52 Tempat Menarik Di Melaka | Panduan Lengkap Negeri Bersejarah

September 17, 2018 0 By melakatour

Kaya dengan kesan peninggalan sejarah dan penuh dengan tarikan moden menjadikan negeri Melaka destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Melaka juga merupakan destinasi pilihan utama warga Ibu Kota yang mencari tempat percutian singkat untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar buat seketika.

Jika anda ingin tahu dimana sebenarnya destinasi tumpuan di negeri bersejarah ini, kami telah menyusun senarai 52 tempat menarik di Melaka agar anda mendapat inspirasi masa merancang percutian ke Melaka nanti.

52. The Pirate Adventure – Melaka Alive

The Pirate Adventure - Melaka Alive
Sumber: Melaka Alive

Teringin untuk mengetahui bagaimana perasaan menjadi seorang lanun? Di Pirate Adventure Melaka Alive anda dapat merasakan sehari dalam hidup seorang lanun.

Tarikan yang baru di buka ini agak canggih dan disini anda dapat melihat simulasi ribut dan ombak menggunakan special effects! Mengembara menaiki kapal lanun mencari harta karun.

Bayaran Masuk: Dewasa RM23 | Kanak-Kanak (4 – 12 Tahun) RM17 | Warga Emas RM17

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (10.00 am – 7.00 pm) | Jumaat (10.00 am – 12.30 pm, 2.00 pm – 7.00 pm)

Lokasi: Melaka Alive, Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 75000 Melaka


Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Melaka

51. Freeport A’famosa Outlet Village

Freeport Afamosa Outlet Centre
Sumber: afamosa.wordpress.com

Freeport A’famosa Outlet Village antara tempat membeli belah yang baru sahaja dibuka di Melaka dan ia tidak jauh berbeza daripada Johor premium Outlet.

Ramai tidak tahu yang terdapat banyak jenama popular antarabangsa yang membuka tapak di sini seperti NIKE, Under Armor, Puma, Levis dan Sacoor Brothers.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00am – 10.00pm)

Lokasi: Jalan Kemus, Sempang Ampat, Alor Gajah, 78000 Melaka


50. The Shore Sky Tower

The Shore Sky Tower

Sumber: theshoremelaka.com

Jika anda memburu pemandangan terbaik seluruh Bandar Melaka jangan lupa naik ke tingkat 42 The Shore Sky Tower, bangunan tertinggi di Bandar Melaka. Pastikan anda beranikan diri kerana lantai kaca lutsina membuat anda merasakan seperti berjalan di atas angin.

Di atas nanti anda dapat melihat akuarium penuh dengan ikan koi dan ada satu kawasan khas yang lantainya diperbuat oleh kaca lutsinar yang kuat. Disini anda dapat melihat terus kebawah, mungkin tidak sesuai untuk mereka yang gayat tetapi kalau anda berhati kering cubalah.

Bayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-kanak RM18

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.30 am – 9.00 pm)

Lokasi: The Shore Shopping Gallery, 193, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka


49. Bustel Klebang

Bustel Klebang
Sumber: Bustel Melaka

Tarikan yang boleh dijumpai di dataran Pantai Klebang ini agak unik kerana ia merupakan bus lama yang telah diubahsui menjadi hotel. Di Bustel Klebang terdapat dalam 40 buah bus hotel dan setiap satu mempunyai reka bentuk yang unik.

Kalau tak nak tido pun takpe anda boleh singgah sebentar untuk menjamu selera di restoran bustel di sana nanti.

Lokasi: Kampung Batang 3 Timur, Tanjong Kling, Melaka


48. The Orang Utan House

The Orang Utan House Melaka
Sumber: The Orang Utan House

The Orang Utan House yang dibuka pada tahun 1992 adalah sebuah studio peribadi pelukis tempatan bernama Charles Cham. Beliau telah berjaya mempamerkan karya lukisanya di pentas antarabangsa di Negara seperti, Portugal, Switzerland, Singapore,Australia dan Hong Kong. Lukisan Orang Utan yang terpapar besar ditepi bangunan ini seolah-olah menjemput anda masuk untuk melihat karya hasil tuannya.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 6.00 pm)

Lokasi: 59 Lorong Hang Jebat, Bandar Melaka


47. Dataran 1 Malaysia Klebang

Dataran 1 Malaysia Pantai Klebang
Sumber: Uchee-hussin

Dulu dataran pantai Klebang merupakan sebuah tempat yang sunyi sepi dan gagal menarik orang ramai. Tetapi setelah initiative kerajaan untuk membaik puluh kawasan tersebut dan rebranding ia dibuka semula dengan nama Dataran 1 Malaysia Klebang berjaya menarik orang ramai kembali untuk meluangkan masa diasana.

Untuk aktiviti pula terdapat banyak aktiviti menarik seperti bermain ATV dan menunggang kereta kuda. Muzium Kapal Selam juga terletak berhampiran dengan kawasan ini.

Sebuah pantai yang direka menyerupai bentuk sebuah lagoon sedang dibina di kawasan ini dengan harapan Dataran 1 Malaysia ini menjadi destinasi pelancongan utama di negeri Melaka.

Lokasi: Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang, Melaka


46. Rumah Terbalik Melaka

Rumah Terbalik Melaka
Sumber: Zanura Kibon

Ada yang bercuti untuk melihat pemandangan yang cantik ada pula yang suka mengambil gambar yang cantik jika anda jatuh dalam kategori kedua pastikan anda singgah sebentar di Rumah Terbalik Melaka atau lebih dikenali sebagai Upside Down House. Setiap bahagian didalam rumah ini dihias seperti rumah biasa bezanya apa yang dilantai ada di bumbung.

Bayaran Masuk: Dewasa RM18 | Kanak-Kanak RM12

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (10.00am – 7.00pm) | Jumaat – Ahad (10.00am – 9.00pm)

Lokasi: G12G14,Jalan PM 7,Plaza Mahkota,Bandar Hilir, 75000 Melaka


45. Masjid Kampung Hulu

Masjid Kampung Hulu
Sumber: Ekstasicinta.blogspot.co.uk

Tahukah anda nama masjid yang tertua di Malaysia? Jawapanya adalah Masjid Kampung Hulu di Jalan Tukan Emas Melaka. Masjid ini siap didirikan pada tahun 1728 dan mempunyai senibina yang mengkagumkan. Anda boleh lihat pengaruh zaman Melaka lampau disetiap pelusuk masjid ini.

Lokasi: Jalan Kampung Hulu, 75200 Melaka


44. Muzium Kapal Selam

Muzium Kapal Selam
Sumber: Perzim

Penuhkan cita-cita anda untuk menjadi anak kapal Submarine di Muzium Kapal Selam Melaka. Kapal selam yang boleh dilihat di muzium ini bergelar FS Quessant Agosta 70 dan merupakan sebuah kapal selam bekas milik tentera Perancis.

