34 Hotel Murah Di Krabi | Penginapan Selesa Untuk Bajet Traveller Bawah RM200

July 13, 2018 0 By melakatour

Tertanya-tanya di manakah lokasi percutian yang paling relaks berdekatan dengan Malaysia? Krabi di Thailand adalah destinasinya. Dikelilingi oleh lebih daripada 200 pulau, daerah Krabi ini menawarkan keindahan pantai dan pulau yang berjela-jela untuk diterokai.

Pemandangan yang mempesonakan dan udara yang menyegarkan dapat dinikmati sepuasnya di daerah ini. Bagi anda yang berjiwa adventure pula, aktiviti dan penerokaan yang boleh dilakukan di sini hampir tiada hadnya.

Disebabkan betapa hebatnya penangan alam semula jadi dan kedamaian yang ditawarkan, wujudlah beratus-ratus hotel yang terdiri daripada pelbagai jenis penginapan yang berbeza iaitu daripada yang mewah hinggalah kepada yang murah, hampir kesemuanya memiliki keistimewaan tersendiri untuk merebut hati pengunjung yang ramai.

Nak tahu di mana hotel murah yang hebat di Krabi ni? Teruskan membaca senarai hotel murah di Krabi yang kami bahagikan mengikut kawasan pelancongan popular di Krabi.

34. River Front Krabi Hotel | Krabi Town

River Front Krabi Hotel - Main Image

Hotel yang masih baru ini, River Front Krabi Hotel menawarkan penginapan yang mempunyai dekorasi yang sempurna di pandangan mata. Kebersihannya juga sangat memuaskan hati.

Jika anda bercadang untuk bercuti sehingga puas di Krabi, anda boleh memilih River Front Krabi Hotel sebab ianya juga lengkap dengan kemudahan dobi dan mesin pengering, tak payahlah anda pening kepala macam mana nak buat kalau dah tak cukup baju. Fasiliti lain yang disediakan adalah kolam renang yang juga termasuklah kolam kanak-kanak.

River Front Krabi Hotel - Room Image

Lokasinya, walaupun tidaklah berada di tengah bandar Krabi, pihak hotel ada menyediakan tuk-tuk percuma untuk menuju ke sana dan banyak lagi lokasi lain. Tapi, sebenarnya anda boleh berjalan kaki di sepanjang sungai dalam hanya 10 minit sahaja untuk ke bandar.

Harga: Dari RM145+ Semalaman

Alamat: 299 Thanon Utarakit, 81000 Krabi town, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Krabi

33. Le Anda Boutique Hotel | Krabi Town

Le Anda Boutique Hotel - Main Image

Nak hotel yang hipster atau rasa macam country house sikit? Anda boleh booking hotel 3 bintang, Le Anda Boutique Hotel yang lengkap dengan taman dan ruang lepak. Anda juga boleh mengisi waktu lapang di hotel ini dengan bermain dart ataupun ping-pong.

Bagi anda yang bercuti bersama keluarga, Le Anda Boutique Hotel adalah salah satu pilihan penginapan yang sesuai kerana keluasan biliknya dan tahap kebersihannya yang sangat memuaskan hati.

Le Anda Boutique Hotel - Room Image

Dari segi kemudahannya pula, pihak hotel turut menyediakan khidmat penghantaran percuma ke kawasan bandar. Tapi nak lagi senang, anda boleh sewa motor untuk dibawa sendiri dalam harga yang sangat murah.

Harga: Dari RM82+ Semalaman

Alamat: 26/8 Watchara road Krabi, 81000 Krabi town, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


32. The Nice Krabi Hotel | Krabi Town

The Nice Krabi Hotel - Main Image

The Nice Krabi Hotel adalah sebuah hotel selesa yang terletak di tengah-tengah kota Krabi dan berhadapan dengan pasar segar Maharaj.  Hotel ini menawarkan 21 buah bilik penginapan yang memang ‘nice’ sentuhannya, sangat moden dan didekorasi dengan pilihan warna yang sejuk dipandang.

The Nice Krabi Hotel - Room Image

Keselesaan hotel dalam harga bajet ini juga agak melampaui batas, cukup bersih dan nyaman dari sebarang gangguan bunyi bising. Selain itu, anda juga boleh memilih penginapan yang berbalkoni untuk dijadikan tempat bersantai di waktu petang sambil menikmati minuman panas.

Harga: Dari RM183+ Semalaman

Alamat: 23 Chaokhun Road, 81000 Krabi town, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


31. The Sasi House | Krabi Town

The Sasi House Krabi - Main Image

The Sasi House adalah sebuah penginapan yang penuh dengan keselesaan walaupun bermula dengan harga di bawah daripada RM90. Bilik-biliknya cukup luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai. Dihias dengan simple namun ini semua menambahkan lagi rasa santai anda sewaktu berehat-rehat di dalam bilik.

Sambil menonton tv dalam bilik tu, anda boleh tapau sikit makanan yang disediakan secara PERCUMA di kaunter hotel yang tersedia sepanjang masa seperti air kopi, air coklat, biskut dan macam-macam jenis buah. Macam dekat rumah sendiri pula rasanyakan sebab boleh korek dapur setiap kali terasa nak mengunyah?

The Sasi House Krabi - Room Image

Berkaitan dengan lokasi hotel ini, ianya terletak dekat dengan pasar malam dan gerai-gerai makanan. Tidak jauh dari hotel ini juga terdapat kedai 7-E kalau anda teringin nak minum air Slurpee selepas kehausan berjalan di sekitar Krabi.

