: Indonesia Country

Dibangunkan pada tahun  1862, muzium yang terletak di tengah-tengah kota Surabaya ini memiliki reka bentuk kolonial Belanda. Pada asalnya, bangunan muzium ini dijadikan pusat pendidikan oleh pihak Belanda, namun pada tahun 1932 ianya dibeli oleh Liem Seeng Tee untuk dijadikan kilang rokok Sampoerna.

Sebaik menjejakkan kaki ke dalam Muzium House of Sampoerna ini anda akan disambut dengan bau tembakau dan kolam ikan dengan bunyi pancuran air yang mewujudkan atmosfera menyenangkan. Antara pameran yang dapat dilihat di sini adalah koleksi antik mesin percetakan kotak rokok, peralatan yang digunakan di dalam makmal untuk menguji kualiti bahan rokok dan banyak lagi.

Di tingkat kedua muzium ini pula anda dapat melihat pekerja kilang ini menyiapkan rokok, dikatakan setiap pekerja di sini dapat menyiapkan sekitar 300 batang rokok dalam masa sejam.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)

Bayaran: Percuma

Alamat: Taman Sampoerna No. 6, Krembangan Utara, Pabean Cantian

38. Kya Kya Kembang Jepun

Kya Kya Kembang Jepun
Sumber: Indonesian Railway Tour

Terletak tidak jauh dari tarikan terkenal lain di Surabaya iaitu Jambatan Merah Plaza dan Jambatan Merah, Kya Kya Kembang Jepun menempatkan pasar malam yang terkenal di Surabaya. Sekiranya anda ingin membeli pelbagai barangan cenderamata yang menarik kepada yang jauh di mata, jadikan ini salah satu lokasi shopping anda.

Sambil membeli-belah disini, anda boleh mencuci mata melihat banyak bangunan-bangunan klasik yang terdapat disekitarnya yang termasuklah tokong-tokong cina dengan warna yang membuatkan mata anda sentiasa terbuka.

Alamat: Jl. Kembang Jepun, Surabaya

37. Surabaya North Quay

Surabaya North Quay
Sumber: Vrian Triwidodo‎

Sudah puas melihat kenderaan-kenderaan di jalan raya? Apa kata kalau cuti kali ini anda bawa keluarga beramai-ramai ke Surabaya North Quay, bukan sahaja dapat melihat pemandangan matahari terbenam yang indah dari terminal kargo pelabuhan Tanjung Perak ini, malahan anda juga dapat melihat kapal-kapal merentasi lautan tanpa henti.

Pada waktu malam pula, anda dapat melihat pemandangan langit malam yang cukup memukau, bintang-bintang yang berkelipan dan kapal-kapal yang dihiasi lampu, romantik sekali atmosferanya. Jika anda datang pada waktu malam di hujung minggu pula, anda akan dihiburkan dengan persembahan muzik secara langsung.

Makanan? Jangan risaulah, cukup banyak pilihan gerai makan yang ada di sini, tepuk dada, tanya selera. Sudah puas menikmati pemandangan laut dari kejauhan, apa kata kalau anda mengikuti fun trip mengelilingi laut yang ditawarkan kapal Artama di sini?

Trip ini akan membawa anda sekeluarga mengelilingi laut untuk menikmati pemandangan tarikan hebat lain di Surabaya seperti Jambatan Suramadu dan Patung Jalesveva Jayamahe. Terasa sempurna sekali pakej yang ditawarkan Surabaya North Quay inikan?

Waktu Operasi: Selasa- Ahad (11.00am – 9.00pm)

Bayaran: Rp. 75.000 (Kapal Artama)

Alamat: Terminal Gapura Surya Nusantara lt.3, Pelabuhan Tanjung Perak, Jl. Perak Timur, Surabaya

36. Monumen Jalesveva Jayamahe

Monumen Jalesveva Jayamahe
Sumber: Paradise in the world

Tidak sah jika melancong ke sesebuah negara namun tidak bergambar dengan monumen-monumen pentingnya bukan? Kalau begitu, inilah salah satu monumen penting di Surabaya yang mesti anda abadikan dalam foto percutian bersama keluarga iaitu Monumen Jalesveva Jayamahe.

Sebagai Kota Pahlawan, monumen ini adalah salah satu simbol kekuatan Surabaya. Jalesveva Jayamahe membawa maksud “di lautan kita jaya” yang juga merupakan motto Angkatan Laut Indonesia.

Monumen yang berketinggian 30.6 meter ini didirikan di atas bangunan yang menempatkan muzium angkatan laut Indonesia. Bangunan dan monumen ini kelihatan cukup megah dari kejauhan, apatah lagi apabila anda mendekati dan menjejakkan kaki ke dalam bangunan muzium ini, anda sekeluarga pasti teruja melihat pameran yang tersusun rapi di dalamnya.

Waktu Operasi: Setiap Hari 24 Jam

Alamat: Ujung, Semampir, Surabaya

35. Museum Surabaya

Museum Surabaya
Sumber: Museum Surabaya

Walaupun anda sekeluarga melancong ke Surabaya untuk makan angin atau menyejukkan mata, namun apa salahnya kalau dalam masa yang sama anda menggunakan peluang ini untuk mengisi minda dan menyelami lebih mendalam tentang kotaraya kedua terbesar di Indonesia ini.

Bukan sedikit, tapi lebih daripada 1000 barangan yang dipamerkan di sini yang dapat membuka minda anda tentang masa lalu Surabaya. Antara yang dipamerkan di sini adalah wayang kulit, kerusi dan meja yang digunakan pda tahun 1950-an, mesin kira, Grand Piano yang digunakan pada suatu ketika dahulu untuk menghiburkan penjajah dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00am – 9.00pm)

Bayaran: Percuma

Alamat: Jl. Tunjungan, Genteng

34. Taman Jayengrono

Taman Jayengrono
Sumber: Bagus Widyanto

Terletak di dalam kawasan Jambatan Merah, Taman Jayengrono atau nama lainnya Taman Willemsplein ini bukanlah taman biasa kerana ia merupakan taman yang tertua di Surabaya.  Taman ini turut menyimpan peristiwa bersejarahnya terendiri yang mana pada tahun 1945, terjadinya Battle of Surabaya yang mana pejuang Surabaya telah menggunakan bom di sekitar kawasan ini untuk mengusir penjajah Inggeris.

Untuk mengingati perjuangan mereka, sebuah taman peringatan telah dibina di dalamnya. Selain taman peringatan perjuangan, tarikan lain yang terdapat disini adalah bangunan-bangunan dengan reka bentuk kolonial seperti Gedung Cerutu, Gedung Garuda,  Gedung Internatio dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Setiap Hari 24 Jam

Alamat: Jl. Rajawali, Krembangan Selatan

33. Rumah Batik

Rumah Batik Jawa Timur
Sumber: Sheraton Surabaya

Ingin melihat bagaimana batik dihasilkan? Anda sekeluarga dapat melihat secara percuma demonstrasi pembuatan batik di Rumah Batik. Corak-corak batik yang dihasilkan di sini adalah menggunakan teknik tulis ataupun teknik cap.

Motif-motif yang dapat anda lihat daripada pameran batiknya pula adalah gabungan motif dari Surabaya sendiri, Sumenep, Jombang, Tuban, Sidoarjo, Bojonegoro dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 8.00pm)

Bayaran: Percuma

Alamat: Jl. Dukuh Bulak Banteng Tim. No. 94, Surabaya

32. Hutan Mangrove Wonorejo

Mangrove Wonorejo
Sumber: Alfa Hardjoko‎

Kawasan ekopelancongan Hutan Mangrove Wonorejo patut anda senaraikan sebagai salah satu lokasi untuk dilawati di Surabaya. Anda sekeluarga bukan sahaja dapat menaiki kapal untuk menuju ke kawasan paya bakau sambil menikmati udara segar malahan juga dapat mempelajari kepentingan kewujudan kawasan ini.

Untuk pengetahuan anda, kawasan paya bakau penting untuk melindungi kawasan daratan daripada dihakis oleh air laut. Ingin memahami dengan lebih mendalam tentang paya bakau? Datanglah ke sini ya.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 4.00pm)

Bayaran: Dewasa Rp. 25.000 | Kanak-kanak Rp. 15.000  (Termasuk Tiket Kapal)

Alamat: Jl. Wonorejo Timur No. 1, Rungkut, Surabaya

31. Trans Studio Mini

Trans Studio Mini
Sumber: Henky Yoga

Terletak di pusat membeli-belah Lenmarc Surabaya, Trans Studio Mini merupakan taman tema indoor yang mengetengahkan konsep bandaraya New York. Dah namanya pun New York, sudah semestinya terdapat patung ikonik New York iaitu patung Liberty untuk anda bergambar sepuas hati.

Selain itu, di dalam taman tema ini juga terdapat Jurassic Park yang menempatkan banyak patung  dinosaur yang boleh bergerak.  Mesti riuh punyalah anak-anak kecil anda melihat gergasi-gergasi ini. Sebagai taman tema, tarikan lain yang terdapat di sini adalah pelbagai mesin permainan dan juga roller coaster mini yang pasti membuat jantung anda berdegup dengan pantas.

Mana tidaknya, roller coaster ini akan membawa anda melingkar keluar dari bangunan dan kemudiannya masuk kembali. Ada berani? Belum cuba belum tahu.

