30 Homestay Di Kuala Terengganu Untuk Percutian Keluarga Istimewa

May 15, 2018 0 By melakatour

Dalam hanya 1 jam penerbangan dari Kuala Lumpur anda akan sampai ke bandar pesisir pantai, Kuala Terengganu yang dihiasi dengan keindahan yang menjadi tarikan di mata dunia. Dengan tarikan alam semula jadi pantai yang panjang, pulau-pulau eksotik yang menjadi destinasi menyelam skuba, air terjun yang tertinggi di Malaysia dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan itu, anda juga akan digoda dengan makanan-makanan tradisionalnya yang bila sekali dicuba terbawa ke mimpi keenakannya, seperti nasi kerabu, maxon keropok lekor dan nasi dagang. Sungguh banyak sekali tarikan di negeri ini menjadikan ia pilihan ramai yang mencari angin baru setibanya musim cuti.

Tarikan-tarikan yang terdapat di Terengganu ini cukup seronok dan sesuai untuk dinikmati bersama keluarga. Oleh sebab itu, wujudlah banyak sekali penginapan homestay di negeri pantai timur ini.

Kalau anda nak tahu, menginap di homestay ini jauh lagi best daripada di hotel-hotel biasa kerana ia bukan sahaja murah tetapi juga cukup selesa untuk diduduki beramai-ramai.

Di samping itu, fasilitinya juga kebanyakannya tidak ubah seperti di rumah sendiri. Selesa, luas dan lengkap, itulah 3 adjektif yang menggambarkan kesempurnaan sebuah homestay. Nak tahu dimanakah homestay di Kuala Terengganu yang menarik dan selesa? Teruskan membaca senarai ini.

30. AmniDina Apartment

AmniDina Apartment Kuala Terengganu - Main Image

Menawarkan penginapan yang luas dan selesa untuk diinapi bersama keluarga, AmniDina Apartment sebenarnya adalah sebuah homestay jenis rumah banglo yang menawarkan penginapan dengan 2 buah bilik yang mampu menampung 6 orang dan penginapan dengan 3 buah bilik untuk 8 orang. Homestay ini cukup selesa, dilengkapi dengan ruang dapur yang lengkap dengan segala kemudahan penting.

AmniDina Apartment Kuala Terengganu - Room Image

Lokasinya yang terletak tidak jauh dari kawasan pantai, menjadikan suasana sekitar homestay terasa cukup nyaman dengan udara yang sentiasa bertiup lembut.  Tidak jauh dari homestay ini juga terdapat banyak kedai-kedai makan yang terkenal, apa lagi? Dah lebih dari cukup rasanya sebab untuk anda memilih AmniDina Apartment ini. Tarikan lain pula seperti Masjid Kristal dan Muzium Negeri Terengganu hanyalah dalam sekitar 7 km dari homestay.

Harga: Dari RM180+ Semalaman

Alamat:  Lot 31558 Kampung Tok Jembal, 21300 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


Lihat Tawaran Terbaik Hotel Di Kuala Terengganu

29. Jen Homestay

Jen Homestay - Main Image

Bagi anda yang ingin menginap di kawasan yang meriah dengan warna-warna cerah, Jen Homestay adalah lokasi yang tepat. Berdekatan dengan Chinatown yang hanyalah 1 minit berjalan kaki dari homestay, kawasan di sekitarnya juga menjadikan ia selamat sebagai pilihan penginapan bersama keluarga. Setiap bilik yang ditawarkan homestay ini turut dilengkapi dengan aircond yang menyegarkan badan setelah kepanasan berjalan di sekitar Terengganu.

Jen Homestay - Room Image

Bagi anda yang merancang untuk bercuti lama di negeri ini juga, kemudahan mesin basuh turut disediakan, tak perlulah bersusah payah mencari dobi. Kemudahan lain yang disediakan adalah akses wifi untuk hiburan sewaktu masa lapang sambil graphpad bersantai di ruang balkoni yang menyajikan pemandangan indah dan penuh dengan kemeriahan.

Lokasinya, cukup strategik bagi anda yang ingin meneroka lebih jauh sekitar negeri ‘kepok leko’ ini kerana terletak tidak jauh dari stesen bas dan juga jeti untuk ke pulau.

Harga: Dari RM105+ Semalaman

Alamat: Kompleks Kampung Tiong, Jalan Kampung Tiong, 20100 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


28. Sumai Hotel Apartment

Sumai Hotel Apartment - Main Image

Yang mana yang menjadi pilihan anda? Bilik hotel ataupun apartment? Di Sumai Hotel Apartment ini anda boleh memilih jenis penginapan yang sesuai dengan bilangan ahli keluarga yang bercuti bersama.

Sekiranya anda bercuti beramai-ramai, Deluxe Apartment hotel ini mampu memberikan keselesaan kepada 6 orang penginap dengan 3 buah bilik tidurnya. Apartment lain adalah jenis Superior yang boleh menampung 7 orang penginap dalam 4 buah biliknya.