Harga: Dari RM88+ Semalaman

Alamat: 249/5 Thanon Utarakit, Tambon Pak Nam, Krabi, 81000 Krabi town, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


30. Nap Krabi Hotel | Krabi Town

Nap Krabi Hotel - Main Image

Nakkan penginapan yang terasa lebih eksklusif daripada biasa? Jangan terkejut, anda dapat merasakan atmosfera ini di Krabi dengan harga yang bermula kurang daripada RM150. Nap Krabi Hotel ini memiliki sentuhan dalaman berkonsep moden yang cukup menarik mata dan membuatkan anda terasa seperti menginap di hotel mahal.

Nap Krabi Hotel - Room Image

Bukan itu sahaja, di restoran milik hotel ini juga anda dapat mencuba pelbagai jenis pilihan makanan untuk sarapan pagi yang terdiri daripada aneka pilihan cereals, buah-buahan, kek, nasi bubur dan banyak lagi. Jangan terlebih kenyang sudahlah ya, nanti tak larat pula nak teroka Krabi.

Tapi, kalau memang tak larat nak berjalan jauh, jangan risau, sebab anda boleh mendapatkan perkhidmatan shuttle percuma yang disediakan pihak hotel untuk ke kawasan bandar.

Harga: Dari RM148+ Semalaman

Alamat: 575 Moo.11 Petchakasame Rd. Krabinoi Maung, 81000 Krabi town, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


29. Krabi Golden Hill Hotel | Krabi Town

Krabi Golden Hill Hotel - Main Image

Krabi Golden Hill Hotel adalah sebuah penginapan yang terletak di dalam sebuah bangunan bereka bentuk kolonial di tengah-tengah taman tropika yang penuh dengan kehijauan.

Hotel ini menyediakan bilik yang luas dan cukup mantap kebersihannya walaupun menawarkan bilik di dalam harga bajet. Selain itu, dari bilik-bilik di resort butik yang bertaraf 3 bintang ini anda dapat melihat pemandangan menarik sama ada lautan yang membiru ataupun sekitar bandar. Yang mana menjadi pilihan anda?

Krabi Golden Hill Hotel - Room Image

Dari hotel ini, anda boleh menuju ke kawasan bandar dengan menggunakan perkhidmatan shuttle percuma yang disediakan pihak hotel. Untuk pulang ke hotel, anda boleh call sahaja mereka untuk ambil anda dari bandar tadi. Tak payah bersusah-payah mencari kemudahan awam yang lain, kan senang?

Setelah penat berjalan di sekitar Krabi anda boleh terjun ke dalam kolam renang atau sekadar bersantai di kerusi malas yang menanti di tepi kolam sambil mendengar bunyi kicauan burung.

Harga: Dari RM98+ Semalaman

Alamat: 18 Soi Chamaianouson Parknum, 81000 Krabi town, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


28. The Chill at Krabi Hotel | Krabi Town

The Chill at Krabi Hotel - Main Image

Terletak di dalam bangunan yang kelihatan macam gudang adalah The Chill at Krabi Hotel. Hotel yang berwarna kelabu ini sememangnya memiliki aura ‘chill’ yang sangat ketara. Sentuhan dalaman hotel ini dapat menghadirkan rasa santai sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki ke dalamnya. Hilang segala kepenatan setelah melihat suasana di dalam hotel ini.

Nak lagi santai? Anda boleh melepak di tepian kolam renang hotel sambil mengambil udara segar dan membaca novel cinta kegemaran anda.

The Chill at Krabi Hotel - Room Image

Hotel 3 bintang ini menyediakan bilik-bilik yang dihias dengan sungguh stylish dan moden, semestinya melipat gandakan lagi kesempurnaan percutian anda di Krabi. Rating? Boleh bagi 11/10, tak percaya? Cuba dulu!

Harga: Dari RM94+ Semalaman

Alamat: 121 Vatchara Rd, Pak Nam, Mueang Krabi, 81000 Krabi town, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


27. Lada Krabi Express | Krabi Town

Lada Krabi Express - Main Image

Terletak di tengah-tengah pekan Krabi, Lada Krabi Express seperti mana namanya, memudahkan anda untuk mengakses secara ‘express’ banyak lokasi menarik dan kemudahan di Krabi, dari pasar malam untuk anda bershopping hinggalah ke tarikan-tarikan alam semula jadi untuk anda menyejukkan mata.

Hotel yang agak baru ini cukup terasa kesegarannya, segalanya boleh dikatakan bersih ‘berkilauan,’ jadi, bagi anda yang perfectionist dari segi kebersihan, inilah salah satu penginapan yang boleh dipertimbangkan di Krabi.

Lada Krabi Express - Room Image

Di samping itu, walaupun lokasinya terletak di tengah-tengah kota, hotel ini sangat sunyi daripada sebarang gangguan, jadi tak perlulah anda risau kerana anda masih dapat menikmati mimpi indah sebaik melelapkan mata.

Harga: Dari RM81+ Semalaman

Alamat: 90/17 Maharach Rd.,Paknam,Muang, Krabi, 81000 Krabi town, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


26. Krabi SeaBass Hotel | Krabi Town

Krabi SeaBass Hotel - Main Image

Kalau anda seorang yang suka melawat akuarium dan mudah terpesona dengan hidupan marin, menginap di Krabi SeaBass Hotel adalah satu pilihan yang wajib dibuat sekiranya berada di Krabi. Di dalam bilik penginapan, anda dapat melihat gantungan bentuk-bentuk ikan yang berwarna-warni pada satu sudut dinding. Gabungan warna yang digunakan di dalam dekorasinya agak funky dan moden.

