MALAYSIA WORLD HERITAGE TOURS Rotating Header Image

Chalet Di Pengkalan Balak

Pantai Pengkalan Balak, Melaka

Pantai Pengkalan Balak

Pantai Pengkalan Balak

Pantai Pengkalan Balak merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara. Pesisir pantainya yang luas didampingi keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya amat damai dan permai.

Pantai yang popular dengan pelbagai bentuk chalet persendirian ini memberikan peluang kepada pengunjung dan pelancong untuk menginap dan menikmati suasananya yang permai pada sebelah malam. Para Pengunjung juga berpeluang menyaksikan kegirangan nelayan-nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang senja hari.Pengkalan Balak merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri MelakaMalaysia dalam daerah Alor Gajah. Pantai Tanjung Bidara terletak berdekatan dengan Kem Terendak, sebuah kem tentera dan pantai Tg Bidara. Pantai yang terletak 10 km dari bandarMasjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka.

Penempatan ini terdiri daripada 11 buah kampung tradisional dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani dan nelayan.

Pengunjung ke Pantai Padang Kemunting akan berpeluang melihat penyu karah, spesies yang hampir pupus. Pusat Penetasan Penyu Jabatan Perikanan di Padang Kemunting berperanan dalam menyelamat dan melindungi penyu karah ini. Pantai Pengkalan Balak pula merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara

Berdekatan pantai terdapat Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang menempatkan Balai Cerap, Planetarium, Pusat Latihan Falak dan Balai Cerap Robotik.