Sumai Hotel Apartment - Room Image

Kesemua penginapan yang ditawarkan Sumai Hotel Apartment dihias dengan ringkas dan moden. Ianya juga cukup luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai.

Kemudahan lain yang disediakan hotel ini adalah kolam renang yang juga sesuai untuk kanak-kanak dan akses wifi yang cukup pantas.

Mengenai lokasinya, kedudukannya yang jauh dari kesibukan jalan raya menjadikan suasana sekitar hotel sungguh mendamaikan. Namun begitu, ia tetap stategik dengan destinasi-destinasi menarik seperti Pantai Batu Buruk yang hanya 5 minit pemanduan dari hotel dan Masjd Kristal yang hanyalah 20 minit dari hotel.

Harga: Dari RM135+ Semalaman

Alamat: Jalan Persinggahan Batu Burok, 20400 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


27. Homestay d’Sofia

Homestay d'Sofia - Main Image

Ingin menikmati percutian di kawasan yang kampung penuh ketenangan sewaktu di Terengganu? Apa kata jika anda menginap di Homestay d’Sofia. Homestay yang dikelilingi dengan kehijauan ini adalah pilihan penginapan yang tepat bagi anda yang datang bersama keluarga. Suasana yang mendamaikan dapat dinikmati di kawasan taman homestay sambil menggunakan kemudahan wifi  yang disediakan.

Homestay d'Sofia - Room Image

Menyediakan dua jenis penginapan iaitu Holiday Home dengan 2 buah katil single dan sebuah katil double yang boleh  memuatkan 4 orang, seterusnya adalah rumah dengan 2 bilik yang boleh memberikan keselesaan kepada 5 orang penginap. Bilik-biliknya juga cukup luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai.

Lokasinya pula, berdekatan dengan pulau yang boleh diakses melalui Jambatan Sultan Mahmud. Dari pulau ini, anda sekeluarga dapat menyaksikan pemandangan sekitar Kuala Terengganu yang cukup memukau jiwa.

Harga: Dari RM115+ Semalaman

Alamat: Lot 51, Jalan Tengku Mizan, Kampung Pulau Duyong Besar, 21300 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


26. Come Inn Greenvilla

Come Inn Greenvilla - Main Image

Homestay yang terletak berdekatan dengan bandar Kuala Terengganu ini, Come Inn Greenvilla, menawarkan penginapan yang luas yang terdiri daripada bilik-bilik untuk solo traveler hinggalah kepada yang datang bersama keluarga yang ramai dalam sekitar 5 orang. Bilik-bilik ini cukup selesa dengan kemudahan penyejuk udara yang menyegarkan serta akses wifi yang memuaskan sebagai hiburan.

Come Inn Greenvilla - Room Image

Keselamatan di sekitar homestay ini juga terjaga terutama sekali di ruang parking yang diletakkan kamera pengawasan. Bolehlah anda tidur dengan lena tanpa memikirkan keselamatan kereta sewaktu menginap di hotel bajet ini.

Lokasinya, terletak tidak jauh dari Pantai Batu Buruk dan kawasan bandar. Kawasan di sekitar juga terdapat banyak kedai makan yang dibuka sehingga lewat malam. Homestay yang strategik, murah dan selesa. Apa lagi yang difikirkan?

Harga: Dari RM55+ Semalaman

Alamat: 1526-E, Jalan Ibrahim Bukit Besar, 21100 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


25. Uncle Guesthouse

Uncle Guesthouse - Main Image

Tiada tempat membeli-belah tradisional yang lagi best daripada di Pasar Payang kalau di Terengganu ini, sebab itulah kalau sudah sekali-sekala datang ke Terengganu, carilah penginapan yang dekat dengan Pasar Payang. Salah satunya adalah Uncle Guesthouse yang terletak hanyalah 1 km dari pasar yang tak lokek dengan pilihan barangannya ini.

Uncle Guesthouse - Room Image

Uncle Guesthouse adalah sebuah penginapan yang terletak di deretan rumah kedai di Jalan Tok Lam. Lokasinya memang stategik kerana berada di tengah-tengah bandar dan berdekatan dengan stesen bas. Perut menggerodak? Restoran dan gerai tinggal untuk dipilih sahaja kerana segalanya ada di depan mata.

Harga: Dari RM60+ Semalaman

Alamat: 77-A Mezzanine Floor Jalan Tok Lam, 20100 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


24. Bougainvillea Guest House

Bougainvillea Guest House - Main Image

Berkonsep elegan, homestay Bougainvillea Guest House adalah sebuah penginapan dengan dekorasi dalaman yang selesa dipandang mata. Menggabungkan warna-warna lembut dan natural, dipercantikkan lagi dengan cahaya lampu chandelier yang indah, membuatkan penginapan anda di sini terasa eksklusif.

