37 Homestay Di Langkawi Yang Menarik Untuk Percutian Pulau Luarbiasa

May 27, 2018 0 By melakatour

Dengan 99 buah pulau dengan keindahan yang mengasyikkan, Langkawi tidak disangkal lagi adalah syurga tropika yang wajib dilawati sesiapa sahaja. Menjadi destinasi pilihan dunia, permata bagi negeri Kedah ini kaya dengan tarikan-tarikan alam semula jadi yang mempesonakan.

Dikelilingi oleh pantai-pantai berpasir putih, hutan-hutan hujan yang membekalkan udara yang menyegarkan, air terjun yang indah dan banyak lagi, segalanya tidak mungkin dapat habis dilawati dalam masa sehari.

Tidak cukup dengan itu, statusnya sebagai pulau bebas cukai, di sinilah anda boleh membeli secara borong pelbagai jenis barangan terutama sekali coklat-coklat yang datang dari pelbagai negara.

Pendek kata Langkawi bukan sahaja syurga tropika tetapi juga syurga makanan yang mengiurkan ini. Lengkap sekali pakejnya bukan? Mustahil untuk anda tidak jatuh cinta dengan pulau ini.

Disebabkan kesempurnaannya ini, Langkawi menjadi destinasi yang popular dalam kalangan bukan sahaja pelancong solo, tapi juga untuk percutian bersama keluarga. Dengan ini, banyak sekali homestay yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di Langkawi.

Penginapan homestay yang jauh lebih luas dan murah jika dibezakan dengan hotel ini menjadi pilihan ramai yang bercuti bersama keluarga kerana kemampuannya untuk menampung bilangan penginap yang lebih ramai selain lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti di rumah sendiri.

Di sini, kami menyenaraikan 37 homestay di Langkawi untuk memudahkan anda membuat perancangan percutian yang akan datang di pulau burung helang ini.

37. Panji Panji Tropical Wooden Home

Panji-Panji Tropical Wooden Home - Main Image

Rumah penginapan Panji Panji Tropical Wooden Home ini dapat mengimbau nostalgia kehidupan di kampung yang dikelilingi oleh kedamaian alam semula jadi. Rumah yang diperbuat daripada kayu bercampur batu-bata merah ini memiliki aura kedesaan yang sungguh menyejukkan mata dan jiwa yang ingin lari dari hiruk-pikuk kota dan kehidupan moden.

Panji-Panji Tropical Wooden Home - Room Image

Menawarkan penginapan chalet yang boleh dipilih sama ada tingkat bawah atau atas, penginapan ini sesuai bagi anda yang datang bersama pasangan. Manakala villanya pula khas untuk anda yang datang bersama keluarga kecil.

Jika menginap di sini, anda dapat menikmati keindahan alam hijau di ruang balkoni untuk menghirup udara segar sambil mendengar geseran daun yang ditiup angin. Suasana yang sungguh mengasyikkan untuk menikmati minum petang atau tenggelam dalam dunia fiksyen kegemaran anda.

Harga: Dari RM450+ Semalaman

Alamat: 965, Jalan Pantai Cenang, Kuala Chenang, Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang.

Selanjutnya Di Booking.com


Lihat Tawaran Terbaik Hotel Di Langkawi

36. Villa Sri Tebengau

Villa Sri Tebengau - Main Image

Villa Sri Tebengau adalah sebuah rumah berkembar (semi-d) yang yang terletak di kawasan kaki bukit, perkampungan Kuah. Pemandangan dari rumah ini cukup mengujakan, bangun sahaja dari tidur, mata anda akan disegarkan dengan pemandangan bukit-bukau yang penuh kehijauan.

Villa ini menawarkan 3 buah bilik yang lengkap dengan tandas masing-masing. Seperti homestay yang lain, segalanya lengkap disediakan untuk kemudahan anda sekeluarga.

Villa Sri Tebengau - Room Image

Sudah puas bersantai di dalam rumah ini, anda boleh bergerak menuju ke pantai terdekat, Pantai Cenang yang hanyalah sekitar 10 – 15 minit dari Villa Sri Tebengau. Kalau anda nak tahu, lokasi penginapan ini cukup strategik kerana terletak hanyalah sekitar 50 meter dari jalan utama Kuah dan dari lapangan terbang.

Harga: Dari RM300+ Semalaman

Alamat: Lot 3185, Jalan Bayas, Mukim Ulu Melaka, 07000 Kuah

Selanjutnya Di Booking.com


35. Eagleye Village Cottage 1

Eagleye Village Cottage - Main Image

Teringin menginap di dalam rumah cottage seperti di England? Tapi tidaklah sebiji seperti di negara sana ya. Rekaan dalaman cottage ini cukup hipster dengan batu-bata berwarna merah, perabot kayu yang dapat dilihat urat-uratnya, menginap di Eagleye Village Cottage 1 dapat memberikan anda  pengalaman yang berbeza daripada yang lain. Warna-warna natural yang digunakan dalam dekorasi dalamannya juga agak sedap dipandang.

Bukan sahaja cantik di mata, keselesaan yang ditawarkannya juga cukup memuaskan hati, lengkap dengan katil yang empuk, sesetengah penginapannya juga dilengkapi dengan tempat duduk untuk anda bersantai sambil menggunakan akses wifi super pantas yang disediakan pihak penginapan.

Eagleye Village Cottage - Room Image

Lokasinya, terletak dekat dengan kawasan pantai untuk anda menikmati pemandangan matahari terbenam. Pada setiap malam Jumaat pula terdapat pasar malam yang menjual pelbagai juadah makanan. Dari RM170 untuk lokasi yang strategik, suasana yang tenang dan fasiliti yang hebat? Sukar dipercayai bukan?

