Categories
Malaysia Travel Guide

16 Hotel Murah Di Muar | Bilik Selesa Bawah RM250 Semalam

 

Tak tahu nak ke mana dengan keluarga untuk cuti akan datang? Apa kata kalau anda jadikan Muar sebagai destinasi cuti nanti? Salah satu sebab penting anda kena pilih Muar sebagai pilihan adalah kerana ia telah dinobatkan sebagai salah satu bandar yang terbersih dalam anugerah Asean Clean Tourist City Standard Award 2017 pada Februari 2018 baru-baru ni.

Dari tarikan alam semula jadi Gunung Ledang dan Sungai Muar hinggalah kepada kewujudan kedai-kedai makan yang best, macam-macam untuk diteroka di sekitar Muar ni sebenarnya. Disebabkan banyak tarikan tersimpan di sini, maka banyak jugalah penginapan yang ditawarkan untuk memudahkan ‘pengembara’ Muar berehat.

Namun tak semua penginapan dapat memberikan nikmat rehat yang sebenar, lebih-lebih lagi dalam harga yang murah. Untuk menyelesaikan masalah ni, kami senaraikan kesemua hotel murah di Muar yang pasti membantu anda tidur lena dalam harga yang sangat berpatutan. Nak tahu di mana? Teruskan membaca.

16. Bei Boutique Hotel

Bei Boutique Hotel Muar - Main Image

Kalau anda berjalan di sekitar Jalan Abdul Rahman di Muar ini, pandangan mata anda pasti akan tertarik dengan sebuah bangunan moden yang terdapat di sini, dan berkemungkinan besar bangunan yang menarik perhatian anda ini adalah Bei Boutique Hotel.

Bukan setakat cantik, kalau anda menginap di sini juga anda dapat menggunakan salah satu kemudahan menarik yang disediakan di sini iaitu ruang bacaan atau perpustakaannya yang padat dengan pelbagai jenis buku yang menarik untuk dibaca. Sambil bersantai membaca, anda boleh menikmati kopi atau minuman lain yang disediakan secara percuma!

Bei Boutique Hotel Muar - Room Image

Nak lagi sebab kenapa anda perlu pilih hotel butik ini? Sebabnya adalah kerana hotel ini turut memiliki pusat kecergasannya sendiri. Mungkin anda dah makan macam-macam semasa bercuti ni, inilah peluangnya untuk anda kembalikan bentuk badan asal.

Harga: Dari RM185+ Semalaman

Alamat: 8-3, Jalan Abdul Rahman, Johor, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com


Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Muar

15. Muo Villa

Muo Villa Muar - Main Image

Nak feel macam orang kaya? Inilah peluangnya! Menginaplah di Muo Villa. Hiasan dalaman yang tak ubah seperti hotel, dilengkapkan lagi dengan kolam renang, Muo Villa adalah rumah idaman sesiapa sahaja! Memang bestlah dapat menginap dekat rumah  idaman masa waktu cuti kan?

Muo Villa Muar - Room Image

Bilik-bilik yang ditawarkan cukup luas dan lengkap dengan semua kemudahan seperti di rumah sendiri. Sesetengah bilik di villa ini juga turut memiliki ruang balkoni yang boleh dijadikan lokasi bersantai anda di waktu petang sambil menikmati pemandangan indah dan udara yang segar.

Lokasinya, terletak hanyalah 8 minit daripada kawasan bandar dan 10 minit daripada Tanjung Emas.

Harga: Dari RM150+ Semalaman

Alamat: 233-2, Jalan Meriam, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com


14. Tropicana Boutique Hotel

Tropicana Boutique Hotel Muar - Main Image

Tropicana Boutique Hotel adalah sebuah penginapan bertaraf 3 bintang yang sangat sempurna untuk diinapi sekiranya anda suka berjalan-jalan cari makan. Kerana di sini terdapat banyak kedai-kedai dan kafe menarik di sekitarnya seperti Papparich yang berada di tingkat bawah hotel, Pizza Hut, Chatime, McD dan Starbucks! Kalau anda memang kaki makanan western, anda patut booking hotel ni!

Bukan itu je, pihak Tropicana Boutique Hotel turut memberikan voucher untuk anda menikmati sarapan pagi di Papparich. Breakfast anda pasti tidak mengecewakan.

Tropicana Boutique Hotel Muar - Room Image

Mengenai penginapan ini sendiri, Tropicana Boutique Hotel menyediakan 29 buah bilik yang selesa dan juga 4 buah homestay. Mana satu yang menjadi pilihan anda? Fasiliti yang disediakan hotel butik ini juga sangat memuaskan hati yang mana mereka menyediakan water dispenser di setiap tingkat, kemudahan karaoke, Far Infrared (FIR) Sauna dan juga Business Centre. Tak macam hotel bajet kan?

Harga: Dari RM103+ Semalaman

Alamat: 82-54, Tkt 2, Jalan Bakri 2 Kg Kenangan Tun Dr. Ismail, Johor, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com


13. Sabak Awor Resort

Sabak Awor Resort Muar - Main Image

Bagi anda yang mendambakan suasana damai dan kekampungan, Sabak Awor Resort adalah penginapan yang anda cari. Terletak di tepi Sungai Muar, anda sekeluarga dapat menikmati pemandangan indah ini sambil menjamu selera makanan laut yang dihidangkan di restoran milik resort.

Disebabkan lokasinya ini juga, banyak aktiviti yang boleh anda sekeluarga rancang untuk lakukan seperti menikmati pemandangan matahari terbenam daripada jeti, river cruise dan memancing. Pilihan yang tepat untuk percutian bukan?

Sabak Awor Resort Muar - Room Image

Mengenai penginapan di resort ini, Sabak Awor Resort menawarkan 45 buah bilik yang dihias dengan simple. Dari bilik-bilik yang selesa ini juga anda dapat menikmati pemandangan sama ada taman yang tenang, laman ataupun sungai Muar. Keselesaan dan kebersihan bilik ini juga sangat memuaskan hati.

Mengenai kemudahan yang disediakan, Sabak Awor Resort turut menyediakan kemudahan barbeku dan khidmat sewaan basikal sekiranya anda ingin makan angin di sekitar kawasan.

Harga: Dari RM95+ Semalaman

Alamat: Lot 9094 Sabak Awor,Batu 3 Jalan Bakariah Batu ,Tepi Sungai, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com


12. Muar Traders Hotel

Muar Traders Hotel - Main Image

Walaupun menawarkan harga yang bermula bawah daripada RM130, Muar Traders Hotel bukanlah sebuah hotel murah yang biasa.

Sekiranya anda melihat dekorasi dalaman hotel ini, dapat dirasakan aura mewah seperti mana layaknya sebuah hotel penginapan. Antara penginapan yang ditawarkan adalah apartment dengan 1 atau 2 buah bilik, bilik deluxe dan early bird room.

Muar Traders Hotel - Room Image

Pemandangan yang dapat dinikmati daripada bilik-bilik yang dihias dengan warna neutral ini juga sungguh mengujakan iaitu pemandangan Sungai Muar yang mengalir dengan tenang, jangan melepaskan peluang untuk melihat keindahan matahari terbenam.

Sekiranya perut berbunyi sewaktu sedang bersantai di dalam bilik, anda boleh turun ke tingkat bawah untuk mengisi kelaparan dengan makanan-makanan enak dari kedai donut, Secret Recipe ataupun Domino.

Lokasinya, terletak dekat dengan masjid dan di tengah-tengah pekan Muar. Sangat strategik!

Harga: Dari RM129+ Semalaman

Alamat: 16, Jalan Petrie, Muar, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com


11. The Grace Hotel

The Grace Hotel Muar - Main Image

The Grace Hotel adalah sebuah penginapan selesa yang sangat menarik untuk dijadikan pilihan penginapan. Ini kerana bilik-biliknya dihias dengan begitu menarik menggabungkan warna-warna neutral seperti coklat dan putih yang sedap dipandang mata. Kalau anda seorang yang berjiwa klasik, inilah aura yang dipancarkan The Grace Hotel.

The Grace Hotel Muar - Room Image

Mengenai lokasinya, cukup menarik kerana di tingkat bawah hotel ini, anda boleh membeli bermacam jenis roti dari kedai roti. Kalau tak rasa nak makan roti, anda boleh berjalan kaki menuju ke banyak lagi kedai lain seperti Secret Recipe, Starbucks dan macam-macam lagi. Sekiranya anda ingin membeli kudapan untuk dimakan sambil makan angin di Muar, 7/11 juga hanyalah di sekitar hotel.

Mengenai kemudahan yang terdapat di hotel ini, The Grace Hotel menyediakan wifi percuma dan mesin kopi dengan minuman seperti teh tarik dan white coffee.

Harga: Dari RM78+ Semalaman

Alamat: No.73 Jalan Pesta 1/3 No.73 Jalan Pesta 1/3, Jalan Bakri 84000 Muar, Johor

Selanjutnya Di Booking.com


10. 52 The Grace Hotel

52 The Grace Hotel - Main Image

52 The Grace Hotel adalah hotel yang berbeza dengan The Grace Hotel. Diberikan nama 52 The Grace Hotel kerana alamatnya yang bernombor 52. Bukan sahaja perbezaan lokasi, rekaan dalamannya juga luar biasa berbeza.

Bila anda melangkah masuk ke dalam bilik, mata anda akan tertarik dengan dekorasi dalamannya yang memang superb ditambah lagi dengan kesempurnaan wallpaper yang diletakkan pada dinding. Terasa seperti menginap di dalam bilik yang mewah.

52 The Grace Hotel Muar - Room Image

Lokasinya, di kawasan yang lengang daripada sebarang gangguan, membolehkan anda menikmati tidur malam yang lena. Ia juga terletak dekat dengan stesen minyak Petronas yang hanyalah 3 minit pemanduan dari sini. Lapar? 7/11, McD dan Secret Recipe semuanya tidak jauh dari hotel ini.

Harga: Dari RM88+ Semalaman

Alamat: Nombor 52 Sialin Commercial Centre, Jalan Bakri, Muar, 84000 Johor

Selanjutnya Di Booking.com


9. Elite Hotel

Elite Hotel Muar - Main Image

Kalau anda nak semuanya ada di sekitar, Elite Hotel adalah penginapannya. Hotel ini terletak betul-betul di atas Old Town White Coffee sekiranya anda ingin menikmati makanan yang mengenyangkan setelah kepenatan berjalan-jalan.

Kalau ingin mencari kudapan atau barangan keperluan yang lain, 99 Speedmart juga terdapat di sini. Sekiranya anda tidak kisah untuk berjalan kaki dalam sekitar 10 ke 15 minit, terdapat banyak pilihan kedai makan yang lain. Untuk beraktiviti, taman Tanjung Emas tidak jauh dari hotel.

Elite Hotel Muar Room - Main Image

Elite Hotel adalah sebuah hotel 2 tingkat yang menawarkan 46 buah bilik untuk dipilih. Bilik-bilik ini dihias dengan moden dan berlantaikan jubin. Hotel ini juga sesuai untuk diinapi bersama keluarga kerana keluasan bilik-bilik yang ditawarkannya.

Kemudahan lain yang disediakan adalah akses wifi yang mantap kelajuannya!

Harga: Dari RM95+ Semalaman

Alamat: 5-20, Jalan Ibrahim, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com


8. MUO Resort

MUO Resort Muar - Main Image

Sebaik anda menjejakkan kaki di kawasan MUO Resort ini, mesti terasa macam tak percaya yang resort ini terletak di tengah-tengah bandar namun begitu, hiruk-pikuk kota langsung tidak mengganggu resort. Pemandangan penuh kehijauan yang menyegarkan mata dapat dinikmati di sekitar hotel sambil duduk bersantai di kerusi-kerusi rehat yang tersedia di sini.

Anda sekeluarga juga boleh menggunakan kemudahan yang disediakan untuk memeriahkan lagi percutian anda di Muar seperti menaiki basikal percuma yang dah ready menanti anda di resort, berkaraoke yang juga percuma atau membawa anak-anak anda bermain di taman permainan yang disediakan. Kemudahan lain yang ada adalah tempat meletak kereta dan wifi percuma.

MUO Resort Muar - Room Image

Bilik-bilik yang ditawarkan resort ini luas dan selesa untuk diinapi bersama keluarga. Dekorasi dalamannya juga mampu membuat anda rasa jatuh cinta pada pandangan pertama. Cukup menyegarkan mata.

Lokasinya, terletak dekat dengan 7E yang hanyalah di seberang jalan dan juga kawasan bandar.

Harga: Dari RM136+ Semalaman

Alamat: 8-2, Jalan Abdul Rahman, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com


7. Homestay Muar

Homestay Muar - Main Image

Tak pasti nak duduk homestay atau hotel? Anda boleh booking Homestay Muar sebab penginapan ini menawarkan fasiliti yang lengkap seperti di rumah sendiri dan dalam masa yang sama menawarkan penginapan bilik yang tidak ubah seperti menginap di hotel!

Segalanya tentang penginapan ini sangat sempurna. Bukan itu sahaja, bilik-biliknya juga sangat luas ditambah lagi dengan tahap kebersihan yang hebat!

Homestay Muar - Room Image

Namun begitu, anda perlu tahu bahawa homestay ini menawarkan penginapan berdasarkan harga bilik dan bukannya satu rumah.

Antara bilik yang boleh dipilih adalah bilik double/twin, bilik deluxe, suite, bilik keluarga dan beberapa jenis penginapan apartment.

Tapi kalau ada bajet lebih dan datang dengan keluarga yang besar, anda boleh menyewa keseluruhan homestay ini. Berkaitan dengan kemudahan yang disediakan, Homestay Muar memiliki ruang dapur kongsi dan wifi yang pantas!

Harga: Dari RM49+ Semalaman

Alamat: 25-26, Jalan Tanjung 4/1 Taman Tanjung Baru, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com


6. Raeishah Homestay Muar

Raeishah Homestay Muar - Main Image

Raeishah Homestay Muar adalah sebuah penginapan yang selesa dan sangat strategik kerana terletak hanyalah dalam sekitar 3 km dari pusat membeli-belah Wetex Parade Muar. Lokasi seperti restoran-restoran, masjid dan pasaraya Speedmart 99 pula hanyalah dalam 1 ke 2 km dari homestay ini.

Raeishah Homestay Muar - Room Image

Mengenai penginapan ini sendiri, ianya dihias dnegan minimal dan moden. Rumah ini juga cukup luas menjadikan ia sesuai untuk dijadikan penginapan sekiranya datang ke Muar bersama keluarga.

Kemudahan lain seperti ruang dapurnya pula lengkap dengan tempat memasak, jadi kalau anda rasa ingin jimat masa bercuti, apa kata kalau masak sahaja di homestay? Duit yang selebihnya boleh digunakan untuk beraktiviti atau bershopping di sini.

Harga: Dari RM220+ Semalaman

Alamat: Jalan Paip Taman Sri Temenggung, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com


5. Muo Boutique Hotel

Muo Boutique Hotel - Main Image

Tiada apa yang lebih ‘real’ pengalaman Muarnya daripada menginap di Muo Boutique Hotel.