Bougainvillea Guest House menyediakan 3 buah bilik yang mampu memuatkan 7 orang penginap, dapurnya pula lengkap dengan perkakasan penting. Oleh itu, jika ingin berjimat, jangan lupa untuk membawa bahan mentah untuk dimasak ya? Kemudahan lain yang disediakan di sini adalah TV bersiaran Astro.

Bougainvillea Guest House - Room Image

Mengenai lokasinya pula, cukup strategik kerana berdekatan dengan tarikan-tarikan seperti Pusat Budaya Kraf Terengganu dan Pantai Batu Buruk yang kurang 5 km dari homestay.

Harga: Dari RM199+ Semalaman

Alamat:  Jalan Tok Adis Lot 1904 Taman Adis Indah Fasa 2, 20400 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


23. Dania Homestay Kuala Terengganu

Dania Homestay Kuala Terengganu - Main Image

Dari RM190 untuk penginapan yang luas dan lengkap dengan kawasan halaman, menginap di Dania Homestay Kuala Terengganu adalah pilihan yang terbaik bagi anda yang bercuti beramai-ramai di Terengganu.

Homestay dengan 4 buah bilik ini mampu memuatkan 8 orang penginap. Penuh dengan keselesaan kerana di setiap biliknya dan termasuklah ruang tamu, tersedia penyaman udara yang menyegarkan badan setelah puas meneroka kawasan sekitar.

Dania Homestay Kuala Terengganu - Room Image

Kawasan sekitar homestay ini juga sungguh tenang, menjadikan tidur malam anda sekeluarga nyenyak tambahan lagi dengan katil-katil empuk yang disediakannya.

Lokasinya, terletak berdekatan dengan banyak tarikan menarik di Terengganu seperti Masjid Kristal, Muzium Negeri Terengganu dan Pusat Budaya Kraf Terengganu yang kurang 6 km dari Homestay.

Harga: Dari RM190+ Semalaman

Alamat: PT1252, Kubang Rengas, Gelugur Kedai, 20050 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


22. Seaview Holiday Apartment 2

SEAVIEW HOLIDAY APARTMENT - Main Image

Sebuah homestay yang cukup sejuk dipandang mata, dengan dekorasi dalaman yang berkonsep ‘kelautan,’ sebaik melangkah masuk ke dalam apartment ini, mata anda akan disapa dengan warna biru langit pada dinding ruang tamu dan lukisan pesisir pantai yang cukup indah. Menginap di Seaview Holiday Apartment 2 dapat menaikkan mood untuk anda melawat pantai mendamaikan yang wujud di Terengganu.

Pantai yang terdekat, Pantai Batu Buruk terletak hanya 10 minit perjalanan kaki dari homestay. Tarikan lain seperti Chinatown pula hanyalah 1.7 km dari homestay. Muzium Negeri Terengganu pula hanyalah 5 km.

Harga: Dari RM219+ Semalaman

Alamat: Tingkat 21-15, Pangsapuri Ladang Tok Pelam, 20000 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


21. Villa D’Doa Maju

Villa D'Doa Maju - Main Image

Villa D’Doa Maju yang terletak di Kampung Losong Haji Su ini sememangnya akan menceriakan selera keropok lekor anda. Siapa tak kenal Kampung Losong yang terkenal dengan gerai-gerai jualan keropok lekornya ini. Enak-enak belaka pilihan yang ada di sekitar penginapan.

Bukan itu sahaja, setelah memuaskan tekak dengan makanan hasil laut ini, anda boleh maintainkan bentuk badan ideal di gym yang terletak tidak jauh dari villa. Selain itu, ia juga terletak dekat dengan tarikan lain di sekitar Kuala Terengganu seperti Masjid Kristal, Pasar Payang, Chinatown, Pantai Batu Buruk dan banyak lagi yang kesemuanya kurang 5 km dari penginapan. Lokasi yang memang terbaik!

Villa D'Doa Maju - Room Image

Mengenai penginapan ini pula, semua bilik lengkap dengan segala fasiliti penting termasuklah sejadah dan kemudahan menyeterika. Harga yang murah, strategik dan fasiliti yang lengkap, apa lagi yang dicari?

Harga: Dari RM59+ Semalaman

Alamat: LOT1735,Kampung Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


20. JSK Homestay

JSK Homestay - Main Image

JSK Homestay menyediakan banyak jenis penginapan yang selesa untuk diinapi dari 2 orang ke 4 orang penginap. Bagi anda yang bercuti bersama keluarga, Deluxe Family Suite menyediakan bilik dengan 2 katil single dan 1 katil double yang cukup selesa, ditambah pula dengan ruang bilik yang luas. Berapa lama pun anda menginap di sini, jangan risau, anda tidak akan terasa lemas.

Bukan itu sahaja, tahap kebersihan homestay ini juga cukup memuaskan. Untuk pengetahuan anda, suasana homestay ini juga tenang tanpa sebarang gangguan bunyi untuk tidur yang lena.