Waktu Operasi: 8.00am – 10.00pm

Bayaran: Rp 50.000 – 200.000

Alamat: Jl. Raya Kalirungkut No.25, Kali Rungkut, Rungkut, Surabaya, Jawa Timur

30. Wisata Citra Raya

Wisata Citra Raya
Sumber: Citra Raya World Of Wonders

Wisata Citra Raya merupakan sebuah tarikan kota yang dibina dengan menjadikan Singapura sebagai inspirasi dan konsep utamanya. Dengar sahaja Singapura, pastinya anda membayangkan sebuah kota yang membangun dan dalam masa yang sama bersih dan terjaga lanskapnya.

Inilah fokus sebenar pembinaan Wisata Citra Raya iaitu untuk mewujudkan “kota yang bersih, hijau dan moden.” Antara kemudahan yang tersedia di sini adalah lapangan golf, sekolah antarabangsa, pasar, gym, taman tema air dan sebagainya. Sebuah kota dengan pemandangan yang cukup menyegarkan mata. Kalaulah semua bandaraya di dunia menggunakan konsep yang sama, alangkah indahnya.

Waktu Operasi: Setiap Hari 24 Jam

Alamat: Jl. Citra Raya, Surabaya

29. Monumen Patung Gubernur Suryo

Governor Suryo Monument
Sumber: Ryep Surabaya

Terletak di dalam taman bunga yang indah dengan udara yang segar iaitu Taman Apsari, Monumen Patung Gubernur Suryo ini didirikan untuk memberikan penghormatan kepada gabenor  pertama Surabaya yang terbunuh sewaktu pemberontakan PKI pada tahun 1948.

Waktu Operasi: Setiap Hari 24 Jam

Alamat: Jl. Gubernur Suryo, Embong Kaliasin, Genteng

28. Monumen Suroboyo

Suroboyo Monument
Sumber: Pang Choon Wei

Pernah terfikir dari mana datangnya nama ‘Surabaya’ ini? Apakah maksudnya? Jika anda lihat dari Monumen Suroboyo yang terletak di hadapan Kebun Binatang Surabaya ini, anda dapat melihat dua ekor haiwan iaitu ikan jerung ataupun ‘sura’ dan buaya.  Dua ekor haiwan inilah yang menjadi inspirasi nama Surabaya.

Jika anda kaji mengenai asal-usul nama Surabaya ini, anda akan dapat membaca sebuah kisah rakyat dari Indonesia berkenaannya. Jadi apa lagi, kaji dahulu sebelum ke sana!

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 8.00pm)

Alamat: Jl. Setail, Darmo

27. Museum Mpu Tantular

Mpu Tantular
Sumber: Tourismupw14project

Dibina pada tahun 1933, Museum Mpu Tantular adalah muzium negeri yang pada asalnya diberikan nama  Stedelijk Historisch Museum Soerabai.

Antara koleksi yang dapat dilihat dipamerkan di sini adalah koleksi arkeologi, koleksi biologi, koleksi emas dan banyak lagi. Selain daripada pameran ini, anda juga boleh melawat perpustakaannya, ruangan bimbingan edukasi dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Selasa – Khamis (8.00am – 3.00pm) | Jumaat (8.00am – 2.00pm) | Sabtu, Ahad (8.00am – 12.30pm) | Isnin Tutup

Bayaran: Dewasa Rp. 4.000 | Kanak-kanak Rp. 3.000

Alamat: Jl. Raya Buduran – Jembatan Layang, Prasung

26. Kolam Renang Wisata Bukit Mas

Kolam Renang Wisata Bukit Mas
Sumber: Ernis Sagita

Sudah puas menikmati segala macam tarikan yang terdapat di Surabaya, apa kata kalau anda sekeluarga melegakan badan dengan bermandi-manda di sebuah kolam renang yang bertemakan koloseum Itali di Bukit Mas Regency.

Kolam Renang Wisata Bukit Mas ini terbahagi kepada beberapa bahagian berbeza untuk menyesuaikannya dengan usia pelawat. Selain itu, fasiliti lain yang disediakan di sini adalah taman permainan kanak-kanak serta ruang santai yang berpayung.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 5.00pm)

Bayaran: Isnin – Jumaat Rp. 30.000 | Sabtu, Ahad Cuti Umum Rp. 35.000

Alamat: Komplek Perumahan Wisata Bukit Mas, Jalan Raya Menganti Lidah Wetan, Wiyung, Lakarsantri

25. Kebun Bibit Wonorejo (Taman Flora)

Bibit Wonorejo
Sumber: Miya Riskiaa

Kebun Bibit Wonorejo adalah taman flora indah dengan taman bunga dan rumah anggerik beserta sebuah tasik buatan dan merupakan tempat menarik di Surabaya yang menjadi tumpuan pelancong yang memburu ketenangan. Di sini juga terdapat bukit kecil yang cukup luas untuk anda sekeluarga  beraktiviti dan berseronok sambil menikmati udara segar.

Tarikan lain yang terdapat di Kebun Bibit Wonorejo ini adalah tarikan wall climbing yang sesuai untuk kanak-kanak dan lengkap dengan segala peralatan memanjat, laluan jogging, peralatan senaman dan taman permainan.

Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00am- 5.00pm)

Alamat: Jl. Raya Manyar No. 80A, Baratajaya, Gubeng

24. Taman Pelangi

Taman Pelangi
Sumber: Reni

Ingin melawat tarikan yang indah dilihat di waktu malam semasa di Surabaya? Taman Pelangi adalah salah satu lokasinya. Taman Pelangi seperti yang dibayangkan adalah sebuah taman yang ceria dengan pelbagai warna di setiap pelusuknya.

Dari pintu masuknya sahaja anda sudah dapat merasakan aura taman ini yang dipancarkan pada 31 batang tiang dengan reka bentuk daun, tiang-tiang ini disuluhkan dengan cahaya warna-warni yang mengujakan sesiapa yang memandang. Tarikan lain yang terdapat di sini adalah taman permainan kanak-kanak dan air pancuran.

Waktu Operasi: Setiap Hari (5.00pm – 11.00pm)

Alamat: Jl. Ahmad Yani No. 138, Gayungan

23. Jembatan Suramadu

Jembatan Suramadu
Sumber: Garuda Indonesia

Inilah jambatan yang agak ikonik di Indonesia, mana tidaknya, Jambatan Suramadu adalah jambatan yang terpanjang di Indonesia.

Jambatan yang gah ini dibina untuk menghubungkan pulau Jawa dan pulau Madura. Sekiranya anda melalui jambatan ini pada waktu siang, anda dapat melihat pemandangan pulau Madura yang mempesonakan ditemani dengan hembusan bayu laut. Pada waktu malam pula, suasana di jambatan ini akan dihidupkan dengan sinaran cahaya berwarna-warni.

Waktu Operasi: Setiap Hari 24 Jam

Alamat: Jl. Tol Suramadu, Tambak Wedi, Kenjeran

Baca: 34 Destinasi Terbaik Di Jakarta

22. Ciputra Waterpark

Ciputra Waterpark
Sumber: Ciputra Waterpark

Ciputra Waterpark merupakan taman tema air yang terbesar di Indonesia. Rugi sekali rasanya jika anda tidak membawa keluarga ke sini untuk berseronok, macam makan nasi tak berlauk pula. Antara tarikan-tarikan yang mesti anda cuba di sini adalah Sinbad’s Playground dengan drum air raksasa yang mencurahkan 3000 liter air, bayangkan berdiri di bawah tumpahan air ini? Memang syoklah!

Syracuse Beach pula adalah tarikan dengan kolam ombak berkeluasan 1800 meter persegi. Di Roc Tower, jantung anda akan berdegup kencang bermain gelongsor-gelongsor panjang yang terdapat di sini, tarikan Sirens River dan banyak lagi permainan air lain yang tidak akan membiarkan anda kebosanan walaupun sesaat.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (1.00pm – 7.00pm) | Sabtu, Ahad (10.00am – 7.00pm)

Bayaran: Isnin – Jumaat Rp. 110.000 | Sabtu, Ahad Rp. 130.000

Alamat: Kawasan Waterpark Boulevard Citraland, Sambikerep, Made

21. Klenteng Sanggar Agung

Klenteng Sanggar Agung
Sumber: madewedastra

Klenteng Sanggar Agung adalah tokong Cina yang terletak di tepi laut, bayangkan sahaja pemandangan indah yang dapat anda saksikan dari sini. Tokong ini juga disejukkan dengan pohon-pohon bakau yang tumbuh di sekitar.

Alamat: JL. Sukolilo, No. 100, Kenpark (Pantai Ria) Kenjeran

20. Pantai Ria Kenjeran

Pantai Ria Kenjeran
Sumber: Nurul Armylia

Terletak di kawasan yang dikatakan sebagai ‘Chinatown’ Surabaya, di sekitar Pantai Ria Kenjeran ini terdapat banyak bangunan dengan reka bentuk Cina yang menarik untuk dilihat seperti Pagoda Tian Ti, Dewi Kwan In, Klenteng Sanggar Agung dan banyak lagi.