Ia diserahkan kepada Kementrian Pertahanan dan kemudian diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka untuk dipamerkan ke orang awam. Dengan bayaran yang kecil anda dapat masuk dan melihat dengan mata sendiri bagaimana rupa bahagian dalam kapal selam.

Bayaran Masuk: Dewasa Warga Emas RM5 | Kanak-Kanak RM2

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.30 pm)

Lokasi: Dataran 1 Malaysia, Klebang, 75200 Melaka


43. Melaka River Cruise

Melaka River Cruise
Sumber: Melaka River Cruise

Jika anda mahu melihat keindahan Bandar Melaka tanpa melalui kesesakan jalan raya dan jauh daripada orang ramai anda boleh menaiki Melaka River Cruise.Kelebihan Melaka River Cruise ini adalah kerana anda boleh naik waktu siang atau malam.

Cruise ini bermula dari Jeti Muara, kemudia ia akan berhenti sebentar di Jeti Tanah Rempah dan selepas itu berpatah balik ke Jeti Tanah Rempah dimana ia berakhir.Ini cara yang bagus untuk menikmati pemandangan Bandar Melaka.

Bayaran Masuk: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30am – 11.00pm)

Lokasi: Melaka River Cruise Boarding Port, Jalan Tun Mutahir, 75300 Melaka


42. The Stadthuys

The Stadthuys
Sumber: Quekevelyn

The Stadthuys mercu tanda yang sinonimus dengan Melaka ini siap didirikan pada tahun 1660 dan dipercayai bahawa bangunan ini adalah bangunan kerajaan belanda yang tertua di Asia Tenggara. Mengikut sejarah The Stadthuys ini merupakan tempat pentadbiran kerajaan Belanda di negeri Melaka pada zaman penjajahan Belanda.

Pada tahun 1982 tempat ini diubah suai menjadi Muzium yang mempamerkan sejarah Melaka, dan sejarah penjajahan Portugis dan British. Seberang jalan dari Stadthuys ini adalah Jonker street.

Lokasi: Jalan Gereja, Bandar Hilir, 75000 Melaka


41. Baba Nyonya Heritage Muzium

Baba Nyonya Heritage Muzium
Sumber: asemus.museum

Baba Nyonya Heritage Muzium ini dibuka pada tahun 1985 dan mempamerkan sejarah dan budaya kaum peranakan di Negeri Melaka. Gabungan 3 lot teres ini adalah hak milik keluarga Baba dan Nyanya bernama keluarga Chan yand datang menetak di Melaka dengan tujuan untuk berniaga.

Keturunanya telah berjaya memelihara banyak dari ciri-ciri dan perabot asal rumah ini jesteru menjadikan tempat ini sebuah destinasi ideal untuk sesiapa yang berminat untuk belajar sedikit tentang budaya kaum peranakan ini.

Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-Kanak RM10

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (10.00 am – 6.00 pm, Tour Terakhir Pada Pukul 4.00 pm, Kemasukan Terakhir 4.15 pm) | Jumaat – Ahad (10.00 am – 6.00 pm, Tour Terakhir Pukul 5.00 pm, Kemasukan Terakhir 5.15 pm)

Lokasi:  48-50, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka


40. Masjid Selat

Masjid Selat
Sumber: Davidlohr Bueso

Masjid ini dibina diatas pulau buatan manusia bernama pulau Melaka dan pada waktu air pasang masjid ini umpama terapung di atas air laut selat Melaka. Masjid Selat ini di buka pada tahun 2006 dan ia meminjam konsep dan senibinanya dari masjid terapung Jeddah.

Senibina masjid ini adalah gabungan diantara seini bina timur tengah dan melayu. Ada juga hiasan yang dibuat daripada buluh dan ukiran kayu.

Tiang masjid ini juga mempunyai fungsi yang berlainan iaitu menjadi lampu isyarat buat bot dan kapal laut yang melalui selat Melaka pada malam yang gelap. Pada waktu malam masjid ini memang mengagumkan.

Lokasi: Masjid Selat, Pulau Melaka, 75000 Melaka


39. The Shore Oceanarium

The Shore Oceanarium
Sumber: Zaleha Rahmat

The Shorea Oceanarium ini merupakan tarikan baru di Melaka yang bertema hidupan laut. Di sini bukan anda dapat melihat hidupan laut yang unik anda juga dapat memegang haiwan akuatik seperti Ikan Yu, Kuda Laut, Starfish dan macam-macam lagi. Anak anda boleh berseronol sambil mendapat penghargaan alam semulajadi.

Bayaran Masuk: Dewasa RM33 | Kanak-Kanak RM23.50 | Warga Emas RM23.50

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10.30am – 9.00pm)

Lokasi: 2F-01, The Shore Shopping Gallery,193, Pinggiran @ Sungai Melaka,Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka


38. Muzium Cheng Ho

Muzium Cheng Ho
Sumber: Eliza

Muzium ini di buka khusus untuk mempamerkan sejarah Laksamana Cheng Ho dan menceritakan kisah penjelajahan beliau merentasi laut dalam usaha mencari dunia baru. Di sini anda dapat melihat kebijaksanaan beliau dan bagaimana dia berani mejelajah sampai ke Australia dan New Zealand menaiki kapal.

Selain daripada itu di Muzium Cheng Ho juga terdapat pameran seperti model kapal laut, tulisan kaligrafi,dan peralatan music traditional. Muzium ini terletak berhampiran dengan Jonker Street.

Bayaran Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM10

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)

Lokasi: 51 Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka


37. Menara Taming Sari

Menara Taming Sari
Sumber: Sham Hardy

Menara Taming Sari adalah Gyro tower pertama di Malaysia dan dibuka secara rasmi pada tahun 2008. Dengan ketinggian 110 meter, strurtur yang berpusing ini dapat memuatkan seramai 80 oran dan memberi pengunjung pandangan panoramik 360 darjah Bandar Melaka.

Seperti mana yang anda sudah teka, menara ini di namakan seperti keris Hang Tuah yang masih belum dijumpai lagi hingga ke zaman ini. Kalau di lihat dengan teliti mereka telah cuba membina menara ini menyerupai bentuk keris.

Bayaran Masuk: Dewasa RM16.10 | Kanak-Kanak RM10.45

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00am – 11.00pm)

Lokasi: Jalan Merdeka Banda Hilir, 75000 Melaka


36. Masjid Kampung Kling

Masjid Kampung Kling
Sumber: Amara

Masjid Kampung Kling ini di bina pada tahun 1748 dan boleh dijumpai di Jalan Harmoni. Sekali pandang jelas kelihatan pengaruh senibina jawa dan oriental di setiap penjuru. Kubah masjid selalunya bulat tetapi di masjid ini kubah nya seperti bangunan pagoda.

Hiasan dalam masjid pun boleh dikatakan lain daripada yang selalu kita jumpa di masjid lain di Negara kita. Pada tahun 1999 masjid ini dibaik pulih oleh kerajaan dan diishtiharkan monument sejarah.