JSK Homestay - Room Image

Di samping itu, JSK Homestay turut menyediakan minuman air panas seperti kopi dan milo secara percuma untuk diminum pada bila-bila masa. Anda boleh menikmati minum petang di sini sambil menghiburkan diri menggunakan wifi pantas yang disediakan.

Lokasinya, terletak tidak jauh dari jeti untuk meneroka lebih jauh ke pulau indah di Terengganu.

Harga: Dari RM95+ Semalaman

Alamat: 1167, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


19. KT Residence Seaview

KT Residence Seaview - Main Image

KT Residence Seaview seperti namanya, menyajikan pemandangan laut yang tenang. Siapa tak suka rumah percutian sebegini bukan? Homestay ini merupakan sebuah apartment 3 buah bilik dan juga sebuah ruang tamu yang selesa. Dapurnya pula lengkap dengan segala kemudahan penting untuk memasak. Macam di rumah sendiri pula kan?

Mengenai lokasinya pula, terletak hanyalah dalam 10 minit perjalanan kaki dari apartment. Tarikan lain seperti Masjid Kristal hanyalah 3.6 km apartment, manakala Muzium Negeri Terengganu pula hanyalah 5 km dari homestay.

Harga: Dari RM199+ Semalaman

Alamat: Tkt 22/7 Pangsapuri Ladang Tok Pelam, 20000 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


18. Wisma Pantai Apartment

Wisma Pantai Apartment - Main Image

Bangunan berwarna jingga dan krim, Wisma Pantai Apartment yang terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin ini menawarkan penginapan jenis apartment 2 bilik yang boleh memuatkan 4 orang penginap dan apartment 3 bilik untuk 6 orang penginap dengan harga dari RM160.

Bilik-biliknya luas untuk penginapan bersama keluarga. Katil-katilnya juga empuk untuk tidur yang nyenyak. Bangun dari tidur, anda boleh menikmati pemandangan yang indah air laut yang membiru.

Wisma Pantai Apartment - Room Image

Lokasinya pula, terletak tidak jauh dari Kilang Batik Alfa yang hanyalah 10 minit pemanduan dari apartment, Jeti Shahbandar pula hanyalah 15 minit pemanduan. Tarikan lain seperti Masjid Kristal dan Pasar Payang pula boleh diakses dalam 20 minit pemanduan dari homestay.

Harga: Dari RM160+ Semalaman

Alamat: 136, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


17. Homestay Faidaville Bungalow

Homestay Faidaville Bungalow - Main Image

Homestay Faidaville Bungalow menawarkan penginapan 2 bilik yang menyediakan keselesaan tempat tidur untuk 7 orang penginap. Ia juga lengkap dengan ruang dapur dan ruang tamu yang selesa untuk anda sekeluarga bersantai sambil menonton TV.

Homestay Faidaville Bungalow - Room Image

Mengenai lokasinya pula, terletak hanyalah beberapa minit pemanduan dari bandar Terengganu dengan tarikan-tarikan seperti Masjid Kristal dan Muzium Negeri Terengganu kurang 4 km dari homestay.

Harga: Dari RM220+ Semalaman

Alamat: 749 Jalan Sek Men Bukit Besar, Off Jalan Sultan Mohamad, 21100 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


16. Zeeyad Homestay Kuala Terengganu

Zeeyad Homestay Kuala Terengganu - Main Image

Berkonsep minimal dan moden, rekaan dalaman Zeeyad Homestay Kuala Terengganu agak sedap dipandang mata. Bukan sekadar cantik dilihat, fasiliti yang disediakannya juga cukup lengkap, dengan dapur yang sempurna serta bilik-bilik yang kesemuanya dilengkapi dengan penyejuk udara. Kebersihan di dalam homestay ini juga cukup memuaskan.

Zeeyad Homestay Kuala Terengganu - Room Image

Lokasinya, terletak berdekatan dengan kawasan rekreasi Kuala Ibai yang boleh anda sampai dengan hanya berjalan kaki. Kedai-kedai untuk membeli barangan keperluan serta makanan juga mudah untuk dicari di sekitar homestay.

Harga: Dari RM230+ Semalaman

Alamat: 394-A Kampung Tok Adis Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


Baca: 10 Hotel Bajet Yang Menarik Di Cherating

15. Homestay Azmi Zita

Homestay Azmi Zita - Main Image

Terletak di dalam kawasan kampung yang mendamaikan, Homestay AZMI ZITA adalah sebuah penginapan dengan sebuah bilik tidur yang dalam masa yang sama menyediakan tempat tidur untuk 6 orang penginap.

Homestay Azmi Zita - Room Image

Homestay ini turut memiliki ruang dapur yang lengkap untuk kemudahan anda memasak. Walaupun tiada mood untuk memasak, kedai-kedai makan termasuklah gerai keropok lekor dan pasaraya cukup mudah untuk ditemui dari homestay ini.