Melangkah masuk bangunan dengan reka bentuk kolonial ini, anda akan disambut dengan dunia penuh nostalgia bandaraya Muar yang mana ruang lobinya mempamerkan pelbagai hasil karya yang bertemakan Muar dan barang-barang antik seperti radio, lampu-lampu lama, tv klasik dan banyak lagi.

Muo Boutique Hotel - Room Image

Ruang biliknya juga tak mengecewakan, diberikan sentuhan vintage/retro dan moden, konsep yang diketengahkan ini menambahkan atmosfera ‘cosy’ penginapan.

Bukan sekadar nampak selesa pada pandangan mata, tapi sememangnya katil dan bantalnya empuk semacam! Yang bestnya, kalau anda suka dengan mana-mana produk hotel ini, anda boleh membelinya dekat Muo Concept Store.

Setelah puas bersantai di dalam bilik, anda boleh bergerak menuju ke ruangan atas bumbung hotel ini yang dihias dengan begitu menarik untuk menikmati pemandangan yang mendamaikan Sungai Muar.

Harga: Dari RM126+ Semalaman

Alamat: 11A, Jalan Petrie, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com


4. Tanjung Villa

Tanjung Villa Muar - Main Image

Kalau anda ada ‘taste’ yang tinggi, Tanjung Villa pasti akan menjadi penginapan yang anda akan ingin berulang-kali pilih sebagai tempat bermalam setiap kali ke Muar. Mana tidaknya, di sinilah anda dapat merasakan nikmat percutian yang sebenar, penuh dengan privasi.

Tanjung Villa Muar - Room Image

Biliknya juga sangat luas dan bersih! Hiasan dalaman villa ini juga sungguh elegan, mungkin boleh dijadikan inspirasi untuk menghias rumah sendiri? Untuk beraktiviti, anda sekeluarga boleh terjun ke kolam renang yang sudah tersedia di villa ini.

Harga: Dari RM175+ Semalaman

Alamat: No. 222-5, Jalan Meriam, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com


3. WakaLily Hostel (Backpackers)

WakaLily Hostel Muar - Main Image

Rasanya, sekiranya pada awal booking anda hanya ingin bermalam untuk 2 malam, bila dah melihat keindahan penginapan WakaLily Hostel ini di depan mata, anda mungkin ingin memanjangkan lagi tempoh penginapan. Simple, bersih tahap wow dan ‘homey’ inilah 3 adjektif untuk menjelaskan WakaLily Hostel.

WakaLily Hostel Muar - Room Image

Setiap sudut hostel ini dihias dengan penuh kreativiti, inilah yang menambahkan keseronokan para penginap. Bukan itu sahaja, bayaran untuk penginapan satu malamnya juga tak membuatkan anda rasa bersalah nak duduk lama-lama.

Harga: Dari RM23+ Semalaman

Alamat: No. 13 up, Jalan Bunga Permai, Taman Bunga Permai Batu 2, Parit Bunga, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com


2. Cempaka Homestay Muar 29

Cempaka Homestay Muar 29 - Main Image

Cempaka Homestay Muar 29 adalah sebuah lagi penginapan buat anda yang inginkan keselesaan seperti di rumah sendiri sewaktu tengah bercuti. Di dalam homestay ini, semua ahli keluarga dapat menikmati keselesaan bermalam dalam bilik masing-masing macam dekat rumah.

Cempaka Homestay Muar 29 - Room Image

Sebagai info tambahan, Cempaka Homestay Muar 29 adalah sebuah penginapan rumah teres 1 tingkat yang lengkap dengan 3 buah bilik tidur. Antara kemudahan yang tersedia adalah mesin basuh, microwave, pinggan mangkuk, tv dengan siaran Astro dan banyak lagi. Memang tak ubah macam di rumah!

Harga: Dari RM180+ Semalaman

Alamat: 29 Jalan Seri Temenggung 26, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com


1. Muarar 99 Hotel

Muarar 99 Hotel Muar - Main Image

Inginkan pemandangan yang menyegarkan mata? Anda boleh memilih Muarar 99 Hotel sebagai penginapan di Muar nanti. Di sini, anda dapat menikmati pemandangan yang mendamaikan jiwa Sungai Muar dan juga sekitar bandar Muar.

Untuk pengetahuan anda, bilik-biliknya dihias dengan ringkas menggunakan warna-warna neutral yang sedap dipandang. Sambil bersantai di dalam bilik yang selesa ini anda boleh menggunakan akses wifi percuma yang disediakan.

Muarar 99 Hotel Muar - Room Image

Kalau anda menginap di sini, jangan lupa untuk mencuba masakan di restoran hotel ini yang enak dan harganya juga berpatutan. Kemudahan lain yang disediakan adalah tempat letak kereta di bahagian basement hotel.

Harga: Dari RM108+ Semalaman

Alamat: No 173 Jalan Abdullah, 84000 Muar

Selanjutnya Di Booking.com


Ada yang berjaya menggoda jiwa anda? Banyak sekali tawaran hotel murah di Muar yang menarik ni kan? Tapi kalau pilihan penginapan yang disenaraikan ni masih tak cukup, anda boleh mendapatkan lebih banyak pilihan dengan harga yang terbaru dari Booking.com. Kalau dah jumpa, cepat-cepat booking sebelum pilihan anda dirampas orang!

Sebelum bergerak ke Muar, jangan lupa untuk membaca artikel kami berkaitan Tempat Menarik di Muar untuk membantu anda membuat perancangan perjalanan setibanya di sana nanti. Selamat bercuti ke Muar!

Categories
Malaysia Travel Guide

12 Tempat Menarik Di Pulau Tioman Untuk Percutian Pulau Yang Luarbiasa

Otot anda mengimpikan aktiviti lasak? Mata anda merindukan pemandangan yang menyegarkan? Jiwa anda mendambakan ketenangan? Atau anda nak bershopping sakan tanpa rasa bersalah? Apa kata kalau pada musim cuti akan datang anda sekeluarga menuju ke Pulau Tioman.  Pulau yang terletak di negeri Pahang ini walaupun kecil dengan hanya berkepanjangan 20 km dan berkelebaran 12 km, tarikan yang ditawarkannya sangat luar biasa.

Dikuasai oleh hutan hujan yang tebal dan dikelilingi oleh perairan yang kaya dengan hidupan marin, Pulau Tioman menawarkan 1001 sebab untuk pencinta alam semula jadi datang bagi meneroka pulau ini. Disenaraikan dalam artikel ini adalah 12 tarikan dan aktiviti yang mesti dilakukan di Pulau Tioman. Teruskan membaca senarai tempat menarik di Pulau Tioman ini.

12. Pulau Renggis

Pulau Renggis Tioman - Main Image
Sumber: Mann Bahrom

Terletak tidak jauh dari Kampung Tekek adalah sebuah tarikan indah yang menjadi kegemaran para penyelam kerana pemandangan dasar lautannya yang sungguh meriah dengan warna-warni ikan yang bergerak bebas dan juga pembentukan batu-batu karang.

Pembentukan batu karang di sini juga dikatakan sangat pelbagai sehinggakan anda berkemungkinan dapat melihat spesies yang tidak pernah ditemui di kawasan lain.

Secara spesifiknya, pulau ini terletak betul-betul di hadapan tempat penginapan Berjaya Tioman Resort. Jangan lepaskan peluang untuk menggunakan pakej-pakej yang ditawarkan untuk meneroka kawasan perairan di sekitar.

Alamat: Pulau Renggis, Pahang


Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Pulau Tioman

11. Pulau Tulai (Coral Island)

Pulau Tulai Tioman - Main Image
Sumber: Tioman Cabana

Berlokasi di bahagian utara Pulau Tioman, Pulau Tulai ataupun turut dikenali sebagai Coral Island adalah salah sebuah destinasi pelancongan yang cukup terkenal di sini.

Untuk menuju ke Pulau Tulai dari Pulau Tioman masa yang diambil adalah dalam 1 jam sahaja, dalam perjalanan untuk menuju ke pulau ini, anda dapat menikmati bayu laut yang sangat menyegarkan sambil mencuci mata melihat pemandangan air laut yang kebiruan.

Sebaik mendekati kawasan pantai pulau ini, anda akan disambut dengan pemandangan pantai yang berpasir putih. Untuk menikmati keindahan tarikan alam semula jadi pulau ini, anda boleh mendapatkan pakej aktiviti yang ditawarkan oleh penginapan-penginapan yang terdapat di sini. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sekitar pulau ini adalah berkelah menikmati pemandangan dari tepian pantai, bersnorkeling, diving dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan anda, di pulau ini terdapat banyak chalet dan resort yang boleh anda pilih untuk dijadikan tempat penginapan bersama keluarga.

Alamat: Pulau Tulai, Pahang


10. Pusat Taman Marin

Pusat Taman Laut Tioman Image
Sumber: Ilamaran Ramamoorthy

Salah satu sebab yang menyumbang kepada keindahan luar biasa Pulau Tioman adalah kerana ianya telah diwartakan oleh kerajaan sebagai taman marin. Dengan status sedemikian, hidupan marin di kawasan sekitar pulau mempesonakan ini terpelihara daripada sebarang aktiviti perikanan.

Kalau dah terjaga sebegini rupa, bayangkanlah apa yang menunggu anda di dasar perairannya yang sudah semestinya kaya dengan hidupan yang pelbagai rupa dan warna menanti untuk diterokai.

Bukan sahaja aktiviti perikanan yang tidak dibenarkan, sebab anda juga tidak dibenarkan untuk mengutip kulit siput, mengambil terumbu karang dan banyak lagi aktiviti lain yang dapat memberi kesan negatif kepada hidupan marin. Untuk pengetahuan anda, aktiviti menangkap ikan tidak dibenarkan hanyalah dalam jarak 3 km radius daripada pulau ini.

Pusat Taman Marin terletak di antara kamping Air Batang dan kampung Tekek di mana hanya aktiviti tertentu yang boleh dilakukan seperti menyelam skuba, snorkeling, menangkap gambar (bukan menangkap ikan) dan berenang. Walaupun anda dilarang untuk mendapatkan sebarang hasil laut kat sini, tapi anda di’wajib’kan untuk menyelam dan menikmati keindahan perairannya. Jangan lupa untuk membawa kamera kalis air!

Alamat: Pusat Taman Marin


9. Monkey Bay

Monkey Bay Tioman - Main Image
Sumber: Au gré du vent

Monkey Bay adalah sebuah tarikan semula jadi pantai mendamaikan jiwa yang terletak di belakang Kampung Salang. Pantai indah ini dikelilingi oleh kehijauan hutan yang tumbuh mekar di sekitarnya.

Kawasan pantainya pula cukup menarik untuk dijadikan lokasi berkelah di mana anda boleh menghamparkan tikar di atas pasirnya yang berwarna putih bersih dan berehat menikmati pemandangan air laut yang jernih bak kristal. Kejernihan air laut di sini menjadikan ia salah sebuah lokasi snorkeling yang terkenal di Pulau Tioman.

Alamat: Monkey Bay, Berdekatan Panuba Beach, Pulau Tioman


8. Salang

Salang Village Tioman
Sumber: tioman.org

Dikelilingi oleh hutan hujan yang mekar, Salang merupakan sebuah lokasi tarikan di Pulau Tioman yang tidak patut dilepaskan. Di sebalik keindahan alam semula jadinya ini, ia juga padat dengan pelbagai kemudahan untuk para pelancong serta tawaran aktiviti-aktiviti menarik untuk dilakukan.

Di sinilah terletaknya pantai yang indah dengan air yang kejernihannya mampu memukau jiwa sesiapa sahaja. Bila diselami perairannya, anda akan terpesona melihat pembentukan terumbu karang yang menarik pandangan  mata.

Selain menyelami dunia dalam air, aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah merentasi hutan hujannya yang tebal dan bukit yang curam melalui denai yang berkepanjangan 3.5 km. Dengan menempuhi laluan ini, anda akan sampai ke Panuba Bay dan Ayer Batang ataupun Kampung ABC. Masa yang diambil untuk merentasi laluan yang dikelilingi flora dan fauna ini adalah dalam sekitar 2 jam. Jangan lupa untuk berpakaian dan berkasut yang sesuai.

Alamat: Salang, Pulau Tioman, Pahang


7. Kampung Tekek

Kampung Tekek Pulau Tioman
Sumber: Tioman.org

Kampung Tekek adalah lokasi yang paling penting di Tioman, bukan hanya kerana ianya merupakan kawasan perkampungan terbesar di Tioman tapi juga kerana peranannya sebagai pusat pentadbiran untuk pulau ini.

Sebagai sebuah kawasan yang penting, Kampung Tekek mempunyai fasiliti yang cukup sempurna. Antara yang terdapat di sini adalah pejabat imigresen, bank, bangunan kerajaan, sekolah, klinik, masjid, kedai-kedai makan dan banyak lagi. Selain itu, Kampung Tekek juga adalah jalan masuk utama untuk ke Tioman sama ada melalui pengangkutan laut ataupun udara.

Lebih sebab untuk anda banyak menghabiskan waktu di kampung ini adalah kerana di sinilah anda boleh bershopping sakan untuk membeli pelbagai barangan yang termasuklah keperluan rumah dan pakaian, kenapa? Kerana Pulau Tioman juga memegang status sebagai Zon Bebas Cukai sejak tahun 2002, takkan nak lepaskan begitu je kan?

Alamat: Kampung Tekek, Pulau Tioman, Pahang


Baca: 14 Destinasi Terbaik Di Pulau Perhentian

6. Juara Turtle Project

Juara Turtle Project Pulau Tioman Image
Sumber: Juara Turtle Project

Kalau anda nak tahu, dekat Pulau Tioman ini terdapat dua tempat yang menjadi tarikan penyu-penyu untuk mendarat dan menetaskan telur mereka iaitu di Kampung Bunut dan Kampung Juara.  Kebiasaannya penyu-penyu ini datang untuk bertelur dari bulan Februari ke bulan Oktober.

Di antara dua kawasan penetasan telur penyu ini, kalau anda ingin menyelami dengan lebih mendalam tentang pemeliharaan haiwan terancam, penyu, anda boleh datang untuk menjadi sukarelawan di Turtle Sanctuary, kampung Juara.

Dengan menjadi sukarelawan, anda boleh melibatkan diri dalam aktiviti pengutipan telur penyu dan membawanya ke tempat penetasan serta mengawasi kawasan tersebut daripada sebarang gangguan.

Waktu di mana sukarelawan diterima adalah dari bulan Mac ke Oktober. Dalam projek ini, anda akan diberikan penginapan bilik dorm yang lengkap dengan kemudahan asas. Jangka masa minimum untuk menyertai projek ini adalah 4 malam. Sepanjang penyertaan, anda akan dibawa mengikuti seminar, dan melakukan aktiviti-aktiviti menarik yang lain seperti berkayak, jungle trekkng, dan kelas memasak. Wow! Memang best!