Lokasi: Jalan Tukang Emas, 75200 Melaka


35. Taman Rama–Rama Melaka

Taman Rama-Rama Melaka
Sumber: Taman Rama-Rama

Anda dapat menjumpai ledih daripada 20 spesis rama-rama di Taman rama-rama Melaka. Taman ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu, rama-rama, taman reptilian, taman ikan koi dan tempat bergambar.

Bayaran Masuk: Dewasa RM22 | Kanak-kanak RM16

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.30am – 5.30pm)

Lokasi: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka, Malaysia


34. Taman Buaya

Taman Buaya Melaka
Sumber: Sham Hardy

Taman Buaya ini sudah lama menjadi sasaran pelancong ke Melaka dan dibuka kepada orang ramai semenjak tahun 1987. Kawasan kurungan buaya ini di reka untuk menyerupai habitat semulajadi haiwan ini.

Antara spesis buaya yang boleh ditemui di sini adalah Buaya America, Buaya Marsh Mugger India, Buaya Cayman dan lain-lain lagi. Anda juga dapat berhibur dengan tarikan bonus di sini seperti rumah mamalia dan rumah reptilia.

Bayaran Masuk:

Isnin – Jumaat: Dewasa RM15 | Kanak-Kanak RM10

Sabtu Ahad: Dewasa RM18 | Kanak-Kanak RM13

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)

Lokasi: Pusat Pelancongan Ayer Keroh, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka


33. Melaka Wonderland Theme Park

Melaka Wonderland Theme Park
Sumber: Melaka Wonderland

Melaka Wonderland Theme Park Resort adalah antara taman tema air yang bari dibuka di Negara kita dan boleh ditemui di Ayer Keroh Melaka. Satu fakta menarik tentang tarikan ini, jika dihitung jumlah air didalam semua kolam renang yang terdapat di taman tema air ini ia melebihi 200 juta liter.

Tempat ini memang sesuai untuk seisi keluarga kerana terdapat sebanyak 12 tarikan yang unik dan berbeza seperti Tornado chaser, Kamikaze Race, 1 Big Wave Pool dan Adventure Island.

Bayaran Masuk:

Isnin – Jumaat: Dewasa RM36 | Kanak-Kanak RM29

Sabtu Ahad: Dewasa RM40.50 | Kanak-Kanak RM34

Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (11.00am – 7.00pm) | Sabtu – Ahad (9.00am – 7.00pm)

Lokasi: Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450  Ayer Keroh, Melaka


32. A Famosa Resort

A Famosa Theme Park
Sumber: Afamosa Resort

A’Famosa Resort ini mempunyai 2 taman teman yang agak menarik. Pertama adalah A’famosa Water Park yang bergelar taman tema air terbesar di Malaysia. Disini kanak-kanak anda dapat bermain di Kids Adventure Party Pool dan anda pula boleh mencabar diri di gelongsor air High Speed Slides.

Taman tema kedua pula bertema safari dan diberi nama Safari Wonderland. Di sini anda berpeluang untuk melihat gelagat lucu haiwan liar di kawasan Safari Adventure, Monkey Island dan Farm House.

Bayaran Masuk: Dewasa RM69 | Kanak-kanak RM55

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.00am – 7.00pm) | Sabtu – Ahad (9.00am – 7.00pm) | Selasa (Tutup)

Lokasi: Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka


31. Bayoo Lagoon Park

Bayoo Lagoon Park
Sumber: bayoulagoon.co.my

Hanya 15 minit sahaja dari Bandar Melaka, Bayou Lagoon Park merupakan sebuah resort yang mempunyai service apartment, taman tema air dan pusat membeli belah semua di dalam tempat yang sama.

Bayaran Masuk: Dewasa RM28 | Kanak-kanak RM20

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 7.00pm)

Lokasi: Bayou Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, 75450 Melaka


30. Masbro Australia Village Homestay

Masbro Village Melaka
Sumber: Unik of Malaysia

Masbro Village ini mengambil ilham dari rumah berwarna –warni yang popular di tepi pantai Melbourne Australia. Kalau anda mencari tempat untuk bermalam semasa bercuti di Melaka anda boleh menginap di sini kerana ia merupakan homestay yang boleh memuatkan sehingga 6 orang.

Lokasi: Lot 291, Batu 7 ½, Paya Rumput,, Jalan Paya Rumput Perdana, 76450 Melaka


29. Melaka Skytrex

Skytrex Melaka

Memang kerap di lihat gambar kawan-kawan kita bergayut di media sosial sambil bergemira di Skytrex Melaka ini. Selain daripada Ayer Keroh Skytrex ini juga mempunyai cawangan di Langkawi dan Shah Alam.

Skytrex ini ideal untuk mereka yang suka aktiviti lasak dan mencabar. Disini anda dapat melakukan aktiviti seperti flying fox, tree climbing dan cabaran yang pasti mebuat anda berasa gayat. Selain daripada itu, di kawasan ini juga ada camping, kawasan piknik team building dan bermacam-macam lagi.

Bayaran Masuk: Dewasa RM60

Waktu Operasi: Isnin – Ahad | Round 1 (9.00am) | Round 2 (3.00pm)

Lokasi: Taman Botani, Durian Tunggal, 75450 Melaka


28. Taman Burung Melaka

Taman Burung Melaka
Sumber: dzulhelminasir.blogspot.co.uk

Jangan ingat Kuala Lumpur sahaja ada Taman Burung, Melaka pun ada. Taman Burung Melaka boleh dijumpai di Ayer Keroh berhampiran dengan Taman Botani Melaka. Di sini anda dapat melihat burung berterbangan bebas dan jika anda bernasib baik mungking berpeluang untuk bermain denga burung tersebut.

Bayaran Masuk: Dewasa RM17.80 | Kanak-kanak RM11.85

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00am-6.00pm)

Lokasi: Melaka Bird Park, Taman Botanikal, Lebuh Ayer Keroh 75450, Melaka


27. Maritime Muzium

Muzium Samudera
Sumber: Perzim.gov.my

Muzium Maritime atau Muzium Samudera, berjaya menarik sebanyak 20,000 orang sebulan. Di sini ini anda berpeluang untuk melihat bagai mana kekuatan tentera maritime memainkan peranan penting dalam menuntukan pihak yang berkuasa pada zaman tersebut.

Tarikan utama di sini merupaka replica kapal Flor de la Mar (Flower of the Sea) yang mengikut sejarah telah karam di perairan Sumatra. Agak teruja melihat bahtera dengan ketinggian 34 meter tinggi ini. Agaknya harta karun tu masih ada lagi tak dibawah dilaut sumatera?

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3

Waktu Operasi: Isnin (9.00am-6.00pm) | Rabu-Ahad (9.00am-6.00pm)

Lokasi: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka


26. Kolam Air Panas Jasin

Kolam Air Panas Jasin
Sumber: IrFamily

Kalau anda mencari tempat untuk bersantai sambil bermain air panas kenapa tak lepak di Kolam air panas Jasin. Anda boleh menjumpai Kolam Air panas Jasin di Kampung Air Panas Bemban.