Harga: Dari RM170+ Semalaman

Alamat: No 61 Kampung Padang Lalang Jalan Tanjung Rhu, Mukim Ayer Hangat, 07000 Tanjung Rhu

Selanjutnya Di Booking.com


34. Villa Impiana

Villa Impiana Langkawi Homestay - Main Image

Kediaman dua tingkat, Villa Impiana, menawarkan 2 jenis penginapan iaitu bilik queen dan bilik king yang boleh menampung dari 2 ke 4 orang penginap. Dari bilik-bilik ini anda akan disajikan dengan pemandangan yang cukup memukau sama ada laut Andaman, taman atau kolam renang.

Setelah puas menikmati pemandangan dari ruang balkoni, anda boleh terjun ke kolam renang yang dibuka 24 jam untuk menyegarkan badan. Balik di bilik pula anda boleh berhibur dengan menggunakan akses wifi yang disediakan. Anda juga boleh menggunakan ruang dapur yang disediakan untuk menyediakan makanan sendiri.

Villa Impiana Langkawi Homestay - Room Image

Villa Impiana ini terletak di dalam lokasi yang tenang daripada sebarang gangguan bunyi bising. Namun begitu, ia sebenarnya tidaklah begitu jauh dari kawasan bandar yang boleh diakses dalam hanya 5 minit pemanduan dari villa. Selain itu, di kawasan pantai yang terletak berdekatan dengan villa pula terdapat banyak pilihan kedai makan, gerai-gerai,  Underwater World dan macam-macam lagi.

Harga: Dari RM440+ Semalaman

Alamat: Villa No. 6, Andaman Hill Villas, Jalan Bukit Malut, Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang

Selanjutnya Di Booking.com


33. Mawat Villa

Mawat Villa Langkawi - Main Image

Terletak di Kuah, Mawat Villa merupakan sebuah banglo yang dikelilingi oleh kehijauan sawah padi. Homestay 3 bilik ini menyediakan keselesaan untuk 5 orang penginap. Ruangan lain yang terdapat di dalam rumah ini adalah ruang dapur yang lengkap dengan kemudahan memasak dan peti ais.

Mawat Villa Langkawi - Room Image

Buat anda yang ingin menginap lama di Langkawi untuk melihat segalanya sepuas hati, anda boleh menggunakan kemudahan mesin basuh yang disediakan. Lengkap segalanya seperti rumah sendiri.

Harga: Dari RM330+ Semalaman

Alamat: Kg Mawat, Makam Mahsuri, Mk. Ulu Melaka,Langkawi, 07000 Kuah

Selanjutnya Di Booking.com


32. CampValley Fitness Getaway

CampValley Fitness Getaway - Main Image

CampValley Fitness Getaway menyediakan 3 jenis penginapan iaitu  Holiday Home, Bilik Kabin dengan Patio dan Bilik Superior Queen.

Jika anda datang bersama keluarga, sudah semestinya Holiday Home menjadi pilihan. Homestay ini menyediakan sebuah bilik tidur dengan 1 katil double besar, di ruang tamunya pula terdapat sebuah katil sofa.

Yang menariknya, bagi anda yang tidak mampu hidup jauh dari dunia internet, kemudahan wifi berkelajuan tinggi Unifi tersedia untuk dinikmati di waktu-waktu senggang.

CampValley Fitness Getaway - Room Image

Sekiranya anda menginap di sini, anda boleh merancang untuk melakukan aktiviti barbeku kerana kemudahan ini turut disediakan pihak penginapan. Bukan itu sahaja, seperti namanya CampValley Fitness Getaway, pasti anda tertanya-tanya kenapa ‘fitness’ menjadi sebahagian daripada namanya, mesti ada sebab bukan?

Kalau anda nak tahu, penginapan ini turut menyediakan gym yang lengkap dengan pelbagai peralatan untuk berbadan sado. Pada setiap jam 5.30 petang pula, akan diadakan sesi Muay Thai. Menarik bukan?

Harga: Dari RM180+ Semalaman

Alamat: 2267, Kampung Teluk, Mukim Ulu Melaka, Kedah, 07000 Air Hangat

Selanjutnya Di Booking.com


31. Padang Puteh Guest House

Padang Puteh Guest House - Main Image

Padang Puteh Guest House adalah sebuah rumah penginapan yang dihias dengan ringkas yang terletak tidak jauh dari pantai. Sekiranya anda menginap di sini, anda boleh merancang untuk berbbq di halamannya yang luas sambil menikmati udara segar.

Sambil bersantai di sekitar rumah, anda boleh menggunakan kemudahan wifi yang berkelajuan tinggi yang disediakan pihak homestay.

Padang Puteh Guest House - Room Image

Mengenai lokasinya, Pantai Cenang dan Underwater World terletak dalam 600 meter dari homestay. Muzium Beras pula hanyalah 1.7 km dari sini.

Harga: Dari RM180+ Semalaman

Alamat: Jalan Pantai Tengah, Kg.Padang Puteh, 07000 Pantai Cenang

Selanjutnya Di Booking.com


30. Pino’s Place

Pino's Place Homestay Langkawi - Main Image

Aura yang mendamaikan dapat anda rasai sekiranya menginap di Pino’s Place. Ia bukan sahaja indah dek kerana pemandangan yang disajikan dari rumah penginapan, tetapi juga disebabkan oleh lukisan-lukisan comel bertemakan kucing pada dindingnya.