Anda boleh memilih untuk menginap di bilik yang berbalkoni ataupun yang memberikan akses terus ke kolam renang. Yang penting, walau mana satupun bilik yang anda inapi, anda sekeluarga dapat menikmati penginapan yang luas dan lengkap dengan katil yang teramatlah selesa.

Krabi SeaBass Hotel - Room Image

Kemudahan lain yang disediakan hotel ini iaitu siaran tvnya juga agak menarik, banyak pilihan movie untuk ditonton sewaktu bersantai.

Lokasinya pula tidak mengecewakan, terletak di tengah-tengah pekan Krabi, anda boleh menuju ke 2 buah pasar malam dalam hanya 10 minit berjalan kaki. 1 daripada pasar ini dibuka pada hari Isnin – Rabu dan sebuah pasar lagi dibuka daripada hari Jumaat – Ahad. Macam-macam makanan segar boleh didapati di sini dalam harga murah.

Harga: Dari RM161+ Semalaman

Alamat: 273/55 Uttarakit Rd., Paknam Muang, 81000 Krabi town, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


25. Arawan Krabi Beach Resort  | Ao Nam Noa

Arawan Krabi Beach Resort - Main Image

Sekali menginap di sini, macam tak nak balik pula rasanya. Jika hotel lain ada sebuah kolam renang untuk memberikan anda kepuasan berenang, Arawan Krabi Beach Resort pula menyediakan 3 buah kolam renang yang bukan main besar lagi saiznya.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh melepak di kolam ini sambil menikmati pemandangan indah terutama sekali di kolam infinitinya. Di kolam ini, anda dapat melihat keindahan matahari terbenam tanpa perlu menuju ke kawasan pantai. Yang bestnya, kolam renang ini dibuka 24 jam.

Arawan Krabi Beach Resort - Room Image

Dari bilik-biliknya juga anda dapat menyegarkan mata dengan pemandangan yang mempesonakan sama ada bukit-bukau ataupun air laut.

Untuk anda yang ingin melawat banyak kawasan di sekitar Krabi ini, anda boleh menuju ke kawasan bandar ataupun ke jeti dengan menggunakan khidmat shuttle percuma yang disediakan pihak hotel.

Harga: Dari RM171+ Semalaman

Alamat: 107/6 Moo 5, Tambon Ao Nam Mao Sai Thai, Muang District, Krabi, 81000 Ao Nam Mao, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


24. Timber House Aonang | Ao Nang

Timber House Aonang - Main Image

Timber House Aonang menawarkan 51 buah bilik tetamu yang terdiri daripada superior rooms, superior family, one-bedroom deluxe family rooms dan  two-bedroom deluxe family room. Yang mana satu yang sesuai dengan bilangan geng percutian anda?

Menginap di sini, anda dapat menikmati keselesaan di dalam bilik-bilik yang luas lengkap dengan balkoni peribadi yang menawarkan pemandangan sama ada taman tropika ataupun kolam renang.

Timber House Aonang - Room Image

Anda juga boleh merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti memancing ataupun berendam skuba dengan mengatur semua aktiviti ini di meja tempahan lawatan hotel. Lokasinya, terletak dekat dengan pantai Ao Nang yang hanyalah 10 minit berjalan kaki dari hotel.

Harga: Dari RM110+ Semalaman

Alamat: 157 Moo 2, Muang, Krabi, 81000 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


23. De Loft Hotel | Ao Nang

De Loft Hotel - Main Image

Alang-alang bercuti untuk mendapat ‘udara segar’ apa kata kalau menginap di hotel yang ‘segar’ juga. De Loft Hotel adalah sebuah penginapan yang baru sahaja dibuka pada tahun ini, bayangkanlah betapa freshnya aura yang disebarkan hotel ini sebaik memasuki ruang lobinya yang menggunakan warna-warna neutral secara keseluruhannya.

De Loft Hotel - Room Image

Ruang biliknya juga sangat menyegarkan pandangan, setiap pelusuk penginapan ini cukup bersih. Bilik-bilik yang diberi sentuhan moden ini juga luas dan lengkap dengan katil yang super empuk.

Gabungan semua ini membolehkan anda sekeluarga menikmati rehat dan tidur yang berkualiti untuk kesegaran di keesokan hari. Untuk pengetahuan anda, sesetengah bilik di hotel ini turut lengkap dengan ruang balkoni.

Harga: Dari RM146+ Semalaman

Alamat: 6 Moo 2 Ao Nang Road, Ao Nang, Amphur Muang, Krabi, 81180 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


22. Baan Ban Dalay | Ao Nang

Baan Ban Dalay Krabi - Main Image

Kalau anda bukan setakat ingin berjalan di Krabi tapi juga bercadang untuk memanjakan diri, apa kata sekiranya anda menginap di Baan Ban Dalay? Kalau anda nak tahu, hotel ini terletak hanyalah beberapa tapak daripada pusat rawatan spa yang dikatakan yang terbaik di sekitar Ao Nang. Macam rugi je tak cuba kalau dah sampai ke Thailand, tak gitu?