Alamat: Kampung Juara, Juara, Pulau Tioman


5. Air Terjun Asah

Air Terjun Asah Pulau Tioman Image
Sumber: True Asia Media

Di pulau ini sebenarnya terdapat beberapa buah lagi air terjun, namun yang paling ‘legend’ adalah Air Terjun Asah yang merupakan air terjun yang terbesar di pulau ini.

Lokasinya, terletak di bahagian selatan Pulau Tioman dan tidak jauh dari kampung Mukut. Untuk menuju ke sini, anda perlu berjalan dari kampung Mukut dalam masa selama 40 minit dan 20 minit daripada kampung Asah.

Sampai sahaja di kawasan air terjun, anda boleh berkelah sambil menikmati percikan air terjun yang segar daripada gunung. Keindahan yang ditawarkan ini tak akanlah ingin dilihat dari jauh sahaja kan? Dah puas berjalan, inilah waktunya untuk anda menyegarkan kembali badan yang telah kepenatan.

Alamat: Air Terjun Asah, Pulau Tioman


4. Gunung Nenek Semukut

Gunung Nenek Semukut Pulau Tioman
Sumber: Mukut Coral Chalet

Gunung Nenek Semukut, bila dengar sahaja namanya, sudah terbayang, mesti ada sebab kenapa ianya dinamakan sedemikian, tapi, kisah yang dikaitkan dengan gunung ini tiada langsung kaitan dengan ‘nenek’ kerana ianya adalah tentang sepasang naga yang dikatakan pernah wujud pada suatu ketika dahulu sebelum berubah menjadi batu kerana melanggar pantang larang yang sepatutnya diikut.

Dalam kisah itu, naga betina berubah menjadi pulau yang kini dinamakan Pulau Tioman. Kalau dilihat dari kejauhan terdapat sebuah kawasan di pulau ini yang berbentuk seperti tanduk naga dan inilah yang dinamakan sebagai Gunung Nenek Semukut. Manakala naga jantan pula berubah menjadi sebuah gunung  bercabang tiga iaitu Gunung Daik.

Selain kisah mitos ini, Gunung Nenek Semukut juga turut terkenal dek kerana pembentukan ‘wajah’ manusia pada bahagian puncaknya. Kalau dilihat dengan teliti, kelihatan seperti wajah seorang lelaki yang lengkap dengan dagu, mulut, hidung dan bahagian dahi.

Lihat sahaja bentuk gunung ini, bayangkanlah kesukaran untuk mendaki menuju ke kawasan puncaknya. Kalau anda nak tahu,  hampir keseluruhan laluan menuju ke puncak memerlukan pendakian. Jadi, pastikan stamina anda betul-betul mantap sebelum cuba untuk menakluki gunung ini.

Sekiranya anda adalah dalam golongan orang yang berani untuk menempuhi cabaran yang ditawarkan Gunung Nenek Semukut, maka anda dapat melihat pelbagai spesies flora dan fauna yang eksotik dengan lebih dekat.

Alamat: Gunung Nenek Semukut, Pulau Tioman


3. Gunung Kajang

Gunung Kajang Pulau Tioman
Sumber: vertical adventures

Kalau Gunung Nenek Semukut adalah gunung yang paling sukar untuk ditakluki kerana kecuramannya, Gunung Kajang pula menawarkan cabaran yang berbeza kepada pencinta aktiviti lasak kerana ketinggiannya yang mencecah awan iaitu 1038 meter! Inilah puncak yang tertinggi di Pulau Tioman. Kedudukannya yang berada di tengah-tengah Pulau Tioman menjadikan ia sebagai ‘tulang’ utama pulau indah ini.

Sebenarnya banyak fakta menarik untuk diceritakan mengenai gunung yang gah ini. Pertama, gunung ini turut dipanggil sebagai Palm Frond Mountain yang mana pada suatu ketika dahulu ia pernah menjadi mercu tanda bagi pelayar-pelayar Arab dan China sehinggakan nama gunung ini disebut dalam peta pelayaran.

Di samping itu, hutan yang melitupi gunung ini juga dipenuhi dengan pelbagai flora dan fauna yang unik yang hanyalah boleh ditemui di sini. Kalau anda nak tahu, bunga Rafflesia pun ada di sini. Bagi pencinta alam semula jadi, aktiviti merentas hutan di Pulau Tioman pasti akan menjadi salah satu memori yang terindah.

Alamat: Gunung Kajang, Mersing, Pahang


2. Island Hopping

Island Hopping Pulau Tioman Main Image
Sumber: pescart.com

Ingin memaksimumkan keseronokan anda di pulau ini? Rancanglah untuk ber’island hopping’ ataupun melompat dari satu pulau ke satu pulau di sini. Dengan cara ini, anda dapat menikmati keindahan yang ditawarkan segenap pelusuk Tioman yang pasti akan memberikan senyuman di wajah bila diingat kembali.

Antara pulau yang boleh dilawati adalah Pulau Chebeh, Pulau Sembilang, Pulau Sepoi, Pulau, Labas, Pulau Sri Buat Tokong Bahara dan Pulau Jahat.

Namun sekiranya anda kesuntukan masa, anda boleh melawat Pulau Tulai yang dikatakan sebagai sebuah destinasi pulau yang paling best di sekitar Tioman. Di sini, kawasan pantainya cukup indah dengan pasir yang putih dan air laut yang cukup jernih.

Kalau anda bernasih baik, anda mungkin akan terserempak dengan kehadiran ikan lumba-lumba yang berenang dengan ceria di sekitar perairan.


1. Batu Malang

Batu Malang Pulau Tioman Main Image
Sumber: Faizal Omar

Sebelum bercuti ke Pulau Tioman, penting untuk anda tahu lokasi yang wajib disinggahi untuk aktiviti menyelam yang paling best dalam hidup. Kalau di Pulau Tioman ni, jawapannya adalah di Batu Malang.

Kawasan perairannya terdapat banyak pembentukan batu karang yang menarik. Spesies ikan yang boleh ditemui juga teramatlah banyak dan antaranya adalah ikan barracuda, butterfly fish, clownfish (Ikan Nemo), cuttlefish, lion fish, parrotfish dan banyak lagi ikan berwarna-warni yang lain. Percayalah, penerokaan bawah air sekitar Batu Malang ini sungguh mengujakan.

Disebabkan betapa terkenalnya lokasi ini, Batu Malang agak padat pada musim cuti ataupun hujung minggu.

Alamat: Batu Malang


Penginapan Di Pulau Tioman

SELESA Tioman Apartments

Selesa Apartments Pulau Tioman Main Image

SELESA Tioman Apartments adalah sebuah penginapan yang sesuai sekali dengan nama yang diberikan. Penginapan ini sememangnya dapat memberikan anda sekeluarga keselesaan seperti di rumah sendiri kerana keluasannya yang selesa untuk diinapi beramai-ramai, serta kelengkapan fasilitinya yang termasuklah kemudahan untuk memasak.

Selesa Apartments Pulau Tioman Room Image

Di samping itu, pemandangan yang disajikan dari apartment ini juga adalah salah satu sebab mengapa penginapan ini menjadi pilihan ramai. Anda dapat menikmati pemandangan yang mengujakan matahari terbenam ataupun terbit dengan hanya bersantai dari ruang bilik yang cukup selesa.

Kemudahan lain yang disediakan SELESA Tioman Apartments adalah shuttle percuma untuk pergi ke jeti dan juga pulang daripada jeti. Lokasinya pula, sunyi dan tenang daripada sebarang gangguan.

Harga: Dari RM193+ Semalaman

Alamat: Kg Tekek, 26800 Pulau Tioman, Malaysia

Selanjutnya Di Booking.com


Bayu Tioman Chalet

Bayu Tioman Chalets Main Image

Sekiranya anda ingin menikmati keindahan bayu laut tanpa mengira masa, pilihlah untuk menginap di Bayu Tioman Chalet.

Bayu Tioman Chalets Room Image

Penginapan indah ini lengkap dengan ruang balkoni sebagai tempat bersantai, dan juga kawasan pantai peribadi untuk anda menikmati kenyamanan pantai dengan penuh privasi. Ini barulah rasa macam cuti sebenar! Lokasinya, terletak hanyalh 9 km dari Jeti Pantai ABC.

Harga: Dari RM190+ Semalaman

Alamat: Kampung Genting Pulau tioman, 26800 Pulau Tioman, Malaysia

Selanjutnya Di Booking.com


Juara Mutiara

Juara Mutiara Pulau Tioman Main Image

Juara Mutiara adalah sebuah penginapan dalam harga bajet yang cukup selesa di Pulau Tioman. Chalet-chalet yang ditawarkannya lengkap dengan penyejuk udara yang dapat menyegarkan badan setelah seharian beraktiviti.

Juara Mutiara Room Image

Bercakap tentang aktiviti, Juara Mutiara turut memiliki ruang pantai peribadinya sendiri dan juga taman untuk anda bersantai sambil menikmati udara yang segar. Chalet ini juga turut menawarkan kemudahan untuk melakukan sukan-sukan air.

Harga: Dari RM140+ Semalaman

Alamat: Kampung Juara, Pulau Tioman, 26800

Selanjutnya Di Booking.com


Inilah antaranya tempat menarik di Pulau Tioman yang menanti ketibaan anda. Walaupun hanyalah kawasan yang kecil, daya magnetik pulau ini cukup kuat sehingga mampu menarik pelancong daripada serata dunia.

Mana tidaknya, alam semula jadi yang ditawarkan pulau ini bukan sahaja indah untuk dinikmati, tapi juga cukup menarik untuk dijadikan lokasi untuk melakukan segala macam aktiviti yang menggegarkan kehidupan, daripada menyelam skuba hinggalah kepada island hopping, bermacam perkara menarik yang boleh dilakukan di sini.

Sebuah destinasi yang sungguh mengujakan untuk dilawati bukan? Tidak cukup dengan aktiviti dan keindahannya, kisah-kisah dan fakta menarik di sebalik keindahan alam semula jadi yang terdapat di sini turut menambahkan lagi ‘aura penarik’ pulau ini.

Macam mana? Anda dah tergoda? Kalau artikel ini telah berjaya membuatkan jiwa kembara anda meronta, jangan lupa untuk booking salah satu daripada penginapan yang telah disenaraikan. Kalau senarai ini masih tak cukup, anda boleh melihat pilihan yang lebih banyak dalam harga yang cukup berpatutan di booking.com.

Dah, jangan buang masa lagi, set date dan kemas beg, supaya tinggal untuk pecut je ke Pulau Tioman sebaik waktunya tiba!

Categories
Malaysia Travel Guide

25 Pulau Di Malaysia Yang Menarik | Terokai Syurga Pantai Pasir Putih & Laut Biru

Malaysia adalah sebuah negara yang memegang reputasi sebagai syurga bagi pulau-pulau tropika disebabkan oleh kekayaannya dengan pulau-pulau yang mempesonakan jiwa bukan sahaja di sekitar Kepulauan Borneo tapi juga di kawasan Semenanjung.

Yang menjadikan pulau-pulau ini lebih istimewa adalah kerana keindahannya yang cukup terjaga dan lebih privasi berbanding pulau-pulau di negara lain yang terlalu sibuk dengan kedatangan pelancong-pelancong dari seluruh pelusuk dunia.

Oleh itu, tidak perlulah anda bersusah-payah menempah tiket penerbangan untuk ke negara lain bagi menikmati keindahan alam semula jadi yang turut ditawarkan di negara sendiri.

Bukan itu sahaja, anda juga dapat menjimatkan bajet di mana wang selebihnya boleh digunakan untuk melakukan banyak aktiviti menarik yang ditawarkan di pulau-pulau yang dilawati.

Di dalam artikel kali ini, kami menyenaraikan 25 buah pulau di Malaysia yang kami rasakan antara destinasi pulau yang wajib anda lawati apabila tiba musim cuti. Nak tahu di mana? Teruskan membaca.

25. Pulau Redang | Terengganu

Pulau Redang Terengganu - Main Image
Sumber: World Landscapes

Siapa tak kenal Pulau Redang, kat sinilah anda dapat tengok penyu bertelur sebab pulau ni adalah tapak pemuliharaan penyu yang penting di Terengganu. Bagi anda yang inginkan kepuasan bercuti di pulau di Terengganu, ini boleh dijadikan sebagai pilihan utama kerana ia adalah salah satu pulau yang tercantik dan terbesar di bahagian pantai timur negara ini.

Di sini, anda sekeluarga dapat melakukan banyak aktiviti menarik seperti jungle trekking, menyelam skuba, berenang dan snorkeling. Dalam banyak-banyak aktiviti yang terdapat di sini, salah satu yang tidak patut anda lepaskan adalah menyelam di lautan sekitar pulau ini terutamanya pada waktu tengahari ketika mana cahaya mentari menembusi air laut memperlihatkan keindahan panorama hidupan marin batuan karang dan ikan yang penuh warna-warni.

Untuk pengetahuan anda, di sekitar perairan pulau indah ini juga terdapat 2 buah tempat karamnya kapal lama ketika Perang Dunia Kedua iaitu kapal H.M.S Prince of Wales dan H.M.S Repulse.

Menarik kan? Untuk menuju ke sini, anda boleh menaiki bot yang disediakan di jeti yang tidak jauh dari Pasar Payang di Kuala Terengganu.

Alamat: Pulau Redang, 21090 Kuala Terengganu

Baca: 35 Tempat Menarik Di Kuala Terengganu


24. Pulau Kapas | Terengganu

Pulau Kapas Main Image
Sumber: _ernxt_

Walaupun hanyalah sebuah pulau yang kecil, dengan kepanjangan 2 km dan kelebaran 1 km, Pulau Kapas cukup terkenal di negeri Pantai Timur ini.  Mana tidaknya, kedudukannya cukup strategik, kerana jaraknya yang hanyalah sekitar 6 km dari jeti Marang.

Nak tahu satu fakta menarik tentang Pulau Kapas? Dikatakan, terdapat beberapa asal-usul berbeza tentang nama pulau ini antaranya, nama Pulau Kapas diambil daripada nama pokok kapas yang kebiasaannya digunakan untuk membuat kapas atau kain, dan lagi satu sebab kenapa ia dinamakan sedemikian adalah kerana keindahan pasirnya yang putih bersih.

Pulau Kapas ini memiliki sebuah pantai yang cukup tenang dimana anda sekeluarga dapat mendamaikan fikiran sambil melihat keindahan pokok-pokok kelapa yang melambaikan daunnya di samping keindahan kawasan perairan di sekitar yang meriah dengan pelbagai hidupan marin.

Kalau anda nak tahu, salah satu aktiviti yang terkenal untuk dilakukan di sekitar pulau ini adalah mencandat sotong. Anda boleh menyewa bot yang terdapat di jeti Marang untuk mendapatkan hasil laut yang segar ini yang kebiasaannya rancak dilakukan dalam bulan Jun ke Julai setiap tahun.

Aktiviti-aktiviti lain yang boleh dirancang di pulau ini adalah meluncur ombak, berkayak, berenang dan banyak lagi.

Alamat: Pulau Kapas, Terengganu


23. Pulau Perhentian | Terengganu

Pulau Perhentian Main Image
Sumber: Tourism Malaysia

Mesti biasa dengar kan tentang pulau yang satu ni? Walaupun biasa dengar, mungkin anda tak tahu yang Pulau Perhentian ni sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Kecil.