Sambil berehat-rehat anda boleh melihat kecomelan lukisan kucing ini yang terdapat di merata pelusuk rumah. Kalau anda nak tahu, lukisan ini sebenarnya dihasilkan oleh anak-anak pemilik Pino’s Place ini sendiri.

Pino's Place Homestay Langkawi - Room Image

Mengenai kemudahan yang disediakannya pula, Pino’s Place turut memiliki sebuah kolam renang yang luas untuk anda sekeluarga menyegarkan badan setelah puas meneroka pulau dengan keindahan memukau ini.

Bukan itu sahaja, homestay ini juga lengkap dengan segala fasiliti yang menambahkan keselesaan anda sehingga ke tahap 100% dengan kemudahan seperti  water filter, microwave, mesin basuh dan sebagainya.

Harga: Dari RM500+ Semalaman

Alamat: Block 2, Sri Legenda Resort Condo Jalan Sri Legenda, 07000 Kuah

Selanjutnya Di Booking.com


29. Fuuka Villa

Fuuka Villa - Main Image

Putih, suci dan bersih, inilah 3 perkataan yang cukup sesuai untuk menggambarkan Fuuka Villa. Villa berwarna natural ini sungguh indah dipandang mata. Bukan sahaja indah dari luar, tapi juga dalamannya yang menggunakan perabot-perabot cerah menjadikan suasana terasa sejuk.

Penginapan ini menyediakan dua buah villa yang selesa untuk 4 orang penginap dan juga penginapan jenis bilik untuk 2 orang.  Sekiranya anda menginap di villa yang disediakan, anda dapat menikmati fasiliti seperti kemudahan memasak, water dispenser, dan sebagainya seperti di rumah sendiri.

Fuuka Villa - Room Image

Bilik-biliknya juga cukup luas dan selesa untuk penginapan beramai-ramai. Kemudahan lain yang disediakan adalah kolam renang dan akses wifi yang pantas.

Lokasinya, terletak dekat dengan pantai, restoran, dan banyak lagi kedai-kedai yang lain.  Namun begitu, suasana di sekitar penginapan cukup tenang tanpa sebarang gangguan kerana terletak jauh dari jalan utama.

Harga: Dari RM250+ Semalaman

Alamat: Lot 13, Seksyen 14, Kg Tasik Anak, Jalan Teluk Baru, Pantai Tengah, 07000 Pantai Cenang

Selanjutnya Di Booking.com


28. Pemandangan Indah Guest House

Pemandangan Indah Guest House - Main Image

Inginkan penginapan dengan pemandangan indah? Tak perlu cari di tempat lain, dari namanya sahaja anda telah mendapat gerenti pemandangan yang mempesonakan di Pemandangan Indah Guest House.

Pemandangan Indah Guest House - Room Image

Anda boleh merancang untuk berbbq di sini menggunakan peralatan yang disediakan sambil menikmati pemandangannya. Setelah itu, jangan melepaskan peluang untuk ke Taman Rekreasi Pemandangan Indah yang terletak berdekatan untuk berkhemah ataupun berjoging.

Berkaitan dengan kemudahan lain yang disediakan pula, kelajuan  akses wifi yang disediakan cukup tip-top!

Harga: Dari RM90+ Semalaman

Alamat: Jalan Padang Matsirat, Kampung Chenek Kura, 07000 Kampung Padang Masirat

Selanjutnya Di Booking.com


27. Harmony Guesthouse Sdn Bhd

Harmony Guesthouse Sdn Bhd - Main Image

Menyajikan pemandangan air sungai yang mengalir tenang, Harmony Guesthouse Sdn Bhd dapat melegakan jiwa anda yang ingin lari dari kesibukan kota.

Suasana kampung yang sebenar dapat anda nikmati sepuasnya di rumah penginapan yang terletak di Kampung Padang Masirat ini. Penuh dengan kehijauan dan menenangkan.

Walaupun harga yang ditawarkan cukup murah, iaitu dari RM99, tahap kebersihannya sangat memuaskan hati. Kemudahannya juga cukup sempurna.

Harmony Guesthouse Sdn Bhd - Room Image

Lokasinya, cukup menarik untuk anda yang menaiki kapal terbang untuk pergi dan balik dari Pulau Langkawi kerana lokasinya yang terletak hanyalah 5 minit dari airport. Untuk menghilangkan kelaparan pula, gerai-gerai makanan banyak terletak berdekatan dengan homestay.

Harga: Dari RM99+ Semalaman

Alamat: No.75 Kg Bukit Kemboja Mukim Bohor, 07000 Kampung Padang Masirat

Selanjutnya Di Booking.com


26. Malay Wooden Cottage

Malay Wooden Cottage - Main Image

Ingin kembali ke era 1960-an? Kehidupan dalam suasana klasik ini dapat anda nikmati di Malay Wooden Cottage. Menawarkan sebuah bilik tidur untuk 2 orang penginap, penginapan jenis chalet ini walaupun kelihatan sungguh antik, cukup selesa untuk diinapi kerana ia juga lengkap dengan kemudahan moden, penyaman udara yang menyegarkan.

Malay Wooden Cottage Langkawi - Room Image

Turut memiliki ruang anjung kecil untuk anda mengambil angin petang sambil menikmati pemandangan penuh kehijauan kawasan sekitar sambil mendengar kicipan burung. Setelah itu, anda boleh berjalan kaki menuju ke kawasan pantai yang terletak sangat dekat dengan rumah kampung ini untuk berkelah.