Terdapat kelengkapan lain seperti tempat permainan kanak-kanak dan tempat letak kereta. Ada yang percaya bahaya air panas dapat membuat kulit anda putih berseri, kalau tak pergi tak tahu.

Bayaran Masuk: Dewasa RM6.50 | Kanak-kanak RM3.50

Waktu Operasi: Isnin (3.00pm-12.00) | Jumaat-Sabtu (9.00am-2.00am) | Selasa/Rabu/Khamis/Ahad (9.00am – 12.00pm)

Lokasi: Kg Air Panas, Bemban, Melaka


25. Muzium Kesultanan Melayu Melaka

Muzium Kesultanan Melayu Melaka
Sumber: Perzim.gov.my

Datang dan lihat sendiri kehidupan harian penduduk istana di Muzium Kesultanan Melayu Melaka. Di sini anda dapat melihat apa yang terkandung dibelakang dinding istana dan mempelajari tentang adat istiadat Kesultanan Melayu. Istana ini dibina dengan cara tradisional bagi mengekalkan ciri-ciri unik sejarahnya.

Bayaran Masuk: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.30pm)

Lokasi: Jalan Kota, 75000 Melaka, Malaysia


24. Zoo Melaka

Zoo Melaka
Sumber: Lathaa Rajoo

Kalau anda merancang aktiviti untuk seisi keluarga anda dapat meluangkan masa bersama keluarga di Zoo Melaka. Zoo Melaka merupakan Zoo kedua terbesar di Malaysia dan menjadi rumah kepada 215 spesis haiwan yang berbeza.

Antara haiwan yang boleh ditemui di Zoo Melaka ini adalah Badak Sumatera yang hamper pupus dan Gajah Kecil Asia yang kewujudanya di muka bumi ini juga terancam.

Bayaran Masuk: Dewasa RM17.80 | Kanak-kanak RM7.10

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am-6.00pm)

Lokasi: Jalan Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka


23. Pantai Klebang

Pantai Klebang
Sumber: ch4nw3e

Bagi meraka yang kerap datang ke Melaka pasti telah melihat keunikan Pantai Klebang. Ia menjadi sasaran popular pelancong yang melawat Bandar Melaka kerana kedudukan strategiknya yang berdekatan dengan Bandar.

Apabila anda berada di pantai ini bagaikan anda berada di padang pasir dengan bukit-bukit pasir kecil yang menambah kepada keunikan pantai ini.

Lokasi: Pantai Klebang, 75200 Melaka


22. Muzium Sejarah dan Etnografi

Muzium Sejarah dan Etnografi Melaka
Sumber: penselpatahtunteja.blogspot.com

Muzium Sejarah dan Etnografi adalah sebuah tarikan yang terletak di dalam bangunan kolonial Stadthuys. Seperti namanya, Muzium Sejarah dan Etnografi, muzium ini dibahagikan kepada 2 tingkat di mana di tingkat pertama memfokuskan kepada sejarah negeri Melaka dari awal kewujudannya pada tahun 1400 hinggalah tahun 1957 ketika mana Malaysia mencapai kemerdekaan.

Manakala, seksyen etnografi pula memberi info kepada para pelawat tentang kepelbagaian budaya dan tradisi komuniti-komuniti yang terdapat di bandaraya bersejarah ini termasuklah orang Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Portugis dan masyarakat Chitty.

Antara koleksi pameran yang boleh dilihat adalah barangan yang digunakan dalam sesebuah majlis perkahwinan dahulu kala, peralatan muzik klasik, koleksi barangan porselin purba, senjata, matawang dan banyak lagi!

Waktu Operasi: 9.00 am – 2.30 pm

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2

Alamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka


21. Hang Tuah Centre

Hang Tuah Centre Melaka
Sumber: aniesandyou.blogspot.com

“Tak Melayu hilang di dunia!” Pernah dengar? Kata-kata ini keluar dari mulut pahlawan yang terulung di Nusantara, Hang Tuah. Ingin tahu lebih mendalam tentang Hang Tuah? Anda boleh menuju ke Hang Tuah Centre, yang merupakan sebuah galeri di mana anda dapat mendalami kehidupan dan ketokohan Hang Tuah.

Bukan itu sahaja, di dalam kompleks Hang Tuah Centre ini juga anda boleh melihat 5 buah rumah pahlawan terkenal Melaka iaitu Rumah Hang Tuah sendiri (dijadikan pejabat pentadbiran Hang Tuah Centre), Rumah Hang Jebat (dijadikan tempat pameran keris), Rumah Hang Kasturi (pameran pakaian tradisional), Rumah Hang Lekiu (Akademi Perantara) dan Rumah Hang Lekir (Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Melaka). Di setiap rumah pahlawan ini juga lengkap dengan gelanggang silat.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.30 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3

Alamat: Kampung Jambatan Duyong, 75460, Melaka


20. Muzium Al-Quran Melaka

 Muzium Al-Quran Melaka
Sumber: Chongkian | CC By 4.0

Terletak hanyalah bersebelahan dengan Masjid Al Azim, masjid negeri Melaka, Muzium Al-Quran Melaka adalah sebuah muzium yang penting untuk dilawati untuk menambahkan lagi pemahaman tentang kitab suci agama Islam. Siapa yang tak teruja dengan kitab yang diturunkan beribu tahun yang lalu?

Terletak di dalam bangunan 2 tingkat, tingkat pertama padat dengan pelbagai koleksi al-quran yang indah dipandang mata dan juga unik. Seni kaligrafi juga turut dipamerkan di sekitar muzium ini.

Anda juga boleh membaca pelbagai informasi berkaitan dengan penurunan ayat Al-Quran, sejarah perkembangan Al-Quran, info majlis-majlis bacaan Al-Quran dan banyak lagi. Banyak sekali perkara yang dapat anda sekeluarga pelajari di sini.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.30 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM2 | Kanak-kanak RM1

Alamat: Jalan Solok Balik Bukit, Bukit Palah, Melaka


19. Muzium Adat Istiadat

Muzium Adat Istiadat Melaka
Sumber: Amir Mohd Rawi‎

Kalau namanya pun Muzium Adat Istiadat, pasti anda dapat membayangkan struktur muzium ini kan? Terletak di dalam rumah dengan senibina tradisional Melayu, muzium ini adalah lokasi di mana anda sekeluarga dapat memahami dengan lebih terperinci budaya dan gaya hidup nenek moyang pada zaman dahulu kala.