Di kawasan Pantai Ria Kenjeran ini pula lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti taman permainan kanak-kanak, gazebo, kedai cendramata, kedai makan dan lain-lain. Di pantai ini juga anda boleh menyewa kapal ataupun perahu. Bayangkan keasyikan menikmati tiupan angin laut sambil menikmati pemandangan matahari terbenam dari kapal. Pasti sukar dilupakan.

Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00am – 5.00pm)

Bayaran: Rp. 15.000

Alamat: Jl. Sukolilo No.100, Bulak

19. Gunung Bromo

Gunung Bromo
Sumber: Taechit Taechamanodom

Sebagai sebuah negara yang luas, sudah pasti banyak sekali tarikan alam semula jadi yang ditawarkannya. Salah satu tarikan alam yang banyak terdapat di Indonesia adalah gunung berapi. Untuk pengetahuan anda, Gunung Bromo adalah gunung berapi yang masih aktif di Indonesia. Berketinggian 2000 meter dari aras laut, suhu di puncak gunung cukup sejuk sekali.

Sekiranya anda ingin menikmati pemandangan matahari terbenam dan naik yang terindah namun tidak berdaya untuk mendaki gunung, anda boleh mendapatkan khidmat lawatan menggunakan jeep yang disediakan oleh beberapa penginapan yang terdapat di sini. Memandangkan ianya gunung berapi yang masih aktif, rasa-rasanya berani tak?

Alamat: Podokoyo, Tosari, Pasuruan

18. Taman Prestasi

Taman Prestasi
Sumber: nandaayuka

Taman Prestasi yang terletak di sepanjang Jalan Ketabang Kali ini adalah sebuah taman yang cukup luas dengan keluasan sekitar 6000 meter persegi.

Taman yang mula dibangunkan pada tahun 1992 ini memiliki suasana yang menyegarkan minda untuk lari dari kesibukan kotaraya buat sementara. Ditanami dengan pelbagai jenis tumbuhan yang dapat memberikan anda kelegaan bernafas, taman ini juga menyajikan anda dengan pemandangan sungai yang tenang. Syok juga berjogging sambil melihat air sungai kan?

Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00am – 4.00pm)

Alamat: Jl. Ketabang Kali No. 6, Ketabang, Genteng

17. Taman Remaja Surabaya

Taman Remaja Surabaya
Sumber: Wisata Taman Remaja Surabaya

Remaja mana yang tidak suka berseronok? Kerana itulah diwujudkan Taman Remaja Surabaya ini. Jangan tersalah anggap pula, walaupun anda hanya mampu ‘remaja’ di jiwa, anda masih boleh tumpang sekaki berseronok di sini, tanpa mengira usia, kerana keseronokan di sini membuatkan anda kembali remaja.

Antara fasiliti yang menarik di sini adalah kolam mandi, kiddy boat, boom boom car, roller coaster mini, flying fox, rumah hantu dan bermacam lagi. Selain tarikan ini, kemudahan lain yang disediakan adalah cafe dengan persembahan muzik live dan kedai cenderamata.

Waktu Operasi: Jumaat – Rabu (3.00pm -10.00pm)

Bayaran: Rp. 5.000 – Rp. 10.000

Alamat: Jl. Kusuma Bangsa No. 112 – 114, Tambaksari

16. Surabaya Carnival Park

Surabaya Carnival Park
Sumber: Surabaya Skyline

Banyak juga taman karnival di Surabaya ya? Apa salahnya kalau anda lawati kesemuanya, baru puas hati! Di Surabaya Carnival Park ini anda dapat berseronok dengan bukan sahaja taman tema indoor malahan juga outdoor.

Tarikan taman tema indoornya adalah seperti muzium seni 3D, bioskop 4D, patung lilin dan macam-macam lagi yang boleh membuatkan sesiapa sahaja teruja, manakala taman tema outdoornya pula terdapat tarikan seperti ferris wheel dan roller coaster. Jangan main-main, dari ferris wheel di karnival ini anda boleh menikmati pemandangan sekitar bandar Surabaya. Bukanlah karnival seperti di belakang rumah anda ya.

Waktu Operasi: Setiap Hari (4.00pm – 11.00pm)

Bayaran: Isnin – Khamis Rp. 60.000 | Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuti Umum Rp. 80.000

Alamat: Jl. Ahmad Yani No. 333, Dukuh Menanggal, Gayungan

15. Monumen Kapal Selam

Monumen Kapal Selam
Sumber: Yus Yai Rani

Siapa sangka bahawa Indonesia sebenarnya pernah menjadi salah satu negara dengan kekuatan ketenteraan yang digeruni di Asia suatu ketika dahulu?  Kapal selam yang dimiliki oleh Indonesia merupakan salah satu daripada puncanya.

Untuk pengetahuan anda, Indonesia memiliki bilangan kapal selam yang agak banyak kerana lokasinya yang terletak di kawasan yang berlautan luas. Anda ingin melihat dengan lebih dekat salah satu kapal selam yang menggerunkan banyak negara di peta dunia ini? Singgahlah ke Monumen Kapal Selam.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00am – 8.00pm) | Sabtu, Ahad (8.00am – 9.00pm)

Bayaran: Rp. 5.000

Alamat: Jl. Pemuda No. 39, Embong Kaliasin, Genteng

14. Taman Bungkul

Taman Bungkul
Sumber: Enok Rohayani Jihad

Taman Bungkul adalah sebuah taman rekreasi yang lengkap dengan tempat bermain skateboard, laluan basikal, trek jogging dan lain-lain lagi yang dapat anda gunakan untuk mengeluarkan peluh di waktu petang.

Setelah penat bersenam, anda boleh bersantai dan menggunakan kemudahan wifi percuma yang terdapat di sini. Online di tengah taman indah? Terbaiklah!

Waktu Operasi: Setiap Hari 24 Jam

Alamat: Jl. Taman Bungkul, Darmo, Wonokromo

13. Monumen Bambu Runcing

Monumen Bambu Runcing
Sumber: Daisy Lopez

Monumen Bambu Runcing telah dibina untuk menunjukkan penghargaan kepada para pejuang Surabaya yang telah banyak berkorban sewaktu Indonesia di bawah penjajahan. Di samping dapat melihat monumen yang penting di Surabaya ini, anda juga dapat menikmati pancuran air yang terdapat di sekitarnya.

Kalau anda ingin melihat pemandangan yang lebih indah di sekitar monumen ini, anda boleh rancang untuk ke sini di malam hari iaitu waktu ketika taman ini disirami dengan cahaya berwarna-warni.

Waktu Operasi: Setiap Hari 24 Jam

Alamat: Jl. Panglima Sudirman, Embong Kaliasin, Genteng

12. Kebun Binatang Surabaya

Kebun Binatang Surabaya
Sumber: Ela Setiyo Budi Rahayu

Kebun Binatang Surabaya menempatkan sekitar 2000 ekor haiwan yang terdiri daripada 315 spesies haiwan yang berbeza. Banyak sekali fauna ciptaan tuhan yang dapat anda dan keluarga dekati di sini.

Bukan itu sahaja, kemudahan lain yang terdapat di sini adalah kedai makan, kedai cenderahati dan juga ruang pendidikan di mana anda dan anak-anak berpeluang memberikan haiwan-haiwan di sini makan.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 5.00pm)

Bayaran: Isnin – Jumaat Rp. 15.000 | Sabtu, Ahad Hari Cuti Rp. 20.000

Alamat: Jl. Setail No. 1, Darmo, Wonokromo

11. Tugu Pahlawan

Tugu Pahlawan Surabaya
Sumber: ASEAN Second Tier and Capital cities

Monumen yang berketinggian 41 meter ini bukanlah sekadar sebuah Tugu Pahlawan, namun sebenarnya di dalamnya anda boleh masuki untuk melihat koleksi-koleksi patung, senjata, model 3D pertarungan dahulukala dan lain-lain lagi.

Sekiranya anda tidak sempat memasuki monumen ini, anda sekeluarga boleh sahaja bersantai di sekitarnya yang terdapat rimbunan pokok hijau dan bunga-bungaan yang tersusun indah.

Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00am – 3.00pm)

Bayaran: Rp. 5.000

Alamat: Jl. Pahlawan, Alun-alun Contong, Bubutan

10. Museum Sepuluh November

Museum Sepuluh Nopember
Sumber: kangmastopik

Museum Sepuluh November didirikan untuk memperingati pahlawan Indonesia, Sutomo ataupun lebih dikenali oleh rakyat Indonesia sebagai Bung Tomo yang terkenal dalam menyemarakkan semangat rakyat Indonesia untuk mempertahankan kemerdekaan Indonesia dan menentang pihak Belanda daripada cubaan menjajah.

Di sini anda dapat melihat senjata, dokumen dan juga video yang berkaitan dengan perjuangan ini. Lawatan yang dapat menyerapkan semangat kepimpinan dalam anak-anak.

Waktu Operasi: Ahad – Jumaat (8.00am – 3.00pm) | Sabtu Tutup

Bayaran: Rp. 2.000

Alamat: Jl. Pahlawan, Alun-alun Contong, Bubutan

9. Batu Secret Zoo

Batu Secret Zoo
Sumber: Dedy Hidayat

Batu Secret Zoo adalah sebuah zoo yang menggabungkan taman haiwan dan taman tema, gabungan yang menyeronokkan bukan sahaja kanak-kanak malahan juga orang dewasa. Setelah puas melihat pelbagai jenis haiwan di sekitar zoo ini, anda akan sampai ke kawasan taman temanya.