Harga: Dari RM160+ Semalaman

Alamat: Jalan Tanjung Rhu, 07000 Pasir Hitam

Selanjutnya Di Booking.com


25. Shell Out Chalet

Shell Out Chalet Langkawi - Main Image

Chalet yang indah di dalam persekitaran yang nyaman, Shell Out Chalet adalah penginapan yang sempurna untuk anda yang bercuti dalam bajet namun tidak mahu mengorbankan keselesaan.

Kebersihan yang memuaskan, suasana yang tenang dari sebarang gangguan, serta fasiliti yang lengkap, semuanya dapat dinikmati dari hanya RM100 semalaman.

Shell Out Chalet Langkawi - Room Image

Antara kemudahan yang disediakan adalah mesin basuh, perkakasan memasak yang lengkap di dapur kongsi, dan akses wifi. Anda juga boleh menggunakan basikal-basikal yang disediakan secara percuma untuk makan angin di kawasan sekitar homestay.

Mengenai bilik yang ditawarkannya pula, cukup selesa dan luas.  Keempukan katilnya pula berada ditahap ekstra, jangan tidak terjaga pula sudahlah ya?

Harga: Dari RM100+ Semalaman

Alamat: Kampung Padang Puteh jalan pantai tengah Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang

Selanjutnya Di Booking.com


24. Sunset Bay Cottage

Sunset Bay Cottage - Main Image

Sunset Bay Cottage adalah sebuah penginapan yang terletak di Tanjung Rhu. Cottage ini terletak beberapa tapak sahaja dari pantai untuk anda menikmati bayu laut dan pemandangan penuh kebiruan yang menyejukkan mata. Anda juga boleh berbaring pada hammock yang disediakan untuk melelapkan mata sambil berangan atau membaca majalah.

Sunset Bay Cottage - Room Image

Di dalam kawasan cottage ini sendiri, anda boleh bersantai di ruang tamannya untuk menenangkan fikiran sambil mendengar bunyi ombak. Lokasinya, terletak dekat dengan restoran masakan tempatan yang dibuka sehingga lewat malam.

Harga: Dari RM185+ Semalaman

Alamat: 88B Jalan Tanjung Rhu Kg Padang Lalang, 07000 Tanjung Rhu

Selanjutnya Di Booking.com


23. The Daun Resort Langkawi

The Daun Resort Langkawi - Main Image

The Daun Resort Langkawi adalah sebuah penginapan luas dengan reka bentuk tradisional Melayu. Bukan itu sahaja, lanskap penuh kehijauan di kawasan sekitarnya turut menyempurnakan lagi atmosfera tradisional homestay indah ini.

Berhadapan dengan sungai kecil yang mengalir tenang dan pemandangan gunung-ganang, menjadikan lokasi ini sempurna sebagai penginapan untuk anda yang sudah puas bersekang mata dengan pemandangan bangunan konkrit di kota.

The Daun Resort Langkawi - Room Image

Dari The Daun Resort Langkawi untuk ke kawasan kota mengambil masa dalam sekitar 20 minit berjalan kaki. Tarikan lain seperti The Rice Museum hanyalah dalam 800 meter dari resort. Manakala, Underwater World Langkawi, Telaga Harbour, Summer Palace Langkawi dan banyak lagi terletak kurang 10 km dari resort.

Harga: Dari RM265+ Semalaman

Alamat: Jalan Kuala Muda, 07000 Pantai Cenang

Selanjutnya Di Booking.com


22. Kapal Terbang Guest House Langkawi

Kapal Terbang Guest House Langkawi - Main Image

Jika anda inginkan penginapan yang tidak membuatkan anda kelam-kabut untuk ke airport, jom menginap di Kapal Terbang Guest House Langkawi di mana airport hanyalah 10 minit pemanduan dari guesthouse ini.

Penginapan yang dikelilingi dengan taman tropika ini menawarkan 3 jenis penginapan luas dan selesa iaitu Holiday Home satu bilik tidur untuk 2 orang dewasa, Holiday Home satu bilik tidur untuk 4 orang dewasa, dan akhir sekali adalah Villa dengan 3 buah bilik tidur untuk 6 ke 8 orang penginap. Yang mana yang sesuai dengan kumpulan percutian anda?

Kapal Terbang Guest House Langkawi - Room Image

Antara kemudahan yang disediakan adalah peralatan memasak yang lengkap di ruang dapur, mesin basuh  dan banyak lagi peralatan moden yang lain. Lokasinya, terletak kurang 4 km dari Makam Mahsuri dan Beras Terbakar. Manakala Telaga Harbour, Underwater World Langkawi dan The Rice Museum pula terletak kurang 7 km dari penginapan.

Harga: Dari RM158+ Semalaman

Alamat: No.53A,Lot 1721,Kg.Perana,Mk.Kedawang,Langkawi, 07000 Pantai Cenang

Selanjutnya Di Booking.com


21. Bohok Guesthouse

Bohok Guesthouse - Main Image

Penginapan yang ringkas dan berpatutan, Bohok Guesthouse menyediakan keselesaan yang ternyata lebih daripada bayaran yang anda keluarkan. Katil yang empuk, bilik yang luas dengan kebersihan yang memuaskan, ditambah lagi dengan kemudahan wifi percuma yang berkelajuan pantas. Dari RM160 semalaman, pasti membuat anda ingin datang kembali.

Bohok Guesthouse - Room Image

Bukan itu sahaja, lokasinya juga hebat dengan tarikan Pantai Cenang dan restoran yang hanyalah 10 minit berjalan kaki dari guest house. Dalam 5 minit berjalan kaki pula anda boleh sampai ke sebuah kafe yang cukup menarik untuk dicuba. Sekiranya anda berkesempatan, pada setiap malam Khamis, terdapat pasar malam betul-betul di hadapan penginapan ini.