Antara yang dipamerkan di sini adalah barangan antik untuk perhiasan diri, porselin, pelamin untuk perkahwinan, peralatan yang digunakan dalam adat istiadat, gambar tokoh-tokoh daerah, senjata purba dan bermacam lagi.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.30pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM2 | Kanak-kanak RM1

Alamat: Bandar Alor Gajah, 78000 Alor Gajah, Melaka


18. Galeri Cheng Ho

Galeri Cheng Ho Melaka
Sumber: My Melaka

Pernah dengan tentang seorang puteri cina yang mengahwini Sultan Melaka? Kisah perkahwinan ini ada kaitannya dengan Laksamana Cheng Ho. Sekiranya anda melawat Galeri Cheng Ho, anda dapat mengetahui kisah bagaimana Cheng Ho boleh sampai ke tanah Melaka.

Kalau anda nak tahu, Cheng Ho adalah seorang pelayar yang terkenal yang telah melakukan banyak pelayaran ke Timur Tengah, Afrika dan juga Asia Tenggara dalam sekitar tahun 1405 ke 1433.

Dia telah membawa Puteri Hang Li Po untuk mengahwini Sultan Melaka pada sekitar pertengahan abad ke-15. Daripada sini, bermulalah komuniti Baba Nyonya di Melaka.

Antara barangan yang dipamerkan di sini adalah replika kapal, koleksi buku berkenaan Laksamana Cheng Ho, barangan porselin dan banyak lagi!

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.30pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2

Alamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka


17. Melaka River Park Cruise

Melaka River Park and Cruise
Sumber: Malaysia Tourist Guide Halim Tourist Guide

Tertanya-tanya apa cara terbaik untuk menikmati Melaka bila malam mula menjelma? Inilah aktivinya yang tidak patut anda lepaskan! Melaka River Cruise adalah aktiviti yang dapat membawa anda melihat Melaka dari sudut yang berbeza iaitu dari sepanjang Sungai Melaka.

Daripada atas kapal, anda sekeluarga dapat melihat keindahan cahaya penuh warna-warni yang memukau jiwa yang terpancar dari bangunan-bangunan di sepanjang sungai.

Sekiranya anda tidak sempat untuk ke sini pada waktu malam, pemandangan yang terhidang di depan mata di waktu siang juga tak kurang hebatnya. Pada waktu ini, anda dapat menyaksikan kemegahan bangunan-bangunan klasik di sekitar Melaka dengan lebih jelas. Waktu yang diambil untuk satu sesi cruise ini adalah dalam sekitar 30 ke 35 minit.

Apa-apa pun dinasihatkan supaya anda tidak duduk di kawasan terlalu depan dalam kapal kalau  tak nak air sungai terpercik pada pakaian, dan apatah lagi kamera yang mahal tu!

Sebelum ke sini juga jangan lupa untuk melawati website mereka bagi menyemak waktu operasi sebab kadangkala ianya tutup pada hari cuti.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 11.30 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM18 | Pelajar RM10

Alamat: Jalan Laksamana, 75000 Melaka


16. Hutan Rekreasi Sungai Udang

Hutan-Rekreasi-Sungai-Udang-melaka
Sumber: Asfazila Binti Aluwi

Hutan Rekreasi Sungai Udang merupakan sebuah tarikan alam semula jadi jenis hutan dipterokarp pamah dengan keluasan 335 hektar.

Di sinilah anda dapat menikmati udara oksigen yang 100% segar tanpa sebarang pencemaran sambil melakukan bermacam jenis aktiviti menarik yang sesuai seperti berkhemah, memerhati burung, merentas denai dan bermacam lagi!

Untuk pengetahuan anda, hutan ini terbahagi kepada 4 zon berbeza iaitu Zon 1 yang lengkap dengan kemudahan rekreasi, Zon 2 yang sering dijadikan tapak perkhemahan dan aktiviti berkumpulan, Zon 3 yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu “Nature Interactive Area” dan “General Public Interpretation”, serta Zon 4 yang kaya dengan bermacam jenis spesies flora dan fauna.

Alamat: Hutan Rekreasi Sungai Udang, 76300 Sungai Udang, Melaka


15. Muzium Senibina Malaysia

Muzium Senibina Malaysia Melaka Image
Sumber: jmm.gov.my

Muzium Senibina Malaysia adalah sebuah tarikan yang terletak di dalam bangunan 2 tingkat yang berwarna merah, warna yang ikonik di Melaka. Bangunan klasik ini pada asalnya adalah bangunan pentadbiran ketika waktu jajahan Belanda pada sekitar abad ke-18.

Muzium ini memiliki 3 bahagian galeri utama di mana anda dapat mempelajari banyak info sejarah serta perkembangan rekabentuk bangunan di Malaysia. Dengan melawati Muzium Senibina Malaysia, anda dapat mengetahui banyak perkara baru tentang senibina yang kebiasaannya dipengaruhi oleh pelbagai perkara seperti agama, mitos, alam semula jadi dan lain-lain.

Selain reka bentuk, ruang galeri yang mempamerkan motif-motif kayu turut terdapat di sini. Anda sekeluarga pasti teruja melihat kehalusan seni ukiran kayu yang agak luar biasa.

Dah puas melihat hasilnya, anda boleh meneruskan perjalanan melihat ruang galeri yang menunjukkan barangan pertukangan yang digunakan pada suatu ketika dahulu. Siapa kata kalau percuma tak best? Muzium ini adalah buktinya, sangat padat dengan informasi walau tidak mengenakan bayaran masuk.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.30 pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat:  Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka


14. Muzium Kastam Melaka

Muzium Kastam Melaka
Sumber: Yan David

Sememangnya Melaka ini cukup kaya dengan pelbagai jenis muzium, maklumlah, bandaraya bersejarahkan? Ini adalah satu lagi muzium yang luar biasa best di Melaka!

Muzium Kastam Melaka adalah muzium di mana anda dapat mempelajari sejarah kastam, operasi-operasi mereka yang berjaya dan banyak lagi! Tapi yang menjadi daya penarik sebenar muzium ini adalah pameran pelbagai barangan hasil rampasan pihak kastam. Kalau dah dirampas, mesti ada sebabnya kan?

Hanyalah sebuah muzium satu tingkat, namun pamerannya tetap padat dengan pelbagai benda menarik untuk dilihat.

Muzium ini secara amnya terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu galeri sejarah, galeri peralatan kastam yang pernah digunakan suatu ketika dahulu, galeri senjata yang dirampas, rampasan kulit binatang, patung, dadah dan banyak lagi yang rugi kalau tak dilihat!

Secara spesifiknya, di galeri peralatan kastam, anda dapat melihat banyak barangan-barangan antik daripada era lampau sekitar 50 ke 70-an seperti mesin taip, kompas, teropong, basikal klasik dan banyak lagi.

Untuk barangan rampasan pula adalah seperti keris yang bercetakkan ayat al-quran, pistol yang berukir, arca penyu yang sebenar, kenderaan berkuasa tinggi dan bermacam-macam lagi! Senang cerita, banyak benda unik yang tak terfikir dek akal ada di sini!

