Categories
Uncategorized

Gambar Pantai di Pengkalan Balak, Melaka,Malaysia(Berminat bercuti?sila lihat apa yang kami tawarkan)

DENGAN KOS RENDAH,ANDA JUGA DAPAT BERCUTI BERSAMA KELUARGA TERCINTA.

dsc00705 dsc00012 tanjung-bidara

pengkalan-balak-102 pengkalan-balak-094 pengkalan-balak-008

images14 images16 images12

images7 images11 images8

images131 images12 images3

Dnelayan resort,Pengkalan Balak Melaka.

EMAIL KE [email protected] untuk tempahan.

Categories
Uncategorized

Bercuti di Pantai Pengkalan Balak, Melaka

PENGKALAN-BALAK
PENGKALAN-BALAK

Pada era tahun 60-an,pantai ini amat popular kepada askar-askar British beriadah bersama keluarga. Adapun askar-askar British adalah petugas-petugas di kem bersebelahan pantai Tanjung Bidara iaitu Trendak Camp. Apabila tahun 1971 kesemua petugas/askar itu dihantar pulang ke Britain (perjanjian kemerdekaan) maka pantai Pengkalan Balak menjadi sepi hampir kepada dua dekat. Pada tahun 1987 atas jasa anak watan kg. Pengkalan Balak itu sendiri iaitu Allahyarham YB Bahari Hassan, membina sebatang jalan di pinggir sepanjang pantai,maka pantai tersebut kembali menjadi ceria dan popular sebagai aset pelancongan. Jalan tersebut dikenali “Jalan Persiaran Pantai”(JPP). Untuk pengetahuan umum sepanjang JPP itu adalah meliputi pantai Kok Ett(Hohoya), pantai Seman Jawa, pantai Haji Sidek, pantai Mat Bongkak, pantai Orang Putih (pantai Sidang Husin), pantai Wak Entel dan pantai Wahab Penyu.Kesemua ceruk pantai yang disebutkan itu, mempunyai rentetan peristiwanya yang tersendiri. Contohnya, dipantai Mat Bongkak disekitar tahun-tahun penghujung tujuhpuluhan pernah seekor buaya terdampar di pantai tersebut. Peristiwa ini amat mengemparkan penduduk kg.Pengkalan Balak dan sekitarnya.

dnelayan11

untitled-1-copy2

harga-bilik

Hubungi kami untuk tempahan bilik anda.

019-7346867 MR ZOZLI. DNELAYAN BEACH RESORT

017-6283241 CIK JUE.

Categories
Pengkalan Balak

PAKEJ PERCUTIAN DAN PENYU KARAH DI PENGKALAN BALAK, MELAKA.

Penyu Karah

PENYU KARAH

Penyu ini juga dikenali sebagai penyu sisik. Ia senang dikenali dengan susunan kulit badannya yang bertindih menampakkan seperti bersisik dan berwarna coklat tua atau kuning dan coklat.

Bentuk mulutnya menyerupai paruh burung helang.

Saiz badannya sederhana dan saiz cengkerangnya antara 70-90cm. Berat badannya boleh mencapai sehingga 75kg.

Ia memakan karangan lembut dan span yang banyak terdapat di kawasan terumbu karang.

Musim bertelurnya adalah antara bulan Mac-Jun dengan jumlah telur sebanyak 90-120biji. Telurnya bulat,kulit yang lembik dengan garis pusat 2.5-3.5cm

Penyu ini terdapat di Terengganu,Melaka,Pahang,Johor,Sabah dan Sarawak.

Categories
Uncategorized

PAKEJ CUTI SEKOLAH DNELAYAN RESORT

CUTI SEKOLAH DAH HAMPIR…DIMANAKAH ANDA INGIN BERCUTI??EKONOMI TENGAH MERUNDUM..KALAU BERCUTI DI BANDAR ATAU DI KAWASAN YANG BANYAK PERMAINAN BERBAYAR…LAGI TERUK EKONOMI ANDA,KALAU TAK BAWAK ANAK ANAK BERJALAN CUTI SEKOLAH NIE,MACAM TAK ADIL PADA MEREKA…SEKARANG ANDA ADA PENYELESAIAN..

DATANGLAH KE DNELAYAN RESORT…KAMI MENJANJIKAN YANG ANDA AKAN BERJIMAT BILA BERSAMA KAMI.DATANGLAH BERCUTI DI DNELAYAN..PAKEJ PERCUTIAN TERJIMAT DI MELAKA. SIAPA CEPAT DIA DAPAT…RANCANGLAH PERCUTIAN ANDA.

Categories
Uncategorized

D’NELAYAN BEACH RESORT, PENGKALAN BALAK, MELAKA

Dnelayan resort adalah sebuah destinasi percutian yang paling sesuai untuk anda dan keluarga yang inginkan keselesaan, ketenangan serta kedamaian. Terletak dipinggir selat Melaka, anda hanya perlu memandu melalui lebuh raya utara selatan selama satu setengah jam dari Kuala Lumpur, 45 minit dari Lapangan Terbang KLIA, 3 jam dari Singapura dan 30 minit dari pusat bandaraya Melaka.


Menginap di Resort ini, anda akan menikmati pemandangan yang sangat indah, kehalusan serta keputihan pasir pantai, deruan ombak memukul pantai dan menyaksikan matahari terbenam di kaki langit pada waktu senja serta kedinginan tiupan bayu malam dengan ditemani kerlipan bintang-bintang dan cahaya rembulan yang pastinya akan memberi kepuasan kepada sesiapa sahaja yang menginap di resort ini.

D’nelayan Beach Resort mempunyai 3 cawangan iaitu:

  1. D’nelayan Beach Resort Sungai Tuang (Sila Klik)
  2. D’nelayan Beach Resort Padang Kemunting (Sila Klik)
  3. Kemunting Beach Resort (Sila Klik)

Chalet-chalet di D’nelayan Beach Resort:

1. Rizalan Chalet

2. Kembang Sejati Chalet

3. Damar Suria Chalet

4. Gong Chalet

5. Asyraf Chalet

6. Deruan Ombak Chalet

7. Astana Edayu Chalet

8. Dceria Chalet

9. Muara Bidara Chalet

______________________________________________________________

Berminat untuk menempah atau mempunyai sebarang soalan? Hubungi:

019-7346867 (Encik Zozli)