Pulau Perhentian Besar adalah sebuah pulau yang sesuai untuk anda yang mendambakan ketenangan sewaktu musim cuti, di sini jugalah terletaknya beberapa buah resort yang indah untuk anda sekeluarga menikmati pengalaman percutian yang sempurna.

Bagi anda yang ingin mencuba sesuatu yang baru, alang-alang sudah berada di kawasan pulau, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kursus menyelam skuba yang ditawarkan sebilangan operator pelancongan di sini.

Mengenai Pulau Perhentian Kecil pula, pulau ini agak berbeza dengan Pulau Perhentian Besar  kerana kebanyakan pelancong lebih tertarik untuk melawat pulau Kecil disebabkan oleh kewujudan tempat-tempat penginapan yang menawarkan harga bajet.

Walaupun agak meriah, alam semula jadi di sini  kekal indah dan terjaga. Kalau anda nak tahu, pulau ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Long Beach dan Coral Bay. Inginkan lebih privasi? Berlarilah ke Coral Bay yang hanyalah 15 minit jaraknya dari Long Beach.

Walau bagaimanapun, pulau-pulau ini ditutup ketika musim tengkujuh iaitu antara bulan Oktober ke Februari. Jangan tersalah rancang pula ya?

Alamat: Pulau Perhentian, Terengganu


22. Pulau Rhu Hentian | Terengganu

Pulau Rhu Hentian Malaysia Image
Sumber: nikwatersport

Pulau Rhu Hentian bukanlah sebuah pulau yang terkenal sepertimana Pulau Perhentian dan Pulau Redang, namun pulau yang terletak hanyalah 15 batu nautika dari Kuala Besut ini juga mampu menghentikan nafas anda dengan keindahannya yang begitu mengujakan.

Kawasan pantainya cukup indah dengan kawasan perairan di sekitar yang jernih, anda sekeluarga boleh berehat di tepian untuk melegakan minda sebelum melihat keindahan hidupan marin yang ditawarkannya sambil menyelam. Panorama dalam airnya cukup memukau dengan kepelbagaian spesies ikan dan terumbu karang untuk dilihat.

Berkeluasan 1.4 hektar, anda dapat menerokai seluruh pulau ini dalam hanya 1 setengah jam sahaja di samping menikmati pemandangan di sekitar yang penuh dengan kehijauan.

Alamat: Pulau Rhu Hentian, Terengganu


21. Pulau Tenggol | Terengganu

Pulau Tenggol Main Image
Sumber: bobo_tifanny

Hanyalah dalam 50 minit perjalanan dari jeti Kuala Dungun, anda akan sampai ke sebuah pulau yang bukan calang-calang reputasinya dalam kalangan penyelam skuba, Pulau Tenggol ini sebenarnya pernah disebut di dalam majalah Asian Diver Magazine Annual Edition sebagai kawasan menyelam yang terbaik di Semenanjung Malaysia.

Dikatakan pulau ini menawarkan 20 buah kawasan menyelam yang menarik di sekitarnya, antaranya adalah Batu Tokong Laut di mana anda berpeluang untuk melihat ikan selar dan batu karang pelantar laut dalam, dan juga Teluk Air Tawar yang menjadi kawasan penyu.

Sebelum ke pulau ini, pastikan anda membawa semua barangan keperluan yang penting kerana tiada satu kedai pun di sini.

Walau bagaimanapun, kalau anda masih baru dalam aktiviti menyelam, lokasi yang terbaik dan lebih selamat untuk anda berjinak-jinak adalah sama ada di Pulau Perhentian ataupun Pulau Redang.

Alamat: : Pulau Tenggol, Terengganu


20. Pulau Lang Tengah | Terengganu

Pulau Lang Tengah Main Image
Sumber: eddy_hardy

Lokasi Pulau Lang Tengah ini agak menarik kerana terletak di antara dua buah pulau yang terindah di Terengganu, iaitu Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Secara spesifiknya, pulau ini terletak dalam sekitar 22 km dari pesisir pantai semenanjung. Untuk ke sini, anda boleh menaiki bot dari Jeti Merang di Daerah Besut.

Lokasinya yang tidaklah begitu jauh dari pulau indah yang lain, membuatkan keindahan kawasan perairannya tidak ubah sepertimana pulau di sekitarnya. Mampu memukau jiwa dan yang best sekali, atmosfera pulau ini yang jauh lebih privasi berbanding yang lain kerana kurang dilawati.

Di sini anda dapat melihat kepelbagaian batu karang dan hidupan marin yang lain yang cukup mempesonakan. Point tambahan kenapa anda perlu ke sini adalah kerana kalau anda bernasib baik, anda mungkin dapat melihat sendiri penyu-penyu hijau datang mendarat untuk bertelur dari bulan Mei ke September.

Alamat: Pulau Lang Tengah, Kuala Terengganu


19. Pulau Gemia | Terengganu

Pulau Gemia Main Image
Sumber: pakejpulaumalaysia

Pulau Gemia ini lokasinya sangatlah dekat dengan tanah semenanjung yang hanyalah 5 km atau 15 minit sahaja menaiki bot dari jeti Marang di Kuala Terengganu. Bagi anda yang ingin ke Pulau Kapas, jangan lupa untuk singgah ke pulau ini yang hanyalah 800 meter dari satu sama lain.

Pulau yang diliputi pohon-pohon yang mekar menghijau ini merupakan sebuah pulau persendirian yang juga dikenali sebagai Coral Island kerana dikelilingi oleh terumbu batu karang. Ianya agak kurang dilawati dalam kalangan pelancong tempatan walaupun keindahannya tidak kurang hebat dengan yang lain, namun agak terkenal dalam kalangan pelancong asing.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah berkayak, snorkeling dan trekking. Di samping aktiviti yang memerlukan tenaga, anda juga boleh sekadar bersantai dan kalau tepat pada masanya, anda mungkin berpeluang melihat kehadiran penyu dari spesies Agar yang datang untuk bertelur di pulau ini.

Alamat: Pulau Gemia, Marang


18. Pulau Rawa | Terengganu

Pulau Rawa Terengganu Main Image
Sumber: Malaysia Asia

Untuk menuju ke Pulau Rawa, anda boleh menaiki bot dari Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Kawasan di sekitar pulau ini cukup sempurna untuk anda yang ingin bersnorkeling ataupun menyelam skuba.

Panorama di dalam air sekitar pulau ini cukup mempesonakan, ditambah lagi dengan kejernihan airnya yang bak kaca lutsinar memandangkan pulau ini tidak dihuni oleh sesiapa dan juga tidak memiliki sebarang tempat penginapan yang dapat mencemarkan persekitaran. Dari segi kebersihan, pulau ini memang tip-top!

Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati sewaktu ingin meneroka kawasan sekitar perairan ini memandangkan terumbu batu karang tumbuh agak berdekatan dengan pesisir pantai.

Alamat: Pulau Rawa, Besut


17. Pulau Tinggi | Johor

Pulau Tinggi Johor Main Image
Sumber: Johor National Parks

Untuk pengetahuan anda, nama lain bagi Pulau Tinggi adalah Pulau Topi Jeneral, pelikkan? Tapi ada sebabnya. Pulau ini diberi gelaran sebagai Pulau Topi Jeneral oleh pelayar-pelayar yang datang dari China sekitar beratus tahun dahulu kerana ianya memiliki sebuah gunung yang berbentuk seperti topi pada sekali pandangan.

Gunung yang dinamakan Gunung Semadu ini berketinggian 2000 kaki dari paras laut dan merupakan gunung berapi yang sudah tidak lagi aktif. Kalau anda nak tahu, di dalam pulau ini juga terdapat dua buah perkampungan nelayan iaitu Kampung Tanjong Balang dan Kampung Pasir Panjang.

Tidak jauh dari Pulau Tinggi, iaitu hanya dalam 10 minit dari pulau ini, terletaknya Pulau Sibu yang dikelilingi oleh perairan yang super-duper jernih dan terkenal dalam kalangan penyelam skuba.

Alamat: Pulau Tinggi, Mersing


16. Pulau Rawa | Johor

Pulau Rawa Johor Main Image
Sumber: Viral Media Johor

Pulau Rawa di negeri Johor ini sama indahnya dengan Pulau Rawa di Terengganu. Pulau ini terletak dalam 16 km dari Mersing, Johor. Kawasan di sekitarnya dikelilingi oleh lautan yang biru dan dalam. Pulaunya pula mekar dengan hutan yang mengijau untuk diterokai bagi yang suka akan aktiviti lasak.

Untuk aktiviti jungle trekking, anda boleh melalui 270 anak tangga yang disediakan untuk menuju ke puncak di bahagian timur pulau. Dari puncak ini anda dapat melihat pemandangan yang cukup mengujakan lebih-lebih lagi ketika matahari naik ataupun tenggelam.

Aktiviti lain yang terkenal di sini adalah snorkeling kerana kekayaannya dengan hidupan marin dan batuan karang yang berwarna-warni.

Alamat: Pulau Rawa, Mersing, Johor


15. Pulau Sibu | Johor

Pulau Sibu Johor Main Image
Sumber: Ck Ang

Pulau Sibu ini sebenarnya terdiri daripada beberapa buah pulau berbeza iaitu Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung.

Dalam banyak-banyak pulau yang berkongsi nama ini, Pulau Sibu Tengah adalah yang paling sempurna dari segi fasilitinya kerana terdapat penginapan-penginapan yang selesa dan sesuai untuk para pelancong yang berjiwa urban.

Untuk beraktiviti, bagi anda yang memang kaki menyelam skuba,  pilihan lokasi untuk menyelam sangatlah memuaskan hati, sebulan duduk kat sini, baru selesai semuanya, kerana dalam kawasan di sekitar pulau ini terdapat kira-kira 30 buah lokasi menyelam yang menarik.

Alamat: Pulau Sibu, Mersing

Baca: 21 Destinasi Percutian Menarik Di Mersing Johor


14. Pulau Pemanggil | Johor

Pulau Pemanggil Main Image
Sumber: ASEAN Youth Organization

Jangan takut mendengar namanya, Pulau Pemanggil ini bukanlah diberikan nama dek kerana keseramannya tapi adalah berdasarkan daripada sebuah hikayat yang mengisahkan tentang seorang lelaki Indonesia dan keluarganya yang telah berlayar tidak jauh daripada pulau ini.

Ketika dia sedang tidur, lelaki ini termimpi yang ada suara memanggilnya untuk tinggal di pulau ini, dari sinilah Pulau Pemanggil mula dihuni dan semakin hari semakin ramai penduduk yang datang dari Indonesia dan Pulau Aur yang menetap di sini. Kalau anda nak tahu, pulau ini menempatkan sebuah kawasan perkampungan iaitu Kampung Buau.

Bagi anda yang ingin meneroka pulau ini, anda perlu menempuh lautan dalam sekitar 4 ke 5 jam dari Jeti Mersing, nak lagi cepat, anda boleh memilih untuk menggunakan bot laju, namun bayarannya pun, lebih tinggilah.

Walaupun perlu melalui perjalanan yang agak lama untuk ke pulau ini, kedatangan anda sebenarnya akan memberikan kepuasan kepada diri sendiri kerana di sinilah letaknya banyak lubuk rahsia yang dapat memberikan tangkapan hasil laut yang menggembirakan jiwa. Nak lagi best? Datanglah ketika musim mencandat sotong iaitu dari bulan Ogos ke September untuk mendapatkan hasil yang semaksimum mungkin.

Selain sotong, antara hasil laut lain yang mudah didapati di sini adalah ikan tenggiri, ikan kerapu,  ikan kerisi, ikan tongkol dan banyak lagi.

Alamat: Pulau Pemanggil, Mersing


13. Pulau Kukup | Johor

Pulau Kukup Main Image
Sumber: gambopilus_photografy

Tak payah nak ke Krabi untuk melihat perkampungan terapung, sebab di Johor pun ada kampung di atas air. Pulau Kukup merupakan kawasan perkampungan tradisional nelayan yang majoriti penduduknya adalah Cina.

Kalau dah dihuni oleh Cina, memang meriahlah kawasan ini dengan perniagaan-perniagaankan? Perniagaan utama sekali di sini adalah tempat penginapan seperti chalet, hotel dan resort. Khidmat sewa motor dan basikal pun ada. Kalau dah sampai di sini, inilah cara yang terbaik untuk anda melihat kawasan persekitaran kampung.

Selain kawasan perkampungan, Pulau Kukup juga sebenarnya secara keseluruhannya terdiri daripada paya bakau yang juga dikatakan sebagai kawasan paya bakau yang terbesar di Malaysia. Sepertimana di kawasan paya bakau yang lain, pulau ini agak kaya dengan hasil tangkapan seperti udang, ketam, dan bermacam lagi spesies ikan yang lain.

Alamat: Mukim, Air Masin, 82300 Kukup, Pontian


12. Pulau Besar | Johor

Pulau Besar Island Main Image
Sumber: cedric_fit.lifestyle

Pulau Besar dahulunya dikenali sebagai Pulau Babi Besar. Dengar namanya pun dah seram sejuk nak pergi kan? Jangan panik! Anda kini boleh melawat pulau ini dengan senang hati, kerana pulau yang dahulunya dihuni oleh babi-babi liar kini sudah pun hilang, yang tinggal hanyalah ketenangan dan keindahan untuk dinikmati, sebab itulah namanya pun sudah diubah.

Pulau ini walaupun agak kecil dengan kepanjangan hanyalah dalam 4 km dan kelebaran 1 km, ia menawarkan 4 buah resort untuk dijadikan pilihan. Aktiviti yang ditawarkan di atas pulau ini juga tidak mengecewakan, anda bukan sahaja boleh bermain bola tampar pantai, tapi padang golf juga turut tersedia.

Untuk aktiviti yang sukar dilupakan di sini, anda boleh berbual dengan penduduk setempat dan belajar cara-cara untuk menangkap ikan. Dengan pengalaman yang unik ni barulah terasa ‘hidup’ percutian anda di pulau!

Untuk menuju ke pulau ini, anda perlu menaiki bot dari Jeti Mersing dan masa yang diambil untuk sampai ke sini hanyalah dalam 30 minit.

Alamat: Pulau Babi Besar, Mersing

Baca: 50 Destinasi Terbaik Di Johor Untuk Percutian Istimewa


11. Pulau Labuan

pulau labuan malaysia Main Image
Sumber: Schizo Stars

Pulau Labuan ini terletak tidak jauh dari Kota Kinabalu, yang mana boleh diakses dalam hanya beberapa jam perjalanan bot. Feri yang menuju ke Brunei juga akan melalui pulau yang cukup mempesonakan ini.

Selain Pulau Langkawi, Pulau Labuan juga adalah sebuah pulau bebas cukai yang dapat memuaskan anda yang kaki shopping. Kalau shopping bukanlah apa yang ada di minda anda, Pulau Labuan menawarkan banyak lagi tarikan menarik yang lain seperti Taman Botani yang indah, kawasan pantai dengan panorama matahari terbenam yang memukau jiwa, muzium-muzium yang menarik, taman burung dan banyak lagi.