Harga: Dari RM160+ Semalaman

Alamat: No.17, Jalan Bohor Tempoyak, Mukim Kedawang, Langkawi, 07100 Pantai Cenang

Selanjutnya Di Booking.com


Baca: 21 Hotel Bajet Di Batu Ferringhi

20. Soluna Guest House

Soluna Guest House - Main Image

Homey dan tenang, atmosfera di Soluna Guest House adalah sesuatu yang pasti akan anda ingati walaupun setelah lama pulang dari percutian. Vibe rumah percutian ini cukup menyenangkan. Taman yang indah dengan gantungan-gantungan hammocknya  mewujudkan suasana yang santai.

Walaupun dekorasi dalamannya cukup ringkas, namun padat dengan keselesaan yang diharapkan dari sebuah penginapan. Kemudahan moden seperti penyaman udara dan wifi yang superb sememangnya penting bagi warga kota bukan?

Soluna Guest House - Room Image

Semua ini tersedia di guest house ini. Walaupun boleh dikatakan dalam harga bajet, keselesaan anda juga sangat diberikan kepentingan dengan katil yang empuk untuk tidur yang lena.

Lokasinya, terletak berdekatan dengan pantai yang hanyalah 5 minit berjalan kaki dari guest house. Tempat-tempat menjamu selera juga mudah didapati di sekitar.

Harga: Dari RM130+ Semalaman

Alamat: Lot 1560 Kg Bohor Tempoyak Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang

Selanjutnya Di Booking.com


19. My Rainforest Chalet at Langkawi

My Rainforest Chalet at Langkawi - Main Image

My Rainforest Chalet at Langkawi menawarkan penginapan yang luas dan bersih dengan bilik-bilik yang selesa untuk 3 hingga 8 orang penginap. Sambil berehat-rehat di dalam bilik, anda boleh melayari internet dengan menggunakan kemudahan wifi pantas yang disediakan. Untuk aktiviti, anda boleh mendapatkan pakej snorkeling dan island hopping dari kaunter chalet ini.

My Rainforest Chalet at Langkawi - Room Image

Mengenai lokasinya pula, My Rainforest Chalet at Langkawi cukup strategik, dekat dengan tarikan seperti Underwater World dan pantai yang dapat diakses dengan hanya 10 minit berjalan kaki dari chalet. Kedai bebas cukai dan restoran juga mudah didapati di kawasan berdekatan.

Harga: Dari RM180+ Semalaman

Alamat: Jalan Pantai Cenang, Langkawi, 07000 Pantai Cenang

Selanjutnya Di Booking.com


18. Pak Raja Villas

Pak Raja Villas - Main Image

Cukup comel dan menyejukkan mata, Pak Raja Villas adalah penginapan yang dikelilingi oleh sawah padi yang terbentang luas. Menawarkan villa yang luas untuk keselesaan penginapan seramai 6 orang, penginapan ini cukup sesuai bagi anda yang datang bercuti ke Langkawi bersama keluarga.

Pak Raja Villas - Room Image

Di sini anda boleh berseronok di dalam kolam renang ang disediakan bukan sahaja untuk orang dewasa tetapi juga kolam renang kanak-kanak. Sudah puas bermandi-manda, anda boleh berjalan-jalan di sekitar kawasan villa ini dan melihat kerenah ikan koi di dalam kolam yang terdapat di tengah-tengah tapak villa.

Kemudahan bbq turut disediakan sekiranya anda ingin meluangkan masa berkualiti besama keluarga sambil menikmati makanan panas dan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Harga: Dari RM400+ Semalaman

Alamat: Lot 690, Paya Keli, Mukim Ulu Melaka, 07000 Kuah

Selanjutnya Di Booking.com


17. Niyaz Inn

Niyaz Inn Homestay Langkawi - Main Image

Terletak di dalam kawasan kejiranan di Pantai Cenang, menjadikan lokasi Niyaz Inn cukup selesa dengan fasiliti lengkap mudah untuk ditemui di kawasan sekitar seperti pasar mini, restoran-restoran dengan harga murah dan juga dobi.

Niyaz Inn Homestay Langkawi - Room Image

Mengenai penginapannya pula, walaupun bermula dari bawah RM100, cukup selesa dengan katil yang empuk dan kebersihan yang memuaskan. Anda juga boleh menggunakan kemudahan wifi yang disediakan sewaktu bersantai di sekitar hotel.

Harga: Dari RM89+ Semalaman

Alamat: Jalan Kedawang, Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang

Selanjutnya Di Booking.com


16. Eagleye Villa

Eagleye Villa Langkawi - Main Image

Penginapan yang indah dan luas, Eagleye Villa menyediakan 3 buah bilik tidur yang selesa dan 2 buah ruang tamu yang luas untuk 10 orang penginap. Anda boleh meluangkan waktu petang di villa ini untuk menikmati pemandangan lautan membiru daripada ruang balkoni.

Eagleye Villa Langkawi - Room Image

Anda juga boleh beristirahat di bawah pokok besar yang terdapat di taman sekitar villa ini untuk mendapatkan angin segar. Lokasinya, hanyalah 5 minit berjalan kaki untuk ke pantai. Pantai Tanjung Rhu juga terletak tidak jauh dari villa ini. Bab makanan pun jangan risau, macam-macam gerai makanan boleh didapati di sekitarnya.