Baan Ban Dalay Krabi - Room Image

Bila badan dah segar, anda boleh masuk ke dalam bilik yang dihias dengan indah untuk beradu.  Warna-warna neutral  serta lampu malap yang digunakan dalam dekorasi dalaman bilik ini membuatkan anda terasa relaks serta membantu anda mendapatkan tidur yang lena. Sesetengah bilik yang ditawarkan turut memiliki ruang balkoni untuk anda menghirup udara segar sambil menikmati pemandangan.

Harga: Dari RM76+ Semalaman

Alamat: 126/2 Moo3 T. Ao Nang A. Muang Krabi, 81000 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


21. The Nine Hotel @ Ao Nang | Ao Nang

The Nine Hotel @ Ao Nang - Main Image

The Nine Hotel @ Ao Nang adalah sebuah penginapan yang pasti dapat menggembirakan hati anda yang rindukan keindahan alam semula jadi. Kenapa? Sebabnya sesetengah bilik di hotel ini menyajikan pemandangan bukit yang cukup menyejukkan mata.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menginap di bilik yang lengkap dengan balkoni untuk menikmati pemandangan menyegarkan ini sambil menghirup kopi panas.  Jangan lupa, bila nak booking nanti cari yang lengkap dengan kriteria yang anda inginkan ya? Keywordnya adalah pemandangan gunung dan ruang balkoni.

The Nine Hotel @ Ao Nang - Room Image

Lokasinya, terletak tidak jauh daripada kawasan pantai yang hanyalah 8 minit berjalan kaki dari hotel. Teringin kudapan di tengah malam? 7-E hanyalah beberapa langkah dari hotel.

Hotel yang terletak di jalan utama ini juga turut memudahkan anda mencari kedai makan dalam harga yang berpatutan. Makanan halal memang banyak di sini memandangkan lokasinya yang juga terletak tidak jauh dari masjid bandar.

Harga: Dari RM134+ Semalaman

Alamat: 348 moo 2 Tambon Aonang, Muang, Krabi,, 81000 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


20. Kokotel Krabi Ao Nang | Ao Nang

Kokotel Krabi Ao Nang - Main Image

Inginkan  hotel yang dekat dengan pantai? Kalau macam tu, anda boleh memilih untuk menginap di Kokotel Krabi Ao Nang. Sebab hotel ini hanyalah 5 minit berjalan kaki dari pantai. Habis dengar satu lagu je dah sampai.

Di samping lokasi yang menarik, anda yang menginap di Kokotel Krabi Ao Nang juga turut dapat menikmati penginapan dengan pemandangan menarik sama ada laut biru ataupun bukit-bukau sambil bersantai di ruang balkoni. Biliknya pula, memiliki dekorasi yang cukup unik dan sedap dipandang.

Kokotel Krabi Ao Nang - Room Image

Dah puas bersantai, jangan lepaskan peluang untuk bermandi-manda di kolam renang yang terletak di atas bumbung hotel ini. Bagi anda yang membawa anak kecil pula, ruang yang khas untuk anak-anak berseronok juga turut disediakan. Senang cerita, satu keluarga pasti seronok kalau menginap di sini.

Harga: Dari RM143+ Semalaman

Alamat: 143 Moo 2, Tambol Ao Nang, Ampure Muang, Krabi, 81000 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


19. The Ri Hotel | Ao Nang

The Ri Hotel - Main Image

Jangan salah faham pula, The Ri Hotel tak ada kaitan dengan ‘badgalriri’ atau Rihanna ya? Hotel dalam harga bajet di Krabi ini merupakan sebuah hotel 2 bintang yang tersangatlah comfy. Lengkap dengan semua kemudahan penting untuk keselesaan penginapan anda sekeluarga.

Dekorasi hotel ini agak minimal menggunakan warna-warna neutral yang mewujudkan atmosfera santai. Dari harga yang bermula bawah RM80, anda dapat menikmati penginapan yang sangat terjaga kebersihannya dan selesa. Di samping itu, sesetengah bilik di hotel ini turut lengkap dengan ruang balkoni untuk anda melepak sambil melihat pemandangan di luar dan menikmati udara segar.

The Ri Hotel - Room Image

Dah bosan bersantai di dalam bilik, anda sekeluarga boleh bersuka-ria di kolam renangnya yang dibuka 24 jam pada bila-bila masa.

Lokasinya, cukup menarik untuk orang muslim kerana terletak dekat dengan pasar muslim dan juga masjid yang hanyalah 5 minit berjalan kaki dari hotel. Pantai yang terdekat pula hanyalah 15 minit perjalanan. Macam jauh je 15 minit tu? Anda boleh mendapatkan perkhidmatan shuttle percuma daripada pihak penginapan.

Harga: Dari RM78+ Semalaman

Alamat: 824 Soi Aonang 2/1 Moo.2  Aonang, Thailand, 81180 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


18. LaRio Hotel Krabi | Ao Nang

LaRio Hotel Krabi - Main Image

LaRio Hotel Krabi menawarkan 25 buah pilihan penginapan yang dihias dengan selesa menggabungkan warna-warna yang neutral untuk aura santai serta sentuhan warna yang ceria untuk menghidupkan suasana bilik.

Biliknya juga luas dan lengkap dengan segala kemudahan untuk keselesaan penginapan seberapa lama sekali pun anda bercadang untuk berada di sini. Bukan itu sahaja, setiap bilik yang ditawarkannya juga lengkap dengan ruang balkoni yang menghidangkan pemandangan bukit-bukau yang menyegarkan mata.

