LIST OF HOTEL, RESORT, CHALET, HOME STAY, BAJET HOTEL, HOTEL MURAH IN MALACCA
Pakej percutian dan pelancongan ke Melaka
- World Heritage Melaka
- Senarai Hotel di Melaka
- Senarai Homestay, TownStay di Melaka
- Melaka City Tour Package
- Pakej Hari Keluarga & Seminar
Penginapan di sekitar bandaraya Melaka bersejarah
- HOME2STAY Melaka
- Asia Heritage Hotel Melaka
- Mahkota Guest House, Bandar Hilir Melaka
- ASEAN Heritage Residence Melaka
- Hotel Shahbandar, Bandar Hilir Melaka
- Dream Hotel Melaka, Bukit Cina Melaka
- Laksamana Townlodge, Kota Laksamana Melaka
- Mahkota Hotel & Apartment Melaka, Bandar Hilir Melaka
- Garden City Service Apartments Melaka
- Casa Lago Holiday Apartment, Banda Hilir, Melaka
- Motel Bukit Serindit Melaka
- Hotel Puri Melaka, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka
- Aldy Hotel, Bastion House Melaka
- Pergola Hotel, Melaka Raya, Melaka
- Formosa Garden Hotel, Limbongan, Melaka
- RS Park Hotel, Bandar Hilir, Melaka
PAKEJ LAWATAN, BERKUMPULAN, ROMBONGAN SEKOLAH, SEMINAR DAN FAMILY DAY DI MELAKA
Kami menyediakan pakej lawatan pelajar ke Melaka dengan pakej lawatan yang sangat menarik
Bermula jam 9 pagi rombongan akan ditemukan dengan pemandu pelancong kami di Plaza Tol Ayer Keroh dan taklimat dari Pemandu Pelancong berkaitan Melaka akan diberikan…
Selepas itu beberapa siri lawatan telah disusun dari pagi tersebut hinggalah ke lewat malam iaitu :
1. Taman Mini Malaysia & Mini Asean, Ayer Keroh Melaka
2. Zoo Melaka, Ayer Keroh
Selepas selesai sesi pagi para pelajar akan dibawa untuk makan tengahari di Hotel ataupun restoran makanan masakan asam pedas Melaka. Selepas makan tengahari para pelajat akan Check in di tempat penginapan pada kira-kira jam 2 petang sebentar untuk rehat dan solat dan setelah itu lawatan seterusnya disambung ke :
3. Muzium Samudera iaitu didalam Replika Kapal Flor De Lamar di Banda Hilir Melaka.
4. Muzium Warisan Melaka, Bandar Hilir Melaka
5. Menaiki Bkt St Paul
6. Bergambar di Kota A Famosa
7. Melawat dan membeli belah di Gerai Cenderahati Medan Samudera
Setelah selesai acara di Banda Hilir, pelajar akan dibawa ke tempat bersejarah laksamana Hang Tuah
8. Perigi Hang Tuah, Duyong Melaka
Setelah selesai pelajar dibawa balik ke tempat penginapan untuk berehat dan solat Asar dan seterusnya makan malam. Selepas itu pelajar akan dibawa semula ke Banda Hilir untuk menaiki ;
9. Menaiki Eye On Malaysia
10. Melaka River Cruise
Setelah selesai semua, pelajar akan dibawa pulang berehat di tempat penginapan. Program pada hari esoknya selepas sarapan pagi adalah acara adalah bebas, namun begitu para pelajar boleh dibawa ke berjalan-jalan sekitar Melaka sehingga jam 12 tengahari untuk checkout dari tempat penginapan.
Kos untuk pakej lawatan pelajar adalah seperti berikut:
- PAKEJ SEORANG PELAJAR RM 100.00
- PAKEJ SEORANG GURU RM 160.00
- KOS PEMANDU PELANCONG RM 250.00
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi kami:
Sekiranya anda ingin mencari tempat percutian di dalam negara, tidak lengkap sekiranya tidak berkunjung ke Melaka. Melaka kini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Di antaranya ialah menaiki beca di tengah-tengah kota, menaiki bot di Sungai Melaka ataupun bersiar-siar di kawasan yang menceritakan tentang peperangan dan penyeksaan, percintaan dan penyesalan. Sebagai destinasi yang menawarkan bukan sahaja pelancongan, tetapi khidmat kesihatan dan pendidikan yang tinggi, bandar raya bersejarah Melaka sememangnya tiada tandingannya.
Bercuti memang memerlukan kita mengeluarkan belanja yang banyak. Tambahan pula dengan keadaan ekonomi negara yang tidak mengizinkan, semakin ramai yang memerlukan tempat percutian yang tidak memakan belanja yang banyak terutamanya tempat penginapan sama ada di hotel mahupun di chalet-chalet. Di mana tempatnya?Sila lihat apa yang kami tawarkan untuk percutian anda di Melaka yang pastinya lebih bermakna tanpa perlu perbelanjaan penginapan yang tinggi. Cuma pastikan anda nikmati percutian dengan senang hati di sini.