Lokasinya adalah bersebelahan dengan Jeti Melaka River Cruise dan juga Muzium Samudera.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Muzium Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Royal Malaysian Customs Department Muzium), Jalan Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka


13. Pantai Tanjung Bidara

Pantai Tanjung Bidara Melaka Beach Image
Sumber: Ziha Abdul Ghani

Sudah puas makan angin di sekitar bandar, nak sejukkan pandangan mata dan mengambil udara segar, anda boleh menuju ke Pantai Tanjung Bidara.

Bermacam aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini dan ini termasuklah bermandi-manda dan berfotografi. Anda sekeluarga dapat bermandi-manda dengan tenang kerana terdapat Menara Kawalan Pantai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang sentiasa mengawal keselamatan kawasan pantai.

Untuk aktiviti fotografi pula, sangat best untuk bergambar kat sini sebab kawasan sekitarnya dihiasi dengan lanskap perkampungan nelayan.

Mengenai kemudahan yang tersedia di sini pula, terdapat kedai-kedai makan, tandas awam, bilik mandi, taman permainan kanak-kanak dan tempat untuk meletak kereta.

Alamat: Tanjung Bidara, Masjid Tanah, 78300 Kampong Tanjong Bedara, Malaysia


12. Roti Canai Kayu Arang

Roti Canai Kayu Arang Melaka
Sumber: Roti Canai Kayu Arang

Siapa tak suka makan roti canai? Walaupun tak suka roti canai, lepas je anda cuba Roti Canai Kayu Arang dekat Kampung Bakar Batu ni, anda akan mula menggilai makanan ni. Apa yang istimewa sangat dengan Roti Canai Kayu Arang ni?

Keenakan roti canai yang dihidangkan di kedai ini adalah disebabkan oleh penggunaan kayu arang untuk memasak roti canainya. Tak pakai minyak pun! Disempurnakan lagi dengan kuah dal yang pekat, pasti nak order lagi!

Namun begitu, disebabkan tahap kesedapan roti canainya yang lain macam, anda terpaksa menunggu lama untuk tempahan siap, tapi percayalah, penantian anda sangat berbaloi! Selain roti canai biasa, anda juga boleh mencuba Roti Nachosnya yang menjadikan kedai ni viral!

Resepi lain yang boleh dicuba adalah Roti Tampal ‘Dangdut’ (roti telur), Nasi Lemak Kukus dan banyak lagi! Untuk anda yang tak tahu, Roti Canai Kayu Arang pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan!

Waktu Operasi: 7.00 am – 12.00 pm

Alamat: Lot 459, Kampung Bakar Batu, 75350 Bachang, Melaka


11. Muzium Islam Melaka

Muzium Islam Melaka Image
Sumber: Norazlinda Misran

Sedang anda berjalan-jalan di sepanjang Jalan Kota, Melaka, Muzium Islam Melaka, pandangan mata anda pasti akan terlihat sebuah bangunan bertona merah ini.

Bangunan ini pada asalnya digunakan sebagai pejabat Majlis Agama Islam Melaka-MAIM. Namun kini telah menjadi milik Muzium Islam Melaka yang memiliki fungsi yang penting dalam memelihara dan memulihara pelbagai koleksi yang berkaitan dengan Islam.

Antara yang dipamerkan di sini adalah sebuah replika al-quran yang terawal, replika pedang Rasulullah SAW dan juga info sejarah masjid.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.30 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2

Alamat: Jalan Kota, 75000 Melaka


10. Muzium Sastera

Muzium Sastera Melaka
Sumber: Schrodinger Heritage Travel Accommodation

Anda seorang pencinta sastera? Jangan lupa untuk menjejakkan kaki ke dalam Muzium Sastera yang terletak di Jalan Kota ni. Tujuan muzium ini dibina adalah untuk memelihara semua karya agung hasil penulisan orang Melayu agar tidak lupus dimamah masa.

Muzium yang dirasmikan pada tahun 1984 ini turut mengumpulkan pelbagai koleksi naskhah manuskrip yang original hasil tulisan tangan dari seluruh dunia.

Bukan sahaja menyimpan karya-karya seperti cerita rakyat, dan sastera Melayu Moden yang lain, muzium ini turut memberikan ruang istimewa kepada penulisan tradisional lain seperti nazam, puisi, pantun, gurindam dan lain-lain.

Untuk pengetahuan anda, muzium ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu ruang sejarah perkembangan semasa, bahagian yang menerangkan bagaimana Melaka memainkan peranan dalam perkembangan sejarah, dan juga sebuah galeri yang dikhaskan untuk sasterawan negara, A. Samad Said.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.30 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2

Alamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka


9. Straits Jewellery Museum

Straits Jewellery Museum Melaka
Sumber: Straits Chinese Jewellery Museum

Straits Jewellery Museum terletak di dalam sebuah bangunan yang menjadi peninggalan lama Baba Nyonya. Sebaik melangkah masuk ke dalam bangunan muzium ini anda akan disajikan dengan rekaan dalaman unik yang mempamerkan budaya Baba Nyonya. Bukan sahaja barangan perabot antik yang ada dalam muzium ni, tapi juga barangan kemas yang sangat jelas sentuhan Peranakannya.

Di samping itu, peralatan antik yang digunakan untuk menghasilkan barangan kemas juga dapat dilihat dengan lebih dekat di muzium ini.

Jangka masa yang diambil untuk puas melihat semua yang ditawarkan di dalam Straits Jewellery Museum adalah dalam sekitar 45 minit dan mungkin juga sampai 1 jam kalau anda nak tahu lebih banyak perkara dengan terperinci.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30 am – 5.30 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10

Alamat: No 108 Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka 75250


8. Mini Malaysia Asean Cultural Park

Mini Malaysia Asean Cultural Park Melaka
Sumber: Malaysia ASEAN Culture Village, Ayer Keroh Melaka

Mini Malaysia Asean Cultural Park adalah sebuah taman budaya yang menjadi tapak untuk mempamerkan kepelbagaian reka bentuk rumah tradisional daripada 13 buah negeri di Malaysia seperti rumah kayu Perlis, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah dan banyak lagi.

Seperti namanya, kawasan ini bukan sahaja dikhaskan untuk rumah kampung Malaysia, tapi juga dari rantau asia yang lain seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan banyak lagi.

Yang menariknya, di dalam rumah ‘perkampungan’ Mini Malaysia ini juga anda sekeluarga dapat mencuba pelbagai aktiviti kebudayaan seperti permainan tradisional, rawatan spa tradisional, menyewa pakaian tradisional, memasak, mencanting batik dan banyak lagi!

Bukan itu sahaja, tarikan lain yang terdapat di sini adalah kolam renang percuma, permainan carousel, roller coaster dan macam-macam lagi!