Harga: Dari RM120+ Semalaman

Alamat: Lot 10832-D, Kg Banggol Tok Jiring, Wakaf Tembusu, Jalan Gong Badak, 21060 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


14. Tok Adis Homestay Kuala Terengganu

Tok Adis Homestay Kuala Terengganu - Main Image

Tok Adis Homestay Kuala Terengganu adalah sebuah penginapan yang dihias ringkas namun lengkap dengan segala kemudahan penting untuk keselesaan seperti di rumah sendiri.

Tok Adis Homestay Kuala Terengganu - Room Image

Lokasinya cukup strategik dengan tarikan-tarikan kebanyakannya terletak dalam sekitar 10 km dari homestay seperti Chinatown, Masjid Kristal, Pusat Budaya Kraf Terengganu dan banyak lagi. Gerai-gerai makan juga tidak menjadi isu sekiranya anda menginap di sini. Lokasi yang strategik dan fasiliti yang lengkap dari RM200? Cukup berbaloi bukan?

Harga: Dari RM200+ Semalaman

Alamat: LOT 1477A Jalan Tok Adis Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


13. Danish Guest House

Danish Guest House - Main Image

Danish Guest House adalah sebuah rumah banglo separa batu dengan 3 buah bilik yang menyediakan tempat tidur yang selesa untuk 7 orang penginap. Penginapan ini cukup luas menjadikan ia salah satu pilihan yang tepat bagi anda yang bercuti bersama keluarga ke negeri ini.

Danish Guest House - Room Image

Mengenai fasilitinya pula, lengkap dengan penyejuk udara untuk keselesaan sepanjang penginapan dalam cuaca panas di Terengganu. Dapurnya pula sempurna dengan segala perkakasan penting untuk memasak. Nak beli bahan mentah? Pasaraya Giant dan Mydin terletak dekat sahaja dengan homestay.

Harga: Dari RM180+ Semalaman

Alamat: 1193B Jln Bukit, Lorong Kemunting, 21100 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


12. Homestay D’Manir Kuala Terengganu

HOMESTAY D'MANIR KUALA TERENGGANU - Main Image

Suasana di dalam Homestay D’Manir Kuala Terengganu ini cukup homie dengan sofa yang empuk, dan katil-katil yang dapat membawa anda ke alam mimpi indah. Kawasan sekitarnya juga tidak kurang hebatnya, dikelilingi oleh alam semula jadi, menjadikan penginapan ini dua kali lebih menarik.

Untuk pengetahuan anda, Homestay D’Manir Kuala Terengganu menyediakan dua buah bilik dengan keselesaan tempat tidur bagi 2 orang penginap.

HOMESTAY D'MANIR KUALA TERENGGANU - Room Image

Ingin lebih sebab untuk menginap di homestay ini? Anda boleh menggunakan kemudahan wifi yang disediakan pada bila-bila masa. Lokasinya juga tidak mengecewakan dengan tarikan-tarikan seperti Muzium Negeri Terengganu dan Masjid Kristal yang kurang 5 km dari homestay.

Harga: Dari RM150+ Semalaman

Alamat: 2891 F, Jalan Kampung Kota, Kampung Banggol Manir, 21200 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


11. Mangga Guest House

Mangga Guest House - Main Image

Homestay yang terletak di Jalan Gong Badak, Mangga Guest House adalah sebuah penginapan yang berlokasi menarik terutama bagi anda yang memiliki kes susah untuk kenyang.

Homestay ini terletak dekat dengan tempat-tempat makan hebat di Kuala Terengganu seperti warung dengan hidangan sotong celup tepung, dapo pata iaitu kedai-kedai makan kontena yang hipster dan banyak lagi. Untuk ke kawasan bandar dari rumah ini juga tidak mengambil masa yang lama.

Mangga Guest House - Room Image

Mengenai guesthouse ini sendiri, cukup selesa, dengan tempat tidur yang dapat memuatkan 5 orang penginap. Tahap kebersihan homestay ini juga sangat memuaskan hati.

Aspek-aspek lain semuanya sudah sempurna, bagaimana pula dengan fasilitinya? Dapur penginapan ini lengkap dengan segala perkakasan penting. Di samping itu, mesin basuh turut disediakan untuk keselesaan anda yang menginap lama di kota yang menarik ini.

Harga: Dari RM160+ Semalaman

Alamat: PT13483K, Taman Permint Makmur, Jalan Gong Badak, Terengganu, 21300 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


10. RR Setia Homestay Kuala Ibai

RR Setia Homestay Kuala Ibai - Main Image

RR Setia Homestay Kuala Ibai adalah sebuah rumah satu tingkat yang menyediakan 3 buah bilik dengan keselesaan tempat tidur untuk 8 orang. Menginaplah seberapa lama yang anda inginkan disini untuk habis menikmati segala tarikan di Terengganu kerana kesempurnaan fasiliti di homestay ini menjadikan ia cukup selesa seperti di rumah sendiri.

RR Setia Homestay Kuala Ibai - Room Image

Antara kemudahan yang disediakan adalah dapur yang lengkap dengan tempat memasak, peti ais dan macam-macam lagi. Di samping itu, anda juga boleh menggunakan kemudahan mesin basuhnya.