Bagi anda yang suka menyelam pula, kawasan perairan di sekitarnya turut menarik untuk diterokai terutama sekali di sekitar kawasan kapal-kapal karam.

Alamat: Pulau Labuan

Baca: 15 Destinasi Pelancongan Paling Popular Di Pulau Labuan


10. Pulau Mataking | Sabah

Pulau Mataking Main Image
Sumber: BackPackerz

Pulau ini sebenarnya terdiri daripada dua buah pulau iaitu Pulau Mataking Besar dan Pulau Mataking Kecil yang terletak berhampiran dengan sempadan Filipina. Untuk menuju ke pulau ini, anda perlu mengambil bot dari pekan Semporna, dan masa yang diambil untuk sampai ke pulau ini adalah dalam 40 minit.

Gugusan dua buah pulau ini terletak agak dekat, sekiranya air surut, anda boleh berjalan kaki menuju ke Mataking Kecil dalam hanya 20 minit. Berkenaan dengan fasiliti, Pulau Mataking Besar lebih lengkap dengan segalanya yang termasuklah tempat penginapan.

Selain menawarkan dua buah pulau untuk diterokai, tarikan lain di pulau ini adalah pejabat bos bawah airnya yang memang rare! Yang menjadikan ia lagi unik, pejabat pos ini bukanlah sekadar replika, tapi adalah sebuah pejabat pos yang sebenar di mana anda boleh menghantar surat kepada yang tersayang.

Bagi anda yang suka membaca buku pula, pulau ini turut menyediakan ruang membaca yang padat dengan bermacam jenis buku. Memang terbaiklah!

Alamat: Pulau Mataking, Sabah


9. Pulau Sipadan | Sabah

Sipadan Island Main Image
Sumber: Holidayguru

Pulau Sipadan ini bukanlah calang-calang destinasinya. Pulau ini merupakan sebuah lokasi skuba yang kelima terbaik di dunia. Panorama dasar lautannya mendedahkan keindahan yang terbawa-bawa ke mimpi dek kerana panahan warna-warni terumbu karang dan kepelbagaian spesies ikan yang berenang bebas.

Walaupun memegang reputasi yang besar dalam kalangan penyelam skuba, keindahan alam semula jadi pulau ini tetap diberikan kepentingan, dan salah satu usaha yang dilakukan adalah dengan hanya memberikan ruang kepada 120 orang penyelam sahaja dalam masa sehari.  Di samping itu, para pelawat juga perlu beredar dari Pulau Sipadan pada pukul 6 petang atau lebih awal daripada itu untuk menjaga kebersihan dan keselamatan hidupan marin di sini.

Untuk anda yang berminat menerokai kawasan perairan di sekitar Pulau Sipadan, antara lokasi hotspot menyelam adalah Coral Garden, Drop Off, Barracuda Point dan Turtle Cavern.

Alamat: Pulau Sipadan, Sabah


8. Pulau Lankayan | Sabah

Pulau Lankayan Sabah Main Image
Sumber: GMC Travel Tours Sdn Bhd

Tidak jauh dari bandar Sandakan, di sebelah timur Sabah, terletaknya sebuah pulau indah tak terkata, Pulau Lankayan. Pulau kecil ini merupakan sebuah pulau tropika yang cukup terkenal dalam kalangan peminat sukan menyelam skuba kerana dasar lautannya cukup kaya dengan hidupan marin makro yang penuh dengan warna-warni di samping terumbu-terumbu karang yang pelbagai bentuk dan warna, keindahannya sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Di sini terdapat sebuah kelas menyelam yang menawarkan sekitar 40 buah lokasi menyelam untuk anda terokai. Namun dalam banyak-banyak lokasi ini, Lankayan Wreck adalah pilihan yang paling terkenal.

Alamat: Pulau Lankayan, Sandakan, Sabah


7. Pulau Mabul | Sabah

Mabul Island Main Image
Sumber: Scubazoo

Pulau Mabul adalah sebuah pulau kecil yang dikelilingi oleh pantai yang berpasir. Di kawasan pantai yang indah ini anda boleh merancang untuk bangun awal pagi dan menanti keindahan cahaya mentari yang terbit.

Pada waktu malam pula, anda dapat melihat cahaya bintang yang cukup jelas memandangkan pulau ini jauh dari sebarang pencemaran cahaya atau ‘red polution’ seperti di kawasan bandar. Lokasi yang patut dilawati untuk merehatkan minda.

Selain keindahan kawasan pantainya, Pulau Mabul juga adalah salah sebuah lokasi penyelaman air cetek (muck-diving) yang terbaik. Selain lokasi menyelam, pulau ini turut terkenal kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Pulau Sipadan.

Untuk menuju ke pulau ini, anda perlu mengambil penerbangan dari Kota Kinabalu  untuk ke Tawau yang memakan masa selama hampir 1 jam, dan kemudiannya memandu untuk ke Semporna dalam masa sejam. Dari pekan Semporna, anda boleh mengambil bot laju untuk ke Pulau Mabul yang hanyalah mengambil masa selama 45 minit.

Alamat: Pulau Mabul, Sabah


6. Pulau Pom Pom | Sabah

Pulau Pom Pom Island Sabah
Sumber: Nurul Yazid

Pulau Pom Pom, comel betul namanya kan? Pulau ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Pulau Pom Pom Kecil dan Pulau Pom Pom Besar. Tapi sebenarnya kedua-duanya terletak di dalam satu pulau yang kecil. Kedua-dua bahagian ini akan habis anda terokai dalam hanya sekitar 30 minit berjalan kaki.

Dasar perairannya pula, dikatakan cukup kaya dengan hidupan marin dari spesies-spesies yang unik. Berdasarkan kajian yang pernah dilakukan, bilangan spesies ikan yang terdapat di sini adalah lebih daripada 220 kesemuanya, manakala terumbu karang pula lebih daripada 250 spesies.

Bukan itu sahaja tarikannya, pulau ini turut menjadi lokasi penyu-penyu untuk mendarat dan menetaskan telurnya dari bulan Mei hingga September.

Pulau yang terletak hanyalah 30 km dari Pekan Semporna ini tidaklah selengkap pulau terkenal yang lain, dan hanya terdapat sebuah tempat penginapan yang ditawarkan di sini. Oleh sebab itu, kalau anda merancang untuk menikmati percutian di pulau ini, booking penginapan anda terlebih dahulu dan secepat yang mungkin.

Alamat: Pom-Pom Island, Sabah


5. Pulau Layang-Layang | Sabah

Pulau Layang Layang Main Image
Sumber: Zaidawi Travel Kit Collection

Pulau Layang-Layang ini lokasinya bukannya dekat, kerana terletak pada jarak 300 km dari Kota Kinabalu. Tapi kalau anda tahu keistimewaan yang ditawarkannya, kata orang, gunung pun sanggup didaki. Pulau Layang-Layang ini adalah sebuah destinasi yang wajib dilawati bagi para pencinta aktiviti menyelam skuba.

Di sini terdapat dalam 14 buah kawasan menyelam untuk diterokai yang menyajikan panorama bawah air yang cukup mengujakan. Disebabkan kedudukannya yang jauh dari kawasan yang dipenuhi manusia, pulau ini cukup memukau keindahannya, alam semula jadinya terpelihara daripada sebarang pencemaran.

Alamat:  Pulau Layang-Layang, Sabah


4. Pulau Gaya| Sabah

Pulau Gaya Sabah Main Image
Sumber: kian.kiang

Gaya Island adalah sebuah pulau indah yang merupakan sebahagian daripada Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Di dalam taman negara ini, Pulau Gaya merupakan pulau yang terbesar berbanding pulau-pulau lain. Di samping itu, ia juga sebuah pulau yang terletak paling dekat dengan Kota Kinabalu dengan jarak yang hanyalah 10 minit perjalanan.

Kalau anda nak tahu, ‘Gaya’ bukanlah kerana pulau ini ‘bergaya’ tetapi ia sebenarnya berasal daripada perkataan Bajau ‘Gayo’ yang bermaksud besar. Pulau ini sememangnya besar dengan keluasan lebih daripada 3700 ekar dan dengan puncak berketinggian lebih daripada 300 meter dari paras laut.

Pantai yang terindah di sini yang digelar sebagai Police Beach adalah sebuah lokasi berenang yang cukup menarik. Di pantai ini, anda dapat menyelam sambil menikmati pemandangan dasar laut yang sungguh jelas kerana airnya yang jernih bak kristal.

Alamat: Pulau Gaya, Taman Marin Tunku Abdul Rahman, Sabah

Baca: 45 Tempat Menarik Di Sabah Yang Luarbiasa


3. Pulau Tioman | Pahang

Pulau Tioman Malaysia Main Image

Ketika merentasi sekitar 58 km dari pantai timur Semenanjung Malaysia untuk ke Pulau Tioman ini, anda akan terlihat keindahannya yang terpapar dari jauh lagi di mana berdiri dengan megah dua puncak Gunung Simukut. Dari jauh lagi sudah terasa aura keindahan alam semula jadi yang ditawarkannya.

Pulau ini memiliki status sebagai salah satu daripada pulau yang paling indah di dunia. Apa lagi? Tak perlu anda bersusah-payah menyediakan passport untuk ke luar negara bagi mencari keindahan percutian di tempat lain bukan? Datang sahaja ke sini.

Di pulau ini, banyak aktiviti yang boleh anda rancang untuk lakukan seperti meneroka hutan di mana tersedianya trek-trek untuk dilalui, dengan laluan yang terpendek adalah berkepanjangan 2 km dan yang terpanjang adalah 8 km, pilihlah yang bersesuaian dengan stamina anda. Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah melawati air terjun-air terjun yang terdapat di sini, mendaki gunung, menyelam skuba dan banyak lagi.

Alamat: Tioman Island, Mersing, Pahang


2. Pulau Pangkor | Perak

Pulau Pangkor Malaysia Main Image
Sumber: Ar Razzaq Global Solution

Pulau Pangkor adalah sebuah pulau yang padat dengan sejarah kerana pada suatu ketika dahulu ia pernah dijadikan sebagai kawasan kubu pertahanan pihak Belanda daripada serangan musuh. Disebabkan itu, terdapat banyak lokasi-lokasi bersejarah yang menarik boleh dikunjungi di pulau ini seperti kota Belanda, Batu Bersurat dan kawasan Perkuburan Belanda.

Tarikan lain pula sudah semestinya terdiri daripada pantai-pantai yang terdapat di sini yang masing-masing menawarkan keindahan yang menenteramkan jiwa. Anda juga boleh menyewa bot untuk melawati pulau-pulau lain yang terletak berdekatan seperti Pulau Giam, Pulau Mentangor dan Pulau Pangkor Laut.

Aktiviti lain yang boleh dibuat di sini adalah menyewa basikal atau motor untuk melihat keindahan dan keharmonian sekitar pulau dengan lebih meluas lagi, mencandat sotong, berjungle trekking, snorkeling dan banyak lagi.

Alamat: Pulau Pangkor, Perak

Baca: 10 Destinasi Menarik Di Pulau Pangkor


1. Pulau Langkawi | Kedah

Pulau Langkawi Island Main Image
Sumber: EIS DRONE

Siapa tak kenal Pulau Langkawi, pulau yang menjadikan burung helang sebagai lambangnya ini merupakan sebuah destinasi percutian yang menjadi mimpi ramai penduduk dunia. Ianya cukup kaya dengan keindahan alam semula jadi yang mandamaikan jiwa.

Di sini, anda dapat bersantai di tepian pantai-pantai yang berpasir putih, menikmati keindahan air terjun, meneroka hutan hijau yang kaya dengan flora dan fauna dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, Pulau Langkawi juga merupakan syurga bagi sesiapa yang suka membeli-belah kerana ianya adalah sebuah pulau bebas cukai. Nak bisnes dekat rumah? Borong banyak-banyak barang di pulau ni. Jangan lupa untuk beli berbeg-beg coklat untuk yang tersayang!

Alamat: Pulau Langkawi, Kedah

Baca: Senarai Tempat Menarik Di Langkawi


Tidak disangkal lagi bahawa negara yang kecil di peta dunia ini cukup kaya dengan keindahan alam semula jadi pulau-pulau tropika yang tidak mungkin dapat habis diterokai dalam waktu yang sekejap, lebih-lebih lagi bagi anda yang memang kaki menyelam skuba.

Bayangkanlah dalam satu-satu pulau itu sahaja sudah lebih daripada 10 area menyelam yang ditawarkannya. Pasti kenyang jiwa anda yang ingin melihat dengan sepuas hati panorama indah dunia dalam air.

Tidak cukup dengan keindahan pulau di Malaysia, Negara ini juga kaya dengan banyak lagi tarikan lain yang menanti-nantikan kehadiran anda, nak tahu di mana? Anda boleh membaca artikel kami yang bertajuk 43 Tempat Percutian Menarik di Malaysia.

Semoga anda sekeluarga dapat menikmati percutian yang terindah dalam hidup setiap kali tiba musim cuti! Jangan lupa untuk menyediakan kamera kalis air sebelum melawati pulau-pulau ini supaya semua memori indah tak kira di luar atau di dalam air dapat diabadikan di dalam foto. Selamat bercuti!

Categories
Malaysia Travel Guide

14 Tempat Menarik Di Pulau Perhentian | Panduan Bercuti Ke Syurga Laut Biru

Tidak perlulah anda bersusah-payah mencari keindahan di negara lain kerana semua ini sebenarnya dapat dinikmati di negara sendiri. Bukan sedikit, tapi sungguh banyak tarikan yang mendamaikan jiwa ditawarkan di pelbagai pelusuk Semenanjung Malaysia. Dari timur hinggalah ke barat, sungguh banyak lokasi untuk anda sekeluarga ‘recharge’ kembali mental dan tenaga.

Salah satu tarikan indah ini terletak di negeri ‘kepok leko’ yang tak lain tak bukan, Terengganu. Siapa tak pernah dengar tentang Pulau Perhentian? Kalau pernah, bila lagi nak merasai keindahannya sendiri? Bagi yang tak pernah, percayalah, percutian ke pulau ini akan menjadi salah satu memori yang paling sukar dilupakan seumur hidup anda!

Kecantikan yang menanti di Pulau Perhentian bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibayangkan, tapi, dalam artikel ini, kami akan sedaya-upaya membantu anda mendapatkan gambaran keindahannya untuk menyerapkan seribu-satu sebab kenapa anda perlu memilih pulau ini sebagai destinasi percutian yang akan datang. Teruskan membaca senarai tempat menarik di Pulau Perhentian ini.

14. Pulau Perhentian Kecil

pulau perhentian kecil Main Image
Sumber: Perhentian Turtle Project

Tak pasti nak bermalam di Pulau Perhentian Kecil atau Besar? Mungkin penjelasan ni akan membantu anda membuat pilihan.