LaRio Hotel Krabi - Room Image

Mengenai kemudahan yang disediakan hotel ini pula, anda boleh melegakan badan yang penat dengan beredam di dalam kolam renang hotel ini. Bagi anda yang tak pandai berenang, boleh sahaja berehat di ruang santai yang disediakan di tepi kolam sambil mengakses wifi hotel ini yang tak kurang hebat kelajuannya. Perut berbunyi? Kedai makanan halal ada di mana sahaja anda berjalan di sekitar hotel ini.

Harga: Dari RM183+ Semalaman

Alamat: 849 Moo 2, Ao Nang Soi 2/1, Ao Nang, Krabi, 81000 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


17. Aonang Sea Valley Resort | Ao Nang

Aonang Sea Valley Resort - Main Image

Teringin menginap di hotel bajet yang elegan pula? Aonang Sea Valley Resort adalah jawapannya. Bilik-biliknya juga cukup luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai.

Nak melihat sukan Muay Thai dengan lebih dekat? Gym untuk aktiviti ini terletak hanya 200 meter dari hotel. Dah puas melihat atau mencuba sendiri sukan ini, balik sahaja ke hotel anda boleh bermandi-manda di kolam renang hotel yang sangat indah.

Aonang Sea Valley Resort -Room Image

Lokasinya, terletak dekat dengan jalan utama namun, tak perlu risau, resort ini cukup tenang daripada sebarang gangguan bunyi. Sebelum tidur, anda boleh melegakan dada dengan menghirup udara segar dari ruang balkoni bilik.

Harga: Dari RM121+ Semalaman

Alamat: 939 Moo2 Aonang Muang, 81180 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


16. Ibis Styles Krabi Ao Nang | Ao Nang

ibis Styles Krabi Ao Nang - Main Image

Sekiranya masih tidak puas menyegarkan mata dengan keindahan alam semula jadi, anda boleh memilih penginapan Ibis Styles Krabi Ao Nang untuk sebuah pengalaman penginapan yang juga menyejukkan mata. Hotel ini menggabungkan warna-warna yang cerah termasuklah warna hijau dalam dekorasi dalamannya.

Walaupun terletak hanya dalam 50 meter dari jalan utama, suasana di dalam hotel ini tenang daripada sebarang gangguan bunyi, membolehkan anda menikmati rehat yang sebenar setelah kepenatan.

ibis Styles Krabi Ao Nang - Room Image

Jarak hotel ini dari pantai terdekat hanyalah 10 minit berjalan kaki, anda juga boleh menggunakan khidmat shuttle percuma yang disediakan pihak hotel kalau nak simpan tenaga beraktiviti di sana. Kemudahan lain yang disediakan pihak hotel adalah wifi percuma dan juga kolam renang yang menyajikan pemandangan tebing bukit batu kapur.

Harga: Dari RM137+ Semalaman

Alamat: 725 Moo2 Ao-nang, Nopparat Road Muang Krabi, 81000 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


15. S2 Residence | Ao Nang

S2 Residence Krabi - Main Image

Penginapan yang moden dan selesa, S2 Residence juga memiliki tahap kebersihan yang melampau untuk harga bajet yang ditawarkannya. Untuk menyegarkan badan yang kepenatan, anda boleh berendam di dalam kolam renang hotel yang sangat sedap dipandang mata kerana dikelilingi oleh lanskap semula jadi tumbuhan dan kayu-kayu buluh.

S2 Residence Krabi - Room Image

Di tepian kolam ini turut terdapat kerusi malas untuk anda bermalas-malasan sambil menonton YouTube menggunakan kemudahan wifi berkelajuan superb yang disediakan.  Pihak hotel turut memberikan tuala untuk digunakan di kolam renang. Kesempurnaan hotel bajet ini boleh meletakkan ia setaraf dengan hotel 4 bintang yang ada.

Bagi anda yang bercadang untuk menikmati pemandangan indah di pantai, pantai yang terdekat boleh diakses dalam hanya 5 minit perjalanan menaiki tuk-tuk.

Harga: Dari RM117+ Semalaman

Alamat: 338 Moo.5 Tamboon.Aonang,Muang, 81180 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


14. BlueSotel Krabi AoNang Beach | Ao Nang

BlueSotel Krabi AoNang Beach - Main Image

Bilik-bilik penginapan di BlueSotel Krabi AoNang Beach membentangkan pemandangan bukit batu kapur untuk dinikmati dari tingkap ataupun balkoni. Wang yang dikeluarkan terasa sangat berbaloi kerana dapat bangun setiap hari dengan pemandangan alam semula jadi yang memukau jiwa. Tiada apa yang lebih memuaskan hati traveler daripada dapat menginap di sebuah hotel yang menyatukan anda dengan keindahan alam bukan?

BlueSotel Krabi AoNang Beach - Room Image

Bilik-biliknya juga agak luas dengan sesetengahnya membolehkan akses terus ke kolam renang untuk anda ber‘chill out’  sambil  menikmati pemandangan. Dah puas melepak, anda boleh menghempaskan badan ke atas katil dan terus terlena di atas tilamnya yang selembut awan. Memang selesa!

Bangun dari tidur yang lena, anda boleh menuju ke kawasan pantai yang hanyalah 5 minit berjalan kaki dari hotel.