Lokasinya, rumah ini terletak hanya 16 minit berjalan kaki untuk ke pantai. Tarikan lain seperti Pusat Budaya Kraf Terengganu hanyalah 2.9 km dari homestay dan Muzium Negeri Terengganu pula 7 km.

Harga: Dari RM200+ Semalaman

Alamat: PT 1778, Taman Adis Indah Jalan Tok Adis Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


9. Akelinee Guesthouse Apartment (Seaview)

SEAVIEW AKELINEE GUEST HOUSE APARTMENT - Main Image

(Seaview) Akelinee Guesthouse Apartment adalah sebuah apartment dengan aura yang super duper urban dan moden. Hiasan dalamannya juga kelihatan agak minimal, menjadikan ruang di dalam apartment ini terasa luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai.

Apartment ini menyediakan 3 buah bilik tidur untuk 6 orang penginap. Kedengaran seperti bilangan geng bercuti anda? Bookinglah sekarang ya? Lagi sebab untuk menginap di sini adalah pemandangan yang dapat dilihat dari tingkap biliknya yang cukup mendamaikan jiwa sekitar pantai di Kuala Terengganu.

(SEAVIEW) AKELINEE GUESTHOUSE APARTMENT - Room Image

Lokasinya, hanyalah 10 minit berjalan kaki untuk ke kawasan Pantai Batu Buruk. Tarikan lain seperti Chinatown terletak kurang 2 km dari apartment. Pusat Budaya Kraf Terengganu pula hanyalah 3.1 km.

Harga: Dari RM239+ Semalaman

Alamat: No.8, level 20, Apartment Ladang Tok Pelam, 20400 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


8. Rareheart Guesthouse

Rareheart Guesthouse - Main Image

Rareheart Guesthouse ini memang sebuah penginapan yang rare! Dekorasi dalamannya penuh dengan teliti dan sangat unik dengan keselesaan yang melampau. Konsep yang diketengahkan dalam dekorasinya adalah gaya kampung unik  dengan lantai dan dinding kayu, dalam masa yang sama dihidupkan dengan artwork-artwork berwarna-warni. Aura hipster di Rareheart Guesthouse ini terasa cukup solid ditambah lagi dengan kehadiran kafe berkonsep sama di tingkat bawah penginapan ini.

Bukan sekadar cantik di mata, guesthouse ini turut menyediakan banyak power outlet untuk kegunaan anda mengecaj peranti elektronik tanpa perlu berebut-rebut. Bila bateri dah penuh, barulah syok nak berhibur menggunakan akses wifi percuma yang disediakan pihak guesthouse, kelajuannya juga memang superb!

Rareheart Guesthouse - Room Image

Lokasinya cukup strategik, terletak berdekatan dengan Muzium Terengganu, Masjid Kristal dan banyak lagi. Bagi anda yang mengidamkan keropok lekor, gerainya hanyalah beberapa tapak dari Rareheart Guesthouse. Kalau anda beli yang mentah, anda boleh memasak sendiri di ruang dapur kongsi yang disediakan pihak guesthouse. Unik, strategik dan lengkap dari RM60, macam tak percaya je.

Harga: Dari RM60+ Semalaman

Alamat: 9 Jalan Losong Feri, 21000 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


7. Mamaaira Seaview Homestay

Mamaaira Seaview Homestay - Main Image

Tidak mahu bergerak jauh untuk melawat tarikan-tarikan di sekitar Kuala Terengganu? Salah satunya adalah dengan menginap di Mamaaira Seaview Homestay. Kedudukannya membolehkan anda melawat kawasan pesisir pantai dalam hanya 6 minit berjalan kaki dari homestay. Kalau lokasinya dekat dengan pantai, anda dapat menjangkakan pemandangan indah ini dari kawasan penginapan.

Menawarkan 3 buah bilik yang selesa dan sebuah ruang tamu, kesemuanya dilengkapi dengan penyaman udara yang dapat menghilangkan keringat anda setelah puas bersiar-siar di kawasan sekitar.

Mamaaira Seaview Homestay - Room Image

Untuk pengetahuan anda, apartment ini menyediakan tempat tidur yang cukup untuk 9 orang penumpang kerana selain katil-katil di bilik tidur, ruang tamunya juga dilengkapi dengan 3 buah katil sofa. Dari RM200 untuk keselesaan penginap seramai ini? Mana lagi nak jumpa?

Selain itu, dapurnya bukan sahaja lengkap dengan perkakasan penting, kemudahan lain seperti minyak, gula, ais, teh, air mineral dan macam-macam lagi turut disediakan. Pendek kata, keselesaan yang ditawarkan Mamaaira Seaview Homestay ini tak ubah seperti di rumah sendiri.

Bukan itu sahaja, Mamaaira Seaview Homestay turut dikelilingi oleh pelbagai gerai makan yang menarik untuk dicuba. Tarikan-tarikan seperti Masjid Kristal, Pusat Budaya Kraf Terengganu, dan Chinatown pula terletak kurang 4 km dari homestay. Lokasi yang sememangnya mantap!