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 5.30 pm) | Sabtu Ahad (9.00 am – 6.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM18 | Kanak-kanak RM10

Alamat: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka


7. Makam Hang Jebat

Makam Hang Jebat Melaka
Sumber: Salmee Bin Abdullah

Bukan sahaja terkenal dengan Laksamana Hang Tuah, saudaranya Hang Jebat juga cukup mahsyur di negeri Melaka. Berdasarkan kisah yang disampaikan, Hang Jebat telah mati dibunuh oleh Hang Tuah sendiri dalam satu pertarungan yang berlangsung selama 3 hari 3 malam.

Hang Jebat telah ditusuk oleh keris Taming Sari milik Hang Tuah yang akhirnya membawa kepada kematiannya. Hang Jebat kemudiannya dikebumikan di bandar lama Melaka berdekatan dengan Jonker Street.

Alamat: Jalan Kampung Kuli, 75200 Melaka


6. Muzium Setem Melaka

Muzium Setem Melaka
Sumber: Perbadanan Muzium Melaka

Tidak jauh dari Kota A Famosa terletaknya sebuah muzium yang menarik dan lengkap dengan pelbagai koleksi setem menarik dari berdekad lamanya iaitu Muzium Setem Melaka.

Sebaik sampai ke kawasan muzium, anda pasti akan terlebih dahulu ingin menikmati seni binanya yang klasik dengan pengaruh daripada Eropah dan tempatan. Bangunan muzium ini dikatakan telah dibina hasil tangan buruh Cina tempatan dan orang Melayu sendiri. Bangunan ini pada asalnya dibina pada zaman Belanda sebagai tempat kediaman mereka, fungsinya sebagai tempat kediaman dikekalkan ketika kedatangan Inggeris.

Apabila anda melangkah masuk ke dalam muzium, anda akan terpandang banyak info berkaitan dunia persuratan dan setem. Info tentang dari mana persuratan atau pengeposan bermula dan bagaimana ianya bermula dapat diketahui di muzium ini.

Meneruskan langkah kaki di dalam muzium, anda akan dapat melihat pelbagai koleksi setem klasik dari sekitar 50-an hinggalah tahun 2003.

Bukan itu sahaja, peralatan lama yang digunakan dalam proses pengeposan suatu ketika dulu juga dapat dilihat di muzium ini.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2

Alamat: Jalan Kota Bandar Hilir, Melaka 75000


5. Villa Sentosa

Villa Sentosa Melaka
Sumber: Tourism Melaka

Villa Sentosa adalah sebuah rumah tradisional yang terletak di dalam Kampung Morten di tepian Sungai Melaka.

Kalau anda nak tahu, di dalam Kampung Morten ini terdapat lebih daripada 50 buah rumah Melayu lama yang beratapkan zink, namun begitu daripada banyak-banyak rumah ni, Villa Sentosa adalah yang paling elok terjaga dan menarik untuk dilihat.

Villa ini merupakan sebuah Muzium Melayu Hidup yang dapat membuatkan anda rasa seolah-olah berada di masa lalu. Ruang dalam villa ini dipenuhi dengan perabot antik, barangan lama di atas meja dan gambar-gambar klasik.

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (9.00 am – 6.00 pm) | Jumaat (2.00 pm – 6.00 pm)

Bayaran Masuk: Percuma Namun Digalakkan Untuk Memberikan Sumbangan

Alamat: Lorong Tun Mamat 1, Kampung Morten, 75300 Melaka


4. Perigi Hang Tuah

Perigi Hang Tuah Melaka
Sumber: Fe’daus Aus

Kalau anda memiliki minat yang mendalam dengan sejarah Hang Tuah, jangan lepaskan peluang untuk melawat perigi yang dikatakan digali sendiri oleh Hang Tuah. Perigi Hang Tuah ini terletak di dalam kawasan kampung di mana Hang Tuah dilahirkan iaitu Kampung Duyong.

Banyak perkara menarik berkaitan perigi ini telah berlegar dalam masyarakat sekitar. Yang pertama, ada yang mengatakan saiz perigi ini kian membesar dari masa ke masa.

Kepercayaan menarik yang kedua pula adalah dikatakan yang orang ‘tertentu’ dapat melihat rupa sebenar perigi ini yang telah berubah menjadi buaya putih. Perkara misteri lain yang berkaitan dengan perigi ini adalah bagaimana air di dalam perigi ini tidak pernah kering walaupun tiba musim kemarau.

Alamat: Kampung Duyong, 75430 Melaka


3. Mahkota Parade

Mahkota Parade Melaka
Sumber: Melaka Neon Run 2018

Mahkota Parade memulakan operasinya pada tahun 1994 dan kini menempatkan hampir 200 buah kedai yang terdiri daripada jenama-jenama antarabangsa, makanan dan tempat berhibur.

Pusat membeli-belah ini lengkap dengan lebih daripada 1000 tempat meletak kereta  dan dikelilingi oleh tarikan-tarikan yang menarik di Melaka seperti Kota A Famosa, St. Paul’s Hil dan pusat membeli-belah yang lain, Dataran Pahlawan mall.

Apa yang anda ingin lakukan? Nak membeli barangan keperluan? Ada Giant Hypermarkat. Nak berhibur? Anda boleh menonton movie terbaru di panggung wayangnya. Nak shopping? Mahkota Parade turut memiliki Parkson, The Body Shop dan banyak lagi!

Dah berpeluh-peluh berjalan di sekitar Melaka, inilah waktunya anda sekeluarga boleh menyejukkan badan dalam aircond mall.

Alamat: Mahkota Parade, Jalan Merdeka, 75000 Melaka


2. Jonker Walk

Jonker Walk
Sumber: Vanjielicious

Jonker Walk ini destinasi wajib dilawati semasa melancong ke Melaka nanti. Jonker Walk ini terkenal sebagai tempat membeli belah yang popular di Bandar Melaka.

Jika anda malas hendak bejalan anda boleh menaiki beca yang dihias penuh dengan lampu. Jika anda mencari kedai yang menjual cenderamata anda pasti menjumpainya di sini.

Lokasi: Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka


1. Kota A Famosa

Kota A Famosa
Sumber: Hishan Gani

Kota A Famosa dipilah sebagai tarikan penutup tirau entri ini kerana ia sudah lama dikenali sebagai mercu tanda paling popular di Melaka. Mengikut sejarah Ia didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di Melaka.

Pada tahun 1807 banyak kebanyakkan dari pada  bangunan ini telah diruntuhkan dan yang tinggal adalah sebahagian daripada pintu gerebang dan Portade Santiago. Apa yang dapat dilihat sekarang hanya sebahagian kecil sahaja daripada kubu asal.

Ini adalah tarikan yang wajib dilawati semasa anda bercuti ke Melaka nanti kerana ia merupakan satu detik penting dalam sejarah Negara kita.

Lokasi: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Alor Gajah, 78000 Melaka

Berakhir sudah senarai tempat menarik di Melaka dan saya harap ia dapat membantu anda semasa berada disana nanti.