Harga: Dari RM207+ Semalaman

Alamat: 778 Moo 2, Muang, Krabi, 81180 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


13. The Verandah | Ao Nang

The Verandah Hotel Krabi - Main Image

Nak merasa penginapan dengan dekorasi seperti di rumah jutawan? Anda boleh mencuba penginapan menarik dalam harga bajet ini, iaitu The Verandah. Menggunakan warna-warna yang sejuk dan cerah di dalam rekaan dalamannya, The Verandah dapat memberikan anda pengalaman percutian ‘mewah’ tanpa perlu keluar bajet lebih.

Dengan harga yang bermula dari RM160 dan ke atas anda dapat menikmati penginapan yang diinspirasikan daripada negara Morocco, walau dimana sahaja pandangan mata dihalakan, anda akan terpesona melihat betapa cantiknya segenap pelusuk hotel ini.

The Verandah Hotel Krabi - Room Image

Sekiranya anda menginap di hotel ini, anda dapat menggunakan akses wifinya yang memiliki kelajuan yang sempurna. Untuk kolam renang pula, hotel ini tidak memiliki kolamnya sendiri, tapi anda boleh menggunakan kolam renang daripada hotel berdekatan, Peace Laguna untuk bermandi-manda.

Yang menariknya lagi,  lokasi hotel ini cukup strategik kerana terletak dekat dengan banyak kedai dan syarikat-syarikat traveling lain untuk memudahkan anda mengatur aktiviti di sini. Untuk ke pantai Ao Nang pula, hanyalah 3 minit berjalan kaki dari hotel.

Harga: Dari RM161+ Semalaman

Alamat: 191 M.2 Muang, Krabi, 81000 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


12. 8Icon by I Galleria Krabi | Ao Nang

8Icon by I Galleria Krabi - Main Image

8Icon by I Galleria Krabi adalah sebuah penginapan  yang diberikan sentuhan Selatan Thailand dan dalam masa yang sama moden. Jika anda ingin menyelami Thailand, tak perlu pandang tempat penginapan lain lagi, hotel ini adalah antara yang terbaik dalam harga yang ditawarkan.

Kedudukan hotel ini juga strategik, terletak hanya dalam 10 minit berjalan kaki untuk ke Pantai Ao Nang serta jeti yang dapat membawa anda ke Pantai Railay. Anda juga boleh menyewa skuter di kedai yang terletak berhadapan dengan hotel ini dalam harga yang berpatutan, lagi puas anda dapat meneroka Krabi dengan cara ni.

8Icon by I Galleria Krabi - Room Image

Yang bestnya, hotel ini turut menyediakan kemudahan ekstra seperti tuala untuk digunakan di pantai, selipar, beg pantai dan banyak lagi. Tak payahlah anda membazir wang untuk membeli barangan yang akan digunakan mungkin hanya sekali sewaktu bercuti di sini.

Harga: Dari RM187+ Semalaman

Alamat: 208 Moo 3, Aonang Soi 8, Aonang, Muang, Krabi, 81180 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


11. Wake Up Aonang Hotel | Ao Nang

Wake Up Aonang Hotel - Main Image

Kalau anda perlukan ‘push’ untuk mood anda setiap hari,  Wake Up Aonang Hotel dapat memberikannya setiap kali anda terjaga dari tidur. Dekorasi dalamannya yang cukup stylish dan funky ini boleh menaikkan mood sesiapa sahaja yang memilih untuk menginap di sini.

Bukan itu sahaja, kalau anda rasa nak bermandi-manda, penginap di hotel ini boleh menggunakan kolam renang di resort yang terletak di sebelah. Di dalam resort yang menjadi jiran Wake Up Aonang Hotel ini juga anda boleh mendapatkan urutan yang menyegarkan sendi-sendi badan.

Wake Up Aonang Hotel - Room Image

Tak cukup lagi? Wake Up Aonang Hotel turut menyediakan sesuatu yang penting untuk menjadi energetic sepanjang percutian di Krabi ni, iaitu kopi, air coklat dan aneka snek secara percuma tanpa mengira masa. Lokasinya, terletak dekat dengan masjid dan kedai-kedai yang menjual makanan halal. Segalanya tip-top!

Harga: Dari RM55+ Semalaman

Alamat: 121/2 Moo. 2 Ao-Nang, Muang, Krabi, 81180 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


10. Green View Village Resort | Ao Nang

Green View Village Resort - Main Image

Melihat dari rekabentuk bangunan Green View Village Resort ini, anda pasti tak sabar nak merasa atmosfera di dalamnya. Resort yang terletak hanya 13 minit perjalanan kaki dari pantai ini adalah sebuah penginapan di dalam banglo-banglo yang dikelilingi oleh lanskap tropika.

Suasana nyaman di resort ini dapat melenyapkan segala beban dan tekanan yang ada. Yang menariknya, kesemua bilik di resort ini lengkap dengan ruang balkoni sebagai tempat anda bersantai, kecuali bilik yang membolehkan akses terus ke kolam renang.

Green View Village Resort - Room Image

Mana-mana pun ok je kan? Dari kolam renang ini juga anda dapat menikmati pemandangan bukit-bukau batu kapur yang indah bak lukisan.

Dengar macam penginapan yang mahalkan? Jangan terkejut, anda boleh menginap di Green View Village Resort dengan harga yang bermula dari hanya RM79. Macam tak percaya!

Harga: Dari RM79+ Semalaman

Alamat: 279 Moo 2, Muang, Krabi, 81000 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


9. Kokotel Krabi Oasis | Ao Nang

Kokotel Krabi Oasis - Main Image

Sebenarnya, Kokotel memiliki empat lagi cawangan yang lain di sekitar Thailand, dan di Krabi pula terdapat dua cawangan iaitu Kokotel Krabi Oasis dan Kokotel Krabi Ao Nang.