Harga: Dari RM200+ Semalaman

Alamat: 25/11 Pangsapuri Ladang Tok Pelam, 20000 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


6. Seaview Holiday Apartment

Seaview Holiday Apartment - Main Image

Siapa pun tak ingin melepaskan peluang untuk menginap di homestay yang berpemandangan indah bukan? Pemandangan yang mengasyikkan hamparan laut yang luas salah satunya dapat dinikmati di Seaview Holiday Apartment. Apartment dengan 3 buah bilik ini menyediakan tempat tidur untuk 6 orang tetamu.

Dekorasi dalaman apartment ini agak ringkas dan berkonsep moden dengan aturan dalaman yang sedap dipandang mata. Warna-warna yang digunakan dalam hiasan dalaman apartment ini juga cukup natural menjadikan suasana terasa santai, sesuai dengan mood percutian.

Seaview Holiday Apartment - Room Image

Sewaktu merehatkan diri di dalam apartment, anda juga boleh menghirup udara segar sambil mencuci mata dengan pemandangan pantai indah dari tingkap bilik yang terletak di tingkat 20 ini. Kedengaran sempurna bukan?

Sekiranya anda menginap di sini, anda boleh ke Pantai Batu Buruk pada bila-bila masa untuk menyegarkan mata dengan pemandangan mentari naik atau terbenam kerana kedudukannya yang hanyalah sekitar 10 minit berjalan kaki dari homestay. Tempat-tempat makan yang menarik juga  tidak sukar untuk dicari dari sekitar apartment. Apa lagi? Jom booking!

Harga: Dari RM219+ Semalaman

Alamat: Tingkat 20-07,  Pangsapuri Ladang Tok Pelam,  20000 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


5. Harraz Homestay KT

Harraz Homestay KT - Main Image

Berlokasi strategik dekat dengan banyak tarikan di Kuala Terengganu, Harraz Homestay KT sememangnya sebuah homestay yang menarik untuk diinapi bagi anda yang datang untuk menyelami tarikan yang terdapat di Terengganu.

Dari Chinatown, Pantai Batu Buruk, Masjid Kristal, Muzium Negeri Terengganu, hinggalah ke Pusat Budaya Kraf Terengganu, semuanya terletak kurang 5 km dari Harraz Homestay KT. Kedai-kedai makan juga tak perlu cerita, macam-macam ada dalam lingkaran kawasan penginapan. Perut berbunyi? Settle!

Harraz Homestay KT - Room Image

Tak cukup dengan itu, anda juga boleh merancang untuk berbbq ataupun memasak sendiri di homestay ini kerana segalanya tersedia untuk kegunaan anda sekeluarga. Fasiliti lain yang terdapat di sini adalah mesin basuh yang semestinya memudahkan anda yang merancang untuk menginap lama di Kuala Terengganu.

Harga: Dari RM180+ Semalaman

Alamat: Lot 5594 A Lorong Taman Seri Tanjung Jalan Pasir Panjang, 21100 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


4. Ad Azim Homestay Pantai Batu Buruk

Ad Azim Homestay Pantai Batu Buruk - Main Image

Homestay yang berlokasi di Bandar Terengganu, Ad Azim Homestay Pantai Batu Buruk merupakan sebuah apartment 3 bilik yang menyediakan tempat tidur untuk 7 orang tetamu.

Memasuki rumah yang diberikan sentuhan dalaman moden ini, anda akan disajikan dengan suasana yang berwarna-warni, penuh dengan keceriaan, ditambah lagi dengan artwork motivasi yang dijadikan hiasan pada dinding. Sebuah homestay yang cukup menarik, kata orang, penuh dengan good vibe.

Ad Azim Homestay-Pantai Batu Buruk - Room Image

Tak cukup dengan itu, homestay ini juga turut menghidangkan anda dengan pemandangan air laut biru yang memukau pandangan dari bilik dan ruang tamu homestay. Anda boleh juga bersantai bersama keluarga di waktu petang di kawasan taman rumah ini.

Lokasinya, terletak berdekatan dengan banyak gerai-gerai makan yang menjual pelbagai juadah enak, terutama sekali di sekitar pesisir Pantai Batu Buruk yang terletak hanyalah 2.4 km dari homestay.

Tarikan lain yang terletak berdekatan adalah Pusat Budaya Kraf Terengganu, Masjid Kristal, Muzium Negeri Terengganu, Chinatown, Pasar Payang dan banyak lagi. Strategik, selesa dan pemandangan yang mendamaikan jiwa dari RM239, menarik bukan?