Kalau Pulau Perhentian Besar dapat memuaskan jiwa anda yang merindukan suasana tenang, Pulau Perhentian Kecil pula lain ceritanya. Pulau ini agak meriah dengan pelancong terutama sekali pada bahagian yang dipanggil Long Beach ataupun Pantai Panjang, tak kisahlah siang atau malam, ada sahaja aktiviti yang berjalan di sini.

Inginkan ketenangan? Jangan risau, ruang untuk anda mendapatkan privasi ada disediakan di Coral Bay yang terletak bertentangan dan tidak sukar untuk diakses.

Sebagai info tambahan, salah satu sebab kenapa Pulau Perhentian Kecil ini lebih menjadi tumpuan adalah kerana terdapat banyak penginapan-penginapan bajet yang tersedia di sini.

Alamat: Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu


Dapatkan Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Perhentian Di Sini

13. Teluk Pauh

Pantai Teluk Pauh Main Image
Sumber: Welcome To Besut Terengganu

Teluk Pauh adalah sebuah tarikan alam semula jadi di dalam Pulau Perhentian Besar yang terletak di bahagian barat laut. Kalau anda datang ke sini dari Pantai Panjang (Pulau Perhentian Kecil), anda boleh menggunakan perkhidmatan ‘teksi air’ yang disediakan penduduk setempat. Masa yang diambil untuk sampai ke teluk ini adalah dalam sekitar 10 minit.

Sebaik sampai di kawasan Teluk Pauh, anda akan terpesona melihat keindahan melampau yang disajikan di depan mata. Teluk Pauh ini ibarat sebuah kolam renang semula jadi yang sangat besar , yang menjadikan ianya sejuta kali menyeronokkan adalah kerana kejernihan airnya yang persis kristal. Nak mandi sepuas hati? Inilah lokasinya kerana dasar airnya juga tidak begitu dalam.

Alamat: Daerah Besut, Pulau Perhentian Besar Teluk Pauh 22300, Terengganu


12. Teluk Dalam

Teluk Dalam Perhentian Main Image
Sumber: Mohd Hakimiey

Pada bahagian selatan Pulau Perhentian Besar pula terletaknya tarikan yang tak patut anda lepaskan iaitu Teluk Dalam. Di sepanjang teluk ini juga terdapat banyak penginapan menarik yang ditawarkan.

Sebaik anda sampai ke Teluk Dalam, anda akan dikejutkan dengan betapa panjangnya kawasan pantai ini yang kalau diikutkan, kepanjangannya mengalahkan Pantai ‘Panjang’ yang terletak di Pulau Perhentian Kecil!

Kawasan teluk yang panjang ini cukup mendamaikan, kat sinilah anda boleh meluangkan masa bersama keluarga sambil berkelah dan menikmati pemandangan dengan tenang. Tapi kebiasaannya, pada waktu tengah hari dan ketika mendekati waktu senja, kawasan teluk ini agak menjadi tumpuan untuk pelbagai aktiviti seperti berkayak, snorkeling, bola tampar dan sebagainya.

Alamat: Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar, Terengganu


11. Pantai Panjang (Long Beach)

Pantai Panjang Long Beach Main Image
Sumber: Stories of a Wandergirl

Pantai Panjang ataupun Long Beach adalah sebuah lokasi yang menjadi perhatian ramai backpackers dan mat saleh. Bagi anda yang datang bersama anak-anak kecil tu, kawasan pantai ini sebenarnya agak tidak sesuai untuk dilawati.

Aktiviti yang berjalan di tepian Pantai Panjang ini bertambah meriah sebaik tiba waktu malam. Antara benda menarik yang ada di sini adalah pertunjukan api.

Di tepian Long Beach ni juga, kalau anda nak tahu, ada banyak guest house yang sesuai untuk diinapi golongan solo traveller atau yang bercuti dalam bajet. Nak jimat lagi? Set je khemah tepi pantai ni.

Alamat: Long Beach, Pulau Perhentian Kecil, Terengganu


10. Kampung Pasir Hantu

Kampung Pasir Hantu Perhentian Main Image
Sumber: Tourism Malaysia

Kampung Pasir Hantu adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di Pulau Perhentian Kecil. Kat sini, anda boleh melihat kehidupan sehari-hari penduduk tempatan yang hanyalah sebuah komuniti kecil.

Antara yang boleh anda nampak di sini adalah bangunan sekolah, balai polis dan kawasan perumahan. Ya, ia bukanlah seperti yang anda bayangkan dari sebuah perkampungan nelayan di atas pulau kan?

Kalau anda berjalan di sekitar kampung ini pula, dapat dilihat air laut yang jernih bak kristal, tak ada langsung pencemaran yang mengganggu pemandangan mata. Disebabkan kampung ini juga digelar sebagai perkampungan nelayan, banyaklah bot-bot yang terdampar di pesisir pantai dapat dilihat di sini.

Alamat: Kampong Pasir Hantu, Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu


9. Kincir Angin D’Lagoon

wind turbine perhentian Main Image
Sumber: turbinemanlog

Kincir Angin D’Lagoon adalah sebuah tarikan unik yang terletak di bahagian puncak tertinggi di Pulau Perhentian Kecil. Kalau anda berdiri di atas puncak ini, anda dapat menyaksikan pemandangan yang terindah di Pulau Perhentian.

Yang menjadikan ia sebuah lokasi yang wajib dilawati di sini adalah kerana Kincir Angin D’Lagoon adalah seperti ‘dek pemerhatian’ pulau ini. Dari puncak ini anda sekeluarga dapat menikmati pemandangan penuh 360 darjah sekitar Pulau Perhentian.

Bunyinya macam tinggi sahaja puncaknya, tapi jangan risau, laluan pejalan kaki untuk anda mendaki menuju ke puncak telah disediakan. Masa yang diambil untuk mendaki adalah dalam 20 minit. Pakai kasut yang selesa dan jangan lupa bawa kamera!

Alamat: Kincir Angin D’Lagoon, Pulau Perhentian Kecil, Kuala Besut, Terengganu


8. Pantai Romantik

Pantai Romantik Perhentian Main Image
Sumber: Soumyadeep Mukhopadhyay

Inginkan pengalaman yang romantik semasa berada di Pulau Perhentian? Apa kata kalau anda ber’dating’ bersama pasangan di Pantai Romantik, sesuai sekali dengan namanya.

Kalau anda nak romantik secara bersendirian dekat sini pun boleh, kerana di sini anda memanjakan pandangan mata dengan pemandangan yang mampu membuatkan nafas terhenti.

Pantai dengan pasir putih ini dapat memberikan anda ketenangan yang dicari-cari. Dah puas berjalan, anda boleh meneruskan aktiviti di sini dengan ‘menyelami’ keindahan sebenar yang disorokkannya di dalam air laut dengan cara bersnorkeling. Banyak ikan-ikan comel yang menanti  kunjungan anda.

Alamat: Pantai Romantik, Pulau Perhentian, Terengganu


7. Titik Penyu (Turtle Bay)

Titik Penyu Perhentian Main Image
Sumber: Perhentian Turtle Project

Terletak tidak jauh dari Teluk Pauh adalah tarikan yang seterusnya, Titik Penyu atau Turtle Bay. Dari namanya sahaja dapat dibayangkan apa yang boleh ditemui di sini.

Nak tahu kenapa banyak penyu di sini? Sebabnya, kawasan dasar laut di sekitar Titik Penyu ini adalah tempat mereka mendapatkan sumber makanan. Cara terbaik untuk melihat penyu-penyu ini adalah dengan bersnorkeling di perairan sekitar.

Walau bagaimanapun, anda kenalah hormat penyu-penyu yang muncul dengan cara tidak mengganggu habitat mereka atau menyentuh mereka yang sedang bergerak bebas di sekitar. Cukuplah sekadar melihat dari jauh. Jangan lupa untuk sediakan kamera anda!

Alamat: Turtle Bay Divers, Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu


6. Pulau Tokong Burung

Pulau Tokong Burung Main Image
Sumber: Pakej Pulau Malaysia

Nak merasa angin yang lain selepas puas menikmati segala yang ditawarkan Pulau Perhentian? Anda boleh menuju ke Pulau Tokong Burung yang terletak hanyalah dalam sekitar 40 minit dari Pulau Perhentian dengan menaiki bot-bot yang tersedia.

Pulau yang agak kecil merupakan sebuah tempat menarik di Pulau Perhentian yang memiliki permukaan yang berbatu-batuan dan tidak begitu berpasir seperti pulau yang lain. Untuk menikmati keindahan sebenar yang ditawarkan Pulau Tokong Burung ini anda boleh menaiki batuan besar yang terdapat di sini untuk menikmati pemandangan yang sangat memuaskan deria mata.

Anda juga boleh merancang untuk bersnorkeling di sini, percayalah, apa yang menanti anda di dalam dunia bawah air ini cukup mengujakan, kepelbagaian hidupan marin yang berkeliaran akan membuatkan anda terasa seperti berada di dalam alam mimpi.

Alamat: 40 Minit Dari Pulau Perhentian


5. Tokong Laut

Tokong Laut Perhentian Main Image
Sumber: Dive Buddy (Malaysia)

Untuk anda yang sukakan aktiviti menyelam skuba, Tokong Laut adalah lokasi yang pertama sekali patut anda letakkan dalam rancangan aktiviti di Pulau Perhentian. Kalau anda nak tahu, Tokong Laut adalah salah satu lokasi menyelam yang paling famous di pulau ini. Kalau dah terkenal, mesti ada sebabnyakan?

Tak kisahlah berapa kali anda teroka dasar lautnya, sekali atau 100 kali, anda tidak akan pernah puas! Panorama yang terpapar di depan mata cukup memukau jiwa, kepelbagaian hidupan marinnya dari yang bersaiz kecil hinggalah yang besar, semuanya dapat anda dekati. Terasa seperti berada di dalam akuarium!

Kawasan menyelam ini memiliki kedalaman berbeza-beza sehingga mencecah 30 meter. Semakin dalam anda terokai, semakin banyak terumbu karang menarik yang dapat anda temui.

Alamat: Tokong Laut (Temple of the Sea), Pulau Perhentian, Terengganu


4. Terumbu Tiga

Terumbu Tiga Pulau Perhentian Main Image
Sumber: OctoDiver Perhentian Island

Untuk menuju ke sini dari Teluk Pauh ataupun Teluk Dalam mengambil masa dalam sekitar 15 minit perjalanan bot.  Nama lain Terumbu Tiga adalah Tiger Rocks. Kawasan menyelam yang best ini terletak di bahagian timur Pulau Perhentian Besar.

Kalau anda memilih lokasi ini untuk menyelam skuba, anda dapat melihat banyak pembentukan batu karang yang berwarna-warni yang terdiri daripada spesies-spesies seperti Ctenocella pectinata, Sinularia sp., Symphyllia recta dan bermacam lagi. Tak tahu spesies apa semua ni? Tak apa, lepas je anda mula menyelam skuba dan melihat sendiri keindahan batu karang, secara automatik perasaan nak mengenali batu karang secara mendalam akan muncul.

Alamat: Terumbu Tiga, Timur Pulau Perhentian Besar, Terengganu


3. Lata Air Berani

Lata Air Berani Pulau Perhentian Main Image
Sumber: kami anak TERENGGANU

Nak tahu di mana tarikan paling unik di Pulau Perhentian? Jawapannya adalah Lata Air Berani. Untuk pengetahuan anda, keindahan alam semula jadi  yang wujud di sini iaitu kolam kecil yang terbentuk di tepian pantai Pulau Perhentian Besar, adalah sebuah kolam yang airnya tidak pernah kering sama sekali!

Air tawar ‘misteri’ ini menjadi tumpuan ramai orang untuk bermandi-manda sepuas hati kerana kesegaran yang dirasakan bila air yang sejuk bak ais ini terkena pada badan. Rasanya cukup memuaskan!

Alamat: Lata Air Berani, Pulau Perhentian Besar, Terengganu


2. Teluk Keke

Teluk Keke Pulau Perhentian Main Image
Sumber: Fahmi Nordin‎

Kalau anda datang ke Teluk Keke ketika waktu air sedang surut, anda dapat menggunakan lokasi ini untuk bersnorkeling sepuas hati. Tarikan yang terletak di dalam kawasan Pulau Perhentian Besar ini juga selamat untuk dijadikan tempat bersantai bersama keluarga yang termasuklah anak-anak kecil. Tambahan lagi, pukulan ombaknya juga agak ‘sopan’.

Bila dah datang bersama keluarga ke sini, jangan lupa untuk cuba menarik hidupan marin ikan-ikan kecil yang berwarna-warni di sini dengan memberi mereka makan cebisan roti. Seronoknya anak-anak bukan main bila ikan-ikan datang mendekati. Selain ikan yang comel, keindahan batu karang juga dapat dilihat di sekitar perairan Teluk Keke.

Namun ingin diingatkan, kalau anda datang ketika waktu air sedang pasang, air boleh menjadi agak dalam. Nak tahu dalam atau tak, anda boleh perhatikan paras air pada batu karang.

Dah puas melihat keindahan Teluk Keke, anda boleh meneruskan perjalanan ke tarikan yang terletak hanyalah bersebelahan dengan teluk ini iaitu Tanjung Batu Layar dan di sebelah tanjung ini pula terdapat lagi satu kawasan tanjung iaitu Tanjung Batu Lochek yang turut menawarkan kawasan pantai yang menarik untuk dijadikan lokasi bermandi-manda.

Alamat: Teluk Keke, Pulau Perhentian Besar, Besut, Terengganu


1. Pulau Perhentian Besar

Pulau Perhentian Besar Main Image
Sumber: Tourism Malaysia

Apa yang anda cari sewaktu bercuti di pulau? Semuanya ditawarkan di pulau ini, dari pakej snorkeling  dan menyelam skuba hinggalah kepada perkhidmatan bot untuk anda menikmati pemandangan indah pulau dengan sepuas hati.

Tak kisahlah anda pandai atau tidak untuk menyelam skuba, kena usaha juga untuk pandai menyelam sebab inilah salah satu cara yang paling best untuk menikmati keindahan sebenar Pulau Perhentian. Lanskap dunia bawah air Pulau Perhentian cukup memukau jiwa. Bayangkanlah, dengan menyelam, anda dapat melihat dengan lebih dekat keindahan batu-batu karang dan habitat marin lain yang penuh warna-warni ibarat sebuah lukisan. Rugi tak cuba!

Mengenai resort -resort yang terdapat di sini pula, kebanyakannya terletak di lokasi yang cukup menarik yang kebiasaannya di tepian pantai. Maksudnya, dengan hanya bersantai di dalam bilik anda dapat merasakan bayu laut yang bertiup tenang dan juga bunyi pukulan ombak yang mendamaikan jiwa.

Alamat: Pulau Perhentian Besar, Besut, Terengganu


Penginapan Di Pulau Perhentian

Suhaila Palace

Suhaila Palace Chalet Pulau Perhentian Main Image

Suhaila Palace adalah sebuah penginapan yang menawarkan bilik dalam harga bajet yang terletak di tepian pantai Pulau Perhentian Besar. Dengan harga yang sangat berpatutan ini, anda mendapat sebuah penginapan yang menyajikan pemandangan yang sempurna air laut yang menenangkan jiwa.