Hotel ini sebenarnya membawa tema yang sama untuk kesemua cawangannya. Dengan kambing biri-biri berwarna biru sebagai ‘duta’, anda dapat melihat lukisannya di serata hotel termasuklah di dalam bilik tidur yang dihias dengan moden dan agak ‘hipster’ ini.

Kokotel Krabi Oasis - Room Image

Hotel murah ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan penting termasuklah soket yang banyak di dalam bilik. Bagi anda yang menginap bersama keluarga, tak perlulah berebut nak caj bateri lagi.

Biliknya juga luas untuk keselesaan anda sekeluarga. Lokasinya, cukup strategik di mana anda hanya perlu berjalan kaki dalam sekitar 10 minit untuk sampai ke kawasan yang happening di bandar ini.

Ratingnya? Boleh bagi perfect 10!

Harga: Dari RM135+ Semalaman

Alamat: 230/4-7 Moo 3, Aonang, Krabi, 81180 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


8. Marina Express-Fisherman Aonang | Ao Nang

Marina Express Fisherman Aonang - Main Image

Tercari-cari penginapan yang lengkap dengan gym? Marina Express-Fisherman Aonang adalah salah satu hotel bajet yang lengkap dengan fasiliti ini. Selain itu, anda juga boleh terjun ke dalam air kolamnya bila dah penat makan angin.

Mengenai penginapan biliknya, kesemua bilik yang ditawarkan di hotel ini lengkap dengan balkoni untuk anda menikmati pemandangan yang memukau sambil menarik nafas yang menyegarkan peparu. Bilik-bilik ini juga lengkap dengan katil yang super duper comfy sampaikan terasa macam nak melekat sepanjang hari pada katil.

Marina Express Fisherman Aonang - Room Image

Dekorasinya pula sangat kreatif dan menyegarkan mata. Penggunaan warna-warna yang lembut serta gabungan perabot kayu dan moden menampakkan aura eksklusif hotel ini.

Harga: Dari RM136+ Semalaman

Alamat: 20/1 Moo 2, Ao Nang, Muang Krabi, 81000 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


7. Sugar Marina Resort CLIFFHANGER | Ao Nang

Sugar Marina Resort CLIFFHANGER Aonang - Main Image

Sugar Marina Resort CLIFFHANGER Aonang menawarkan bilik-bilik yang sangat stylish yang mampu menggoda sesiapa sahaja yang melihat. Penginapan ini memaparkan dekorasi dalaman yang melibatkan kayu dan batu-bata untuk elemen klasik.

Sugar Marina Resort CLIFFHANGER Aonang - Room Image

Pihak hotel turut menyediakan beg dan selipar untuk kegunaan sewaktu ke pantai. Dari sesetengah bilik di hotel ini juga, anda dapat menikmati pemandangan bukit batu kapur.

Lokasinya, terletak dekat dengan banyak restoran halal yang berpatutan harganya. Dah penat berjalan, anda boleh mendapatkan urutan yang terbaik di kedai bersebelahan dengan hotel ini.

Harga: Dari RM178+ Semalaman

Alamat: 873 Moo 2, Ao Nang, Muang Krabi, Thailand, 81000 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


6. The Small Hotel Krabi | Ao Nang

The Small Hotel Krabi - Main Image

The Small Hotel Krabi adalah sebuah hotel yang terletak di dalam bangunan berwarna oren yang sekali terpandang terasa macam dilaser oleh keterangan warnanya. Bangunan dengan rekabentuk moden ini menawarkan 6 jenis bilik yang boleh dipilih mengikut keperluan anda. Kesemua bilik ini dihias dengan moden dengan sentuhan Thailand yang elegan dan simple.

The Small Hotel Krabi - Room Image

Dalam banyak-banyak jenis penginapan yang ditawarkan, antara yang best adalah Pool Access Mini Suitenya yang memberi akses terus ke kolam renang dan jakuzi peribadi. Seterusnya, Moon Deck Suite pula lengkap dengan balkoni peribadi yang dihias dengan menarik untuk anda bersantai menikmati pemandangan indah kawasan sekitar.

Harga: Dari RM165+ Semalaman

Alamat: 167 Moo 3, T. Ao Nang , A.Muang, 81000 Ao Nang Beach, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


5. Lanta Residence Boutique | Ko Lanta Island

Lanta Residence Boutique - Main Image

Mesti anda tak percaya yang walaupun harga untuk menginap hotel ini bermula daripada bawah RM50, Lanta Residence Boutique adalah sebuah penginapan yang lengkap dengan bermacam kemudahan, antaranya adalah pusat kecergasan, kolam renang dan khidmat shuttle.

Lanta Residence Boutique - Room Image

Yang menariknya, kolam renang hotel ini yang terletak di bumbung menghidangkan pemandangan yang menggoda di sekitar bandar dan bukit-bukau. Bukan itu sahaja, bagi anda yang ingin sekadar melepak di sini, anda boleh menggunakan akses wifi yang cukup power yang disediakan pihak hotel.

Anda power bermain ping-pong? Boleh compete dengan ahli keluarga yang lain kalau ada waktu lapang di sini kerana kemudahan meja ping-pong turut disediakan.