Harga: Dari RM800+ Semalaman

Alamat: Jalan Tanjung Rhu, 07000 Tanjung Rhu

Selanjutnya Di Booking.com


15. Adiana Homestay

Adiana Homestay Langkawi - Main Image

Terletak di lokasi yang cukup menarik, Adiana Homestay hanyalah 9 minit berjalan kaki dari pantai. Tarikan lain pula seperti Sungai Kilim Nature Park dan Malaysia Book Village hanyalah 800 meter dari Adiana Homestay.

Bertempat di Apartmen Sri Lagenda, Adiana Homestay adalah sebuah apartmen dengan 3 buah bilik tidur yang dapat memberikan keselesaan kepada 10 orang penginap. Cukup ramai bukan?

Adiana Homestay Langkawi - Room Image

Harga yang ditawarkan juga membuatkan mata tidak berkelip kerana bermula dari bawah RM200. Yang penting, walaupun murah, kebersihannya pasti membuatkan anda tersenyum. Kemudahan menarik yang terdapat di apartmen ini adalah kolam renang untuk anda sekeluarga berseronok setelah puas bersiar-siar.

Harga: Dari RM180+ Semalaman

Alamat: Apartmen Sri Lagenda, Blok 6, 6308 Jalan Penarak, Kuah Langkawi, 07000 Kuah

Selanjutnya Di Booking.com


14. Paradise Homestay

Paradise Homestay Langkawi - Main Image

Paradise Homestay adalah sebuah penginapan jenis banglo yang cukup selesa untuk 11 orang penginap. Dari RM450 untuk penginapan buat seramai ini, sangatlah berbaloi bukan? Mengenai rekaan dalamannya, cukup simple dan sedap dipandang kerana tidak terlalu padat, menjadikan ruang lebih luas dan selesa untuk diinapi beramai-ramai.

Paradise Homestay - Room Image

Lokasinya, sangat strategik, dengan tarikan seperti Malaysia Book Village, Langkawi Bird Paradise dan Langkawi Bird Paradise terletak kurang 2 km dari homestay. Jetty Kuah dan Langkawi Kristal pula hanyalah 2.1 km dari penginapan ini.  Cukup sesuai bagi anda yang ingin melawat bermacam tarikan yang terdapat di Langkawi.

Harga: Dari RM450+ Semalaman

Alamat: 101, Taman Sri Berlian, Langkawi, 07000 Kuah

Selanjutnya Di Booking.com


13. Sutera Homestay

Sutera Homestay Langkawi - Main Image

Sutera Homestay adalah sebuah apartmen dengan 3 buah bilik tidur yang dapat memberikan keselesaan kepada 6 orang penginap.

Homestay yang terletak di  Apartment Sri Lagenda ini turut menyediakan dapur yang lengkap dengan pelbagai perkakasan, dan ruang tamu dengan TV bersaluran satelit. Kemudahan lain yang terdapat di sini adalah kolam renang.

Sutera Homestay Langkawi - Room Image

Lokasinya, terletak dekat dengan tarikan-tarikan seperti Langkawi Bird Paradise, Taman Semula Jadi Sungai Kilim, Malaysia Book Village dan Langkawi Kristal yang kesemuanya kurang 1 km dari Sutera Homestay.

Harga: Dari RM200+ Semalaman

Alamat: Apartment Sri Lagenda, Jalan Penarak Blok 6, No 6028, 07000 Kuah

Selanjutnya Di Booking.com


12. Malinja Homestay

Malinja Homestay - Main Image

Sekiranya anda perlu membeli lukisan pemandangan untuk digantung di rumah, di Malinja Homestay, pemandangan indah yang real disajikan di depan mata. Dari homestay ini anda dapat menikmati keindahan pemandangan gunung-ganang yang cukup mempesonakan. Anda juga boleh bersantai di ruang taman homestay untuk menenangkan fikiran.

Terletak di dalam kawasan perkampungan yang damai, Malinja Homestay menawarkan penginapan yang selesa dengan 3 buah bilik tidur untuk keselesaan 6 orang penginap. Dekorasi dalamannya pula, cukup homey dan selesa.

Malinja Homestay - Room Image

Kemudahan yang disediakan juga seperti di rumah sendiri dengan peralatan dapur yang lengkap, mesin basuh dan penyaman udara. Dari RM150 untuk kesempurnaan sehebat ini? Tak perlu lagi berfikir dua kali.

Harga: Dari RM150+ Semalaman

Alamat: Lot 30, Jalan Makam Mahsuri. Mukim Ulu Melaka, 07000 Kuah

Selanjutnya Di Booking.com


11. Seaview Apartment

Seaview Apartment - Main Image

Seaview Apartment adalah penginapan moden yang sesuai bagi anda yang mementingkan sentuhan dekorasi yang menarik. Dihias dengan menggunakan warna-warna natural seperti coklat, putih dan kelabu, atmosfera di dalam Seaview Apartment ini terasa cukup santai dan tenang.

Apartment yang terletak di Jalan Penarak ini menyediakan 3 buah bilik tidur selesa untuk 5 orang penginap. Sebagai hiburan, anda sekeluarga boleh menonton pelbagai movie dan siaran menarik melalui Android TV yang disediakan di sini.

Seaview Apartment - Room Image

Kemudahan lain yang menambahkan kesempurnaan penginapan adalah mesin basuh, dapur yang lengkap dan lain-lain lagi. Menginap di apartmen ini juga membolehkan anda mendapat akses ke kolam renang dan pusat kecergasannya.