Taman tema ini terbahagi kepada dua, iaitu Jatim Park 1 dan Jatim Park 2. Jatim Park 1 menempatkan banyak permainan yang bersesuaian untuk remaja, manakala Jatim Park 2 pula lebih sesuai untuk kanak-kanak. Lawatan ke Batu Secret Zoo pasti membuatkan percutian anda terasa cukup sempurna.

Waktu Operasi: 10.00am – 6.00pm

Bayaran: Rp. 20.000 – Rp. 105.000

Alamat: Jl. Oro-Oro Ombo No.9, Temas, Kec. Batu, Kota Batu, Jawa Timur 65315

8. Selecta Recreational Park

Selecta Recreational Park
Sumber: Beautiful Indonesia

Selecta Recreational Park menempatkan banyak tarikan yang boleh anda sekeluarga nikmati sepuas hati seperti kolam renang, taman tema air, flying fox, akuarium bersaiz gergasi, taman bunga dan banyak lagi yang dapat mengubati jiwa mengembara anda.

Di dalam lokasi yang satu ini, terdapat pelbagai tarikan menarik untuk dinikmati dan kesemuanya dapat anda nikmati dalam udara yang segar dan sejuk. Sejuknya bukan kerana penyejuk udara, tapi kerana kedudukan taman rekreasi ini yang terletak pada altitud 1100 meter dari aras laut.

Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00am – 5.00pm)

Bayaran:  Tiket Masuk Rp. 25.000 | Tiket Tarikan Lain Rp. 5000 – Rp. 20.000

Alamat: Jl. Raya Selecta No. 1, Bumiaji, Tulungrejo, Bumiaji, Kota Batu, Jawa Timur 65336

7. Coban Rondo Waterfall

Coban Rondo Waterfall
Sumber: Indonesia Country

Coban Rondo Waterfall adalah sebuah tarikan alam semula jadi air terjun yang terletak di Gunung Panderman. Air terjun yang berketinggian sekitar 60 meter ini mampu memberikan deria anda sensasi yang sukar dilupakan. Bunyi air yang dihempaskan di dasar sungai dan udara yang menyegarkan cukup melegakan jiwa.

Di sebalik keindahan panorama air terjun ini terselit sebuah legenda. Al-kisahnya pada suatu ketika dahulu terdapat pasangan puteri dan putera yang baru sahaja berkahwin sedang dalam perjalanan menuju ke rumah keluarga si putera.

Namun, langkah mereka telah ditahan oleh seorang lelaki bernama Joko Lelono yang terjatuh hati dengan sang puteri, kerana merebutkan puteri ini, Joko dan putera tadi telah terlibat dalam pergaduhan yang tidak dielakkan sehinggakan para hulubalang terpaksa menyelamatkan puteri dengan membawanya ke kawasan yang selamat, di mana?

Di kawasan air terjun inilah lokasinya. Namun malangnya, Joko dan suaminya mati sewaktu bertarung maka tinggallah sang puteri sebagai seorang janda. Rondo di dalam bahasa Jawa bermaksud janda dan air terjun pula adalah coban. Jadi, begitulah kisah nama air terjun ini. Agak sedih juga ya?

Alamat: Jl. Coban Rondo, Pandesari, Pujon, Malang, Jawa Timur 65391

6. Masjid Muhammad Cheng Hoo

Masjid Muhammad Cheng Hoo
Sumber: Paul Alexander

Masjid yang terletak di Desa Selaganggeng ini mempunyai reka bentuk yang sungguh unik dengan warna-warna terang seperti merah, biru, hijau, dan kuning mendominasi sebahagian besar rekaannya.

Siapa sangka bangunan yang kelihatan seperti tokong ini rupa-rupanya merupakan sebuah masjid. Masjid unik ini dibina dengan menggabungkan seni beni Tiongkok (Cina) dan tradisional Jawa. Ingin tahu kenapa ia dinamakan sebagai Masjid Muhammad Cheng Hoo?  Ini kerana masjid ini dibina untuk memberi penghormatan kepada seorang laksamana muslim yang berasal dari Cina bernama Cheng Hoo.

Cheng Hoo telah datang dan mendarat di Pantai Simongan, Semarang pada abad ke-15 untuk menyampaikan agama Islam di daerah ini. Jika diamati dengan terperinci, masjid ini juga sebenarnya kelihatan seperti sebuah kapal memandangkan Cheng Hoo juga adalah seorang pelaut.

Alamat: Jl. Gading No.2, Ketabang, Genteng, Kota SBY, Jawa Timur 60272

5. Kampung Bulak Surabaya

Kampung Bulak Surabaya
Sumber: Sorotanlensa

Bukan di Busan dan Mexico sahaja yang ada perkampungan penuh warna-warni ini, di Indonesia juga terdapat kawasan perkampungan dengan warna-warna pelangi ini. Tak perlu melihat jauh ke negara lain untuk menceriakan mata yang sudah bosan melihat dunia yang kurang warnanya ini.

Melawat Kampung Bulak Surabaya pasti membuatkan anda terasa seperti berada di dunia fantasi. Sudah sampai ke sini nanti, jangan disia-siakan peluang yang ada untuk bergambar sepuasnya!

Bayaran: Rp. 2.000

Alamat: Kampung Bulak, Kenjeran

4. De Mata Trick Eye Museum

De Mata Trick Eye Museum
Sumber: @dwiipark_61

Ini bukanlah muzium arkeologi mahupun sains, tapi adalah sebuah muzium dengan lebih daripada 200 karya-karya 3D, 4D, 5D, ilusi dan augmented reality yang pelik dan menakjubkan.

Jangan lupa, sebelum ke De Mata Trick Eye Museum ini penuhkan bateri kamera anda di tahap yang maksimum, lagi baik sekiranya anda membawa powerbank sekali kerana kemungkinan besar mustahil untuk anda berhenti bergambar sebaik melangkah masuk ke dalam muzium ini.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00am – 12.00am) | Sabtu, Ahad (10.00am- 2.00am)

Bayaran: Rp 35.000 | Bawah 6 Tahun Percuma

Alamat: Surabaya Town Square Lt. 1, Jl. Adityawarman No. 55

3. Perpustakaan Bank Indonesia

Perpustakaan Bank Indonesia
Sumber: Tama Efron

Pada asalnya bangunan perpustakaan ini merupakan tempat tinggal kepada Gabenor De Javasche Bank. Kini, fungsinya adalah sebagai Perpustakaan Bank Indonesia yang mana anda dapat menemui pelbagai koleksi jurnal dan buku berkaitan ekonomi.

Anda boleh menjamu minda sambil bersantai di tempat-tempat duduk yang selesa seperti di taman dan di ruang lobi perpustakaan ini. Bukan ulat buku? Datang sahaja untuk bergambar dengan bangunan bereka bentuk klasik ini, barulah gempak instagram anda!

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00am – 4.00pm) | Sabtu (8.00am – 5.00pm) | Ahad Tutup

Alamat: Jl. Taman Mayangkara No. 6, Darmo

Baca: 35 Destinasi Istimewa Di Bandung

2. Masjid Ampel

Masjid Ampel
Sumber: peradabandansejarah

Masjid yang dinamai sempena seorang wali songo yang terkenal di Pulau Jawa, Sunan Ampel ini telah dibangunkan pada zaman Majapahit. Betapa kunonya masjid ini sememangnya terlihat pada seni binanya.

Melihat masjid ini pasti membuat anda tertanya-tanya bagaimana pula keadaan di dalamnya dan apa lagi peninggalan lama yang tersimpan di sini. Masjid ini juga menempatkan makam Sunan Ampel sendiri. Setelah puas mengamati masjid klasik ini, jangan lupa untuk mencuba makanan Arab yang banyak dijual di sekitar masjid.

Alamat: Ampel, Semampir

1. Jembatan Biru Kenjeran Surabaya

jembatan baru kenjeran surabaya
Sumber: Love Surobayo

Jembatan Biru Kenjeran Surabaya ini merupakan sebuah tarikan yang masih baru lagi di Surabaya. Waktu-waktu inilah anda dapat menikmati keindahannya tanpa perlu bersentuh bahu dengan pelawat yang lain.

Jambatan yang dibina untuk menghubungkan Pantai Ria Kenjeran Baru dan juga Pantai Kenjeran Lama ini memaparkan pemandangan yang mempesonakan pancuran air yang berwarna-warni pada setiap malam Sabtu dan Ahad. Yang menariknya lagi, air pancut ini dipersembahkan dengan pelbagai gaya pancuran yang sungguh indah.

Waktu Operasi: Pertunjukan Air Pancut Sabtu (8.00pm – 9.00pm)

Bayaran: Percuma

Alamat: 600 Old Beach Road DS, Kenjeran, Kabupaten, Bulak

Taman tema, bangunan-bangunan kolonial, masjid dengan reka bentuk yang unik, kampung berwarna-warni, jambatan dengan pemandangan yang memukau jiwa, lagi dan lagi, sungguh banyak sekali tempat menarik di Surabaya, kota terbesar di Jawa Timur ini bukan?