Harga: Dari RM43+ Semalaman

Alamat: 248 Moo 1, Saladan, 81150 Ko Lanta, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


4. Lanta Miami Resort | Ko Lanta Island

Lanta Miami Resort - Main Image

Tak payah ke Miami, anda boleh merasa pengalaman konon-konon di US kalau menginap di Lanta Miami Resort. Suasana tropika di sekitar hotel ini cukup mendamaikan jiwa anda yang ingin lari dari kesibukan kota.

Lanta Miami Resort - Room Image

Menyediakan bilik-bilik di dalam rumah banglo dengan gaya Thailand, penginapan ini juga lengkap dengan balkoni sebagai tempat untuk anda bersantai menikmati pemandangan lautan membiru, pantai ataupun taman yang kehijauan.

Selain itu, Lanta Miami Resort turut menyediakan khidmat urutan Thailand untuk anda yang ingin memanjakan badan.

Harga: Dari RM176+ Semalaman

Alamat: 13 Moo 6, Klong Nin Beach, Krabi, 81150 Ko Lanta, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


3. Riviera Boutique House | Ko Lanta Island

Riviera Boutique House - Main Image

Riviera Boutique House adalah sebuah penginapan yang strategik untuk anda yang bercadang melawati banyak pantai yang menarik. Untuk pengetahuan anda, hotel butik ini hanyalah beberapa minit pemanduan daripada Pantai Klong Toab, Pantai Klong Nin dan Pantai Klong Khong. Dalam 2 minit berjalan kaki juga anda boleh sampai ke pantai yang terdekat. Lokasi? Terbaiklah!

Riviera Boutique House - Room Image

Bilik-biliknya pula dihias dengan moden dan lengkap dengan segala fasiliti penting untuk keselesaan penginapan berapa lama sekali pun. Anda boleh juga bersantai di ruang balkoni untuk menenangkan fikiran.

Sekiranya anda menginap di sini, anda boleh menggunakan segala fasiliti yang terdapat di Lanta Riviera Resort yang terletak hanyalah 3 minit sahaja dari hotel ini. Di sini terdapat kolam renang yang menarik untuk anda berenang sepuas hati.

Harga: Dari RM98+ Semalaman

Alamat: 65 Moo 2, Klong Khong, Sala-Dan, T.Koh Lanta, Krabi, 81150 Ko Lanta, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


2. Hatzanda Lanta Resort | Ko Lanta Island

Hatzanda Lanta Resort - Main Image

Terletak hanyalah 3 minit berjalan kaki dari Pantai Klong Khong, Hatzanda Lanta Resort adalah sebuah penginapan di dalam rumah banglo yang dikelilingi oleh taman berlanskap indah.

Bilik-bilik yang ditawarkannya cukup luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai. Anda juga boleh memilih penginapan yang memiliki ruang balkoni luas untuk anda menyelesaikan kerja-kerja yang dibawa sambil merasai nikmati percutian dalam udara yag segar.

Hatzanda Lanta Resort - Room Image

Dah penat bertungkus-lumus, anda boleh terjun ke kolam renangnya untuk melegakan badan yang lenguh. Anda juga boleh bersandar di kerusi-kerusi malas yang disediakan untuk mendapatkan ketenangan fikiran.

Harga: Dari RM60+ Semalaman

Alamat: 90 Moo 2, Klong-Khong, T.Koh Lanta Krabi, 81150 Ko Lanta, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


1. Lanta Fevrier Resort | Ko Lanta Island

Lanta Fevrier Resort - Main Image

Terletak hanya 2 minit dari pantai, kalau anda nak menghabiskan banyak waktu menikmati bayu laut, Lanta Fevrier Resort adalah penginapan yang boleh dipertimbangkan. Di bahagian  utara hotel ini pula adalah kawasan bandar sekiranya anda ingin merasakan suasana yang happening di Krabi.

Teringinkan kudapan? Hanyalah beberapa tapak dari hotel ini terdapat banyak kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai jenis snek dan minuman. Kedai makan juga tak susah untuk dicari.

Lanta Fevrier Resort - Room Image

Mengenai hotel ini sendiri, penginapannya cukup luas dan dihias dengan minimal untuk memaksimumkan keselesaan anda yang menginap di sini beramai-ramai. Anda boleh memilih sama ada untuk mendapatkan bilik dengan pemandangan bukit-bukau, kolam renang ataupun yang memberi akses terus ke kolam.

Harga: Dari RM73+ Semalaman

Alamat: 213 Moo.6 , Koh Lan Ta Yai, Krabi, 81150 Ko Lanta, Thailand

Selanjutnya Di Booking.com


Dah tahu di mana nak menginap selepas membaca senarai hotel murah di Krabi penginapan yang terbaik dalam kategori harga murah ini? Ataupun masih lagi tak puas hati dengan pilihan yang diberikan? Kalau macam tu, anda boleh layari booking.com untuk pilihan yang tak akan larat untuk dilihat kesemuanya.

Sudah jumpa hotel pilihan, jangan lupa untuk merancang perjalanan anda sebelum ke sini supaya tak terlepas pandang lokasi yang wajib dilawati. Nak tahu di mana? Anda boleh membaca artikel kami yang bertajuk 30 Tempat Menarik di Krabi.

Bila semuanya dah set, jangan tunggu lama-lama, cepat-cepatlah lari ke Krabi sebelum badan mula sakit setelah berhari-hari menghidu udara tercemar di kawasan bandar. Semoga berseronok menyelami keindahan alam semula jadi di Krabi!