Nak lagi best? Anda boleh memilih untuk menginap di bilik penginapan yang lengkap dengan ruang balkoni sebagai tempat untuk anda bersantai sambil menikmati bayu laut.

Sudah puas berehat di dalam bilik, anda boleh meneruskan aktiviti di pulau ini dengan bersnorkeling ataupun menyelam skuba yang boleh diatur di meja tempahan lawatan penginapan ini.

Setelah penat beraktiviti, anda dapat melegakan badan di dalam bilik yang serba lengkap dengan kemudahan seperti penyejuk udara dan katil yang sungguh empuk.

Tiba-tiba terasa nak mengunyah makanan? Penginapan ini turut memiliki sebuah kedai kecil yang menjual bermacam barangan.

Bagaimana nak menuju ke tempat penginapan ini? Anda boleh menaiki feri dari Jeti Kuala Besut untuk ke Pulau Perhentian yang hanyalah mengambil masa selama 30 minit.

Harga: Dari RM250+ Semalaman

Alamat: Pulau Perhentian , 22300 Pulau Perhentian, Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


The Barat Perhentian

The Bharat Beach Resort Pulau Perhentian

Siapa kata tak dapat keselesaan seperti mana di kawasan bandar kalau bercuti di pulau? The Barat Perhentian dapat menangkis anggapan ni! Penginapan yang terletak hanyalah 5 minit berjalan kaki dari kawasan pantai ini memberikan keselesaan yang hampir sempurna untuk harga bajet.

Menawarkan penginapan jenis bilik dan juga dorm, pilihlah yang mana yang bersesuaian dengan keperluan percutian anda. Tapi yang penting, kesemua bilik ini lengkap dengan katil yang dapat membantu anda tidur dengan nyenyak. Di samping itu, siaran tv hotel ini juga agak banyak sekiranya anda inginkan hiburan sewaktu bersantai.

The Bharat Beach Resort Pulau Perhentian Room Image

Bila perut terasa lapar, jangan lepaskan peluang untuk mencuba masakan yang disediakan di restoran hotel ini. Masakan yang dihidangkan terdiri daripada masakan tempatan dan antarabangsa.

BBQ dan smoothie kelapa yang disediakan hotel ini juga sangat sedap! Jangan lupa untuk cuba! Sambil menikmati makanan, anda dapat melihat pemandangan yang mendamaikan jiwa.

Dah ada tenaga lepas makan? Anda boleh merancang pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan di kawasan sekitar seperti menyelam skuba, snorkeling, berjungle trekking atau sekadar berjalan menenangkan fikiran di tepi pantai. Terletak tidak jauh dari sini adalah Turtle Bay sekiranya anda ingin melihat penyu memunculkan diri secara live di depan mata.

Harga: Dari RM220+ Semalaman

Alamat: Lot 136, Seberang Genting, Pulau Perhentian Besar, 22300 Pulau Perhentian, Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


Samudra Beach Chalet

Samudra Beach Chalet Main Image

Samudra Beach Chalet adalah sebuah penginapan yang berlokasi sangat strategik iaitu berdekatan dengan jeti di mana bot-bot menurunkan pelancong yang datang. Tarikan seperti Lata Air Berani pula hanyalah dalam 140 meter dari chalet ini.

Kalau anda nak menyelam skuba, pusat menyelam skuba Octodive juga terletak tidak jauh dari chalet ini! Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah snorkeling yang boleh diatur dengan pihak hotel dan juga merentas hutan. Laluan jungle trekking sudah tersedia untuk memudahkan anda menuju ke kawasan lain di pulau ini.

Sudah puas berseronok, balik sahaja ke bilik penginapan, anda dapat merasakan kesegaran yang sebenar sebaik merebahkan badan ke atas katilnya yang selesa. Anda juga boleh menyegarkan fikiran dengan melihat pemandangan memukau yang disajikan dari tingkap bilik atau balkoni.

Nak lagi sebab kenapa anda kena pilih penginapan ini? Kerana ramai yang mengatakan makanan yang dihidangkan di chalet ini sangat menyelerakan dan yang bestnya lagi, harganya juga cukup berpatutan!

Harga: Dari RM100+ Semalaman

Alamat: Teluk Dalam, Pulau Perhentian, Kuala Besut, 22300 Pulau Perhentian, Terengganu

Selanjutnya Di Booking.com


Menarik sekali tarikan yang ditawarkan Pulau Perhentian bukan?  Bukan sebuah tapi dua buah pulau  berada dalam satu kawasan! Ini memperkayakan lagi tarikan yang terdapat di Pulau Perhentian.

Dari pemandangan penuh kehijauan yang membuatkan jiwa berasa tenang hinggalah kepada panorama dunia dasar laut yang memukau pandangan, Pulau Perhentian adalah syurga bagi deria anda yang sudah lama mengimpikan ketenangan.

Rasa tak sabar nak ke sini? Sebelum buat apa-apa, pastikan waktu yang anda rancang untuk ke sini adalah waktu yang sesuai. Kalau nak bercuti di kawasan pulau, anda perlu mengambil tahu musimnya terlebih dahulu yang boleh disemak dengan pihak penginapan atau agent percutian. Namun kebiasaannya, Pulau Perhentian akan ditutup dari bulan November sehinggalah ke hujung Februari atau awal Mac.

Bila tarikh “Cuti-Cuti Malaysia” anda dah set, anda boleh terus booking penginapan dengan memilih salah satu daripada yang disenaraikan dalam artikel ini atau layari booking.com untuk melihat lebih banyak pilihan yang lain.

Selamat bercuti ke Pulau Perhentian!

Categories
Malaysia Travel Guide

19 Tempat Menarik Di Kuching | Terokai Keindahan Bandaraya Perpaduan

Anda rasa kehidupan di kota dah cukup kompleks dengan pelbagai kaum berbeza? Mai singgah ke Sarawak untuk satu ‘kejutan’ budaya yang jauh lebih luar biasa. Bukan hanya didiami pelbagai kaum, tapi juga etnik-etnik berbeza yang cukup menarik untuk dikenali.

Ibu negerinya, Kuching, adalah antara destinasi penting untuk anda lawati bagi mengisi dada dengan pelbagai informasi sebelum membuka langkah kaki ke kawasan sebenar yang menjadi penempatan mereka.

Itu sahajakah sebabnya untuk ke Kuching? Jangan disalah anggap pula, statusnya sebagai ibu negeri juga tidak menjadikan ia ketandusan flora dan fauna, kerana kalau anda nak tahu, di sini jugalah pintu masuk untuk ke pelbagai tarikan alam semula jadi yang terdapat di Sarawak.

Dengan hanya melawat sebahagian daripada kesemua tarikan ini, anda dapat merasakan betapa istimewa dan indahnya ibu negeri Sarawak ini. Nak tahu di mana tersembunyi tempat-tempat menarik di Kuching? Teruskan scrolling sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui lebih mendalam tentang tempat-tempat hebat di ibu negeri Bumi Kenyalang ini.

19. Muzium Sarawak

Muzium Sarawak Kuching - Main Image
Sumber: mysutra

Muzium yang tertua di Borneo, Muzium Sarawak adalah sebuah bangunan dengan seni bina Perancis yang telah dibina oleh Charles Brooke pada tahun 1891. Lawatan ke muzium ini akan membuka mata anda tentang bukan sahaja sejarah negeri Sarawak tetapi juga tentang budaya dan kehidupan masyarakat di negeri ini.

Antara koleksi yang dipamerkan di sini adalah senjata-senjata yang digunakan masyarakat Sarawak, bot perang orang Iban, seramik asli yang tertua dari Gua Niah, serta banyak lagi barangan dan kepingan seramik yang diperoleh negeri ini hasil perdagangan dari abad ke-11 hingga ke-13 AD.

Bila dah ‘penuh’ ilmu di dada, anda boleh menuju ke tingkat bawah yang menempatkan Muzium Shoppe untuk membeli tanda ingatan sama ada buku, T-shirt dan sebagainya.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30am – 4.30pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Jalan Tun Abang Haji Openg, Taman Budaya, 93400 Kuching


Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Kuching

18. Taman Negara Bako

Taman Negara Bako Image
Sumber: Suara Borneo

Taman Negara Bako adalah taman negara yang terkecil di Asia Tenggara, walaupun kecil, sebenarnya ia adalah taman negara yang tertua yang terdapat di Sarawak. Disebabkan usianya ini, hampir semua spesies tumbuhan di sekitar Borneo terdapat di dalamnya, kecil-kecil cili padi gamaknya.

Bukan sahaja kaya dengan tarikan flora, ia juga menjadi habitat bagi banyak lagi hidupan liar yang lain seperti 150 spesies burung, monyet Belanda (proboscis) dan banyak lagi!

Tak cukup dengan itu, di dalam taman negara yang sama, anda dapat menikmati banyak lagi tarikan alam semula jadi yang lain seperti bukit-bukau, air terjun, paya bakau dan pantai. Secara totalnya, terdapat 16 buah denai yang disediakan untuk anda tempuhi. Pilihan ada di dalam tangan anda, nak yang penuh dengan cabaran atau jalan shortcut? Apa-apa pun, pakailah pakaian yang sesuai untuk berjungle trekking dan hiking ya?

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00am – 5.00pm) | Sabtu Ahad Tutup

Bayaran: Tambang Bot RM30 | Tiket Masuk RM10

Alamat: Taman Negara Bako, Kuching


17. Taman Negara Kubah

Taman Negara Kubah Image
Sumber: Aiman Zhafransyah

Anda sukakan warna-warni? Jangan lepaskan peluang untuk melawat Taman Negara Kubah. Kalau anda nak tahu, taman negara ini menempatkan bermacam spesies tumbuhan hutan yang termasuklah pelbagai jenis bunga orkid yang sukar untuk ditemui di tempat lain.

Sekiranya anda bercadang untuk meneroka taman negara ini, terdapat 5 buah laluan yang disediakan iaitu Laluan Palmetum, Laluan Air Terjun, Laluan Rayu, Laluan Selang dan Laluan Belian.

Selain aneka bunga orkidnya, bonus point kenapa anda perlu melawati taman negara ini adalah kerana ia pernah menjadi lokasi penggambaran bukan 1 tapi 2 buah filem Hollywood iaitu The Sleeping Dictionary lakonan Jessica Alba dan Farewell to the King lakonan Nick Norte.

Di samping itu, untuk pengetahuan anda, taman negara ini juga pernah disebut di dalam buku hasil penulisan ahli botani terkenal, Odoardo Beccari yang bertajuk The Great Forest of Borneo sebagai taman negara yang memiliki tanaman palma yang terbaik di dunia. Bukan main hebat lagi Taman Negara Kubah ni kan?

Alamat: Jalan Lundu-Sampadi, Kuching


16. Masjid Bandaraya Kuching (Masjid Negeri Lama)

Masjid Kuching Main Image
Sumber: Yarn‎

Sudah berjalan kesana-kemari, nak menambahkan berkat perjalanan, jangan lupa untuk singgah ke Masjid Bandaraya Kuching ataupun masjid lama negeri ini. Lamanya bukan kepalang sebab ia merupakan masjid yang pertama di Bandar Kuching yang dibina oleh pemimpin yang dihormati di Sarawak  pada ketika itu, Datu Patinggi Ali pada tahun 1847.

Masjid klasik ini pada asalnya dibina menggunakan kayu dimana atapnya terdiri daripada kayu bulian dan dindingnya pula daripada papan. Bangunan lama ini kemudiannya diperbaharui pada tahun 1968 menjadi struktur yang lebih kukuh yang lengkap dengan kubah yang bewarna keemasan.

Untuk pengetahuan anda, masjid ini mampu menampung sehingga 4000 orang jemaah pada satu-satu masa.

Alamat: 332, Jalan Datuk Ajibah Abol, Kampung No3, 93400 Kuching


15. Tugu Kuching

Tugu Kuching Image
Sumber: D’Sha Bridal

Tak sah kalau tak bergambar dengan lambang yang terpenting di Kuching kalau dah melancong ke sini. Mercu tanda ini tak lain tak bukan adalah Tugu Kuching yang megah berdiri di hadapan hotel-hotel dan pusat membeli-belah bandaraya ini.

Tugu yang berada di dalam roundabout ini dijaga dengan baik oleh pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara yang sentiasa memastikan agar warna tugu ini tidak pudar. Maka, bagi anda yang nak bergambar di sini tak perlulah risau ya? Warnanya tetap vibrant bila-bila masa sahaja anda bercadang untuk berposing di sini.

Alamat: Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching


14. Muzium Kucing

Muzium Kucing Main Image
Sumber: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Ke mana nak pergi tanpa perlu keluarkan bajet di Kuching ni tapi dalam masa yang sama best bukan main? Jawapannya adalah Muzium Kucing! Jangan main-main, muzium yang juga terletak di ‘Kuching’ ini adalah muzium kucing yang pertama yang terdapat di dunia.

Muzium yang terletak di dalam bangunan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di atas Bukit Siol ini menempatkan lebih daripada 3000 pameran yang menarik hati. Berkeluasan lebih daripada 1000 meter persegi, muzium ini memiliki 4 buah galeri yang didalamnya terdapat lebih daripada 50 pameran berbeza seperti jenis-jenis kucing, kucing pada zaman pertengahan, koleksi Garfield, koleksi buku kucing, koleksi Hello Kitty, info tentang kucing pada zaman purba Mesir dan banyak lagi.

Tak ada apa lagi yang perlu anda Google tentang kucing sebaik melawat muzium ini. Nak jadi pakar kucing? Jom ke sini!

Waktu Operasi:  Setiap Hari Kecuali Cuti Umum (9.00am – 5.00pm)

Alamat: Bangunan DBKU, Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching


13. Taman Sahabat Kuching Sarawak

Taman Sahabat Bandar Kuching
Sumber: Wahbi Wahbi

Taman Sahabat Kuching Sarawak adalah sebuah taman rekreasi yang dibina pada tahun 2005 hasil kerjasama antara kerajaan Malaysia dan China untuk memperingati hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang telah pun mencapai ulang tahun ke-30.

Taman indah yang terletak di atas tanah berkeluasan 2.8 hektar ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu taman Malaysia dan taman China. Di dalam kawasan Malaysia, anda sekeluarga dapat melihat Sarawak Fountain yang mana berdirinya sebuah monumen yang menjadi simbol kepada kepelbagaian etnik di Sarawak, di hadapannya pula terdapat Malaysia Murals yang memaparkan 14 buah dinding  (14 buah negeri di Malaysia).

Di dalam taman China pula, terdapat jambatan zig-zag, perigi permintaan (wishing well), pondok rehat berinspirasikan Kunming dan Beijing, sebuah tugu yang berketinggian 20 kaki Laksamana Cheng Ho dan banyak lagi. Berjalan-jalan di sini, anda sekeluarga juga dapat menyejukkan mata melihat kelibat-kelibat ikan koi yang berenang dengan penuh keseronokan di dalam kolam-kolam yang ada di sini.

Nak tenangkan fikiran dari kacau-bilau di bandar? Tariklah nafas lega sebentar di dalam taman yang mendamaikan ini.