Untuk menikmati kesemua tarikan yang ada di sini adalah lebih baik sekiranya anda memilih penginapan dengan harga yang murah dan dalam masa yang sama selesa untuk diinapi buat jangka masa yang panjang. Anda boleh melihat pelbagai pilihan penginapan yang sesuai di laman web booking.com. Jangan buang masa lagi, ciptalah pengalaman terindah bersama keluarga di Surabaya, selamat bercuti!

AMVERTON HERITAGE RESORT KINI BERWAJAH BARU

VISIT HISTORIC MELAKA MEANS VISIT MALAYSIA : MELAKA WORLD HERITAGE CITY UNESCO

Article source: http://tourismmelakaofficial.blogspot.com/feeds/posts/default

38 Tempat Menarik Di Lombok | Percutian Pulau Penuh Keajaiban

Inginkan percutian di dalam sebuah dunia yang jauh dari keriuhan kota dan sentuhan pembangunan? Tidak perlu dibayangkan tempat-tempat yang jauh kerana semua ini dapat anda nikmati di sebuah pulau yang terletak di Indonesia iaitu Lombok. Reputasi Lombok yang bukanlah seperti pulau primadona, Bali, tidak bermakna Lombok tidak menarik untuk dilawati, malahan sebenarnya cukup merugikan jika tidak diterokai.

Destinasi-destinasi mempesonakan di Lombok begitu  banyak dan terpelihara dengan sempurna sekali. Pulau yang terkenal dengan gunung yang berdiri megah, Gunung Rinjani ini memiliki tarikan-tarikan unik yang tidak dapat ditemui di tempat lain antaranya adalah pantai berwarna merah jambu, pantai berpermukaan seperti di planet krypton dan banyak lagi yang sukar dipercayai pandangan mata.

Ingin tahu dengan lebih terperinci berkenaan lokasi-lokasi menakjubkan di pulau indah ini? Teruskan membaca senarai 39 tempat menarik di Lombok yang kami senaraikan ini.

38. Lingkoq Datu, Pantai Penyisok

Lingkoq Datu Pantai Penyisok
Sumber: Didik Hariadi Mahsyar

Keindahan lautan Hindi yang terbentang luas dapat dinikmati dengan sepuasnya dari tebing karang yang berwarna keemasan Lingkoq Datu, Pantai Penyisok ini.

Sebelum sampai ke ‘benua’ yang unik dari muka bumi lain di sekitar Lombok ini anda perlu melalui ladang jagung yang terhampar luas. Setibanya anda di sini nanti, anda dapat menarik nafas lega menikmati keindahan alam tanpa gangguan pelancong lain.

Alamat: Desa Sekaroh, Kecamatan Jerowaru, Kabupaten Lombok Timur

Baca: 48 Destinasi Terbaik Di Bali

37. Gili Kedis

Gili Kedis
Sumber: Backpacken in Azië

Siapa tidak mengidamkan untuk memiliki sebuah pulau sendiri, bersantai di bawah cahaya mentari dengan ditemani bunyi gulungan ombak tanpa sebarang gangguan. Anda dapat merasakan kemewahan ini sekiranya anda meluangkan masa untuk ke pulau kecil, Gili Kedis.

Pulau yang kenit dan tidak berpenghuni ini adalah sebuah pulau yang hanya mempunyai beberapa batang pokok untuk dijadikan tempat berteduh dan untuk mengelilingi sekitar pulau ini hanyalah memakan masa sekitar 10 minit.

Walaupun kecil, keindahan pulau ini tiada bandingnya, berpasir putih, berbatu karang unik dan kejernihan air yang memperlihatkan ikan-ikan berwarna-warni mengujakan sesiapa sahaja yang melawat pulau ini.

Alamat: Sekotong Tengah, Kabupaten Lombok Barat

36. Bukit Pergasingan

Bukit Pergasingan Lombok
Sumber: Ryand Arnold

Terletak pada ketinggian 1670 meter dari aras laut, Bukit Perngasingan adalah sebuah tarikan indah yang perlu anda terokai di Lombok. Mengambil masa sekitar dua setengah jam untuk sampai ke puncaknya, penat lelah pendakian anda ke puncak ini hilang sebaik melihat pemandangan petak-petak sawah dan kebun yang berwarna-warni terbentang ibarat tikar yang dihasilkan dengan penuh ketelitian.

Di sekitarnya pula dihiasi dengan kemegahan Gunung Rinjani, gunung berapi kedua yang tertinggi di Indonesia.

Alamat: Sembalun Lawang, Sembalun

35. Air Terjun Mangku Sakti

Air Terjun Mangku Sakti
Sumber: Kostuba Travel

Apa yang menjadikan Air Terjun Mangku Sakti begitu istimewa kalau dibezakan dengan kawasan air terjun yang lain di Lombok? Jika anda menjejakkan kaki ke sini, anda akan dapat melihat pembentukan batuan yang indah, batuan-batuan ini terbentuk hasil aliran air yang tidak putus-putus dari zaman ke zaman.

Jika diamati air terjun ini, anda dapat melihat kondisi airnya yang kelihatan agak keruh. Apa? Tak jadi nak datang? Jangan berprasangka dengan air keruhnya, kerana sebenarnya air keruh ini terjadi disebabkan kandungan belerang yang terdapat di dalamnya yang dikatakan berkesan menyembuhkan pelbagai penyakit kulit.

Bayaran: Rp5.000

Alamat: Dusun Sajang, Desa Sajang, Kecamatan Sembalun, Lombok Timur

34. Pantai Semeti

Pantai Semeti
Sumber: @ariamphibia

Macam pernah dilihat Pantai Semeti ini, tapi di mana ya? Oh! Mungkin inilah planet krypton di dalam filem Superman? Batuan berlapis-lapis yang menghiasi sekitar pantai ini menjadikan ia turut digelar Pantai Krypton.

Cukup indah dan epik untuk gambar-gambar di instagram anda. Apa-apa pun berhati-hati melewati permukaan pantai yang berliku ini. Pastikan anda memakai kasut yang sesuai demi keselamatan anda sewaktu bergerak-gerak di atas batuan ini, kalau tercedera, tidak dapatlah anda berlagak seperti Superman.

Bayaran: Rp5.000

Alamat: Desa Mekar Sari, Kecamatan Praya Barat, Lombok Tengah

33. Air Terjun Benang Kelambu

Air Terjun Benang Kelambu
Sumber: Robby Js Setia

Adakah ini dunia sebenar ataupun hanyalah wallpaper daripada laptop Windows anda? Keindahan seperti di dalam lukisan, inilah Air Terjun Benang Kelambu. Air terjun yang jatuh dari tebing tinggi ini kelihatan persis kelambu yang berwarna putih.

Air terjun ini bukan terus mengalir ke bawah seperti air terjun yang lain kerana ia melalui tumbuhan yang tumbuh lebat di sekitar tebing. Sebuah pemandangan yang mengasyikkan.

Perjalanan untuk menuju ke kawasan air terjun ini juga tidak kurang indahnya dengan sawah padi yang terhampar di kiri dan kanan serta ladang kopi. Untuk menaikkan lagi semangat anda ke kawasan air terjun ini, dikatakan sesiapa yang berendam badan di dalam air terjun ini akan menjadi awet muda. Apa lagi? Mai sini!

Bayaran: Rp5.000

Alamat: Desa Aik Bukaq, Kecamatan Batukliang Utara, Lombok Tengah

32. Gunung Tunak

Gunung Tunak
Sumber: Lombok Friendly

Tiada yang lebih mengujakan daripada melihat keindahan alam semula jadi yang seluas pandangan. Salah sebuah lokasi yang menakjubkan untuk anda menyegarkan mata  dengan pemandangan sebegini adalah di Gunung Tunak. Dari gunung ini anda dapat melihat laut biru yang terbentang luas serta tebing-tebing karang yang terbentuk di sekitarnya.

Tak puas dengan pemandangan dari kawasan bukit ini anda juga boleh menikmati pemandangan dari sebuah menara yang kelihatan seperti menara elektrik yang terbina di sini. Namun begitu, pastikan jiwa anda kental untuk memanjat menuju ke dek pemerhatiannya kerana tiupan bayu dari laut agak kencang.

Bayaran: Rp10.000

Alamat: Desa Merta, Kecamatan Pujut, Lombok Tengah

31. Pulau Gili (Gili Trawangan, Gili Meno Gili Air)

Gili Islands
Sumber: Things to do in Bali

Pulau Gili merupakan gugusan 3 buah pulau indah yang terletak di sebelah barat laut Lombok. 3 buah pulau ini adalah Gili Trawangan, Gili Meno  dan Gili Air. Antara 3 buah pulau ini, Gili Trawangan adalah pulau yang paling membangun dan popular dalam kalangan pelancong.

Pulau yang akan menyambut anda dengan kedamaian dan lebih privasi pula adalah Gili Meno yang merupakan sebuah pulau yang terkecil dengan pantai berpasir putih. Gili Meno menempatkan banyak lokasi menarik untuk aktiviti menyelam dan juga sebuah taman burung dengan lebih daripada 200 spesies burung.

Pulau yang nyaman tanpa gangguan ramai pelancong, pantai yang menakjubkan dan taman dengan ratusan spesies burung? Boleh bergetar jiwa melancong anda.