Penginapan Di Melaka

sebahagian besar daripada kepuasan bercuti datang dari tempat penginapan semasa berada di destinasi percutian. Di bawah kami sediakan beberapa cadangan penginapan untuk memberi anda sedikit gambaran pilihan hotel yang ditawarkan di Melaka.

Hotel Arissa

Hotel Arissa Melaka - Main Image

Hotel Arissa adalah sebuah hotel yang menawarkan 69 buah bilik yang dihias dengan penuh elegan. Dari bilik penginapan juga anda dapat menikmati pemandangan yang mengasyikkan kawasan bandar sekitar Melaka.

Antara kemudahan menarik yang disediakan di sini adalah khidmat sewaan basikal, van shuttle dan akses wifi.

Hotel Arissa Melaka - Room Image

Lokasinya cukup strategik, terletak di tengah-tengah Melaka iaitu di Jalan Pelanduk Putih. Untuk menuju ke kawasan tarikan seperti Dataran Pahlawan Mall, Mahkota Parade Mall dan The Stadhuys, masa yang diambil hanyalah dalam sekitar 10 minit sahaja dari hotel.

Harga: Dari RM100+ Semalaman

Alamat: No.2 , Jalan Pelanduk Putih, 75300 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


The Rucksack Caratel – Jonker Wing

The Rucksack Caratel Melaka Hotel - Main Image

The Rucksack Caratel – Jonker Wing terletak di tengah-tengah bandaraya bersejarah ini.

Bukan sahaja mampu menarik ramai dari segi lokasinya, anda juga akan tergoda dengan dekorasi dalamannya yang cukup unik di mana perekanya menggabungkan kesemua elemen penting Melaka seperti pengaruh Portugis, Belanda dan Peranakan.

The Rucksack Caratel Melaka Hotel - Room Image

Bukan itu sahaja, sarapan yang disediakan di hotel ini juga sangat memuaskan hati kerana kaya dengan pelbagai hidangan yang enak.

Harga: Dari RM166+ Semalaman

Alamat: 16 Jalan Laksamana Bandar Hilir, 75000 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


Ibis Melaka

Ibis Hotel Melaka - Main Image

Ibis Melaka adalah sebuah penginapan moden yang pasti akan membuatkan mata anda terpesona dek kerana sentuhan dalamannya yang sangat menarik.

Bila anda melihat kesempurnaan rekaan dalamannya, terasa terkejut dengan bayaran yang dikenakan. Cukup murah untuk sebuah penginapan yang kelihatan mewah dan moden.

Ibis Hotel Melaka - Room Image

Antara kemudahan menarik yang disediakan adalah akses wifi percuma dan juga pusat kecergasan.

Lokasinya, hanyalah 700 meter dari tarikan Porta de Santiago dan 1.6 km dari Fort St John. Sekiranya teringinkan kudapan sewaktu berehat-rehat di dalam bilik, kedai serbaneka yang dibuka 24 jam hanyalah beberapa tapak dari hotel.

Harga: Dari RM168+ Semalaman

Alamat: 249 Jalan Bendahara, 75100 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


1825 Gallery Hotel

1825 Gallery Hotel Melaka - Main Image

Sekiranya anda seorang pencinta sejarah, apa kata kalau anda menginap di 1825 Gallery Hotel. Dengar namanya sahaja dah dapat rasa aura klasiknyakan?

Bukan sekadar nama, bangunan hotel ini sememangnya telah wujud berdekad lamanya di mana pada awalnya ia digunakan sebagai gudang untuk menyimpan tepung yang datang daripada negara luar.

Lokasinya yang strategik iaitu di tepian sungai, menjadikan ia sebuah gudang yang aktif digunakan pada suatu ketika dahulu.

1825 Gallery Hotel Melaka -Room Image

Sebaik anda melangkah masuk ke dalam hotel, dapat dilihat dekorasinya yang cukup terperinci dan menarik pandangan mata.

Bukan itu sahaja, hotel ini turut menawarkan pemandangan yang indah sekitar Melaka dari bilik yang diinapi. Sungguh puas pandangan mata anda sekiranya menginap di hotel ini.

Untuk berhibur, anda boleh menggunakan kemudahan wifi yang super laju dan siaran tv yang pelbagai.

Harga: Dari RM170+ Semalaman

Alamat: 27, Jalan Bunga Raya, 75100 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


Novotel Melaka

Novotel Melaka Hotel - Main Image

Novotel Melaka adalah sebuah hotel bertaraf 4 bintang dengan 351 buah penginapan yang menawarkan pemandangan memukau pandangan Selat Melaka dan juga kawasan sekitar Melaka.

Bilik-bilik yang ditawarkan di hotel ini cukup luas dan dihias indah dengan konsep moden. Setelah puas berehat di dalam bilik, anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan menarik yang disediakan hotel seperti kolam renang yang luas, sauna dan pusat kecergasan.

Bagi anda yang membawa anak kecil pula, pihak hotel turut menyediakan ruang khas untuk mereka berseronok.

Novotel Melaka Hotel - Room Image

Antara kemudahan lain yang disediakan adalah wifi percuma serta TV LED 42 inci untuk digunakan sebagai hiburan sambil berehat setelah puas berjalan di sekitar Melaka.

Harga: Dari RM178+ Semalaman

Alamat: Jalan Melaka Raya 2, 75000 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com


Banyak  penginapan menarik yang ditawarkan di Melaka ni. Namun begitu, sekiranya anda inginkan penginapan yang dapat menyempurnakan keseronokan anda di Melaka, anda boleh membaca artikel kami tentang 23 Hotel Menarik di Melaka.

Jika anda sedang merancang percutian bajet bersama keluarga ataupun road trip bersama rakan-rakan anda boleh merujuk entri 21 hotel murah di Melaka yang pasti memberi nilai paling baik untuk wang anda.

Jika anda lebih gemarkan penginapan yang terletak ditengah-tengah bandar Melaka, sila baca ulasan kami tentang 11 hotel bajet di Bandar Hilir Melaka.

Tapi, kalau anda bercadang untuk melancong dengan keluarga besar ataupun geng yang ramai, anda boleh membaca artikel kami tentang Homestay di Melaka untuk penginapan yang selesa diinapi beramai-ramai.

Kalau anda ingin datang bercuti ke Melaka bersama keluarga dengan anak-anak, anda boleh memilih mana-mana penginapan yang tersenarai dalam artikel kami, 12 Resort di Melaka untuk penginapan yang selesa dan yang menawarkan banyak aktiviti menarik untuk dilakukan bersama anak-anak.

Senarai ini masih lagi tak cukup? Anda boleh melayari booking.com untuk pilihan penginapan terhebat yang tiada penghujungnya dengan harga yang terbaru.

Saya harap informasi yang tertulis diatas dapat membantu anda membuat pilihan terbaik semasa bercuti nanti. Apa-apa pun yang anda pilih saya harap anda selamat bercuti ke Melaka dan jangan lupa pulang membawa kenangan manis.