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Tabuan Heights, 93350 Kuching


12. Taman Negara Gunung Gading

Taman Negara Gunung Gading Image
Sumber: Lundu Homestay

Dah selalu melihat bunga Rafflesia dalam brochure pelancongan atau National Geographic, bila lagi nak melihatnya di depan mata? Anda boleh merasai pengalaman ini sendiri dengan menjejakkan kaki di Taman Negara Gunung Gading.

Kalau anda nak tahu, taman negara ini adalah tempat di mana pemuliharaan bunga terbesar di dunia ini dilakukan.  Pada mulanya, projek ini dilaksanakan secara tertutup oleh Jabatan Taman Negara, namun kemudiannya ia dibuka supaya orang ramai dapat melihat khazanah alam ini dengan lebih dekat. Pihak berkuasa masih memantau aktiviti ini untuk memastikan tiada sebarang kerosakan berlaku sewaktu lawatan orang ramai.

Macam mana? Excited tak nak tengok bunga Rafflesia ni? Sebelum anda ke sini, anda perlu tahu bahawa bunga ini mengambil masa dalam 8 ke 9 bulan untuk mencapai kematangan dan hanyalah berbunga penuh untuk 4 ke 5 hari sebelum mati, jadi anda perlulah bertanya dengan pihak taman negara ini terlebih dahulu tentang waktu yang terbaik untuk melawat bagi mengelakkan kekecewaan ya?

Waktu Operasi:  8.00am – 5.00pm

Bayaran Masuk: RM20

Alamat: Taman Negara Gunung Gading, 94500 Lundu


11. Hutan Simpan Semenggoh

Hutan Simpan Semenggoh Image
Sumber: Sally Rodrick

Sudah melihat orkid, rafflesia dan monyet Belanda, apa lagi yang belum dibuat di tanah Borneo ini? Apa lagi kalau bukan melihat haiwan terkenal di Borneo ini iaitu orang utan!

Terletak hanyalah 30 minit pemanduan dari pusat bandar Kuching, Hutan Simpan Semenggoh merupakan tempat di mana orang-orang utan dididik oleh renjer-renjer hutan supaya pandai ‘membawa diri’ apabila dilepaskan di dalam hutan.

Pusat Hidupan Liar Semenggoh yang dibina pada tahun 1920 ini bukan sahaja menjadi tempat rawatan untuk orang utan, tapi juga kepada lebih daripada 1,000 ekor haiwan liar yang lain.

Waktu yang paling menarik untuk ke sini adalah sewaktu orang-orang utan diberi makan iaitu pada sekitar pukul 9.00am ke 10.00am dan 3.00pm ke 3.30pm. Jangan terkejut pula kalau anda terdengar penjaga-penjaga di sini memanggil nama manusia seperti Salina untuk turun dari pokok yang tinggi bila waktu makan tiba. Sebabnya, orang utan di sini diberikan nama seperti manusia. Specialkan layanan untuk haiwan dekat sini?

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00am – 4.45pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum Tutup

Bayaran Masuk: Dewasa RM10

Alamat: Jalan Puncak Borneo, 93250 Kuching


Baca: 28 Destinasi Terbaik Di Miri Untuk Percutian Yang Luarbiasa

10. Kuching Wetlands National Park

Kuching Wetlands National Park Main Image
Sumber: Ezrin Nazan

Terletak hanyalah dalam 5 km dari Pantai Damai, Kuching Wetlands National Park merupakan sebuah taman negara yang berkeluasan 6610 hektar yang hampir keseluruhannya terdiri daripada hutan paya air masin.

Cara yang paling best untuk menerokai taman negara ini adalah dengan menyelusuri sungai menggunakan bot sewa yang disediakan. Anda dapat melihat pemandangan kawasan perkampungan Melayu serta banyak hidupan fauna lain yang selalu dilihat di dalam kaca tv secara live.

Alamat: Petra Jaya, 93050 Kuching


9. Kuching Civic Centre

Kuching Civic Centre Image
Sumber: Chipmunk 1 / CC By 2.0

Tak sempat untuk melawati semua tarikan yang ada di negeri ini? Nak pendekkan jalan cerita, anda bolehlah melawat Kuching Civic Centre.

Walaupun tak dapat melawat kesemua tempat best di sini, sekurang-kurangnya dapatlah anda melihat dari jauh tempat-tempat seperti Gunung Santubung, Gunung Serapi dan banyak lagi di sekitar Kuching ini secara 360 darjah.

Kalau cuaca baik dan pandangan mata 20/20, pemandangan anda boleh menjangkau sehingga ke kawasan pergunungan Kalimantan. Yang menariknya lagi, million dollar view ini boleh anda nikmati dalam harga hanya RM2. Macam tak ada sebab untuk tak pergi bukan?

Bayaran Masuk: RM2

Alamat: Jalan Taman Budaya, Kuching


8. Pantai Damai

Pantai Damai Main Image
Sumber: Kuching Family Homestay

Bercadang untuk berkelah sewaktu berada di Kuching? Anda boleh memilih Pantai Damai sebagai lokasi untuk anda menebarkan tikar berkelah. Sambil menikmati juadah yang dibawa, anda dapat menyejukkan mata dengan pemandangan indah pantai ini yang cukup terjaga kebersihannya serta hutan hujan tropika yang mengelilingi Gunung Santubong.

Setelah puas melegakan paru-paru dengan udara yang segar, anda boleh meneruskan langkah ke Kampung Kebudayaan Sarawak yang terletak hanyalah 10 minit perjalanan dari sini.

Alamat: Teluk Bandung Santubong, 93756 Kuching


7. Kampung Kebudayaan Sarawak (Muzium Kebudayaan Sarawak)

Muzium Kebudayaan Sarawak Kuching Image
Sumber: Sarawak Cultural Village

Kampung Kebudayaan Sarawak ataupun Muzium Kebudayaan Sarawak adalah antara sebuah tarikan yang wajib dilawati di negeri ini. Terletak di dalam kawasan berkeluasan 17 ekar di kaki Gunung Santubong, muzium ini bukanlah sebuah muzium biasa. Kenapa? Kerana ia merupakan muzium hidup, sesuai dengan namanya, tidak ubah seperti kawasan kampung yang sebenar.

Di sini anda dapat melihat secara realistik rumah-rumah unik etnik-etnik dan masyarakat yang terdapat di Sarawak seperti rumah tinggi Melanau, rumah menyuarat kaum Bidayuh, tempat simpan senjata dan banyak lagi. Kalau bernasib baik, anda juga dapat melihat perlangsungan perkahwinan sebenar orang Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan masyarakat Melayu sendiri.

Di dalam rumah-rumah ini juga terdapat kakitangan yang menunjukkan aktiviti seharian mereka sebagai etnik tertentu, lengkap dengan pakaian tradisional.

Waktu Operasi: Setiap Hari (11.30am – 4.00pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM50 | Kanak-kanak RM25

Alamat: Kampung Budaya Sarawak, 93010 Kuching


6. Taman Buaya Jong

Taman Buaya Jong Kuching Image
Sumber: Jong’s Crocodile Farm Zoo Sdn Bhd

Anda seorang yang berjiwa berani? Jangan lupa untuk singgah ke taman buaya yang terbesar di Malaysia iaitu Taman Buaya Jong. Taman buaya ini menempatkan lebih daripada seribu ekor buaya yang mana kesemuanya setia menanti kedatangan anda di sebalik sangkar yang menjadi habitat mereka.

Anda juga boleh melihat aksi buaya-buaya ini menyambar bangkai ayam yang digantungkan pada tali rentang pada waktu makan mereka iaitu setiap pukul 11.00am dan 3.00pm.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh melawat Muzium Buaya yang turut menempatkan tulang buaya bernama Bujang Senang yang merupakan antara buaya paling kejam di Sarawak.

Andai kata sebaik membayar tiket tiba-tiba terasa meremang bulu roma dan tak jadi nak tengok buaya, anda boleh melihat banyak lagi haiwan lain yang turut terdapat di sini seperti biawak monitor, monyet, musang, beruang madu, burung merak dan lain-lain lagi. Taman buaya yang bukanlah sekadar buaya.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm) | Waktu Buaya Diberi Makan (11.00am – 3.00pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM24 | Kanak-kanak RM12

Alamat: Siburan, 29Km Kuching-Serian Road, 93250 Kuching


5. Taman Orkid Kuching

Taman Orkid Kuching Main Image
Sumber: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Suka bunga orkid tapi tidak memiliki stamina yang tinggi untuk berjungle trekking di Taman Negara Kubah yang dikatakan kaya dengan pelbagai spesies orkid? Jalan mudahnya adalah dengan melawati Taman Orkid Kuching.

Bukan sikit variasi orkid yang ada dalam taman ini, kerana kalau dikira, terdapat lebih daripada 80,000 orkid kesemuanya di atas tanah yang berkeluasan 15 ekar ini.

Walaupun tidak perlu menerokai hutan, untuk sampai ke taman orkid ini anda perlu menyeberangi Sungai Sarawak menuju ke Jeti Pangkalan Sapi. Dari jeti ini, anda perlu berjalan kaki hanya 5 minit untuk sampai ke pintu masuk Taman Orkid.

Sebagai peringatan, orkid adalah sejenis tumbuhan yang berbunga mengikut musim, maka kajilah terlebih dahulu musim-musimnya sebelum ke sini ya? Di samping itu, kawasan taman ini kurang teduhan dari panahan mentari, kalau tak nak mekap cair atau muka berpeluh semasa berposing untuk gambar, datanglah ke sini seawal yang mungkin.

Waktu Operasi: Isnin Tutup | Selasa – Ahad (9.30am – 6.00pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Taman Orchid, 96000 Kuching


4. Muzium Sejarah Cina Sarawak

Muzium Sejarah Cina Sarawak Main Image
Sumber: Kuching Family Homestay

Dirasmikan pada tahun 1993 sebagai Muzium Sejarah Cina Sarawak, bangunan muzium ini sebenarnya meyimpan memori yang jauh lebih lama daripada itu. Struktur muzium ini  telah dibina pada tahun 1912, sejak dari itu sehinggalah tahun 1921, bangunan ini digunakan sebagai mahkamah oleh masyarakat Cina.

Kini, muzium ini meyimpan pelbagai bukti berkaitan sejarah masyarakat Cina sejak zaman pemerintahan Raja Putih. Barangan pameran yang dapat dilihat di sini adalah seperti peralatan muzik, barangan seramik, dan banyak lagi. Di samping itu, anda juga dapat mengetahui lebih mendalam berkenaan kepelbagaian etnik Cina yang wujud serta info-info berkaitan yang lain.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00am – 4.45pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum (10.00am – 4.00pm) | Hari Pertama Cuti Umum, Ulang Tahun T.Y.T, Hari Pekerja Hari Malaysia Tutup

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Jalan Main Bazar, 93100 Kuching


3. Muzium Tekstil

Muzium Tekstil Bandar Kuching Image
Sumber: Kuching Family Homestay

Bangunan dengan seni bina Renaissance Inggeris ini pada asalnya merupakan  Pusat Perubatan sebaik selesai pembinaannya pada tahun 1907. Kemudiannya, bangunan ini diambil alih untuk dijadikan Jabatan Pendidikan.

Namun sejak Ogos 2000, bangunan ini telah dijadikan sebagai Muzium Tekstil yang mempamerkan kepelbagaian busana tradisional dan tekstil hasil tenunan etnik-etnik yang terdapat di Sarawak. Bukan sekadar pameran yang biasa, anda juga dapat melihat bagaimana tekstil ini dihasilkan dari benang hinggalah ia siap sebagai sehelai kain.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00am – 4.45pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum (10.00am – 4.00pm) | Hari Pertama Cuti Umum, Ulang Tahun T.Y.T, Hari Pekerja Hari Malaysia Tutup

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching


2. Islamic Heritage Museum

Islamic Heritage Museum Bandar Kuching
Sumber: Yeo Jiun Tzen / CC By 4.0

Islamic Heritage Museum merupakan sebuah tempat menarik di Kuching yang memaparkan kekayaan khazanah sejarah dan budaya masyarakat Islam di Nusantara. Muzium ini turut menyampaikan info tentang hubungan antara perkembangan Islam di pelusuk ini dengan kawasan lain di dunia.

Bermacam informasi yang dapat anda ketahui dengan melihat 7 seksyen pamerannya antaranya adalah tentang sejarah Islam di Sarawak, senibina Islam, perkembangan ilmu pengetahuan dalam dunia Islam, kostum muzik, senjata dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00am – 4.45pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum (10.00am – 4.00pm) | Hari Pertama Cuti Umum, Ulang Tahun T.Y.T, Hari Pekerja Hari Malaysia Tutup

Alamat: Jalan P. Ramlee, 93400 Kuching


1. Kuching Waterfront

Kuching Waterfront Main Image
Sumber: Kuching Today

Nak tahu di mana tempat paling happening di Kuching? Lokasinya adalah di Kuching Waterfront. Terletak pada sepanjang 1 km di tepian Sungai Sarawak, pelbagai tarikan yang menarik untuk dilawati di Kuching terletak di sini, antaranya adalah tokong Cina yang tertua iaitu Tokong Tua Pek Kong serta monumen Charles Brooke.

Apa lagi istimewanya di Kuching Waterfront ini? Sekiranya anda ke sini pada waktu siang, anda dapat menikmati pemandangan yang memukau jiwa Kubu Margherita, Astana dan perkampungan Melayu yang terletak di seberang sungai.

Untuk menikmati pemandangan di sekitar dengan lebih ‘dramatik’ lagi, anda boleh menaiki bot Penambang dari jeti ke jeti. Sebelum pulang, jangan lupa untuk membeli cenderamata yang banyak dijual di sekitar Waterfront.

Alamat: Main Bazaar, 93000 Kuching


Baca: 23 Hotel Murah Di Kuching Yang Sesuai Untuk Bajet Traveller

Taman-taman negara yang mendamaikan, muzium yang padat dengan informasi dan tugu-tugu yang unik, ini hanyalah sedikit cebisan daripada semua tarikan yang ditawarkan oleh bandaraya ini. Percayalah, semakin banyak anda teroka, semakin mendalam rasa cinta anda kepada negeri yang dinamakan sempena nama haiwan comel ini.

Bagi anda yang ingin mengembara lebih luas di tanah Borneo ini, anda boleh membaca artikel kami bertajuk 23 Tempat Menarik Di Sarawak.

Sudah kenyang merasai masakan pelbagai etnik di Sarawak? Jom cuci mata dengan keindahan satu lagi negeri dalam Malaysia yang terletak di Kepulauan Borneo iaitu Sabah, nak tahu di mana tempat-tempat menarik dalam negeri ini? Mai singgah baca artikel kami bertajuk 45 Tempat Menarik di Sabah.

Puaskanlah jiwa kembara anda dengan menuju ke Kepulauan Borneo, percayalah, tiada tempat permulaan yang lebih menyeronokkan daripada di kotaraya yang happening ini sebelum ke destinasi lain. Semoga berseronok di bandaraya Kuching!