30. Rinjani Lodge

Rinjani Lodge
Sumber: The Gili Guide

Siapa tidak excited bila terdengar sahaja kolam infiniti? Kolam yang menyajikan pemandangan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata ini terdapat di penginapan Rinjani Lodge. Dari kolam renang infiniti ini anda dapat menikmati pemandangan gunung dan hamparan hutan yang seluas pemandangan.

Tarikan utama Rinjani Lodge bukan sahaja pada kolamnya yang mampu membuatkan anda terasa seperti di dunia kayangan, malahan kerana lokasinya juga yang agak strategik, terletak berdekatan dengan banyak lagi tarikan lain di Lombok seperti Air Terjun Sendang Gile dan Air Terjun Tiu Kelep yang masing-masing mampu memukau jiwa yang sudah sedia terawang-awang hasil panahan pemandangan dari kolam infiniti tadi.

Jangan pula anda pengsan melihat keindahan alam semula jadi yang bertubi-tubi di Lombok ini, teguhkan jiwa untuk keindahan yang seterusnya.

Harga: Dari Rp826.446 Semalaman

Alamat: Jalan Periwisata Senaru Bayan, Senaru, Lombok Utara

29. Gua Bangkang

Gua Bangkang
Sumber: @agusm123

Teringin merasa sendiri bagaimana perasaannya menjadi seorang ahli arkeologi? Kalau begitu masuklah ke Gua Bangkang, gua yang sudah berusia ratusan tahun ini kelihatan serupa seperti di dalam filem Hollywood, Indiana Jones, jiwa yang tidak adventurous pun tiba-tiba dapat merasakan sensasinya menjadi seorang pengembara.

Nama lain bagi Gua Bangkang adalah Goa Gale-Gale, di sini, anda dapat melihat ribuan ekor kelawar mengepakkan sayap apabila matahari mula terbenam. Jangan lupa untuk membawa topi atau payung melainkan anda ingin menyentuh tahi kelawar, ‘adventurous’lah katakan.

Alamat: Dusun Bangkang, Desa Kuta, Kecamatan Pujut, Lombok Tengah

28. Pantai Tebing

Pantai Tebing
@adityaalazis

Kalau Pantai Semeti membawa anda ke Planet Krypton, Pantai Tebing pula membawa anda ke Grand Canyon di Amerika. Wow! Di Lombok sahaja anda sudah merasa pengalaman berada di planet dan negara lain.

Pembentukan tebing yang unik di tepi pantai ini adalah kerana letusan Gunung Rinjani Tua pada tahun 1257. Datanglah ke sini untuk menyaksikan sendiri keunikan  yang terbentuk hasil daripada fenomena alam yang dahsyat puluhan ribu tahun yang lalu.

Alamat: Dusun Luk, Desa Sambiq Bangkol, Kecamatan Gangga, Lombok Utara

27. Batu Payung, Tanjung Aan

Batu Payung, Tanjung Aan
Sumber: Sharini Mat Saat

Kalau di kotaraya kemegahannya adalah daripada bangunan-bangunan konkrit pencakar langit, namun di Bukit Payung, yang mencakar langit adalah tebing-tebing tinggi yang masing-masing tercipta dengan identiti yang tersendiri.

Tidak perlu ke galeri seni untuk melihat ukiran-ukiran yang dihasilkan secara profesional kerana ini semua dapat dinikmati di dalam alam semula jadi ciptaan tuhan.

Alamat: Jalan Kuta Lombok, Lombok Tengah

26. Pantai Tanjung Bloam

Pantai Tanjung Bloam
Sumber: Fitri Alo Hasanah

Terletak di selatan Lombok, Pantai Tanjung Bloam agak tenang tanpa keriuhan pelancong. Pantai berpasir putih dengan dua buah tebing batu karang di kiri dan kanan menghasilkan sebuah panorama yang cukup memukau jiwa.

Bukan sahaja kerana keindahan pemandangannya, Pantai Tanjung Bloam juga adalah sebuah destinasi yang sesuai bagi anda yang tidak gentar meluncur air ombak yang ganas.

Walaupun tidak sesuai untuk bermandi-manda, aktiviti lain yang dapat dilakukan di sini adalah melihat penyu-penyu bertelur di pesisir pantai kerana Pantai Tanjung Bloam juga sebenarnya adalah salah sebuah kawasan konservasi penyu di Lombok.

Alamat: Dusun Tangsi, Desa Temeak, Kecamatan Jerowaru, Lombok Timur

25. Pantai Selong Belanak

Pantai Selong Belanak
Sumber: @biyaso

Panorama yang mengasyikkan dapat anda nikmati sewaktu dalam perjalanan ke Pantai Selong Belanak yang mana di kiri dan kanan anda terhampar bukit-bukau yang penuh kehijauan seperti di dalam certia Teletubbies.

Pemandangan yang sungguh menyegarkan fikiran ini dapat dilihat terutamanya dari bulan Januari ke Mei ketika mana tumbuhan di bukit-bukit ini tumbuh dengan lebatnya.

Setibanya anda di Pantai Selong Belanak pula, anda akan terlihat pasir putih dan lautan dengan ombak yang bergulung-gulung tanpa henti. Tidak jauh dari pantai ini juga terdapat kawasan pertanian yang suasananya dihidupkan dengan petani yang sibuk menggerakkan kerbau.

Alamat: Desa Selong Belanak, Kecamatan Praya Barat, Lombok Tengah

24. Sumber Air Panas Aik Kalak

Aik Kalak Kolam Air Panas
Sumber: DHM Pictures

Air Panas Aik Kalak ini terletak di lokasi yang agak mencabar juga untuk dicapai iaitu berdekatan kawasan perkhemahan Gunung Rinjani. Walaupun anda perlu menempuhi cabaran sebelum sampai ke sini, khasiat yang dapat diberikan air panas ini sudah cukup untuk mengubati lelah anda.

Air panas di sini dikatakan dapat menyembuhkan seribu satu penyakit termasuklah mempertajamkan pandangan mata. Betul atau tidak, apa kata anda rasainya sendiri.

Alamat: Jl. Pariwisata Senaru – Bayan, Senaru, Lombok 83354

23. Gunung Rinjani

Gunung Rinjani
Sumber: 12fly.com.my

Apa gunanya ke Lombok jika tidak mendekati dan cuba menakluki gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia ini. Walaupun masih tidak henti mengeluarkan asapnya, panorama indah yang dihidangkan dari puncak Gunung Rinjani ini membuatkan ia sanggup didaki. Dengan ketinggian 3726 meter dari aras laut, masa yang diambil untuk sampai ke puncak bukanlah satu atau dua jam tetapi sekitar 4 ke 5 hari.

Oleh itu, sekiranya anda berniat untuk mendaki gunung ini, mantapkan dahulu stamina anda ya. Setelah penat mendaki dari kaki gunung untuk ke puncak, anda akan disambut dengan pemandangan yang sukar dilupakan. Alang-alang sudah sampai ke sini, bermalamlah di puncaknya untuk menikmati keindahan angkasa yang dipenuhi bintang bergemerlapan.

Alamat: Balai Taman Nasional Gunung Rinjani, Jl. Arya Banjar Getas, Lingkar Selatan, Mataram, Lombok Barat

22. Tetebatu

Tetebatu Lombok
Sumber: Tetebatu Village East Lombok

Lombok bukan sahaja memiliki pulau dan pantai yang indah, malahan juga kawasan sawah padinya yang menakjubkan setanding Bali dan Ubud. Yang mempercantikkan lagi pemandangan sawah padi di Tetebatu ini adalah kerana ianya berlatarbelakangkan Gunung Rinjani.

Selain sawah padi, penduduk di sini turut mengusahakan ladang tembakau, koko, cili, kopi, vanilla dan banyak lagi. Lawatan ke Tetebatu membolehkan anda mendapatkan kesemua penghasilan ini secara segar.  Selain itu, di Tetebatu jugalah anda dapat melihat kehidupan sebenar masyarakat Sasak Lombok.  Sebuah perjalanan yang cukup membuka minda.

Alamat: Kecamatan Sikur, Kabupaten Lombok Timur

21. Pink Beach (Pantai Tangsi)

Pink Beach Lombok
Sumber: Beautiful Destinations Of The World

Bagi pencinta warna pink atau Barbie, pasti teruja melihat keindahan Pink Beach ataupun Pantai Tangsi ini. Mana tidaknya, pasirnya cukup berbeza dari kawasan pantai yang lain disebabkan oleh terumbu karang dan pecahan cengkerang laut foraminifera yang berwarna kemerah-merahan yang terdapat di sini.

Pantai ini merupakan salah satu daripada 7 buah pantai yang berwarna pink di dunia. Amatlah rugi sekiranya anda melepaskan peluang untuk ke pantai ini sekiranya ke Lombok bukan?

Alamat: Desa Sekaroh, Kecamatan Jerowaru, Lombok Timur

20. Pantai Senggigi

Pantai Senggigi
Sumber: Lombok Dewata TOUR

Tercari-cari di mana lokasi untuk menikmati pemandangan mempesonakan matahari terbenam tanpa perlu mendaki gunung atau melalui jalan-jalan yang sukar ditempuhi? Pantai Senggigi adalah lokasi ajaibnya.