Harga: Dari RM239+ Semalaman

Alamat: 08/13 Pangsapuri Ladang Tok Pelam Jalan Sultan Zainal Abidin Kg. Ladang Tok Pelam, 20000 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


3. Homestay Kubang Ikan Kuala Terengganu

Homestay Kubang Ikan Kuala Terengganu - Main Image

Inginkan penginapan dengan taman yang indah sebagai tempat bersantai untuk menghirup udara segar negeri di Pantai Timur ini? Terletak di Chendering, Kuala Terengganu, Homestay Kubang Ikan Kuala Terengganu adalah pilihan penginapan yang cukup menarik sekiranya bercuti ke sini. Sambil menikmati kehijauan taman di homestay ini, anda boleh juga merancang untuk berbbq bersama keluarga kerana kemudahan ini turut disediakan.

Sudah puas melihat pemandangan, anda boleh update status percutian ataupun berhibur menggunakan kemudahan Wifi percuma yang disediakan Homestay Kubang Ikan Kuala Terengganu.

Homestay Kubang Ikan Kuala Terengganu - Room Image

Selesa dan berfasiliti menarik, bagaimana pula dengan lokasinya? Terletak tidak jauh dari pesisir pantai yang hanyalah 12 minit berjalan kaki. Tarikan lain yang terletak tidak jauh adalah Masjid Kristal dan Muzium Negeri Terengganu yang semuanya kurang 10 km dari homestay yang mendamaikan ini. Jangan lupa juga untuk singgah ke Pusat Budaya Kraf Terengganu yang hanyalah 5 km dari sini untuk melihat hasil kraf tangan yang asli dari Terengganu, barulah betul-betul discover Terengganu!

Harga: Dari RM120+ Semalaman

Alamat: 1407 Kg Kubang Ikan, Chendering, 21080 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


2. Timoh Stadium Homestay

Timoh Stadium Homestay - Main Image

Timoh Stadium Homestay yang terletak di Taman Desa, Gong Badak merupakan sebuah homestay yang sangat luas. Penginapan yang ditawarkan adalah sebuah rumah banglo dengan 4 buah bilik yang lengkap dengan tempat tidur untuk 8 orang penginap.

Rumah yang dihias dengan ringkas ini padat dengan segala kelengkapan penting persis tinggal di rumah sendiri, dari kemudahan memasak hinggalah kepada mesin basuh, semuanya ada untuk keselesaan penginapan selama anda berada di Terengganu.

Timoh Stadium Homestay - Room Image

Kemudahan lain yang disediakan adalah TV bersiaran kabel untuk hiburan setelah penat berjalan di sekitar Terengganu yang tak habis dengan tarikannya ini. Antara lokasi-lokasi menarik yang terletak berdekatan adalah Muzium Negeri Terengganu, Chinatown dan Masjid Kristal yang kesemuanya dalam 6 km dari homestay selesa ini.

Harga: Dari RM250+ Semalaman

Alamat: Lot 30952 Taman Desa YT, Jalan Lapangan Terbang Gong Badak, Terengganu, 21300 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


1. Village Homestay

Village Homestay - Main Image

Rumah kampung tradisional separa batu yang berwarna merah ini, Village Homestay bukan sekadar murah, tapi cukup luas sehingga dapat menempatkan 18 penginap. Ruang dalam rumah kampung ini terasa klasik degan perabot kayu dan tingkap dengan ukiran kayu bercorak halus.

Village Homestay - Room Image

Menginap di sini mampu menggamit memori silam sewaktu tinggal di kampung halaman. Ruang dapurnya pula, begitu terasa aura kebersihannya dengan kabinet berwarna putih yang digunakan. Segalanya lengkap ibarat di rumah di sendiri dan dalam masa yang sama penuh dengan nostalgia.

Mengenai lokasinya pula, tarikan-tarikan seperti Pusat Budaya Kraf Terengganu dan Masjid Kristal terletak kurang 14 km dari homestay indah ini.

Harga: Dari RM150+ Semalaman

Alamat: Kg Pulau Manis Jalan Kuala Telemong, 21210 Kuala Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


Ada yang menarik hati anda daripada 30 pilihan homestay di Kuala Terengganu yang disenaraikan ini? Jika anda rasa ini sahaja pilihan yang ada, jangan terkejut bila melihat betapa banyaknya lagi sebenarnya pilihan penginapan di Terengganu jika anda melawati laman web booking.com, harga-harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan.

Untuk memudahkan lagi pilihan anda yang mungkin menginginkan pengalaman penginapan yang lebih adventurous, apa kata kalau anda mencuba mana-mana daripada penginapan di dalam artikel kami bertajuk 24 Hotel Murah di Terengganu ini. Pasti ada yang dapat menjentik jiwa traveler anda.

Penginapan sudah dipilih, tunggu apa lagi? Bawalah keluarga anda untuk menyelami keindahan ‘negeri cantik, budaya menarik’ ini untuk sebuah percutian yang sempurna. Makanan yang enak, tempat shopping yang best, pantai-pantai yang indah, pastikan sempurna semua bucket list anda di Terengganu ya? Moh kita bergerak ke negeri pantai timur ini yang padu dengan kehebatannya yang tersendiri ini. Selamat bercuti ke Kuala Terengganu!