Harga: Dari RM255+ Semalaman

Alamat: Lot 40, Jalan Penarak, 07000 Kuah

Selanjutnya Di Booking.com


10. Little Tanjung Chalet

Little Tanjung Chalet Langkawi - Main Image

Sungguh instagrammable! Little Tanjung Chalet adalah sebuah penginapan yang unik yang pasti membuatkan jiwa fotografi anda bergetar. Keunikannya bukan hanya kerana diwarnai dengan warna-warna yang ceria, tetapi juga kerana bentuk rumahnya yang jarang ditemui di negara ini, bentuk segitiga, yang cukup  comel.

Little Tanjung Chalet Langkawi - Room Image

Chalet yang terletak di tengah-tengah sawah padi ini menawarkan penginapan dengan sebuah bilik tidur yang lengkap dengan sebuah katil king dan sebuah katil super single yang dapat memberikan

keselesaan kepada 3 orang penginap. Sebagai hiburan, anda boleh menonton TV bersiaran Astro yang disediakan.

Harga: Dari RM150+ Semalaman

Alamat: Little Tanjung Chalet, Lot 549, kampung tanjung Mukim kedawang, langkawi kedah, 07000 Pantai Cenang

Selanjutnya Di Booking.com


9. HIG Homestay Apartment

HIG Homestay Apartment - Main Image

HIG Homestay Apartment adalah sebuah apartmen luas dengan 3 buah bilik untuk keselesaan 5 orang penginap. Setiap bilik di apartmen ini memiliki tandas masing-masing. Beginilah baru betul-betul selesa bukan? Anda juga boleh berseronok bersama keluarga di kolam renang yang terdapat di apartmen ini.

HIG Homestay Apartment - Room Image

Lokasinya pula cukup menarik, terletak berdekatan dengan tempat membeli-belah, restoran dan bazar makanan yang hanyalah 5 minit berjalan kaki dari apartmen.

Harga: Dari RM201+ Semalaman

Alamat: Lot 1852, Jalan Penarak 07000 Kuah, P.Langkawi, 07000 Kuah

Selanjutnya Di Booking.com


8. Malinja Home 3

Malinja Home - Main Image

Terletak di Kampung Bukit Temin, Malinja Home 3  adalah sebuah rumah dengan 3 bilik tidur yang dapat menampung 6 orang penginap.

Rumah ini dihias dengan ringkas namun lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti akses wifi dan dapur yang lengkap untuk anda yang ingin memasak sendiri.

Malinja Home - Room Image

Kawasan persekitarannya pula, sungguh menyenangkan jiwa dengan udara yang segar dan pemandangan kawasan kampung yang indah.

Harga: Dari RM200+ Semalaman

Alamat: Kampung Bukit Temin, Jalan Makam Mahsuri, Mukim Ulu Melaka, 07000 Kampung Padang Masirat

Selanjutnya Di Booking.com


7. Bahagia Villa

Bahagia Villa Langkawi - Main Image

Bahagia Villa adalah sebuah penginapan apartmen dengan 3 buah bilik tidur luas yang selesa untuk 6 orang penginap. Apartmennya juga memiliki ruang ramu yang lengkap dengan sofa dan TV LCD sebagai hiburan.

Kemudahan lain yang disediakan adalah ruang dapur dengan sebuah microwave. Yang penting sekali, setiap ruang di dalam apartmen ini lengkap dengan penyaman udara masing-masing.

Bahagia Villa - Room Image

Lokasinya, terletak tidak jauh dari kawasan bandar. Tarikan-tarikan seperti Makam Mahsuri, Malaysia Book Village, Langkawi Kristal dan banyak lagi terletak kurang 5 km dari villa.

Harga: Dari RM207+ Semalaman

Alamat: Lot 929, Jalan Padang Masirat, 07000 Kuah

Selanjutnya Di Booking.com


6. Zulina Homestay

Zulina Homestay Langkawi - Main Image

Zulina Homestay adalah sebuah penginapan yang terletak di lokasi yang hebat bagi anda yang datang untuk menikmati tarikan-tarikan menarik di Langkawi. Tidak jauh dari homestay ini juga tedapat sebuah pantai yang hanyalah 4 minit berjalan kaki dari penginapan.

Zulina Homestay Langkawi - Room Image

Bagi anda yang sukar kenyang pula, kedai-kedai makan terletak dalam sekitar 50 meter dari homestay. Pendek kata, segalanya mudah diakses dari sini. Mengenai penginapannya pula, cukup selesa seperti di rumah sendiri di mana setiap bilik lengkap dengan penyaman udara. Ruangnya juga luas dan selesa untuk penginapan beramai-ramai.

Harga: Dari RM250+ Semalaman

Alamat: Lot 2435, Jalan Kampung Padang Putih. Jalan Pantai Tengah, 07000 Pantai Cenang

Selanjutnya Di Booking.com


5. Khalishah Hill Villa

Khalishah Hill Villa - Main Image

Villa dengan reka bentuk moden, Khalishah Hill Villa menawarkan penginapan jenis bilik queen untuk 2 orang penginap dan bilik keluarga yang selesa untuk penginapan seramai 5 orang.

Khalishah Hill Villa - Room Image

Rekaan dalamannya agak sedap dilihat dengan warna-warna natural dan lampu bercahaya malap, menjadikan penginapan terasa cukup santai. Lokasinya pula, terletak di Pantai Cenang dengan tarikan seperti Underwater World  dan Muzium Padi kurang 3 km dari dari villa.

Harga: Dari RM300+ Semalaman

Alamat: Jalan Temoyong Besar, Kampung Kuala Temoyong , Mukim Kedawang 07000 , 07000 Pantai Cenang

Selanjutnya Di Booking.com


4. Kutum’s Cottage @eagleyevillage

Kutum's Cottage @eagleyevillage - Main Image

Jika anda peminat suasana desa dan boho Kutum’s Cottage @eagleyevillage pasti akan menjadi rumah percutian kegemaran anda. Dikelilingi oleh itik, ayam dan burung-burung yang bergerak bebas, penginapan cottage ini menawarkan suasana yang sangat mendamaikan.