Keindahan sewaktu senja di sini ditambah lagi dengan bayang-bayang hitam dari kejauhan Gunung Agung adalah sebuah pemandangan yang begitu menakjubkan.

Alamat: Barat Pesisir Pulau Lombok

Baca: 25 Hotel Bajet Menarik Di Bali

19. Danau Segara Anak

Danau Segara Anak
Sumber: Mega Permai Tours and Travel

Untuk pengetahuan para pembaca, Segara Anak membawa maksud anak laut. Kenapa pula dinamakan anak laut? Ini kerana air dari danau ataupun tasik ini mempunyai warna kebiru-biruan seperti air laut. Ingin tahu sesuatu yang menarik mengenai tasik ini?

Untuk pengetahuan anda, tasik ini dipercayai memiliki mitos yang mana sekiranya anda melihat kawasan danau ini dan ia kelihatan luas, bermakna anda memiliki umur yang panjang, tapi kalau danau ini kelihatan kecil, bermakna umur anda pendek. Takut pula mendengarnya. Apa-apa pun ajal maut ditangan tuhan, nikmatilah pemandangan indah hasil ciptaan-Nya ini dengan hati yang tenang.

Alamat: Balai Taman Nasional Gunung Rinjani, Jl. Arya Banjar Getas, Lingkar Selatan, Mataram, Lombok Barat

18. Desa Bayan Sasak

Desa Bayan Sasak
Sumber: Surfing Photography tours

Zaman yang manakah yang ingin anda rasai sekiranya anda berjaya menemui mesin merentas masa? Pernah terfikir untuk pergi sejauh sebelum Masihi? Tidak perlu membuang masa mencari mesin ini, kerana anda dapat menikmati sendiri secara realistik kehidupan yang tidak terkesan dengan dunia moden ini di Desa Bayan Sasak.

Kawasan perkampungan klasik ini terletak di kaki Gunung Rinjani. Anda sekeluarga pasti teruja melihat pondok-pondok unik milik penduduk di sini yang keseluruhannya dibuat daripada bahan-bahan semula jadi, jika anda tahu apakah salah satu daripada bahan yang digunakan untuk membuat rumah tradisional ini, anda pasti terkejut.

Alamat: Kecamatan Bayan, Lombok Utara, Nusa Tenggara Barat

17. Pura Batu Bolong

Pura Batu Bolong
Sumber: The Beauty of My Nature

Terletaknya di Pantai Senggigi, Pura Batu Bolong merupakan sebuah kuil hindu yang terletak di atas tebing batu karang di pantai ini. Kuil ini dibina berhadapan dengan Selat Lombok yang mengarah ke Gunung Agung di Pulau Bali kerana ianya dianggap sebagai tempat tinggal dewa.

Inginkan info yang lebih menarik tentang Batu Bolong ini? Untuk pengetahuan anda, berdasarkan sebuah legenda, dikatakan bahawa pada suatu ketika dahulu kawasan ini dijadikan tempat pengorbanan anak dara untuk diberi makan kepada ikan hiu yang terdapat di laut. Keindahan yang menyimpan kisahnya yang tersendiri.

Alamat: Pantai Senggigi, Lombok Barat

16. Pura Lingsar

Pura Lingsar
Sumber: Smailing DMC

Pura Lingsar ini adalah tempat beribadah yang boleh dikatakan paling unik sekali di Lombok ini. Kalau anda nak tahu, Pura Lingsar ini bukan sahaja merupakan tempat suci bagi penganut Hindu, tetapi juga bagi mereka yang beragama Islam yang menjadi pengikut Waktu Telu.

Waktu Telu ini adalah sejenis kepercayaan Islam yang hanya wujud di Lombok. Namun begitu, penyatuan tempat suci ini agak masuk akal kerana Waktu Telu sebenarnya merupakan kepercayaan Islam yang dicampuri dengan kepercayaan Hindu Bali dan animisme. Dibina pada tahun 1714, Pura Lingsar terletak di dalam kawasan sawah padi yang tumbuh dengan subur.

Alamat: Jl. Gora 2, Mataram, Lingsar, Kabupaten Lombok Barat, Nusa Tenggara Bar. 83237

15. Jeruk Manis

Air Terjun Jeruk Manis
Sumber: Didik Hariadi Mahsyar

Bagi pencinta jeruk, sebut sahaja jeruk mesti terliur bukan? Jangan terbayang Jeruk Manis ini sebagai jeruk yang boleh dimakan pula kerana ia sebenarnya adalah nama sebuah tarikan air terjun yang cukup manis dipandang mata yang terletak di Taman Negara Gunung Rinjani.

Air terjun yang berketinggian 30 meter ini dapat anda nikmati setelah berjalan sekitar satu setengah km dari pintu gerbang. Perjalanan anda dari pintu gerbang ini akan ditemani dengan keindahan flora dan fauna yang mengujakan. Sampai sahaja ke air terjun ini anda boleh merehatkan badan di gazebo yang disediakan sambil menikmati bunyi alam yang memberikan ketenangan jiwa.

Bayaran: Rp20.000

Alamat: Jalan Wisata Jeruk Manis, Desa Kembang Kuning, Kabupaten Lombok Timur

14. Pasar Seni Senggigi

Pasar Seni Segigi Lombok
Sumber: Mola2 Resort Gili Air – DHM resorts

Terletak di persisiran pantai, Pasar Seni Senggigi menempatkan banyak gerai yang menjual pelbagai jenis cenderamata yang terdiri daripada ukiran kayu, lukisan, kain tenun, mutiara, beg, keychain dan banyak lagi.

Sebelum meninggalkan Lombok, pastikan anda membeli sesuatu sebagai tanda ingatan kepada yang tersayang. Apa-apa pun, jangan segan untuk bertawar-menawar harga di sini.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 8.00pm)

Alamat: Jl. Raya Senggigi No.16, Senggigi, Batu Layar, Kabupaten Lombok Barat, Nusa Tenggara Bar. 83355

13. Taman Narmada

Narmada Water Park
Sumber: Heavenly Lombok Tour

Bukanlah taman air yang biasa, taman ini sebenarnya cukup antik, Taman Narmada ini dibina pada tahun 1727 oleh Raja Anak Agung Gede Ngurah Karang Asem. Berkeluasan 2 hektar,  taman ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pintu gerbang, jabalkap, telaga kembar, telaga padmawangi, balai terang, balai loji, patandaan, balai bancingah, bangunan sekepat, Pura Lingsar  dan Pura Kelasa.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 5.00pm)

Bayaran: Rp10. 000

Alamat: Jalan Raya Narmada, Lembuak, Narmada, Lembuak, Narmada, Kabupaten Lombok Barat, Nusa Tenggara Bar. 83371

12. Desert Point (Bangko-Bangko)

Desert Point Lombok
Sumber: @sahdisurfphotos

Jangan tak tahu, Desert Point ataupun Bangko-Bangko ini sebenarnya pernah dianugerahkan sebagai salah satu daripada 10 destinasi meluncur air yang terbaik di dunia.

Kalau beginilah anugerahnya, bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti meluncur ombak ini, jangan terlalu yakin ya. Bagi anda yang datang bersama keluarga, dapatlah anda melihat pakar-pakar surfing beraksi dengan penuh berani.

Alamat: Jalan Putih, Batu Putih, Central Sekotong, West Lombok Regency, West Nusa Tenggara 83365

11. Ashtari Kuta

Ashtari Kuta
Sumber: LOMBOK ISLAND

Ashtari Kuta adalah sebuah kafe yang terletak di atas bukit. Dari kafe ini anda dapat menikmati pemandangan yang mempesonakan sekitar Kura, Lombok. Di bahagian patio kafe ini tersedia beanbag dan juga meja untuk anda duduk bersantai merakamkan pemandangan indah di dalam memori.

Sekiranya anda datang pada waktu pagi, anda dapat menyertai kelas yoga yang diadakan di ruangan yang sama. Yoga sambil menikmati pemandangan indah dan menghirup udara segar, satu pengalaman yang perlu dirasai sekali di dalam hidup.

Alamat: Ashtari estate Raya Ke Mawun Desa Prabu, Kecamatan Pujut, Kuta, Pujut, Kuta Lombok, Nusa Tenggara Bar. 83355

10. Pantai Sekotong

Pantai Sekotong
Sumber: Lombok Traveling

Pantai yang dikelilingi bukit-bukau ini merupakan kawasan pantai berpasir putih yang tidak ternoda dari sebarang pencemaran. Keindahan laut biru Pantai Sekotong ini sungguh mengasyikkan untuk dinikmati dari kawasan puncak bukit.

Dari sini anda dapat melihat Gunung Agung dan berbelas pulau lain yang terdapat di sekitar lautan. Sebuah pemandangan yang pasti akan terbawa hingga ke mimpi.

Alamat: Kabupaten Lombok Barat, Provinsi NTB

9. Gili Nanggu

Gili Nanggu Lombok
Sumber: @wndsanjaya

Sungguh banyak pulau yang indah di sekitar Lombok sehingga rambang mata dibuatnya. Jika anda ingin melawat sebuah pulau yang lebih privasi daripada Gili Meno, Gili Nanggu adalah salah satu pulau yang boleh anda lawati.