Melaka bukan sahaja terkenal dengan peninggalan sejarahnya, anda juga boleh nikmati suasana pantai yang tenang dan nyaman serta nikmati kedinginan bayu pantai yang menyegarkan anda. Anda pasti terpesona dengan keindahan pantai Pengkalan Balak dan Pantai Puteri di Melaka. Pantai Pengkalan Balak yang sememangnya popular dengan keindahannya pasti memberi keseronokan kepada anda kerana di sini terdapat Resort untuk anda bermalam iaitu D’nelayan Beach Resort. Bermalam di resort yang murah dan chalet yang selesa membuatkan anda tidak perlu risau tentang perbelanjaan anda.
Menikmati keindahan Pantai Pengkalan Balak di D’nelayan Beach Resort
Rangkaian chalet murah dan selesa untuk anda di D’nelayan Beach Resort juga ada seperti:
- Rizalan Chalet
- Astana Edayu Chalet
- Dceria Chalet
- Deruan Ombak Chalet
- Kembang Sejati Chalet
- Damarsuria Chalet
- Gong Chalet
- Asyraf Chalet
Rizalan Chalet Gong Chalet
Deruan Ombak Chalet Damar Suria Chalet
Di D’nelayan Beach Resort, anda tidak perlu memikirkan masalah anda. Anda cuma perlu bergembira kerana di sini kami menawarkan pakej-pakej menarik untuk kegembiraan anda seperti:
- Pakej lawatan tempatan
- Pakej pengangkutan untuk lawatan ke Melaka
- Pakej Sukaneka
- Pakej Memancing
- Pakej urutan tradisional
- Kem Motivasi
- Pakej Seminar
- Pakej Hari Keluarga
Di Pantai Pengkalan Balak juga anda berpeluang melihat penyu karah yang terdapat di sini. Kami juga menyediakan perkhidmatan untuk anda yang berminat untuk mengadakan lawatan ke Bandar Melaka. Pasti berbaloi kunjungan anda ke Melaka kerana kami penuhi dengan melawat tempat-tempat bersejarah seperti:
- A’ famosa
- Musium UMNO
- The Stadthuys
- Mini Asean
- Mini Malaysia
- Taman Buaya
Banyak lagi tempat-tempat menarik untuk dilawati di Melaka. Di Bidara Puteri juga anda mampu nikmati keindahan Pantai Puteri dan melihat matahari terbenam. Nikmati makanan tempatan yang enak dan segar di pantai puteri. Penginapan di Pantai Puteri adalah lebih bermakna jika anda menginap di Bidara Puteri Beach Resort. Hotel ini menyediakan bilik yang cantik dan selesa untuk anda. Ketenangan di resort ini memberi anda peluang untuk meluangkan masa bersama, berjalan di pantai sambil melihat ombak menghempas pantai, mandian bunga di tab mandi, makan malam dengan diterangi cahaya lilin atau membaca dengan tenang ditemani suara burung dan hempasan ombak pantai.
Bidara Puteri Beach Resort menjanjikan percutian indah untuk anda.
Sekiranya anda lebih berminat kepada suasana di bandar tetapi inginkan tempat yang tenang, selesa dan menjimatkan, anda pasti sukakan RS PARK HOTEL yang terdapat di Bandar Hilir, Melaka. Anda boleh nikmati suasana malam yang meriah di sini dan membeli belah di Mahkota Parade, atau menghabiskan masa berjalan di Jonker Walk yang popular dengan barangan antik dan tradisional Melaka. Anda juga boleh melawat tempat-tempat bersejarah yang berdekatan seperti Kota A’famosa, Musium UMNO, The Stadthuys, Menara Taming Sari dan banyak lagi dan anda pasti terpesona dengan sejarahnya. RS PARK HOTEL menawarkan harga menarik dan berpatutan untuk anda yang inginkan perbelanjaan penginapan yang lebih murah di Bandar Melaka.
RS Park Hotel di Bandar Hilir, Melaka.
Tempat yang boleh dilawati di Bandar Melaka sambil menginap di RS Park Hotel
Ingin tahu lebih lanjut? Lawatlah sendiri Negeri Melaka dan anda pasti terpesona dengannya. Pendek kata Melawat Melaka umpama melawat seluruh Malaysia kerana semuanya ada di sini. Pasti lebih jimat di sini!
_____________________________________________________________
INGIN TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SENARAI BUDGET HOTEL UNTUK PENGINAPAN ANDA DI MELAKA? HUBUNGI KAMI:
EMAIL: melakatour@gmail.com