Rumah dengan 2 buah bilik tidur ini memiliki banyak tempat santai yang cukup menarik di mana anda boleh bersantai di atas hammock yang tergantung di dalam rumah, duduk di atas buaian di ruang tamu ataupun berehat di kerusi yang terdapat di  halaman rumah. Setiap pelusuk rumah ini memiliki daya tarikan tersendiri.

Kutum's Cottage @eagleyevillage - Room Image

Lokasinya, terletak berdekatan dengan kafe yang menarik. Tarikan lain seperti Craft Cultural Complex dan Air Hangat Village terletak kurang 3 km dari penginapan.

Harga: Dari RM400+ Semalaman

Alamat: No 61 Kampung Padang Lalang, 07000 Huma

Selanjutnya Di Booking.com


3. Arissa Langkawi Holiday House

Arissa Langkawi Holiday House - Main Image

Penginapan semi-d dengan 3 buah bilik tidur, Arissa Langkawi Holiday House ini mampu menampung 9 orang penginap. Rumah ini dihias dengan ringkas dengan sentuh yang dapat membuatkan anda terasa seperti di rumah sendiri. Ia juga lengkap dengan pelbagai kemudahan penting seperti perkakasan dapur, peti ais, mesin basuh dan lain-lain.

Arissa Langkawi Holiday House - Room Image

Terletak di tengah-tengah Pulau Langkawi, tarikan-tarikan seperti Makam Mahsuri dan Beras Terbakar terletak kurang 4 km dari rumah percutian ini. Manakala Telaga Harbour, Muzium Beras, Underwater World Langkawi dan Taman Buaya pula terletak kurang 8 km.

Harga: Dari RM400+ Semalaman

Alamat: 16 Taman Wawasan Indah Jalan Wawasan Indah, 07000 Pantai Kok

Selanjutnya Di Booking.com


2. Ong Homestay

Ong Homestay - Main Image

Ong Homestay adalah sebuah homestay di Langkawi yang menawarkan bilik-bilik yang selesa untuk 2 orang hinggalah kepada 4 orang penginap. Dari bilik-bilik di homestay ini, anda dapat menikmati pemandangan indah gunung dan taman yang menyejukkan mata.

Ong Homestay - Room Image

Lokasinya, terletak tidak jauh dari Mardi Agro Technology Park dan pekan Kuah yang hanyalah dalam 4 km dari homestay.

Harga: Dari RM80+ Semalaman

Alamat: No 6 Lot 661, Jalan Padang Gaong batu Asah , Pulau Langkawi. Kedah, 07000 Kuah

Selanjutnya Di Booking.com


1. Eagleye Village Homestay

Eagleye Village Homestay - Main Image

Rumah kampung yang kecil ini, Eagleye Village Homestay, adalah sebuah penginapan yang cukup comfy. Dekorasi yang digunakan di dalamnya sungguh enak dipandang mata, segalanya kelihatan sugguh natural, sesuai sekali untuk percutian ‘pulau’ anda.

Berdiri di hadapan pintu bilik rumah ini pula, anda dapat melihat pemandangan pokok-pokok kelapa seperti di kampung sambil mendengar bunyi ombak dan burung berkicauan.

Eagleye Village Homestay - Room Image

Homestay ini menyediakan keselesaan untuk 2 orang penginap. Ingin bercuti bersama pasangan atau sahabat anda? Jom menginap di sini. Segalanya lengkap tersedia dari hiburan TV bersiaran satelit,  akses wifi yang superb dan pelbagai lagi kemudahan moden. Nak buat jus buah? Blender pun disediakan di bahagian dapurnya.

Lokasinya juga tidak mengecewakan, terletak hanyalah 100 meter dari kawasan pantai yang boleh dijadikan tempat bersantai di waktu petang untuk menikmati keindahan matahari terbenam.

Harga: Dari RM200+ Semalaman

Alamat: Jalan Tanjung Rhu no 61 Kampung padang lalang, 07000 Tanjung Rhu

Selanjutnya Di Booking.com


Inilah antara homestay di Langkawi yang boleh dipilih sekiranya anda bercadang untuk bercuti di ke pulau popular ini nanti. Wow, banyak juga ya? Namun banyak lagi sebenarnya homestay yang terdapat di Langkawi ini. Layari sahaja booking.com untuk melihat segala pilihan yang ada dari segenap pelusuk Langkawi dalam harga yang berpatutan.

Tapi jika homestay terasa terlalu besar untuk anda yang bercadang untuk bercuti secara solo ataupun dalam kumpulan yang kecil serta ingin berjimat, anda boleh membaca artikel kami tentang Hotel Bajet di Langkawi.

Bagi anda yang mengidamkan percutian yang sempurna dan sukar dilupakan dari ingatan, singgahlah untuk membaca artikel kami bertajuk 25 Hotel Terbaik di Langkawi.

Dari penginapan yang murah hinggalah yang penuh dengan kemewahan, segalanya ada di pulau yang indah ini. Jika penduduk dari seluruh dunia juga terpesona dengan pulau legenda ini, apa lagi yang anda tunggu-tunggukan? Jadikan percutian ke pulau ini satu realiti, anda pasti tidak dapat melupakan melupakan walau sesaat memori yang tercipta di sini. Selamat bercuti ke Langkawi!