Kesunyian pulau ini akan membuai jiwa anda sehingga terlena. Air di sekeliling pulau ini pula begitu jernih menjadikan ia sempurna untuk anda sekeluarga bersnorkeling atau berskuba bagi menikmati panorama indah dalam laut.

Alamat: Pulau Gilinanggu, Sekotong Barat, Central Sekotong, West Lombok Regency, West Nusa Tenggara

8. Air Terjun Tiu Kelep

Air Terjun Tiu Kelep
Sumber: Vivi Vidia Vy

Untuk menuju ke Air Terjun Tiu Kelep ini anda perlu melalui kawasan hutan hujan yang kaya dengan flora dan fauna, jalan untuk menuju ke arah kawasan air terjun ini agak mencabar terutama sekali kerana anda perlu melalui jambatan yang juga merupakan saluran air untuk merentasi hutan ini. Laluan di jambatan ini agak menguji jiwa kerana jambatan ini hanya berpagar pada satu sisi sahaja dan lantainya dipenuhi dengan lumut yang licin.

Setelah melalui jambatan ini, anda akan meneruskan perjalanan di dalam kawasan hutan hijau dan merentasi sungai-sungai kecil. Perjalanan yang penuh cabaran ini akan terasa sangat berbaloi dilalui setelah anda terlihat keindahan air terjun Tiu Kelep yang berketinggian 45 meter. Bunyi hempasan air terjun ini juga sungguh menyegarkan deria.

Alamat: Utara Kaki Gunung Rinjani

7. Pantai Nambung

Pantai Nambung
Sumber: Pulau Lombok

Tarikan utama di Pantai Nambung ini adalah air terjun indah yang mengalir dari laut. Sebuah pemandangan yang luar biasa untuk disaksikan. Air terjun ini dapat diakses dengan menaiki perahu nelayan yang terdapat di sini dengan bayaran sekitar Rp 10.000.

Air terjun yang terhasil daripada pukulan ombak yang melalui celahan batu ini sungguh indah untuk disaksikan. Sekiranya air surut, anda dapat melihat kolam-kolam semula jadi yang terbentuk di kawasan sekitar pembentukan air terjun ini.

Alamat: Nambung, Montong Ajan, Praya Bar. Daya, Kabupaten Lombok Tengah, Nusa Tenggara Bar

6. Pantai Mawun

Pantai Mawun
Sumber: Lombok Authentic Tour

Pantai Mawun adalah sebuah pantai berpasir putih yang diapit oleh dua buah pantai indah yang lain iaitu Pantai Selong Belanak dan Pantai Kuta Pulau Lombok.

Ombak di pantai ini walaupun tidak seganas di pantai Lombok yang lain, ia memiliki dasar pantai yang agak curam, walaupun seronok bermandi-manda di sini, anda tetap perlu berhati-hati. Selain bermain air pantai, anda juga boleh bersantai di dalam gazebo ataupun kerusi-kerusi malas yang tersedia di sini.

Alamat: Desa Tumpak, Kecamatan Pujuk, Kabupaten Pulau Lombok Tengah

5. Pantai Seger

Pantai Seger Lombok
Sumber: @felgra_photography

Pantai Seger seperti namanya, sememangnya sebuah pantai yang menyegarkan. Terletak hanya 15 minit dari Kuta, pantai yang terdiri daripada beberapa bahagian kerana dipisahkan oleh bukit yang rendah ini memiliki air laut yang jernih dan kawasan persisiran berpasir putih.

Di sebalik keindahan pantai ini, tersimpan sebuah kisah ataupun legenda yang terkenal di Lombok. Al-kisahnya, pada suatu ketika dahulu terdapat seorang puteri yang mempunyai raut wajah yang sangat jelita dari kerajaan negeri ini, puteri yang bernama Putri Mandalika ini terasa tertekan kerana tidak diberikan kebebasan untuk memilih jodohnya dan juga dalam masa yang sama dia dilamar oleh ramai penguasa.

Disebabkan kekusutan ini Putri Mandalika telah membunuh dirinya sendiri dengan terjun ke dalam laut. Untuk mengingati peristiwa ini, sebuah monumen puteri ini telah dibina di sebuah sudut di pantai ini.

Alamat: Kuta, Pujut, Kabupaten Lombok Tengah, Nusa Tenggara Bar. 83573

4. Tanjung Ringgit

Tanjung Ringgit
Sumber: NorRul Suaib

Keindahan pemandangan di Tanjung Ringgit membuatkan jiwa anda bergetar seperti jatuh cinta. Air berwarna hijau kebiruan di Tanjung Ringgit ini memantulkan cahaya matahari dengan warna-warna yang mempesonakan mata.

Dari kejernihan air laut ini juga anda dapat melihat dengan jelas terumbu karang yang terdapat di sekitar dasar lautan. Untuk memaksimakan keseronokan anda di sini, anda boleh menyewa perahu nelayan  untuk melihat dengan lebih dekat keindahan panorama di dalam laut jernih ini.

Aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk bersatu dengan keindahan ini adalah bersnorkeling ataupun menyelam skuba. Selain keindahan lautan, Tanjung Ringgit juga sebenarnya menyimpan keindahan yang berbeza pada waktu malam. Taburan bintang di langit malam dapat dilihat dengan jelas sekali dari sekitar tanjung ini. Ingin berkhemah? Inilah salah satu lokasi yang terbaik.

Alamat: Jl. Lingkok Siwaq, Sekaroh, Jerowaru, Sekaroh, Jerowaru, Kabupaten Lombok Timur, Nusa Tenggara Bar. 83672

3. Pantai Surga

pantai surga lombok
Sumber: Santai Vacation

Pantai Surga ini terletak sekitar dua jam perjalanan dari Kota Mataram. Apa yang membuatkan ramai pengembara tertarik untuk melawati Pantai Surga ini adalah kerana  pasir putih dan deretan bukit yang menghijau yang terdapat di sekitarnya.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di pantai yang indah ibarat di syurga ini adalah snorkeling dan juga memancing ikan. Memang asyik sekali rasanya kalau dapat bakar ikan segar dari laut, tak gitu?

Alamat: Kecamatan Jerowaru, Lombok Timur

2. Gili Sulat dan Gili Lawang

Gili Sulat
Sumber: Hel Phoenix

Gili Sulat dan Gili Lawang adalah dua buah pulau kecil yang terdiri dari hutan paya bakau dengan sebahagian kecil kawasan pasir putih. Kedua-dua pulau kecil ini juga merupakan tempat menarik di lombok yang menjadi tumpuan utama pelancong barat semasa bercuti di disini.

Perjalanan untuk ke pulau ini dari Kota Mataram adalah dalam sekitar dua jam setengah. Walaupun mengambil masa yang agak panjang sebelum sampai, perjalanan anda disajikan dengan pemandangan yang indah dari sawah dan ladang yang terbentang luas.

Setibanya di pulau ini anda akan mendengar bunyi kicauan burung dan terlihat pohon-pohon kayu bakau yang tumbuh mekar. Sewaktu berada di pulau ini juga sekiranya anda bernasib baik, anda dapat melihat ikan lumba-lumba berenang dengan penuh keriangan di sekitar laut.

Baca: 35 Destinasi Menarik Di Bandung

1. Pantai Sire

Pantai Sire
Sumber: Elite Havens

Pantai yang dikelilingi dengan pokok kelapa ini merupakan tempat rekreasi yang menarik untuk dilawati bersama keluarga. Salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pantai Sire adalah bersnorkeling untuk melihat keindahan terumbu karang dan ikan-ikan yang sentiasa bergerak kesana-sini di dalam air jernih pantai. Anda juga boleh merancang untuk bermain golf di padang golf yang terletak berdekatan dengan pantai.

Alamat: Pantai Sire, Sigar Penjalin, Tanjung, Kabupaten Lombok Utara, Nusa Tenggara Bar. 83352

Bagaimana? Terasa cukup bermotivasi untuk bergerak ke Lombok sekarang juga? Sungguh indah sekali muka bumi Lombok ini rupa-rupanya. Dengan air terjun yang begitu banyak dan lengkap dengan karakter yang tersendiri, pulau-pulau yang mampu membawa anda ke alam mimpi, pantai yang mirip dunia fantasi, apa lagi yang anda cari?

Pelbagai bentuk keindahan alam semula jadi yang wujud di dunia ini sudah terbukti dapat disaksikan di Lombok. Tidak perlulah anda mengeluarkan wang ribuan ringgit untuk ke negara-negara yang jauh dari mata.

Tunggu apa lagi? Kemaskan bagasi anda sekeluarga untuk sebuah eksplorasi alam semula jadi yang akan sentiasa abadi di dalam ingatan. Sebelum itu, jangan lupa untuk melayari booking.com untuk mendapatkan penginapan dengan harga yang murah di Lombok. Selamat bercuti ke Lombok!

MELAKA MONORAIL UPDATES

This blogspot is being created to compliment our main Tourism Melaka website at www.tourism-melaka.com.

We hope to write our comments and views on the development of the tourism sector in Melaka so that old cultural jewels can be retained and new ones generated to attract more visitors to our Melakan shores.

For us to continue our journey, we like to invite visitors to pen their comments and views so that we can create a sustainable and vibrant tourism sector in Melaka.

Enjoy.

TW Kang

Article source: http://tourism-melaka.blogspot.com/feeds/posts/default